23

Romance Completed 306524

***Berserah***

Tubuh Anggerik dihempas kan kasar diatas katil, Ketiga - tiga lelaki keluar dari balik.. Pintu masih dibuka..

Anggerik semakin lemah dengan segala yang terjadi. Dia cuba untuk bangunkan dirinya, Tapi dia Terasa lemah dengan denyutan semakin kuat di kepala dan dibahagian bawahnya.. Dia seakan sedang teransang kan sesuatu..

“ Mukhriz"
kenapa aku ingatkan Dia, aku sebenarnya nak jumpa Adam.

Apa yang jadi!.. Anggerik Cuba kawal rentak jantung Dan pernafasan yang tidak menentu...dia semakin tertanya- tanya, kenapa fikiran dia Tak sewaras seperti sebelum ini...

Mungkin Mukhriz telah tersedak disana...
hmmmmmm.......
Anggerik ketawa, segala perlakuan diri tidak dapat dikawal.. Dia cuba untuk mendiamkan dirinya Cuba dengan memberikan isyarat kepada dirinya sendiri....namun sebaliknya...
Dia semakin galak ketawa..

“ Macam mana dengan perempuan itu? Siapa nak pergi dulu?"

senyuman sinis...

Seorang lelaki mendapatkan jawapan daripada 9 lelaki yang lain. kelihatan wajahnya semakin tidak sabar pada ..

tumpuan lelaki - lelaki Hidung belang itu terarah kepada Anggerik...

Semua mata terarah kepada seorang perempuan disitu.. Satu tangan telah mencengkam bahunya dan tubuh telah berada disebelah tubuhnya..

“ Engkau muda lagi, bagi yang berpengalaman dulu dapatkan dia. Bagi kami berdua nikmati Masa bersama...

Malam ini Banyak lagi masa!” Lelaki yang baru sebentar tadi menepuk bahu lelaki yang lebih tua menenangkan lelaki - lelaki yang lain..

Lelaki Muda Di hadapannya kelihatan mengelabah.. dengan mata yang tidak terlepas memandang kearah bilik tidur yang telah menempatkan wanita tadi..

“ Engkau kesini,”
suara lelaki lain memanggil lelaki muda tadi untuk ikut bersama mereka, menyedut Dan menghisap ganja bersama - sama..

Kesemuanya sedang berkhayal asyik seketika membiarkan cas - cas ganja sebati dalam diri mereka, berkhayal dalam beberapa saat.. Masing - masing sedang khayal dalam melakukan aktiviti mengkhayalkan diri sendiri..

tanpa mengetahui apa yang sedang menunggu...

Sebatang rokok diambil Dan dihisap sepenuhnya dari lelaki yang bersuara garau. Disitu dia adalah ketua bagi semua lelaki yang berada dalam bilik itu...

“ Mana engkau dapat gadis Cantik itu. Aku semakin tak sabar...”Seorang rakan yang sedang khayal sedang asyik melayan perasaannya.. Rokok dirakannya diambil Dan disedut kembali..

Lelaki garau hanya berdehem mendengar segala kata - kata rakannya..

“ Semua nak rasa perempuan itu Atau korang nak Kaya?”

Satu persatu wajah - wajah lelaki dihadapannya dipandang..

Ada yang tersenyum sinis, Tidak kurang yang hanya memberikan jawapan dengan cara melihat kearahnya dengan isyarat Dan ada juga yang menunjukkan isyarat duit...

“ Kita guna lepas itu kita Jual dia. Macam mana? “ Seorang lelaki Muda sudah mendesah tidak sabar menanti peluang untuk mendapatkan tubuh gadis didalam bilik mereka.. Dia semakin tidak sabar dengan nafsunya yang semakin teransang dengan cas - cas ganja yang meresap keseluruhan tubuhnya..

“ Engkau semakin tak sabar!” Suara garau memperli sikap gelojoh orang Muda yang semakin teransang..
“ Aku kerjakan dia dulu, yang lain teruskan sampai aku kembali.. Mata lelaki bersuara garau itu telah terarah kearah bilik sambil mempamerkan senyuman sinis.. tali pinggang dipinggangnya ditanggalkan sebelum dirinya melangkah kearah bilik menempatkan Anggerik...

“ Bang ! Bang ! Bang..!

Bunyi Pintu bilik mereka berbunyi.. Membuatkan panik bersama wajah pelik semua lelaki yang masih khayal dengan cas - cas ganja..

“ Siapa menganggu Kita Malam ini ?” Salah Seorang lelaki yang berkumpul dalam aktiviti menghidap ganja bertanya bersama reaksi berdiri dengan mata kearah pintu..

“ Pergi lihat Siapa diluar, aku kedalam dulu. Aku takut perempuan itu lama menanti aku. Berubah terus wajah lelaki garau dengan mukanya menahan merah.

" hmmm, aku uruskan disini!"

" Bagus...uruskan siapa yang datang, Aku ke dalam!
Aku pasti dia semakin tak sabar menunggu aku. Jangan ganggu aku Sehingga aku selesai....

******

Bang! Bang! Bang..!

“ Hoi bodoh, Tunggu sekejap..” Seorang lelaki membukakan pintu melihat Siapa yang menganggu mereka waktu malam begini.

Pintu dibuka seluas - luasnya ingin melihat siapa yang berani hadir disitu dibilik mereka..

Terdapat dua orang lelaki yang berada dihadapan mereka..

“ Kenapa kesini? Kenapa tidak bunyi kan loceng. Engkau tak nampak..!” Buk,.!

“ Arghhhhhh!, kedengaran suara erangan dari lelaki itu...

Belum senpat lelaki itu memarahi dua lelaki dihadapannya.. Satu layangan penumbuk telah hinggap dihidungnya membuatkan hidungnya berdarah..

Tubuhnya ditolak Dan keempat - empat kaki itu menapak kedalam dalam lagak samseng..

“ Mana dia?” Suara keras lelaki memandang Satu persatu dari wajah yang ada dalam bilik itu..

Kesemua lelaki hanya Tersenyum sinis dengan kehadiran lelaki asing dalam bilik mereka ..

“ Apa engkau mahu kesini?” Seorang lelaki bertatu Naga memandang kearah lelaki asing dihadapannya.. Tidak berkelip Dan Serius diwajahnya, tidak menampakkan langsung dia sedang berkhayal..

“ Aku tiada urusan dengan kamu semua, Tapi aku ingatkan jangan sesekali untuk menganggu urusan aku disini. Mana perempuan itu?” Suara lelaki meningkat senoktah, menaikkan segala Aura dalam dirinya. Tiada sebarang reaksi takut dari wajahnya, hanya suara dinaikkan Tapi wajahnya hanya tenang memerhati Satu persatu wajah dihadapannya. Tak sangka..

“ Awak bukan Adam, lelaki tua..!”
Kedengaran suara Anggerik menjerit kuat dalam bilik...

Seorang lagi lelaki asing Segera melangkah kearah bilik yang telah tertutup .. Dia tidak menunggu lama dengan Hanya satu kali das tembakan dari pistol Kedap bunyi di tangan, Pintu bilik terbuka...Kelihatan Seorang lelaki tua yang telah tidak berbaju sedang mengejar Anggerik yang ketika itu berada di atas katil.,

“ Adam, sekali lagi suara Anggerik memanggil bila melihat wajah lelaki dihadapan pintu biliknya.. Anggerik ingin melangkah mendapatkan lelaki dipintu Tapi dihalang oleh lelaki tua yang mengejarnya.. Tubuh Anggerik dalam pelukannya sebagai Tebusan.

“ Engkau jangan dekat, Kalau engkau dekat aku bunuh perempuan ini. Engkau Siapa?” Suara garau itu bergema dalam bilik menempatkan Anggerik Dan dirinya..

Senyum sinis lelaki asing melihat gerakan Dan gertakan dari lelaki yang cuba mengugutnya dengan perempuan..

“ Apa engkau nak buat dengan perempuan itu? Engkau nak bunuh dia dengan tangan kosong engkau tu...Atau Engkau nak Otak engkau bersepai dengan benda ini..? Satu pistol diacukan pada lelaki tua dihadapnnya..

“ Aku tak takut semua itu, engkau Siapa? Kenapa ganggu urusan aku.?”

Semakin marah lelaki tua tua bila ungutan dirinya tidak berjaya, lagi dia menyesal, seluarnya telah dilondehkan terlebih dahulu sebelum dia masuk kebilik. Peluangnya untuk mendapatkan pistolnya nipis..

“ Aku bagi peluang orang tua. Kalau engkau nak selamat, lepaskan perempuan itu pada aku, Aku bagi peluang untuk engkau terus bongkar Dan terangkan semua pasal perkara ini.

Jika tidak .....aku Tak tahu sama Ada esok Hari untuk engkau masih ada....

" Apa yang engkau mereka? engkau kenal siapa Aku?"

" Siapa Engkau Orang tua?....engkau akan menyesal dengan siapa engkau akan berurusan.” Dia mengugut lagi, segala percakapannya adalah benar Dan dia tahu jika seseorang dapat tahu tentang kejadian ini. Lelaki tua itu akan menyesal.. dia masih boleh memberikan peluang Tapi Dia....?” Itu Nyawa dirinya..

Tap..! Tap ..! Tap.. bunyian tapak kasut menghala kearah mereka..

Muncul seseorang dipintu dengan tenang memandang kearah Mereka..

“ Adam lagi” Anggerik ketawa melihat kearah lelaki yang masih bereaksi tenang diwajahnya memandang kearah dirinya..

“ Anggerik,”
Sebaris nama yang ditutur oleh lelaki itu, membuatkan Satu perasaan asing meresap ke dalam diri Anggerik..

Anggerik Kehilangan kata - kata, Dia hanya mampu kaku dan tergaman.. segala perasaan dalam hatinya bercampur dengan semua perasaan bila melihat wajah itu... itu Dia..
membuatkan dirinya lelah ..Dan...

Anggerik terbaring kelemahan pengsan dengan wajah Kalut Dan takut dari wajah lelaki tua itu.. baru sebentar tadi perempuan itu menjadi tawanan dirinya, tidak disangka wanita itu telah Rebah, dia tiada lagi pendinding untuk dia lari dari situasi itu..

“ Aku tak boleh Tolong engkau lagi,” lelaki yang sedang memegang pistol mengeleng- gelengkan kepalanya bercakap sendiri..

Lelaki tua cuba mencari jalan keluar dari situasi Kalut tadi, bila tebusannya telah pengsan , dia perlu Cepat sebelum ada sesiapa tersedar.,

“ Ceritakan perkara sebenar, siapa yang suruh engkau buat semua ini?” Satu Laras pistol telah diletakkan dikepalanya menunggu untuk hal itu dibongkar..

*****
“ Kring! Kring! Kring..!”
Bunyi telefon Mukhriz berbunyi nyaring...

“ Mata yang baru sahaja memberat terlelap tidak mahu diganggu, Tapi selepas Lima panggilan terlepas, Mukhriz kuatkan dirinya menjawab panggilan Dan berharap tidurnya yang diganggu pada jam 2.00 pagi ini berbaloi untuk diangkat.

.Dia pasti panggilan itu bukan dari Anggerik, kerana dia pasti Anggerik selamat di rumah sahabatnya..

Akhirnya panggilan itu diangkat tanpa dilihat pada nama pemanggil...

“ Hello, suara garau Mukhriz bergema bila panggilan itu didekatkan ditelinga.”

“ Aku Adam..! Datang Segera ke Hotel XXX Mukhriz Kalau engkau tak nak Anggerik, Isteri engkau jatuh dalam tangan aku. Sekarang!”
Panggilan ditamatkan...

“ Shit!, Apa yang dia kata tadi? Mukhriz masih blur dengan pemanggil yang telefon dia pagi ini.. Maksud lelaki itu..? Dia cuba berfikir..!

ADAM..?”

Mukhriz cemas, selimut yang membaluti tubuhnya dicampak ketepi, dia membuat beberapa panggilan Di telefon Anggerik, Tapi tiada balasan ataupun Di jawab.. dia diluar kawalan sedar, bila Anggerik dikaitkan dengan Adam..

“ Apa Anggerik buat kali ini? Mukhriz semakin berfikiran buruk memikirkan sesuatu. Tak sangka baru kali ini dirinya Dan Anggerik terpisah, isterinya telah membuat hal seperti itu..

lebih memeningkan Mukhriz..... Apa yang Anggerik dah buat... Tangan Mukhriz masih ligat menaipkan sesuatu dan habis menaip dia sibuk mendail nombor seseorang..T-shirt disarungkan ditubuhnya beserta seluar Jeans untuk dia Segera kesana..

“ Hello Tuan, kenapa telefon saya pagi - pagi ini. Suara serak basah Indah menjawab panggilan dari Mukhriz.. Jam didindingnya dikerling. 2.15 pagi.. “ Apa gila tuan Mukhriz ini,” Mata Indah dibeliakkan..

“ Indah Saya nak Awak uruskan Jet peribadi saya sekarang, pastikan pemandu Jet itu tiba, saya bagi 15 minit masa pada dia..”

Mukhriz Serius dia tidak melawak Tentang hal itu. Otaknya bagaikan nak gila fikirkan Anggerik dengan Adam. Dia perlu kesana segera, jika dia boleh terbang. Dia akan terbang waktu itu juga dengan Segera bagi dapatkan Anggerik.

“ Huh! Indah terkejut!....

" Bos...Bos .. panggilan telefon Mukhriz telah tamatkan.

“ Matilah aku! Mukhriz buat hal lagi dengan gila dia. Indah mencicih memakai selipar tidurnya. Dia tiada pilihan kali ini. Gaun malam singkat dibiarkan, Dia hanya menyarung tubuhnya dengan Cardingan panjang bagi menutup seluruh tubuhnya.. Jika dibuka Cardingan ditubuhnya, seluruh kulitnya akan ternampak dengan jelas. Seksi..
Indah tiada pilihan dia perlu pergi Segera..

“ Ktok..! Ktok..!Ktok...
Pintu bilik Hotel diketuk Indah beberapa kali untuk menyedarkan pemilik bilik itu... hanya tiga kali ketukan, Pintu bilik terbuka... Muncul jejaka kacak dihadapan Indah..

Indah Kehilangan kata -kata melihat wajah tampan itu berkerut kearahnya..

“ Indah.?”

Lelaki dihadapannya melihat pelik Indah dihadapan biliknya, matanya tidak lepas melihat wajah Indah Dan persalinan Indah yang agak seksi malam - malam ini.
“Awak buat apa dekat sini, Awak nak Goda saya ker?” Suara Husky Ikbal, memandang kearah Indah, fokus matanya melihat kearah buah dada Indah...

“ Ereeeee,”
Cardingan Dirinya Segera ditarik bagi membuang pandangan Ikbal pada dirinya.

“ Bukan Ikbal ..gila...senenqrnya...hrmmmmpasal itu, Dan jangan merepek pasal itu.....Arghhh!. Syukur Awak tak tidur lagi”
Indah melepaskan lelah. Nasib baik tadi dia tak terseliuh berlari, selamat jarak biliknya Dan Ikbal tidak jauh, dipisahkan hanya dengan 5 bilik lain..

“ Awak datang sini buat apa? Awak tahukan sekarang jam berapa Indah.”
Ikbal tersenyum masih menunggu reaksi dari Indah, dia berpeluk tubuh untuk selesa dihadapan Indah.Sejuk Mungkin itu yang dia rasa..

“ Awak kena bersiap Ikbal, sebab tuan Mukhriz, Tuan nak naik Jet Peribadi dia dam lagi .... dia bagi awak tempoh masa 15 minit dari sekarang..”
Indah berbicara menerangkan segala arahan Mukhriz dalam Satu nafas, dia tidak mahu Ikbal bertanya banyak lagi. Lelaki itu perlu segera dimaklumkan, kerana Ikbal adalah watak terpenting dalam waktu itu..

“ Kenapa malam ini? Bukan Esok pagi
Kita boleh pergi?”
Ikbal juga terkejut dengan makluman dari Indah..

“ Awak ikut jer lah, 10 minit itu masa Tuan bagi pada awak Ikbal..”
bahu Indah dijungkitkan memaklumkan bukan dia terlibat dalam hal itu.Dan arahan Mukhriz bukan untuk dibangkang..

“ Mukhriz! ....Hrmmm nampaknya Saya Tak boleh tolak...Kebetulan Dan Selamat .....
Saya tak tidur lagi Indah, saya baru balik dari Club, bagi saya 5 minit saya siap sekarang. Nampaknya Tuan Mukhriz macam ada kecemasan, Saya pergi dulu.” Pintu ditutupkan Ikbal tiada pilihan hanya menurut sahaja arahan dari Mukhriz, sambil Senyuman terukir mengenangkan Indah, sebentar tadi....

“ Baru balik Club..? Gila orang lelaki zaman sekarang ini, asyik nak berhibur bukan pilihan suami yang baik. Tapi Muka tetap hensem.! “ Indah sempat memuji..

******

“ Tuan dah bersedia Tuan,” Suara Ikbal yang lengkap dengan pakaiannya Dan sedang menjaga pendendalian dirinya Di Jet itu, kedengaran...

Hanya mereka berdua Di dalam Jet, disebabkan kecemasan hanya Mukhriz sahaja menjadi penumpang disitu..

“ Sedia “, suara Mukhriz dibelakang sayup - sayup kedengaran memberikan perseujuan pelepasan mereka berdua..

Mukhriz melihat lagi telefon bimbitnya Andai Terdapat mesej tang belum dibaca.. Dia cuba sehabis baiknya untuk tenang kan hati Dan dirinya yang begitu risau kan Anggerik.. Kalau Anggerik dengan Adam, Macam mana dengan Anggerik Mukhriz sakit kepala memikirkan hal itu. Sudahlah dia pening dengan apa yang terjadi, Adham lagi... Mukhriz berdoa agar anaknya tiada apa- apa disana. Dia sangat percaya kan Jun untuk menjaga anaknya..

*****

“ Ibu kenapa Mommy tak balik lagi? Mikha ada buat salah ker dekat Mommy, Mikha rindu Mommy..!” Wajah cemberut Adham telah menunduk untuk air matanya dikeluarkan...

“ Uishhhhhh! Mikha jangan macam itu Ibu ada Dekat sini dengan Mikha, jangan lah menanggis macam itu, Ibu ada dekat Mikha kan. Mikha jangan risau Ibu ada. Malam ini Mikha tidur dengan Ibu yer.. anak mata Jun melirik kearah Malik disebelahnya menyatakan maksud sesuatu..

Hanya anggukan dan senyuman manis dari bibir Malik.. Dia faham akan situasi hubungan Anggerik Dan Mikha. Dia tiada masalah dengan hal itu.

“ Abang masuk bilik dulu, kejap lagi kalau Awak nak tidur kan Mikha, bawa dia dulu tidur bilik kita. Kita tunggu Sampai Mommy dia balik dulu.” Malik memahami apa yang terjadi pada Anggerik, Tapi jauh disudut hatinya dia tidak menerima keputusan Anggerik. Bagi dia masa lalu bukanlah suatu hal yang patut dikenang lagi..

Malik melangkah meninggalkan Mikha Dan Jun, bagi memberikan ruang dua beranak itu untuk bersama. Tidak lama lagi hubungan erat itu akan menjauh. Dia akan membawa Jun jauh dari hidup Mikha , Jun akan mengikutnya hidup Di Jepun..

“ Mommy pergi mana Ibu, Adham rasa dah malam sangat Mommy tak balik. Daddy pun tinggalkan Adham..” Anak kecil itu sedikit merajuk dengan apa yang telah terjadi pada dirinya. Hanya yang tinggal dirinya Dan Ibunya Jun..

Jun masih membelai rambut Dan keseluruhan badannya..
“ Mommy ada kerja Mikha, bukan Mommy tak Sayang Mikha, Tapi Mommy sibuk.. Mikha dah faham kan, Tapi Mommy tetap jaga Mikha Dan Sayang Mikha.. Contohnya apa Mikha..?” Jun bertanya dengan senyuman terukir dibibirnya.. Dia tahu Mikha faham soalannya..

“ Mommy jaga Mikha Sebab itu Mommy letak Mikha dengan Ibu Kan.” mikha petah berbicara dengan lancar, Dia faham Maksud Jun padanya..

“ Bagus.. Mikha nak Cepat membesarkan. Boleh Cepat jaga Ibu dengan Mommy, sebab Mikha lelaki dewasa yang kuat betulkan.. Jadi apa Mikha perlu buat sekarang.” Jun masih mencuba untuk memberikan soalan pada Mikha untuk membuangkan masanya. Untuk Mikha, anaknya tidak lagi mengingati Anggerik lagi..

“ Mikha kena buat apa Ibu..?”Adham seakan tidak menangkap Maksud Ibunya..

“Mikha kena Cepat tidur bagi Mikha Cepat besar. Bila besar baru Mikha anak ibu kuatkan.” Anggerik masih lagi memujuk ingin mengalihkan perhatian Mikha pada perbualan tadi,

“ Hmmm, malam ini Mikha tidur dengan Ibu yer.. Tapi kenapa Ibu dengan Pak Cik Malik tidur sekali. Tadi Pak Cik masuk bilik Ibu kan.?” Mikha perasan lelaki itu masuk kedalam bilik Ibunya, malam ini..

“ Hmmmmmmm,”Jun hilang kata - kata terangkan perkara itu. Dia mencari perkataan.

“ Kenapa Ibu?”Ibu tak jawab pertanyaan Mikha, Ibu tak sihat..” Mikha semakin galak dengan soalan..

“ Apa yang Mikha faham tentang Mommy dengan Daddy waktu keduanya hidup Satu rumah.?” Jun cuba melihat pemahaman Mikha tentang hubungan itu. Apa yang difahami oleh Mikha..

“ Kahwin?” Mikha yang tidak memahami hanya menjawab secara spontan.
Jun tersenyum dengan gelagat Dan aksi dari Mikha..

“ Ibu dengan Uncle Malik dah Kahwin Mikha.. Mulai hari ini Mikha boleh panggil Uncle Malik Ayah boleh?” Belaian tangan Jun tak putus - putus membelai anaknya...
..........

Mikha dilihat telah terlena oleh Malik..Jun masih berdiri dihujung katil, masih memagang telefonnya ditangannya.. Tanpa tersedar Malik telah tertidur sehingga tidak sedarkan kehadiran Mikha Dan Jun disebelahnya..

“ Awak buat apa Jun dengan telefon itu, saya dah ada Dekat sini kan.. Takkan Awak tengah mencari lelaki lain..”
Malik masih dengan reaksi tegang melihat reaksi Jun yang sedikit terkejut tersedar dengan kealpaannya..

Jun mendapatkan Malik, telefon ditangannya diletakkan di atas meja. Hanya yang dia mampu mengeluh dengan apa yang telah terjadi malam ini.. Wajah suaminya dipandang, dengan duduknya masih dihujung katil..

“ Saya telefon Anggerik, saya risau kan dia. Sampai sekarang dia tak angkat telefon dia Malik..Saya takut Malik.!” Suara Jun bergertar seakan dia takutkan sesuatu, sesuatau yang menimpa nasib rakannya..

Dia takut memikirkan hal - hal buruk yang akan terjadi.. Dia belum mahu menerima. Tapi sikap Anggerik, telefon yang tidak diangkat, Jun lelah kemana Anggerik pergi.. itu bukan sesuatu kebiasan Anggerik untuk buat kan dirinya risau..

“ Dah berapa lama Anggerik keluar tadi?” Malik pula susah hati, Tak sangka pula Jun sedang risau kan Anggerik.Dia cemburu tak tentu hala pada isterinya.tapj benda itu tak salah, malam tadi Jun telah sah jadi isterinya..

“ Anggerik keluar jam 10.00 malam tadi. Saya baru perasan Anggerik tak telefon saya. Saya ingatkan dia baik - baik sahaja. Tak sangka jadi macam ini. Apa saya nak jawab dengan Mukhriz Malik. Kalau Mukhriz tahu pasal benda ini, tentu Dia dah tak percaya kan saya.. lagi teruk Anggerik!” Jun memang takutkan perkara itu, jika Mukhriz tahu pasal perkara yang disorokkan mereka berdua..

“ Saya dah nasihatkan Awak kan pasal benda ini. Awak dengan Anggerik tak nak dengar. Kalau dah Mukhriz tu suami Anggerik, mesti lah dia cemburu gila, saya tahu perasaan Mukhriz tu, macam perasaan saya sekarang ini..” Malik meluahkan perasaannya sebentar tadi, mengesyaki reaksi Jun sebentar tadi..

“ Macam mana dengan Mikha, Kalau,...

“ Dah jangan fikir bukan- bukan, Esok Majlis kita belum selesai lagi. Awak nak tetamu lihat mata panda Awak to nanti Jun. Kita Selesaikan Satu persatu, habiskan Majlis kita dulu, lagipun Anggerik hilang belum sampai 24 jam lagi. Tak guna Kalau kita risau. Manalah kita tahukan, entah - Entah Anggerik dengan Mukhriz.” Malik cuba menenangkan perasaan Jun.Dia juga tak sedap hati dengan Kehilangan Anggerik Tapi apa dia boleh buat malam - malam macam ini.. Mereka perlu tunggu hingga Esok pagi.. Waktu itu mereka akan jalankan segala usaha mencari Mommy Adham..

“ Mukhriz Malik?” Jun sungguh tak sedap hati, jam ditelefonnya dilihat..Telah menginjak kepada jam3.00 pagi.. Telah beberapa jam Anggerik menghilang dan masih tidak menghubungi dirinya..

“ Tidur Junaidah, Esok majlis kita..Jangan Awak fikirkan sangat masalah itu.Saya Janji esok lepas Majlis kita cari Anggerik. Saya Janji.!” Malik tiada cara memujuk Junaidah, dia tahu hubungan erat Kedua - dua persahabatan dua wanita itu. Dan dia tiada halangan Tentang itu..

Jun melangkah ke sebelah katil berbaring disebelah Mikha anaknya.. Dia masih belum puas hati tanpa berita Anggerik.. Sebelum terlelap kepenatan, Jun sempat mencium kepala anaknya, berharap Anggerik akan selamat dan Esok dia akan teruskan pencarian Anggerik..

*****

Prang...! Serpihan kaca dibuang dari mejanya.. Sakit hatinya masih berbisa..

Telefon disebelahnya masih tidak berhenti berbunyi.. hanya senyuman sinis yang menjerling kearah telefon bimbit itu..

“ Padan muka engkau Anggerik, malam ini tak ada siapa boleh cari engkau lagi. Lepas malam ini aku bebaskan engkau.. Aku nak lihat macam mana engkau nak hadapi Mukhriz nanti.. engkau tak ada pilihan Anggerik engkau kena keluar dari permainan aku ini..Aku Janji aku takkan pernah puas untuk hancurkan hidup engkau, Anggerik..

Air minuman Setan itu sekali lagi diteguk rakus oleh Mawar.. Segala dendam Dan kebencian dirinya pada Anggerik tak dapat dibuang, kebencian itu telah lahir dari hatinya sejak kecil lagi.. semua tentang Anggerik dirasakan Mawar menyakitkan hatinya..
....
“ Mawar ambil lah Bola Pink ini Anggerik ambil bola putih.. Jangan merajuk macam ini, Mawar suka bola Pink kan.” Anggerik memujuk adiknya yang sedikit merajuk bjla melihat kearah dirinya. Wajah cemberut Mawar yang Comel membuatkan Anggerik tidak sampai hati untuk memghampakan perasaan Mawar waktu itu..

“ Kenapa tak pilih lagi?” Kedua - dua anak perempuannya dipandang oleh Johari. “ Mawar kamu pilih warna apa?” Johari memberikan perhatian pada anaknya, Tapi matanya tidak melepas pada Anggerik..

“ Mawar nak warna pink, Tapi Anggerik rebut warna itu dari Mawar. Kakak Jahat Ayah.” Mawar mengadu kepada Johari..

Anggerik terdiam dengan kata - kata Mawar.. Wajah ayahnya dipandang untuk dirinya dimengertikan.. Wajahnya Dan matanya ingin berkaca..
“ Anggerik pilih warna putih Ayah, Biar Mawar pilih warna bola itu untuk dia.” Anggerik mencuba untuk tidak lagi keruhkan keadaan. Waktu itu Mawar baru berusia 4 tahun bagi Anggerik..

“ Baiklah Datuk Johari dapat lihat kegusaran Dan kesedihan dimata Anggerik, dia telah melihat segalanya Dan dia tahu apa tang berlaku sebentar tadi..

“ Baiklah Ayah bayarkan ikut ke mahukan kamu berdua.. Kamu yang buat pilihan..”

Mereka bertiga sampai Di kaunter pembayaran..

“ Mommy, Mommy Cantik lah Kakak. Itu Mommy, Saya nak bola sama macam Kakak tu.” Sekumpulan kanak - kanak dari sekolah tadika ada sama didalam kedai itu. Semua orang mengerumuni Anggerik Dan berminat dengan bola putih yang dibawanya.. Semua mata menilik kearah Anggerik.
“ Cantiknya..”
“ Cantik”..

Anggerik dengan mata Hazelnya hanya tersenyum sambil mata Hazelnya sentiasa bercahaya melayan semua rakan - rakan barunya yang ramah dengan dirinya..

Tanpa Anggerik sedari, seseorang telah menyimpan dendam dalam hatinya.. “Semua engkau rampas Anggerik.. Apa istimewanya engkau berbanding aku!” Tubuh kecil itu menghempaskan kakinya sakit hati dengan apa yang berlaku Dan realiti dihadapan matanya..

“ Aku Takkan sekali Lupakan perkara itu Anggerik.. Engkau mereka lihat terlalu sempurna..Sedangkan aku..!” Mawar Merengus geram tentang Kisah Silam dalam Memori hidupnya bersama Anggerik..

Kring..! Kring..!
Telefon disebelahnya berbunyi lagi.. kali Ini Mawar berminat hati untuk melihat pada pemanggil..” Jun”. Tersengih Sinis Mawar..

“ Jun Kawan engkau Anggerik?Dia pun tak akan boleh Tolong engkau Anggerik. Aku tak nak engkau sempurna lagi lepas ini.. Puas engkau Anggerik malam ini, engkau akan dipuaskan 10 orang lelaki.. Husishhh! Ketawa Mawar bila plannya berjaya..
.........

“ Kita nak bawa dia kemana? Takkan Kita nak tinggalkan dia Dekat sini.” Wajah serius lelaki asing itu memandang kearah ketuanya..

Wajah tenang itu melihat kearah Anggerik yang telah pengsan.. Aku angkat dia dalam bilik aku, bukakan pintu Untuk aku..” Tubuh Anggerik digendong seseorang dalam tangannya, masih lemah Tubuh Anggerik dilihat. Wanita itu telah terlalu penat..

Dia melangkah melalui dihadapan 9 orang lelaki..

“ Bos macam mana dengan mereka ini?” Semua wajah lelaki itu telah Khayal dengan sebatian yang telah meresap masuk dalam Darah mereka..

“ Tunggu dulu disini, awasi ! Aku akan panggil seseorang yang biasa dengan kerja ini.. Ada sesuatu yang aku nak tahu dari kejadian ini. Jangan benarkan seorang terlepas..Adam masih lagi tenang dengan Anggerik masih berada dalam tangannya..

Kedua - duanya melangkah keluar dari bilik itu..

*****

Sentuhan Adam dirasakan Anggerik, dengan lembut tangan Adam menyentuh di rambutnya.. Anggerik dapat rasakan nafas Adam Dan bauan lelaki itu.. Dia cuba membukakan mata beratnya..

“ Adam..!" Suara Anggerik kuat berbunyi memanggil.. Matanya dibukakan seluas - luasnya.. Matanya melihat lelaki disebelahnya yang sedang memandang kearahnya..

“ Engkau dah bangun Anggerik? Bagus ..! Mukhriz membetulkan duduknya yang baru sahaja terbaring melepaskan lelah.. Dia mebetulkan duduknya menyandar, melihat ke arah isterinya tajam..

“ Mukhriz...!"
Anggerik melihat sekeliling bilik, suasana asing.. mereka bukan berada di rumah mereka .. Tapi maCam Mana Mukhriz...? Sampai....Mereka dibilik Hotel? .. Anggerik telan Air liur kecut.. “ Apa yang jadi senalam, Fikir Anggerik..?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience