Bab 16 ( A2 )

Romance Completed 306520

~ " Misteri yang terungkai membuatkan kita rasa bersalah dengan apa yang telah  belaku. Berpatah balik bukan mudah."~

***

" Jessie Awak tolong belikan sesuatu yang Awak rasa berbaloi. Saya nak belikan sesuatu untuk Mommy. Hari ini hari jadi dia?”

“ Selamat Hari Jadi, Tuan Adam . Tolong sampaikan ucapan saya itu pada Mommy.!” Jessie turut Teruja menolong, memandangkan dia juga kenal dengan Mommy Adam. Dia telah sering kesana. Kerana dia Dan Maddy rapat.

“Bantuan Awak saya harapkan Jessie" Adam mengharapkan Jessie kali ini untuk uruskan Tentang hal itu. Dia harap Jessie akan bijak memilih Hadiah yang akan disukai oleh Mommy.

Sebelum ini Jessie pernah menghadiahkan beberapa ole - ole, buah tangan untuk Mommy, semua pemberian Jessie, mendapat pujian dari Mommy. Disebabkan itu kali ini dia memberikan kepercayaan Kepada kebolehan Jessie bagi memilih.

Dia sibuk menguruskan hal dalaman syarikat. Sehingga Adam tak mampu lagi untuk menguruskan hal berkenaan dengan hadiah.

Mommy telah banyak Hadiah tidak terkira, hinggakan Adam pening untuk memikirkan sesuatu Hadiah lain untuk Mommy. Dia kematian idea.

Sebab itu malam ini dia akan Hadiah sesuatu pada Mommy. Semua itu atas bantuan Jessie menguruskan hal itu. Malam ini mereka akan ada Jamuan keluarga.

Satu sikap Mommy yang Adam dah tahu. Setiap tahun, Wanita itu tidak mahukan Majlis untuk menyambut ulang tahun umurnya. Cukup sekadar hanya sambutan yang dirai bersama Keluarga mereka.

Hal itu sangat berlainan dengan mendiang Bapa mereka yang mahukan perhatian dalam Setiap majlis yang dirai. Masih dalam ingatan Adam, sambutan majlis yang Meriah Setiap kali sambutan ulang tahun hari jadi bapanya.

Kehadiran tetamu di dalam Setiap Majlis masih Adam ingat. Semuanya kenalan dari perniagaan Bapa mereka . Di majlis itulah Adam, James Dan Terry diperkenalkan kepada rakan - rakan perniagaan . Maddy kekal disisi Daddy, dia adalah puteri Daddy dalam Setiap Majlis.

Hanya Mommy yang masih kekok dalam majlis. Banyak masa Mommy hanya dihabiskan di dalam rumah. Adam dapat rasakan Mommynya tidak selesa dalam keadaan itu. Manusia diberikan pilihan.

Setengah jam telah berlalu..

Jessie telah pulang dari membeli barang untuk dihadiahkan kepada Mommy Adam.

Jessie melangkahkan kaki menuju pejabat Adam. Di tangan Jessie, telah tersedia dengan hadiah seperti yang telah diarahkan oleh Adam sebentar tadi.

Sebuah jambangan bunga Mawar Dan Sekotak perhiasan Jed untuk diberikan kepada Mommy Adam sebentar nanti.

" Jessie? Banyak berbelanja? Ada apa majlis malam ini Atau Awak nak ngorat Adam?"
James dengan mulut murainya mengusik. Ketiadaan Terry dia lah yang memegang Title mengusik Jessie.

James masih dalam keadaan wajah serius, Tersenyum sinis dalam wajah yang kacak. Kekacakan. James membuatkan ramai wanita yang menaruh hati.

Penampilan James pula sentiasa kemas dimata Jessie. Hal itu membuatkan wajah James sentiasa bergaya Dan kelihatan bersih Setiap masa.

Warna anak mata James yang sama dengan Adam membuatkan mereka berdua mempunyai tarikan tersendiri.

Jessie hanya mampu menjulingkan mata dengan segala reaksi James. Hal itu menjadi kebiasan pada gadis itu. Usikan dari abang - abang Maddy. Tapi hal itu terkecuali bagi Adam. Adam seorang yang serius waktu bekerja, Sesuai dengan Perwatakannya sebagai pemimpin legasi.

Jessie selesa dengan pakaian Seksi dalam baju korporat yang dipakai ditubuhnya. Setiap kali pelanggan yang berkunjung datang ke pejabat Adam, tidak akan Lepas memuji kecantikan Jessie.

Itu sebahagian dari tugasnya, imej legasi perlu dijaga. Wang yang diterima untuk penjagaan penampilan Setiap bulan, digunakan sepenuhnya oleh Jessie dalam pemilihan pakaian ke pejabat Setiap hari.

Tapi bagi Adam Dan James, kecantikan Jessie tidak menggangu mereka.
hati mereka tidak mudah untuk dimiliki. Hanya Terry yang selalu tidak melepas menganggu Jessie, tiap kali lelaki itu datang ke pejabat Adam.

" Bukan saya James?”Suatu Kad ditunjukkan Jessie ditangannya. Mengharapkan James faham jawapan dari soalannya tadi.

“Adam yang belanja untuk malam ini!awak tak lupa jamuan malam ini James, untuk wanita yang paling penting dalam hidup kamu berdua." Jessie menjeling manja sambil tubuhnya masuk ke Pintu bilik Adam dengan bantuan James yang menolak pintu.

Bantuan dari James kerana kedua - dua tangan Jessie telah dilihat James penuh dengan barangan.

" Oh Gosh! Saya terlupa Jessie, Hari jadi Mommy. PleaseJessie kali ini Tolong saya lagi. Hadiah saya, tapi gunakan kad Adam ."

James berbisik membuat wajah manja untuk mendapatkan pertolongan sekali lagi dari Jessie, tadi Jessie telah menolong Adam. Kali ini dia perlukan bantuan Jessie untuk menolongnya pula.

" Nice Try James! Tapi bukan saya yang buat keputusan? Adam." Jessie menunjukkan kearah Adam dengan jelingan mata kearah James.

" Oppss! Saya lupa? Tapi Jessie ? James melihat ke arah Adam. Dari kejauhan dapat dilihat James raut wajah Adam yang dirasakan James sesuatu. Saya rasa Kaki saya perlu angkat dari sini."
James yang baru melangkah masuk bilik, terpaksa kembali mengundur langkah ke belakang . Wajah masam Adam menerangkan segala.

Tak mungkin Adam membenarkan Jessie pergi sekali lagi. Alasan Adam James dah tahu. " Jessie diperlukan disisi aku? Kenapa ada sebarang masalah James?" Lirikan mata Adam yang menjeling.

Itu perkara biasa dan ucapan Adam sebelum ini. Perkara sama yang selalu diperkatakan oleh Adam Setiap kali dia Dan Terry Ingin mendapatkan bantuan Jessie. Semuanya disebabkan Terry. Selalu ganggu Jessie yang dirasakan Adam sebab Utama lelaki itu tidak benarkan Jessie membantu mereka lagi.

Apa yang Terry pernah buat, masih lagi menjadi Rahsia Adam, Terry Dan Jessie. Sehingga sekarang perkara itu tidak dibincangkan.

" Adam ini dia Hadiah Dan jambangan bunga untuk seseorang yang istimewa dalam hidup Awak?" Jessie menyeramkan sejambang bunga dan sebentuk kotak perhiasan pada Adam.

" Ini kad Awak tadi." Jessie menyerahkan.

" Thanks!" Adam mematikan segala pergerakan dirinya yang sedang membuat kerja.

" Jessie, bunga ini cantik! Pandai awak pilih." Adam Tersenyum Tapi ada kerutan di wajah Adam.

" Kenapa Adam? Awak tak puas hati dengan gubahan ini!" Jessie dapat melihat reaksi wajah Adam. Dia ingatkan dia secukupnya telah memuaskan hati Adam dengan pilihan dirinya tadi. Tak sangka citarasa diri dia masih belum memenuhi citarasa lelaki itu. Jessie mengeluh dalam diri.

" Saya teringat kan sesuatu. Saya puas hati dengan pilihan Awak Jessie. Cantik Dan menarik ." Sempat Adam memuji. Kotak perhiasan yang diserahkan Jessie dibuka. Terlihat kecantikan perhiasan Set Jed hijau didalam kotak. " Cantik!" Tak sia - sia Adam rasa arahan dia suruh Jessie memilih semuanya.

" Bos puas hati? Tapi kenapa kening berkerut?" Jessie cuba untuk mengetahui di sebalik pemikiran Adam.

" Tak ada apa yang penting Jessie. Awak boleh kembali buat kerja." Adam menutup kembali kotak hiasan namun tubuh Jessie masih tidak berganjak.

" Ada apa - apa lagi Jessie?" Adam kembali bersandar ke kerusi. Selalunya Jessie akan tinggalkan dia jika telah mendapatkan arahan. Jika gadis itu masih kekal, Tentu ada sesuatu yang gadis itu mahukan.

" Tadi James minta Tolong saya untuk dia kali ini. Macam mana Adam, Boleh saya Tolong dia?" Jessie semakin Teruja untuk membantu James pula kali Ini. Tadi dia telah dapat pujian dari Adam. Hatinya telah kembang. Jadi otaknya sebentar tadi telah terfikirkan barangan yang akan dibeli untuk Hadiah James pada Mommy mereka.

" Tak perlu bantu dia, Biar dia pening fikirkan sendiri. Awak hanya buat kerja ikut arahan saya saja Jessie.Hal - hal berkaitan adik saya Biar saya yang uruskan." Arahan Adam tegas tanpa berpaling kearah Jessie. Kali ini dia Takkan lagi benarkan Adik dia menggunakan Jessie.

Dulu dia berlembut dengan mereka melibatkan Terry, James Dan Maddy. Tapi bila mereka dah naik kepala Adam, semua itu tidak di benarkan lagi untuk mereka menggunakan Jessie untuk kepentingan mereka. Hal itu disebabkan Kehilangan Jessie akan berbalik menyusahkan Adam.

" Okay saya keluar." Suara Jessie yang lemah dan kasihan. Baru sebentar tadi dia telah memikirkan Hadiah Kristal untuk Ibu Adam dari James. Tapi semua itu punah dengan arahan Adam yang tidak membenarkan.

***

" Minggu depan aku rasa aku nak bercuti seminggu. Ada sesuatu yang menganggu aku.!" Adam meluahkan perasaan kepada James. Semua keluarga telah berkumpul malam itu. Hanya menunggu kedatangan Terry pulang bagi menyambut bersama hari jadi Mommy.

" Aku boleh ganti Tapi jangan lama Adam. Aku takut aku tak boleh nak handle sorang - sorang." James memberikan alasan. Tak mudah bagi James untuk menggantikan Adam. Orang - orang dari dunia perniagaan masih belum sepenuhnya memberikan kepercayaan kepadanya. Hal itu serba sedikit menganggu perjalanan bisnes mereka.

" Aku janji, jika Cepat Selesai hal itu. Aku pulang kembali ke pejabat." Adam merenung tajam ke dalam kejauhan kegelapan malam. Otaknya masih berfikir Siang tadi. Akibat kesibukan dia Lupakan sesuatu hal yang Dia mahu siasat dulu.

Perkara itu Adam tidak boleh bincangkan bersama James. Kerana dia tahu, James Sebenarnya bersekongkol dengan Terry. Macam kes Terry ditangkap Adam kerana makan benda yang terlarang. Itu semua Adam tahu James terlibat sama, Tapi disebabkan Terry yang menjadi ketua. Jadi Adam tidak salah dalam mengenakan tindakan kepada ketua.

Jika Ketua telah lemah, barulah senang untuk Adam mengawal anak - anak Di bawah pengaruh Ketua tadi.

" Nak kemana Adam? Macam sesuatu yang rahsia? Jumpa Angggerik?" James cuba menyakat. Kemana lagi Adam akan pergi jika tidak Kepada Anggerik. Itu yang dia fikirkan Di kepala Adam waktu ini.

" Aku nak tenangkan fikiran sekejap. Kes Anggerik dulu dengan masalah syarikat dulu, tak sempat aku nak berehat. Jangan khuatir, aku pantau dari jauh. Apa - apa masalah hubungi aku." Adam tersenyum dengan makna, semua itu membuatkan Mood James berubah. " Sangat jarang Adam bercuti. Ini Tentu ada hal Adam nak siasat. Tapi apa dia? James berfikir sejenak sebelum Terry muncul.

***

" Mana duit 500 ratus ribu itu."Leslie menjeling kearah Janet yang berpakaian Cantik Dan Seksi dihadapannnya.

" Aku masukkan separuh dari duit itu Tapi ada bayaran dari semua itu." Janet melangkah mendapatkan Leslie. Tangannya merayap menggoda lelaki berbadan sasa dihadapannya.

" Bodyguard!" Janet Takkan Lepaskan peluang menikmati tubuh Leslie. Bahasa tubuh Lelslie yang membiarkan sentuhan itu membuatkan Janet meneruskan belaian.

" Nampaknya engkau macam terhibur?" Janet melirik mata menggoda.

Satu persatu pakaian Janet ditanggalkan dihadapan mata Leslie dengan gaya Janet yang bersahaja.

Peluk telah memercik keluar dari bahagian dahi Dan bahagian tubuh Leslie. Susuk tubuh Janet ramping Dan menggoda. Bukan seperti susuk tubuh wanita seusia dia.

Leslie tersilap penilaian kali ini. Dia ingatkan perjumpaan dengan
Janet di Hotel Takkan mengugatkan hatinya. Tanggapan Leslie salah. Hati Dan perasaannya mulai tidak tenang. Segala bahasa tubuh Leslie mahukan dia mendapatkan tubuh Janet.

Melepaskan segala nafsu berahinya ditubuh wanita itu.

" Leslie apa tunggu lagi? Engkau Takkan rugi apa - apa." Janet memujuk dalam Suara menggoda.

" Apa Awak mahukan Janet dari saya?mata Leslie tidak melepas dari melihat buah dada Janet yang membesar dari saiz sebenar seorang perempuan.

" Hanya tubuh kita berdua bersatu, selebihnya akan aku fikirkan kemudian." Janet menanggalkan segala pakaian yang membaluti tubuhnya. Air liur kelat telah ditelan Leslie menggila di tekaknya.

Tanpa lagi bicara, langkah Leslie telah berada dihadapan Janet yang telah terbaring dengan senyuman menggoda.

Tiada bicara, kedua- duanya melepaskan nafsu dalam desahan masing - masing melayani perasaan sehingga kedua- duanya puas beraksi.

Kedua- duanya telah lelah dengan berapa pusingan yang membuatkan tubuh tua Janet penat melayan nafsu lelaki muda yang hebat.

Leslie yang baru dilayani tadi begitu hebat diranjang. Hinggakan nafas Janet beberapa kali tersekat, untuk kepuasan lelaki itu.

" Kita kembali kepada tujuan asal pada perkara ini. Aku tak mahu hubungan ini terhenti di sini. Ada sesuatu yang aku perlukan Leslie. Hal itu bukan mudah." Rokok dinyalakan Janet, dia kembali duduk diruangan Sofa. Leslie masih lah terbaring  diatas katil.

" Apa bantuan yang engkau  mahukan? Berkenaan apa?"

" Alex!" ASAP rokok berkepul - kepul memenuhi ruangan udara. Leslie tidak merokok, hal itu sedikit melemaskan pernafasan lelaki itu.

Segala gerak geri Leslie membuatkan Janet ketawa. " Patutlah nafsu engkau tadi sukar aku nak puaskan. Engkau tidak merokok. Betullah orang cakap pasal merokok. Tidak semuanya lelaki sejati.!"

" Apa Maksud engkau Janet? Aku tak faham. Aku jauhi merokok sebab Bidang kerja aku. Engkau pun tahu macam mana kami bekerja. Tumpuan kami 24 Jam memerhati gerak pelanggan."

Selimut diselakkan. Dia kembali berpakaian sambil mata Janet memerhati Setiap lekuk tubuh Leslie.

Melihatkan renungan mata Janet, leslie semakin hilang sabar.1

" Itu jika bertugas luar, jika bertugas dalam kami harus memantau sekeliling. Jika tidak kerana engkau tipu aku. Takkan sesekali aku benarkan." Perkara benar Tentang kejadian dulu buatkan Lesslie Panas kembali. Tapi itu semua tidak lagi berguna, dia sekadar mampu luahkan. Tindakan sebaliknya yang dibuat pada wanita yang ditipu dirinya sebelum ini.

Tidak mudah melawan godaan Janet. Dia sememangnya wanita yang cukup sempurna menjadi peneman Di ranjang.

" Engkau nak Cari salah aku? Tapi itu semua tak penting Leslie. Fikirkan masa depan. Aku nakkan engkau halang sesuatu. Tapi hal itu mesti jadi rahsia antara kita. Banyak lagi benda menarik yang engaku akan terlepas dari hari ini." Janet menjeling dengan menggoda.

" Apa Maksud dari semua itu? Leslie tak faham dengan mainan Janet!"

" Sabrina? Aku nak engkau siasat kenapa Alex benarkan gadis itu tinggal dengan dia? Engkau banyak kenalan, Tentu sahaja senang maklumat itu engkau dapat. Perkara lain akan aku terangkan selepas itu."

" Jangan mainkan aku Janet? Aku takkan buat kerja Kalau aku tahu maklumat itu hanya separuh. Ceritakan pasal semuanya baru aku boleh bantu."

" Janet telah memasukkan 10 ribu ke akaun Leslie seperti yang dijanjikan. Hal itu telah ditunjukkan Leslie kepadanya sebentar tadi. Cukup lumayan dirasakan Leslie sebagai permulaan. Lagipun dia tiada rugi dari segala yang terjadi hari ini. Malam dia mendapat nikmat yang tak dapat dirungkai dengan perasaan.

"Baik lah aku Ceritakan semua. Tapi macam yang aku janji kan sekali lagi engkau terlibat. Nyawa Jadi taruhan."

Janet Tersenyum sinis, beberapa kali hisapan Asap disedut kepeparu Janet untuk ketenangan.

" Aku rasa Sabrina disitu untuk gugat kedudukan aku. Aku rasa Mark ada plan lain dengan harta dia. Aku dah lama dendam dengan mereka Tapi bukan Alex. Engkau tak boleh sentuh dia." Janet berikan amaran.

" Apa Maksud engkau? Mark bukan Bapa Alex?" Apa yang engkau dapat Kalau Simpan dia?" Harta ?"

" Aku sayangkan Alex. Tapi aku mahukan harta itu. Jangan kacau dia, dia tak ada kena mengena dengan semua yang jadi." Janet beriaksi biasa , dia telah biasa berlakon dihadapan lelaki. Maksud sebenar Sayang Janet pada Alex. Hanya dia yang tahu. Tak sangka Janet, dia boleh terbuka hati pada Alex. Dia tahu perkara itu gila, Tapi dia tak boleh melawan perkara itu.

" Engkau nak aku buat apa?"Leslie telah siap berkemas. Baju telah tersusun elok dibadan. Tubuh Janet masih separuh dititupi tuala. Berkemban.

" Bunuh dia!" Janet menjeling kejam pada Leslie.

" Bbbbunuh! Sabrina?"

****

" Puan Anggerik Rasanya ini last tempahan gubahan hari ini. Saya dengan Seha dah uruskan urusan di luar. Puan Anggerik nak bantuan lain ker dari kami? Sarah dan Seha menghadap Anggerik. Wajah telah sugul kepenatan mereka bertiga telah bertungkus lumus Satu hari. Dengan keadaan Anggerik yang mengandung. Pergerakan Anggerik terbatas buat masa sekarang.

" Huh! Anggerik mengeluh berat. Saya penat sangat hari ini. Kalau tak kerana bantuan Awak berdua, Rasanya kerja - kerja itu tak sempat disiapkan. Penat!tapi happy."

Anggerik Senyum.

" Jom habis kerja ini saya belanja kita bertiga makan KFC, Nampaknya Perut Saya pun kena diisi." Anggerik Senyum gembira dengan pertolongan pembantunya.

" Jom!" Seha Dan Sarah serentak setuju.  sebelum ini mereka ditemani Jun, sahabat Anggerik. Jika Terdapat Lebihan tempahan, Jun akan sukarela membantu.

Tapi itu dulu sebelum Jun berkahwin. Kini situasi itu telah berubah. Suasana yang sama dengan kesibukan banyak tempahan, Tapi suasana dirasakan asing, tanpa kehadiran Jun disitu.

" Tentu seronokkan Kalau Cik Jun ada sekali, rasa macam suasana dulu - dulu. Entah bila nak dapatkan suasana itu balik. Masing - masing dah sibuk dengan urusan!" Seha orang pertama yang meluah perasaan.

" Entah - Entah Cik Jun ingatkan kita Dekat sini. Selalu Kalau kita sibuk macam Ini. Cik Jun yang paling banyak mulut menolong. Paling banyak buat suasana." Sarah menambah.

" Cik Jun sihat, dia Okay. Seronok katanya duduk negara 4 musim. Dia ikut suami dia Encik Malik, agaknya lama lagilah Kita nak jumpa dia. Saya baru lepas telefon dia semalam. Semuanya Jun kata Baik!" Mood Anggerik kembali tak menentu bila ingatkan Jun.

Dulu waktu - waktu macam ini. Jun yang banyak Tolong dia, Masakkan untuk dia, layankan perasaan Anggerik, sediakan keperluan Anggerik, macam - macam lagi. Jenuh Anggerik nak balas, Tapi semua itu Jun kata, dia ikhlas .

Itu yang buatkan  Anggerik lagi bersedih bila dia kenangkan Jun yang telah tiada disisi dia. Perasaan Anggerik bagaikan Kehilangan sesuatu.Dia telah dapat Mukhriz, Tapi dalam masa yang sama dia Kehilangan sahabat.

" Jun Entah Bila Anggerik boleh balas." bicara Anggerik dalam hati.

Melihatkan reaksi Anggerik, siku Seha sentuh lengan Sarah untuk perbualan mengenai Jun ditamatkan bila dilihat reasksi Anggerik lain macam.

" Kamu berdua lepas makan ini nak pergi mana? Kalau tak keberatan, temankan saya shopping. Saya nak buat rawatan SPA muka. Anggerik sungguh Teruja bila mengenangkan Kad Kredit Mukhriz yang telah berada ditangannya. Anggerik telah tidak sabar.

" Rawatan SPA? Puan nak buat apa, muka Puan bukan ada Cacat cela. Satu butit jerawat pun tak ada." Sarah pelik dengan kelakuan Anggerik, begitu juga Seha yang hanya membalas dengan Anggukan.

" Saya nak licinkan lagi kulit ini, macam telur baru kupas. Saya nak lihat perubahan nanti. Kamu berdua teman saya yer?" Anggerik masih memujuk manja mengharap mereka berdua bersetuju dengan pendapatnya.

". Maaf  Puan saya ada hal lepas ini. Ada kenduri doa selamat." Seha mula / mula memberikan alasan.

" Saya ada hal kena jenguk adik Giliran Sarah pula memberikan alasan.

Anggerik yang mendengar beriaksi terkejut. Entah macam mana dia nak buat semua tu sorang - sorang. Dia bukannya ada pengalaman.

" Baiklah.lepas ini kita berpecah balik." Akhirnya Anggerik akur dengan cerita yang disampaikan oleh Seha Dan Sarah.

Ketiga - tiganya telah keluar dari restoran segera. Anggerik meneruskan langkah ke sebelah kanan Dan meneruskan perjalanan.

Mata Anggerik mencari Kedai  butik kecantikan , yang akan dimasuki sebentar lagi oleh Anggerik.

****

Anggerik telah tiba Di sebuah butik pakaian. Disitu tersedia Gaun - gaun malam untkuk pelanggan. Menjadi tatapan mata Anggerik, harga - harga pakaian Di Butik itu memang mahal. Tapi semua itu menjadi senyuman mekar dibibir Anggerik. Bila fikirkan Anggerik teringat kan sesuatu.

“ Kad Mukhriz, bila lagi aku nak guna?” Fikiran Jahat Anggerik mengenakan Mukhriz berkaitan duit.

“ Awak mesti Teruja nanti dapat Isteri secantik Anggerik, Mukhriz!” Momokan Anggerik dalam hati, Tangan Anggerik ligat melihat kearah dalam Butik Dan melihat pakaian - pakaian yang sesuai dengan tubuh dia.

Disebabkan pertama kali Anggerik datang ke Butik itu, dia rambang mata. Beberapa pakaian telah dipilih Anggerik.

Susuk tubuhnya yang berisi kerana mengandung buatkan Anggerik membeli banyak pakaian untuk digantikan dengan pakaian sedia ada.

Pemilihan telah berjaya dibuat selepas Anggerik menghabiskan masa yang Awak lama disitu hinggakan Anggerik Lupakan pada masa.

Akhinya selepas beberapa pakaian berjaya dipilih. Anggerik berjalan perlahan dikaunter sambil mengeluarkan Kad Kredit Milik Mukhriz.

“ Ini sahaja Puan” Senyuman manis penjaga Kaunter bertanyakan kepada Anggerik.

“ Untuk hari ini? Ini sahaja, Tapi untuk Esok saya masih tak tahu?” Anggerik membuat lawak bagi menceriakan suasana. Pelayan di kaunter telah tersenyum dengan jenaka Anggerik.

Satu Kad diserahkan Anggerik kepada pelayan untuk pembayaran.

Kad yang telah bertukar tangan telah digunakan

" Maaf Puan Kad ini tak boleh masuk."
Seorang perempuan Muda  menemui Anggerik. Segala yang diterangkan tadi buatkan Anggerik tercengang.

"Tak boleh masuk. Tapi Sebab apa? Ini Kad tanpa Hadkan. Kenapa tak boleh?"
Anggerik menjeling Kad yang berada dihadapannnya. Dahinya bekerut mengenagkan Kad itu tidak boleh digunakan, buat masa ini dia tiada duit tunai di tangan.

" Maafkan kami Puan." Pelanggan tadi memandang kearah Anggerik,

" Mukhriz!” Anggerik menjerit kecil, Kad kembali diambil. Baru dia nak melaram menggunakan duit Mukhriz, Tapi disekat. Anggerik tahu ini mesti Mukhriz punya kerja.

“ Berapa bayaran itu, gunakan Kad saya?” Suara lelaki kedengaran di belakang Anggerik. Tapi dia tak peduli mungkin urusan pelanggan lain di kaunter.

Baru Anggerik nak melangkah meninggalkan Butik pakaian itu tadi, seorang pelayan Kedai mendapatkan Anggerik.
“ Miss ini baju tadi, ada orang yang telah bayarkan untuk Miss.” pelayan tersenyum memandang Anggerik.

“ Bayarkan! Siapa?” Anggerik melihat kearah belakang. Sebaik matanya melihat kearah lelaki itu tadi. Senyuman Anggerik mekar melihat kearah lelaki itu.

“ Hidup ini dipenuhi kejutan.!” Anggerik bicara pada diri sendiri Dan langkah seorang lelaki, datang kearahnya.

“ Anggerik.” Suara Lelaki memanggil namanya.

Share this novel

Norzalina Mehat
2019-10-21 15:07:15 

siapa yg tolong bayarkan utk anggerik ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience