44

Romance Completed 306520

*** Selamat Hari Lahir ****

Suasana kelihatan Meriah dengan limpahan Cahaya Neon, meja Dan kerusi dihias Cantik Dan pentas yang diletakkan Di Tengah - Tengah keramaian. " Majlis Hari Jadi Mukhriz" telah bermula bagi tahun itu. SEPTEMBER..

Ucapan Tahniah seiring dengan pelukan erat untuk Mukhriz bagi setiap tetamu yang hadir.

Anggerik seperti biasa tidak dibenarkan untuk Mukhriz, menjauhi dirinya Walaupun sesaat .

Adham telah hilang kemana, dibawa pergi oleh Datuk Mumtaz dan Opah, Sebaik sahaja mereka sebagai tetamu kehormat tiba didalam Majlis.,

"Dasyat!"
Itu pandangan Anggerik bagi majlis Mewah untuk Mukhriz, Walaupun Majlis yang diadakan Hanya untuk menyambut ulang tahun hari lahirnya.

" Awak tak rasa keterlaluan ke Mukhriz sambutan Hari Jadi Awak semewah macam ini?"
Soalan Anggerik bersama Senyuman yang tidak putus - putus di sedekahkan untuk tetamu yang hadir melewati mereka.

" Tak ! Kalau engkau nak tahu Anggerik majlis ini bukan untuk Hari Jadi aku semata- mata, Tapi semuanya untuk bisnes. Waktu itulah Datuk buat duit, Dan bukan aku sahaja yang kena macam ini, seluruh keluarga kami!"

" Biar Betul? Awak Maksud kan Firhad pun akan terbabit sama?dia pun sepupu awak jugakan Mukhriz. Tak sangka hidup orang Kaya ini semua buat duit.?"
Anggerik melopong Tapi lopongan Anggerik Hanya sekejap, bila disapa dengan tetamu.

Jadi Anggerik sekali lagi terpaksa sedekahkan Senyuman semanis gula..

Kening Mukhriz berkerut. " Mana engkau kenal Firhad?Engkau jangan cakap, dia yang beritahu pasal aku dekat Melaka dulu Anggerik.?"

Separuh mati Mukhriz mencari siapa yang maklumkan pada Anggerik pasal hubungan dia dengan Sherry, tak pasal - pasal dia ada masalah dengan Anggerik .

Tapi bila difikirkan balik Sebab itu juga dia berbaik dengan Anggerik, Tapi menjauh Bila dia terkantoi sendiri. Tapi Mukhriz masih tak puas hati sebab Firhad, belakangkan dia buat cerita..!

" Tunggu engkau Firhad habis majlis ini. Mana engkau nak lari." Bentak Mukhriz dalam hati mengetap geram dalam Panas hatinya.

Anggerik pucat, macam tergagap- gagap pun ada. Macam mana dia nak jawab dengan Firhad nanti bila hal itu terkantoi.

" Awak jangan merepek boleh Mukhriz. Bila masa saya beritahu Awak Firhad punya kerja beritahu Awak pasal Sherry tu. Jangan melalut yang bukan - bukan."
Anggerik menjeling Mukhriz disisinya.

" Ada ker aku cakap pasal Sherry Anggerik? Bukan aku kata Melaka?" Senyuman sinis Mukhriz kembali di bibir bersama sengihan.

" Mukhriz." Anggerik merayu..

" Kantoi!" Mukhriz buat - buat tak tahu dengan rayuan Anggerik . " Sah Firhad punya kerja".

" Awak nak buat apa Mukhriz, kesian dekat dia. Bukan salah dia. Saya yang gertak dia." Tak pasal - pasal Anggerik terpaksa mengaku. Dia takut Mukhriz buat sesuatu.

" Aku dah lama nak bantai dia, Mulut dia celupar sangat sibuk hal aku dari dulu. Aku tak buat apa, cuma aku rasa penumbuk aku ini sesuai tak dengan muka dia!"
Mukhriz tahan Panas dalam hati,sambil penumbuk tangannya dilayangkan dihadapan Anggerik. Tapi masih dikawal kerana kali ini majlis Hari Jadi dia.

Gurlp! Terasa sukar untuk Anggerik telan..

" Aku rasa tetamu pun nak habis ini Anggerik, Jom ikut aku." Pinggang Anggerik diseluk dengan tangannya rapat, dibawa Mukhriz mengikuti langkahnya ke sudut ruangan meja yang telah disediakan untuk mereka, kerana dia merupakan orang yang dirai malam ini.

Sudut meja untuk dia Dan Anggerik terletak di hadapan pentas Utama I dimana kedua pentas diletakkan.

Sebaik sahaja Mukhriz Dan Anggerik mendapatkan tempat duduk. Majlis dmulakan dengan suasana dewan menjadi gelap, dalam beberapa saat belalu.

Kembali lampu berwarna warni mula menghiasi, memainkan peranan menghiasai ruangan dewan bersama Muzik kuat bergema.

Anggerik melayan perasaan sambil matanya mencari - cari Adham. Di suatu Sudut dapat dilihat Anggerik Adham sedang dilayan oleh Datuk Dan Opah dengan Ceria.

" Sayang Betul Datuk dengan Opah dengan Adham."Anggerik berasa bertuah kerana dikurniakan dengan Kedua orang tua Milik Mukhriz yang sangat sayangkan dirinya Dan Adham. Anggerik bersyukur dalam hati.

" Engkau tengok apa Anggerik?" Mukhriz menegur bila dilihat Anggerik mengelamun.

" Adham!" Mata Hazel Anggerik melihat kearah Mukhriz.

" Apa aku tak dengar Anggerik!" Mukhriz menguatkan suara Dan meletakkan telinga disisi Anggerik untuk Anggerik berbisik ditelinganya. Muzik yang kuat menyukarkan Mukhriz untuk mendengar.

" Adham, Anak kita!" Anggerik bersuara kuat. Dia tahu sebab sebenar Mukhriz untuk mengulang ayat yang sama dua kali.

" Baguslah Kalau ingatkan Tentang itu, aku ingatkan engkau ingatkan dia. Aku jemput dia kesini,lagipun dia orang bisnes sama dengan aku!" Mata Mukhriz melirik kearah Anggerik melihat reaksi isterinya.

Anggerik mencuba untuk beriak biasa, Tapi dalam Fikiran dirinya kenapa Mukhriz buat semua itu. Tentu Mukhriz ada muslihat.

" Awak tak rancangankan sesuatukan Mukhriz? Dia tetap rakan saya Walaupun apa yang terjadi."
Anggerik was - was dengan Mukhriz.

" Kita tengok apa yang jadi Anggerik, aku tak Janji benda itu."
Air yang Terdapat didalam gelas yang telah tersedia, Mukhriz minum bagi membasahkan tekaknya dengan reaksi Anggerik.

Majlis dimulai dengan pertunjukan peragaan pakaian dari Model - model yang dapat dilihat Anggerik Cantik dalam persalinan Dan gaya masing - masing.

" Tak sangka majlis Awak ini pun ada macam ini Mukhriz, Saya ingatkan majlis hari jadi biasa." Teruja Anggerik untuk menonton apa yang terpampamg dihadapan mata. Dunia peragaan sebenar.

" Engkau pilihlah Mana pakaian yang engkau berkenaan Anggerik nanti semua itu aku belikan?" Mukhriz Tersenyum melihat reaksi Anggerik yang Teruja dengan majlis hari jadi dirinya.

" Saya nak semua!" Anggerik membalas tanpa melihat kearah Mukhriz.

Tersedak Mukhriz mendengar jawapan Anggerik! " Biar Betul Anggerik ini?"

" Engkau tak main - main Anggerik?" Wajah serius Anggerik dilihat, dengan mata Hazel milik Anggerik buatkan Mukhriz tak tidur malam. Anggerik dipenuhi dengan seribu satu wajah yang sukar untuk Mukhriz nak tafsir.

" Tak?" Awak nak belanjakan, jadi saya malas nak pilih, Saya ambil semua. Lagipun saya rasa benda itu semua celah kuku Awak jerk!" Anggerik membalas.

" Huh!" Bila engkau nak pakai Anggerik semua baju tu?" Mukhriz membuat helah.

" Awak jangan kacau boleh tak. Kejap - kejap lagi lah Kita nak sembang. Saya tak puas lihat peragaan ini. Cantik sangat."
Tersenyum Anggerik Dan Teruja dalam masa yang sama. Bukan dia nak pun baju - baju tu semua, dia nak hentikan perbualan dia dengan Mukhriz.

Bagi sepenuh tumpuan pada Model - model yang Cantik depan dia ini. Seronok Dan Teruja dalam sama waktu yang sama.

Mukhriz meluat! Perempuan dengan Fashion tak dapat dipisahkan, Tapi dia ada sesuatu untuk Anggerik sebab tak layan dia.

Kerusi Mukhriz dirapatkan pada Anggerik disisinya.

" Angggerik Kalau aku tanggalkan baju engkau Dekat sini engkau rasa macam mana?"

" Semua! Boleh" tumpuan Anggerik masih pada peragaan yang sedang dijalankan, dia tak faham apa Mukhriz Maksudkan.

Mukhriz Tersenyum sini. Tangan Mukhriz yang dibahu Anggerik mula menjalar dipeha Anggerik membuatkan mata Anggerik membulat, hilang tumpuan.

" Awak buat apa ini Mukhriz?" Wajah Anggerik berpaling kearah suaminya yang menganggu tumpuan mata.

" Aku nak buka semua pakaian ini. Tadi engkau kata boleh buka semua." Tersengih sinis Mukhriz.

" Jangan nak mula Mukhriz," kain dress yang telah terselak dipeha dijatuhkan kembali Anggerik." Sambil Mengetap geram.

" Tadi engkau yang kata setuju" Ketawa Mukhriz melihat reaksi Anggerik. Fikiran dia pun belum segila itu nak tayang kan tubuh Anggerik bogel disitu. Dia nak Anggerik bagi tumpuan pada dia sepenuhnya bukan kepada entah apa - apa Fashion yang sedang ada atas pentas itu.

Tapi disebabkan bisnes, tetamu disajikan dengan Fashion yang akan menarik para wanita - wanita untuk membeli. Dalam masa yang sama pasangan lelakilah yang akan mengeluarkan duit bagi membolehkan pakaian terjual.

Lebih kepada konsep membeli - belah bergerak. Dimana pelanggan melihat pakaian itu dipakai ditubuh, membuat tawaran Dan pembayaran. Keesokannya mereka akan dihantar dengan barangan. Stok pakaian yang diperagakan adalah terhad.

Dengan cara itu perniagaan berjalan dan menguntungkan pelbagai pihak yang terlibat dalam majlis termasuk kepada syarikat Mukhriz.

Mukhriz hanya melihat dengan kebosanan Sehinggalah seseorang muncul disisinya.

" Mukhriz sekejap lagi Sherry akan jadi model Utama peragaan!" Nik berbisik kearah Mukhriz, sambil berlalu pergi dari lelaki itu Sebaik sahaja mendapat anggukan dari Mukhriz.

Semua itu dapat dilihat oleh Anggerik yang kembali datang dari urusan dirinya yang baru kembali dari tandas.

" Apa yang saya terlepas Mukhriz!" Anggerik mencuba melihat kearah Wajah Mukhriz.

" Apa yang terlepas? Awak tengoklah majlis masih berlangsung dengan peragaan.! Kenapa?" Wajah dan reaksi Anggerik dipandang, masih Ingin mengetahui Maksud Anggerik dengan pertanyaan.

" Tak ada apa - apa? Siapa datang tadi?" Anggerik melabuhkan duduknya kembali disisi Mukhriz.

" Oh! Lelaki tadi, Nik pengurus Sherry." Ringkas sahaja Mukhriz menjawab.

" Dia cakap apa?" Reaksi Mukhriz masih Anggerik tunggu. Dia nak tahu apa yang dicakapkan oleh pengurus Sherry pada Mukhriz.

" Itupun Awak nak tahu ker? Kenapa cemburu? Tak ada apa - apa, benda biasa!" Mukhriz mengusik Anggerik, dia tahu Anggerik tak sabar nak tahu bila hal melibatkan Sherry dibicarakan. Mukhriz nak ketawa lihat riak Dan resah Anggerik sekarang.

" Benda biasa tu Saya nak tahu, Boleh?" Anggerik masih belum mengalah.

" Ermmm! Sherry model Utama peragaan ini. Itu yang dia beritahu aku sebentar tadi." Akhirnya Mukhriz memberikan jawapan.

" Itu jer? Tak ada lain?" Anggerik masing mahu tahu jika ada yang lain.

" Itu jer?" Mukhriz ketawa dengan reaksi Anggerik. Nampak Anggerik mula Sayang Tapi dia menungu tindakan Anggerik.

" Awak cium saya nanti dekat pipi, waktu dia muncul!" Kening Anggerik terangkat lihat reaksi sebenar Mukhriz.

" Okay!" Reaksi Mukhriz yang bersahaja.

Acara kembali memuncak bila kesemua model dengan pakaian masing - masing telah mengambil tempat di pentas U yang ada.

Kelihatan Model Utama mula berjalan kearah, arah hadapan pentas I dengan penuh peragaan, membuatkan semua mata terpukau dengan susuk tubuh Dan pakaian yang diperagakan oleh Model itu, siapa lagi kalau bukan Sherry.

" Sherry melangkah dengan sungguh berani dengan Teruja, bersama - sama dengannya Lirikan manja Dan Senyuman menggoda Sherry dalam memperagakan pakaian Utama malam itu.

Dari kejauhan tepat dari pentas dirinya memperaga untuk berjalan dilihat wajah lelaki kesayangannya berada disitu, Mukhriz Di Mana cahaya lampu menerangi laluan jalan dirinya Dan Mukhriz yang sedang tersenyum ke arahnya.

Mukhriz kelihatan sangat kacak Di malam itu dalam pemerhatian Sherry, wajah serius Mukhriz Dan Senyuman lelaki itu kearah dia, membuatkan Sherry mencair Dan membuatkan Sherry Semakin Teruja untuk meneruskan aksi dalam peragaan.

Langkah kaki Sherry telah Betul - Betul berada dihadapan Mukhriz, dia membuatkan pusingan di hadapan pentas, namun tubuhnya seakan terpaku sebaik sahaja melihat Mukhriz mencumbui seseorang disitu. Lebih menyakitkan Sherry Cumbuan itu lama Dan berahi.

Akibat tidak dapat terima kenyataan, kasut tinggi lapan inci yang dipakai Sherry terkijak kain labuhnya membuatkan, kakinya tergelincir Dan terjatuh. Malang.

" Sherry"

"OMG.."

Kedengaran suara - suara yang bersimpati dengan nasibnya yang terjatuh Di pentas peragaan.

Yang paling terkejut dengan kejadian itu Dan melihat segala aksi Mukhriz tadi adalah Nik..Melopong dengan mulutnya ditutupkan dengan kedua belah tangan. Tiada yang terkeluar dari suaranya.

Alex yang hadir dibelakang Sherry sebagai penaung Agensi menghulurkan tangan ke arah Sherry, dalam aksi versatil Model, membuatkan semua tetamu yang memandang kearah mereka mula membuat siulan nakal.

Ada yang bertepuk tangan dengan reaksi bersahaja Alex dalam menyelamatkan keadaan.

Sherry Kembali bangun dengan huluran tangan Alex digengam sebelum kembali mengaturkan langkah melambai- lambaikan tangan kearah tetamu yang sedang bersorak kearahnya.

". Memang aku jadi tumpuan malam ini Tapi bukan sebagai model Utama, Tapi sebagai Model yang terjatuh. Malukan diri sendiri!"

Sherry merengus geram dengan apa yang berlaku. Bukan hanya dia terjatuh dalam dunia pentas peragaan, Tapi dia juga terjatuh lemas dalam dunia percintaan.

" Nik aku gagal".. Sherry menanggis sambil berlari meninggalkan Alex yang masih terpinga - pinga di tempat kejadian.

*****

" Alex!"

Ciuman Mukhriz yang mengejutkan Angerik tadi.

Sebaik Sherry mula keluar dari Pintu Utama, dapat dilihat Angerik mata Mukhriz tidak lepas dari memandang ke arah Sherry.

Senyuman Mekar diwajah Mukhriz, Dan lebih menyakitkan hati Anggerik kedua - dua pasangan dihadapannya saling membalas pandangan.

" Anggerik yang masih tidak berpuas hati menarik rahang Mukhriz untuk melihat kearahnya, tanpa disangka Anggerik ciuman Di pipi yang diarahkan sebentar tadi, Mukhriz teruskan dengan ciuman ghairah di bibirnya yang membuatkan Anggerik tergamam dengan tindakan Mukhriz..

Selesai ciuman ditamatkan, Anggerik tak sedar dengan apa yang terjadi disekeliling. Hanya yang terlihat dimatanya, kemunculan Alex di atas pentas.

Anggerik yang tersedar mula bersuara kearah Mukhriz yang masih memandang kearahnya..

"  Pipi.." Mata Mukhriz Dan Mata Anggerik saling berpandangan.

Tangan Mukhriz telah berada dipipi Anggerik, mengusap lembut pipi isterinya.

" Engkau yang tak percaya dekat aku. Aku buktikan segalanya!" Alasan Mukhriz.

Perkara sebenarnya sebaik sahaja Anggerik menarik rahang wajah Mukhriz yang terpesona dengan personaliti Sherry dengan pakaian yang diperaga malam itu, membuatkan mata Mukhriz melihat seseorang yang sedang melalui laluan jalan kearah mereka.

Mata Mukhriz yang tajam mengenali wajah lelaki itu. Timbul Idea nakal Mukhriz, daripada ciuman dipipi,  Mukhriz melencongkan ciuman ke bibir Anggerik menjadikan ciuman bibirnya Dan Anggerik ghairah, sambil mata Mukhriz sinis tidak lepas memandang kearah Adam.

Plan Mukhriz berjaya. Sebaik melihat Anggerik Dan dirinya dalam ciuman, langkah Adam terhenti, laluan lelaki itu  melihat kearah mereka..

Reaksi diwajah Adam dapat dilihat Mukhriz berubah. Segera diubah laluan Dan Adam dilihat, melangkah kearah yang lain, dimana pemilihan meja lelaki itu Di tempat yang tidak terlihat kearah Mukhriz Dan Anggerik.

Tersenyum sinis Mukhriz dalam hati.. Tak sangka plan lainnya yang berjaya. Plan lain yang dirancang malam itu dibatalkan.

" Awak sengih apa Mukhriz?"Anggerik masih melihat Terdapat sengihan dibibir Mukhriz.

" Tak ada apa - apa? Cuma apa yang Engkau nak tadi dah berjaya."

" Tuan Mukhriz, masa untuk memotong Kek." Seorang pembantu mendapatkan Mukhriz menerangkan atur cara seterusnya dari majlis itu.

Mukhriz bersama Pegangan tangan Anggerik, melepaskan pegangan Dan merangkul tubuh isterinya untuk sama - sama menemani dirinya untuk melaksanakan Atucara kemuncak malam itu.

Majlis untuk pemotongan kek bertingkat untuk merai tetamu yang hadir.

Dengan ucapan selamat, kek dipotongkan dalam Majlis bersama Anggerik masih disis, Dan Adham bersama keluarga rapat Mukhriz Dan Anggerik.

****

" Bos itu dia Alex? Nathan yang kebetulan bersama - sama menemani Terry Dan juga Adam menunjukkan kearah Alex yang sedang membuatkan peragaan Di atas pentas.

Mata Terry terus menangkap kearah lelaki kacukan cina dan sesuatu di wajah lelaki itu. Wajah kacukan lelaki yang berwajah unik itu menjadi tontonan Terry, Sehingga majlis peragaan tamat.

" Dia lelaki yang engkau katakan kunci dalam siasatan ini. Kenapa engkau tak beritahu dia seorang model?" Dengan kasar Terry bertanya kepada Nathan.

" Maaf bos saya memang tak tahu dia kerja apa, Tapi dia memang Selalu melekat dengan ada seorang perempuan. Tapi Kalau bos nak tahu, perempuan itu kemungkinan kawan dia, sebab setahu saya dia ini Gay. Minat pada lelaki.?" Nathan meneruskan cerita yang pernah dia dengar tentang Alex. Tapi peekerjaaan lelaki itu sebelum ini dia tak pernah ambil pusing. Patutlah kacak, Model.

" Aku nak dia malam ini, engkau guna segala cara Nathan. Yang aku tahu malam ini aku siasat dia!" Engkau faham arahan aku?" Bengis Terry memberikan arahan. Dia tidak main- main, tak sangka dalam majlis seperti ini dia mendapat jawapan pada siasatan dia yang buntu.

" Bos jangan khuatir Saya akan uruskan semua itu, Esok pagi bos kembali ke tempat biasa untuk jumpa dia." Nathan memberikan jaminan Tentang perkara itu.

" Pastikan benda itu. Dah lama benda ini tertangguh. Aku nak tahu perkara Sebenar. Engkau lihat abang aku di sana. Aku tahu dia sedang menunggu jawapan dari aku. Dan jawapan aku semua pada pagi Esok, bila aku jumpa dia!" Sebaik sahaja berkata, Alex membuang pandangan pada tubuh yang telah berada diatas pentas. Kecantikan Anggerik Di sisi Mukhriz terserlah malam ini.

Dia seorang perempuan yang mempunyai Aura kecantikan Sebenar bagi setiap dambaan lelaki.

Dapat dilihat Terry mata - mata lelaki yang memandang Anggerik dengan semua Maksud tersirat..

Mungkin Anggerik telah berbahagia dengan suami disisinya. Namun dari kejauhan Terry Tersenyum kecil bila dia lihat mata Anggerik Dan Adam berlawanan pandangan. Sesuatu yang membuatkan Terry bersedih bagi pihak  Adam.

*****

" Aku dah dapat berita gembira Adam. Esok engkau akan dapat jawapan berita gembira itu." Terry tersengih mendapatkan abangnya yang berada jauh dari mejanya.

" Engkau pun dijemput kesini Terry? Reaksi Adam yang telah terbiasa dengan kejutan kehadiran adiknya Terry Di dalam Majlis.

" Aku pun keturunan Bernard, Dan aku layak, selayaknya untuk hadir dalam Mana - Mana majlis aku nak pergi. Macam sekarang!" Licik Terry menjawab soalan Adam.

" Aku tunggu keputusan gembira itu Esok Dan aku harap semua Janji itu bukan khayalan. Adam malas nak Bertekak dengan Terry Di situ. Dia rasakan dia telah Cukup sabar dengan adiknya, Dan adiknya banyak helah.!" Hari ini Adam biarkan Terry dulu.  Jika melampau baru dia ambil tindakan keatas Mana - Mana perbuatan Terry  yang Adam rasa perlu.

Kedua - dua mata lelaki itu melihat kearah Anggerik bila Anggerik berlalu dari Mukhriz Dan mendapatkan seseorang..

Terry yang paling terkejut dengan apa yang berlaku dihadapan matanya bila dilihat Anggerik dengan lelaki itu. " Shit! Buat apa Anggerik dengan lelaki itu? Engkau kenal siapa lelaki itu Adam?" Terry sudah bengis dengan wajahnya memandang kearah Anggerik.

" Kenapa dengan lelaki itu Terry? Engkau kenal dia?" Adam tak sedap hati bila perwatakan Terry tiba - tiba menjadi bengis. Tentu dia rahsiakan sesuatu dari dia.

" Siapa lelaki itu? Aku tak kenal dia? Bukan tadi dia Model lelaki yang dapatkan Model Utama tadi?"

Perkara itu Jelas dimata semua tetamu. Jelas dimata Adam, Anggerik Dan Mukhriz bercumbu. Dalam masa yang sama, Model Utama tergelicik Dan terjatuh di atas pentas. Dia yang memberikan huluran tangan membantu.
Dia Model dengan wajah yang pelik dimata Adam.

" Kalau engkau nak tahu, orang aku cam dia. Dia lah Model yang letakkan virus itu kedalam minuman Anggerik. Aku dah uruskan orang- orang aku untuk dapatkan dia Adam malam ini.Tapi macam mana boleh Jadi macam ini. Sekali lagi Terry Kehilangan akalnya untuk berfikir.

Anggerik Dan Alex kelihatan mesra bersembang dengan gelak ketawa, Dan dari perbualan itu, Mukhriz turut sama - sama dalam perbualan.

" Engkau siasat macam mana Terry ? Engkau nak aku siasat sendiri?" Adam semakin berputus asa dengan adiknya. Tak sangka sampai boleh jadi macam ini. Tiada apa yang berjaya Terry siasat.

" Engkau pergi tanya Anggerik sendiri Terry? Aku tak rasa engkau akan dapat jawapan dengan culik lelaki itu malam ini." Adam memberikan Idea kepada Terry untuk mendapatkan jawapan.

" Kenapa engkau sendiri yang tak tanya Anggerik Adam. Itu lebih selesa aku rasa, lagipun aku tahu hati engkau memang nak jumpa Anggerik. Mata Engkau tak boleh tipu aku.!" Terry masih berkias yang semakin merumitkan keadaan bagi Adam.

" Engkau tak tahu sejarah aku dengan Anggerik, Dan engkau tak tahu macam mana suami dia jauhkan Anggerik dari aku. Aku nampak segala yang terjadi. Keputusan aku sama , aku takkan sesekali susahkan hidup Anggerik. Dia perlu bahagia, macam mana dia nak aku bahagia dengan hidup aku. Kali ini engkau jangan banyak  cakap Dan dengar arahan aku. Dapatkan Anggerik Dan ketahui cerita sebenar Tentang Alex.!"

Tegas Adam dalam sekolahkan Terry yang banyak sangat menentang dia dengan arahan. Terry yang telah dibasuh otak oleh Adam terus melangkah meninggalkan Adam Bagi mendapatkan Anggerik.

" Kali ini dia dengar arahan!" Kelegaan dalam hati Adam bila Terry meneruskan segala arahan yang datang dari dia tanpa bertangguh.

" Selamat Hari Lahir, Mukhriz." Tubuh Mukhriz dipeluk Terry, namun riak wajahnya biasa.

" Terima kasih!" Bahu Terry ditepuk Mukhriz, sambil matanya melihat kearah Adam dari kejauhan. Dia tiada sengketa dengan Terry Dan selamat yang diucapkan bersama pelukan dalam dirinya Oleh lelaki di hadapannya, Mukhriz terima.

" Aku ada hal nak bincangkan dengan Anggerik. Boleh aku jumpa dia sebentar.! Jangan risau hal ini bukan berkaitan dengan Adam." Terry terus menyampaikan maksud sebenar kedatangandanya mata tajam memandang kearah Alex yang sedang bersembang dengan tetamu yang hadir disitu.

" Disebabkan engkau minta kebenaran aku, aku tiada masalah untuk engkau jumpa Anggerik." Sesuatu dibisikkan ditelinga Anggerik sebelum dibenarkan Anggerik Dan Terry bersembang menjauh dari dirinya.

Angggerik seakan terkejut dengan riak Terry dihadapannya. Mata Hazel Anggerik masih memandang keanak mata Terry untuk Lelaki itu menyampaikan maksud tujuan dirinya dipanggil.

" Mata aku sentiasa lihat engkau Anggerik!" Itu pesanan dari Mukhriz kepada Anggerik sebelum dia benarkan Isterinya dibawa pergi oleh Terry.

" Siapa lelaki itu Anggerik? Engkau kenal dia?" Mata Terry terarah kepada Alex.

" Maaf? Lelaki yang mana Terry Awak maksudkan. Anggerik juga melihat kearah lelaki yang berada dalam lingkungan arah mata Terry.

" Model itu Anggerik, engkau kenal dia?" Terry masih berwajah serius dalam penglihatan Anggerik.

" Alex! Dia yang Awak maksudkan Terry? Kenapa dengan dia?" Anggerik semakin tak faham.
"Apa kaitan Alex dengan Terry?"

" Ya dia? Engaku tahu apa Dia dah buat Dekat engkau Anggerik?" Reaksi muka Anggerik dilihat Terry berubah. Dia memandang Terry kemudian pandangan matanya terarah kearah Alex.
" perlu ker aku terus terang pasal benda itu."

" Saya kenal dia Dan saya pun dah tahu pasal malam itu. Dia mengaku semua salah dia." Anggerik tak mahu cerita itu dibesar-besarkan. Tentu sahaja Adam tahu serba sedikit dari kejadian itu. Tapi Anggerik malu nak bertanya Adam.

" Habis engkau maafkan apa yang dibuat pada engkau Anggerik.?"  Terry masih tak puas hati, Anggerik Nampaknya masih belum tahu masalah besar selepas peristiwa itu. Bagaimana Adam Cukup risau Tentang keselamatan Anggerik.

" Saya dah maafkan dia, lagipun benda itu dah berlaku. Saya selamat dan dia perlukan ruang Terry. Dia tersilap pilih jalan." Anggerik berterus terang.

" Engkau tahu apa yang jadi malam itu Anggerik, lepas  dia letak benda itu?" Terry Tersenyum sinis, dalam masa yang sama hatinya Panas. Boleh Anggerik Lepaskan semua itu macam itu sahaja. Bagaikan tiada apa - apa yang berlaku. Dia tak tahu bahaya apa yang jadi pada diri dia malam itu.

" Kenapa reaksi Awak macam hal itu besar sangat Terry. Anggerik semakin risau bila dilihat wajah Terry semakin serius dalam hal malam itu!" Apa yang jadi sebenarnya, hal itu menganggu kembali Fikiran Anggerik.

" Engkau hampir mati malam itu disebabkan Virus peransang nafsu Anggerik. Dalang yang buat perkara itu upah lelaki 10 orang untuk musnahkan hidup engkau. Dia rancang nak rogol engaku beramai - ramai. Itu engkau kata sikit!"

Akhirnya segala yang terjadi dalam hidup Anggerik malam itu terbongkar. Ubat tidur yang dikatakan Alex sebelum ini adalah virus yang menyerang dia.

Anggerik tergamam dengan perkara sebenar dan dia terkaku memandang kearah Terry. Dia tahu dalang sebenar dalam perkara itu Tapi boleh kah dia percaya kan Terry...

Apa perlu dia buat, agar semua masalah dalam hidup dia Selesai..?????


************

PB

Vote, komen.. Rate.. TQVM ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience