Bab 4 (A2 )

Romance Completed 306520

Roselle menyelinap masuk kedalam rumah. Mujur dalam perjalanan dirinya ke situ tiada siapa yang melihat.

Dia telah mengetahui perjalanan waktu mengawal bagi semua pembantu - pembantu Terry. Manakala Maria, Roselle telah dapat melihat cara bagaimana wanita itu bekerja Dan bagaimana wanita itu memberikan arahan. Dia seorang wanita yang dalam status fikiran Mawar adalah β€œ wanita kuku besi.”

Dia merupakan perancang Dan pengubal segala arahan dalam rumah itu. Manakala Terry adalah Penaung Utama dan Ketua keseluruhan segala arahan.

Setiap kali Terry keluar menguruskan kerjanya Maria akan menjadi Ketua Di Rumah itu. Setiap kata - kata Maria akan dipatuhi oleh semua pembantu dalam rumah itu.

Roselle masih tak tahu apa hubungan diantara Maria dengan Terry. Tapi Jelas pada penglihatannya, kelakuan Terry yang Sayangkan Maria Dan tidak pernah sekali Terry dilihat memarahi wanita itu Atau meninggikan suaranya Kepada Maria.

Sepanjang hidupnya disitu Hanya mereka yang dikenali. Roselle tidak pernah dikenalkan dengan keluarga Terry ataupun keluarga dari semua pembantu Terry.

Kehidupan mereka Hanya terkurung Di sebuah rumah besar yang terletak disebuah Pulau. Tiada sebarang perhubungan dengan pembantu yang lain. Kehidupan mereka mempunyai sempadan dan batasan.

Sehingga lah Roselle dibawa kesebuah rumah besar yang lain ...

β€œ Ini rumah siapa?” Mata Mawar memandang kearah Terry meminta penjelasan Tentang rumah yang baru dijejaki Kaki mereka.

Susasana rumah tenang dengan dilengkapi susunan perabot Mewah dari pilihan perabut - perabut baru. Dekorasi rumah Indah seperti rumah Keluarga Dan suasana keseluruhan kawasan sekitar aman, Dan mendamaikan hidup Mawar.

Udara segar memenuhi Setiap Penjuru rumah. Memberikan Kesegaran pada pernafasan Mawar. Hal itu membuatkan Mawar semakin tersenyum dengan dirinya Dan Terry, Hanya mereka berdua yang berada disitu.

β€œ Macam mana Mawar ? Engkau sukakan rumah ini?” Senyuman menggoda Terry, dengan bibir yang merah Terry memandang kearah Mawar dipenuhi dengan keterujaan dalam hatinya.

β€œ Cantik! Tapi rumah siapa Terry?” Kepala Mawar dilentukkan ke arah dada Terry. Dia sukakan bauan badan lelaki itu yang segar. Bauan tubuh lelaki itu membuatkan diri Mawar semakin tenang.

β€œ Ini rumah kita Mawar? Kita akan bina Keluarga disini!” Tangan Terry mengelus lembut rambut Mawar. Dia dapat rasakan Mawar boleh terima segala perancangan dirinya nanti. Gadis hilang ingatan seperti Mawar, lebih menurut segala perintahannya tanpa sebarang bantahan.

β€œ Rumah kita?” Tubuh Mawar berpaling dan kepala yang dilentukkan sebentar tadi dibawa menghadap Terry. Semua yang dikatakan Terry dia percaya, Tapi yang pelik bagi Mawar rumah itu terletak Hanya 2 km dari rumah sebelum ini.

β€œ Kenapa engkau tak suka dengan rumah ini? Aku bina khas untuk kita?” Langkah Terry meninggalkan Mawar. Dia sedikit tersentap dengan kelakuan Mawar yang mempertikaikan keputusan Dan arahan darinya sebentar tadi. Dia melangkah kearah belakang rumah Dan berhenti Di kolam renang yang disediakan disitu.

β€œ Apa yang jadi dengan rumah Utama Terry? Kita tak lagi tinggal disitu?” Mawar heran, kenapa tiba - tiba Terry membuat keputusan yang mendadak seperti ini. Sedangkan perkara itu sebelum ini tidak pernah dibincangkan bersama.

β€œ Tiada apa - apa yang berubah! Engkau akan mulai tinggal disini dengan arahan aku.” Terry mula menunjukkan sifat mendominasi dalam diri lelakinya dalam membuat keputusan. Dia lelaki Dan dia berhak.

β€œ Tapi kenapa sekarang? Kenapa selepas saya sihat Terry?” Mawar tidak puas hati. Jika rumah Utama masih ada, kenapa dia yang perlu dipindahkan.

β€œ Sebab itu arahan aku? Rumah Utama adalah rumah kerja aku Mawar. Aku tak nak engkau Dan keluarga yang kita akan dibina nanti terpalit dengan kerja aku.! Engkau akan selamat disini.” Wajah ketegasan Terry terserlah dalam Setiap butir bicaranya kepada Mawar.

β€œ Sebab itu Awak mahu saya berjauhan macam ini. Awak mahu saya selamat” Mawar kembali Tersenyum gembira, tidak sangka Terry Menyayangi dirinya seperti itu. Walaupun perkara itu tidak pernah diluah Tapi Mawar dapat rasakan hal itu.

β€œ Engkau kesayangan aku Mawar” Tangan Terry kembali mengusap lembut wajah Mawar. Wajah dan Senyuman Mawar membuatkan hati lelakinya tenang.

Tak susah untuk memujuk seseorang perempuan, dia ada segala pengalaman dalam hal itu. Tapi menjaga keselamatan Mawar adalah perkara penting yang perlu juga difikirkan Terry.

β€œ Terry saya bahagia dengan awak. Awak adalah segalanya bagi saya. Bila Kita akan berpindah kesini?”Mawar semakin Teruja dengan berita yang baru disampaikan oleh Terry.

Dia tahu rumah Utama yang menempatkan dirinya dulu bukanlah rumah biasa. Rumah yang dipenuhi dengan segala - segalanya Tentang kerja Terry. Dia sendiri telah melihat beberapa orang lelaki yang berwajah bengis Dan bertatu beberapa kali datang berjumpa dengan Terry.

Perbualan dilakukan dalam bilik rahsia tanpa Mawar tahu apa tujuan mereka berjumpa. Setiap kali orang - orang yang dipanggil itu datang kerumah Utama. Maria akan menemani Mawar Setiap masa.

Tidak pasti oleh Mawar sama ada Maria datang kearahnya disebabkan Arahan Terry Atau kerana wanita itu yang sukarela.

Mawar tidak dapat mentafsir perasaan Maria Tentang dirinya. Layanan Maria masih seperti dulu, tiada reaski diwajah Tapi segala bantuan Mawar dipenuhi.

β€œ Sekarang!” Terry memberikan Senyuman bahagia bila Mawar tidak membantah segala yang dilakukan olehnya.

Dia sangat berpuas hati dengan perubahan sikap Mawar. Jika dulu, dialah wanita yang selalu membantah dan mengelak dari semua arahan Dan kelakuan Terry. Namun kini segalanya telah berubah. Tanpa Terry sedari dia dalam proses akan memberikan kehidupan berkeluarga dirinya dengan Mawar.

Dia tidak merancang semua itu. Kehidupan berkeluarga yang tidak pernah difikirkan Terry sebelum ini. Namun hal itu dia terpaksa. Terpaksa bagi mengelakkan dia akan berada dalam situasi masalah dengan Seseorang?..

Seseorang yang bermasalah dengan hidupnya di kemudian hari jika rahsia Tentang Mawar akan terbongkar suatu hari nanti.

β€œ Kenapa Cepat sangat Terry? Saya belum puas ...!” Kata - kata Mawar terhenti bila dilihat beberapa pembantu Terry telah hadir disitu dan membawa segala keperluan diri Mawar yang sebelum ini berada di Rumah Utama.

β€œ Kita tak perlu tunggu Mawar. Segalanya aku dah sediakan. Aku takkan lagi susah hati bila Engkau akan berada disini.”

Terry Senyum sinis dia sudah sediakan semua keperluan bagi Mawar disitu.

β€œ Awak akan berada disini Terry sentiasa ada bersama saya?”

Tiara jawapan dari Terry cuma lirikan mata Terry yang membuatkan jantung Mawar berdebar. Terry dipenuhi dengan kejutan pada Setiap tindakannya.

β€œ Aku sediakan tempat untuk engkau berkebun Mawar. Aku harap Engkau boleh Mengisi masa lapang disini. Jangan khuatir jika aku Selesaikan kerja aku akan kembali kesini. Aku tahu Engkau akan rindukan aku!”

β€œ Macam mana malam ini? Awak akan temankan saya Terry?”
Mawar tahu Terry sibuk dengan kerjanya. Kadang - kadang dirumah Utama seharian Dan beberapa hari Mawar tidak dapat memandang wajah Terry.

Hidupnya dipenuhi dengan kesunyian dan kekosongan. Sebaik lelaki itu pulang barulah hidup Mawar kembali ceria.

β€œ Malam Ini aku disini Mawar. Aku akan temankan engkau disini untuk kita mulakan keluarga.” Terry Senyum sinis sambil melihat pandangan Mata Mawar yang Teruja melihat kearah kebun Dan petak tanah yang telah disediakan dirumah itu untuk Mawar.

β€œ Terima kasih, saya gembira Terry!” Bibir Mawar bertaut dengan bibir merah Terry. Balasan dari ciuman Terry menghairahkan tubuhnya.

Dia rindukan sentuhan lelaki yang mendamaikan hidupnya. Dia berasa selamat berada disamping lelaki itu. Untuk Mawar menjalani hidup tanpa Terry, adalah sesuatu yang bukan mudah bagi Mawar. Dia telah Cintakan lelaki dihadapannya. Lelaki yang Dia tidak kenal, Tapi perasaan hatinya dia tahu dia Cinta.

....

β€œ Gembira!”
Sekali lagi bicara itu diungkapkan Tapi segalanya masih dalam Samar - Samar kali ini.

Sambil baju yang disarungkan ketubuhnya di tanggalkan dan dicampakkan kedalam bakul. Roselle baringkan tubuhnya Segera kedalam lipatan selimut tebal Dan mata yang terus dipejamkan. Telinganya telah menangkap bunyi sesuatu.

Bunyian langkah seseorang menuju kebiliknya. Kedengaran ditelinga Roselle pintu biliknya dibuka Dan langkah kaki seseorang mendapatkan dirinya yang sedang terbaring diatas katil.

Terasa Tangan kasar mengelus lembut wajah Dan Tangan kasar lelaki itu mengelus lembut Roselle yang berpindah ke telinga dan menjalar kearah bibirnya.

Roselle yang masih dalam lakonan tidur dapat menghidu bauan lelaki yang telah hampir disisinya. β€œ Terry” bersama degupan jantung Roselle yang berdebar dengan laju.

β€œ Roselle!” Suara bisikan Terry yang membuatakan bulu Roma Roselle meremang Dan berdiri.

Dalam lakonan tidurnya, Roselle membukakan mata, menguap dan mengosokkan mata Seakan Dia baru terjaga dari lena.

β€œ Terry!” Senyuman manis Roselle menggoda memandang kearah Terry yang melihat dirinya dalam keadaan tenang.

β€œ Awak sudah datang, saya ingatkan Awak lupa?” Roselle mendapatkan pelukan Terry sambil tubuhnya menahan getaran ketakutan dalam hatinya. Jika Terry dapat menangkap perilaku dirinya yang sebentar tadi menghilang menyelinap masuk kerumah Utama.

β€œ Aku Tentu kemari sebab aku dah janji!” Terry merapatkan pelukan kearah tubuh badan Roselle, erat Seakan ditidak mahu dilepaskan.

β€œ Saya Tunggu Awak tadi Terry Tapi saya keletihan Dan Saya tertidur. Mungkin penat bekerja cucuk tanam Siang tadi.” Roselle meneruskan lakonan. Dia harus mencari alasan yang login. Dari imbangan mata Dan reaksi Terry, terlihat lelaki itu masih belum menyedari segala yang berlaku.

Tubuh Roselle dirapatkan sekali lagi dalam dakapan tubuhnya, sangat rapat Dan Tangan Terry menjalar merasai sesuatu dari tubuh wanita dalam pelukannya.

β€œ Kenapa jantung engkau berdebar Roselle. Aku dapat rasakan sesuatu seperti engkau baru sahaja lepas berlari.” Pandangan mata Roselle dipandang untuk mendapatkan jawapan.

β€œ Saya, berlari? Suara Roselle tersekat - sekat. Namun dia Perlu bertenang dari segala hal yang mungkin berlaku.Dia perlu menciptakan alasan yang Logik.!
β€œ saya bermimpi Terry? Mimpi yang dahsyat dan Awak Takkan mahu mendengar segala mimpi itu kerana itu mimpi yang panjang. Takkan kita mahu habiskan masa malam ini untuk hal itu.”

Roselle menggoda, dia tiada cara lain lagi, bagi Terry tidak mengesyaki dirinya.

β€œ Engkau semakin pandai menggoda aku Roselle,” Senyuman menggoda Terry bersama reaksi diwajahnya yang mula melangkah mendapatkan Roselle, tubuh Roselle telah dibawa keatas katil Dan dibaringkan perlahan.

Cumbuan kedua - duanya semakin ghairah Dan berahi bersama gerakan Tangan yang menjalar keseluruhan tubuh badan pasangan.

Pakaian Roselle telah dibuka keseluruhan menampakkan lekuk tubuh Roselle yang Seksi. Tiba Giliran Terry, baju yang membaluti tubuhnya dibuka, Dan kelihatan Jelas ditubuh Terry ada balutan dibahagian hadapan tubuhnya. Perkara itu Jelas dimata Roselle yang membuatkan kerutan diwajahnya.

Roselle menolak Tubuh Terry dari meneruskan aksi seterusnya. Dia perlu tahu sesuatu. Tangan Roselle mencapai suis dengan pantas , memasang kembali lampu tidur yang baru dimatikan Sebaik Kedua - duanya dalam keadaan beraksi ghairah.

β€œ Kenapa Terry? Apa yang jadi?” Tangan Roselle memegang balutan dibahagian dada sebelah kanan Terry. Balutan putih yang membaluti kawasan tersebut.

β€œ Kerja aku Roselle Engkau tak perlu khuatir, benda itu akan Selesai sekejap lagi!”

β€œ Apa Maksud awak Terry ? Saya nak tahu apa yang jadi? Kenapa sampai berbalut macam ini” Kerisauan diwajah Roselle Jelas, dia tidak sangka Terry menyembunyikan sesuatu dari dirinya Sebaik sahaja lelaki itu kembali.

β€œ Aku tak nak engkau risau keadaan aku? Benda ini benda biasa dalam kerja aku. Samada aku yang membunuh Atau aku yang dibunuh. Tiada beza Roselle. Tapi yang aku mahu engkau selamat disini.” Wajah Roselle yang binggug duduk dibirai katil direnung.

β€œ Sebab itu Awak lambat kesini Terry? Awak sedang bekerja? Awak buat apa?” Roselle mencuba melihat segala kebenaran dari kata - kata Terry. Adakah dia yang salah melihat Dan mentafsir segala yang berlaku dihadapan matanya tadi Atau Terry yang masih berbohong Kepada dirinya.

β€œ Aku ditembak! Di sini Roselle Dan aku selamat dari mati. Sebab apa aku kembali ke rumah Utama tinggalkan engkau disini tadi , sebab aku ada urusan dengan perempuan yang dah bocorkan rahsia kedudukan aku Dan buat kan keadaan kusut jadi begini.”

β€œ Maksud awak tadi Awak berurusan dengan perempuan?”

β€œ Yup ! Tapi seseorang menganggu aku tadi, menganggu kerja aku Roselle. Dan seseorang yang menganggu aku tadi memiliki rambut perang seperti rambut engkau ini.”

Dapat dirasakan Roselle nafas Terry yang mulai mencium bauan dari rambutnya dengan perlahan Tangan Terry mengelus rambutnya dalam pandangan yang sukar dimengertikan. Nafas Terry tidak sekata yang membuatkan Wajah Roselle kematian reaksi.

β€œ Kenapa Awak tak cari perempuan rambut perang itu?” Dari dirinya terus ketakutan dengan pandangan Terry, sekali lagi dada Terry menjadi mangsa pelukan Roselle.

β€œ Aku rasa aku takkan jumpa dia. Dia Licik Tapi aku akan tunggu sampai dia tersilap langkah.” Mata Terry memandang kearah bakul yang terisi dengan pakaian Roselle. Kelihatan pakaian baju Labuh itu basah dibahagian bawah. Hal itu dia telah dapat lihat sewaktu dia jejak kan Kaki masuk keadalam bilik itu. Tapi dia mahu melihat segala reaski Roselle.

Semua yang terpapar membuatkan Terry memandang Roselle Dan Tersenyum sinis.

β€œ Macam mana dengan nasib perempuan itu?” Dalam nada bergetar Roselle bertanyakan soalan.

Dia mengingati lagi wanita yang bersama diatas ranjang melayan nafsu Terry sebentar tadi. Dia ingatkan wanita itu pemuas nafsu Terry, namun nasib wanita itu adalah sebaliknya.

β€œ Aku dah dapat jawapan aku.Dia aku dah tinggalkan untuk Santapan sebelum dimusnahkan. Tak guna disimpan racun dalam organisasi aku, Roselle.”

Tubuh Roselle kembali dibawa ke pembaringan. Perlahan - lahan tubuh Roselle dibaringkan. Tadi Dia telah terlepas aksi dengan gadis yang akan menjadi korban sebentar lagi.

Untuk itu, Roselle Takkan terlepas kali Kedua malam ini. Dia Perlu menggantikan segala yang Dia telah terlepas aksi dengan gadis tadi.

β€œ Apa maksud awak santapan sebelum dimusnahkan Terry? Kening Roselle berkerut.Dia tak faham Maksud yang disampaikan.

β€œ Bukan semua perempuan akan dapat apa yang diinginkan. Jika mereka melepasi sempadan,mereka akan dihukum, hukuman yang akan dilakukan lelaki, Dan kesalahan itu tiada maaf.”

β€œ Apa Dia dah buat pada Awak Terry, sampai dia dihukum sampai macam itu?” Roselle masih belum puas. Dia Perlu tahu kebenaran tentang perempuan yang masih terbayang dalam fikiran dirinya.

β€œ Dia pembocor rahsia Dan membantu perancang untuk bunuh aku! Puas hati.”

β€œ Dia mahu bunuh Awak!” Kerisauan Roselle pada pandangan matanya melihat keseluruhan tubuh badan Terry.

β€œ Dia terlibat sama Mawar Dan kerja seperti aku, orang - orang seperti dia kami tak akan berikan peluang untuk dia hidup dalam dunia ini. Setiap perbuatan ada hukuman.”

Kali ini tindakan Terry tidak lagi dihalang Roselle mencumbui dirinya.

β€œ Macam mana Kalau saya Terry? Saya yang bunuh awak. Adakah Awak akan buat saya macam itu juga?”

Mata Terry menatap kearah Mata Roselle, masih tidak percaya dengan apa yang didengari malam ini. Dia masih terdiam melihat gadis perang dihadapannnya. Penampilan yang lain, namun jasad Dan roh mereka masih orang yang sama.
β€œ Engkau pernah bunuh aku dulu Mawar Tapi waktu itu, engkau juga telah ambil tindakan yang buatkan aku sesal dengan hidup aku!”

Tanpa bicara lanjut Terry meneruskan segala yang tergendala sebentar tadi. Dia tidak perlu menjawab segala persoalan Dan Mawar tidak perlu diberikan jawapan. Biarlah segala rahsia itu disimpan kekal, Sehingga suatu masa rahsia itu terbongkar.

****

β€œ Saya tak nak Awak pergi kerja hari ini. Saya nak Awak dekat saya Mukhriz. Bukan hari ini!” Suara Anggerik merengek - rengek manja. Tangannya tidak melepas dari memegang Tangan Mukhriz.

β€œ Saya kena kerja? Awak beritahu saya Angggerik apa Awak nak, nanti balik saya belikan.” Mukhriz kehabisan Idea untuk menjauhkan diri dari Anggerik. Tak sangka pula pagi ini Anggerik terjaga awal.

Selalunya Anggerik akan terlewat untuk bangun selepas subuh. Nampaknya Dia perlu mencari Plan lain untuk melarikan diri lagi dari Anggerik.

Sampai kerja pun dia kacau, Jenuh lah dia nak menjawab dengan Datuk. Lebih menakutkan Mukhriz jika mereka mengelakkan dirinya, terpaksa menempuh karenah dirinya yang tidak boleh berenggang dengan Anggerik.

β€œ Saya nak ! Saya nak ! Saya nak Awak Mukhriz! β€œKetawa Anggerik yang membuatkan Mukhriz menepuk dahinya mengelengkan kepala.

Adham anaknya Hanya mengelengkan kepala dengan karenah Anggerik , sejak Adham dimaklumkan akan mendapat adik, dia terlalu gembira, kerana hal berkenaan adiknya telah dimaklumkan kepada Mommy beberapa kali.

Namun rekasi Anggerik masih mengatakan tidak, Tapi dengan tiba - tiba mereka mendapatkan berita mengembirakan Keluarga kecilnya.

β€œ Adham bantu Daddy. Tolong Daddy Jauh kan Mommy.” Mukhriz berbisik kepada Adham dalam bahasa isyarat yang jauh untuk Adham membantunya agar Anggerik dapat menjauh sekejap dari dirinya, hal itu untuk Mukhriz menyelinap keluar pergi bekerja.

Adham mengoyangkan jarinya dengan mengatakan tidak. Dia tidak mahu masuk campur hal itu. Apa yang dia tahu dia perlu segera berkemas untuk Segera pergi kerumah Oyang. Rutin hariannya.

β€œ Adham!” Muhriz menjerit kecil bila anaknya menghilang disebalik pintu. Mukhriz tahu harapan dirinya musnah bila Adham telah keluar dari pintu itu untuk menaiki kenderaan pergi ke rumah Oyang dihantar oleh pemandu Datuk.

β€œ Mukhriz” Suara manja Anggerik yang kembali mendapatkan tubuh suaminya. Pegangan tangan tidak dilepaskan.

β€œ Bala”..

........

Mukhriz Dan Anggerik telah berada di pejabat. Disisi Mukhriz Anggerik masih belum melepaskan tangannya memegang lengan suaminya.

Wajah cemberut Mukhriz terlihat membuatkan semua mata - mata pekerja memandang kearah mereka, tidak menyangka Mukhriz dikawal seperti itu dengan isterinya .

Anggerik tersenyum bahagia dengan menyapa semua kakitangan yang berada dipejabat Mukhriz, perkara yang sebelum ini dia tidak biasa buat.

Wajah Anggerik kelihatan semakin berseri - seri Cantik dengan pujian dari semua yang melintas dihadapan mereka Dan menegur kearah mereka.

β€œ Anggerik Awak tak nak Lepaskan lagi ker tangan ini? Apa kata Awak duduk Dekat sana dulu. Saya tak pergi kemana Saya dah dengan awakkan.” Mukhriz cuba bereaksi biasa Walaupun dia telah rimas dengan segala yang terjadi. Anggerik ikut dia ke pejabat, Dan pegangan Tangan Anggerik yang tidak melepas dari memaut lenganya membuatkan Mukhriz tekanan. Sampai bila dia terpaksa harungi semua ini.

Jika dia bercakap kasar pada Anggerik, entah apa lagi rengekan manja Anggerik yang akan membuatkan dirinya mengelabah.

β€œ Plak” Pintu bilik Mukhriz terbuka luas.

β€œ Anggerik!” Suara Datuk Mumtaz bergema, tubuh lelaki tua itu muncul bersama Senyuman diberikan kepada Mukhriz Dan Anggerik.

β€œ Datuk?” Terkejut Anggerik, tak sangka kedatangan dirinya Di pejabat Mukhriz Cepat tersebar. Tapi tak sangka secepat itu.

β€œ Kamu Mukhriz kenapa tak Maklumkan Datuk Anggerik kesini hari ini. Boleh Datuk sediakan sesuatu.” Perasaan gembira Datuk Mumtaz melihat menantu kesayangannya muncul Di hadapannya.

β€œ Macama mana Mukhriz nak beritahu Datuk. Sebenarnya Mukhfiz kena paksa bawa Anggerik.” Perlahan Suara Mukhriz berbisik memaklumkan perkara sebenar Kepada Datuknya.

Kening Datuk berkerut, pandangan matanya teralih Kepada Mukhriz, cucunya. β€œ Apa Maksud kamu Mukhriz?”dia cuma mahu memahami Maksud Mukhriz.

β€œ Datuk tahu yang Anggerik mengandungkan, Tapi dia tak mahu Lepaskan Mukhriz Walaupun seminit. Macam mana Mukhriz nak jalani kerja - kerja, kehidupan Mukhriz lepas ini.” Mukhriz meluahkan perasaannya, dia harap Datuk akan faham situasi dirinya.

Datuk Mumtaz ketawa terbahak mendengar segala penerangan dari cucu lelakinya. Wajah Mukhriz kembali Masam mencuka.

β€œ Padan muka kamu Mukhriz, itu tandanya tuhan balas perbuatan kamu. Dulu Anggerik mengandungkan Adham, kamu tinggalakan dia. Itu sebab Anggerik mengandung kali Kedua tuhan balas sampai macam ini.” Datuk Muktaz meneruskan ketawa dengan segala yang berlaku.

β€œ Datuk? Mukhriz? Apa yang jadi?” Anggerik cuba mendengar segala perbualan Datuk Dan Mukhriz. Namun jarak mereka yang sedikit jauh membataskan Anggerik untuk mendengar.

β€œ Tiada apa - apa Anggerik. Saya dengan Datuk bual kosong!” Mukhriz tidak mahu Anggerik mendengar, perasaan Anggerik juga perlu dijaga kerana wanita itu juga semakin sensitif dengan hati.

Mukhriz kembali mendapatkan Datuk Setelah dilihat Anggerik kembali bertenang menunggu mereka berdua.

β€œ Apa Perlu Mukhriz buat Datuk?” Mukhriz telah buntu dia perlu dapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman seperti Datuknya.

β€œ Berapa usia Kandungan Anggerik Mukhriz?” Datuknya melihat kearah Anggerik yang Tersenyum. Semakin dilihat berseri - seri muka Anggerik, Cantik. Datuk Mumtaz telah terbayangkan cucu Perempuan secantik Dan secomel Anggerik.

β€œ Dalam empat bulan macam itu Datuk. Kalau macam ini Datuk, Nampaknya Mukhriz terpaksa kerja dari rumah. Perangai Anggerik sekarang ini sukar nak disangka .” Mukhriz mengeluh Tapi itulah perkara yang sebenarnya. Kutukan Datuk tadi pedas Tapi ada kebenaran bagi segala - gala kata Datuknya sebentar tadi. Mungkin itu balasan dari perbuatan dirinya dulu.

β€œ Kamu tunggu lagi sebulan selalunya dalam 3 bulan sahaja orang perempuan mengandung ini merengek. Tapi Anggerik mungkin 5 bulan. Semua orang memgandung tak sama. Kamu doa sama Mukhriz moga segalanya dipermudahkan.” Datuknya mengelengkan kepala melihat tekanan pada wajah Mukhriz. Benda kecil pun cucunya payah nak handle.

Datuk Mumtaz mendapatkan Anggerik Dan meninggalkan Mukhriz dalam menyelesaikan hal itu sendiri. Dia malas nak campur tangan.

β€œ Anggerik macam mana sihat? Kandungan Anggerik macam mana? Datuk Mumtaz tak sabar untuk mengetahui Tentang Kesihatan cucunya yang Kedua. Cucu yang Dia sangat berharap adalah perempuan.

β€œ Anggerik sihat Datuk. Mukhriz ada dengan Anggerik, Tentulah Anggerik sihat.” Senyuman Anggerik yang menceriakan Datuknya, Dan Senyuman Anggerik juga yang berjaya membuatkan hidup Mukhriz tak keruan kerana berjaya membuka hati lelaki itu menerima perkahwinan.

β€œ Datuk Mukhriz pergi mesyuarat dulu, Datuk berbual dulu dengan Anggerik.” Mukhriz tidak melepaskan masa yang dirinya dapat berjauhan dari Anggerik, peluang yang ada digunakan sepenuhnya.

Cepat - Cepat Mukhriz beredar Dan sebelum dia keluar Dia dapat melihat wajah cemberut Anggerik apabila ditinggalkan , Tapi dia tahu Anggerik tidak akan berani merengek kerana Datuk ada disebelahnya.

Senyuman sinis Mukhriz yang baru keluar mati bila dia melihat Sherry berada disitu. dipejabatnya Dan langkah wanita itu mengarah ke arahnya..????

β€œ Shit!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience