45

Romance Completed 306520

*** Kebenaran itu pahit***

" Apa aku perlu buat?" Wajah Terry yang masih bengis memandang kearah aku buat kan aku keliru dengan keputusan dalam hidup aku.

Tapi aku kembali teringat, mungkin ini adalah ujian terbesar Dan sebenar dalam hidup aku. " Mawar", dia merupakan seorang adik Dan seorang musuh dalam selimut. Ibarat jarum dalam hidup aku.

Perlukah aku beri peluang pada Mawar..?
Dan jawapan dari semua perkara itu aku terima. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik...

" Beri saya ruang Terry Selesaikan semua itu. Benda ini akan berakhir!" Anggerik tiada pilihan dia perlu berhadapan bersendirian dengan Mawar. Dia perlu mencari punca kenapa hal ini semua terjadi.

Bak kata pepatah, menarik benang dalam tepung, benang dapat ditarik, tepung tak berterabur. Itu yang terjadi dalam hidup aku. Selama ini aku bersembunyi dan melarikan diri dari masalah Tapi kini, semua itu aku kena hadapi.

" Engkau dah tahu siapa dalangnya? Biar aku uruskan semua. Adam dah bagi tanggungjawab ini pada aku Anggerik.!" Terry masih tidak berpuas hati dengan alasan Dan reaksi dari Anggerik berhubung perkara ini. Semangatnya untuk menghukum pesalah semakin berkobar dalam diri. Dia mahu tamatkan hal itu Segera.

" Tak perlu Terry! Saya boleh uruskan hal itu sendiri. Awak boleh balik. Anggap tiada apa - apa yang berlaku." Dalam fikiran Anggerik, dia masih memikirkan kenapa Mawar begitu Benci dia. Dia mahu tahu sebab sebenarnya. Kerana hal itu disebabkan keluarga dia tak mahu semua itu dikongsikan dengan Terry. Dia takut sebenarnya selama ini Mawar merana dalam diri. Dia akan mencari jalan untuk mengetahui sebab apa?

" Kenapa Mawar Benci aku!"

" Anggerik jangan berdegil ikut kan hati. Engkau pun tahu? Masalah ini Takkan Selesai kalau engkau ambil mudah masalah macam ini. Percaya kan aku dia Takkan berani kacau lagi kalau kita ambil tindakan perbuatan dia." Terry semakin bengis bila Anggerik masih berdegil merahsiakan siapa Dalang yang membuat onar dalam hidupnya. Anggerik masih tidak berfikir onar apa lagi

" Saya boleh selesaikannya Terry! Terima kasih sebab membantu. " sebaik sahaja Anggerik habis bicara dia dapatkan Mukhriz tinggalkan Terry terkinja - kinja keseorangan.

" Shit, Fucking Fuck! Bullshit!" Wajah bengang Terrry memandang ke arah
Anggerik.

Adam melangkah ke arah Terry mendapatkan adiknya. Dapat dilihat Adam wajah bengis Terry, tentu perbualan tadi tidak mendapat kepuasan Dan mengikut kehendak Terry.

" Aku tak kira Adam, aku nak dapatkan juga budak lelaki itu!" Wajah Terry yang kasar memandang kearah Alex. Dia masih belum berpuas hati dengan sikap Anggerik. Dia akan meneruskan niatnya menculik Alex bagi mengetahui siapa Dalang disebalik apa yang berlaku.

" Apa kata Anggerik Terry pasal dia!" Mata Adam menjeling sekilas ke arah Alex, dalam pandangan biasa dan tenang di wajah Adam.

" Dia nak Selesaikan sendiri masalah itu, dia rahsiakan siapa Dalang malam itu!" Bengis Terry menjawab dengan mata birunya terjegil memandang kearah Adam.

" Kita tak perlu masuk campur Terry, ikut keputusan Anggerik!" Tenang Adam membuat keputusan yang merupakan Arahan Kepada Terry.

" Engkau gila?engkau nak selamatkan dia Atau Engkau nak dia hidup dalam bahaya?" Semakin Panas hati Terry dengan semua kegilaan Adam Dan Anggerik yang buat keputusan tanpa memikirkan bahaya yang akan mendatang.

" Aku hormat keputusan Anggerik Terry, Cukup dia tahu apa yang terbaik!" Adam tahu keputusan yang dibuat Anggerik adalah keputusan yang terbaik dalam hidupnya. Dia tak mampu nak halang segala yang dibuat Anggerik.

" Engkau pun sama Adam, letak kan Anggerik dalam bahaya!" Suara Terry terkuat pada abangnya, masih tidak berpuas hati dengan segala kuputusan Adam.

" Terry cukup! Tamatkan segalanya!" Bengis wajah Adam memandang kearah Terry. Wajah tenangnya sebentar tadi telah Merona merah memandang kearah Adiknya tajam seperti Dia mahu menelan.

Terry dapat lihat Adam sedang tahan perasaan marahnya kepada dia, kerana kedegilan dirinya. Tapi hati Terry sakit, setelah pelbagai usaha bagi menjejak. Setelah dia menjumpai bukti sebelum ke penghujung. Dia terpaksa berhenti dalam menyelesaikan masalah itu. Itu yang Terry tak puas dalam siasatan itu.

" Engkau akan menyesal Adam..!" Sebaik sahaja dia luahkan perasaannya, dia tinggalkan Adam di majlis. Dia tiada lagi urusan disitu, dia perlu Cari ketenangan, Dan ketenangan dia kini di fikiran Terry Hanya Di kelab...

" Engkau selamat kali ini Alex, selamat sebab Adam!" Sinis Terry keluar dari Majlis Dan mendapatkan kereta dirinya yang memasuki bahagian belakang sebelum keretanya dipandu oleh pemandu mengharungi pekat malam.

" Kita nak pergi mana Bos? Suara pemandu membingitkan telinga Terry, membuatkan dirinya yang mengelamaun sebentar tadi, terhenti.

" Kelab biasa!"

*****

" Nah! Macam yang Awak cakap kan semalam!" Mawar duduk disisi Terry yang semakin rakus menuangkan Arak dalam gelasnya.

" Hmmmm! Engkau tak minum sekali?" Wajah Hots yang menemani dirinya dirasakan serabut pada pandangan Terry. Dia mahukan sendiri, membuang segala pemikiran yang Dia tidak puas hati pada Anggerik Dan Adam. Kehadiran Hot disisi tidak banyak membantu Terry..

" Tolong saya dengan itu, hidup saya lepas ini akan tenang!" Mawar masih merasakan Terry tidak berminat berbual dengannya Tapi hatinya Ingin mengetahui apa plan Terry kali ini.

" Jangan khuatir benda ini kejap lagi aku Selesaikan." Jari jemari Terry memanggil seseorang. Setelah kehadiran pembantunya, Terry membisikkan sesuatu dan menyerahkan sampul surat yang diserahkan Hots kepada pembantu.Lelaki itu dilihat Mawar berlalu dari Terry Dan keluar dari Kelab menghilang entah kemana.

Mawar terkejut...!

" Terry Awak tak lihat dulu gambar itu? Macam mana Awak nak Bantu saya?" Mawar berdecit geram, bersahaja sahaja Terry serahkan sampul yang mengandungi gambar Aanggerik ke anak buahnya tanpa melihat. Mawar ingat kan Terry yang akan uruskan segalanya, memandangkan permintaan dari dia semalam.

" Mereka semua professional? Engkau jangan bimbang hal itu. Anggaplah benda itu Selesai!" Sinis Terry bicara dengan pandangan kearah Mawar. Seakan Mawar mencurigai gaya pimpinan dirinya dalam hal begini.

" Saya harap benda itu selesai!" Lemah suara Mawar bila Terry cakap begitu, Seakan hal dirinya untuk Selesaikan masalah itu Hanya mainan bagi Terry. Sedang kan sebelum ini Mawar telah gagal. Itu yang Mawar tak puas hati dari reaksi Terry.

Dulu dia pernah bagi sepenuh kepercayaan kepada lelaki tua  itu untuk Selesaikan kerjanya membalas dendam kepada Anggerik. Tapi lihatlah keputusannya, sampai sekarang lelaki tua itu tidak menghubungi dia.

Kemana lelaki tua hilang pun Mawar tak tahu. Sampai sekarang orang tua itu gagal dihubungi, Mawar anggap mungkin lelaki itu dah lari.

Tapi yang pelikkan Mawar, macam mana Anggerik malam itu boleh terlepas. Kesemua lelaki yang diupah dulu hasil makluman dari lelaki tua itu juga dia tak tahu apa yang terjadi pada mereka. Perkara itu macam mimpi bagi Mawar..dia yang arah kan Anggerik diangkat oleh dua lelaki, Tapi macam mana Anggerik yang telah khayal, boleh terlepas macam tiada apa yang berlaku.

Dulu lelaki tua itu yang Beria - Beria menolongnya, mengatakan semua permintaan Mawar merupakan hal kecil. Dia telah menghabiskan wang yang banyak untuk hal itu terjadi. Tapi sebaliknya, duitnya hilang dan Anggerik bagaikan tidak berlaku apa - apa.

Keadaan  sama berlaku dengan Terry sekarang ini di mata Mawar. Dia takut kejadian sama berulang. Terry dilihat Mawar Terlalu ambil mudah semua perkara.

" Macam mana dia ini boleh jadi Ketua Mafia. Aku harap Nick tak salah maklumat tentang dia." Mawar masih tak berpuas hati. Kerana itu Mawar meninggalkan Blue Dan pergi mendapatkan  Nick Di Bar.

" Engkau masih berdegil Mawar tak dengar cakap aku!" Mata Nick memandang tajam pada perempuan degil dihadapannya.

" Relax aku boleh kawal lagi situasi itu Nick. Jangan bagi tekanan dekat pemikiran engkau tu." mata Mawar dipandang melihat ke atas, muak dengan segala Nasihat Nick yang dirasakan mengarut Dan tak masuk akal.

" Aku fikirkan untuk kebaikan engkau Mel, kalau engkau anggap semua itu mengarut, terpulang. Tapi jangan cakap aku tak ingat kan engkau kalau sesuatu terjadi dekat engkau nanti." Kening Nick bertaut, menandakan dia tak main - main dengan amaran dia.

" Aku pandai jaga diri!" Mawar tak mahu kalah dalam perbualan dia berdua dengan Nick.

Alex mereka berdua tahu ada peragaan pakaian Di Majlis hari jadi Mukhriz. Agensi Alex menjadi Penaung bagi majlis itu.Berita Itu semua telah terpampang Dan tersebar di majalah- Majalah.

" Kali ini kenapa susah sangat Engkau nak dengar?" Nick masih belum puas menasihati.

" Anggap aku dah matang Nick. Matang buat keputusan sendiri?" Mawar tiada menunjukkkan tiada mahu mengalah.

" fine! Ingat Mawar jalan yang engkau pilih.!" Nick tiada pilihan, ugutan! dan dia harap Mawar akan fikir dua kali segala tindakan dia.

" Done Nick" Mawar tidak berminat lagi untuk meneruskan perbualan Tentang hal itu.

*****

" Puan Mawar, Puan Anggerik nak jumpa Puan Mawar sekarang ini. Boleh dibenarkan Puan?" Setiausaha Mawar membuat panggilan, Tapi tak sangka Mawar, Anggerik disitu pagi ini untuk bertemu dia.

Mawar Senyum sinis, " Suruh dia tunggu lagi 15 minit, saya ada kerja perlu saya Selesaikan. Selepas dari masa itu, Awak boleh benar kan dia masuk jumpa saya, Alia!" Arahan Mawar yang kedengaran Tegas, sedang kan fikirannya telah telah bercambah dengan Idea untuk kenakan Anggerik.

Mawar sekali lagi Senyum sinis, telefon bimbitnya didapatkan Dan dia membuat panggilan Kepada seseorang. Dia sudah tidak ambil peduli, ini adalah peluang dia untuk segala rancangan dirinya berjaya.

Panggilan berjaya disambungkan, Dan dengan tiga panggilan, suara lelaki kedengaran..

" Hello"..

" Dia Disini?" Kening Mawar terangkat keterujaan sambil senyuman sinis Mawar semakin melebar.

" Siapa?" Lemah kedengaran suara di panggilan. Suara lelaki yang Mawar anggap baru bangun dari pembaringan malam.

" Gambar yang aku bagi semalam? Dia ada disini, aku hantar lokasi untuk orang- orang engkau lakukan kerja!" Mawar memberikan Idea untuk segala plannya berjaya.

" Okay aku faham, aku uruskan. Engkau akan terima berita gembira aku." Terry meneruskan pembaringan dirinya. Dia terlalu penat semalam dengan mabuk Dan memuntahkan kembali segala yang Terdapat dalam isi perutnya. Dia masih lemah, Tapi dia perlu buat panggilan.

Satu lokasi telah dihantar Mawar ke telefonnya. Terry yang melihat Hanya menghantar lokasi itu kepada orang yang diamanahkan untuk jalan kan kerja - kerja itu. 

Satu panggilan dibuat Terry. Dia telah berjanji Dan dia perlu tunaikan segala permintaan dari Hots, wanita yang semakin rapat dengannya.

" Bos ada apa?" Suara lelaki dalam panggilan bersama Terry.

" Aku dah send location dan Gambar untuk engkau Selesaikan hal itu.Aku nak benda itu Selesai hari ini!" Tegas bicara Terry sambil matanya masih berpinar dipicit dengan tangan  Bagi mengurangkan kesakitan.!

" Bos Maksudkan gambar semalam?"Suara anak buah Terry memulakan soalan takut dia tersalah orang.

" Ada gambar lain yang aku bagi? Ada kerja lain ker yang aku bagi?" Sinis soalan Terry bersama suara kuat, yang membuatkan anak buahnya mula mengelabah.

Dia Cepat marah kerana keadaan dirinya yang tidak berapa baik pagi itu. Semalam dia  mempunyai masalah dengan Anggerik Dan Adam yang belum selesai. Perkara itu masih menganggu fikiran Terry. Dan kini, anak buahnya bertanyakan soalan yang bodoh bagi pandangan Terry.

" Saya Selesaikan sekarang Bos!" Kalut anak buah Terry membuatkan persetujuan.

" Maklumkan pada aku kalau benda itu dah selesai. Tunggu arahan selanjutnya.!" Terry memberikan arahan selanjutnya, dia tahu dia boleh harapkan Scoth untuk membuat segala kerja itu. Scoth dengan penuh bengis, berbadan tegap Dan Bermisai. Lelaki itu tidak suka kepada senyuman, hanya berwajah masam sepanjang hari.

Namun yang membuatkan Terry percaya kepada segala kerja dia. Scoth tidak pernah gagal dalam menjalankan tugas dia.

Dia seorang lelaki yang mendengar arahan, mengalahkan Askar bagi Terry, Scoth dipenuhi dengan disiplin yang Cukup tinggi, lelaki berbangsa yunani.

Sikap Scoth dirasakan Terry menjauh dari sikap Terry sendiri, dia seorang yang tidak mendengar arahan sepenuhnya. Perkara itu membuatkan Terry ketawa sendiri, bila dia kembali mengigatkan kepada Adam.

" Adam Engkau akan selamanya pening dengan sikap aku!"

Tubuh Terry dibawa kembali berbaring bagi menghilangkan lagi pening Dan mengantuknya. Dia harap bila dia tersedar, segala masalahnya akan selesai, untuk dia Lupakan masalah malam itu apa yang telah terjadi.

bukan mudah, segala hal itu dibuang dari pemikiran dia. Dia masih berpegang kuat pada prinsipnya, "Selesaikan Dan tamatkan." Hanya menunggu waktu untuk hal itu Di tamatkan Tapi bukan waktu sekarang. Dia masih menunggu peluang.

****

Anggerik melangkah kearah Mawar yang telah menantinya dibilik pejabat syarikat mereka. Bagi Anggerik dia perlu bincangkan hal itu dari hati ke hati.

Dia mahu tahu apa yang menganggu Mawar selama ini. Kenapa Mawar memilih dirinya untuk dibenci, sedang kan selama hidup mereka berdua, Anggeriklah yang banyak mengalah, mengelak dan bersembunyi dari realiti..

" Mawar Anggerik nak tanya kan sesuatu?" Anggerik berhadapan dengan Mawar akhirnya, dia memilih jalan itu untuk dia bersemuka Dan bertanya sendiri untuk masalah diantara mereka Selesai.

" Engkau nak tanya apa?" Sinis suara Mawar, pandangan matanya tidak terarah Kepada Anggerik Tapi kepada pemandangan dari sudut dinding kaca biliknya.

Dilihat Anggerik Mawar berpeluk tubuh. Walaupun jarak mereka menjauh tetapi pendengaran mereka berdua jelas dengan butiran percakapan masing - masing dapat didengari telinga mereka.

" Aku dah tahu pasal malam itu. Engkau ada disana Mawar!" Hati Anggerik Terasa sedih Tapi dikuatkan juga hati untuk berhadapan dengan Satu - Satu adiknya. Dia tiada lagi adik beradik lain. Dia Hanya ada Mawar.

" Pasal malam apa Anggerik? Aku tak faham apa engkau Maksudkan?" Kali ini pandangan Mawar telah terarah Kepada Anggerik. Tajam Dan sinis.

" Engkau Benci aku?" Anggerik memulakan langkah untuk mengetahui perkara sebenar.

" Kenapa tanya pada aku? Bukan engkau dah ada jawapan untuk perkara itu?" Sekali lagi Mawar tersenyum sinis, dia tiada masa untuk berjawab soalan dengan Anggerik. Dia pasti Angggerik telah tahu perasaan dia terhadap Anggerik.

" Aku tahu engkau Benci aku Mawar, Tapi aku tak pernah ada perasaan macam itu, aku ....Anggerik Sayang Mawar!"  Air mata Anggerik gugur bila kebenaran jelas dimatanya yang Mawar benar - benar Benci kan dia.

" Aku ada Suruh engkau Sayang kan aku Anggerik?" Mawar masih dengan egonya yang tinggi, segala bicara Anggerik dia rasakan menganggu.

" Mawar jangan buat begini. Kenapa kita tak boleh Jadi macam adik beradik yang lain. Kenapa kita mahu membenci. Apa salah Anggerik?"

" Engkau dah kaji semua yang terjadi Anggerik. Hidup aku? Hidup engkau? Ayah, Ibu . Semua? Engkau dah kaji?" Mawar mengetap geram dirahangnya, dia tidak memberikan peluang Kepada Anggerik untuk meneruskan dia yang akan memulakan segalanya kini.

" Nick? Apa engkau buat dekat dia! Koma?"

"Mukhriz? Engkau rampas dia dari aku!"

" Perhatian? Engkau dapat jauh lebih perhatian dari orang sekeliling Anggerik? Sedangkan aku? Pernah fikirkan perasaan aku.

" Ayah? Ayah Lebih kan engkau Dan Sayang kan engkau dari aku! Aku dapat lihat itu.

" Dan ..! engkau ada orang - orang yang Selalu membantu engkau waktu engkau dalam kesusahan, macam Adam? Aku sebenarnya benci Adam Anggerik, meluat aku lihat semua itu." Mawar menjerit melepaskan semua yang terbuku dalam hatinya.

" Habis itu engkau cakap dekat aku. Engkau nak aku buat apa?" Anggerik menyeka air matanya. Semua yang dikatakan Mawar sebelum ini, semua itu Dia telah halang dengan daya usaha Anggerik untuk perkara itu tidak terjadi.

Tapi kenapa hal lain yang terjadi kepada mereka. Hingga membuatkan Mawar membencinya lagi.

" Pergi dari sini Anggerik, sama ada aku Atau engkau yang keluar dari negara ini. Kita bukan ditakdirkan bersama. Aku Benci konsi udara dengan engkau Anggerik!"

Mawar benar - benar meluahkan segala perasaannya yang terpendam. Memandangkan sedikit masa lagi Anggerik akan menerima hukuman, untuk apa lagi perkara itu dirahsiakan.

" Engkau nak aku pergi dari sini baru engkau puas! Aku akan pergi Mawar, aku akan bagi peluang itu jika itu boleh buatkan hidup engkau tenang."

Anggerik tidak mahu lagi berbalah, dia tahu segalanya salah faham bagi Mawar. Jika itu yang Mawar pilih. Berjauhan Dia akan buat perkara itu mengikut cadangan Mawar. Dengan kekayaan Mukhriz Dan pujukan dari Anggerik.

Dia rasakan hal itu bukan mustahil. Hidup diluar negara bekeluarga disana, bukan mustahil bagi Anggerik, kerana Anggerik tahu Bapa mentuanya juga tinggal disana. Dia tekad untuk memujuk Mukhriz.

" Tunggu dulu Anggerik, aku belum habis kan lagi pengorbanan engkau untuk aku!" Licik Dan sinis bicara Mawar, sambil jelingan menyampahnya diarah ke arah Anggerik.

" Apa dia!" Anggerik tidak tahan lagi duduk lama dengan Mawar. Dia tahu semua yang dia buat selama ini salah dimata Mawar. Jika Mawar rasakan itu pilihan yang tepat dalam hubungan mereka, Anggerik akan ikut pilihan Mawar.

" Tinggalkan Mukhriz, aku yang sepatutnya layak hidup dengan dia!" Tanpa malu Dan bersalah permintaan itu Mawar luahkan untuk Anggerik Segera berundur dari hidup lelaki itu.

" Hah"..Anggerik terkejut Dan tergaman dengan permintaan Mawar. Tak sangka Mawar, Mukhriz pun menjadi isu dalam Bab kebencian Mawar pada dia. Sedangkan telah terang Dan jelas dalam mata Mawar sebelum ini. Sebab apa dia Dan Mukhriz berkahwin.

Anggerik mengetap bibir Dan pandangan memandang kearah adiknya.

" Mukhriz engkau kena Cari jalan untuk perkara itu Mawar! Bukan aku tak nak ikut cadangan engkau tu Tapi aku takut Mukhriz yang Takkan terima!" Lemah Dan lembut Anggerik memaklumkan Tentang hal membabitkan Mukhriz. Anggerik tahu Mukhriz Dan kedegilan dirinya sama dengan Mawar.

" Engkau takut Atau tak berani Anggerik. Engkau sebenarnya cakap semua itu tanpa bukti. Engkau ibarat sampah dalam hidup aku!" Makian Mawar yang membuatkan Anggerik semakin bersedih.

" Aku akan bincangkan perkara ini dengan Mukhriz. Aku tiada masalah. Aku akan tunaikan semua itu Mawar, kalau itu buatkan engkau gembira!" Anggerik hilang kata. " Dapat ker Mukhriz terima cadangan mengarut Anggerik. Reaksi Mukhriz nanti bila tahu hal itu.!"

Anggerik gigit bibir dirinya yang merah. Dia lepaskan segala keluhan yang terbuku dalam hati, sambil mata Anggerik memandang kearah Mawar.

" Engkau Takkan Benci aku kalau aku buat semua ini Mawar."

" Aku fikirkan". Mawar masih dengan kesombongan dalam dirinya.

" Aku akan buat semua itu!" Sehabis bicara, Anggerik melangkah meninggalkan Mawar. Segala yang dibincangkan tadi bagaikan sekam yang tinggal dihati Anggerik. Dia tidak menyangka pengorbanan dirinya selama ini disalah anggap, Sehingga kembali meranakan diri Mawar.

" Mawar Benci aku serba salah aku elak dia. Elak dari masalah kami. Sudah sampai masa semua ini kita Selesaikan Mawar. Aku akan pergi jauh.

******

Anggerik melangkah meninggalkan pejabat Mawar. Kakinya melangkah laju menaiki lift. Dia tidak perasan Ayah telah menyedari kedatangan dirinya pagi itu ke pejabat Mawar.

Setelah menunggu dia dimakluamkan oleh PA nya yang Anggerik telah keluar. Ayahnya mendapatkan Anggerik, namun sebaik tiba dia terpaksa mengejar Anggerik yang dilihat berjalan laju ke pintu keluar syarikatnya.

" Anggerik" Suara tuanya Dan langkah kaki tua yang tidak sehebat dulu megejar.

Anggerik meneruskan perjalanan tanpa mendengar panggilan ayahnya.

Sebuah Van dipandu laju dikawasan syarikat memerhati susuk tubuh seorang gadis yang baru keluar dari Pintu Utama.

Gambar dilihat Dan dicam dengan teliti sama ada perempuan yang sedang berjalan adalah sama dengan perempuan di dalam gambar.

" Macam dia? Engkau lihat ini, itu bukan perempuan itu?" Scoth menunjukkkan seorang perempuan kepada seorang pembantu.

Mata pembantu melirik kearah perempuan Dan kembali ke arah gambar. " Memang dia!" Dia memberikan jawapan pengecaman.

" Kita bersiap sedia!" Scoth menyarungkan topeng dimukanya sambil memberikan arahan kepada dua lelaki yang lain.

Setelah Kedua - dua lelaki menyarungkan topeng, mereka bertiga bersiap sedia.

Anggerik berjalan laju dari situ. Masih memikirkan Tentang perbualan dengan Mawar. Dia tak tahu dari Mana dia perlu bermula. Mukhriz, pindah, Adam . Tinggalkan Rumah, Ayah, keluarga, Atuk Dan Opah. Semua itu buatkan Anggerik pening tanpa tersedar akan bahaya yang sedang menantinya.

Sebuah Van berhenti merapat dihadapan Anggerik. Tanpa Sempat Anggerik berpaling, pintu Van dibuka Dan dapat dilihat Anggerik dua lelaki bertubuh sasa, bertopeng gelap dihadapannya.

Tanpa Sempat Anggerik berkata Tubuh Anggerik dipeluk paksa bersama mulutnya ditekup dengan tangan kasar Dan dibawa masuk dalam sekelip mata.

Kedengaran decitan Tayar Van dipandu laju, sebelum Anggerik Sempat menjerit kerana ketakutan, Satu tangan kasar menghentak belakang lehernya, yang membuatkan dunianya gelap.

" Anggerik!"
Suara Datuk Johari menjerit Dan mengejar bila melihat anaknya dibawa pergi. Tubuh Datuk Johari mengigil Dan terkejut melihat segala yang terjadi dihadapan matanya. Dirinya yang tergamam dengan kejutan  apa yang berlaku, hanya  memegang dada sebelum dirinya  rebah kelantai.

Pekerja - pekerja disyarikatnya mendapatkan Datuk Johari memberikan bantuan. " Panggil ambulans,"kedengaran seorang lelaki Di pendengaran telinga Datuk Johari.

" Dapatkan bantuan, Anggerik diculik" Suara terakhir Datuk Johari sebelum dunianya gelap.

****

Mawar tersenyum sinis melihat apa yang berlaku dihadapan matanya. Disebalik cermin kaca biliknya, semua nya terlihat jelas.  Anggerik dibawa pergi oleh  seseorang dari orang bawahan Blue. Nampaknya kali ini plannya benar - benar berjaya.!


************

PB

Vote, komen.. Rate.. TQVM ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience