Bab 31 (A2)

Romance Completed 306520

" Engkau Panggil aku balik kesini Sebab benda ini?"

Satu kad diletakkan Jun berat di atas meja kopi di gedung bunga Anggerik.

" Ini majlis terbesar dalam sejarah untuk tahun ini. Mungkin Wedding Of the year. Sebab itu aku tak mahu engkau terlepas Jun." Suara Anggerik mendatar Tapi segala kekusutan Di Fikiran Anggerik buatkan Jun dapat rasakan kesedihan di mata Anggerik.

" Berikan aku Sebab kenapa Anggerik? Aku tak mahu tahu Atau tanya benda yang lain." Jun terus kepada persoalan. Kepenatan menaiki Kapal Terbang masih Jelas Terasa Di tubuh Jun. Tapi kerinduan dia pada Anggerik Dan Adham anaknya melebihi segala bagi Jun.

Malik telah bersenang lenang tidur sebelum Jun meninggalkan suaminya tadi. Pertemuan dengan Anggerik telah dimaklumkan awal kepada suami untuk meluangkan lebih masa bersama Anggerik.

Hal itu tiada halangan bagi Malik. Dia tahu bagaimana masa yang akan diambil mereka berdua apabila berjumpa. Malik tiada masalah Tentang hal itu.

" Semua kesengsaraan aku selama ini Jun, mungkin balasan dalam hidup aku. Semua yang terjadi dulu mungkin balasan untuk aku!”

Pandangan Anggerik beralih kepada Jun, wajah mereka berdua bertentangan bersama kerutan di wajah Jun Jelas. Sahabatnya tidak faham dengan maksud yang Anggerik sampaikan.

Justeru itu Anggerik meneruskan bicara..

“ Sebab tanpa aku sedar, aku adalah Penyebab kepada kesengsaraan hidup seseorang. Hidup dia lebih merana dari hidup aku!" Anggerik menerangkan segala berharap Jun faham apa yang bersarang dihati Anggerik ketika ini.

" Engkau cakap apa? Siapa? Sengsara apa engkau cakap ini. Jangan serabutkan Otak aku. Siapa yang sengsara?"

Jun kerutkan kening, Dia dah lama tidak disisi Anggerik. Apa yang jadi dalam hidup Anggerik Dan perkahwinan sahabatnya dengan Mukhriz, dia tak tahu langsung status mereka.

Tup! Tup! Jun dapat tiket Free dari Anggerik sebulan awal untuk dia Dan suami dia balik kesini. Segala kejutan akan diterangkan Anggerik Sebaik sahaja mereka menapakkan Kaki kesini.

Jun menunggu disebabkan itu. Menunggu berita gembira dari Anggerik..

Jun tak Lepaskan peluang. Sebaik mendarat dia terus menemui Anggerik Dan Pertemuan mereka berdua terjadi hari ini.

Jun telah diserahkan Satu Kad Perkahwinan oleh Anggerik Sebaik mereka berdua bertemu. Pada mulanya Juj Teruja Tapi semua itu terjadi dalam masa yang singkat, Lebih mengejutkan Jun, nama Mukhriz yang tetera Di kad perlahwinan itu.

Sebaris nama Mukhriz Dan lelaki itu adalah pengantin lelaki dalam majlis itu..

" Gila Mukhriz kahwin lagi satu?" Itu komen pertama Jun yang keluar dari mulut Dan Segera menunjukkan ke tidak puasan hati dia mengenai perkara itu pada Anggerik dengan sikap Mukhriz.

Tapi sesuatu yang pelik bagi Jun. Anggerik Hanya tenang dalam situasi itu. Semua itu memang membuatkan Jun pelik dengan perkara sebenar yang mungkin berlaku.

“ Engkau tahu pasal hal ini? Kenapa engkau macam tak terkejut Anggerik?” Jun sungguh terkejut dengan perubahan pada wajah Anggerik. Seperti tiada apa - apa yang berlaku.

" Arwah Ibu aku bercinta dengan Bapa Mukhriz. Aku adalah seorang perempuan yang Mukhriz elakkan dulu dalam perkahwinan, Tapi disebabkan Datuk kami berkahwin Jun. Mukhriz baru tahu hal itu waktu aku mengandungkan kandungan Kedua aku ini." Anggerik menerangkan secara Ringkas.

Jun tergamam Dan terkejut dengan apa yang jadi. Air mata Jun Cepat mengalir, dia dapat bayangkan perasaan Anggerik Dan situasi rakannya mengahadapi situasi itu.

“ Engkau Anggerik bila perkara itu engkau tahu?” Jun menunjukkan tanda simpati dengan semua yang terjadi.

“ Datuk dah maklumkan aku terlebih dahulu. Aku rahsiakan dari Mukhriz, aku tak sangka rahsia itu akan bocor pada ulang tahun kematian Ibu Anggerik.” Anggerik menerangkan segala.

“ Macam mana Mukhriz tahu Anggerik? Kalau engkau tak bocorkan rahsia itu?” Jun Semakin Teruja Ingin mengetahui bagaimana rahsia itu boleh diketahui Mukhriz.

“ Mukhlas! Setiap tahun Ayah Mukhriz pergi kubur Arwah Ibu Anggerik. Dia masih cintakan Ibu.” Anggerik menjelaskan.

“ Apa yang salah Tentang hal itu?” Jun pelik.

“ Mukhlas tak pernah lawat kubur Isteri dia. Itu yang Mukhriz beritahu sebelum Mukhriz tahu hal sebenar. Maksud Anggerik Ibu Mukhriz, dia tak pernah lawat Dan selama ini Mukhriz hidup terabai tanpa keluarga ambil peduli hal dia.” Anggerik bercerita panjang Kepada Jun.

“ Jadi selama ini..Mukhriz yang sensara? Dia kan ada Datuk Mumtaz dengan Opah disisi dia. Apa yang kurang dengan itu semua Anggerik. Dia tetap cukup dengan kasih sayang.” Jun berkeras, alasan Tentang kehidupan Mukhlas yang sensara bukan alasan untuk Mukhriz buat perangai dengan Anggerik.

“ Dari kecil Mukhriz tiada perhatian Dan kasih sayang Keluarga. Dia sebenarnya hidup sebatang Kara. Arwah Ibu Mukhriz salahkan dia Sebab tak dapat buatkan Mukhlas tinggal lama dirumah. Dan Mukhlas tak pernah ambil tahu pasal Mukhriz.”

“ Jadi aku buat semua ini untuk Mukhriz! Dia yang lebih menderita dari hidup aku Jun. Dia menagih kasih sayang dari orang terpenting dalam hidup dia. Tak salah Kalau Mukhriz bencikan aku!” Anggerik pasrah jika itu adalah pilihan Mukhriz Di masa akan datang.

" Masyaallah Anggerik! Macam mana engkau harungi semua itu. Aku minta maaf Sebab tak ada disisi engkau Anggerik." Jun memeluk Anggerik dari sisi untuk memberikan kekuatan kepada rakannya.

" Aku rasa ini semua ujian untuk aku. Mungkin aku dah lama bahagia." Anggerik menjelaskan lagi.

" Bila engaku akan bahagia Anggerik. Aku simpati dengan nasib engkau ." Kepalanya digelengkan memberikan pandangan yang tak sama dengan pendapat Anggerik sebentar tadi.

" Sekurang- kurangnya aku masih ada keluarga dan engkau Jun. Jadi aku tak kurang Satu pun Dekat dunia. Anak - anak aku ada disamping aku. Lepas Ini aku hidup sendiri." Air mata Anggerik tak berjaya ditahan dari bertakung lagi. Mengalir deras sambil pelukan diberikan kepada bahu Jun. Untuk mendapatkan kekuatan.

" Mukhriz kahwin kali ini semua disebabkan itu. Sanggup Mukhriz sakitkan engkau Anggerik, buat hidup engkau macam Ini. Kalau aku jumpa dia, aku nak cincang Mukhriz!" Jun menunjukkan segala kemarahan kepada Mukhriz yang tidak bertanggungjawab. Jika dia tahu Mukhriz akan buat Anggerik macam ini. Dia Takkan menolong Mukhriz mendapatkan Anggerik dulu.

" Engkau jangan salah faham. Ini keputusan aku bukan Mukhriz!" Anggerik berbisik ditelinga Jun. Dia dapat mengagak apa dalam fikiran Jun waktu ini.

" Apa Maksud engkau Anggerik? Ini semua Idea gila Mukhrizkan. Dia yang nak lihat hidup engkau lebih menderita dari hidup dia." Jun tak puas hati.

" Aku yang Pinang Sherry, artis itu untuk Mukhriz." Anggerik memberikan jawapan yang membuatkan pelukan Jun ke Tubuh Anggerik melepas.

" Apa yang engkau cakap Anggerik? Aku tak faham?" Jun Semakin tak faham.

" Aku tak nak Mukhriz serba salah dalam hidup dia. Jadi aku yang buat pilihan untuk Mukhriz. Dia tak boleh Lepaskan aku sebab anak dia dengan kandungan aku. Aku tak nak dia keliru. Jadi aku carikan pengganti aku."

" Engkau carikan madu engkau sendiri? Gila... Sebab apa Anggerik? Jun menunjukkan Teruja dalam masa yang sama masih terkejut.

" Dia boleh bahagiakan Mukhriz, Dan aku rasa lepas kami berpisah. Mukhriz dapat Lupakan aku Jun. Bantuan Sherry dalam hal itu kami dah bincangkan bersama." Anggerik berterus terang.

" Maksud engkau lepas semua ini? Engkau dengan Mukhriz akan berpisah.?" Kepala diurutkan Jun menandakan dia dah pening dengan permainan Anggerik Dan Mukhriz.

" Berpisah lepas habis pantang!" Anggerik memberikan pandangan sayu pada Jun menandakan perkara itu tidak akan lama lagi. Tinggal beberapa hati saja perkara itu akan berlaku.

" Engkau dah Fikir Masak - masak Anggerik.Semua ini bukan main- main. Kalau Mukhriz tak nak bekerjasama, macam mana?" Jun bertanya kepada Anggerik segala kemungkinan yang akan berlaku.

" Sherry akan Tolong aku pujuk Mukhriz nanti. Kami Dan bincangkan hal itu." Suara Anggerik semakin lemah.

" Mukhriz boleh dengar arahan ker Anggerik? Takkan engkau tak kenal Mukhriz?" Jun mengeluh, Nampaknya persetujuan Mukhriz dalam hal itu belum dicapai. Jun takut tindakan itu semua Hanya datang dari Anggerik tanpa persetujuan dari Mukhriz.

Kalau hal itu terjadi Lagilah susah hati Jun memikirkan tindakan Mukhriz kelak pada Anggerik.

" Dia tetap kena setuju Jun, tiada apa yang boleh ubah keputusan aku." Anggerik pasti keputusan dia Kali ini Takkan berubah.

" Engkau aku pasti Anggerik, Tapi Mukhriz? Aku takut dia buat perangai gila nanti. Kalau selepas majlis dia takkan Lepaskan engkau. Engkau bermadu dengan bini baru dia? Engaku rasa boleh terima kehidupan macam itu." Jun memberikan pendapat sebenar apa tang akan berlaku.

Anggerik tiada jawapan. Hanya pandangan kosong diberikan kepada Jun sebagai jawapan pada soalan itu.

Segala kata - kata Jun ada kebenaran pada fikiran Anggerik..Kedegilan Mukhriz dalam persetujuan masih belum didengari Anggerik. Hanya persetujuan Mukhriz dalam beberapa perkara melibatkan perkahwinan. Tapi bila isu bila melibatkan penceraian, Mukhriz hanya senyap tanpa jawapan.

Anggerik mengetap bibir sendiri mengenangkan sikap Mukhriz yang akhir - akhir ini mengelak dari bertembung dengan Anggerik.

“ Datuk Mumtaz! Engkau dah bincangkan pasal benda ini. Jangan nanti engkau tersalah buat keputusan pula Anggerik.

Sebelum ini Anggerik, Datuk dengan Opah yang banyak Tolong engkau. Jangan belakangkan mereka bila hal terbesar dalam kehidupan ini engkau nak buat keputusan. Cari mereka berdua, tanya pendapat. Mana tahu kalau pendapat mereka dapat Bantu engkau nanti. Mereka banyak pengalaman dalam hidup Anggerik. Tak salah engkau kongsi masalah engkau ini.” Jun memberikan nasihat sambil memberikan semangat Kepada Anggerik.

“ Datuk Mumtaz sakit. Dia dekat hospital, Opah yang sedang jaga Datuk. Aku takut aku nanti ganggu dia Jun. Masalah aku dengan Mukhriz.. Itu Sebab Datuk sakit.. Mukhriz jumpa Datuk Mumtaz pasal hal kami...
Itu yang aku takut sebenarnya.” Anggerik mengigit bibir menandakan dia merasakan gelisah dalam diri.

“ Aku rasa patut engkau bincangkan hal ini Anggerik. Luahkan pada Datuk. Jika Engkau rasa susah.. engkau bayangkan macam mana Kalau hal ini terbongkar tanpa benda ini bukan keluar dari mulut engkau Anggerik. Tentu Datuk Terasa dengan engkau. Begitu juga Opah aku rasa.” Jun memberikan nasihat.

“ Perlu ker Jun!” Anggerik masih was- was..

“ Perlu” Ringkas jawapan Jun Dan berharap Anggerik akan mengikut nasihat.

****

“ Datuk Anggerik datang!” Jam dikeliling dikerling Anggerik. Jarum Jam menunjukkan arah Jam kepada 1.30 pagi.

Kedengaran dengkuran halus Datuk Mumtaz sambil mata terpejam dilihat Anggerik. Susasana tenang bila Datuk Mumtaz sedang tidur sambil Anggerik memerhati dari sisi.

“ Anggerik nak luahkan sesuatu. Benda itu Anggerik nak luahkan pada datuk, Tentang Anggerik dengan Mukhriz.” Anggerik memberhentikan bicara sambil pandangan mata melihat kearah wajah lelaki tua dihadapannya.

“ Anggerik sayangkan Datuk dengan Opah macam keluarga Anggerik sendiri. Anggerik Takkan salahkan Datuk dengan semua yang terjadi.. Dan Anggerik Takkan bertanya pada Datuk Sebab sebenar Datuk rahsiakan perkara itu dari kami berdua.

Anggerik pernah bahagia dengan Mukhriz. Kalau itu yang Datuk nak tahu.. Anggerik Tersenyum bila mengingati semua kenangan mereka berdua.

Anggerik juga pernah bencikan Mukhriz Dan pernah buang Mukhriz dalam hidup Anggerik buat selamanya Datuk... tapi.... air mata Anggerik gugur.

Anggerik tak dapat lawan semua takdir yang telah tertulis buat kami. Mukhriz sekali lagi muncul dalam hidup Anggerik. Tanpa Anggerik rela ataupun terpaksa.. Tapi lebih kepada paksaan. Anggerik Tersenyum dalam kesedihan.

“ Anggerik dah bukakan peluang untuk hidup kami Datuk. Anggerik ingatkan untuk selamanya...

Tapi tak sangka semua itu Hanya persinggahan sebuah kebahagian yang Hanya sebentar.. terlalu sekejap Datuk sebelum kami diuji lagi...
Kali ini tanggisan Dan sendu Anggerik semakin kuat dari sebelum ini.

“ Kenapa Anggerik yang Datuk pilih untuk Mukhriz. Kenapa seksa mukhriz lagi Datuk. Dia dah cukup menderita dengan semua yang jadi. Semua yang jadi dalam hidup kami semuanya silap.

Anggerik dah buat keputusan Datuk, Anggerik benarkan Mukhriz pilih pasangan hidup dia. Itu yang terbaik dalam hidup Mukhriz, dari Mukhriz perlu bertanggungjawab pada Anggerik, Walaupun dia tahu dia sebenarnya bencikan Anggerik.

Kami akan berpisah selepas ini. Tapi Anggerik harap hubungan kita kekal sampai bila - bila. Anggerik tak mampu bencikan Datuk. Anggerik sayangkan Datuk Dan Opah. Anggerik maafkan semua perkara yang berlaku. Anggerik terima takdir Anggerik.

Tangan Datuk Mumtaz diambil Anggerik Dan dicium sebelum Anggerik Ingin meninggalkan Datuk disitu, Tapi tiba - tiba berlaku tanpa Anggerik tersedar..

Mata Datuk Mumtaz terbuka Dan memberikan pandangan mata yang tepat Kepada Anggerik.

“ Datuk yang salah dalam hal ini. Kenapa kamu yang minta maaf pada aku!” Air mata lelaki Datuk mengalir melihat kesungguhan Anggerik Demi Mukhriz. Telinganya cukup Jelas mendengar semuanya.

Anggerik masih terkaku. Dalam reaksi spontan, Anggerik memberikan Senyuman. “ Datuk dah sedar!” Anggerik Teruja.

“ Aku belum mati. Aku baru bangun dari tidur aku tadi. Jangan salahkan diri kamu Anggerik. Kamu tak salah apa - apa pada aku.” Datuk Mumtaz mengeluh berat dalam hati.

“ Anggerik banyak susah kan Datuk dengan Opah. Jadi Anggerik kesini nak luahkan semua yang terjadi. Anggerik ada perkara penting nak maklumkan.” Anggerik tenang kembali. Air mata yang bersisa diseka.

“ Kenapa? Berterus terang Anggerik. Datuk dengar. Mata aku ini pun dah tak mengantuk lagi.” Datuk ketawa melihat reaksi Anggerik.

“ Mukhriz akan kahwin lagi satu!” Anggerik mulakan bicara.

Datuk Mumtaz Hanya mengangguk faham. “ Jadi kamu setuju dengan apa yang Mukhriz buat tu?” Datuk Mumtaz tenang.

“ Anggerik yang pilih jodoh dia.” Anggerik berterus terang.

“ Kamu ? Apa yang kamu dah buat pada Mukhriz sampaikan Bagi Mukhriz kahwin lain. Kalau Opah kamu Angggerik, mahu dikeratnya Datuk seratus. Apa Sebab kamu Anggerik ?” Datuk Mumtaz ketawa dengan pengakuan Anggerik.

“ Kami dah buat keputusan akan berpisah lepas ini. Lepas Anggerik habis berpantang.” Suara Anggerik perlahan. Takut akan mengejutkan Datuk Mumtaz dengan berita yang baru disampaikan.

“ Berpisah? Kamu dengan Mukhriz dah fikir baik - Baik hal Ini Anggerik. Adham dengan anak kamu macam mana. Mukhriz dah setuju?” Dapat dilihat Anggerik, Datuk Mumtaz kerutkan kening, macam berfikir.

“ Mukhriz dah tahu dan Dia dah setuju dalam hal ini. Mukhriz dengan pasangan dia akan berkahwin hujung tahun ini Datuk.Anggerik harap Datuk dengan Opah akan hadir. Berikan semangat untuk Mukhriz.” Anggerik memujuk.

“ Dia marahkan aku lagi Anggerik. Engkau ingat dia akan senang - senang maafkan aku. Semua hal libatkan muka tua ini Dia dah tak ambil peduli. Agaknya Kalau aku ini mati pun dia tak lawat jasad aku.” Nampak Jelas kekecewaan dari Nada bicara Datuk Mukhlas.

“ Datuk jangan cakap macam itu. Mukhriz sayangkan Datuk. Cuma dia keliru sekarang ini. Bagi Mukhriz masa.” Anggerik memujuk pegangan tangan masih belum dilepaskan.

“ Itu kata kamu Anggerik. Tapi sejak aku masuk hospital kali ini. Sekali dia tak datang jenguk aku. Macam aku ini tak wujud Bagi dia. Macam dia tak kenal aku. Dia marah Sebab aku kahwinkan kamu berdua dulu. Tengok apa yang dia buat pada kamu Anggerik.” Datuk Mumtaz mengeluh berat dalam hati.

“ Mukhriz tak buat apa - apa pun. Anggerik yang pilih jalan ini.” Anggerik memberikan alasan.

“ Dia tinggalkan kamu Lagilah Anggerik. Lepas itu dia kembali macam tak ada apa yang salah, benda yang berlaku sepanjang dia tinggalkan kamu. Budak bertuah itu, tak dapat beza yang Mana permata, yang mana kaca. Ikut kan sangat perangai degil dia.” Datuk Mumtaz meluahkan perasaan tidak puas Kepada Anggerik.

“ Mukhriz tak salah, mungkin bukan jodoh kami.” Anggerik tetap berikan alasan.

“ Kamu anak beranak lepas ini buat apa Anggerik? Mana kamu nak tinggal? Tinggal dengan aku. Biar aku jaga kamu bertiga.” Datuk Mumtaz memberikan pendapat.

“ Tak manis macam itu Datuk. Lagipun Datuk akan dapat cucu menantu yang baru. Anggerik janji hubungan kita Takkan putus.” Anggerik memberikan jaminan.

“ Mukhriz akan rugi Kalau dia Lepaskan kamu Angggerik. Kamu Satu dalam sejuta. Tak patut dia salahkan kamu, semua yang jadi salah aku.” Datuk kembali bersedih mengenangkan nasib Anggerik.

“ Benda dah terjadi Datuk. Lagipun Anggerik dah redha dengan apa yang jadi. Anggerik undur diri dulu. Adham dah tunggu lama Datuk.” Anggerik memberikan Senyuman.

“ Kamu Takkan tinggalkan sinikan Anggerik?” Berat hati Datuk Mumtaz dapat rasakan Dia Takkan dapat berjumpa dengan Anggerik lagi.

“ Anggerik Hanya pergi dengan senyuman.”

***

Semalam Anggerik datang sini." Datuk Mumtaz memulakan perbualan dengan Opah Sebaik sahaja Opah terjaga dari menemani diri dia semalam.

" Jam berapa Anggerik datang? Kenapa Saya tak sedar?" Opah pelik dan mendapatkan suaminya. 

" Mungkin Tengah malam agaknya. Lepas Awak balik semalam." Datuk Mumtaz menerangkan kehadiran Angerik semalam.

“ Kenapa Anggerik kesini abang tengah malam, apa yang Anggerik bincangkan?” Opah menunjukkan minat dengan kehadiran Anggerik disisi suaminya malam tadi.

“ Dia bincangkan hal dia dengan Mukhriz. Nampaknya apa yang saya cakap sebelum ini jadi kenyataan kali ini.” Datuk Mumtaz mengeluh berat dalam diri.

“ Apa Maksud awak?” Opah semakin tak sabar.

“ Anggerik dengan Mukhriz, mereka dah sepakat nak berpisah. Mungkin disebabkan keputusan saya dulu.” Sekali lagi dilihat suaminya mengeluh.

“ Berpisah!” Opah terkejut sambil Kehilangan semua kata - kata. Opah telah terduduk ditepi suaminya.

Hari ini sumainya telah dibenarkan pulang. Segala persiapan untuk berkemas dihentikan bagi Opah menumpukan perhatian kepada bicara Datuk Mumtaz Tentang Anggerik.

“ Mukhriz kata apa?” Opah masih belum berpuas hati.

“ Aku belum jumpa lagi budak bertuah tu. Kalau aku jumpa Mukhriz tahulah aku nak ajar dia macam mana.” Datuk Mumtaz merengus geram.

“ Awak ini budak tu dah merajuk dengan kita jangan keruhkan lagi keadaan. Pujuk balik Mukhriz itu Baik - Baik. Lagipun salah kita dulu paksa dia kahwin dengan Anggerik. Awak pun tahu sebab apa kan.”

“ Aku buat semua itu untuk dia bahagia. Budak Anggerik itu Baik, aku dah siasat dia. Cucu kita tu yang bodoh sama perangai dengan Mukhlas.” Datuk Mumtaz masih belum berpuas hati.

“ Kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Jangan lah Awak buat keputusan macam itu. Manalah tahu entah - Entah mereka berdua dah berbincang.” Opah memujuk.

“ Aku pun tak faham dengan mereka berdua itu. Anggerik Sarat mengandung, lepas itu Mukhriz buat perangai nak kahwin lain. Kamu nak tahu, lepas Anggerik bersalin, habis pantang mereka berdua buat keputusan bercerai.”

“ Huh! Mereka berdua dah fikir Masak - Masak ke abang?” Opah mengurut dada. Terasa semua yang diceritakan oleh suaminya mengejutkan.

“ Itu yang Anggerik beritahu aku. Budak bertuah itu tak berani nak jumpa aku gamaknya. Takut aku maki dia nanti. Kali ini aku dah tak Bagi muka pada dia. Sanggup dia buat Anggerik macam ini.”

Plak! “ Datuk, Opah dah siap ker? Urusan discharge Firhad dah Selesaikan. Kalau tak ada apa - apa lagi, Jom lah kita bergerak sekarang.” Firhad masuk dan Segera mendapatkan Opah. Mata Firhad meliar melihat beg yang belum dikemaskan lagi.

“ Kenapa belum kemas?” Firhad memberikan pandangan pelik pada Opah dengan Datuk.

“ Kamu tahu mana Mukhriz sekarang ini Firhad? Mana dia sekarang ini?” Soalan diajukan kepada Firhad.

“ Dia dekat pejabat dia lah Datuk. Kenapa?” Firhad masih termangu, tak faham apa yang jadi.

“ Bawa aku kesana aku nak jumpa dia. Ada perhitungan yang aku belum selesai dengan Mukhriz. Budak itu memang nak kena dengan aku. Salah aku gamaknya, ikutkan sangat kemahuan dia.” Datuk Mumtaz merampus.

“ Jap! Apa Mukhriz dah buat ?” Firhad semakin pelik dengan segala tomahan dari Datuk pada Mukhriz.

“ Betul Kamu tak tahu Firhad? Ataupun kamu pun sekongkol dengan Mukhriz rahsiakan hal ini dari aku!” Datuk Mumtaz serkap jarang.

“ Rahsia apa Datuk? Firhad tak faham. Pasal Pak Ngah ker?” Firhad cuba meneka.

“ Hal ini bukan libatkan Mukhlas, Tapi Anggerik dengan Mukhriz. Mereka berdua itu Betul - Betul buatkan nenek pening Firhad.!” Opah mengeluh berat.

Firhad semakin pelik. Tak ada pula Mukhriz maklumkan apa - apa rahsia pada dia. Dia ingatkan kehidupan Mukhriz dah okay.

“ kenapa Opah apa yang Mukhriz dah buat?” Firhad semakin Ingin tahu apa yang dilakukakan Mukhriz sampai Datuk Mumtaz mengamuk besar.

“ Mukhriz akan ceraikan Anggerik!” Datuk Mumtaz bicara yang membuatkan Firhad terkejut besar.

“ Mukhriz ceraikan Anggerik? Dia dah gila apa?” Reaksi Firhad yang membuatkan pandangan Opah Dan Datuk bertaut..

“ Luv PB....:)

Share this novel

Rohani Abd Rahman
2020-11-17 12:14:54 

Binggung. Perkara yg mudah di rumitkan.

Anne Cayunk
2019-11-19 14:38:56 

Terima kasih Banyak2 Miss Penulis cz sudi Update cerita ni. Continue lagi Please Miss Penulis Anne X sabar nak baca next episode ❤❤❤


NovelPlus Premium

The best ads free experience