Bab 13 ( A2 )

Romance Completed 306514

" Mukhriz bincangkan hal ini baik - Baik. Anggerik itu keliru dengan perasaan dia. Kamu jangan bertindak kasar Mukhriz. Fikirkan kandungan itu." Datuk menghalang langkah Mukhriz yang semakin tegang.

Opah hanya mendiamkan diri masih terkejut dengan pengakuan Anggerik.

" Mukhriz nak bawa Anggerik bincangkan hal ini. Tak sesuai perkara ini bincang disini. Mukhriz takut Adham dengar nanti Datuk. Izinkan Mukhriz.!" Wajah Mukhriz masih menyinga dengan perlakuan Anggerik.

Langkah Mukhriz semakin berani. Dengan jelingan di mata Mukhriz, Anggerik yang menanggis tadi terdiam. Senyap tanpa sebarang reaksi.

" Ikut aku kita bincang pasal hal ini. Engkau keluar rumah tadi tanpa pengetahuan aku pun tadi dah berdosa Anggerik. Jadi jangan nak tunjukkan muka kasihan." Kali ini Mukhriz tak bagi peluang pada Anggerik. Sejak Anggerik mengandung Dia dah banyak bagi peluang pada Anggerik.

" Saya ke sini. Awak pun tahukan Mukhriz. Bukannya saya jumpa Adam!" Anggerik sengaja menaikkan marah Mukhriz.

Bicara Anggerik bersama jelingan..

Bagi Anggerik tiada sebab dia nak ikut kata - kata Mukhriz. Berani buat berani Anggerik tanggung akibat.

" Aku tahan sabar Anggerik selama ini! Jangan bantah, Ikut aku?" Sekali lagi Mukhriz menyinga namun tangannya memberikan haluan untuk mereka berdua melangkah.

" Datuk, Opah Anggerik ikut Mukhriz. Anggerik harap hubungan kita tak putus dengan keputusan yang Anggerik dengan Mukhriz akan capai!" Jelingan Mata Hazel Anggerik pada Mukhriz. Anggerik tunjuk taring, tidak mahu mengalah dengan segala kemarahan Mukhriz.

Anggerik sengaja mempermainkan Mukhriz. Wajah Mukhriz yang menyinga, buatkan hati Anggerik ceria.

Langkah diatur Anggerik  mengikuti Mukhriz, tidak mahu Anggerik tunjuk kurang Sopan dalam budi bicaranya pada Opah Dan Datuk. Bagi Anggerik Kedua - duanya dia hormat.

" Kita nak kemana Mukhriz? Awak nak bawa saya kemana? Ini bukan jalan kerumah kita, bukan kedai Bunga saya Atau pun syarikat Awak! Awak bawa saya kemana?"

Anggerik cuak ! Laluan yang dipilih Mukhriz berbeza kali ini. Mata Anggerik tidak penat memandang arah keluar..

" Betul Engkau nak putuskan hubungan ini macam yang engkau cakap tadi Anggerik? Aku dengan Sherry. Pandai engkau padankan pasangan aku !"
Mukhriz masih tidak beriaksi biasa, masih Jelas kemarahan dari nada Suara. segala persoalan Anggerik tidak dijawab. Fikirannya masih terbayang dengan bicara Anggerik pada seseorang.

" Bukan salah saya Awak pilih dia?"
Anggerik menjeling tajam. Dari suka kini Anggerik Benci dengan Mukhriz.

Anggerik pun tak faham perasaan dalam dirinya mengandung kali ini. Perasaan Anggerik sering bertukar. Dia pun tak pasti apa yang jadi.

Tapi yang Anggerik pasti mulut Anggerik selalu menentang Mukhriz secara terangan. Jika dulu Dia takut, Tapi kali ini dia lebih berani meluahkan apa yang terbuku dihati Anggerik. Perasaannya lebih terbuka.

" Hmmm engkau seronoklah dengan pasangan engkau tu. Baik aku nak tunjukkan sesuatu!"

" Saya tak berminat dengan apa Awak nak tunjuk. Bawa saya balik Mukhriz."
Anggerik masih melawan.

"Diam Anggerik, jangan teruskan perbualan. Mood aku tak Baik sekarang ini." Mukhriz menghentakan stereng tanda Amaran.

" Habis itu Awak nak buat apa!" Jelingan Anggerik semakin tajam.

Streeet! Kereta diberhentikan secara mengejut Di tepi jalan oleh Anggerik. Semua Yang belaku, membuatkan Anggerik tersentak.

" Mukhriz Awak nak mat....... Bicara Anggerik terdiam bila Mukhriz telah dekat dengan wajahnya.

" Awak nak buat apa Mukhriz?" Suara Anggerik dalam keadaan terkejut Dan gelabah memandang kearah Mukhriz.

"Jangan cabar aku Anggerik! Tadi aku dah suruh engkau diamkan. Fikiran aku bukan waras sekarang. Kalau engkau nak kejadian dulu berlaku lagi. Aku Takkan halang."

Tangan Mukhriz telah mencengkam bahu Anggerik Dan wajah didekatkan dalam Satu nafas.

Kecut Anggerik dengan ugutan Mukhriz. " Awak Takkan berani!" Bercucuran air mata Angerik. Dia Cuba menahan diri dari air matanya mengalir . Tapi tak sangka dalaman Anggerik lemah membuatkan air matanya laju menuruni pipi.

Mukhriz yang tersedar mulai lemah melihat air mata Anggerik.! " Jangan cabar aku lagi Anggerik, aku pun tak pasti apa yang otak gila aku akan lakukan pada engkau nanti!"
Mukhriz tidak mengalah Tapi melihatkan Anggerik dalam keadaan begitu dia tak sampai hati.

Dia hanya perlukan Satu saat di mana dia tenang untuk berfikir pada segala keputusan yang akan dibuat nanti. Sebentar tadi Anggerik tidak membantunya. Kerana itu dia hilang kewarasan Dan kawalan pada Anggerik.

Melihatkan Anggerik yang telah Senyap dan tidak lagi bersedih..

Pemanduan diteruskan Mukhriz sehinggalah mereka sampai di tempat yang dituju.

" Kita dah sampai Anggerik. Sekarang kita keluar, ada sesuatu yang aku nak tunjukkan engkau Dekat sini!"

Anggerik melangkah keluar dari kereta. Sebuah rumah Mewah telah tersergam indah dihadapan matanya. Tapi rumah itu tiada penghuni , kosong! Sebaik sahaja Anggerik melangkah, Satu gugusan kunci dikeluarkan Mukhriz Dan Anggerik bersama langkah Mukhriz telah menapak kedalam.

" Rumah tinggal? Buat apa kita datang di sini?" Anggerik dapat rasakan habuk yang mula menjalar di pernafasannya.

Mukhriz menghilang dan dapat di lihat lelaki itu sedang sibuk membukakan tingkap bagi udara luar masuk kedalam rumah itu.

" Kita tadi sepatutnya bawa Adham kesini. Dia perlu lihat rumah Keluarga sebelah Mama aku Anggerik. Rumah keluarga Nenek Adham!"

" Maksud awak Mukhriz ini rumah Awak dulu. Tempat Awak membesar?Kebetulan!" Mata Anggerik mula melihat - lihat kawasan sekitar. Tak sangka keluarga Mukhriz sebelah Irdina juga dari golongan yang berada.

" Iye ini rumah peninggalan sebelah mama. Dah lama aku tak balik sini Anggerik. Rumah ini pun hanya kadang - kadang berpenghuni."

" Maksud awak Mukhriz kenapa kadang - kadang? Mana orang rumah ini pergi?" Anggerik mahukan jawapan.

" Rumah ini hanya jadi rumah rehat bila adik beradik sebelah mama pulang kesini. Ini rumah pusaka. Semua ada hak dalam rumah ini. Sebab itu aku pun ada kunci rumah ini."

Anggerik mengangguk faham. " Kita berdua. Kenapa Awak bawa saya kesini? Tujuan Awak Mukhriz?"

" Kita perlu jernihkan kembali perkara yang keroh dulu Anggerik. Jangan rosakan perhubungan ini. Apa yang Engkau nak tahu?"

" Saya nak tahu apa? Awak yang bawa saya kesini. Jadi Awak yang mulakan Mukhriz!"

" Okay saya mula kan atas permintaan Awak Anggerik." Tubuh Mukhriz telah bersandar pada salah Satu jendela dirumah yang sengaja dibuka."

" Kenapa Awak sebut pasal Adam Anggerik. Setiap kali terjadi salah faham. Jika sebelum ini saya faham kita bergaduh disebabkan apa. Tapi kali ini lain. Awak Seakan mahukan perhubungan ini tamat!"

Mukhriz melepaskan keluhan berat. Dia sedaya upaya menahan perasaan dalam diri.

" Semua terletak pada tangan Awak Mukhriz, macam yang selama ini saya sebut. Kalau Awak rasa itu yang terbaik saya akan ikut!"

" Jangan berdolak Anggerik , itu kali ketiga saya dengar pasal nama itu. Apa Awak tak Sayang kan perkahwinan kita? . Perkahwinan ini tiada makna bagi awak?"

Mukhriz sedikit berkeras Tapi nada suaranya masih lembut. Kali Ini mata Mukhriz melihat kearah Anggerik untuk menjawab.

" Apa Awak mahukan Mukhriz dalam hidup Awak? Saya buatkan jalan yang terbaik bagi kita berdua. Saya takkan jadi penghalang hubungan Awak dengan Sherry Atau mana - mana wanita. Saya terima Tapi jangan tipu saya Mukhriz, Dan Awak yang tak nak hal ini dibincangkan. Awak yang elak dari hal ini."

" Macam mana keputusan Awak pilih Anggerik. Keputusan itu yang saya akan pilih dalam keputusan saya. Macam mana Anggerik? Awak Jelas perkara itu?"

" Saya bukan hidup baru sehari dua Mukhriz. Siapa Awak saya dah tahu. Awak sorokkan Sherry buat apa? Awak pun tahu saya boleh terima dia. Tapi kenapa sorokkan Kalau Awak tak bersalah.

" Saya Takkan ada apa - apa hubungan lagi dengan Sherry. Kalau itu Awak nak dengar Anggerik!"

" Benda itu saya dah dengar. Tak perlu diulang tayang. Tapi Awak buat juga Mukhriz. Macam mana Saya nak percaya."

" Percaya Anggerik Saya Takkan dua kan Awak. Saya Takkan lakukan benda itu. Saya Takkan ulang kesilapan sama macam Ayah saya" Suara Mukhriz Jelas Dan serius dalam bicara yang dituju Kepada Anggerik.

" Macam mana Saya nak percaya Mukhriz. Awak Tolong jangan buat saya serba salah dalam hati saya untuk percaya Awak lagi." Anggerik sengaja menguji. Dia telah tahu pasal hal Mukhriz Dan Keluarga dia dulu. Semua  Jelas dalam cerita Datuk.

" Saya Takkan tinggalkan awak, Adham dengan anak kita. Saya Takkan ulang sejarah silam saya terpalit pada Anak - anak saya. Saya dah tahu perit hal itu bagaimana. Saya Takkan pilih jalan itu." Mukhriz berhadapan dengan Anggerik.

" Apa Maksud awak Mukhriz? Apa yang Saya tak tahu Tentang hal Awak dulu?" Anggerik mahu Mukhriz luahkan segalanya. Dari penceritaan Datuk. Jiwa dan perasaan Mukhriz menderita Di zaman kanak - kanaknya.

" Anggerik", tubuh Mukhriz memeluk Isterinya dalam dakapan pelukan. Dia Cuba bertenang Dan kembali kan semula kekuatan dalam diri.

" Apa yang Awak nak terangkan Mukhriz. Saya sudi mendengar. Awak boleh Lepaskan semuanya." Suara lembut Anggerik membisik membantu Mukhriz pulih dari perasaan yang di pendam lama.

" Saya ditinggalkan tanpa kasih sayang Ayah. Saya tak pernah dapat kasih sayang dia. Mungkin dia Benci saya Anggerik. Ataupun dia bencikan Mama. Tapi semua itu Saya tak faham. Saya kecil lagi dia tinggalkan kami."
Pertama Kali Mukhriz luahkan segala perasaannya Tentang masalah dirinya Dan Keluarga.

Terasa bebanan berat selama ini dalam hidup Mukhriz semakin ringan menghilang..

" Macam mana Awak harungi semua itu Mukhriz! Maksud saya macam mana Awak terus kan hidup?" Tanpa keluarga disisi.

" Saya sebenarnya tak kuat Anggerik. Tapi saya perlu teruskan kehidupan. Awak berbeza dari saya. Awak ada keluarga disisi. Tapi saya! Hanya tinggal sebatang kara lalui semua yang jadi." Mukhriz memandang kearah isterinya. Tubuh mereka masih dalam pelukan.

" Mama? Bukan awak masih ada Mama? Awak pun bukan keseorangan Mukhriz!" Anggerik Cuba meneka. Sungguh Anggerik tak sangka pengalaman kehidupan Mukhriz juga terseksa seperti kehidupan dia dulu.

Tapi Anggerik masih beruntung kerana mempunyai tempat bergantung Dan orang disisi yang membantu Anggerik Setiap masa. Walaupun Dianara Dan Mawar Benci dia.

" Mama! Awak bayangkan Anggerik. Kewujudan saya di dunia ini, tak dapat  mengubah pandangan Mukhlas pada  Mama. Bagaimana reaksi Mama? Awak fikir Mama peduli pasal saya?” Mukhriz sinis dalam bicara. Dia dapat melihat Jelas wajah kebencian Irdina Setiap kali wanita itu memandang kearahnya.

Anggerik masih berdiam, terkesan dengan cerita Mukhriz Tentang hidup silam lelaki itu. Disangkakan Mukhriz tiada masalah dalam kehidupan lalu. Nampaknya Anggerik tersilap..

" Saya yang selalu dipersalahkan dalam hal ini. Kewujudan saya bagaikan tiada erti pada mereka!" Mukhriz mengeluh berat dalam suaranya. Dia tidak lagi memeluk Anggerik. Sebaliknya dia menyandarkan dirinya pada jendela. Merenung kembali masa silam dirinya.

" Mukhriz Awak banyak menderita selama ini. Kenapa Awak tak dapatkan bantuan. Bantuan Datuk Mumtaz dengan Opah?"

" Saya tak boleh tinggalkan rumah ini. Walaupun apa yang jadi. Dia tetap Mama saya Anggerik. Walaupun Setiap masa saya perlu menagih kasih dia. Hanya yang penting dalam hidup Dan fikiran Mama Hanya Mukhlas. Lelaki yang hancur kan hidup dia sampai nafas Mama yang terakhir."

" Awak tak tahu apa yang jadi sebelum ini Mukhriz. Mungkin ada Kisah disebalik ini yang kita tak tahu." Anggerik berwaspada dalam bicara .

Nampaknya Mukhriz benar - benar salahkan Mukhlas dengan apa yang jadi. Kalau Mukhriz tahu semua itu disebabkan Lily, Ibu Anggerik. Mukhlas Dan Ibunya pernah bercinta.Entah apa tindakan Mukhriz pada dirinya nanti. Semua itu Anggerik pendam dalam hati. Biarlah rahsia itu mati sendiri Bagi Anggerik.

" Saya tak nak ambik tahu pasal Mukhlas. Cukup dia musnahkan Memori masa kecil saya Dan Mama. Dia Saya Takkan kenang lagi dalam hidup saya.
Dia sudah ada keluarga lain Anggerik. Sebab itu dia tak peduli kan saya lagi. Dia telah ada anak lain dengan perempuan yang dia Cinta."
Senyuman Mukhriz sinis bila mengenangkan lelaki yang telah membuang dirinya. Untuk apa lagi dia mengharapkan kasih seorang Ayah. “Dia yang ditinggalkan”

Mukhriz mematikan perbualan dari Kisah silamnya Dan kembali kepada Anggerik.

“ Apa lagi Awak nak tahu seterusnya Anggerik?” Wajah Mukhriz dipenuhi kesedihan Dan Dia mahu perjelaskan semuanya pada Anggerik.

" Pasal saya Mukhriz. Kenapa Awak tolak saya dulu. Kenapa Awak tak halang perkahwinan kita.

Saya percaya Awak sudah tahu siapa Dalang dalam semua ini. Dia yang Awak berjumpa sebelum ini.  Jelas Awak dah tahu siapa dia, Tapi Awak buatkan hal itu mudah bagi awak Mukhriz."

“ Tiada tindakan? Apa yang jadi?”

" Maksud awak Mawar?" Pandangan Mukhriz kembali terarah pada Anggerik.

" Siapa lagi?" Anggerik masih tidak puas hati selagi Mukhriz tidak berterus terang.

" Saya takutkan pada perkahwinan. Itu sebab sebenar Saya mahu Awak tarik pasal pernikahan kita! Saya tak tipu."

" Takut?" Anggerik ketawa dengan jawapan Mukhriz. " Awak bukan seorang yang dengar arahan Mukhriz. Lihatlah bagaimana Awak heret saya kembali dalam hidup Awak. Bila Awak tahu pasal Adham." Anggerik mengingatkan kembali.

" Saya takut saya akan lakukan benda yang sama macam Mukhlas buat pada saya dulu Anggerik. Sebab itu saya bencikan hal itu.”

Nampak jelas pada pandangan Anggerik, Mukhriz mengeluh hebat..!

“ Tapi Saya tak boleh tolak hal itu. Sebab Datuk dah berjanji dengan arwah Ibu Awak. Saya tak pasti sebab apa ? Tapi semua keputusan yang Datuk buat, saya hormat!"

“ Mereka yang berikan kasih sayang pada saya Anggerik. Mereka sahaja yang Sayang saya!” Ungkapan Mukhriz mahukan Anggerik faham Maksud dirinya.

" Awak hormat ?" Anggerik terkejut. " Kalau Awak hormat keputusan Datuk? Awak Takkan tinggalkan saya malam itu Dan Awak tinggalkan saya gantung tak Bertali 3 tahun Mukhriz. Celah mana Awak hormat Datuk!"

Bila diberikan peluang.. Anggerik Takkan Lepaskan peluang itu berterus terang. Bagi Anggerik biarlah perkara itu diluahkan hari ini.

" Saya terperangkap dengan penipuan Mawar. Awak pun tahu hal itu? Tapi Kenapa tak Cari saya Anggerik?"

" Awak gila Saya nak Cari Perogol saya malam itu. Awak nak saya cakap apa pada Awak? Kita pun tak kenal Mukhriz sebelum ini. Dan Awak tak pernah Cari saya."

" Tapi saya masih masukkan duit bulan - bulan untuk Awak guna. Awak yang berdegil Anggerik. Tak gunakan duit itu untuk Awak Dan juga Adham. "

“Lagi satu, Adham?”

" Awak rahsiakan Adham dari saya. Kalau saya tahu Adham wujud malam itu, saya akan bertanggungjawab, saya Takkan tinggalkan Awak harungi semua itu keseorangan Anggerik. Saya menyesal, Tapi itu semua tak berguna."

Mukhriz meraup kasar wajahnya. Pandangan Mukhriz sayu mendapatkan pandangan simpati dari Anggerik.

" Benda dah Jadi. Mungkin itu takdir saya." Anggerik akhirnya mengalah. Segalanya Jelas Dan terang dalam hal itu.

" Anggerik jangan pergi lagi dari hidup saya. Kita bina hidup baru. Hidup saya dengan awak, dengan anak - anak kita." Tangan Anggerik lembut Mukhriz bawa kedadanya. Mendengar debaran jantung yang berdegup laju tidak sekata di dada Mukhriz.

“ Saya tak pasti Mukhriz.” Jelas dimata Anggerik wajah Mukhriz telah berubah dengan kata - katanya. Anggerik serba salah. Tak sangka kehidupan Mukhriz pun bukan seperti fikiran Anggerik sebelum ini. Anggerik mengeluh berat dalam hati..

" Hmmmmm! Maksud anak - anak itu Mukhriz. Berapa ramai. Kalau tak memenuhi syarat saya. Cadangan Awak itu saya reject." Anggerik kembali beriaksi manja dengan Muhriz. Segala sifat marahnya tadi telah menghilang.

" Sedozen! Tapi saya rasa belum cukup!"

" Saya Takkan kembali. Saya pilih... !"

" Jangan cakap lagi pilih Adam. Awak nak saya bunuh dia. Awak dah tak ada pilihan lain."

Anggerik menjeling tajam Mukhriz..!

" Kalau Awak berani Mukhriz? Saya bunuh Sherry kesayangan Awak itu!"  Anggerik membalas. Dia pun tak mahu Kalau dengan Mukhriz.

" Bunuhlah, sikit aku tak heran.!"kening Mukhriz dijengkitkan menunggu reaksi balas dari Anggerik.

" Mukhriz Awak memang kejam!" Anggerik bentak - bentakkan Kaki pada Mukhriz.

" Apa pula kejam ? Awak yang nak bunuh dia. Saya tiada kaitan.!"

" Tapi saya mengandung Takkan Awak nak benarkan saya buat itu semua. Sepatutnya Awak halang!" Anggerik mengetap geram pada Mukhriz.

" Anggerik habis itu awak nak saya buat apa lagi? Sherry yang Cari saya. Awak marah! Awak merajuk sampai Cari Datuk pagi - pagi. Hilang? Tidur dengan Adham. Awak nak saya buat apa lagi Anggerik!"

Sekali lagi Mukhriz pening. Perangai Anggerik yang dulu dah muncul. “ Habis dia kali ini”.

“ Tak sepatutnya Awak jawab macam itu.” Jelingan mata Anggerik, bersama muka Blur Mukhriz. Binggung dengan bicara Anggerik. Tapi hati Mukhriz dah berbunga- bunga keceriaan. Anggerik yang manja telah kembali.

" Sokong saya Tapi jangan keterlaluan." Anggerik membentak geram pada Mukhriz.

" Ini saya sokong ? apa - apa hal lah Awak ini Anggerik. Tak sedar yang tadi Awak kata saya kejam? Kalau saya kata jangan! Awak kata saya ada hubungan. Mana satu Awak nak saya jawab Anggerik?" Mukhriz dah tersenyum bahagia. Kebahagian hatinya telah kembali dengan wajah cemberut Anggerik.

" Awak dah tahu hal ini, jawab lah “ Saya Tiada komen Anggerik”. Anggerik mengajuk Gaya Mukhriz bercakap.. “ Buat apa susah - susah Cari jawapan.” Mata Hazel Anggerik sekali lagi menjeling dengan Mata Hazel miliknya tajam memandang Mukhriz.

“ Haishhhhh Anggerik. Awak buat lagi!”

“ Saya buat apa?” Wajah Anggerik dirasakan dengan Jadi tangannya yang runcing.

“ Mata Hazel Awak itu Anggerik Selalu ingatkan saya pada wanita yang saya jatuh Cinta pada pandangan pertama.” Mukhriz peluk Anggerik dalam pelukan ke tubuhnya erat Dan dipenuhi segala kasih sayang seorang lelaki. Pelindung Dan penyelamat Anggerik.

“ Awak cakap apa Mukhriz? Maknanya Awak dah ada orang lain lagi!” Tak semena - mena air mata Anggerik laju gugur ke bumi. Satu perbuatan yang Anggerik tak boleh tahan. Kesedihan dalam diri Anggerik dirasakan tahap melampau. Dia Cuba kuat tapi perbuatannya tak sama dengan perasaan Anggerik.

“ Saya Benci Awak Mukhriz! Lepaskan saya?”

Mukhriz dah ketawa dengan kelakuan Anggerik.

“ Awak Ini Cepat sangat melatah Anggerik dengar dulu sampai habis apa Saya nak cakap Hal sebenarnya?” Mukhriz Senyum sinis dengan gelagat sedih Anggerik. Pelukan masih dikemaskan. Perangai Anggerik boleh berubah- ubah. Buatnya Anggerik lari lagi dari pelukan, Mana dia nak Cari jalan pujuk Anggerik lagi.

Disebabkan pelukan Tangan Mukhriz dikemaskan Dan kejap sambil Mukhriz mencari Idea bagi mengusik Anggerik.

“ Saya tak nak dengar! Awak tak boleh paksa saya dengar cerita mengarut pasal awek Awak dulu - dulu. Pasal Cinta pertama awak! Buat apa saya nak tahu!” Sekali lagi Anggerik menjeling pandangan pada wajah Mukhriz. Menyampah. Kalau dia tahu tadi dah lama dia Takkan ikut Mukhriz ke sini.

“Nak cakap pasal cinta pertama! Saya pun adalah Mukhriz, Adam.” Anggerik masih dengan perasaan tak puas hati.

“ Awak ingat tak lagi masa saya jumpa dengan Datuk masa direstoran dengan awak Anggerik. Awak masih ingat kejadian itu? Kali pertama kita jumpa!” Mukhriz tersenyum dengan gelagat Anggerik yang Seakan terkejut Dan memandang Mukhriz hairan. Kening Anggerik berkerut.

“ Kenapa dengan kejadian itu?” Suara Anggerik mulai perlahan bertanya. Kesedihan tadi sedikit demi sedikit mula menghilang, hanya wajah hairan memandang kearah Mukhriz.

“ Awak sorokkan wajah Awak dengan menu! Saya ingat lagi Anggerik. Tapi yang Sebenarnya saya dah terpikat dengan awak. mata Awak itu buat saya terpikat. Hazel!”

“ Tapi Sayang Anggerik saya ingatkan Awak dengan Datuk waktu itu!” Mukhriz mengingtakan kembali Memori waktu pertama kali mereka dipertemukan.

“ Awak Sebenarnya nak cakap apa pada saya Mukhriz? Mana satu Awak nak terangkan ini. Apa Maksud awak?” Anggerik masih mengetap geram, dengan bibir Anggerik digigit manja. Pening dengan Mukhriz kali ini. Cakap berbelit - Belit. Susah Anggerik nak faham.

“ Awak Cinta pertama saya! Sebab itu saya selalu buat Awak tak tenang dengan saya. Kalau saya tahu dulu Awak ini Isteri saya Anggerik. Saya tak Lepaskan Awak pergi dulu! Saya betul - betul menyesal. Awak boleh hukum saya Anggerik, Tapi jangan tinggalkan saya. Awak segala- galanya bagi saya!”

“ Saya?”
Anggerik terkedu! Tak sangka Anggerik Mukhriz buat pengakuan sejujurnya pada dia hari ini. Tapi Anggerik mahu menguji Mukhriz.

“ Saya tak percaya, macam mana Saya nak tahu awak jujur kali ini. Atau Awak cuma berlakon, ego ! sebab tahu Saya nak kembali pada Adam. Apa buktinya Mukhriz?”

Anggerik tak mudah percaya pada Mukhriz kali ini..

“ Jangan lupa Awak belikan jambangan bunga pada Sherry, saya yang gubah jambangan bunga itu. Entah apa lagi awak bagi pada Sherry, mungkin Awak sebenarnya keliru Mukhriz!” Anggerik masih tidak mahu mengalah.

“ Heissssh! Lagi - lagi Adam.” Saya nak jumpa Awak Anggerik. Tak puas hati bila awak selalu muncul depan saya Dan semua pasal Awak misteri. Awak tak ingat apa yang saya Syak dulu hubungan Awak dengan Datuk. Pertanyaan saya dulu? Tapi jangan ingatkan pasal hal itu. Darah saya boleh mendidih Anggerik!”

“Hah! Jadi selama ini awak sengaja cari pasal dengan saya, semua sebab itu! Awak Sebenarnya ada hati Mukhriz? Tak sangka betul. Sebenarnya waktu tu saya pun tak kenal Awak. Tapi Datuk yang Kenalkan. Perasaan saya Mukhriz pada waktu itu. Awak Takkan dapat bayangkan, macam mana Saya Benci Awak masa itu. Bila saya dapat tahu awak “ Suami”.

“ Sekarang macam mana Anggerik. Perasaan Awak pada saya? Saya Takkan percaya hati Awak sekarang ini tak ada saya dalam tu! Saya boleh nampak Awak cemburu. Dari Benci Awak kini Sayangkan saya Anggerik.” Wajah Mukhriz dipenuhi senyuman.

“ Perasan! Saya hanya kembali pada Awak sebab kandungan ini dengan Adam!” Anggerik masih ego dengan perasaan hati. Tapi sebenarnya dalam hati Anggerik dia telah menerima kembali lelaki itu dalam hidup dia.

“ Betul Awak tak Cintakan saya Anggerik?” Mukhriz masih mengusik.

“ Tak ! Selagi Awak tak belikan jambangan bunga pada saya. Tapi jangan curi bunga dari Kedai saya Mukhriz. Awak tak boleh tipu saya!” Sekali lagi dan berkali - kali Anggerik menjeling.

“ Anggerik ! Anggerik.. sejak awak mengandung ini, Awak semakin demand. Tapi tak per saya turutkan kali ini.” Giliran Mukhriz pula menjeling kearah Anggerik.

“ Demand! Ini baru permulaan Mukhriz? Banyak lagi yang ada dalam fikiran saya ini dan saya nak semua itu dipenuhi!” Anggerik tersenyum sinis.

“ Saya akan tunaikan, Nampaknya saya tak ada pilihan lain Anggerik.”

“ Good itu baru permintaan Kedua. Banyak lagi menanti lagi Mukhriz, kali ini Saya tak main - main.”

“ Okay saya turutkan semua permintaan tu, Tapi Awak jangan nak minta bulan dengan bingang yang itu Saya tak mampu.” Mukhriz membawa Anggerik masuk kebilik.

“ Kita buat apa kesini?” Anggerik cuak, Fikiran dah memikirkan perkara lain.

“ Ini bilik saya dulu. Saya nak awak kenali saya Anggerik. Dengan itu Awak akan faham saya!” Satu album diberikan Mukhriz Kepada Anggerik bersama tawa mereka berdua dalam mengenali diri masing - masing. Perasaan Anggerik tenang menghadapi masalah yang sebelum ini membelengu hubungan mereka. Mereka kembali bahagia, sebelum mereka berdua memahami pasangan perbaiki perhubungan mereka berdua untuk fasa seterusnya..

****

“ Anggerik ?”

“ Roselle! Engkau dah kenapa? Masih bermimpi Ngeri lagi. Mata Terry mengosokkan mata yang masih mengantuk. Dia terkejut mendengar Suara Mawar yang memekik akibat mengigau.

“ Saya nak termuntah Terry!” Tangan Mawar menekup mulutnya yang Terasa loya ditekak.

“ Uweeek ! Uweerrk! Suara Mawar yang kedengaran di telinga Terry memuntahkan segala isi perutnya.

Terry tersenyum sinis bila plan yang dirancang, semua akhirnya berjaya. “ Awak Okay Roselle?” Nak aku Tolong apa - apa.

“ Tak ! Tak perlu Terry. Saya hanya perlukan masa sendiri untuk saya kembali Okay. Sekejap lagi saya datang kembali.” Suara Mawar yang perlahan memaklumkan keadaan dirinya.

Terry kembali ke arah katil, masih tersenyum sinpul dalam Maksud yang tersendiri.

Dia membaringkan tubuh keatas katil dengan selesa menunggu Roselle kembali disisi, sambil mata dipejamkan sambil tersenyum. “ She pregnant!” Senyuman Terry yang puas dengan usahanya yang berhasil pada Roselle.

Luv PB...:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience