Bab 18 ( A2 )

Romance Completed 306520

" Akhirnya Terry, Selamat Kembali.”

“ Jangan nak mulakan James!” Terry memberikan amaran..

“ Aku tunggu berita baik hari ini? Terry , Engkau mesti Teruja mahu maklumkan hal itu kepada Adam dengan keluarga kita tahu?"

" Buk."

Satu penumbuk dilepaskan Terry ke perut James sambil tersenyum sinis.
" Kali Kedua, Jangan buat pasal James", Terry berbisik dalam memberikan ancaman.
Selepas itu Mereka berdua saling berpelukan.

Namun semua kelakuan Terry tadi, membuatkan James ketawa galak.

" Apa perkara menggembirakan Terry? Aku pun nak tahu. Harap   berita gembira itu akan disampaikan Pada semua keluarga kita? Aku tunggu!"

Adam dan Terry berpelukan sesama sendiri, erat.

Dalam pelukan, Adam masih tenang. Namun itu Hanya luaran, macam - macam perkara dalam fikiran Adam. Adam dapat rasakan sesuatu ! James Dan Terry sembunyikan sesuatu dari dia.

Disebabkan itu Adam Senyum sinis. Perkara itu dia pasti dia akan tahu juga nanti.

" Hmmm! James yang terlalu Teruja Adam. Dia ini memang tak boleh Simpan rahsia. Kita ke meja dulu. Aku nak jumpa Mommy.”

Seperti biasa Terry bijak memberikan alasan.

“ Baik lah Terry ambil masa dengan Mommy, lepas itu Adam mesti tak sabar.?” James menyakat.

Terry menjeling kearah James, yang dirasakan terlebih nakal malam itu. Dia berjalan seiring dengan Adam.

“Dah lama kita tak jumpa. Disana aku akan maklumkan semua hal berita gembira itu. Engkau pasti orang pertama Adam yang akan teruja!"

Reaksi Terry tenang pada Adam. Dia gugup dalam hati, Tapi semua itu, dia hanya pendam. Dia harap Adam Takkan Syak sesuatu.

"Okay? Kita tunggu." Lirikan mata Adam yang memberikan jawapan.

Maddy datang kearah Adam Dan Terry..

James masih setia menjadi pemerhati dalam senyuman dalam semua reaksi Terry Dan Adam.

" Terry!" Maddy mendapatkan Terry Sebaik sahaja Adam melepaskan pelukan kepada tubuhnya.

" Arghhhhh! Puteri Shopping! Kenapa aku lihat engkau nampak lain? Agaknya hati dah hancur dengan perangai Sebastian Ataupun dah kena tinggal?" Terry mengusik, pelukan masih diberikan kepada adik perempuannya.

" Shut Up, Terry! Jangan doakan hidup Maddy macam itu. Sebastian bukan macam yang kamu semua bayangkan. Dia baik Dan sedikit masa lagi akan jadi sebahagian keluarga kita. Terima dia, Maddy semakin hilang sabar?" Pelukan Maddy dalam pelukan Terry, bersama hentakan Kaki .Maddy menunjukkan Protes.

" Orggjhhh! Jangan nak nak menunjukkan perangai dengan aku sangat Maddy? Hal perkahwinan itu belum terjadi, Jadi jangan fikir semua itu akan berjalan lancar. Ada lagi perhitungan dengan Sebastian sebelum majlis itu. Dia Tak akan mudah berjaya masuk dalam keluarga ini. Dia perlu melalui ujian aku dulu." Kali ini bicara Terry serius tidak main - main.

Maddy membentak geram. " Jangan nak buat pasal Terry? Tak boleh tengok Maddy bahagia? Kebahagiaan Maddy hanya dengan Sebastian." Maddy tegas, dapat dilihat Terry mata Maddy jegil melihat kearahnya.

Tangan Terry mengusap pipi Maddy dengan cara Terry.

" Hmmm nasib dia Maddy? Siapa suruh kacau adik perempuan aku yang manja ini." Mata Terry memandang kesekeliling ruang untuk melihat jika Sebastian dijemput disitu oleh adiknya. Jika lelaki itu ada, hal itu lebih mudah.

Mudah dia untuk merancang perancangan hidup Maddy jika telah berkahwin dengan Sebastian nanti.

" Jangan kacau Sebastian? Maddy akan adukan pada Abang Adam!" Maddy mengugut disebabkan dia masih tidak berpuas hati dengan Terry.

" Adam ?"Terry melihat kearah Adam disisi.

"Maaf Maddy, kali ini Abang Adam Takkan masuk campur hal itu. Pandai - pandailah Lepaskan diri kali ini.

James semakin ketawa kuat bila melihat Maddy dikenakan oleh mereka berdua. Wajah muncung Maddy mulai kelihatan.

" Abang Adam...!" Maddy merengek - rengek kecil memohon bantuan.

Terry mulai ketawa dengan reaksi Maddy, Tapi hatinya masih belum puas mengusik.

Aku nak tanya pada Sebastian?  Dia   dah cukup siap sedia untuk kena kikis harta Dan layan Perangai Diva adik aku seorang ini. Kalau dia belum bersedia, aku akan bagi dia pengajaran awal angkat kaki."

" Terry!" Jeritan Maddy yang sakit hati bila dia dibuli. Kali ini tiada lagi suara lembut Maddy. Semuanya bicara dalam kemarahan.

" Sudahlah Terry, James Dan Maddy ? Jangan ganggu Maddy lagi,kesian dia ."
Adam hanya mengelengkan kepala. Sebentar tadi Dia juga turut mentertawakan Maddy

....

Mereka telah tiba di meja hidangan mewah yang dipenuhi dengan enaka makanan. Semuanya dimasak sendiri oleh tangan Mommy.

Itu semua membuatkan Terry semakin memeluk erat tubuh Mommy mereka berempat. Terasa keluarganya telah kembali.

" Kamu masih anak- anak kecil Terry? Tak cukup lagi peluk Mommy!" Tangan Mommy menepuk- nepuk wajah anak lelaki Kedua miliknya, sebaik pelukan dilepaskan.

Adam telah menjeling menyampah dengan semua perbuatan Terry. " meluat!"

James masih dengan ketawa melihat segala perbuatan Terry. " Pelik bagi orang lain? Tapi bukan Keluarga mereka." dia tahu Terry dalam hati penuh dengan Sayang pada keluarga.

Mommy telah menyediakan makanan yang lazat. Bagi memenuhi permintaan semua anak- anaknya, Mommy menyediakan makanan yang menepati selera Adam Dan tidak melanggar ajaran agamanya.

" Macam mana Adam dengan hidangan, kamu suka dengan makanan ini?" Mommy Teruja melihatkan Adam Teruja merasa semua makanan yang disediakan sendiri olehnya.

Belum sempat Adam nak menjawab, Terry seperti biasa akan mencelah. Semua itu dibuat untuk Mommy memberikan sepenuhnya perhatian Hanya pada dia.

" Mommy Terry sukakan semua masakan Mommy" Terry tersengih memandang kearah Adam.

" Budak ini?" Mommy hanya mampu ketawa dengan semua gelagat anaknya.

Adam Dan James yang melihat hanya gelengkan kepala. " Terry masih belum berubah!"

Maddy masih belum habis dengan wajah cemberutnya. Untuk memujuk kembali Maddy, sepotong Dating Stik diletakkan Adam kedalam pinggan Maddy.

" Maddy ? Ini daging lembu muda yang kamu paling suka. Abang Adam kamu makan lebih sedikit malam ini. Tubuh kamu kelihatan cengkung Maddy. Nanti tak Cantik jadi pengantin muka pucat." Adam memujuk.

" Maddy kenapa dengan kamu? " wajah dikerutkan . Tumpuan dia pada Terry hinggakan lupa pada James Dan Maddy .

Mommy melihat kearah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Anak yang selalu dimanjakan oleh Adam. Tidak boleh ditegur sedikit, mulalah Maddy suka buat perangai.

" Mommy Abang Terry ganggu Maddy? Dia nak buat bukan- bukan pada Sebastian!" Maddy merajuk panjang bersama bibirnya yang diketap geram.

" Terry? Kamu nak buat apa pada Sebastian? Kamu jangan takutkan Maddy." Kepala digelengkan Mommy, memikirkan segala sifat - sifat anaknya yang suka mengusik. Usikan yang membawa kepada kemrahan Maddy.

Maddy anak yang manja dengan Adam dengan bapanya. Semua kehendak Maddy dituruti disebabkan dia seorang sahaja anak perempuan tunggal dalam keluarga.

" Mommy ada sesuatu yang Terry nak cakapkan. Hal itu penting Tapi Terry nak Mommy terima semuanya." Kening Terry bertaut. Dia sepenuh hati menahan perasaan. Getaran di dada yang berdegup kencang buatkan James telah tersengih melihat reaksi Terry.

Adam hanya menjadi pemerhati Setiap perilaku James Dan juga Terry.

Terry berwajah tenang. Dalam Setiap bait perkataannya telah disusun cermat. Dia mahu semua orang yang hadir faham tentang Maksud yang akan dibicara, tanpa menunggu lama dia menerangkan segala Tentang berita gembira kepada keluarganya.

" Terry akan dapat Baby, anak Terry!"

" Huh!" Mommy.

" Impossible?" Maddy

" Terry Engkau tak bergurau?" Adam

James hanya Tersenyum sinis. " Akhirnya Terry sekali lagi dengan kejutan!"

" Dengan siapa Terry? Engkau serius hal itu? Kenapa tak bincangkan hal ini?" Shit!" Adam mengeluh, tak sangka keputusan Terry sedrastik itu. "Terry ada anak?" Susah Adam nak percaya.

" Kamu dah lama jumpa perempuan itu? Kenapa tak kenalkan dengan Mommy, sebelum keputusan itu?" Mommy mengurut dada. Kali ini dia benar - benar pening dengan keputusan anak lelaki keduanya.

Agama mereka tidak menghalang semua itu, Tapi masih ada hal - hal sensitif yang perlu dijaga. Belum ada lagi dalam keluarga, pasangan ada anak tanpa berkahwin. Semuanya diakhiri dengan perkahwinan walaupun golongan wanita mengandung awal.

Adam dia tak Kisah, Tapi Terry? Benar - benar peningkan dia dengan kejutan.

" Akhirnya Abang Terry berjaya buatkan Mommy pening. Semua Tentang abang Terry memeningkan kepala."

Maddy Tersenyum sinis. Ingat kan masalah dia dengan Sebastian yang belum selesai. Tak sangka masalah semakin bertambah dengan kelakuan Terry.

" Apa masalah yang abang Terry buat. Mengandungkan seorang perempuan. Ramai perempuan yang menunggu zuriat aku, Maddy?" Terry Senyum sinis.

" Bila Engkau nak bawa dia kesini Terry? Kenalkan dengan kelaurga?" Reaksi Adam diam Tapi dapat didengar Jelas, Adam tidak main - main.

" Engkau tak Teruja dengan berita gembira ini Adam? Aku bakal jadi bapa, Dan engkau akan dapat anak sedara!"

" Tak dapat aku batang kan Adam, bila bayi itu keluar. Suasana rumah ini akan kembali gamat ceria."

" Bila engkau mahu bawa dia Terry? Kenalkan dulu pada Mommy. Engkau dah habis fikir pasal hal itu. Tak sangka engkau akan ambil keputusan sedrastik itu. Apa yang buatkan engkau berubah?" Adam masih was - was dengan segala yang dibicara Terry.

" Keluarga kita? Aku rasa dah sampai masanya untuk aku ada bayi?"

" Terry! Dah fikirkan hal ini masak - masak. Hal ini bukan mudah? Banyak komitmen yang akan terlibat. Terry dah bersedia?" Mommy juga dapat rasakan segala yang dibuat Terry terburu - buru.

" Mommy akan jumpa dia. Kenal dia dulu. Lepas itu Mommy akan tahu kenapa Terry mahukan dia." Terry bermain helah. Kali ini Mommy perlu terlibat sama. Pengaruh Mommy pada Adam sangat besar.

" Kenapa semua tak sokong Terry? Akhirnya di buat sesuatu yang baik. Dia tambahkan ahli keluarga kita dengan zuriat dia. Uncle Mic pasti teruja?"

" Nanti dulu James. Jangan maklumkan dulu hal itu. Kedudukan syarikat waktu ini masih bergolak lagi. Kita tunggu kes Maddy Selesai dengan Sebastian." Adam bersuara membuatkan semua terdiam.

" Mommy tak dapat nak cakap apa Dan pandangan Tentang hal itu Terry. Itu keputusan kamu, Dan Mommy tidak halang keputusan kamu. Tapi apa yang membuatkan Mommy gembira, kamu akan berikan Mommy cucu. Itu sudah memadai bagi Mommy.

" Tangan Mommy dipegang Dan dikucup erat oleh Terry." Thanks Mommy.

" Ini Hadiah Mommy dari Terry. Tapi ada berita Kedua  yang akan gembira kan Mommy. Satu bentuk Cincin Berlian dibelikan Terry untuk Mommy yang disayang.

" Cantik? Tapi buat apa Mommy pakai semua berlian ini Terry. Mommy dah tua. Hadiah kan pada perempuan yang mengandungkan anak kamu. Mommy tak sabar nak jumpa." Tersenyum Indah Mommy kepada Adam Dan James. Berita yang dibawa Terry mengejutkan Tapi sesuatu yang mengembirakan akhirnya.

" Mommy yang terbaik untuk Terry!"

" Mommy ini Adam Hadiah kan untuk Mommy. Harap Mommy suka!" Adam menyerahkan gubahan bunga Mawar sambil sebekas kotak hiasan.

" Mommy menyambut dengan senyuman. Kenapa belikan Mommy bunga dah macam Mommy masa muda? Wajah keriangan Mommy membuatakan Adam tersenyum girang.

" Adam kan tak ada kekasih Mommy? Tentulah Mommy yang Jadi kekasih Adam. Pada siapa lagi dia nak berikan bunga kalau bukan pada Mommy. Adam setia pada wanita yang salah tempat!" Terry mengusik Adam, Perjumpaan seperti ini peluang Terry mengusik abangnya.

" Perempuan mana yang malang dapat engkau Terry?" Adam koyak Senyum sinis pada Terry. Kelihatan Terry terdiam.

" Perempuan itu yang beruntung dapat Terry? Ramai perempuan terkejar - kejar dia. Alih- alih perempuan itu yang terpilih!" Tangan James di depakan menungkat langit. Seakan memberikan pujian pada Terry.

" Perempuan itu akan menyesal bila dia tahu perangai Terry sebenar. " Devil!" Adam menjeling tajam Terry yang Tersenyum sinis. Dia tidak mengesyaki apa - apa Tentang hal itu. Tanpa Adam tahu siapa yang terlibat dalam hubungan Terry..

" Perempuan mengandung...? Anak itu milik Terry...??? Tak mungkin.. !" Adam masih dalam dilema.

****

" Macam mana dengan ujian itu?" Alex menunggu diluar bilik Air bilik Utama. Sabrina masih berada dalam bilik air, menguji sesuatu kerana kedatangan "bulanannya" telah terlewat 2 Minggu.

" Sabrina!" Alex mengetuk pintu perlahan dengan sabar. Tidak mahu Sabrina mengalami tekanan dengan apa yang mereka lakukan kini.

" Sabrina! Keluar.. tak apa kalau semua itu tak berjaya. Kita masih muda,banyak lagi peluang." Alex memujuk Sabrina. Dia juga takutkan perasaannya Jila hal itu benar - benar berlaku.

" Apa tindakan aku perlu buat kalau semua itu berhasil?" Alex bertanya kepada diri sendiri.

" Sabrina." Sab- ???  Wajah Alex berkerut memandang Sabrina yang sedang memerhati wajah Alex. Kemarahan Di mata Sabrina Jelas pada pandangan mata Alex..

" Sabar! Apa yang berlaku? Kenapa menanggis?" Alex mendapatkan Sabrina, alatan ujian telah tiada di Sisi Sabrina. Dia Hanya mampu memandang ke arah sekeliling jika matanya dapat melihat sesuatu.

“ Masih belum dapatkan hasil!” Wajah sedih Sabrina dengan keputusan yang telah berada dalam gengaman tangannya. Mata kecil Sabrina kuyu melihat pandangan kebawah.

Nampak Jelas dia sedikit hampa dengan keputusan yang baru diperolehi.

“ Bertenang tak perlu mengeluh begini. Kita masih ada peluang mencuba!” Alex memujuk! Melihatkan wajah kesedihan Sabrina dia Seakan pilu .Alex mencari jalan untuk Sabrina tidak kusut dalam keputusan tadi. Mereka berdua masih belum diberikan rezeki.

“ Macam mana Kalau Saya tak boleh Alex? Apa Kita nak buat?” Fikiran Sabrina kusut. Segala fikirannya masih memikirkan Tentang Ivvy. Kata -kata Ivvu yang masih terngiang - ngiang dalam kepala Sabrina.

“ Saya boleh mengandungkan zuriat Awak Alex! Saya rela.” Ivvy bersama dengan pendirian diri yang dirasakan Sabrina pendirian gadis itu teguh.

“ Kita Cuba lagi! Berhenti fikirkan hal itu. Tiada apa yang berubah. Ini baru Cubaan pertama Sabrina. Saya tak mahu Awak bersedih.” Wajah kecil Sabrina diusap dengan lembut. Tidak mahu gadis kecilnya memikirkan hal itu lagi. Mereka masih lagi mempunyai banyak masa.

“ Alex? Awak Takkan Cari gadis lain untuk lakukan itu semua. Saya dapat rasakan hati saya sakit kalau Awak dengan perempuan lain.” Sabrina berterus terang.

Jawapan dari Alex. Lelaki itu hanya ketawa.

“ Kamu Sudah Jatuh hati pada aku Sabrina?” Kening Alex menaik melihat reaksi Sabrina yang menundukkan wajah.

Alex tersenyum....

Comel pada pandangan Alex, bila Sabrina ditangkap berkelakuan salah. Gadis kecil itu telah berterus terang Tentang perasaaannya, tanpa tahu bahawa semua itu membuatkan dia malu, bila tersedar dengan perbuatan dia tadi.

“ Salah ker kalau saya jatuh hati pada Awak Alex? Saya rasa Saya tak boleh kawal perasaan saya. Saya perlukan awak disisi.?”

“ Susah aku nak cakap Tentang hal itu. Aku pernah rasakan perasaan itu sekali. Perasaan itu Amat berat, Dan sekali kita tersungkur, kita dapatkan rasakan sakit yang teramat dalam hati.” Fikiran Alex mulai mengingati sejarah silam. Dirinya bersama Janet.

“ Awak tak Cintakan saya Alex?” Perlahan bicara Sabrina keluar dari mulutnya. Dia dapat rasakan lelaki itu mengambil berat Tentang diri dia. Tapi untuk Cintakan dia, dia sendiri pun tak pasti.

“ Aku tahu engkau masih keliru Sabrina. Hanya jika kita bersama, itu masih belum menunjukkan kita berdua bercinta.” Alex mengeluh..

“ Mungkin aku orang pertama yang buatkan engkau matang dalam hal itu, Tapi itu masih belum buktikan apa - apa!” Alex tidak mahu memberikan harapan. Dirinya sendiri tak pasti dengan perasaan dirinya. Apa yang diperlukan Alex dalam pasangan.

“ Maaf Alex, tadi saya dah terlanjur dalam perbuatan. Saya tak sepatutnya luahkan perasaan saya. Itu dah melanggar syarat sebelum ini dengan Mark. Mark dah terangkan semua itu pada saya.!” Mata Sabrina masih menunduk, secara perlahan mata Sabrina melihat ke dalam mata Alex.

Tangan Alex merangkul tubuh Kering Sabrina, Dan dapat dirasakan Alex dia memegang tulang. Sabrina sangat kurus Bagi Alex.

“ Pasal perasaan itu tak perlu minta maaf. Kita berdua kena matang dalam hal ini. Apa yang kita lakukan sekarang bukan benda kecil? Besar Sabrina. Penting untuk Awak faham Dan saya akan Cuba fahami Awak nanti. Saya tak mahu timbulkan salah faham kemudian hari.”

Sabrina Hanya mengangguk kecil, nampaknya perasaan Alex dia dah tahu. Hanya dia yang masih keliru dengan perasaan dia pada Alex. “ Mungkin benar cakap Alex?”

Dia masih keliru dengan perasaan Cinta dengan perasaan orang yang sering dia jumpa.

****

“ Macam mana perjalanan Agensi Ivvy, semuanya berjalan lancar? Alex sibuk menyiapkan kerjanya yang tergendala Dan banyak diatas meja. Tumpuan mata Alex Hanya pada fail ditangannya.

“ Semuanya Baik dan mengikut jadual yang kita dah tetapkan?” Kalau semua itu mengikut jadual, rasanya kita tak ada sebarang masalah.” Ivvy Tersenyum manis dengan pandangan Alex kearahnya.

“ Hmmm! Baguslah macam itu Ivvy, Minggu depan saya dah sibuk. Saya akan pergi Milan, Itali. Awak Tolong saya uruskan semua hal dalam Agensi ini. Ada apa - apa lagi Ivvy?”

“ Macam mana dengan keadaan Sabrina Alex? Dia dah okay?”

“ Dia okay Tapi buat sementara ini dia duduk Di rumah. Saya tak benarkan dia kerja. Saya masih kena pantau dia.”

“ Ohh! Saya ingatkan saya baru nak ajar dia tentang kerja - kerja disini. Sayang! Saya baru nak kenali Sabrina.”

“ Nanti kalau keadaan kembali tenang, saya bawa dia kesini bantu Awak Ivvy. Sekarang ini bukan masa yang sesuai. Lagipun Saya tak ada dekat sini. Saya sibuk Minggu ini. Saya takut Saya tak ada masa untuk dia.”

“ Senyuman Ivvy terhenti.!”

“ Alex Awak dah fikirkan Tentang apa yang saya cakapkan semalam. Awak dah buat keputusan?”

“ Tentang apa Ivvy?” Kening Alex dikerutkan. Majlis hujung bulan yang melibatkan Agensi Alex benar - benar buatkan Alex pening.”

“ Kita? Macam mana dengan keputusan Awak Alex dalam hal yang kita bincangkan malam itu. Apa keputusan Awak?”

Ivvy menanti dengan sabar.. dia masih terpaku menanti segala jawapan dari Alex.

“ Saya belum fikirkan Tentang hal itu. Saya rasa saya perlukan masa. Saya harap Awak Faham.”

Ivvy tersenyum kecil, dapat dirasakan Ivvy harapan dia untuk membalas jasa Alex Seakan menjauh dari apa yang difikirkan sebelum ini.

Dia perlu berikan Alex masa Tentang hal itu.

****

Sabrina Terasa kesunyian keseorangan Di rumah. Fikirannya masih terbayang segala - gala kata Ivvy sebelum ini. “ Alex!” Iya, lelaki itu yang dirisaukan Sabrina kini.

“ Bagaimana nanti jika Ivvy mengorat Alex.!”

“ Alex berubah fikiran!”

“ Jemu pada dia?”

“ Aku masih belum mengandung!”

“ Alex jatuh Cinta pada Ivvy.”

“ Apa aku nak buat bagi semua benda yang aku fikirkan tak Jadi. Alex , apa perlu Sabrina buat?” Runsing dalam Fikiran Sabrina. Hari ini dia baru sahaja ditinggalkan kembali oleh Alex selepas lelaki itu menamatkan cuti.

Keprihatinan Alex dalam menjaga dirinya sepanjang masa itu buatkan Sabrina rindu layanan Alex yang Baik Kepada dirinya. Sabrina Ingin membalas segala jasa Alex sebaik sahaja dia sembuh. Namun tindakan Alex tidak membenarkan dia bekerja, buatkan Sabrina kematian kata - kata.

Untuk menghalang segala arahan Alex? Dia bukan siapa - Siapa.

Dalam pencarian Sabrina Tentang apa yang perlu dilakukan bagi membuang kebosanannya. Satu Idea muncul di Fikiran Sabrina.

“ Aku masakkan sesuatu untuk Alex? Dengan itu aku dapat jumpa dia?” Sabrina tersenyum dengan Idea dia yang muncul disaat - saat akhir.

Jam baru menginjak kearah Jam 11:00 pagi. Masa yang sempat dirasakan Sabrina sebelum masuk makan Tengahhari.

Alex tiada masalah Bab makanan Dan Sabrina Hanya tahu masakan Spageti untuk Alex. Sesuatu yang mudah dirasakan Sabrina. Dia telah melihat semua itu dilakukan oleh Alex, sebelum ini.

Di rumah Hanya Alex yang masak makanan untuk dia . Sabrina hanya memerhati Setiap kali lelaki itu memasak. Dapat dilihat Sabrina, Alex tidak kekok berada didapur. Walaupun Alex seorang lelaki.

Kadang - kadang Sabrina malu sendiri dengan semua hal itu,

“Done!” Sabrina Senyum sendiri melihat segala hasilnya. Setelah berpuas hati dia memasukkan segala makanan ke dalam bekas Dan juga beg kertas.

Tidak lupa Sabrina membawa Lebih makanan untuk diberikan kepada beberapa orang Model yang akan berada di Agensi. Itu percubaan pertama Sabrina dalam masakan Dan dia harapkan, Alex akan berpuas hati dengan hasil tangannya.

Sabrina sembunyi senyum bila mengenngkan reaksi Alex nanti bila melihat kehadiran Sabrina Di Agensi.

Suatu kejutan yang diharapkan Sabrina berhasil.

***

Leslie memerhati Tubuh Sabrina yang baru keluar dari sebuah kereta. Matanya masih tepat tearah pada segala gerak geri Sabrina.

Langkah Sabrina hati - hati bersama ditangan Sabrina Terdapat sesuatu yang dijinjitkan bersama. Wajah keriangan Sabrina Jelas, Dan semua itu membuatkan Leslie Tersenyum sendiri.

“ Mana mungkin aku tergamak bunuh dia. Dia gadis yang tak bersalah, Tapi menjadi kesalahan dia, takdir hidup dia yang bertemu dengan Alex.”

“ Sabrina hati - hati, selagi aku ada tiada siapa boleh lakukan sesuatu. Tapi macam mana kalau Janet tahu ?”

Leslie serba salah. Arahan Janet untuk dia membunuh Sabrina.

Dihadapannya telah ada ruang Dan pelanggan yang Jelas untuk dia lakukan semua itu. Tapi sesautu dirasakan dalam diri Leslie yang menghalang perbuatan itu.

Perlahan - lahan alat Penyengap Bunyi dipasangkan ke Laras Pistol yang telah berada ditangan. Leslie merenung sekejap wajah Sabrina.. Setelah puas, Leslie mengambil nafas mendalam sebelum Pistol diletakkan di tingkap kereta, sebelum pemanduan Leslie mendapatkan Sabrina..

??????? Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience