03

Romance Completed 306520

Segalanya bermula ****

" Tak sangka engkau boleh berjaya sampai macam ini. Aku tumpang gembira untuk engkau."

" Thanks!, semua ini atas bantuan engkau juga Jun, Kalau engkau tak ada , ingat boleh ker aku nak siap kan Kedai ini, dengan perut aku lagi ini, memboyot." Anggerik tayang perutnya yang Semakin membulat Dan besar kepada Jun.

" Anggerik,” Mata Jun sudah terbeliak, buruklah orang tengok, engkau tak nampak orang tengok - tengok tu."

Hari itu hari pelancaran Kedai Bunganya, LILY bersempena nama Ibunya..

"Datuk bangga dengan kamu Anggerik, kamu berjaya naikkan kembali Kedai bunga Arwah Ibu kamu."

"Terima Kasih juga pada Datuk Sebab  jadi pelabur terbesar dalam Kedai Kecil bunga ini.."
Anggerik kucup pipi Datuk, dia berterima kasih dengan usaha Datuk kepadanya.

" Kamu memang cucu kesayangan Datuk Anggerik, Datuk bangga dengan kamu."

Anggerik tersenyum Bahagia..!
Masih ada orang - orang sekeliling yang Sayang kan dirinya, untuk apa lagi dia bersedih. Dia layak bahagia.

Hari ini pelancanran Pembukaan Kedai Bunga LILY Dan dia merupakan penaung Utama bagi kedainya. Juateru itu, dia telah membuat persediaan awal untuk dirinya muncul pada hari ini.. Bukan seorang tapi berdua ditemani dengan kandungannya..

Anggerik Amat bersyukur dengan perkara itu.

Perutnya diusap oleh Datuk dengan lembut. Bersama - sama Datuk, tersenyum Opah yang sentiasa menemani.
Mereka pasangan tua yang bahagia, sungguh Anggerik dapat melihat kebahagian Di wajah pasangan itu.

" Anggerik, nampaknya kamu Semakin menunggu hari untuk bersalinkan cicik kami, apa kata sepanjang tempoh berpantang, Biar Opah yang menjaga kamu. Kamu orang muda, tidak tahu adat untuk berpantang.!"
Opah memberikan cadangan, Dan Datuk hanya menjadi pemerhati bagi perbualan.

" Anggerik sudah sediakan segala persiapan Di rumah sewa kami, lagipun Jun, kawan Anggerik akan jagakan Anggerik sepanjang berpantang."

Cadangan Opah masuk akal difikiran Anggerik, namun bila dia fikirkan Mukhriz akan kembali ke rumah itu bila - bila masa, Dia batalkan   Hasrat.  Dia tidak mahu lelaki itu mengetahui tentang anaknya. Cukup lah dulu dia dituduh sebarangan.

" Tapi Anggerik mesti tahu bukan, Junaidah akan bekerja Dan kamu akan berpantang selama 3 bulan, bagaimana dengan Kesihatan kamu Dan siapa yang melihat Dan menjaga kamu sepanjang tempoh itu.!"
Opah menyatakan kebenaran tentang hal itu.

Anggerik kematian akal, dia tidak mahu rahsia itu terbongkar..

" Anggerik akan carikan jalannya,  Opah jangan khuatir, pasti ada cara Anggerik lalui tempoh berpantang itu. Anggerik rasa persediaan untuk itu akan Anggerik uruskan. Opah Dan Datuk dialu- alukan untuk datang melawat Anggerik.

" Sudah semestinya Anggerik, kamu cucu menantu yang kami Sayang, Dan kamu melahirkan zuriat cicit sulung kami. Pasti kami akan datang melawat."

" Datuk ada cadangan berhubung perkara ini Anggerik, Dan Datuk harap kamu akan setuju dengan perkara ini."

" Anggerik tidak pernah bantah cakap Dan Idea Datuk, Jika ini yang terbaik Anggerik akan ikut, Tapi bukan yang berhubungan dengan Mukhriz untuk dia tahu tentang rahsia Ini."

" Jangan risau, rahsia Anggerik selamat dengan Datuk Dan keluarga kita. Datuk cuma mahu kamu terima cadangan Datuk untuk mengaji Orang gaji Dan Tukang Jamu menjaga kamu Anggerik, sepanjang tempoh kamu berpantang. Bagaimana..?

" Nenek setuju dengan cadangan itu Anggerik, semua itu untuk kebaikan kamu. Kamu perlu menjaga Kesihatan Dan perawatan tubuh kamu semula, bagi mendapatkan kembali bentuk tubuh kamu yang asal."
" Setuju Anggerik , dengan wajah ceria terpancar di wajah Opah.

" Anggerik perlu bincangkan dulu perkara ini dengan Junaidah, Anggerik tinggal berdua dengan dia, Dan keputusan dia juga penting dalam hal ini. Anggerik tidak boleh buat keputusan lagi."
" Nanti Anggerik akan maklumkan kelak."

" Kamu fikirkan Anggerik,  anggaplah perkara itu untuk Cicik kami Kalau kamu mengelak dari menggunakan duit kami." Kedengaran ada Nada kesedihan dari bicara Datuk.

" Datuk, "tangan tuanya dipegang dengan lembut.
" Anggerik tanya kan sekarang pada Junaidah, Anggerik akan bagikan jawapan sekarang."

Anggerik menuju kearah Junaidah yang sedang sibuk melayan tetamu yang hadir..

Bahunya dicuit seseorang yang menghentikan perbualan itu.

" Jun, ada hal sedikit nak bincang dengan engkau, Tapi aku nak engkau sekarang."

" Okay, Excuse Me" Jun mengundurkan diri dari perbualan dengan seoarang lelaki.

" Kenapa Anggerik..? "
"Apa yang Engkau nak bincangkan, macam serius"

" Datuk bagi cadangan untuk sediakan orang gaji dengan Tukang urut untuk kita sepanjang Anggerik berpantang."

" Wow.! Speechless aku.. Lepas ini hidup engkau macam puteri lah. Boleh , boleh , boleh.." laju sahaja Jun memberikan jawapan.

" Setuju jer, engkau tak rasa ker nanti privasi kita diganggu Jun, lagipun nanti ada 2 orang asing akan tinggal dengan kita. Betul engkau setuju..?"

" Ya , tak ya juga. Tapi aku rasa dah bagus dah cadangan itu. Engkau jangan lupa Anggerik, aku ini kerja balik pun matahari da masuk balik Sarang dia. Siapa nak jaga engkau nanti..?"
" Aku setuju 1001%  Sebab semua ini untuk kebaikan engkau. Pasal yang orang luar tu jangan risaulah nanti kita kemaskan rumah Dan buatkan bilik untuk mereka. 3 bulan jer Anggerik, small matter."

" Betul ini engkau setuju Jun, Takkan menyesal."

" Dah, Iye aku setuju, aku nak pergi balik pada mamat tadi, banyak aku nak bual dengan dia. Tak Perlu khuatir Anggerik, aku okay, cadangan itu bernas, pergi beritahu sekarang."

" Terima kasih Jun."

" Iye"..

Anggerik kembali melangkah mendapatkan Datuk Dan Opah mentuanya dengan senyuman di wajahnya.....

*********
Anggerik berjaya melahirkan seorang putera yang comel yang sihat seluruh anggota badannya. Bayi comel itu mempunyai sepasang anak mata berwarna Hazel seperti Anggerik..

Orang pertama yang melihatnya ke dunia Tentu lah Sahabat Anggerik Junaidah yang sentiasa menemaninya..

" Anggerik  comelnya anak engkau, Geram." Sebaik sahaja Anggerik tersedar dari tidurnya, Dia terlena akibat kepenatan kerana telah melahirkan bayinya.

" Mana dia Jun, aku nak lihat dia. Tadi aku cuma dapat pegang dia sekejap."
Suara Anggerik masih lemah, mungkin kerana komplikasi kelahiran bayinya sebentar tadi.

" Bayi engkau selamat, dalam bilik pemeriksaan lagi, mungkin Doktor sedang bantu pernafasan dia. Kejap lagi diorang hantar dekat sini. Tak lama Anggerik dalam 2 jam lagi. Engkau rehat aku jaga engkau Dekat sini."

" Aku harap Bayi aku okay" ada Nada kerisauan dari bicara Anggerik.

" Okaylah, aku dah tengok dia, jangan risau Bayi engkau SELAMAT, dia siap Senyum dekat aku Anggerik, dia ikut muka aku."

" Engkau Jun," muka engkau..? Anggerik nak tahan ketawa, Tapi dia tahan agar tidak kuat ketawa, dia baru lepas menjalani proses bersalin. Dia harus menjaga tubuhnya terutama bahagian Rahim.

" Jangan buat aku ketawa Dekat sini boleh tak, aku kan baru lepas bersalin" Marah manja Anggerik..

" Okay , Okay aku bergurau jerk, ha baru nampak muka engkau merah balik Anggerik, Tadi aku tengok muka engkau pucat, kira berjaya jugalah teori aku."

Anggerik ketawa lembut, sambil tangannya memegang perutnya menahan..

" Engkau nak makan apa - apa tak Anggerik, minum ker..? Aku buatkan untuk engkau.."

" Hmmm, engkau Tolong buatkan aku Kopi O Panas boleh." Anggerik mengingati pesanan dari Opah untuk dia minum kopi selepas bersalin, bagi mengeluarkan Darah kotor dari tubuhnya.

" Aku pergi beli kejap Anggerik, nanti aku datang. Sekejap." Jun melangkah keluar mencari kantin untuk membelikan Kopi untuk Anggerik, silap dirinya tadi, perkara itu telah dimaklumkan awal oleh Anggerik, Tapi dia yang sambil lewa.

Ditangannya telah tersedia Air bungkusan Kopi O, Jun Segera melangkah laju sebelaum tubuhnya dilanggar seseorang..

" Ouchhh.! Hei Jun terkaku bila tubuhnya dilanggar oleh seorang lelaki."

" Maaf, Saya tak sengaja sambil lelaki yang melanggarnya membukakan cermin mata yang menutupi matanya."

" Nasib baik air ini tak tumpah, Jun mengeluh kelegaan." Tak ada apa - apa yang cederakan, Saya pergi dulu.  Jun melangkahkan kaki untuk Segera bergegas keluar dari situasi itu, dalam hatinya masih memaki lelaki tadi dalam hati.
" Ada hati dalam bangunan pakai cermin mata gelap, apa dia ingat sini tak ada lampu. Jalan pun tak nampak"
Mulutnya masih mengomel- gomel sendiri tentang kejadian itu Dan sikapnya disedari oleh Anggerik..

" Engkau dah kenapa Jun asyik mengomel tak henti - henti, apa yang jadi?" Anggerik mengesyaki sesuatu telah terjadi yang membuatkan Jun bersikap demimkian.

" Nah air engkau, bagi aku rehat dulu, Jauh aku kena berjalan" Jun menarik nafas lelahnya.

Air Kopi O dihirup Anggerik, habis separuh air panas itu, barulah Anggerik   Terasa kelaparan di perutnya.
"Jun lama lagi ker Engkau nak ambil nafas ini, Anggerik lapar lah.."
Anggerik buat muka simpati.

" Ya Allah," Anggerik Maaf , Maaf, aku Lupakan engkau belum makan, nanti aku siapkan, aku dah Berikan untuk engkau Ikan Goreng Kerisi tadi, aku rasa ikan ini tak gatal, engkau boleh makan."

Tangan Jun ligat beraksi menyediakan makanan untuk Anggerik, sambil mata Anggerik memerhati Setiap langkahnya.

" Okay sekarang Anggerik, engkau boleh makan. Ikan dengan nasi putih Panas, Engkau nak aku suapkan ker..?"
Jun sengaja mengusik..

" Tak payah aku ada tangan, lagipun Kalau tangan engkau yang suap aku Jun alamatnya membulatlah tubuh aku nanti."
" Jun tadi engkau kenapa.? Apa yang Jadi..?"
Firasat Anggerik kuat mengatakan Tentu terjadi sesuatu pada Jun dalam perjalanan dirinya ke sini.

" Ada mamat langgar aku, nasib baik aku sempat elak, Kalau tak habis tumpah Air Kopi engkau tu."
Nada Suara Jun masih tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.

" Siapa mamat tu, engkau tak berkenalan dengan dia ?" Suapan makanan masih diteruskan Anggerik, dia baru tersedar selera makannya telah pulih. Dia sangat berselera Walaupun waktu itu dia makan nasi putih dengan Ikan goreng sahaja.
" Jun sedap lah lauk ini, pandai engkau beli." Suapan diteruskan.

" Engkau Biar Betul Anggerik, Ikan goreng ke lah." Jun pelik.

" Serius sedap,  apa nama mamat tu..?" Anggerik meneruskan perbualan.

" Entah ! Tak berminat aku nak tahu, Tapi pelik sikit mamat tu, pakai cermin mata dalam hospital ini. Apa kes..?"

" Engkau marah dia Sebab dia pakai cermin mata,?" Ketawa Anggerik Kedengaran tapi masih dalam kawalan dirinya.
" Sama peliklah macam engkau Jun pakai Sweeter tengah hari ini."

" Aku lain Anggerik, aku pakai Sweeter ini Sebab aku teman engkau bersalin malam tadi. Sejuk, logik lah Kalau aku pakai.. Dia..?"

" Mungkin dia orang berpengaruh?
Mana kita tahukan, Setiap orang ada alasan masing - masing.."

" Betul juga cakap engkau tu, aku tak perasan. Selamat engkau ingatkan aku Anggerik."

" Jadi engkau tak marah lagi Jun?"
Anggerik menguji rakannya.

" Tak jadi, ada engkau sejukkan hati aku Anggerik."

" Bagus! Jun aku nak tambah nasi lagi, Anggerik menrengek macam budak kecil."

" Engkau jangan nak mengada - ngada, engkau dalam pantang. Aku dah letak nasi mambung dalam pinggan engkau tadi, jangan tambah."

" Jun".

" Tak ada, tak ada.. Pantang..!"
Nasi Jun simpan menjauh dari Anggerik.

" Jun..!"..........

********
" Comelnya cicik kita ini abang, sama macam muka Mukhriz masa kecil dulu" Senyuman tuanya bersama pandangan kearah Anggerik Dan suaminya.

" Memang comel budak ini, tambah dengan mata dia ikut Anggerik." Suaminya pula memuji.

" Anggerik dah Berikan nama untuk budak ini abang..? Sayang Mukhriz tak ada dekat sini, kalau dia tak ikut degil dia, Tentu dia dengan Anggerik.."

" Sudahlah, Anggerik terima kita pun dah kira bersyukur, sekurang - kurangnya kita masih dapat jumpa Cicit kita" suaminya memujuk.

" Ada hikmah semua ini, apa yang jadi.."

" Datuk Opah maaf menganggu Anggerik nak susukan Bayi, Jun mematikan perbualan Kedua -duanya."

" Iye Jun, Mari Opah bawa kan Bayi ini untuk Anggerik,

" Iye Opah, Jun tiada bantahan".

Datuk melangkah keluar terlebih dahulu memberikan masa untuk Anggerik menyusukan Cicitnya.

Bayi diserahkan Opah pada pegangan erat tangan Anggerik Dan Anggerik, menyegerakan susuan bayinya, sambil diperhati oleh Opah Dan Jun yang turut membantu.

" Anggerik dah fikirkan nama untuk Bayi ini..?" Opah memulakan perbualan.

" Anggerik belum terfikir lagi, kalau Datuk dengan Opah ada cadangan Anggerik tak ada masalah."
Bayi comelnya diusap perlahan dengan lembut.

" Kita tunggu Datuk kamu, kalau dia ada cadangan, Opah memberikan cadangan".

Anggerik hanya mampu menganggukkan kepala, dia berserah pada takdir, apa nama yang akan diberikan kepada anak lelakinya nanti.

Selesai menyusukan , Anggerik meletakkan kembali bayinya kedalam katil. " Dirinya masih tidak puas menatap wajah comel bayinya"

Opahnya kembali memanggil Datuknya yang berada diluar. Sebaik sahaja masuk ke dalam Wad, Anggerik didekati oleh mereka berdua..

" Anggerik nak Datuk Berikan nama untuk Bayi ini, Anggerik ada apa - apa cadangan.

“ Adham”. Anggerik menyebut satu nama. “ Datuk ada cadangan lain.?”

“ Macam mana Kalau Bayi ini kita namakan Adham Mikhail, setuju Anggerik.”
Wajah Anggerik direnung untuk persetujuan.

“ Adham Mikhail, Anggerik setuju”. Bersama persetujuan dengan yang lain yang turut berada disitu..

********

“ Anggerik Tahniah, Ayah Tak sangka Ayah dah dapat cucu..?” Tangan Anggerik dibawa dalam pegangan tangannya Dan dikucup lembut.

“ Ayah dah tengok dia..?”

“ Sudah, mata dia sama dengan mata kamu Anggerik, Ayah tak lupa kenangan itu, bila pertama kali Ayah lihat kamu.”
“ Kamu hanya sekecil ini Anggerik, Tapi Lihat lah kamu sekarang, kamu sudah lahirkan zuriat untuk dua keluarga.”

Anggerik hanya menganggukkan kepala.” Dia tidak berminat untuk teruskan perbualan.

“ Abang , dari tadi Saya tak nampak pun Mukhriz, Mana dia Anggerik..? Takkan dia tak jenguk kamu..?” Matanya dilayangkan melihat sekeliling untuk melihat sekiranya Mukhriz telah muncul disitu.

“ Mukhriz ke luar negara Sebab ada urusan penting dekat sana.” Anggerik terpaksa mencipta alasan, sekira bapanya tahu, habis hidup Anggerik, kerana itu hal itu dirahsiakan dari keluarga.”

“ Alasan lagi..? Ibu tirinya seakan tidak berpuas hati dengan cerita Anggerik, dia dapat rasakan sesuatu.”

“ Hari ini hari engkau bersalin Anggerik, sepatutnya Mukhriz ada disisi, bukan bisnes sampai luar negra.” Suaranya dinaikkan senoktah.

“ Anggerik tak kisah pasal semua itu, lagipun Mukhriz pergi cari rezeki. Asal Anggerik dengan bayi selamat, Itu pun dah bersyukur Anggerik rasa dalam diri Anggerik.”

“ Cepat sangat berpuas hati, marah Ibu tirinya Puan Dianara.”

“ Hmmmm, Anggerik sudah bincangkan dengan Mukhriz cadangan Ayah untuk besarkan syarikat kita ..?”
Ayahnya mula membincangkan tentang bisnes, kerana itulah Anggerik tak mahu masuk campur hal keluarga baru bapanya. Semuanya dipenuhi muslihat.

“ Belum, Anggerik tak tahu nak bincangkan macam mana. Lebih baik Ayah dengan Mukhriz bersembang dua mata. Cadangan Anggerik kepada bapanya.

“ Itu lah, Ayah rasa gabungan itu Takkan ada masalah, Tapi Ayah ingatkan kamu, Tolong pujuk Mukhriz untuk ayah.”
Matanya kembali melihat kearah Adham..

“ Kamu dah ada Adham dengan dia, Ayah rasa ini masa yang tepat untuk kamu buat semua ini.

“ Anggerik cuba Ayah Tapi Anggerik tak Janji..!”

“ Benda senang macam itu pun engkau tak boleh buat Anggerik, Tolong Ayah engkau ini..?” Nada geram Diana diluahkan dalam bicaranya.

“ Diana, Sabar... Biar saya habis cakap dulu dengan Anggerik..” Ayahnya memberikan mata isyarat kepada Ibu tirinya yang dapat dibaca oleh Anggerik.

“ Tamak,” Ucapan Anggerik dalam hati untuk Ibu tirinya.
Dia masih bertenang dengan yang berlaku dihadapannya.

********
( 3 Tahun Telah berlalu..)”

“ Adham, jangan nakal - nakal, nanti mommy Belikan Sayang Susu Coklat, macam mana..?”

“ Yeaaaaaay,” sorakan anak kecil Bila dia akan mendapat habuan dari pengorbanannya ditinggalkan Separuh hari.

“ Mommmy, Tapi Adham........ tangannya disimpul- simpulkan ingin meminta sesuatu.

“ Mommy tahu apa Anak Mommy nak minta, Tapi, Tidak, Itu jawapan Mommy. Adham kena duduk dengan Mek Ani, sampai Mommy balik, Faham..!”

Anak kecil dihadapannya hanya menganggukkan kepala tanda Faham. Wajah masih mencebik.

“Kesini Mikha peluk Ibu,” Jun kasihan melihat anak kecil itu, Tapi kerana kehidupan dia Dan Anggerik, mereka terpaksa tinggalkan Adham Mikhail pada pengasuh.

Tubuh kecil telah berada dalam pelukan Jun, pipi dicium lembut penuh kasih sayang, “ Ibu Janji bila Mommy dengan Ibu selasai kerja kami Cepat - Cepat ambil Mikha dekat rumah Mek Ani, boleh Hensem.”

Adham masih menganggukkan wajahnya, Tapi tiada kecerian anak kecil Di wajahnya seperti hari - hari biasa.

“ Kenapa anak Ibu Monyok lagi..?”
Ibu dengan Mommy salah cakap ker..?”
Jun menjarakkan pelukan, melihat ke wajah Mikha.

“ Mikha bukan hensem Ibu, Mikha comel, Mikha kan kecil lagi.”

“Ohobohoho, silap - silap Ibu Mikha, Iye Mikha anak Ibu comel, Si comel Ibu Jom Ibu hantar kan dekat Mek Ani.”

Anggerik hanya mampu ketawa dengan telatah Adham dengan Jun pagi ini. Ternyata Adham sudah dapat membezakan perkataan, “ Bagus anak Mommy,” pujian Anggerik dalam hati.

Sebelum berpisah dengan anaknya yang akan dibawa hari ini oleh Jun ke rumah pengasuh, Anggerik memberikan ciuman kepadanya.

“ Muahhhhh, Muahhhh Mommy Sayang Adham sepenuhnya hati Mommy. Jaga diri Adham jangan susah kan Mek Ani.”

Pesanan Anggerik sebelum tubuh Adham dibawa oleh Jun. Pemergian Adham ditemani dengan lirikan mata Anggerik, Sehingga tubuh keduanya menghilang.

Masa ditangannya dilihat, lagi setengah jam sebelum perjumpaan dirinya dengan pengedar dari Perancis.
“ Harap - harap aku tak gugup dengan perbincangan itu nanti.” Anggerik menenangkan dirinya sendiri.

Setelah bersiap serba ringkas, Anggerik sekali lagi menilik tubuhnya Di hadapan cermin. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, kunci kereta diambil Dan mengunci pintu Dan dia menghidupkan enjin keretanya.

“ Harap - harap segalanya berjalan dengan lancar, Anggerik mendoakan Tentang kejayaan dirinya hari ini. Dengan adanya Datuk Disisi Anggerik, dia akan pastikan perbincangan ini berjaya.”

**********
“ Tuan.......

“ Tuan.......

“ Tuan.......

“Tuan ada Mesyuarat dengan pembekal bahan binaan dari Itali jam 9:30 pagi.”

“ Syarikat kita akan menerima pembida dari hartanah Corporation Gold, dimana 100 Pembida telah dipilih untuk Bidaan harga Jam 11.00 pagi.

“ Tuan hari ini syarikat kita ada Mesyuarat bersama Syarikat Florist Fresh dari Perancis, jam 12.00 tengahari ”

“ Tuan ada Mesyuarat........jam 02.00 petang.

“ Tuan Ada Perjumpaaan pemegang....... jam 03.30 petang.

“ Tuan ada temujanji dengan Cik Sherry jam 8:00 Malam Di Restoran Herb Classic.

Akhirnya semua jadual Aktiviti sepanjang hari Mukhriz berjaya disampaikan oleh Setiausahanya, sambil menunggu Arahan selanjutnya dari Mukhriz.

Mukhriz dilihat Indah sedang sibuk menandatangani sesuatu. Dia masih menunggu.

“ Indah ulang balik Mesyuarat yang ke 6, Saya nak dengar sekali lagi..?” Matanya tidak terarah kepada Setiusaha, telinganya sahaja yang mendengar sambil tangannya menandatangani fail dihadapannya.

“ Tuan hari ini syarikat kita ada Mesyuarat bersama Syarikat Florist Fresh dari Perancis, jam 12.00 tengahari.” Sekali lagi bacaan sebentar tadi diulang sekali lagi.

Mukhriz menghentikan tangannya dari menulis sesuatu, dahinya berkerut seribu, Indah dihadapannya dipandang tanpa berkelip.

“ Syarikat bunga? Bila masa kita ada pelaburan atau hubungan dengan syarikat bunga ?”

“ Tuan tak tahu ker yang Datuk Mumtaz ada buat pelaburan pada syarikat Bunga Lily Florist.”
Setiausahanya memaklumkan.

“ Bila ..? Mukhriz terkejut dengan berita itu.

“ Tak silap saya dalam 3 atau 4 tahun lepas. Ini Tuan,” Indah menunjukkan Vas yang telah terisi dengan bunga segar di atas meja, meja tetamu dan Almari fail biliknya.

“ Patutlah, Awak boleh keluar Indah, nanti Awak sediakan Dan bawakan semua Fail untuk saya bawa ke Mesyuarat nanti.”

“ Baik Tuan saya undur diri dulu.” Setiausahanya keluar dari pejabat Mukhriz.

“ Datuk buat pelaburan pada Kedai bunga. Apa keuntungan pada syarikat..? Pelik.”

******
Anggerik telah tiba Di Syarikat Datuk, Mumtaz Corporation, syarikat gergasi yang disegani Di negaranya. Datuk merupakan Pengerusi Di syarikat itu.

“ Cik ada buat temujanji dengan Tuan Mumtaz..?” Penyambut tetamu bertanyakan soalan.

“ Ada saya ada buat temujanji Semalam atas nama LILY Florist, Anggerik menerangkan tujuannya ke situ.”

“ Saya semak sebentar Cik, tunggu sebentar saya buat semakan.”

Anggerik hanya anggukan wajah sambil menunggu.

Setelah semakan, gadis itu Tersenyum memandang kearah Anggerik.
“ Cik boleh masuk Dan jalan ke sebelah kiri, disana akan ada pengawal untuk temani Cik ke bilik Tuan Mumtaz.”
Penerangan lanjut dari Pekerja kaunter syarikat Datuk..

“ Okay, terima kasih.”
Anggerik berjalan menyusuri laluan yang diterangkan sebentar tadi oleh pekerja tadi. Setibanya di Lift terdapat pengawal yang telah berada disitu.

“ Tingkat berapa Cik..?” Pengawal itu bertanyakan kepada Anggerik.

“ Pejabat Datuk Mumtaz,” Anggerik menerangkan.

Tingkat 40 ditekan oleh Pengawal yang berpewatakan bengis Dan tegas. Sesuai dengan pekerjaannya menjaga keselamatan pekerja Dan harta benda syarikat. Itu tilikan Anggerik dalam hati.

Ting..!

Setibanya ditingkat yang ditujui, pintu Lift terbuka.

Terdapat seorang lelaki dihadapan Lift.

“Tuan”, panggilan dari Pengawal

Anggerik masih tercegat di dalam dan pandangan mata mereka bertaut seketika sebelum Anggerik Keluar Dan berselisih bahu dengan lelaki itu.

Segalanya pantas, Pengawal tidak dapat memanggil Anggerik memaklumkan bahawa Tingkat yang dia keluar bukan Tingkat 40, yang ingin ditujui. Sebaliknya tingkat 39.

Pandangan mata lelaki itu masih merenung ke dalam Lift Dan pandangan matanya terarah kepada Pengawal yang berada dalam Lift, kelihatan Pengawal itu, seakan resah.

“ Kenapa En. Hamid kenapa saya tengok resah semacam..?”

“ Cik yang tadi tu sepatutnya pergi ke Tingkat Tuan Mumtaz, Tapi dia keluar ke Tingkat Tuan Mukhriz. Habis lah saya macam ini Tuan.”

“ Kenapa tadi tak panggil dia, Firhad memandang ke arah Pengawal..?” Dia kembali mengingati wajah perempuan Cantik yang baru keluar dari Lift, perempuan itu macam dia pernah nampak. Mata Hazel, Dia cuba mengingati. “ Macam versi Anggerik, Tapi penampilan perempuan tadi lain, lebih Anggun dalam pakaian pejabat.

“ Saya takut Tuan tunggu lama..?” Dia Sebenarnya serba salah untuk membuatkan tuannya menunggu.

“ Pak Hamid ini, Pak Hamid cuba hubungi Pengawal yang lain, suruh diorang carikan gadis itu semula. Saya takut dia terlepas dalam pejabat Mukhriz. Susah nanti Encik Hamid.”

“ Iyelah Tuan.” ..Ting.
“ Tuan Tingkat Tuan dah tiba..

“ Saya keluar dulu En. hamid, Selamat Berjaya, bahu Pengawal tadi ditepuk memberikan semangat kepada lelaki itu Segera Selesai kan masalah tadi..

“ Siapa dia..? Hati Firhad masih berteka - teki, Mungkin dia Anggerik.”

Tapi....
Kalau dia jumpa dengan Mukhriz, takdir mereka..
Senyuman terukir Di wajah Firhad..
Memikirkan apa yang akan berlaku bila keduanya berjumpa kembali..

“ Takdir..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience