11

Romance Completed 306520

***** Dia segalanya*****

" Anggerik "
Suara Mukhriz memecahkan suasana sunyi dalam Bilik.

Anggerik yang terlena tersedar dari tidur. Bunyi kuat suara Mukhriz benar - benar buatkan lenanya terganggu. Dia masih diatas katil, masih terbaring dengan wajah tidurnya.

Terpisat - Pisat mata Anggerik Dalam keadaan Separuh sedar.

" Mukhriz".

" Awak buat apa dalam bilik saya ini?" Kaki Anggerik melangkah turun dari katil. Baru dia tersedar, penutup dikepalanya telah tertinggal sebentar tadi.

Dia sendiri yang tanggalkan tudung dikepalanya sebelum tidur tadi.
" Shit, Anggerik menyumpah. Entah macam mana keadaan rambut aku agaknya.

Pedulilah Anggerik, Mukhriz yang dekat depan engkau tu, apa dia buat masuk bilik engkau Tanpa Sebab."

" Awak buat apa, ?"
tangan Anggerik sibuk melilitkan kembali tudung yang baru disarung dikepalanya."

Mukhriz memang marahkan Anggerik tadi, Tapi bila dilihat Anggerik sebenarnya tengah tidur,marahnya Cool sendiri.

Tak sangka dimatanya Anggerik, Isteri yang ditinggalkan selama ini, Cantik Asli. Bertudung pun Cantik, Tanpa tudung pun bertambah- tambah cantik. Bangga diri Mukhriz sebentar.

Melihat perlakuan Anggerik ulang Kalut Dan Cemas, Mukhriz Ketawa dalam hati. Tapi Anggerik tak lepas dari jelaskan segalanya tentang sesuatu yang berada ditangannya.

" Explain Sebab benda ini, Anggerik", Flassssh,!
sebuah jambangan bunga telah dibaling kasar oleh Mukhriz Di atas katil. Mukhriz tahu Anggerik akan tersedar jambangan bunga itu milik Siapa.

Paling penting Siapa pengubah jambangan itu..???

Jambangan bunga itu Anggerik pegang Dan dibawa dalam pelukannya. Anggerik kenal Siapa pengubah jambangan bunga itu, hasil kreatif tangan dia.
Tapi tak sangka juga Anggerik, Setelah seminggu baru Jambangan itu kembali ke sarang.

" Kenapa dengan jambangan bunga ini? Cantik ?" Sengaja Anggerik memuji dan bermain helah, melihat reaksi Mukhriz dihadapannya.

" Itu jambangan bunga yang engkau gubah untuk aku Anggerik. Aku rasa engkau tak lupa gubahan itu..Apa Maksud disebalik bunga - bunga tu. terangkan pada aku semua? Semua !aku  tak main - main."

Wajah kemarahan Mukhriz kembali bila dilihat Anggerik seakan ada agenda tersembunyi dalam fikirannya.  Dia ingin tahu apa yang dirancang Anggerik.
Pantang seumur hidupnya dia dipermainkan sampai macam ini.

********

Telefon Mukhriz berbunyi tidak berhenti.  Mukhriz sedang sibuk melayan Adham bermain. Kedatangan Adham disitu memang dinantikan hari ini. Dia sangat rindukan Adham, anaknya.

Adham disahkan sihat oleh Pihak Hospital Dan dibenarkan pulang. Anggerik membawa Adham terus ke rumah Jun, Tanpa meminta kebenaran daripadanya. Dia hanya biarkan perkara itu berlalu hampir seminggu, Dan biarkan perasaannya rindukan Adham dibiarkan.
Dia memberi peluang kepada Anggerik Dan Jun dengan peluang extra hari untuk peluang  mereka  bersama.

Selepas dari tempoh itu dia membuat perhitungan dengan Anggerik Dan kini Adham, Dan isterinya telah berada di hadapan matanya.

" Daddy, telefon Daddy berbunyi? Tangan kecil Adham menunjukkan kearah sebuah telefon  diatas meja. Telefon masih tidak berhenti  mengeluarkan Ringtone panggilan.
Bunyi panggilan yang menganggu konsentrasi fikiran Adham Dan Mukhriz.

" Daddy angkat dulu telefon itu,  Adham teruskan permainan, nanti Daddy datang. "
Panggilan ganti nama yang telah ditukarkan oleh Mukhriz untuk Adham memanggil namanya. Dari Pak Cik ker Daddy.

Langkah kaki Mukhriz dilajukan melangkah ker arah telefon diletakkan.

Panggilan jawab ditekan ketepi. " Hello!nama pemanggil panggilan tidak dilihat Mukhriz, matanya hanya diberi perhatian pada Adham. Satu sifat Mukhriz, dia tak suka simpan nombor telefon Di telefon bimbitnya. Hanya nombor Tanpa nama.

" Mukhriz, Sherry jumpa dekat luar. I ada Dekat sini.?"

" Sherry"..?.
Langkah Mukhriz menghala ke tingkap untuk lihat susuk tubuh pelakon itu. Memang gadis itu telah tercegat di hadapan pintu pagar rumahnya.

Tapi Mukhriz pelik, " Kenapa Sherry tak terus masuk, bukan kali pertama gadis itu datang kerumahnya. Dah banyak kali Sherry dibawa kesitu. Tak sempat Mukhriz membalas..

" Cepat Mukhriz, I kejar masa!" Dari Nada Suara Sherry Mukhriz dapat rasakan kemarahan gadis itu.

" Okay, I datang sekarang!" Langkahnya menghala pintu sambil mata Mukhriz memberikan isyarat untuk pembantu meneruskan tugasnya menjaga Adham. Kerana ketika itu dia ada tetamu.Sherry.

" Sherry, kenapa mengejut jer datang rumah Keluarga I ini?"
Pintu pagar dibukakan oleh Mukhriz untuk membenarkan Sherry masuk ke dalam rumahnya. Tujuan Mukhriz untuk memperkenalkan Adham pada Sherry.

" Mengejut ? I lagi terkejut dengan U, Mukhriz. Explain This.? Satu jambangan bunga dilemparkan kearah Mukhriz. Tak sangka U tergamak buat semua ini pada I,  U hantar bunga ini untuk apa, tak boleh cakap sendiri. 7 hari I cuba Call U, jelaskan semua ini. Tapi mana Mukhriz, U hilang..?"

Jambangan bunga itu diambil. Wajah Anggerik kembali dalam fikirannya. Mata Hazel Anggerik bagaikan sesuatu Hari itu, Tapi Mukhriz tak pasti kenapa. Dia ingatkan mata Hazel itu beraksi disebabkan kekusutan Dan aura Anggerik yang mempengaruhi dia Tapi Bukan. Semua memang kerja Anggerik.

" Sherry dengar dulu apa I nak terangkan, I akan jelaskan segalanya pasal bunga ini, semua yang jadi. Bagi Mukhriz masa."

" I akan bagi masa pada U Mukhriz Tapi pastikan penjelasan itu Jelas dengan apa yang jadi sekarang ini. Takkan U tak tahu Maksud disebalik jambangan ini. Arghhhhhh, Sherry melepaskan geram. I balik dulu, kali Ini Mukhriz I bagi peluang.

Sherry meninggalkan Mukhriz Di situ, gadis itu melangkah ke kereta Dan dipandu laju oleh pemandu peribadinya.

" Anggerik ? Better engkau jelaskan pada aku sekarang ini !
Langkah Mukhriz laju mendapatkan Anggerik yang dia tahu telah berada di Tingkat atas umahnya.

*******

" Engkau sengaja nak permainkan aku dengan Sherry. Apa Maksud jambangan bunga yang engkau gubah ini, terangkan dekat aku?" Mukhriz telah menyinga melihat Anggerik masih membelek- belek, gubahannya ditangan.

" Mati, putus Dan kelahiran semula, sepatutnya Sherry tu berterima kasih dengan saya Mukhriz, Sebab saya buatkan jambangan bunga ini khas untuk dia. Cantik Dan kreatif."
Tenang Anggerik menyatakan maksud dalam jambangan bunga itu. Mata Hazelnya bertentang mata dengan Mukhriz.

" Mati, Dan Putus" Patutlah Sherry mengamuk habis pada dia. Itu Maksud jambangan yang Anggerik hantar. Mukhriz mengetap bibirnya geram dengan tindakan Anggerik, Tapi dia tahan.

Masih mengingati Janji dirinya dengan Datuk. Dengan Anggerik tahap kesabarannya perlu ditingkatkan kepada Super Sayya, itupun Kalau dia watak dalam kartun itu.

" Apa Maksud engkau Anggerik dengan semua ini? Engkau cemburu dengan Sherry Sebab aku dengan dia? Sebab engkau tahu aku Suami engkaukan waktu kita jumpa ."
Mukhriz cuba meneka perasaan Anggerik padanya.

" Cemburu? Anggerik Senyum sinis pada Mukhriz. Saya selamatkan hidup dia Mukhriz dari hidup dengan awak. Jangan jadi macam saya, terperangkap dengan awak Dekat sini!"
Lantang Anggerik menyatakan maksud Sebenarnya kenapa bunga itu digubah Dan direka Khas untuk teman wanita suaminya.

Tangan Mukhriz digengam erat menahan kemarahan. " Engkau nak apa Sebenarnya Anggerik" Dia cuba untuk kawal kemarahan dirinya untuk kali kedua sebelum apa - apa terjadi.

" Awak faham maksud saya Mukhriz, Saya nak kehidupan saya dulu. Kehidupan yang ada cuma saya dengan Adham." Tetap kekal mata Hazel milik Anggerik melawan renungan mata Mukhriz yang tajam pandang kearahnya. “Sinis.”

" Jangan Harap",
sebelum Mukhriz melangkah keluar dari bilik itu. Dia tidak dapat kawal lagi kemarahannya. Jika dia menunggu lebih lama Bertegang urat dalam bilik itu dengan Anggerik , dia takut sekali lagi dia akan menyakiti Anggerik.

" Huhhhhhhhhh,
Anggerik Lepaskan keluhan beratnya dalam hati. Baru hari pertama Di situ dia telah bertikam lidah dengan Mukhriz. Macam manalah hari - hatinya akan datang, hidup dengan musuhnya lelaki yang dibenci sepanjang hidupnya.

" Bolehkah engkau sabar Anggerik?" Dia cuba memujuk dirinya.

Tudung dibukakan semula, pening dikepalanya telah menghilang. Anggerik ingin membersihkan tubuhnya sebelum turun bagi mendapatkan Adham Di bawah. Dia melangkah kearah Almari Dan dibuka. Telah tersusun semua  baju - baju Anggerik dalam Almari itu, mungkin tugas itu diselesaikan pembantu sebentar tadi . Anggerik mengucapkan Syukri dalam hati atas bantuan pembantu meringankan kerjanya.

Satu Almari lagi dibuka untuk melihat apa yang Terdapat didalamnya. Terbeliak mata Anggerik, " Kenapa dalam Almari itu semua pakaian lelaki,?" Cukup semua pakaian lelaki tersusun. Cantik Dan kemas dilipatkan.
Anggerik tidak puas hati, dia Segera keluar bilik untuk bertanya.

Kebetulan seorang pembantu sedang lalu disitu dan Di panggil oleh Anggerik.

" Maaf, pembantu Saya nak tanya kan sesuatu..?" Anggerik tidak lupa memberikan senyuman sedekahnya. Tapi dia teragak - agak untuk bertanya.

" Kenapa Puan, apa yang Puan nak tanya?" Berkerut kening pembantu menunggu soalan dari Anggerik.

" Saya nak tanya pasal bilik ini," arah tangannya menunjukkan kearah bilik yang dimaksudkan.

" Iye kenapa dengan bilik itu Puan Anggerik?" Wajah Anggerik yang keliru dipandang tanpa berkelip.

" Siapa pemilik bilik ini sebelum ini, Dan baju - baju lelaki dalam Almari itu ?" Anggerik Ingin mengetahui siapa pemilik bilik yang sedang diduduki sekarang.

" Itu bilik Tuan Mukhriz, Dan baju - baju yang Puan Maksudkan semuanya milik Tuan Mukhriz." Pembantu wanita Di hadapannya menerangkan jawapan bagi soalan Anggerik.

" Maksud awak sebelum ini,Mukhriz yang duduk bilik ini sebelum saya pindah sini. Anggerik angguk faham tentang perkara itu.
" Tapi kenapa baju - baju Mukhriz dia tak pindah kan dalam bilik dia ? Sekarang ini kan saya yang duduk bilik ini ?" Anggerik memberikan soalan balas pada pembantu, persoalan yang merunsingkan otaknya.

" Tuan Mukhriz tak pindah kemana - Mana Puan, itu bilik Tuan Mukhriz?" Pembantu menerangkan Maksud kekeliruan Yang dibayangkan Puan dihadapannya.

" Maksud awak saya dengan Mukhriz satu bilik?" Terkejut Anggerik dengan kenyataan dari anggukan ya dari pembantu.?"

Anggerik terpampam dengan perkara itu, "Mukhriz," Anggerik menahan geram dengan Mukhriz. Apa sebenarnya yang dirancang lelaki itu. Mukhriz kena jelaskan.

Kakinya Anggerik melangkah laju menuruni tangga tujuan dirinya satu untuk bertanyakan hal itu kepada Mukhriz. Penerangan Mukhriz.

" Anggerik tergesa- gesa ini nak kemana?" Opah menahan Langkah dengan tangannya, Anggerik dilihat  bagaikan mencari sesuatu.

" Opah Ada nampak Mukhriz dengan Adham,"
KAnggerik ada hal nak bincang dengan mereka berdua. Anggerik memberikan senyuman kepada ubah, untuk tidak merisaukan wajah wanita itu.

Adham tidur dalam bilik opah, agaknya penat sangat tadi. Kalau Mukhriz mungkin dia diluar dekat taman, Opah menunjukkan tempat taman ditepi rumahnya.

" Kenapa Anggerik, ada yang tak kena ker? Dia takut jika ada yang Anggerik tak puas hati dirumahnya. Dia akan cuba selesaikan, kesudian Anggerik tinggal bersama pun dah seribu rahmat.

" Anggerik bincang dengan Mukhriz dulu Nanti Anggerik cari Opah, kita bincang.!" Anggerik memberikan kepastian kepada wanita itu.

" Apa - apa jadi Bawa berbincang Anggerik, "dia tak lupa titipkan pesanan. Tapi hatinya tidak sedap dengan pandangan wajah Anggerik.

Anggerik menganggukkan kepalanya sebelum berlalu dari Opah menuju kearah Mukhriz.

Mukhriz dilihat Anggerik sedang leka dengan keindahan taman disekelilingnya. " Entah apa Mukhriz cari Ilham dekat situ", tempelak Anggerik dalam hati.

"Mukhriz," Anggerik melangkah mendapatkan suaminya.

" Apa lagi? Tubuh Mukhriz berpaling mendapatkan Anggerik. Mereka berdua berhadapan.

" Mana bilik Awak Mukhriz?" Anggerik ingin melihat helah Mukhriz mempermainkan dirinya.

" Apa masalah lagi Anggerik, terangkan dekat aku? Bilik apa engkau maksudkan ini ?" Mukhriz cuba memahami Maksud Anggerik.

" Explain dekat saya kenapa baju - baju Awak ada sekali dalam bilik itu?Kenapa Awak tak Bawa sekali dalam bilik Awak ? Kenapa awak masih simpan dalam bilik itu?" Apa Awak nak buat Sebenarnya.

" Engkau dah salah Faham Anggerik Sebenarnya pasal hal itu?" Mukhriz tersenyum dengan wajah cuak Anggerik.

Anggerik menarik nafas lega Bila Mukhriz menyatakan salah faham pada apa yang belaku pada bilik itu. " Baguslah, salah faham. Saya  ingatkan Awak dah tak ingat lagi syarat saya Mukhriz." Pernafasan Di nafas Anggerik kembali normal.

" Bilik itu bilik kita berdua!" Terang Dan tenang Mukhriz maksudnya dalam nada suaranya.

" Awak dah gila, bukan saya dah nyatakan dalam syarat tu, Saya nak bilik asing. Saya Takkan tinggal satu bilik dengan awak Mukhriz, Kalau Awak tak sediakan bilik asing untuk saya, Saya minta pertolongan Opah, tak pun saya keluar dari rumah ini dengan Adham." Anggerik memberikan amaran. Dia marah kerana Mukhriz tidak menepati Janji.

" Aku janji sediakan bilik asing untuk Adham, bukan untuk engkau dengan aku. Terpulang Engkau nak minta Tolong Siapa pun dalam rumah ini.

Tapi ingat, siapa yang paling berkuasa Di sini Anggerik.  Engkau ingat senang - senang aku nak benarkan. Opah dengan Datuk Takkan masuk campur pasal perkahwinan kita. Aku yang akan Tentu kan sendiri,Nasib kita.

" Pasal Engkau nak keluar dari rumah ini. " Silakan aku Takkan halang, Tapi jangan sesekali engkau ambil Adham. Aku akan lawan untuk Adham sepenuhnya, Dan waktu itu engkau akan menyesal."
Dah lama aku tak panggil engkau dengan panggilan itu Anggerik, Tapi mulai hari ini, engkau kena terima hakikat hidup engkau dengan aku
" Isteri".

*****
" Jun, Arghhhnnhhhhh, bencinya Jun dengan Mukhriz. Benci . Benci . Benci. Anggerik meluahkan segala hatinya dengan panggilan kepada Jun.

" Oi , Oi engkau dah kenapa?, sebelum engkau citer, Mikha aku mana, aku rindu anak aku tu? Dia mana, aku nak cakap dengan dia.?" Jun merengek ingin bercakap dengan Mikha, baru berapa jam berpisah dia telah merasakan rindu pada anaknya.

" Mikha dah tidur tadi, aku pun tak sempat nak main dengan dia. Dia seharian dengan Mukhriz. Sebab itu aku masuk bilik, aku malas nak pandang muka aku Benci itu.

" ish engkau ini tak baiklah benci muka Suami engkau tu. Entah - Entah dia nak tebus kesalahan dia. Berdosa besar engkau tau. Tak bau Syurga. Mukhriz dah Insaf Anggerik, cuba terima dia." Jun nasihat kepada Anggerik.

" Engkau dah kenapa Jun nak sebelah Mukhriz plak kali ini. Tak ingat apa yang dia dah buat dulu dekat aku.?" Kenangan lama Anggerik ungkit.

" Iye aku ingat, tak salah bagi dia peluangkan." Jun positifkan fikiran untuk Anggerik terima Mukhriz secara perlahan.

" Dia mungkir Janji dia dekat aku Jun, dia tak asing kan bilik kami. Engkau tahukan aku trauma dengan dia. Macam mana lah aku nak hidup dengan dia. Dia tak pernah nak faham I aku!tolong aku Jun, aku kena buat apa?" Aku nak pandang Dia pun aku dah benci seluruh hidup aku Benci dia.

" Apa Engkau nak kena buat erk. Engau tutuplah lampu Anggerik waktu tidur, Confirm tak nampak muka dia engkau Benci tu.", Jun dengan Idea gila.

" Tutup lampu?" Jun engkau dah gila, Lepas itu apa yang Jadi. Itu aku nak tempah Bala.?" Engkau ini betul - Betullah bagi nasihat dekat aku." Tolong lah Jun.

" Aku nak Tolong apa Anggerik, aku dengan Malik pun tak kahwin- kahwin lagi. manalah aku tahu nak handle semua itu. Susah lah engkau ini, kalau dah gabra tu Fikir macam- macam. Tenangkan Fikiran itu Anggerik. Istighfar, entah- Entah Mukhriz tu dah Insaf. Kalau bukan untuk kebahagian engkau Anggerik fikirkan untuk Adham. Kebahagian Adham engkau berkorban untuk ini.

" Betul juga tu Jun, aku kena cuba untuk Adham, kebahagian Adham yang aku pentingkan sekarang ini.  Aku tak nak Adham senasib dengan aku dulu.
Rasa kekurangan.

" Bagus Anggerik Kalau engkau fikir macam itu. Aku kena pergi dulu Anggerik. Kalau engkau rasa sukar ingatkan Adham.

******
Kesemua bilik yang berada ditingkat atas telah dibuka oleh Anggerik, semua bilik disitu berkunci Dan bilik yang berjaya dibuka tiada satu pun yang disediakan untuk tetamu. Hanya kepada bilik untuk aktiviti, gym,  perpustakaan kecil Dan Stor barangan.

" Takkan ada 2 jer bilik yang ada katil dekat Tingkat atas ini," Anggerik pelik memikirkan hal bilik dirumah itu.

Bilik Adham telah dihiaskan dengan perabut Dan Mainan yang sesuai dengan usia Adham.  Ruangan menjadi sangat kecil Tapi Cukup untuk tubuhnya berbaring. " Aku tidur dalam bilik Adham jer lah Kalau macam ini, Anggerik memberikan jawapan kepada soalanya.

Malam telah menjelma. Selesai urusan makan malam, Anggerik membantu Opah Di dapur meyediakan juadah makanan, sebelum Opah akan dihantar Mukhriz, menunggu Datuknya Di hospital.

" Opah nak pergi sekarang ker?" Anggerik bertanya sekadar membuang masa disitu, sebenarnya dia telah cuak, malam itu dia hanya tinggal berdua dengan Mukhriz Tanpa orang dewasa yang lain.

" Kamu Ini Anggerik, Opah nak pergilah ini, kamu jangan risau nanti Mukhriz balik sini teman kamu." Opahnya mengusik, Dan Anggerik telah tersengih. Tapi perkataan Tentang Mukhriz itu Anggerik tolak ketepi.

" Jom Opah kita pergi sekarang, Kita dah lambat ini." Sempat lagi mata Hazel Anggerik jelling kearah Mukhriz, itu dapat dilihat Mukhriz bila perbualan Anggerik Dan Opahnya dipotong.

Reaksi Anggerik yang satu ini mengelikan hati Mukhriz. " Tunggu aku balik Anggerik , tahulah nasib engkau nanti." ucapan Mukhriz dalam hati, Bila Anggerik tetap menyombong dengan dirinya.

" Adham turut ikut Mukhriz untuk melawat Datuk Di Hospital, hanya tinggal Anggerik sahaja dirumah, dia tidak mahu ikut disebabkan tidak mahu melihat wajah Mukhriz.  Dia mahu sejauh- jauhnya dari Mukhriz.

Tunggu aku balik Anggerik, aku tak Bawa kunci. Pesanan terakhir Mukhriz kepada Anggerik.  Sebelum langkah kakinya Dan Opah Serta Adham meninggalkan  Anggerik keseorangan dirumah.

Anggerik kebosanan seorang diri dirumah. Dia mula membelek- belek dalam Almari mencari sesuatu membuang kebosanan. Satu persatu Dia cuba kerjakan, masih tidak berhasil untuk buang kebosanan dalam dirinya.
" Masih bosan aku Dekat sini, Anggerik mengeluh".

3 jam selepas itu bunyi hon diluar rumah..
Pon ..! Pon.!Pon.

Pintu dibukakan Anggerik, kelihatan Adham telah tertidur dalam dukungan Mukhriz.

" Tutup pintu Anggerik, aku nak hantar Adham dalam bilik dia. Langkah Mukhriz dipanjangkan kebilik. Anggerik menuruti Di belakang Mukhriz Sehingga tubuh Adham dibaringkan di atas katil.  Setelah ciuman diberikan Mukhriz Di pipi Adham barulah Mukhriz keluar dari bilik. Anggerik masih kekal dalam bilik Adham, dia Nekad untuk tidur disitu malam ini.

Setengah Jam berlalu, mata Anggerik telah kuyu Dan memberat.

Plak! Pintu dibuka, muncul Mukhriz.
" Jom masuk bilik Anggerik ?" Suara garau Mukhriz berjaya menyegarkan kembali mata Anggerik.

" Saya tidur Dekat sini ? Anggerik menunjukkan wajah degilnya pada Mukhriz, dia Takkan ikut arahan.

" Terpulang, Tapi Kalau aku seret tubuh engkau Dekat sini, engkau menjerit jangan salahkan aku. Aku cakap sekali lagi Isteri, Mari ikut aku dalam bilik kita? Macam mana? Last Anggerik,...engkau nak datang secara rela atau paksa, Terpulang.?" Mari.Anggerik.
Mukhriz memberikan peluang terakhir untuk Anggerik pilih.

" Jangan kacau saya Mukhriz, Saya nak tidur sini. Anggerik hempaskan tangannya tak berpuas hati dengan bisikan suara untuk tidak mengejutkan lena Adham."

" Pilihan engkau Anggerik? Langkah Mukhriz telah kedalam bilik, Dan tubuh Anggerik telah dicepung dibahu olehnya." Dia memaksa.

" Saya ikut, Lepaskan saya?" Anggerik tak sangka Mukhriz seserius itu dengan tindakan. Tiada peluang untuk pilihan kali Kedua. " Saya ikut Awak Mukhriz, Anggerik cemas Dan trauma dengan apa yang Jadi, dia dapat rasakan darahnya tadi terhenti mengalir, Bila Mukhriz sentuh tubuhnya tadi."
Anggerik rasa mengigil dan rasa nak pitam.

Mukhriz hanya diamkan diri, hanya memberikan ruang jalan untuk Anggerik keluar dari bilik Adham.

Plak..!
pintu bilik Adham ditutup , selepas lampu besar ditutup oleh Mukhriz, hanya lampu tidur dibuka bagi menemani Adham malam itu.

" Mereka berdua menuju kebilik Mereka, dimulai dengan langkah Anggerik Dan belakang dirinya diikuti oleh Mukhriz.

" Anggerik, Engkau nak pergi mana?" Mukhriz mengelengkan kepalanya bila dilihat Langkah Anggerik telah kehadapan kearah Sofa.

" Saya akan tidur Dekat sini malam ini, Awak jangan paksa saya Mukhriz. Awak nak saya dalam bilik ini, Saya dah ikut arahan Awak, Tapi tak semestinya kita kena tidur sekali. Sekarang Saya akan tidur atas Sofa, Awak tidur atas katil. Anggerik tetap mambantah. Trauma kejadian dulu dengan Mukhriz masih menghantui dan kembali.

" Katil ini luas Anggerik, aku tak benarkan engkau tidur Dekat sofa tu. kesini tidur sebelah aku. Aku janji Takkan ada apa - apa berlaku. Anggerik kesini.!" Wajah Mukhriz telah berubah bila Anggerik masih tak berganjak dengan kedegilan dirinya.

" Anggerik, Suara Mukhriz meninggi, kesini sebelum aku buat benda tak sepatutnya Dekat engkau atas Sofa tu. Engkau tahu aku akan buatkan macam apa aku cakap. Anggerik, aku bagi amaran terakhir.”

" Ke sini".. Langkah Mukhriz menghala ke Anggerik...

Cepat - Cepat Anggerik melangkah keatas katil Dan terus terbaring mengiring, tidak mahu memandang Mukhriz, dia takut Dan tubuh badannya tiba - tiba mengigil..

Satu selimut ditarik diatas tubuhnya, Terasa seseorang telah terbaring disebelah Anggerik. Mukhriz masih merenung Anggerik yang telah berbaring disebelah dirinya. Tubuh Anggerik yang mengiring dapat dilihat Mukhriz mengigil..

Perlahan - lahan tubuh Anggerik dirangkul dalam pelukan tangan . Tubuh Kedua - duanya merapat. Anggerik tidak melawan, hanya terdiam kaku.
Ciuman Dan nafas Mukhriz dapat Dirasakan Anggerik di lehernya, yang membuatkan Bahu Anggerik Tersentak.

" Anggerik, aku takkan sentuh engkau selagi engkau tak relakan semua itu. Aku akan tunggu. “ Bisikan Suara Halus Mukhriz ditelinga Anggerik yang membuatakan Air mata Anggerik mengalir dalam pelukan tangan lelaki itu masih di tubuhnya..

Anggerik pejam kan mata, baru kali ini diri Dan hatinya tenang dengan pengakuan Mukhriz...

Share this novel

Evi NL “Nlvieyfenny” NiElv
2020-10-04 19:19:07 

sedih pula


NovelPlus Premium

The best ads free experience