Bab 33 (A2)

Romance Completed 306520

“ Esok hari penentuan dan hari kehidupan kita akan berubah. Macam mana Anggerik, Engkau nak aku teruskan."

"Apa maksud awak Mukhriz? Persiapan semua dah ready macam Yang awak mintakan.Apa lagi?"Anggerik kerutkan kening sambil pandangan mata Anggerik masih mengesyaki sesuatu dengan kelakuan Mukhriz.

Semua permintaan Mukhriz telah dipenuhi termasuk permintaan mengarut Mukhriz. Anggerik nekad tiada apa Yang akan merubah pendirian Anggerik. Mukhriz tetap perlu berkahwin dengan Sherry.

"Apa awak nak sebenarnya?" Mata Anggerik tepat pandangan pada Mukhriz.

" Tak ada apa! tapi ada syarat terakhir! Aku rasa ini Yang terakhir sebelum aku buat keputusan terbesar esok." senyuman Mukhriz penuh dengan muslihat.

" Awak ini Tak habis - habiskan Mukhriz? Baru semalam awak buat Hal dengan Saya bagi pilihan bunga.Saya terpaksa tanggung kerugian Besar sebab awak last minute,tukar pemilihan bunga itu.Apa awak nak buat lagi lagi ini?"

" Aku ingat engkau takkan berjaya Anggerik tukar bunga itu.Tapi aku silap ,Syarikat bunga dari Paris itu hancurkan plan aku." Mukhriz berantakan dalam diri mengenangkan plan diri tidak berjaya di saat akhir.

" Apa awak fikir panjang Mukhriz? ada lagi idea awak nak kenakan Saya?"

" Tak sangka pasal bunga itu Anggerik,awak dah nak tuduh Saya bukan - bukan.Saya cuma
.Dan Saya nak bunga Anggerik bersemadi dalam majlis Saya besok sama dengan pengorbanan awak dalam benarkan Saya dengan Sherry."

" Tak perlu lagipun awak dah tahu Saya buat itu semua untuk apa.Lambat atau cepat Mukhriz Masa itu akan tiba juga .Perpisahan Kita dah tertulis " Anggerik menahan geram, kejutan Demi kejutan dibawa oleh Mukhriz dalam kehidupan mereka.Anggerik Tak dapat jangka semua idea Dan muslihat Mukhriz. Anggerik terlalu penat.Dia ingin melangkah untuk berehat, usia kandungan Yang hanya menunggu Masa membataskan pergerakan Anggerik.

Baru tiga langkah Anggerik meninggalkan Mukhriz untuk berehat.Sekali lagi kejutan dari Mukhriz buat Anggerik.

" Permintaan terakhir Anggerik, aku nak bilik tidur pengantin diubah kesini.Memandangkan majlis itu esok pagi, jadi aku ucapkan Good Luck untuk engkau Malam ini." suara Mukhriz mendatar dalam satu nafas .

" Apa ?" Awak cakap apa?" darah Anggerik dah mendidih hanya menunggu Masa untuk meruap.

" Bilik Kita, itu maksud aku!" Mukhriz serius.

"Awwww ..Awak dah Gila?"Anggerik tergagap.

" Gila ...aku Tak segila engkau Anggerik, benarkan suami sendiri kahwin dengan perempuan lain.Aku maksudkan benda itu.Aku rasa Bilik Pengantin di hotel itu Tak sesuai dengan mood aku.Aku lebih mahukan privacy, untuk kami berdua." suara Mukhriz tegas.

" Beri Saya sebab Mukhriz? awak nak guna bilik tidur Kita untuk awak dengan Sherry." Anggerik dah ternganga terkejut, Tak sangka mainan Mukhriz sekejam ini.

" Mudah.Sherrry popular, aku Tak mahu Malam pertama kami diganggu.cukuplah kami diganggu wartawan Masa majlis nanti.Aku Tak mahu luar bilik Pengantin kami dipenuhi wartawan."

" Tapi takkan bilik tidur Kita, Saya carikan bilik lain." Anggerik memberikan cadangan.Sementara Mukhriz mendekati Anggerik dalam jarak seinci."

Mukhriz berbisik ditelinga Anggerik bersama senyuman sinis." Kita akan mulakan hidup berkongsi Anggerik,Dan Tak Salah jika Kita mulakan pada Malam pertama aku esok." Suara Mukhriz romantis Dan lembut, tapi semua itu buatkan hati Anggerik terguris dalam hingga manik- manik kecil mulai kelihatan.

" Saya dengan Adham Mukhriz? takkan Saya nak tinggal dalam rumah ini.?" Suara Anggerik tenang menahan perasaan, wajah dipalingkan bersama linangan air mata Yang dititiskan. Kali ini Anggerik telah merasa diri dipinggirkan sebelum mereka berdua berkongsi kasih Mukhriz.

" Terpulang, tapi bagi pendapat aku...lebih balik engkau Dan Adham tinggal di hotel." Mukhriz berpaling meninggalkan Anggerik sendiri.

****

" Apsal last minute Mukhriz buat keputusan macam ini?" Jun mengeluh. Kepenatan menguruskan petukaran bunga siang tadi di Dewan Pengantin belum habis.Kini digantikan dengan kerja lewat Malam." Gila, keluhan Jun dalam hati.Tapi memandangkan Anggerik Yang lebih serabut dalam pemikiran Dan perwatakan buatkan Jun hanya mengeluh secara diam.

Nak Tak nak dia terpaksa membantu Anggerik.Sahabatnya sedang sarat mengandung Anak kedua.

" Dia Ada alasan dia sendiri." Anggerik juga turut mengalah dengan permintaan Mukhriz.Pada mulainya Anggerik Tak setuju.Tapi bila difikirkan secara logik,semua Yang dikatakan Mukhriz Ada kebenaran.

" Engkau dah kenapa diam dari tadi .Dengar Tak soalan aku tadi? Sebab apa semua ini aku nakkan jawapan." Kali ini Jun tegas dia Tak main - main.Penat tadi membuatkan Jun senang mendidih.

" Alasan Mukhriz logik! Dia Tak nak ada wartawan luar bilik dia nanti." Anggerik berterus terang.

" What!" itu jer alasan dia.Habis itu bilik lain dari bilik korang ini Tak boleh guna.Apsal dia nak bilik ini juga?"Jun semakin menyirap.

" Idea siapa ini Anggerik? Mukhriz or Perempuan itu?"

" Mukhriz! tak Ada kena mengena langsung dengan Sherry. Bakal Madu aku tu baik." Anggerik senyum Manis.Segala kegelisahan hati Dan kedukaan tadi dibuang jauh.Tidak mahu menunjukkan jiwa Dan dirinya Yang lemah ketika ini kepada Jun.

" Kalau doa aku diperkenankan Anggerik, aku doakan
engkau beranak esok, jadi Tak perlu lalui semua ini." Jun menjeling Anggerik, entah kenapa Kali ini tindakan Anggerik sekali lagi sesakkan dadanya.Itu belum perangai Mukhriz yang pelik - pelik sebelum majlis.

Paling Tak masuk akal bagi Jun, pilihan Mukhriz yang menukar bilik Pengantin di saat - saat akhir.Punyalah Gah penginapan Bilik Pengantin di hotel untuk Pengantin.Alih- alih tempat perlu ditukar di minit - minit akhir plus lewat Malam.

" Kalau aku beranak esok Jun aku takut Mukhriz ubah keputusan dia.Aku takut dia Tak teruskan, syarat dia aku kena Ada dekat situ sepanjang majlis."

" Syarat Tak masuk akal, samalah korang berdua, dua - dua buat keputusan bukan - bukan." Jun semakin geram.

" Jun"
Mukhriz muncul sambil memberikan senyuman Manis kepada Jun Dan Anggerik.Pandangan mata Dan senyuman sinis terdampar pada bibir memerhati di setiap penjuru bilik Yang sedang ditata rias, tanpa mengetahui Ada sepasang mata Yang melihatnya tajam tanpa berkelip .

" Mukhriz" Suara Jun seakan tersekat Dan terdampar tanpa reaksi, yang Ada hanya geram.

Mukhriz Baru tersedar dengan panahan mata Jun yang tidak berkelip memandang kearahnya.

" kenapa pandang aku macam itu Jun? Engkau pun dah jatuh hati dekat aku!" bicara Mukhriz bersama jelingan yang dibawa terus mebghadap Jun .

Anggerik telah tiada disisi mereka, mungkin menguruskan sesuatu. Bila Anggerik menghilang, Jun Dan Mukhriz tidak tersedar .

" Jangan bergurau dengan aku Mukhriz. Engkau tahu jelingan aku ini sebab apa. Kalau aku tahu jadi macam ini, apa engkau buat dekat Anggerik, aku takkan tolong engkau dulu." Jun mengenang kembali kejadian dulu yang telah beberapa tahun berlalu.

" Apa maksud engkau Jun." Mukhriz memainkan muslihat.

" Engkau tahu apa aku maksudkan, Anggerik sahabat aku,aku dengan dia dah kenal lama.Engkau gunakan aku dulu untuk dapatkan Anggerik bila Anggerik dah lupakan engkau.Engkau sebenarnya Mukhriz Tak kenal siapa Anggerik sebenarnya. Engkau pernah minta pertolongan aku untuk pujuk Anggerik kembali sebab Adham.Tapi sekarang apa yang engkau buat, pertahankan hubungan dengan Anggerik.

Engkau kahwin dengan Sherry waktu Anggerik sarat mengandung. Mana logik akal awak Mukhriz?" Semua Yang terbuku perlu diluah Hari ini.

" Dah cukup! Ada apa - apa lagi nak tambah.Bagi sedap sikit versi penceritaan engkau tu?" Mukhriz masih lagi tenang.

" Kalau engkau Tak boleh bahagiakan Anggerik Mukhriz, lepaskan dia secara berhemah, jangan jadikan hidup dia lebih menderita dengan Jalan yang kamu berdua pilih ini ." Jun semakin Tak dapat mengawal perasaan bila perbincangan itu bagaikan mainan.

kenyataan dari Jun berjaya buatkan Mukhriz bengang dalam kewarasan fikiran berdepan dengan sahabat Anggerik.Satu senyuman sinis dilempar kearah Jun dengan pandangan tajam tanpa berkelip.Menunjukkan Mukhriz benar - benar serius beraksi.

" Kalau engkau belum berkahwin Jun, nescaya engkau yang akan Anggerik pilih untuk jadi Pengantin aku. Ini semua kehendak Gila Anggerik! bukan aku. Segala usaha aku, semua aku buat untuk kegagalan perkahwinan ini, tapi dia seorang yang teruskan segalanya." Mukhriz berterus terang.

" Termasuk benda ini?" Jun akhir nya faham usaha Mukhriz bagi kegagalan.

" Yes! sekurang - kurangnya aku berusaha untuk terakhir." Mukhriz masih belum mengalah.

" Usaha awak masih kurang sesuatu Mukhriz!" Bicara Jun membuatkan langkah Mukhriz yang mahu meninggalkan kawasan itu terhenti Dan dia berpaling.

" Apa yang kurang?" Mukhriz meneruskan pertanyaan.

" Mukhriz yang dulu!" bicara Jun yang membuatkan Dada Mukhriz tersentak kuat.

" Saya yang dulu? Maksud awak?"

" Tiada siapa yang boleh halang awak dalam keputusan. Termasuk Datuk. Mukhriz yang hilang!" Jun tersenyum sinis, berharap Mukhriz akan faham tindakannya Dan maksud tersirat dari perbualan mereka.

***

" Jun terima kasih Bantu Anggerik Malam ini. Semuanya dah selesai, mesti Malik tunggu lama dalam bilik." Anggerik tersenyum menyakat kearah Jun.

" Malik nak tunggu aku, entah - entah Lena dia dah sampai Tokyo." Jun jelingkan mata mengenang suami sendiri yang kuat tidur sejak kembali ke sini.

" Esok engkau datang awal temankan aku.Lagipun Mukhriz perlu dihantar dekat Butik. Aku takut aku Tak sempat jaga.Kalau awal kejutkan aku Jun." Anggerik berpesan.

" Itu kalau engkau lambat, tapi kalau aku pun lambat! macam Mana?"

" Nampaknya majlis perlu dilambatkan sikit" Anggerik ketawa sambil membuat muka comel.

" Anggerik!" Jun gelengkan.kepala.dengan jenaka Anggerik. Tiba -tiba mood Jun berubah sedih.

" Engkau kenapa Jun sakit ker? Kita kerja kuat sangat Malam ini."suara Anggerik risau.

" Aku harap esok.ada keajaiban dalam.hidup engkau Anggerik." Amin. Jun mendoakan.

" Semoga perjalanan majlis selamat Dan dipermudahkan urusan esok." senyuman Anggerik melebar bersama lirikan mata menghantar Jun pulang hingga tubuh sahabatnya hilang.

****

' Kenapa wajah dia sama dalam mimpi aku " dapat dirasakan Mawar dadanya berombak kencang bila sekujur tubuh itu terpandang di hadapan matanya.

" Aku terasing disini, tapi kenapa aku macam biasa sahaja nampak dia.

" Siapa dia?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience