15

Romance Completed 306520

*** Adam NICHOLAS ***

"Damn "

" Engkau dah Gila Nicholas, ?

“otak engkau yang besar itu dah tak boleh fikir pasal hubungan itu. Engkau seorang yang Genius,"

" Apa yang Salah, Daddy!"

" Nicho, apa soalan yang kamu tanya?"

Daddy tahu otak engkau Genius Nicho, tapi takkan pasal Anggerik engkau nak tukar agama.
Fikiran Nicho masih mentah, bukan masa lagi engkau nak bercinta dengan anak jiran sebelah kita. Daddy takkan benarkan engkau jumpa dia lagi."   
. " Daddy!"
                                                                                                "Banyak budak tu dah rosakkan hidup Nicholas. Kita keturunan Bernard, belum pernah lagi seseorang dari keluarga kita malukan keluarga macam apa yang engkau buat ini.

Fikir pasal ini..!" 

Kali ini ayahnya Thomas telah tidak dapat menahan kemarahan.  Kenyataan dari Nicho anak lelakinya benar - benar membuatkan dia hilang arah. 


Disebabkan seorang gadis, anak lelakinya sanggup  tinggalkan keluarga dan lebih mengejutkan, dia mahu keluar dari agama yang telah berkurun dianuti keturunan dan keluarga kepada Islam.  

Semuanya disebabkan pengaruh dari gadis yang bernama Anggerik.  Sebaris nama yang membuatkan hidup dirinya dan keluarga tidak tentu Arah.


" Nicho sayangkan Anggerik. dia segalanya bagi Nicholas Mommy,  Daddy.

“Tapi Nicho sayang Islam bukan sebab Anggerik, sebab Nicho dah dalami agama itu, Mommy tolong jelaskan pada Daddy maksud Nicho. Mommy yang faham Nicho. .


Nicholas takkan buat semua ini tanpa Nicho fikirkan dulu baik dan buruknya. Ya,Nicho cintakan islam dan Nicho akan anuti agama itu.


Nicho dah cukup besar untuk buat keputusan sendiri ikut kehendak Nicho. 


Nicho masih waras." Nicholas masih mempertahankan pendapatnya dan pegangan hidupnya,


baginya islam itu tidak salah, tapi disebabkan provokasi dan salah faham tentang Islam,agama itu ditolak mentah - mentah oleh bangsanya dan bangsa eropah yang lain,

tanpa terlebih dahulu mendalami dan faham tentang islam.  Nicho genius sebab keputusan ini." Dia tetap membantah dengan kemarahan Daddynya. Dia telah berterus terang tentang perasaannya dan tentu sekali pegangan agamanya yang semakin kearah islam.


Mata ayahnya tajam dengan kemarahan masih dalam tubuh.  Penjelasan dari Nicho tentang tadi membuatkan renungan matanya mengarah ke isterinya. 

Dua lagi adik lelaki Nicho, James dan Terry serta adik perempuannya Maddy hanya mendiamkan diri mengintai dari pintu bilik yang dibukakan separuh dari bilik mereka.


" Madeline, terangkan apa yang berlaku sebenarnya, kenapa awak tak pernah beritahu yang anak lelaki pertama kita otaknya semakin tidak waras. 

“Kenapa benda ini awak rahsiakan dari saya.  Saya akan bunuh dia Made, kalau itu yang dia akan cuba buat.  Saya takkan menyesal buat semua itu.”


“Keturunan saya tak pernah malukan saya sampai macam ini, semua disbebabkan gadis itu, Anggerik." Bapanya mengeji dalam mimik mukanya yang telah menahan marah dengan perkara itu.

" Thom, saya boleh jelaskan pasal ini, jangan salah Nicho. Saya yang salah, tak ajar dia tentang itu. Saya terlepas pandang, saya akan betulkan kembali hal ini.   Thom awak tolong bagi Nicho masa, dia baru pertama kali tersilap dalam memilih hidup dia.                                                                                                                                  Bagi dia peluang." lembut Made memujuk suaminya yang naik hantu dengan perangai anaknya, dia tahu semua perhubungan anaknya dengan Anggerik dia tidak mengahalang, dia nampak kemesraan mereka berdua.  Banyak perubahan yang baik bagi anaknya, yang sebelum ini merupakan seorang pemberontak dalam diam.

Berhubung anaknya mendalami Islam, perkara itu telah dimaklumkan Nicho kepada dirinya, memandangkan dirinya yang sentiasa berada dengan anak - anaknya, dan dia tempat anak - anaknya meluahkan pendapat tentang masalah mereka.  

Dia seorang suri rumah dan suaminya yang bekerja sebagai ahli perniagaan di negara itu, menjadi peneraju utama di negara itu, sangat sibuk menguruskan harta keturunan keluarga mereka.  Hal keluarga diserahkan sepenuhnya pada Made, isterinya.

Dia seorang Ibu yang membiarkan anak - anaknya membuat keputusan dalam mereka dan, kerana itu dia hanya membiarkan Nicho mencari identiti dirinya sendiri.  Dia juga telah melihat Nicho mengkaji semua agama untuk anaknya mencari kebenaran itu, kerana dia tahu Nicho seorang yang genius dalam pemikiran mengikut genetik keturunan dari sebelah suaminya.

" Awak dah gagal dalam mendidik mereka Made, apa yang Nicholas buat sekarang ini bukan masalah kecil yang saya boleh Maafkan.  Kesalahan itu dah rosakkan dalaman dan luaran Nicho anak saya.  Saya takkan biarkan masalah itu merosakkan anak saya lagi, saya sudah ada jalan untuk Nicho dan keluarga kita keluar dari masalah ini."                                                                                        Tegas suaminya Thomas menyatakan keputusannya,  Nicholas dipandang tidak berkelip, dia telah putus asa dengan anaknya kerana telah mengambil tindakan drastik seperti itu. Dia tidak akan biarkan lagi.

" Apa yang awak nak buat Thom, jangan rosakkan hidup Nicho,  saya merayu pada awak Thom.  Dia masih kecil, bagi dia peluang betulkan semua ini. Masa hadapan dia masih jauh.  Awak pun dah lihat perubahan diakan. Bukan semua perubahan dia ke arah Negatif."                                                                                Isterinya masih mahu memujuk dan berharap marah suaminya dapat dikurangkan, dengan itu suaminya akan berfikir secara waras kembali. Dia tahu apa yang menyebabkan suaminya mengamuk seperti ini, dia tahu angkara siapa yang menghasut suaminya, sehingga mengambil keputusan terburu - buru, terutama pada anaknya Nicho.

" Kita akan berpindah dari sini kembali pada tempat asal kita, saya akan pastikan sepanjang hidup saya Nicho dan keluarga kita takkan kembali lagi.  Saya takkan benarkan perkara itu berlaku.

.......

" Mommy", Nicholas berbaring pada peha Mommynya, sambil Mommynya Made membelai rambutnya.

" Yes, Nicholas, apa yang Nicho nak cakapkan pada Mommy?"Tubuh Nicho telah duduk menghadap dirinya sebaik sahaja dia bersuara.

" Nicho nak jumpa Hazel, Please Mommy, untuk kali terakhir. Terakhir Mommy, tolong faham hati Nicho dengan Hazel?" Nicholas merayu dengan perasaan, telah seminggu dia tidak dibenarkan keluar dari rumah, esok merupakan hari terakhirnnya disitu. 

Hatinya telah kemaruk  rindu untuk menatap mata Hazel gadis itu lagi. Entah bila lagi mereka akan bertemu.

" Hanya sekali Nicho, dan mommy nak Nicholas janji jangan hampakan Mommy. Mommy sayangkan Nicho begitu juga Daddy sayangkan kamu.
Jangan salahkan Daddy dalam hal ini, dia sangat sayangkan kamu Nicho. " Puan Made memujuk anaknya untuk tidak menyalahkan suaminya atas segala yang berlaku di atas tindakan melulu suaminya tanpa siasatan terlebih dahulu.

        Semua itu terjadi disebabkan Mama tiri Anggerik yang membuatkan cerita bahawa anak lelakinya dan Anggerik menjalankan hubungan terlarang dirumah mereka. 

Dia tahu berita itu tidak benar, dia telah mendapatkan kepastian dari anak lelakinya, dan dia percaya dengan segala cerita anaknya kerana semua itu terbukti jelas, dia melihat sendiri dengan matanya, layanan Pn. Dianara pada Anggerik, gadis yang dituduh.   

Perkara itu sukar dijelaskan pada suaminya yang merupakan seorang yang baran, dan tidak boleh menerima cerita tidak benar dan kutukan tentang keluarganya.

                                                                              .......

                     """ Thomas saya boleh jelaskan hal itu, semua itu  tak benar, Nicho tiada berhubungan seks dengan Anggerik atau mana - mana gadis, dia difitnah. Dia cuma berkawan dan membantu gadis itu. Dia didera."     Wajah suaminya dipandang tidak puas hati....... "

"Jangan nak bantu Nicho Made, saya akan selesaikan perkara ini. Saya takkan biarkan Nicho dirosakkan lagi berkawan dengan budak itu.  Dia bukan seorang gadis yang baik, saya dah dengar segalanya tentang dia dari Ibu dia.                                                                                                                                               Semuanya tentang gadis itu yang selalu bermain cinta dengan ramai lelaki.  Saya takkan biarkan Nicho terperangkap dalam wajah cantik dia.  Gadis itu Cantik, ya saya mengaku tapi dia racun. saya takkan benarkan dia rapat dengan Nicho.  Keluarga dia cuba buang dia, tapi awak lihat dia dapatkan siapa? Anak kita Made,Nicho..."

"Thomas awak dah gila, awak tak kenal Anggerik, awak tiada disini,saya lihat sendiri layanan Dianara pada dia.  Gadis itu yang didera. Budak tu budak baik, awak kena siasat dulu sebelum awak terima bulat- bulat hal ini........                                                                                                                                                          Cukup Made, cukup perbualan untuk hari ini, saya dah mengantuk dan keputusan saya tetap sama. Jauhkan nicho dari gadis itu...."""

                                                                                  .......

" Hazel cantikan Mommy, tapi sayang Nicho takkan jumpa dia lagi.  Dia gadis yang baik. Tapi Nicho tak boleh miliki dia." Nicho meluahkan apa yang dirasakan dalam dirinya. Dan dia tahu Mommynya akan memahami hatinya.

" Apa yang kamu nak Mommy buat sebenarnya?" perasaannya serba salah diantara arahan suaminya dan kehendak anaknya, yang ingin bertemu seseorang.

                                      Made membuat keputusan setelah membuat pertimbangan.......Telah 7 hari anaknya dikurung dirumah, tidak dibenarkan keluar dari rumah.

" Pergi Nicho, segera dan kembali semula kerumah sebelum ayah kamu pulang.  Ini sahaja peluang kamu untuk bersama dengan Anggerik, untuk ucapan terakhir.  Dia budak yang baik Nicho." Mommy tersenyum dalam membenarkan kembali anaknya untuk berjumpa dengan gadis yang berjaya menahan hati anaknya.

" Terima kasih,Mommy"

*****

"Nicho"

Tubuh Nicho berpaling melihat gadis dibelakang dirinya, gadis sama mata Hazel yang dia rindu.  Dia masih cantik seperti dulu, tanpa disangka dia telah kembali.

" Hazel"

Mereka berdua cuba untuk melangkah kearah pelukan  tapi dihalang oleh sesuatu.                                                                                        " mana awak menghilang Nicho, kenapa sekarang awak baru muncul. banyak perkara yang kita terlepas berdua, awak masih ingatkan saya lagi  ?"                                                       Suara Anggerik tersekat - sekat cuba mengawal riak pernafasannya memulakan perbualan paginya dengan Nicho.   Tanpa henti,  soalan di kotak fikirannya dibicara.  Dia tidak mahu berlengah dengan masa, dia takutkan Mukhriz yang akan terjaga dan menyedari ketiadaan dirinya..

Anggerik bangun awal pagi itu,semalam tidurnya tidak lena, memerhati susuk tubuh di tempat pertemuan mereka dulu. " mengingati Anggerik tentang memori Mereka, Dia masih ingatkan aku. Perasaan Anggerik berbelah bahagi. Sebentar tadi dia baru buktikan sesuatu pada Mukhriz, tapi dalam masa yang sama fikirannya masih teringatkan lelaki dihadapannya ketika ini.  Jam sekitar 4.00 pagi setelah Nicho menghilang barulah Anggerik terlena.

                                                         Bangun sahaja dari tidurnya pagi tadi, Mukhriz masih tertidur,begitu juga anaknya. Anggerik membersihkan diri, bersiap untuk bergegas ke suatu tempat.  Tempat yang pasti lelaki itu telah menunggunya pagi itu.

Susuk tubuh dilihat Anggerik telah berada ditempat yang sama dalam fikirannya...

" Nicho " Anggerik memanggil lagi sebaris nama yang dia telah panggil semalam, dan dia terlupakan sesuatu....

" Adam Anggerik, nama Nicho, ADAM, lelaki itu tersenyum manis ke arah Anggerik.  Mawar yang bawa Adam kembali kesini, apa yang jadi sebelum ini, kita tak boleh patah balik.Maafkan Adam apa yang jadi." Hazel dilihat masih seperti dulu.

" Macammana Mawar boleh jumpa awak Adam ?sebab itu awak kesini ?"Anggerik ingin tahu tentang perkara itu.

"Mawar jumpa saya di Eropah waktu tu kami berdua bertemu ketika sedang melancong.  Mawar hubungi saya semula seminggu yang lepas pasal majlis semalam.  Saya kembali untuk jumpa awak Hazel. Lama kita tak jumpa dan saya tak jangkakan saya perjumpaan kita semalam menjadi begitu singkat seperti semalam. Banyak yang saya ingin bualkan dan kita telah terlepas banyak masa bersama." Segala dalam fikirannya diterangkan kepada Hazel untuk memahami kenapa dirinya disitu, satu kerana jemputan Mawar untuk majlis dan sebab kedua disebabkan cinta pertamaya, Anggerik.

" Saya dah kahwin Adam, semalam yang awak jumpa suami saya !" Perlahan Anggerik maklumkan tentang Mukhriz. Wajah Adam ditenung Anggerik tidak puas, bagaimana dia cukup terseksa dulu menahan hatinya dari mencintai lelaki lain selain Adam. Bagaimana dia bertindak gila dengan Perubahan pada dirinya, dia ubah pakaiannya untuk menutup segala tubuhnya untuk tidak menjadi perhatian pada pemandangan lelaki.  Semua disebabkan lelaki dihadapannya.

" Saya tahu perkara itu, saya nampak jelas semalam !" kelihatan Adam masih tenang dimata Anggerik, bukan lagi Nicho yang dulu dia dapat baca pemikirannya. Adam dihadapannya telah banyak berubah. Bukan lagi tema kecilnya dulu.

"Awak dah masuk Islam, saya tak sangka awak akan gunakan nama itu?"suatu perkara tentang Nicho yang Anggerik tidak akan lupa sampai bila - bila.  Nama itu yang dipilih mereka berdua jika Nicholas telah memasuki islam. Nicho sendiri yang mendalami islam dengan sendiri,bukan dari pengaruh darinya.  Sehinggakan Adam akan membantu Anggerik dengan pengajaran Apa itu Islam, lebih dari yang diketahui disebabkan Nicho benar - benar menghayati setiap ajaran islam yang dipelajari. Kadang - kadang sikap Nicho yang begitu cintakan islam dan ajarannya membuatkan Anggerik malu, kerana dia yang sejak lahir adalah islam, tidak mengkaji dan menghayati seperti Adam.

                                                               Nama Adam dipilih oleh mereka berdua, kerana nama itu juga Anggerik memilih nama yang sama untuk anaknya , kerana waktu itu dia keseorangan dalam kehidupan, mengandungkan anaknya tanpa Mukhriz disisi.  Waktu kelahiran anaknya datuk telah bertanya kepada Anggerik untuk meletakkan nama untuk anaknya, fikiran Anggerik hanya dapat memikirkan sebaris nama itu Adham, kerana itu dia memilih. Bersama cantuman nama pilihan dari Datuk, nama Adham Mikhail tercetus,untuk anaknya.

"Saya sayangkan Islam, saya telah lama memeluk agama ini" Adam masih tersenyum yang membuatkan Anggerik semakin dengan persoalan.

" Kenapa sebelum ini Adam tak cari Anggerik?" Anggerik perlukan jawapan semua persoalan, lelaki itu dulu hanya meninggalkan dirinya dan berjanji akan menghubungi lagi,tapi penantian  Anggerik hampa. Lelaki itu hilang tanpa berita.

Mata Hazel Anggerik Adam tenung begitu juga Anggerik.  Mereka telah lama terpisah dan banyak perkara yang ingin mereka luahkan tentang perpisahan dulu.

" Percayakan Adam Hazel, Adam tak bermaksud untuk menghilang tapi semua yang jadi sebab Adam dipaksa dan dihalang untuk hubungi Anggerik. Semua disebabkan Daddy yang kawal hidup Adam ?"

Anggerik mundar mandir, dia seakan tidak percaya dengan hal itu.

" Takkan sekali tak pernah hubungi Anggerik, takkan Adam tak boleh hantar pesanan pada Anggerik, email, media sosial, tiada Adam,tiada langsung Adam hubungi Anggerik ?" Mana Adam menghilang,?  Adam tak tahu apa yang Anggerik lalui sepanjang hidup itu.  Anggerik tutup hati, penampilan Anggerik. Pasal lelaki,  pasal hubungan cinta, semata - mata untuk Adam. Anggerik terpaksa berkahwin dengan Mukhriz sebab ikut cadangan papa. Adam tak tahu apa yang Anggerik lalai semua sebab janji Adam pada Anggerik.

Adam muncul dekat sini sekarang ini untuk apa ?" Adam nak ganggu hidup Anggerik, macam Adam buat selama ini ?" 

" Hazel,bukan itu maksud Adam kembali, Adam nak betulkan kembali. Selama ini Adam juga menderita, tapi percayalah Adam tetap cinta Hazel dalam hati Adam dan cinta itu takkan hilang, sampai bila - bila, selagi hayat Adam.

" Terlambat Adam, Adam tahukan Anggerik dah Kahwin ?Anggerik ada Mukhriz "

" Adam tahu dan Adam akan tunggu masa itu "

" Mengarut, Anggerik takkan benarkan dan Anggerik takkan jumpa Adam lagi, Hati Anggerik cukup menderita sebab Adam. Hati Anggerik dah mati dulu, waktu Anggerik tunggu Adam muncul. Tapi Adam lepaskan peluang itu."                                                                                                    Anggerik  menahan perasaan dulu, sekarang adalah masa dia lepaskan segala perasaannya, kepada lelaki yang dia pernah serahkan hatinya dulu. lelaki yang berjaya membuatkan hidupnya huru hara menunggu.

" Hazel fahami Adam, semuanya bukan kehendak Adam. Adam kesini sebab Daddy dah meninggal. Sebab itu Adam boleh cari Hazel." Percaya Adam, kita sama - sama menderita Anggerik.

" Anggerik tak nak dengar perkara itu lagi Adam, cukuplah  jawapan yang Anggerik dah dengar tentang hubungan kita dulu.  Hubungan itu telah tamat bagi Anggerik. Anggerik doakan Adam bahagia dengan pasangan. 

*****

Mukhriz telah terjaga dari tidurnya, kelihatan Anggerik telah tiada disisinya lagi.  Adham masih lagi tidur.  Dia mengejutkan Adham pagi itu, mandikan Adham dan melengkapkan keperluan anaknya.

" Mana Mommy Daddy?" Adham bertanya tentang Anggerik bila Mommynya tidak kelihatan disisinya. Terjaga dari tidur Daddy yang mengejutkan sehingga dia kemas berpakaian, lelaki yang dibelum faham maksud pertalian dengan dirinya. Dia hanya memanggil Daddy bila disuruh oleh Mukhriz yang sebelum ini dia panggil sebagai uncle, dan Mommy tidak membantah panggilan itu.

" Kita cari Mommy dekat meja sarapan, Daddy tak pasti tentang Mommy dekat mana, tapi Mommy ada disekitar sini. Kita cari Mommy ?" Jam ditangannya dikerling, Jam 07:55 pagi dan langkah diatur untuk mukhriz dan Adham untuk sarapan dan mencari Anggerik.

" Selamat Pagi Tuan Mukhriz, Datuk Johar dan keluarga sedang tunggu di meja sarapan. " Kata pembantu yang kebetulan ada diluar biliknya, bila dia dan Adham keluar dari biliknya. Pintu ditutupkan Mukhriz dan dengan aggukan, pegangan tangan Adham dipegang ditangannya.

Mereka tiba di meja sarapan, tapi masih tidak kelihatan kelibat Anggerik yang membuatkan matanya meliar memandang sekitar kawasan. 

" Mana dia pergi ?" soalan yang dilontarkan dalam diri sebelum mendapatkan tempat untuk dirinya dan Adham.

" Selamat pagi Ayah, dan semua." 

" Selamat Pagi Datuk dan semua " Adham tidak lepas mengikut perlakuan Mukhriz yang menunjukkan hormat dalam ucapannya pada semua yang hadir dimeja sarapan.

" Selamat Pagi "suara - suara membalas..

" Kenapa Anggerik tak ikut sekali, mana dia?" Datuk Johar menunjukkan wajah berkerutnya bila Anggerik tidak muncul sekali bersama suami dan anaknya.

" Mukhriz pun tengah cari Anggerik sekarang ini, Mukhriz tak pasti dia dimana? Selalu kalau Anggerik balik kesini, dia suka pergi mana?" Mukhriz bertanyakan kepada ahli keluarga yang ada di meja makan bersama dengannya.

" Tadi Mawar nampak Anggerik pagi - pagi dah keluar pergi Rumah Kotej, tapi Mawar tak tahu Anggerik buat apa ?" pandangan mata Mawar terarah ke mata Mukhriz,bagaikan memberikan maksud tersirat dari percakapannya.

" Dia dengan siapa ? Giliran Datuk Johar pula bertanya memandang kerah Mawar. Hati ayahnya telah mengesyaki sesuatu.

Mawar hanya menaikan bahunya, menandakan dia tidak tahu apa aktiviti Anggerik disitu.

Mukhriz telah bangun dari duduknya ingin mendapatkan Isterinya, dan baru badannya ditegakkan..Seseorang muncul di pintu..

" Maaf Anggerik lambat ," Mata Anggerik terarah ke wajah Mukhriz..dan dibelakang Anggerik muncul seseorang.

"Selamat pagi semua ," Wajah Kacak lelaki Mat Salleh yang berada dibelakang Anggerik muncul dibelakangnya.  Mereka melangkah seiringan memasuki ruangan makan, Langkah Anggerik menghala ke arah sebelah Mukhriz dan lelaki semalam yang dilihat memegang wajah Anggerik, melangkah ke arah sebelah Mawar.

Mukhriz terdiam, dia kembali mendapatkan duduknya di Bangku yang sebentar tadi dia telah berdiri.  berdiri untuk mencari isterinya, tanpa disangka dia mendapat kejutan dengan lelaki itu muncul di belakang Anggerik.

" Mereka memang ada hubungan," fikir Mukhriz dalam hati dan mahu melihat drama seterusnya dari ekoran matanya dan tindakan siapa untuk membocorkan hal itu. Hati Mukhriz lebih terarah pada Mawar, kerana Mawar dirasakan licik oleh mukhriz memainkan peranannya. Dia akan menjadi pemerhati.

" Nicholas, Mari sarapan sekali. Uncle dah lama tak jumpa kamu? Apa khabar keluarga kamu?" Perhatian Ayah beralih kepada Nicho, disebabkan hubungan mereka berdua yang erat dulu. Dulu lelaki itu dan Anggerik bersahabat baik masih kecil,  sehinggalah hubungan itu dilarang oleh Daddy Nicho setelah mereka dewasa dan keluarga mereka berpindah tanpa dia tahu sebabnya.

" Mereka baik Uncle, Tapi Daddy dah meninggal dunia" Tenang Nicholas menerangkan kepada Datuk Johar.

" Uncle ucapkan takziah pada keluarga kamu, Uncle harap belum terlambat untuk itu?" Wajah Datuk Johar bersedih, seorang lagi sahabatnya yang telah pergi seusianya. Masanya menuju kearah kematian entah bila lagi.

" Ayah, Mawar lupa nak maklumkan,Mawar yang jemput Nicholas semalam dan Nama Nicho dan tukar ayah, Nicho dah masuk islam. Panggil dia Adam.?" Mawar menjeling kearah Anggerik, dan melihat ke arah Adham untuk menunjukkan sesuatu, sebelum tersenyum sinis.

"Sama dengan nama nama cucu Datuk, anak Anggerik Adam. Uncle  kenalkan suami Anggerik Adam, Mukhriz. Ini anak mereka  Adham Mikhail, cucu Uncle." kepala cucunya Adam digosok dengan lembut diperkenalkan kepada tetamu.

"Mukhriz", perkenalan diri kepada Adam. begitu juga dengan Adam

" Adam". Mata kedua - duanya saling memandang namun pandangan itu dipatahkan oleh Datuk Johar yang dapat merasakan persaingan sengit kedua - dua lelaki hadapannya.

"Mukhriz kalau kamu nak tahu Adam dengan anak perempuan Uncle ini rapat, Dia jiran sebelah rumah kami dulu. Kawan Anggerik dan Mawar zama kecil. Adam ini dah macam abang pada mereka berdua  maklumlah Uncle tak ada anak lelaki.  Kami dah lama tak jumpa dia, rasa uncle dah bertahun kan Adam. Hubungan dua keluarga ini rapat, tapi itulah keluarga Adam berpindah sebab itu kami putus hubungan." Datuk johar menerangkan situasi sebenar kepada Mukhriz untuk tidak salah tafsir hubungan anak- anaknya..

" Tapi Mawar pelikkan, hubungan kita baik, Tapi kenapa keluarga abang Adam berpindah yer. Sebab apa abang Adam?" Mata Mawar melihat ke arah Anggerik yang telah menundukkan wajahnya dan melihat kearah Mukhriz dan kembali kerah Adam..

"Janganlah Adam terangkan disini" Doa Anggerik dalamhati.

Mukhriz hanya bereaksi tenang dengan keadaan itu. Dia jelas dapat melihat perubahan pada wajah Anggerik yang cemas dan tidak memandang ke arahnya. Mata Mukhriz  melihat ke arah Datuk Johar.  

                                      " Tabik",    Usaha Datuk Johar untuk membuang segala salah tafsir dirinya sebentar tadi tentang hubungan Anggerik dan Adam ...  dan akhir sekali  Mata  Mukhriz terarah ke wajah Mawar.  Dia tidak tersalah tafsir dengan kelicikan Mawar, gadis  itu sepatutnya diberikan Award oleh mukhriz kerana berjaya mencetuskan gempak dalam situasi asing ... dimana semua mata terarah ke wajah Adam, untuk lelakiitu menerangkan apa yang berlaku.

' Tenang Mukhriz, engkau akan dapat jawapan sebentar lagi.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience