19

Romance Completed 306520

*** Balas ***

" Tuan Mukhriz pasti ker tentang semua ini?" Mata Indah terarah pada fail - fail lama yang penuh didalam Stor berdekatan bilik ofisnya.. Berhabuk Tapi masih disusun rapi kemas.. Hanya  beberapa bahagian yang perlu disusun semula mengikut peringkat.. Susunan fail sahaja berterabur dalam bilik itu..

" Awak ada nampak saya main- main ker..?" Mukhriz menguji semula setiausaha Di sebelahnya..

" Tak saya yang salah tafsir Tuan Mukhriz, saya akan makluman pada dia." Indah serba salah Tentang perkara itu, macam masalah dia nak beritahu Dan berdepan dengan seorang puteri lilin nanti.. Kemarahan dia buat Indah kecut perut..

" Ada apa - apa Awak nak beritahu saya ker Indah, kejap lagi Saya nak keluar jumpa Isteri saya.?" Jam ditangannya dikerling dengan anak matanya, Mukhriz semakin tidak sabar untuk berjumpa Anggerik. Dia ingin membuat kejutan pada isterinya..

" Pasal benda itu Tuan Mukhriz, Kalau dia bantah nanti marah saya macam mana..?" Indah Kalut bila arahannya nanti akan melibatkan perempuan itu..

" Kalau dia marah, tengking Awak Indah saya benarkan Awak pecat dia, saya pun rasa Saya tak perlukan dua setiausaha. Cukup Awak seorang Indah uruskan jadual saya." Mukhriz leretkan Senyum pada Indah untuk menanggani isu itu dengan Mawar..

" Tapi dia bukan adik ipar Tuan Mukhriz..?Indah mahukan kepastian memandangkan Mawar menggunakan alasan itu untuk dia buat tunjuk kepala..

" Memang dia adik Ipar saya, Tapi saya tak ada rasa istimewa sangat dengan gelaran itu pun. Dia tetap pekerja syarikat ini, Dan dia kena ikut peraturan. Saya tak pilih bulu, Walaupun dia ada bulu emas sekalipun, dia kena tetap ikut arahan. Faham..!" Tegas Mukhriz, dia tidak suka berkias. Dia mahu jalan yang lurus dalam dia berbicara..

" Baik Tuan Mukhriz, "wajah Indah ditundukkan tidak mahu lagi berhujah panjang. Pasti Mukhriz ada jawapan untuk segala bahasnya nanti..

Saya pergi dulu Indah, ingat apa saya pesan, Esok saya masuk kerja Saya nak semua benda itu clear Dan laporan semua atas meja Saya.." Mukhriz melangkah meninggalkan Indah yang masih terkebil - kebil dengan apa tang akan diarahkan nanti.." Mampus aku macam ini!" Indah cuba memujuk hati. Gerangan yang dimaksudkan oleh Mukhriz masih belum sampai walaupun Jam telah menginjak ke jam lewat tengahari.. Indah masih menunggu..

2 jam kemudian...

Wajah Indah sudah masam mencuka, 1 jam rehat yang diperuntukkan untuk pekerja masih tidak Cukup lagi untuk Mawar.. Mawar hilang entah kemana, Indah masih menanti dengan marah, menunggu untuk kerja - kerja di Stor dihabiskan..

Muncul Mawar terkedek- kedek dalam lenggok jalannya yang mengalahkan SuperStar.. Sakit mata Indah melihat, Dan sesak nafas dirinya yang menanggung..
" Dia boleh jalan lenggok lagi.! Dia tak tahu ker Dia dah ambil masa aku 3 jam tanpa henti risau kan dia kemana, dengan banyak kerja aku lagi. Perempuan ini memang nak kena."
Indah menahan sabar sebelum ini, Kali ini dia tak boleh tahan lagi. Dia telah diberikan lampu hijau oleh Mukhriz untuk memecat Mawar sekiranya berkeras lagi..

" Mawar Awak dari mana..?" Suara Indah diperlahankan masih bersabar, dia akan memberikan peluang dulu. Melihat sejauh Mana langkah Mawar..

" Saya !Huh saya pergi rehat makan Indah. Kenapa nak tanya..?" Mawar tidak puas hati bila urusannya diganggu. Cepat sahaja darahnya Panas..

" Awak dah tahu jam berapa Mawar, Awak lihat Jam Awak tu.? Awak dah melebihi masa rehat awak, Awak tak baca peraturan ..?"
Lagi menyirap kemarahan Indah, Bila Mawar buat dengar tak dengar.. Mata dipalingkan dari memandang..

" Awak ingat saya kuli ke Dekat sini macam Awak Indah.. Ini tempat kerja Abang Ipar saya, Saya boleh masuk, rehat , Dan keluar ikut berapa jam pun yang saya suka. Awak ada masalah dengan perkara itu? Awak buat kerja awak Indah, jangan kacau urusan saya..!" Mawar menjeling Indah tanda dia masih belum puas..

" Jangan ganggu urusan Awak? Indah senyum sinis.
" Saya ada kerja untuk awak Mawar da. Kalau Awak tak siap kan kerja itu bersama laporan, Awak akan tahu siapa yang akan dipecat nanti. Saya ingatkan Awak Mawar, dengar betul - betul, bukakan tinga Awak itu." Indah senyum sinis bila dilihat Mawar kejut Dan kejang berdiri mendengar ayat dari bicaranya..

" Tuan Mukhriz Takkan simpan orang - orang yang Langgar peraturan syarikat ini, termasuk sedara Mara dia sekali.Tidak akan terlepas." Indah mengugut, sambil tangan mula membuat kembali kerjanya yang tergendala..

" Awak jangan nak takut - takut kan saya Indah. Mukhriz Takkan buat saya macam itu, Awak yang terlebih provok sebenarnya.." Mawar masih tidak puas hati, Tapi sedikit Sebanyak kata - kata Indah difikirkan betul oleh Mawar kembali.. " Mukhriz memang tak bagi muka pada pekerja termasuk aku," Mawar bermonolog sendiri..

" Apa kerja yang dia suruh buat? Laporan apa yang aku kena hantar?" Akhirnya Mawar beralah juga, untuk mendapatkan Mukhriz dia kena bersabar disitu. Mukhriz tidak mudah didekati, seorang yang memantingkan Prestij dirinya Dan menjaga hubungan. Hanya orang - orang Tertentu sahaja dibesarkan masuk dalam pejabatnya. Tapi itu tidak mematikan niat Mawar. Dia akan tetap berusaha memiliki lelaki itu..

Indah melirik senyum. " Ikut juga cakap aku, aku ingat sombong sangat tadi!" Indah Segera mengambil segugus kunci dalam lacinya..
" Jom ikut saya Mawar saya tunjuk kan tempat untuk Awak buat kerja ini semua arahan Tuan Mukhriz pada Awak." Indah menerangkan pasal hal itu, takut Mawar salah faham menderanya..

Mereka melangkah dalam 2 meter dari tempat duduk Indah. Mawar masih mengekori, melihat reaksi Indah. Dalam hatinya dia masih tidak berpuas hati dengan Indah kerana menegurnya. Dia rasakan indah tidak layak untuk itu, Dan tiada siapa yang layak menegurnya disitu melainkan Mukhriz. Dia akan mendengar segala yang dikatakan dan arahan yang keluar dari lelaki itu.

Kring, Plak.. bunyi kunci Dan pintu terbuka..
" Ini tempat kerja awak Mawar, Awak kena Susun fail- fail dalam ini dalam masa 3 hari, itu yang Tuan beritahu pada saya Dan Laporan selepas tarikh itu Awak kena siap kan Dan diletakkan atas meja Tuan..

" Semua ini? Awak dah gila ker Saya nak buat semua ini. Dengan tempat ini yang berhabuk, fail yang terabur, Awak nak saya yang buat..?" Saya nak jumpa Mukhriz, saya pasti dia Takkan benarkan saya buat kerja - kerja kotor macam ini. Jangan mengarut Saya Takkan buat." Mata Mawar menjeling hebat wanita dihadapannya. Entah kenapa dia lepaskan kemarahan itu pada Indah..

" Terpulang Mawar, Tapi Kalau Awak dipecat jangan salahkan saya. Saya siap bukakan pintu ini untuk awak, Kalau Awak ada apa - apa tak tahu boleh rujuk saya. Saya jalan kan Amanah Tuan Mukhriz." Indah bertegas dengan perkara itu, Mukhriz akan laksanakan segala arahannya Dan sesiapa yang Ingkar akan dilupus dari syarikatnya..
Indah ingin melangkah dari situ, bila Mawar tiada tindak balas Tentang perkara itu...

" Tunggu! Mawar dalam suaranya masih berkeras, Tapi dia tiada pilihan..
Mana Mukhriz? Saya nak jumpa dia sekarang?" Mawar masih menunjukkan belangnya..

" Tuan Mukhriz makan tengahari dengan Isteri tersayang dia." Indah koyak Senyum bahagia, dia tahu hal itu akan menyakitkan hati Mawar..

" Mukhriz pergi makan tengahari dengan Isteri dia tinggalkan saya buat kerja - kerja kotor Ini Semua. Indah! Apa semua ini.?" Marah Mawar meruap sampai ke kepala bila dia dapat bayangkan macam mana situasi itu berlaku. Sepanjang dirinya disitu belum pernah Mukhriz mengajaknya keluar makan.
" Takkan Mukhriz tak terhasut dengan ceritanya pasal Adam dengan Anggerik. Pasal keterlanjuran mereka berdua..Takkan plan aku tak berjaya..?"
Lagi Mawar sakit hati. Dia perlukan strategi baru untuk hal itu.

" Macam mana Mawar Awak nak kerja lagi ke tak Dekat sini, Atau Awak nak kena pecat ?" Indah memanaskan lagi keadaan. Mawar dilihat telah beberapa kali merengus geram.Gadis itu dilihat Indah terlalu Obses dengan Mukhriz, sebab itu gadis itu selalu dalam tekanan bila yang datang berjumpa dengan Mukhriz adalah pelanggan perempuan..

" Awak boleh balik tempat Awak Indah.Tak perlu risau kan tentang saya, pandailah saya nanti."

Mawar menjeling Indah Dan berlalu pergi. Perkara pertama Di fikirannya dia perlu mencari kakak Pencuci untuk mencuci habuk Dan membersihkan bilik itu sebelum dia membuat kerja. Dia perlu kekal disitu..

Indah tersenyum puas hati Dan berjalan meninggalkan Mawar yang telah awal - Awak melangkah meninggalkannya...

*****
" Aku dah emailkan semua maklumat tentang Anggerik pada engkau Terry, Tapi maklumat yang aku dapat macam disekat. Hanya segelintir maklumat, maklumat seterusnya macam dihapuskan. Aku rasa aku tahu kerja siapa?" James Senyum sinis dalam panggilan dirinya kepada Terry yang masih mendengar dengan khusyuk..

" Aku Syak segala maklumat itu dipadam, semua kerja Along kan James, dia tak nak kita siasat benda itu kan. Macam mana dia tahu semua ini?"

Terry pula mengerutkan dahi, pening dengan perangai Abnag yang sulung.Terlalu berahsia dengan perasaan sedang kan hatinya merana dalam diam. Mereka ingin membantu dia menunggu Sehingga Bapa mereka meninggal untuk mereka membantu.

Semua itu telah mendapat kebenaran dari Mommy mereka Dan dengan persetujuan itu Terry telah menjejakkan kaki kesini..

" Aku harap engkau boleh pergi LILY florist itu untuk dapat kan maklumat tentang Kakak Ipar. Itu sahaja Maklumat yang kita ada. Jangan sia - siakan peluang ini. Lagi lama kita menunggu lagi kurang peluang kita untuk lihat Along Bahagia." James menitipkan pesan pada Abangnya..

" Aku dah sampai Kedai Kakak Ipar, aku tak sabar nak jumpa dia James. Aku berdebar - debar." Terry meluahkan perasaannya kepada James yang masih dalam talian..

" Fuck Off Terry..! Bukan engkau tak biasa buat semua itu. Tarik nafas dan bertenang Terry. Pastikan Plan kita berjalan lancar lebih - lebih lagi pastikan Along tak tahu semua gerak - Geri kita.." James masih tidak Lupakan pesanan..

Mata Terry terarah ke kedai, namun sewaktu hendak mematikan panggilan dengan James, matanya telah terlihat sesuatu dicermin..
" James aku kena pergi dulu, Nampaknya Plan kita hari ini terpaksa ditunda.Ada orang yang sedang perhatikam aku dan aku tahu siapa Terry..?Kita kena hold dulu, aku akan fikirkan jalan lain.."

" Adam, orang - orang Adam Terry?" James cuba meneka dari kejauhan. Nampaknya abang sulung mereka selangkah lagi dari mereka.

" Yup!" Aku pergi dulu apa - apa nanti aku rodger." Selepas pesanan tanpa menunggu lagi bicara, panggilan ditamatkan Segera..

*****
Anggerik masih terkejut dengan kehadiran Mukhriz dikedainya tengahari itu, Lebih mengejutkan Mukhriz memberikannya sekuntum bunga Mawar yang diambil dari STOK Kedai Anggerik untuk diberikan kepadanya kembali.

" Nice helah awak Mukhriz, Tapi Takkan sampai nak curi stok saya untuk kejutan hari ini."
Bunga yang dihulurkan Mukhriz diambil sambil Anggerik tetap tersenyum dengan kenakalan suaminya yang sejak akhir - akhir ini berubah sifat kepada Romantik Psycho..

" Macam mana Awak tahu ?" Mukhriz sengaja menguji Anggerik dengan bunganya.

Ini, hujung tangkai ditunjukkan kearah Mukhriz, hujung yang telah membiru disebabkan ubat penahan. Hanya dikedainya sahaja melakukan benda itu dihujung tangkai. Dengan sengaja ubat penahan diletakkan warna  biru untuk hujungnya akan berwarna..

" Awak tak boleh tipu Isteri Awak pasal bunga, saya tahu semuanya. Kalau Awak tipu pasal perempuan saya mengaku kalah Mukhriz.. Saya bukan pro Bab - Bab tu..Tapi saya hargai usaha awak Mukhriz."
Bunga Mawar yang dipilih Dan diberikan Mukhriz diletakkan didalam Vase di atas mejanya..

Bila Anggerik cakapkan perkara itu baru Mukhriz teringat kan tentang Sherry.. " Dah lama dia tak muncul, agaknya sibuk." Fikir  Mukhriz dalam hati.. Perhatian diberikan pada isterinya..
" Buat apa Saya nak membazir, sedang kan Isteri saya ada Kedai bunga. Lagipun Anggerik saya rindu dengan awak." Tangan Mukhriz ingin membelai Anggerik .. Mata Anggerik melihat perubahan pada suaminya..

" Mukhriz, behave.. Awak tak nampak ker pekerja saya dalam Kedai ini, pelanggan saya. "
Merengus geram Anggerik bila Mukhriz tunjuk kan perangai kebudak - budakkan dirinya.

" Saya berguraulah, Jom Saya nak bawa Awak pergi makan tengah hari memandangkan harj ini Saya tak sibuk!"
Mukhriz menyatakan hasrat dirinya ke situ..

" Saya ambil beg dulu." Tak sempat Anggerik nak buat apa - apa. Pingangnya dirangkul Mukhriz mengarah kepintu.
" Mukhriz Awak buat apa ini?" Merona merah wajah Anggerik dengan perbuatan Mukhriz yang sesak kan dadanya.Mata Anggerik menjeling sekeliling yang telah melihat kearah mereka berdua..

" Tak payah beg itu, Saya nak cepat!"
"Maaf semua ini Isteri saya, boleh teruskan urusan!"
Tenang dan terang Mukhriz memaklumkan semua itu pada pelanggan Dan pekerja yang Terdapat disitu..
Semua mata kembali terarah pada kerja Dan urusan masing - masing. Tidak lagi terhirau dengan pasangan tadi.

" Awak ini memang dah .... Arghhhh "Anggerik merengus geram dengan segala tindakan suaminya. Tapi diturutkan juga kehendak suaminya, Tapi dia ada rancangan.
Selepas menguncikan pintu pejabatnya, Angggerik mula melangkah meninggalkan Mukhriz dibelakang..

" Cepatlah jalan saya dah lapar ini ?" Sengaja Anggerik mempercepatkan jalannya bagi Mukhriz mengejar dari belakang..

Mukhriz Senyum bahagia melihat kelakuan Anggerik Dan segala perbuatannya.. Dia semakin bahagia..

Langkah mereka telah terhenti di sebuah restoran..

" Awak tengok apa?" Anggerik melingkas melihat Mukhriz sedang melihat kearahnya..

" Tak sangka pula Awak ini boleh tahan juga kan Anggerik. Tak rugilah juga saya kahwin dengan awak?" Mukhriz Tersenyum sambil pelayan yang telah Datang kearah mereka..

" Apa Maksud awak Mukhriz, Awak nak kata saya untung kahwin dengan awak ker? Kening Anggerik dinaikkan, Tak mungkin untung sangat Mukhriz ada kadar yang naik Dan ada yang turun. Anggerik bermain teka teki..

Perbualan mereka terhenti disitu, bila pelayan mengambilkan pesanan untuk mereka..

Mukhriz tersenyum sinis, dia tahu Maksud Anggerik, untung rugi kahwin dengannya, Tapi soalan itu dia pendam dalam otaknya dia tahu reaksi Anggerik nanti jika dia membalas..

" Awak menang Anggerik, Tapi bukan selamanya Awak akan menang." Mukhriz koyak Senyum..

Anggerik sibukkan dirinya dengan melihat menu, dia telah tahu apa yang akan mengenyangkan perutnya nanti.. " Saya dah habiskan pesanan Mukhriz, giliran Awak pula .." Anggerik tersenyum senang hati, matanya tidak lepas memandang Mukhriz..

Mukhriz Selesai membuat pesanan untuk dirinya, Dan sebaik pesanan diterima pelayan meninggalkan mereka berdua Di bilik itu..

" Saya nak tanya Awak sikit Anggerik, Awak Cintakan saya.?"

" Tak", Cepat Anggerik menjawab..

" Awak pasti dengan jawapan itu?" Mukhriz koyak Senyum, susah Betul nak faham perasaan gadis dihadapannya Tapi dia tahu Anggerik bergurau..

" Pasti!" Anggerik senyum kecil sambil matanya dinaikkan keatas dia tak peduli..

" Satu point, lagi tiga point Awak akan menyesal untuk hari ini!" Mukhriz koyak Senyum menampakkan rahangnya yang kekar, tampak lagi wajah tampan Mukhriz..

" Apa?" Anggerik tunjuk muka tak puas hati.. Entah apa pula Plan Mukhriz untuk Point yang sedang dia utarakan..

" Saya Suka mata Hazel Awak Anggerik, lain daripada yang lain." Mata Mukhriz masih jelas dengan pandangannya melihat raut wajah isterinya yang Cantik di depan matanya.. kecantikan Anggerik lain, lain dari kecantikan yang pernah dilihat.. Kecantikan gadis di hadapannya tidak dapat dibayangkan, cuma yang melihat Anggerik, mereka akan tertoleh memandang beberapa kali tanpa jemu Dan akan memandang sehingga wajah itu hilang dari pandangan.. Cantik dalam Versi Anggerik..

" Awak nak tahu Mukhriz, pujian awak tu sama dengan pujian Adam Dan saya agak macam puji - pujian lelaki lain pada saya. Saya cuma manusia biasa, dipinjamkan dengan sedikit kecantikan dekat dunia ini. Kalau saya bukan Cantik Sebab mata Hazel ini, Awak masih terima saya.?" Hazel menguji suaminya melihat reaksi Mukhriz..

" Dua Point Anggerik. Saya akan terima Awak Tapi saya tak sukakan penipuan macam malam itu. Bukan salah saya Dan juga Awak.. Kita dua - dua mangsa keadaan. Mukhriz tidak mahu mengalah tentang kejadian dulu..

" Terus terang Mukhriz, Awak enjoy dengan apa yang jadi malam itu kan. Awak tak pernah sebut pasal malam itu pada saya.Saya tunggu untuk awak cerita kan pasal malam itu. Tapi Awak senyap membisu. Kenapa Mukhriz, Awak takut dengan bayang - bayang Awak, salah Awak pada saya. Kenapa? Saya akan maafkan awak Mukhriz Kalau Awak mengaku pasal itu. Saya masih tunggu ucapan itu?" Serius Anggerik pandang wajah Mukhriz yang masih kelihatan tenang mendengar segala bicara Anggerik.. Tanpa disangka Anggerik masih menyimpan kenangan Tentang malam itu..

" Awak nak saya buat apa untuk awak maafkan saya?" Kening Mukhriz bertaut dia Serius dengan bicara Anggerik..

" Saya nak Awak melutut depan saya Dan ucapkan Maaf Awak pasal malam itu pada saya. Mudah Mukhriz Dan saya harap Awak boleh lakukan disini, malam ini." Anggerik tenang dalam bicara, mata masih belum lepas dalam matanya memandang kearah suaminya. Itu permulaaan mereka untuk hidup bersama dan permulaan baru bermula disitu..

Mukhriz melangkah mendapatkan Anggerik, berdiri dihadapan Anggerik melihat ke wajah perempuan dihadapan matanya yang akan dihabiskan masa bersama sepanjang hidupnya.

" Aku Cintakan Anggerik. Aku pasti perasaan itu.!"

Setelah dipastikan tentang perasaannya dia melutut dihadapan Anggerik lagak Gaya seakan mahu mengajak untuk gadis bersetuju untuk hubungan perkahwinan...
Tangan Mukhriz telah mengengam tangan perempuan dihadapannya sambil melutut dihadapan.. Dia pasti dia tidak dipaksa.. Dia sanggup menyerahkan segala hidupnya demi Anggerik..

" Anggerik....

Belum sempat Mukhriz menyatakan maksud sepenuhnya.. Pelayan muncul di dalam bilik mereka untuk meletakkan makanan yang telah siap dimasak untuk dihidang..

Kesemua mata tercegat dan tergamam dengan apa yang berlaku dihadapan mata mereka.. Pandangan mata saling berpandangan sesama sendiri.. Termasuk juga Mukhriz yang tergamam melihatnya melutut dihadapan Anggerik... Dia cuba ingin bangun kembali kerana dirasakan waktu itu tidak sesuai kerana ada yang menganggu...

" Teruskan Mukhriz, Saya tak sabar untuk mendengar semua. Peduli kan semua itu.. Kenapa Awak rasa malu Dan takut..?" Anggerik masih beraksi biasa, masih tenang dengan reaksi wajahnya..

Mukhriz Terasa tercabar dengan lirikan mata Anggerik yang dituju kearahnya..
" Saya nak Awak maafkan saya Anggerik Sebab pernah susah kan hidup Awak dulu. Saya minta maaf untuk segalanya, Mukhriz Senyum sinis.. Point Ketiga Anggerik..

Anggerik puas hati kali ini, hatinya lapang dengan semua yang terjadi..
" Saya maafkan awak Mukhriz, Dan saya terima Awak dalam hidup saya. Saya bersedia untuk mula kan semula hidup baru bersama keluarga kita." Anggerik Senyum bahagia dengan apa yang jadi hari ini dalam hidupnya..

" Mukhriz saya nak beritahu Awak sesuatu memandangkan Awak dah luahkan segalanya..Tapi waktu kita berdua Saya nak bincang kan perkara ini.." lembut Anggerik berbisik bersama mata Dan pandangannya melihat kearah pelayan yang sedang Mundar mandir menghantarkan makanan..

Mukhriz hanya memberikan Maksud Isyarat dari matanya menanti... Tapi melihat kan pelayan yang masih tidak putus - putus hadir dalam bilik makan mereka, Mukhriz keliru.. "Siapa yang pesan banyak macam ini?"

Tubuh yang melutut sebentar tadi Segera dibangunkan untuk melihat kearah meja.. Terbeliak mata Mukhriz melihat makanan yang telah memenuhi meja... " Rasanya aku tak order sampai banyak macam ini?"

Pandangan Mukhriz terarah kepada Anggerik...

" Anggerik siapa yang order banyak macam ini? Bukan kita berdua jer yang makan..?" Mukhriz memandang Anggerik untuk mendapatkan jawapan..

" Saya lagipun Awak yang belanjakan, Saya nak raikan hari ini, Awak jangan risau Mukhriz saya akan habis kan semua makanan ini Awak tak perlu risau. Saya Takkan bazirkan duit Awak hari ini.." Anggerik masih beriak tenang menghadapi Mukhriz yang kelihatan sedikit was - was dengan dirinya..

" Betul ker Awak boleh habiskan semua ini?" matanya melihat kearah semua makanan yang telah terhidang. Hanya menunggu untuk dimakan oleh Anggerik Dan dirinya..

" Boleh, Awak kena percaya je dekat saya ." Anggerik tersenyum sinis pada Mukhriz, reaksi dari wajah Mukhriz membuatkan Anggerik gelak besar dalam hatinya..
" Nampaknya Mukhriz kena lebih simpan duit banyak- banyak lepas ini, lepas ini Anggerik akan habiskan lebih banyak  lagi duit lelaki itu."

" Awak nak balas semua ini dekat saya Sebab paksa Awak terima Kad itu hari itu, Anggerik..?" Mukhriz mencuba meneka bila tiba - tiba sahaja Anggerik berubah sikap jadi pemboros, Dan dia tahu disebabkan apa..

" Mungkin.."

" Hmmmmm, Anggerik.!" Mukhriz merengus geram...

Share this novel

Rohani Abd Rahman
2020-11-09 21:45:15 

Semakin menarik

Rohani Abd Rahman
2020-11-09 21:45:13 

Semakin menarik

Rohani Abd Rahman
2020-11-09 21:44:51 

Semakin menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience