Langit yang tadinya cerah tiba-tiba bertukar mendung. Terkocoh-kocoh aku berlari menuju masuk ke sebuah cafe yang berhampiran.
Tumpang berteduh kat sini sekejap. Hujan dah reda nanti baru aku shoot ke ofis semula.
Beberapa buku yang ada di tangan ku pegang erat dan kemas. Risau kalau-kalau ia terjatuh ketika aku melakukan maraton tadi.
Selesai memesan minuman, aku mengeluarkan kembali telefon dari dalam poket seluar. Jari-jemariku mula menari kencang di atas skrin telefon, membalas pesanan penting dari seseorang.
" Assalamualaikum.. "
" Waalaikumusalam.... "
Saat kepala mendongak ke atas, air liur yang ku telan terasa sangat kesat. Aku pandang sekeliling sebelum anak mataku kembali memandang tubuh manusia yang sedang berdiri tegak di hadapanku. Rasanya aku tak salah pandang kan.
" Rara sihat? "
" Err.. alhamdulillah sihat. Awak buat apa kat sini? " aku bertanya gugup.
Najmi tak terus jawab. Dia tarik kerusi, lantas duduk di hadapan Tiara. Muka Tiara dipandang tak lepas. Nampak berbeza Tiara yang ada di hadapannya sekarang. Nampak lebih sopan berbaju kurung moden warna nude.
" Rasanya saya tak pakai baju terbalik kan? " aku cuba berseloroh. Sengaja mengajak Najmi kembali ke dunia nyata.
Najmi ketawa malu.
" Sorry Rara. Saya tak sengaja. Terkejut sangat boleh jumpa awak kat sini. "
Aku sengih. Aku faham. Bukan saja Najmi yang terkejut, aku pun sama. Tak sangka kami dapat jumpa kat sini.
" By the way, muka saya ni tak nampak macam bos ke? Cafe ni saya baru bukak 2 bulan lepas. "
Kini giliran aku pulak yang ketawa. Dengan pakaian macam orang pejabat ni mana aku tahu cafe ni Najmi yang punya. Lagipun kami dah lama lost contact.
" Wah, tokei besar dah awak sekarang ya. Tahniah. "
Najmi balas dengan senyuman. Aku pandang sekeliling cafe yang nampak indah dengan dekorasinya.
Kena lah dengan citarasa orang muda macam aku.
" Rara buat apa sekarang? rasanya dah lama kita tak jumpa kan "
Aku mengiakan dengan anggukan. Memang dah lama kami tak berjumpa. Sejak aku putus dengan Izzt Firhan memang aku tak pernah berjumpa lagi dengan lelaki ini.
" Kerja sambil belajar "
" Belajar? "
" Aah. tapi part time je lah. Hari biasa saya kerja. Weekend baru masuk kelas. "
Perbualan kami terhenti sekejap bila pelayan tadi datang menghantar pesanan kepadaku.
" Dah semester berapa sekarang? "
Satu demi satu soalan di tanya Najmi. Dia jadi berminat pula untuk ambil tahu perihal Tiara yang tetiba muncul di cafenya tengahari itu.
" Semester 2. Minggu exam sekarang "
Aku sedut minuman yang aku pesan tadi. Lega rasanya tatkala air carrot susu itu mengalir di kerongkong. Sedang mata Najmi masih terus melirik ke aku.
" Good luck. Saya doakan awak berjaya " ringkas ucapannya.
Aku balas dengan senyuman.
Dua bulan selepas hubungan aku dengan Izzt Firhan berakhir aku mohon untuk sambung belajar. Memang aku sengaja menyibuk diri aku dengan niat aku dapat melupakan segalanya dan alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Aku sudah mampu menjalani hidup aku seperti biasa.
" Rara masih ingatkan Izzt ? "
Kali ini lidahku kelu pula tanpa bicara. Tiada jawapan yang mampu aku zahirkan untuk pertanyaan itu. Berbulan aku merawat hati. Sebolehnya aku tak nak dengar lagi nama itu disebut-sebut. Biar lah kisah kami lenyap tanpa perlu diperkatakan lagi. Aku tak mahu luka lama berdarah kembali.
" Sorry. Mungkin saya tak patut tanya macam tu "
Najmi garu kepalanya yang tak gatal. Sedar kesalahan diri yang dah terlepas cakap. Itulah over sangat bertanya. Mengalahkan wartawan.
" Tak ada apa lah. Cerita saya dengan dia dah lama berakhir. Dia pun mungkin dah ada kehidupan dia sendiri. " aku cuba kawal rasa. Sebak pulak rasanya bila mengingatkan lelaki yang aku sayang tinggalkan aku macam tu je.
'Cinta tak semestinya bersatu'
Aku masih ingat ayat yang dilafazkan Izzt Firhan pada aku. Ya. Mungkin cinta kami memang takkan pernah bersatu.
Bunyi deringan telefon mematikan lamunan aku, segera aku mengangkat panggilan itu sebaik melihat nama yang si pemanggil.
Selesai bercakap di telefon aku terus meminta diri untuk beredar. Sempat aku titipkan pesan agar Najmi menyampaikan salam aku pada Izzt Firhan jika dia ada berjumpa dengan lelaki itu.
Macam mana keadaan dia agaknya ?
Moga dia sentiasa berada dalam lindunganmu Ya Allah.
.
.
.
Hisyh, mana pulak si Kinah ni. Naik kematu dah punggung aku ni. Tadi kata dah dekat. Ni tak sampai-sampai lagi. Aku balik kang baru tahu.
Air minuman yang masih berbaki separuh ku sedut sedikit. Tengok ni, air pun nak habis dah aku minum. Batang hidup Kinah pun aku tak nampak lagi.
“ Woi, sorry-sorry aku lambat! Aku sangkut jem tadi.”
Kinah tiba-tiba datang menerpaku dari arah belakang. Terkejut aku. Nasib baik tak tersembur air dalam mulut aku.
“ Apasal buat muka macam tu? Sorry la. Aku bukannya sengaja. Takkan 30 minit lambat pun dah nak tarik muka macam tu? "
Kinah lepas nafas semputnya. Termengah-mengah dia mencari nafas.
“ Lambat tu satu hal. Yang kau main sergah-sergah orang tu dah kenapa? Terkejut aku tahu tak. Nasib baik aku takde penyakit lemah jantung. "
Kinah senyum sinis.
“ Sikit-sikit nak terkejut. Cuba jadi macam aku ni, jiwa kental. " ujar Kinah sambil mendabik dada.
Aku tersenyum sinis. Kelakar pula rasanya dengar perkataan jiwa kental yang dilontarkan Kinah. Nampak tak sesuai. Bukan sehari dua aku kenal dia.
“ Jiwa kental konon. Huh, tak payahlah. Tengok kucing berkelahi pun kau lari lintang pukang. " sinisku lalu menghambur ketawa. Hatiku bagai digeletek apabila teringat kembali zaman di sekolah dulu. Gara-gara takutkan kucing Kinah lari sambil bawak pinggan.
“ Syyhhhhhhh…”
Kinah meletakkan jari ke bibirnya. Matanya meliar memerhati orang sekeliling.
“ Kau ni pelan-pelan la sikit. Dengar dek orang malu aku 7 keturunan. ” ujar Kinah pura-pura marah.
“ Aku lari pun bukan sebab apa.. aku cuma takut kalau kucing tu serang aku pulak ” pelahan saja ayat Kinah yang hujung itu. Dia tersenyum malu.
“ Pandai la kau beralasan itu ini. Kan senang kalau kau cakap kau tu penakut. Habis cerita! " serangku masih tak puas mengejek. Kinah tayang muka cemberut.
“ Ishh, kau ni, bikin malu aku je. "
Aku menyengih. Hilang terus rasa marah aku menunggu Kinah tadi.
" Hah, apa yang penting sangat kau nak jumpa aku kat sini? jumpa kat rumah kan senang. Macam lah aku dengan kau duduk rumah asing. " bidasku pada Kinah yang selamba badak minum air aku yang tinggal separuh tadi.
" Aku nak ajak kau jumpa orang "
Air muka Kinah mula berubah serius.
" Siapa? aku kenal dia ke? "
Laju Kinah menggeleng.
" Tak. kau tak kenal dia pun. Aku pun baru first time nak jumpa dengan dia ni. "
Aku tayang muka pelik. Ayat Kinah buat aku jadi pening.
" Kau nak ajak aku jumpa siapa sebenarnya ni? kau jangan macam-macam Kinah.. "
Aku dah mula tak sedap hati. Tak lepas aku merenung muka Kinah yang nampak sedang menyusun ayat.
" Kau ni dah kenapa? cakaplah! kau ada masalah ke? "
Kebisuan Kinah buat aku tak senang duduk. Kinah yang aku kenal petak bercakap. Bukan macam ni. Macam orang kena parkinson pulak dah.
" Samsul .. "
" Hah? kau nak ajak jumpa Samsul ke? ish, taknaklah aku. Kau pun tahu kan aku tak berapa ngam dengan boyfriend kau tu. "
Melihat Kinah menggeleng buat aku termagu seketika. Bertambah pelik aku jadinya. Aku tolak kerusi agar lebih dekat dengan Kinah.Belakang tangan menapak naik atas dahinya. Normal. Tak panas pun.
" Ish, aku tak demam lah. "
Tangan aku ditepis pelahan oleh Kinah. Mencuka saja mukanya.
" Sebenarnya aku nak ajak kau jumpa wife Samsul. "
" Gila kau! beraninya kau nak jumpa dia. Tak takut kena maki ke? " Bantahku pantas. Bukan aku tak tahu selama ini Kinah dengan Samsul bercinta senyap-senyap.
" Aku takde pilihan. Itu je pilihan yang aku ada, " keruh air muka Kinah. Makin tak sedap hati aku mendengarnya.
" Apa maksud kau ni Kinah? kau jangan buat aku takut. "
Kinah diam tak membalas. Semakin mendung air mukanya.
" Bagitahulah aku. Apa kena dengan kau ni? Kau dah terlanjur dengan Sam ke?! "
Tegas aku menyoal. Kali ni tak ada kompromi lagi dah. Kalau Kinah memang buat kerja terkutuk tu sekarang jugak aku akan telefon Taufik. Biar dipasak bebelan berjela-jela pada adik dia ni. Aku tak nak terlibat lagi dah. Dosa aku sendiri pun dah berguni-guni.
Tapi jauh di sudut hati aku masih berharap apa yang aku cakap tadi tak terjadi pada Kinah.
" Aku nak Sam pinang aku tapi dia tak nak. Alasan dia sebab wife dia tak setuju nak berpisah. Sebab tu aku nak pergi jumpa wife dia. Aku nakkan kepastian. Aku tak nak buang masa lagi dah. Kau pun tahu kan 2 tahun aku tunggu dia. Aku setia kat dia. Takkan selamanya aku nak kena sorok hubungan kami ni. Kau pun tahu kan mak dah bising-bising tanya hal kahwin dengan aku. " luah Kinah tiba-tiba.
Pelahan-lahan aku mengangguk faham. Aku tahu Kinah stress sejak mak paksa dia kahwin. Tapi aku masih tak tahu reaksi apa yang perlu aku pamerkan sekarang. Di satu sisi aku gembira sebab Kinah mula nampak 'permainan' cinta Samsul padanya. Di satu sisi pulak aku kesian dengan Kinah. Bersusah payah berjuang untuk dapatkan 'hak' yang tak pernah diberikan oleh Samsul. Itulah bezanya kalau bercinta dengan suami orang. Serba serbi kena kongsi. Itu belum lagi kalau menikah. Dah tentu Kinah makan hati berulam jantung.
" Kau temankan aku eh Rara. " ajak Kinah sekali lagi. Kalau bukan sebab ugutan maknya tempoh hari dia pun tak nak buat kerja gila macam ni.
Bahu Kinah ku sentuh. Aku pandang mukanya dengan penuh rasa kasihan.
" Tak ada gunanya Kinah kalau kau pergi jumpa wife dia. Silap hari bulan kau yang akan dapat malu. Kalau betul Sam tak sayangkan wife dia dah lama dah diaorang bercerai. Ni tidak, bukan main sakan dia bercuti satu family kat Langkawi kan. " getusku geram.
Orang lain kalau nak bercerai dah tak tinggal sebumbung dah. Nak pandang muka pasangan pun rasa meluat. Tiba dekat Samsul elok je pergi bercuti. Satu family pulak tu. Sebab tu aku tak percaya bila Kinah bagitahu Samsul tu nak bercerai dengan bini dia. Sandiwara belaka.
Kepala Kinah semakin menunduk. Matanya mula berkaca. Setiap kebenaran yang dilontarkan Tiara umpama pisau yang menghiris tangkai hatinya.
" tapi aku sayangkan dia.. "
Aku lepas nafas. Aku tahu Kinah sudah terlajak sayang pada Samsul. Tapi sebelum semuanya jadi sia-sia tak salah jika Kinah undur diri. Biar sakit sekarang jangan sakit di kemudian hari.
" Kita sama Kinah. Aku pernah sayangkan seseorang tapi aku terpaksa lepaskan dia sebab itu kehendak dia. Dan kau pulak terpaksa lepaskan Sam sebab dia bukan milik kau. Lelaki seperti dia sememangnya tak layak untuk di cintai. " pujuk aku untuk kesekian kalinya.
Di saat aku sedang bersedih dulu manusia inilah yang banyak bagi kata semangat pada aku.
Sungguh, sahabat yang baik itu juga adalah satu anugerah dari ilahi.
bersambung ....
Share this novel