BAB 28

Romance Completed 45920

Allahuakbar....
Allahuakbar....

Hanya kalimah itu yang mampu aku lafaskan saat ini. Berulang kali aku cuba menafikan kebenaran namun segalanya seperti sia-sia. Sekeping kertas kebenaran dalam genggamanku takkan mampu mengubah apa-apa.

Air mataku terus merembes keluar. Aku mula teresak-esak menangis tanpa mampu aku tahan lagi. Aku sedar ketika ini sudah ada mata asing yang mula memandang pelik kearahku tapi itu semua aku abaikan. Biarlah mereka dengan telahan mereka sendiri.

Aku menarik nafas panjang. Air mata di pipi ku seka pelahan.

Sungguh besar ujian dan dugaan yang Allah kirimkan pada aku kali ni. Kebahagiaan yang aku harapkan rupanya di iringi dengan derita.

Dengan langkah yang longlai aku bawa tubuhku mendarat di atas kerusi pelawat di hadapan Unit Kecemasan. Saat ini seluruh tubuhku seakan sejuk membeku. Jantung pula seakan mahu berhenti berdenyut.

Kelopak mata ku pejam rapat.

Masih terngiang lagi jeritan lzzt Firhan sewaktu kami dalam perjalanan ke sini tadi. Kesakitan yang awalnya aku sendiri tak tahu puncanya berakhir dengan keputusan yang aku langsung tak duga.

" Rara, Izzt macam mana? "

Aku panggung kepala. Saat melihat Najmi di situ aku bagaikan hilang kata-kata. Tiada sepatah kata mampu aku zahirkan melainkan air mata yang semakin deras mengalir.

Najmi mula rasa sesuatu. Tangisan berterusan Tiara buat hatinya semakin penasaran. Takkan disebabkan Izzt Firhan masuk hospital Tiara menangis begini. Persis anak kecil lagaknya.

Tapi untuk bertanya Najmi rasa ini bukan lah masa yang sesuai.

Saat hatinya masih berkelana, Tiara menyuakan sekeping kertas padanya. Tanpa lengah Najmi menyambut. Laju berbola matanya bergerak. Dari atas sampai ke bawah dia tekun membaca.

' Stomage Cancer Stage 3 '

Satu keluhan berat di lepaskan. Najmi raut mukanya beberapa kali. Hampir saja air mata jantannya menitis saat melihat keputusan CT- Scan yang masih tergenggam kemas di tangannya.

Lama Najmi cuba menenangkan hatinya sebelum sekali lagi matanya beralih pada Tiara yang masih mengogoi kesedihan. Kali ini Najmi nekad memujuk. Di paut lembut bahu Tiara lantas di biarkan gadis itu melepaskan kesedihan di bahu kirinya.

Dia tumpang berduka. Dia juga tumpang bersedih. Dia tahu setiap perjalanan hidup seorang insan yang bernama Izzt Firhan.

Muka Tiara kembali di tatap.

Moga kau tabah Rara.

.
. .

30 minit ...
1 jam ...
2 jam ...

Aku masih setia menanti di sisi Izzt Firhan yang masih lena di atas katil pesakit. Kata doktor yang merawat, Izzt Firhan terpaksa diberikan bius bagi membolehkan dia mengawal rasa sakitnya.

Kedua tangan naik menongkat dagu. Muka Izzt Firhan aku pandang dengan rasa sayu. Sekalipun dia terbaring begini seumur hidup aku berjanji takkan sesekali meninggalkan dia. Aku akan setia menjaganya.

" Dah lewat ni Rara. Awak tak nak balik berehat ke? " soal Najmi yang sejak tadi menjadi pemerhati. Jatuh kasihan pula dia melihat muka Tiara yang sudah terbias keletihan.

Bibir mengorak senyuman nipis.

" Tak apa lah. Lagipun saya nak temankan Izzt kat sini. Risau kalau dia terjaga nanti dia cari saya "

Aku menjawab dengan suara yang masih serak. Hampir saja hilang suaraku akibat menangis tanpa henti.

Najmi mengangguk pelahan.

Beruntung kau Izzt dapat kekasih macam Rara. Nampak betul dia sayangkan kau.

Tak mahu lagi memaksa, akhirnya Najmi meminta diri untuk keluar. Niatnya untuk membeli serba sedikit makanan untuk dijadikan bekalan Tiara ketika berada di sini. Sebab dia yakin Tiara pasti takkan tinggalkan Izzt Firhan keseorangan di sini.

.
.

Ku oles sebuah senyuman manis di bibirku saat melihat kelopak mata itu bergerak-gerak. Seakan tidak sabar menanti aku lantas mendekatkan sedikit tubuhku menghampiri katil.

Plastik putih berisi makanan yang di berikan oleh Najmi tadi aku letak atas kabinet tepi sisi kanan.

" Good morning "

Izzt Firhan koyak senyum. Matanya yang baru di buka di gosok-gosok sebentar. Kemudian pandangannya kembali dipasakkan pada tubuh Tiara yang berada di sisi.

" Saya warded ke? "

Soalan pertama dari sang kekasih. Aku jawab dengan anggukan. Sambil tangan gagah membantu Izzt Firhan membetulkan kedudukannya. Dari berbaring dia kini sudah bersandar di kepala katil.

" Untuk sehari dua je. Nanti dah sihat bolehlah awak balik "

Aku cuba memujuk. Dari intonansi suaranya aku tahu Izzt Firhan tak suka di masukkan ke sini.

Alaa, mana ada orang suka masuk hospital kan? berbelit wayar macam ni. Mesti rimas.

" Perut awak macam mana? ada rasa sakit lagi tak? " selimut yang sudah melorot ke bawah aku tarik semula sehingga menutupi dadanya.

Izzt Firhan menggeleng. Selepas menerima rawatan semalam keadaannya sudah beransur pulih. Tiada lagi rasa bisa seperti di cucuk mata pisau di sekitar daerah perutnya.

Cukuplah semalam dia merasai azab itu. Teringat kesakitan semalam buat dia rasa serik untuk menikmati makanan sebarangan. Apa yang dia tahu perutnya sekarang sudah semakin sensitif.

" Najmi mana? dia tak ada datang ke sini ke ? "

Matanya diliarkan memerhati sekeliling. Semalam sebelum dia di masukkan ke Unit Kecemasan sempat dia menghubungi Najmi dan meminta lelaki itu untuk datang ke sini.

Niatnya cuma satu. Jika ada apa-apa yang terjadi padanya, Najmi lebih tahu di mana mahu mencari ahli keluarganya.

" Najmi ada datang. Dia baru je balik. Mungkin tengahari sikit nanti dia datang semula. "

Izzt Firhan diam tak membalas. Matanya masih ralit memerhati wajah Tiara yang jelas kepenatan. Penat dan sembab. Itu lebih tepat.

Segelas air aku hulurkan pada lzzt Firhan. Melihat senyuman yang tak lekang di bibirnya buat hati aku jadi semakin sayu.

Mungkinkah suatu hari nanti aku akan kehilangan senyuman itu? Ah, sungguh aku tak kuat.

" Laa, kenapa monyok je muka tu? awak sedih sebab saya warded ke? "

Aku paksa diri untuk senyum. Tak tergamak rasanya untuk aku tunjukkan kesedihan yang aku rasai sekarang.

" Mana ada saya sedih. "

Aku cuba berdalih. Segera aku larikan anak mataku dari menjadi mangsa renungan Izzt Firhan.

" Jangan nak menipu. Saya nampak lah mata awak berair tadi. Awak menangis sebab saya kan? "

Matanya dikecilkan. Izzt Firhan cuba mencari secebis kejujuran pada setiap kata-kata Tiara tadi. Tapi hampa. Riak Tiara kosong.

Aku jengilkan anak mataku seluasnya. Kemudian aku kerdipkan pula mataku sekali dua. Sehingga ketawa kecil meletus dari bibir lelaki itu.

" Saya okay lah. Mungkin saya penat sikit je. Ni awak lapar tak? kalau awak nak makan, Najmi ada belikan roti tadi. Saya ambikkan ya "

Aku cuba alih topik perbualan kami. Plastik berwarna putih tadi aku capai lalu roti berperisa coklat itu aku keluarkan.

Dengan hati yang bercampur baur aku suap sedikit demi sedikit roti itu ke dalam mulutnya. Sesekali aku ketap rapat bibirku, menahan gelodak rasa yang semakin membuak. Aku tutup rapat kolam air mata dari pecah di hadapan lelaki itu. Kesedihan aku, biar aku yang tanggung.

" Beruntung saya dapat awak, belum jadi suami lagi saya dah dapat layanan baik macam ni "

Aku senyum mendengarnya. Ya. lelaki ini akan tetap menjadi suamiku dengan izinNya.

" Agaknya kalau saya sakit lagi, awak akan jaga saya macam ni tak ?

Glupppp

Pahit aku menelan air liur sendiri. Setiap bicaranya seolah sedang menguji ketabahan aku. Sungguh. aku sedang lemah saat ini.

" Ya. Saya tetap akan jaga awak "

Bersungguh aku menjawab tanpa ada rasa ragu. Aku sayangkan dia Ya Allah.

" Walaupun nyawa saya tak panjang? "

Bukkkkk

Kali ini aku tak mampu lagi bersuara. Lidahku terus kelu. Bila-bila masa saja kolam air mata ini akan pecah bederai.

Aku benci mendengar bicaranya. Bicara yang bakal menyebabkan aku kehilangan orang yang aku sayang.

Aku cuba ukir senyuman buat penyeri wajahku yang semakin sembab.

Bebola mataku bergerak pelahan mencari sepasang anak mata yang suatu ketika dahulu berjaya mencuri hatiku. Saat mata kami searas, aku zahirkan rasa cinta aku padanya. Tiada lagi perasaan ragu untuk aku menyintainya.

" Ajal maut semua di tangan tuhan. Selagi awak masih bernyawa, saya akan setia kat sini sampai bila-bila. "

Riak pelik terpamer di air muka Izzt Firhan. Aku tahu dia rasakan sesuatu yang berlainan dalam ucapanku. Tanpa mempedulikan reaksi itu aku lantas bangun lalu menuju ke bilik air. Dan tanpa dapat di kawal lagi kolam air mataku pecah jua bersama tangisan yang panjang.

Berikanlah sedikit masa untuk aku bahagia bersamanya Ya Allah....

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience