Bab 23 ( A2 )

Romance Completed 306520

" Awak nak kemana Anggerik hari ini.Bersiap bagai nak pergi mana?" Mukhriz mendapatkan Anggerik yang dilihat bermake up tebal diwajah.

" Ada temujanji Tapi bukan dengan lelaki muda. Itu jer?" . Anggerik memberikan alasan.Dia mempunyai temujanji dengan Ayah dia sendiri untuk pergi ke Suatu tempat. Tapi dia serba salah untuk maklumkan pada Mukhriz.

"Dengan siapa?" Mukhriz bertanya lagi.

" Saya nak pergi temujanji dengan ayah! Kalau Awak nak ikut pun boleh Mukhriz, saya tiada masalah. Saya akan bawa Adham." Bagi mengurangkan Syak Mukhriz Anggerik terpaksa gunakan Adham bagi membantu dia.

Sebentar nanti dia akan pergi ke Suatu tempat yang dia tak pernah bawa Mukhriz sebelum ini.

" Lama Atau Awak nak pergi sekejap jumpa Ayah?"

" Saya tak pasti Mukhriz, Selesai semua perkara itu saya balik.Kalau awak nak tahu jam berapa?Maaf Saya tak boleh jawab hal itu."Anggerik memberikan jawapan.Anggerik berpaling menyudahkan make up di wajah.

" Kalau macam itu Awak jangan pulang lambat. Saya pun kena keluar hari ini. Saya ada urusan dengan Firhad." Mukhriz memaklumkan Kepada Anggerik.Hari ini dia telah diingatkan oleh Firhad Tentang sesuatu.

" Mukhlas".

Kali ini Mukhriz harap plannya akan berjaya bersama Firhad. Segala yang menjadi rahsia Mukhlas akan terjawab.

Bertahun dia mahu mengetahui rahsia Mukhlas Dan hari ini dia mahu rahsia itu terjawab. Telah lama Mukhriz tunggu, Mukhlas telah lama tidak pulang.Entah kenapa hari ini, bulan ini Dan tahun ini dia mendapatkan peluang itu.

Kedua - dua suami Isteri keluar dari rumah. Adham ikut Anggerik , manakala Mukhriz keluar bersendirian. Dia perlu mengambil Firhad menemani diri dia.

Perhitungan hidup Mukhriz Dan Mukhlas bakal berakhir hari ini. Telah lama dia Ingin tahu Tapi rahsia itu bagaikan terkubur dalam hidup dia bersama kematian arwah Ibunya.

****

"Shit! Shit! Shit..!" Mukhriz merengus geram sambil Stereng kereta dihempaskan kuat.

Firhad disisi Hanya meneguk air tekak yang kelat. Jelas pada pandangan mata Firhad, Mukhriz sedang kawal kemarahan yang memerahkan seluruh tubuh Mukhriz.

Tidak cukup menunjukkan kemarahan dengan perbuatan, Mukhriz menggila dengan membawa kereta selaju mungkin untuk Lepaskan kemarahan dia.

Firhad yang disisi Mukhriz hanya mendiamkan diri. Bukan dia tak biasa dengan kelakuan Mukhriz yang menggila bila marah.

Tapi kali ini kegilaan Mukhriz luar biasa bagi Firhad.Nak tercabut Firhad rasa bulu Roma yang dah tersedia terpacak terkejut Suara Mukhriz yang tetiba kuat marah.

" Fuhhhh, Mukhriz Kalau engkau masuk Track malam ini aku rasa engkau orang pertama yang akan Johan Mukhriz.

"Pemanduan engkau power Dan laju. Plus dengan  kemarahan engkau tu takkan ada sesiapa yang boleh menang pemanduan dengan engkau waktu ini."

" Engkau dah lama hidup Firhad." Mukhriz menjeling Firhad Di sisi bahagian penumpang.

" Lama macam engkau Mukhriz, Tapi aku belum kahwin. Itu yang aku nak engaku faham! Jangan sia- siakan hidup aku." Bersahaja Firhad maksudkan kata - katanya untuk Mukhriz faham.

" Boleh tak engkau diam! Kepala aku ini dah berserabut engkau tahu tak? Aku tak boleh nak fikir Firhad."pemanduan semakin dilajukan Mukhriz tiada tanda - tanda untuk pemanduan diperlahankan.

" Benda dah jadi! Anggap jer lah itu suratan takdir!" Firhad terlepas cakap.

Streeeeeettytttttttttt! Mukhriz berhenti kan kereta Tengah jalan secara mengejut.

" Mukhriz engkau gila!" Firhad mengucap panjang sambil mengurut dada dengan sikap Mukhriz yang memang dah gila.

Selamat waktu Mukhriz berhenti tiada kereta Atau kenderaan lain dibelakang mereka. Bunyi Hon jangan nak cakap lah. Pekak rasa telinga Firhad dengar kenderaan lain yang muncul memberikan amaran.

Amaran apa lagi. Amaran pada Mukhriz jangan berhenti Tengah jalan " Bahaya". Tapi Mukhriz? Manusia macam Mukhriz yang Tengah Gila bagi Firhad memang tak ambil peduli hal itu. Yang penting bagi Mukhriz dia nak tunjuk gila macam mana kegilaan muncul dalam hidup dia.

Seseorang yang dia ingin Jauh kan Nampaknya dekat dengan diri dia sebelum ini. "Macam mana?"

" Jangan cakap benda yang aku tak nak dengar Firhad! Nahas engkau nanti. Engaku tahu apa aku rasa sekarang ini? Aku nak mati! Kalau engkau nak mati dengan aku? Aku tunaikan!" Wajah serius Mukhriz membuatkan Firhad terdiam.

Niat sebenar Firhad Hanya untuk melembutkan hati Mukhriz untuk dia kembali tenang. Tak sangka Itu jawapan yang Firhad dapat.

Hendak berpatah balik dengan semuanya bagi Firhad bukan mudah. Benda dah jadi. Apa yang Mukhriz boleh buat. Tapi mati yang Mukhriz ucapkan tadi. Memang Firhad tak faham.

" Jangan lah Mukhriz buat keputusan yang gila lagi dalam hidup dia." Mata Firhad memandang Mukhriz Di sebelah. Kemarahan masih Jelas pada wajah Mukhriz. Bila nak reda Firhad tak tahu.

" Aku harap engkau faham aku Firhad! Engkau yang ada disisi aku selama ini.  Engkau yang tahu apa yang jadi. Aku harap engaku sokong aku kali ini."

Suara Mukhriz kali ini mendatar meminta simpati. Firhad berbelah bahagi, Mukhriz Dan Datuk siapa yang Firhad akan sokong kali ini.

Apa yang jadi pada Mukhriz dulu dia tahu semua. Tindakan Datuk diraskan Firhad kali ini keterlaluan.

Benda itu Datuk tahu Tapi kenapa benda penting seperti itu dirahsiakan dari hidup Mukhriz. Firhad dalam telakanan untuk memilih.

" Aku tak pasti Mukhriz siapa yang aku akan sokong pasal benda ini. Aku tak tahu cerita sebenar!" Firhad menjelaskan kebenaran tentang pendapatnya berkenaan hal itu.

Steeeeeettytt., Mukhriz menukarkan gear kereta Dan membuat pusingan U. Dalam tak sampai 2 minit, kereta mereka telah selamat berpusing.

Semua perkara pantas yang jadi atas tindakan Mukhriz, buatkan Firhad kecut perut. Jantung yang berdegup laju jangan nak kata. Pucat putih muka Firhad dengan segala tindakan Mukhriz yang diraskan Firhad mengarut.

Macam orang yang tak sayangkan Nyawa. Dia tahu apa yang jadi pada Mukhriz macam sumpahan. Tapi Mukhriz dah tak boleh buat apa Tentang hal itu. Lelaki itu patut Redha.

" Shit! Mukhriz?" Firhad maki dalam diri. Nak maki depan - depan secara Lisan dengan Mukhriz nanti tak pasal  biji mata dia lebam.

Mukhriz Tengah Berapi Dan Firhad adalah air untuk tenangkan hidup dia.
Dia Kasihan pada nasib Mukhriz, mula sepupunya Hendak hidup bahagia, Mukhriz masih belum terlepas dengan ujian.

****

Plak! Pintu dibuka kasar oleh Mukhriz.

Mata Mukhriz meninjau dikeseluruhan rumah itu. Tiada kelihatan kelibat Datuk, Tiada juga kelibat Opah. Tentu keduanya di bilik tingkat atas. Fikir Mukhriz.

Dia Segera menapak manaiki tangga. Walaupun dirumah itu disediakan Lift. Mukhriz rasakan langkahnya Cepat lagi menggunakan tangga.

Dia mahu buat perhitungan dengan Datuk. Firhad yang berada dibelakangnya Hanya menurut Setiap langkah Kaki Mukhriz. Dia dapat rasakan perbalahan Sengit akan terjadi hari ini.

Dia telah meneka Siapa pemenang dalam perbalahan itu Tapi dia dapat rasakan Mukhriz tidak akan menang secara adil. Semua itu disebabkan Mukhlas.

“Datuk Mumtaz!”
Mukhriz memanggil. Segala hormat pada Datuknya dulu menghilang Sebaik sahaja Mukhriz mengetahui sesuatu Tentang rahsia yang disorokkan dari pengetahuannya hari ini.

“Mukhriz cukup-cukup lah tu. mungkin Datuk tak ada dengan Opah. Kita bincangkan hal itu Esok, Mukhriz.!” Firhad Cuba memujuk Mukhriz yang sedang kepanasan menahan marah dalam hati.

“ Aku belum puas Firhad. Aku mahukan cerita sebenar. Kenapa benda itu terlalu lama disorokkan dalam hidup aku. Kenapa mereka tipu aku!” Suara Mukhriz keras Dan kuat, membuatkan Nada Suara Mukhriz lantang,

“Plak!”

“ Apa yang kecoh - kecoh!” Datuk Mumtaz keluar dari bilik bersama Opah disisi. Dengan wajah yang bengis dia memandang kearah Mukhriz Dan Firhad.

“ Datuk !” Wajah Firhad pucat. Dia serba salah.

Opah yang melihat mendapatkan Firhad. Dari wajah Riak muka Mukhriz Dia dapat melihat Dan mengetahui Mukhriz sedang marah.

Siapa lagi yang layak mengetahui Tentang apa yang menyebabkan kemarahan Mukhriz. Tentu sahaja Firhad.

“ Fir apa yang jadi pada Mukhriz?” Kening Opah berkerut melihat kearah seorang lagi cucu lelakinya. Firhad adalah kawan paling baik yang Mukhriz ada.

Opah tahu hubungan mereka yang tiada rahsia.

“ Semua pasal Mukhlas, Pak Ngah Mukhriz dah tahu.” Firhad menundukkan wajah. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal ini. Dulu mereka pernah dilarang untuk buat semua itu. Tapi mereka masih berdegil.

Sekarang mereka semua dapat natijah dari semua kesilapan Firhad Tolong Mukhriz.

“ Kan Opah dah larang kamu berdua siasat hal itu. Sekarang Kamu dah libatkan. Habis lah Firhad ? Kalau jadi sesuatu pada Mukhriz. Kamu nak tanggung?”

Kelihatan Opah marah terhadap Firhad. Tapi seperti biasa kemarahan opah tak terluah. Macam mana dia nak marahkan cucu sendiri. Salah silap mereka berdua, mereka tetap cucu dia.

“ Kenapa rahsia kan hal itu daripada Mukhriz?” Suara Mukhriz lantang Dan tegas dalam bicara. Mata Mukhriz masih tidak lepas memandang Datuk.

“ Kamu cakap apa Mukhriz? Aku tak faham. Kamu sedar kamu cakap dengan orang tua macam aku? Jadi beritahu perkara sebenar?” Datuk Mumtaz tenang dalam bicara. Dia dapat rasakan kemarahan Mukhriz.

Mendengarkan Mukhriz memanggil nama penuhnya tadi pun dia dah tahu dan Syak sesuatu. “ Tapi dia mahu melihat sejauh Mana Mukhriz marahkan dia Dan disebabkan apa.

Dia sebagai orang yang lebih tua perlu lebih banyak bersabar. Kali ini Mukhriz banyak bermain dengan perasaan. Jika dia juga berkeras, masalah tidak akan Selesai.

Itu pendapat tua Datuk Mumtaz.

“ Pasal Anggerik? Datuk dah tahu pasal Anggerik, Dan datuk Dah tahu Sebab apa hidup Mukhriz jadi macam ini. Tapi Datuk tetap paksa Mukhriz kahwin dengan dia!”

“ Apa Datuk nak dalam hidup Mukhriz!” Suara Mukhriz bergetar dalam semua bicara. Mukhriz mencuba menahan perasaan marah Dan hormat dalam Satu masa.

Jika Mukhlas yang membuatkan hidupnya begini, telah lama lelaki itu dilunyai. Tapi Datuk! Datuk Mumtaz. Lelaki yang telah menyelamatkan dia Dan menjaganya dulu.

“ Mukhriz bersabar! Datuk ada alasan tersendiri dalam hal itu!”

“ Opah jangan campur hal ini! Ini hal lelaki Opah. Mukhriz tahu semua yang jadi bukan perancangan Opah. Tapi Dia Datuk?”

“ Aku tak faham apa yang tak kena dengan Anggerik? Apa yang aku buat?” Datuk Mumtaz heran. Lebih peningkan Kepala tuanya,Apa yang Mukhriz dapat tahu.

“ Datuk Kahwinkan Mukhriz dengan anak musuh Mukhriz?Jangan nak cakap yang Datuk tak tahu pasal hal itu!” Mukhriz tajam memandang Datuk Mumtaz. Dia perlukan penjelasan.

Datuk Muntaz kelihatan terduduk sambil mengurut dada.

“ Mana kamu tahu Mukhriz? Pernafasan Datuk Mumtaz Kelihatan memberat. Opah Segera mendapatkan suaminya Dan dada Datuk Mumtaz diurut perlahan.

“ Hari ini tarikh kematian perempuan itu! Dia balik kesini serba nak ziarah pusara Perempuan dia! Itu masuk Datuk?” Mukhriz memerli Datuk Mumtaz. Pandangan mata Mukhriz beralih kepada Opah.

“ Mukhriz cukup lah itu bukan salah Datuk kamu. Kamu dengan Anggerik dah bahagia.” Opah lantang bersuara.

“ Tak! Mukhriz Takkan terima anak musuh keluarga Mukhriz masuk dalam Keluarga ini. Opah ingat Mukhriz senang - senang nak terima dia?” Mukhriz mempalingkan wajah. Hati dia sakit teramat dalam bagai hati dia hancur berkecai.

Dia sayangkan Anggerik Tapi penderitaaan Ibu dia dulu atas perbuatan Mukhlas masih terbayang pada fikiran dia. Bagaimana Mukhlas layan Ibunya semua terbayang pada kotak fikiran Mukhriz.

Selama ini dia mencari wanita yang digila - gila kan Mukhlas dalam hidup lelaki itu. Dia Hanya dapat maklumat yang cetek dalam pencariannya.

Setiap kali pencarian , dia telah dihalang oleh sesuatu. Sesuatu yang membuatkan Mukhriz berputus asa.

Pada hari kematian Ibunya, Mukhlas tidak muncul, Tapi Mukhriz dapat melihat Mukhlas muncul Di tanah perkuburan pada hari selepas kematian. Tapi Mukhlas bukan berkunjung ke perkuburan Ibu Mukhriz, Tapi perkuburan seseorang.

Sejak itu Mukhriz mengkaji kembali Tentang Mukhlas dengan mendapatkan bantuan dari Firhad.

Firhad bijak menyiasat Dan mendapat Setiap tahun Mukhlas akan melawat ke sebuah perkuburan di tempat yang sama dengan arwah isterinya.

Semua itu menjadi persoalan meraka berdua.

Sebelum persoalan itu dapat dijawab, Datuk yang menjadi pendengar setia Mukhriz dalam pencarian kubur siapa yang dilawat Mukhlas Setiap tahun, membuatkan kejutan kepada hidup Mukhriz dengan mengahwinkan dirinya dengan Anggerik.

Semua itu dirasakan Mukhriz tak masuk akal Tapi dia menurut tanpa bantahan memandangkan Datuk dia hormat Dan dia sayang.

Tanpa Mukhriz tahu, dia sebenarnya dikahwinkan dengan anak musuhnya yang selama Ini dia cari.

“ Patutlah selepas Mukhriz kahwin Mukhlas dah tak muncul lagi dia perkuburan itu jumpa kekasih dia, musuh Mukhriz! Semua itu disebabkan rancangan Datuk?”

“ Sanggup Datuk tipu Mukhriz selama ini. Mukhriz dah Cintakan Anggerik, Tapi Mukhriz tak boleh terima dia. Anggerik tetap anak musuh Mukhriz. Anggerik dengan Mak dia sama!”

“ Mukhriz mengucap. Anggerik itu Isteri kamu?” Opah mengingatkan Mukhriz Tentang keterlanjuran Mukhriz dalam hal itu.

“ Ibu Anggerik yang rampas segala kehidupan Mukhriz? Kenapa Datuk buat hidup Mukhriz macam ini!” Dia belum puas. Hal yang diucapkan Mukhriz bukan boleh main - main. Dia bencikan Mukhlas Dan wanita yang disayangi lelaki itu hingga buatkan hidup Ibu dia Dan hidup Mukhriz merana Satu waktu dulu.

Mukhriz menarik rambut dikepalanya menandakan dia dalam tekanan dalam masalah berkaitan Datuk yang membawa dia dalam kemelut masalah.

“ Mukhriz!”

“ Apa lagi Datuk nak tipu Mukhriz . Datuk tahu macam mana Mukhriz cari perempuan itu, semua Mukhriz dah ceritakan pada Datuk. Tapi Mukhriz tersilap. Silap dalam berikan penuh kepercayaan pada Datuk. Sebaliknya Datuk pun sama macam Mukhlas!” Segala yang terbuku dalam hati Mukhriz diluahkan semua pada hari ini.

“ Itu bukan Maksud aku yang Sebenarnya Mukhriz! Lily tak bersalah dalam hal ini. Jangan jadikan sikap degil engkau tu buatkan hidup engkau menderita Mukhriz. Engkau dengan Mukhlas tak ada beza.”
Dada Datuk dapat dirasakan semakin lemah. Pernafasan diraskan sukar. Mengenangkan salah faham Mukhriz pada Lily, buatkan Datuk Mumtaz lagi tekanan.

Tekanan jika dia masih sempat menceritakan hal sebenar kepada Mukhriz Tentang Lily. Hanya dia yang tahu tentang Kisah itu yang sebenar.

“ Mukhhhriz, Suara Datuk Mumtaz semakin lemah... Jangan... “ Allah!”

“ Abang” Opah terkejut.

“Datuk!” Firhad memanggil bila dilihat Datuk Mumtaz telah pengsan dalam pembaringan Di ribaab Opah.

Mukhriz! Dia Hanya melihat sekujur tubuh lelaki yang dulu dia terlalu hormat Dan menjadi penasihat dalam hidupnya dulu. Kini lelaki itu telah sakit atas perbuatan dirinya dulu. “ Menipu!”

“ Mukhriz akan pergi dari sini Opah! Itu mungkin yang lebih baik. Mukhriz tak mahu lagi ditipu.!”

“ Mukhriz! Kamu tak kesian kan dengan keadaan Datuk kamu ini. Kamu salah faham Mukhriz. Tunggu Datuk kamu sembuh dia ada penjelasan Tentang itu semua. Kamu kena percaya dia.” opah menanggis melihat keretakan dalam keluarga mereka dalam Datuk Mumtaz telah diserang sakit sekali lagi.

“ Mukhriz mari kita bawa Datuk jumpa Doktor dulu. Kita kena Cepat, Datuk dah pengsan” Firhad Panik, dia tak tahu tindakan apa dia boleh buat.

Melihatkan wajah panik Dan kebiruan buatkan Firhad gusar. Dia mahukan Datuk selamat. Dia tak mahu benda - benda buruk terjadi.

Semuanya dirasakan salah dibahunya. Kerana dialah perkara itu terbongkar,

Anggerik, Isteri Mukhriz dikahwinkan Datuk dengan Mukhriz Bagi melenyapkan dendam Mukhriz dengan keluarga Anggerik tanpa memikirkan kesan panjang jika perkara itu terbongkar.

“ Engkau uruskan Datuk Firhad. Aku ada urusan dengan Anggerik.!” Mukhriz tidak mempalingkan wajah kearah Datuk yang sedang tenat. Dia masih belum dapat memaafkan segala perbuatan Datuk pada hidup dia.

“ Mengahwinkan dia dengan anak musuhnya. Sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh Mukhriz selama ini. Walaupun Anggerik tidak bersalah, namun wanita seperti Anggerik adalah seseorang yang perlu dielakkan Mukhriz selama ini.

Dia terpaksa..

****

“ Mari Opah kita berehat dulu dekat kerusi itu. Firhad dah maklumkan pada semua dengan keadaan Datuk!” Firhad bersuara lembut Dan membawa tubuh wanita tua dalam dakapan dia.

Dia serba salah dengan Opah. Apa yang terjadi sedikit Sebanyak berpunca dari dia juga. Hendak diluah oleh Firhad, Dia takut dia akan dimarah Dan dimaki.

Jadi Dia Hanya diamkan diri dari perkara itu dibincangkan.

“ Mukhriz? Kamu hubungi dia? Dia tak nak datang tengokkan Datuk?” Opah masih bersedih. Tapi mengenangkan Mukhriz hati Opah lagi susah hati.

“ Firhad dah call dia. Tapi masih belum diangkat. Mungkin dia sedang Selesaikan masalah itu Opah!” Firhad menerangkan.

“ Jangan dia buat silap sama. Itu yang Opah takut.Anggerik tak bersalah. Kami yang rahsiakan hal itu dari dia! Tak sangka rahsia itu kamu akan tahu juga.” Opah mengeluh, pandangan mata Opah menjauh dari fikiran tua tu.

“ Kenapa nak rahsiakan hal itu dari Mukhriz Opah. Kenapa tak berterus terang dari dulu.” Firhad menyangkal Maksud opah tadi.

“ Kamu orang muda Firhad, Darah mudah panas tak fikir apa yang Baik dengan buruk, kamu ingat kami yang tua ini buat semua itu suka - suka. Lily menang tak bersalah, Ibu Anggerik! Cuma Mukhlas yang degil. Sama degil dengan Mukhriz.

“ Maksud Opah? Apa yang Jadi Sebenarnya?” Firhad mahu mengetahui apa yang disorokkan selama ini. Kenapa hal itu mahu disenyapkan Dan tak mahu diungkit lagi.

“ Opah dengan Datuk tak mahu Mukhriz dapat Aib pasal benda ini. Sebab itu kami rahsiakan hal itu Firhad. Memandangkan hal ini dah terbongkar.

Opah tunggu Mukhriz datang jumpa Opah untuk tahu hal Sebenarnya. Kami buat semua itu Hanya untuk Mukhriz. Kami tak mahu dia malu macam apa yang jadi dulu.!”

Perbincangan semakin menarik diraskan Firhad. Jelas apa yang dikatakan Opah semua untuk kebaikan Mukhriz. Butiran cerita masih belum disampaikan sepenuhnya. Tapi Firhad dapat Pastikan yang Opah tak menipu dalam hal ini.

Opah seorang yang jujur pada cucu Walaupun perkara itu tiada kebaikan bagi diri dia,

“ Ting!”

Seorang Doktor keluar dari bilik kecemasan. Doktor yang membuka Mask hijau dimulutnya terus mendapatkan Opah Dan Mukhlas dalam membuat keputusan terakhir.

Opah berjalan laju mendapatkan Doktor. Firhad yang tercengang rapat mengikuti langkah Opah.

“ Doktor macam mana dengan Datuk?”
Opah bertanya.

“ Kami dah pantau dia tadi. Sekarang dia perlukan rehat seorang Doktor muda menerangkan.

“ Datuk saya dimana Doktor? Firhad pula yang memulakan pertanyaan. Setelah dilihat Opah terdiam, mungkin Teruja dengan semua yang berlaku dimata mereka.

“ Kami sedang pantau keadaan dia . Kalau tiada hal kami akan Letakkan dia dibawah jagaan wad buat sementara waktu. Disana keluarga dibenarkan jumpa. Saya pergi dulu.” Sebaris senyuman diberikan sebelum Doktor hilang menjalankan tugas seterusnya.

***

“ Engkau kemana Anggerik? Mana Adham!” Mukhriz duduk dalam keadaan rumah yang bergelap. Semua itu buatkan Anggerik terperanjat, Sebaik dia Cuba membuka kan lampu, Mukhriz bersuara dalam nada Suara yang garau.

“ Saya jumpa Ayah, kan Siang tadi saya dah maklum. Saya tak pergi mana cuma berdua dengan Ayah.” Anggerik memberikan Senyuman. Tangan Anggerik Cepat sahaja bertindak membuka lampu yang lain.

“ Mana Adham?” Mukhriz melihat kearah luar. Tiada ternampak reaksi anaknya muncul.

“ Adham dalam kereta Mukhriz, selamat Awak dah balik. Boleh Tolong angkatkan Adham. Dia dah tertidur dalam kereta agaknya penat sangat Mukhriz!” Anggerik menerangkan sambil duduk disisi Mukhriz.

Mukhriz melarikan duduknya Dan Segera keluar meninggalkan Anggerik yang terpinga - pinga. “ Nampak macam marah laki aku ini, agaknya mungkin penat sepanjang hari aku dengan Adham tak ada.” Anggerik fikir positif dengan segala perlakuan Mukhriz,

Dapat dilihat Anggerik, Mukhriz telah muncul Di depan rumah dengan wajah yang bengis terus membawa Adham ke bilik.

5 Minit berlalu baru Mukhriz muncul kembali mengahdapi Anggerik.

“ Anggerik aku nak berterus terang dengan hubungan kita, aku tahu bukan mudah untuk engkau, begitu juga untuk aku. Tapi aku dah buat keputusan dalam hal ini, Dan aku mahukan persetujuan engkau Anggerik!” Wajah Mukhriz serius, dapat dilihat Mukhriz tidak main - main kali ini.

Semua itu buatkan Anggerik pelik.

“ Serius! Awak nak cakap apa Mukhriz? Tak boleh tunggu Esok?” Anggerik Cuba bermain - main dengan Mukhriz. Jika sebelum ini wajah serius Mukhriz hanyalah mainan bagi Anggerik.

Mukhriz mengeluh berat dalam pendengaran telinga Anggerik. Anggerik yang baru Ingin memejamkan mata kepenatan, terus tersedar Dan mendapatkan Pandangan mata Mukhriz Di wajahnya.

“ Aku mungkin Takkan ada lagi disini Ataupun disisi engkau Dan anak kita Anggerik! Segala keputusan Dan kandungan engkau itu kita akan Selesaikan selepas engkau bersalin Dan berpantang.

Aku tahu perkahwinan kita ini tak sepatutnya terjadi, kita berdua tak ditakdirkan bersama, aku akan Selesaikan urusan aku dan segala pembiayaan anak kita aku akan tanggung sepenuhnya, tiada yang akan kurang!” Sebaris ayat dari Mukhriz dalam Satu nafas buatkan nafas Anggerik tersentak.

“ Mukkkkkkhriz! Awak cakap apa?”

Luv PB...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience