Bab 29 ( A2 )

Romance Completed 306520

" Apa yang jadi Terry? Engkau gila bawak perempuan ini dekat sini!" Adam telah geram bercampur dengan marah, segala Bukti telah berada ditangan.

Dia dapat Jelas dalam gambar seorang wanita yang sedang mengandung berada di pulau adiknya. Wanita sama yang sebelum ini Terry maksudkan.

Tapi Adam masih belum kenali Siapa gadis yang dimaksudkan oleh Terry.
Dia masih menunggu Tapi masa tang diperuntukkan untuk Terry perkenalkan “ Bakal Isterinya” mengambil masa yang lama.. Jadi sekarang adalah masa untuk Adam bertindak..

Hanya gambar dari sisi yang ditangkap. Sewaktu Adam Dan Roselle dalam dakapan.

" Tak guna siapa yang jadi tali barut dalam hal ini!" Bicara Terry dalam hati masih belum puas mengetahui siapa dikalangan mereka Di pulau yang menjadi tali barut Adam.

Dia kena siasat Atau..? Abang pasang spy yang jauh lebih hebat dari orang - orang tang dia ada.

Tapi tak mungkin! Mustahil semua itu. Orang - orang dia yang bekerja dibawahnya semuanya orang- orang terlatih. Pulau yang diduduki Terry Pulau Persendirian. Tak ramai yang tahu hal itu.

Sistem operandi dipulau itu juga semua berfungsi dalam keadaan baik.. Jika mereka mempunyai tetamu dari luar. Tentu sahaja Terry dimaklumkan terlebih dahulu. Tapi yang jadi soalan Terry.. Macam mana Adam boleh dapat gambar itu..

Terry tiada pilihan lain. Dia kena siasat semua itu sebelum masalah Adam dalam hidup dia semakin parah..Jadi dia akan ambil tindakan dulu agar masalah tidak berlarutan.

" Relax Adam cantik gambar ini !" Terry berkias sambil gambar yang menunjukkan dia sedang memeluk erat Roselle dipandang.

Senyuman sinis pada bibir Terry Tapi dalam perasaan, jantung Terry telah berdegup Kencang. Berharap Adam tiada gambar yang lain menunjukkan wajah Roselle secara berdepan.

Bentuk mata Roselle yang bermata biru kini Milik Anggerik! Itu yang Terry takutkan..

" Aku bukan maksudkan kecantikan gambar itu Terry? Siapa perempuan itu, Mana engkau Culik dia? Kenapa sampai sekarang belum kenalkan pada Keluarga?"
Adam dapat rasakan Terry bermain helah. Entah apa rahsia yang disembunyikan Terry mengenai wanita misteri yang menjadi persoalan dalam hidup Adam.

" Dia belum bersedia lagi Adam nak jumpa keluarga kita. Mungkin sedikit masa lagi. Aku yang tak ada masa bawa dia kepada keluarga. Engkau pun tahu kesibukan. Aku !"

Terry menciptakan alasan. Semahunya dia tak mahu Adam berjumpa dengan Roselle, Dia takut Adam mengesyaki sesuatu bila terpandangkan Rosella nanti.

Adam sangat taksub pada Anggerik. Sesuatu yang akan menakutkan lebih perasaan Terry sekarang..jika dia abangnya dapat kenali siapa Roselle yang sebenarnya..

Semua yang berkaitan Anggerik, lelaki itu akan ketahui samada Cepat ataupun lambat.. hal itu akan terbongkar juga.

" Aku nak jumpa dia hujung Minggu ini Terry? Engkau nak bawa jumpa Mommy sampai Dia dah beranak?" Adam tegas dalam Perlian pada anaknya.

" Hujung Minggu ini aku kena pergi Itali. Engkau pun tahu atas urusan apa Adam!" Terry berkeras. Dengan keadaan tubuh Roselle sekarang yang semakin berisi, Terry anggap itu bonus bagi dia, bagi Adam tidak mengenali diri Roselle yang sebenar.

" Ini bukan permintaan dari aku Terry, Tapi suatu Arahan untuk engkau! Dah lama aku Dan Mommy tunggu seseorang yang akan engkau perkenalkan kepada keluarga kita. Jadi tiada istilah tidak." Adam mengunakan kuasanya dalam mengawal segala kelakuan Terry.

" Arahan engkau masih tak masuk akal Adam. Apa beza aku kenalkan nanti dengan hujung Minggu ini. Urusan Di Itali itu penting?" Terry masih belum mengalah bila isu perniagaan dibawa masuk dalam perbalahan keluarga.

" Terpulang Tapi Kalau ada berita yang mengejutkan nanti engkau jangan salahkan aku!"

Terry mengetap bibir geram. Dia faham Maksud Adam. Nampaknya keputusan Adam muktamad. Dia mahu berjumpa segera dengan Roselle sama ada dalam keadaan paksa ataupun dipaksa. " Shit!"

Terry dah tahu, jika hujung Minggu ini Terry tak perkenalkan Roselle, Adam akan ambil tindakan sendiri untuk berjumpa dengan Roselle sendiri. Hal itu lebih menakutkan bagi Terry, jika Adam akan berjumpa dengan Roselle sendiri.

Walaupun Roselle hilang ingatan Dan penampilan yang telah bertukar sepenuhnya. Tapi hal itu masih menakutkan bagi Terry jika Adam dapat ketahui sesuatu..

" Ada apa alasan lagi Terry? Jangan kata aku tak bagi amaran  kali ini?" Adam memberikan amaran, dapat dilihat wajah Terry mula menampakkan perubahan.

Adam harapkan perubahan yang Baik bagi sifat Terry.

" Bila Engkau nak jumpa dia? Keluarga kita semua kena hadir semua. Aku tak nak berulang kali perkenalkan dia pada semua orang." Terry memberikan syarat. Selesai semua itu dia akan berdepan dengan masalah Di Itali kembali.

Sepenuh pengharapan dalam hati Terry, Dia Hanya harapkan semua orang tidak mengenali Roselle Sebaik sahaja wanita itu diperkenalkan pada Keluarga.Sesuatu yang buatkan Terry kecut perut.

Ketakutan Terry bukan kepada Mommy Dan Maddy... James boleh diuruskan, kerana adik lelakinya itu rakan subahat dalam Plannya.

Terry cuma takutkan Adam. Kerana Adam Obses dengan Anggerik. Dan Roselle bersama hubungan mereka buatkan Terry tak senang duduk.

" Hujung Minggu ini. Banyak yang kita perlu bincangkan lebih - lebih lagi anak dalam kandungan itu Terry? Macam mana dengan status hubungan itu. Perkahwinan yang aku maksudkan?" Adam mengetap geram bila Terry buat biasa Tentang hal libatkan Keluarga.

“ Dia boleh jadi Ibu pada anak - anak aku nanti Tapi belum Tentu dapat jadi Isteri aku Adam. Kami tak perlukan perkahwinan.” Terry membantah sekeras- kerasnya. Perjalanan hidup dia Biar dia yang Tentu kan.

Pengalaman perkahwinan orang - orang sekeliling banyak mengajar Terry Tentang erti sebuah perkahwinan Dan kesetiaaan.

Bagi Terry tiada istilah kesetiaan dalam hubungan. Masing - masing mempunyai pilihan hidup Dan jalan hidup yang tersendiri.

Pasangan boleh dipilih Dan perkahwinan yang wujud Hanya Kontrak bertulis yang tiada apa - apa maksud. Hanya pengkongsian Harta Dan anak.

Sedangkan semua itu juga boleh dapat jika dalam hubungan yang tiada ikatan. Bebas untuk kekal Dan pergi dalam masa yang mampu bertahan.

Waktu ini, dia perlukan Roselle untuk menjauh dari Anggerik. Bonus dari hal itu, Roselle terpaksa mengikut semua kemahuan dia tanpa bantahan. Lebih Jelas dalam hal itu, wanita itu diculik Dan dibawa kesini tanpa pengetahuan Adam.

Itu adalah masalah terbesar yang terpaksa dihadapi Terry. Untuk menghalang dari perkara itu berlaku sesuatu terpaksa dilakukan Terry untuk hal itu dari Adam mencari salahnya dan mengungkit hal dulu.

Jadi nak tak nak mereka berdua kena ada anak bersama bagi Adam tidak melakukan sesuatu di luar kawalan fikiran dia nanti terhadap diri dia.

Hukuman Adam kepada Terry memang gila. Kemarahan Adam dalam hal melibatkan Terry tiada had limit. Jadi sebelum membuatkan Adam marah adalah sesuatu yang dielakkan Terry dalam hidup dia, kecuali kes melibatkan Anggerik.

“ Macam mana dengan keturunan kita nanti Terry? Sebelum buat sesuatu fikirkan pasal hal itu? Kenapa engkau tak nak kahwin dengan dia?” Adam menunjukkan wajah pelik pada Terry.

“ Aku tak tahu pasal perasaan itu. Lagipun aku tak perlukan itu semua. Engkau tahu kehidupan aku macam mana Adam, Dan kesilapan aku Tentang hal itu... buatkan dia mengandung. Tapi itu semua bukan bukan syarat aku akan benarkan dia kawal hidup aku.”

“ Oh Terry? Bila Engkau nak insaf Tentang hal itu? Engkau pun tahu bukan senang dia nak mengandungkan seseorang dalam diri dia lebih - lebih lagi zuriat engkau Terry! Engkau tak pernah fikir hal itu?”

“ Dia yang terpilih dalam semua wanita Adam.. dia sepatutnya yang berbangga aku pilih dia. Tapi Sayang dia tetap tak boleh kawal hati aku!” Terry berkeras dalam hal perkahwinan.

“ Memang adik aku yang seorang ini dah gila? Aku semakin tak sabar nak jumpa dia Terry? Aku nak lihat wanita bagaimana yang pilih engkau Dan sanggup jadi hamba pada engkau sepanjang hidup dia?

Aku rasa ada yang tak Betul dalam Otak wanita itu.” Adam mengelengkan kepala mengingatkan kehidupan Terry yang mengikut cita rasa adik lelakinya. Adam nak masuk campur, hal itu telah terjadi Dan Kedua- dua pasangan itu telah dewasa untuk buat pilihan dalam hidup mereka.

“ Tak semua acuan hidupnya akan ikut jejak langkah engkau Adam. Kita ada laluan hidup masing - masing.” Terry mengangkatkan kening membalas kepada Adam yang sedang serius pandang kearahnya..

“ Aku kena jumpa dia dulu baru aku bagi keputusan Terry. Penilaian aku bukan mudah? Kening Adam terangkat memandang dengan Maksud yang Terry dah faham sangat hal Adam.

“ Plak!”

“ Apa yang aku terlepas?” James datang, masuk dalam pejabat Adam Dan duduk disebelah Terry.

“ Minggu ini kita ada tetamu James dan Pastikan hujung Minggu semua jadual keluarga kita dikosongkan,” Adam memberikan arahan secara langsung kepada James.

“ Siapa tetamu itu?” Kening James berkerut. Dia pun tak tahu apa perbincangan telah dibincangkan oleh Adam Dan Terry.

“ Terry! Engkau tak nak terangkan pada James?” Adam sengaja menyuruh Terry yang jawab soalan itu.

Terry mengeluh sebelum mula bersuara. “ Teman wanita aku! Agaknya abang kita ini semakin tak sabar nak jumpa wanita pilihan aku.Wanita yang terpilih dalam kalangan wanita.” Terry membuat lawak.

“ Adusss, Engkau nak kenalkan dia pada Adam?” James terkejut dalam pada yang sama tak tersedar dengan ucapan mulutnya buatkan mulut Terry terdiam Dan Adam tercegat pandang kearah wajah muka adiknya.

“ Engkau pun kenal dengan perempuan itu James? Bila Engkau kenal dia? Aku rasa sepanjang masa engkau dengan aku?” Semakin Adam tak sedap hati.

Kalau melibatkan Terry Dan James dalam rahsia mereka berdua. Tentu sahaja ada yang tak kena dalam perkara itu. Dan diam kedua - duanya buatkan Adam lebih tak selesa menghadapi situasi itu.

Memang Dia kena siasat hal ini. “Hishhhhhhh!”Adam mengeluh.

*****

“ Mommy kenapa sedih? Baby kacau Mommy?” Adham duduk disisi Anggerik sambil segala perbualan Adham didengari Mukhriz tidak jauh dari Anggerik.

“ Mommy okay! Kenapa muka Momny nampak macam ada masalah ker?” Anggerik pelik, Rasanya dia tiada masalah yang sedang difikirkan dalam kepala. Semua urusan berjalan lancar. Mengikut pelan yang telah dipersetujui.

“ Mommy banyak termenung. Tak elok? Itu pesanan Mommy pada Adam kan!” Adham bijak dalam mengawal segala perbuatan dia pada Anggerik, naluri Adham Cepat mentafsir ada sesuatu yang menganggu Mommynya.

“ Mommy okay? Baby pun sihat Adham. Mungkin Mommy penat dengan kerja.” Anggerik memberikan alasan.

Mukhriz dilihat Anggerik telah datang kearah mereka berdua.

“ Kenapa ini?” Mukhriz memandang kearah Adham untuk mendapatkan jawapan.

“ Mommy penat! Sebab itu Adham nampak Mommy banyak termenung. Tak Baik kan Daddy banyak termenung?” Kini soalan sama ditujukan Adham pada Mukhriz.

“ Mommy pening nak uruskan Adham dapat Mommy baru!” Mukhriz Teruja dalam memaklumkan perkara itu kepada Adham sambil membuat reaksi wajah gembira.

Reaksi Adham.,

“ Yeayyyyyyyy! Adham dapat Mommy baru ker Daddy? Sambil Adham erat kan pelukan pada Mukhriz. Teruja dengan berita yang disampaikan oleh Daddy pada dia.

Mukhriz yang memeluk Adham erat Tersenyum manis pada Anggerik, menunjukkan kebahagaian yang akan dibawa dalam hidup dia dengan
“ Plan” Anggerik.”

Anggerik menjeling tajam pada Mukhriz. Penat sebentar tadi bertukar menjadi marah.

“ Adham! Nak sangat ker Mommy baru?” Anggerik geram bila dua beranak itu bekerjasama sakitkan hati dia.

Adham menoleh kebelakang tak faham apa yang Ingin disampaikan oleh Anggerik.

“ Kenapa Mommy cakap macam itu? Adham ada salah ker?” Serta merta wajah Adham yang tak tahu apa - apa berubah kepada Monyok.

Dia dapat rasakan kemarahan Anggerik. Mommy jarang marah dalam semua hal. Jika Anggerik marah mesti ada yang salah dia buat.

“ Anggerik kenapa nak marah Adham. Betul kan apa yang saya cakap? Apa yang salah. Lambat laun dia tahu juga pasal benda ini. Apa beza sekarang dengan akan datang!”
Mukhriz sengaja cari pasal. Nampak sangat Anggerik tak boleh terima bila hal libatkan Adham dikait ..Itu point Mukhriz nak buat hal..

Ketawa Mukhriz dalam hati.
“Nak mainkan sangat peranan dalam hal ini Anggerik. Aku nak lihat sampai bila semua ini masih boleh bertahan.”

“ Awak suka kusutkan hal ini Mukhriz. Sampai masa saya beritahu lah dekat Adham. Dia akan faham nanti dengan penjelasan dari saya, bukan dari Awak!” Anggerik berkeras.

“ Mommy, Daddy ! Kalau Mommy tak suka Adham dapat Mommy baru, Adham Takkan terima dia, Adham tak suka Mommy tu.” Adham pula bersuara mematikan perbalahan Mukhriz dengan Anggerik.

Mata Anggerik Segera berpaling mendapatkan anak lelakinya..

“ Lihat apa Awak dah buat Anggerik? Awak dah buang Mood Adham untuk terima Sherry dalam keluarga kita. Awak kena ingat Awak dengan Sherry perlu bermadu dulu. Lepas Awak bersalin baru saya buat keputusan. Nak tak nak Adham kena tahu kewujudan Sherry Sebab dia akan jadi sebahagian dalam keluarga ini.” Semakin Keras Nada Suara Mukhriz, segala arahan harus keluar dari dia sahaja. Dia yang paling Dominan dalam hal itu.

“ Saya Takkan setuju Kalau Adham tak nak terima Sherry jadi Mommy Kedua dia? Awak yang buat Adham hilang Teruja hal itu Anggerik.” Senang - senang Mukhriz letakkan kesalahan itu Kepada Anggerik. Semuanya salah Anggerik.

“ Salah Saya lagi Mukhriz?” Jari Anggerik menunjukkan kearah Mukanya sendiri.Semakin sakit hati Anggerik.. semua dia buat dirasakan semuanya salah Dan berbalik pada diri dia.

“ Habis itu Awak nak salahkan siapa? Adham dengan saya?” Mukhriz buat muka serius dalam menghadapi Anggerik yang semakin pening hinggakan kerutan di dahi Anggerik muncul.

Adham masih daalm reaksi Mood merajuk. Segala keterujaan tadi hilang serta merta.

Anggerik baru tersedar dengan keterlanjuran diri dia sebentar tadi. Lebih memenatkan Anggerik ada jer Idea Mukhriz nak kenakan dia dan sakitkan hati dia. Terjerat dalam Plan sendiri.

“ Adham Tentang tadi.. Mommy minta maaf!” Anggerik melepaskan segala khilaf tadi. Sekarang dia sedang berhadapan dengan anaknya yang tak tahu apa- apa.

Lebih penting Adham tak salah dalam hal itu. Dia tiada kaitan Walaupun nanti dia akan terlibat sama dalam semua masalah itu.

“ Apa Maksud Mommy?” Adham masih bersisa dengan merajuk Tapi masih mengajukan soalan Kepada Anggerik.

“ Apa yang Daddy cakap tadi betul. Semua Betul Adham. Nanti Adham akan dapat Mommy baru. Mommy Kedua Adham.”

“ Mommy Kedua? Mommy tak salah kali ini. Manusia semua buat salahkan Mommy?” Adham bijak dalam berkata- kata. Tapi dalam fikiran Adham dia belum faham sepenuhnya. Fikiran Adham terbatas. Anggerik perlu menerangkan lebih lanjut hal itu.

Mukhriz dah Tersenyum kelat melihat segala kelakuan Adham.

“ Tak kali ini Mommy dengan Adham Dan penerangan Daddy semua Betul. Sebelum Mommy lahir kan Baby, Adham akan dapat Mommy baru dulu. Daddy akan kahwin seorang lagi. Selepas itu Mommy akan terangkan selanjutnya apa yang Jadi pada Keluarga kita... Tapi bukan sekarang.” Anggerik menjelaskan secara perlahan untuk Adham anaknya faham.

“ Kenapa benda itu tak boleh bincangkan sekarang?” Adham sangat pasti segala penerangan dari Mommy. Dia akan faham Walaupun mengambil masa yang sedikit lama.

“ Benda itu Mommy kena bincangkan dengan Daddy dulu Adham, selepas itu kita akan bincangkan bersama langkah seterusnya. Tapi hal itu Mommy dengan Daddy Takkan bincangkan hal itu sekarang. Masalah ifu hanya kami berdua akan Selesaikan.” Anggerik tahu mesti Adham faham dengan maksud Anggerik.

Hanya sebahagian yang dia terangkan. Sebahagian lagi biarlah perbincangan itu dilakukakan dengan Mukhriz. Mereka berdua.

“ Daddy kahwin macam dalam TV tu ker Mommy?” Adham membuat wajah pelik pada Anggerik.

“ Yup macam itulah Daddy kahwin .” Anggerik memberikan pandangan pada Adham.

“ Kalau macam itu Adham tak nak lah Mommy? Datuk ada ceritakan dekat Adham dulu ada seorang kena dera bila dapat Ibu tiri dalam hidup dia bila ayah dia kahwin lain. Tapi Adham tak ingat sangat, benda itu selalu Datuk bincang dengan Opah. Tapi Adham faham!” Adham membalas.

Anggerik Dan Mukhriz terkejut dengan bicara Adham yang kesahihah pada cerita Adham dia cuba untuk difahamkan.

“ Datuk ada beritahu ker siapa nama perempuan itu Adham? Maksud Mommy dalam cerita Datuk tu!” Anggerik dapat rasakan getaran dalam dadanya semakin kuat. Seakan Datuk Mumtaz menceritakan Tentang kehidupan dia dulu Kepada Adham tanpa pengetahuan Anggerik.

“Tapi macam mana Datuk Mumtaz tahu?” Itu yang Anggerik pelik. Dia cuma kenal Datuk selepas perkahwinan dengan Mukhriz.

Mukhriz turut teruja..

“ Datuk cuma beritahu Adham dalam cerita Datuk itu watak tu nama dia Bunga Mommy. Tapi perjalanan hidup dia itu sedih. Adham tak nak Daddy kahwin. Nanti Daddy dah tak sayangkan Adham macam dulu.”

Adham mendapatkan Mukhriz. Segera pelukan Adham dibawa kedalam diri. Anak kecilnya pun mengerti betapa susah dalam perkahwinan Poligami. Pembahagian masa Mukhriz akan terbatas.

Mata Mukhriz menjeling kearah Anggerik bersama Maksud yang tersirat dalam pandangan matanya.

Pelukan Mukhriz semakin kemas. Dia tidak mahu menghampakan harapan Adham anaknya. Dalam masa yang sama Dia kena berhadapan dengan Anggerik. Sebab Anggerik yang berkeras dalam hal ini.

Anggerik hilang kata - kata bila Kisah hidupnya telah diceritakan kepada Adham anaknya. Dia tahu Datuk Mumtaz melakukan itu semua untuk mengajar anaknya dalam dunia sebenar kehidupan .

Realiti kehidupan yang terpaksa ditempuh Setiap orang.

Perasaan Anggerik berbelah bahagi.. separuh dari dirinya mahu dia teruskan dengan pelan Asal Dan sebahagian lagi dirinya mahukan dia batalkan niat dirinya sebelum ini bersama janji dengan Sherry..

Tapi Anggerik malu Dan takut... malu pada Mukhriz Dan perasaan dia pada diri sendiri nanti..juga takut berdepan dengan Sherry bila semua itu tak jadi...

Tapi Perasaan Adham juga penting dalam hal itu untuk dikira.. sesuatu yang tak difikirkan Anggerik sebelum ini..

Kehidupan lama hidupnya. Apakah jika dia pilih hidup itu, Nasib Adham akan sama dengan dia Satu hari nanti..

“ Kalau aku buat keputusan itu, Aku pentingkan Diri ?” Segala kekusutan yang membelenggu hidup Anggerik dalam buat keputusan..

Luv PB.....:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience