BAB 44

Romance Completed 45920

Sebuah kereta putih bercermin gelap berhenti betul-betul di hadapan aku. Tak menunggu lama, aku terus meloloskan diri masuk ke dalam kereta yang sudah di bukakan pintunya. Sempat aku mengerling ke arah sekeliling. Risau kalau-kalau ada yang ternampak kelibat aku di situ.

Kereta mulai bergerak sebaik aku menutup pintu. Sekilas aku menoleh ke arah sisi, sebelum membuang pandang ke arah jalan raya yang mulai sesak.

Lima minit berlalu, masih tiada tanda-tanda si dia akan bercakap dengan aku. Entah mimpi apa gamaknya, tiba-tiba dia ajak aku berjumpa.

Kalau nak ajak bincang hal kerja, memang aku tak ada mood sekarang. Sudahlah perut aku lapar, penat pulak tu. Rasa nak rehat je sekarang ni.

Tapi kalau dia nak bercakap soal pertunangan hari tu, memang banyak soalan yang aku nak tanyakan pada dia.

" Macam nampak hantu je tadi. Apa yang you takutkan. "

Aku menoleh ke arahnya sesaat.

Cakap orang. Dia pun sama. Nak keluar ofis tadi macam lipas kudung. Alih-alih mesej aku suruh turun bawah. Padahal cakap depan-depan kan boleh.

" Tak ada apa. Saya cuma pandang kot ada lagi staff yang belum balik. "

Alasan ku berikan. Aku nampak dia mengulum senyuman disebalik kaca mata hitam yang di pakai.

" Temankan I makan boleh? " dia bertanya tanpa menoleh.

" tapi saya dah kenyang. "

" takkan makan biskut sekeping dua dah kenyang. " Dia senyum sinis.

" Mana ada sekeping dua. Saya makan 2 paket biskut tadi tau " Jujur aku membalas. Tapi tulah, dah makan banyak tu perut aku masih lagi tak kenyang. Asyik berbunyi je dari tadi. Nampak gayanya balik rumah nanti aku kena masak maggi letak telur mata, potong sayur. Ermm, kecur liur.

Hisyh, otak ni sempat lagi ajak aku mengelamun.

" See.. sampai 2 paket biskut you makan. Tu tandanya you lapar nasi. " ada ketawa dihujung ayatnya.

" Memang pun. Last saya makan nasi petang semalam. " balasku tanpa sedar yang aku sedang memerangkap diri sendiri.

Muzzafar Adli tiba-tiba ketawa bersama gelenggan kepala.

" Patutlah you tak fokus masa meeting tadi. "

" Siapa cakap saya tak fokus. Saya dengar je apa yang bos cakap tadi. " aku cuba membela diri walaupun aku sendiri tak berapa yakin dengan kenyataan yang aku berikan.

" Jadi you tahulah kenapa I ajak you pergi ke Ipoh? " duganya.

Aku angguk. Laju pulak tu. Terlebih confident.

" Sebab apa? "

" Bos nak saya jadi designer kat sana kan? its okay bos. Walaupun jauh. Saya okay je. "

Aku nampak lelaki itu menggelengkan kepalanya. Tersungging bibirnya mendengar jawapan aku.

" Keyakinan you menjawab buat I rasa kagum " dia toleh ke arah aku sekejap. " tapi bukan itu tujuan I ajak you ke sana. "

Hah?

Terketap rapat bibirku. Rasa nak sorok je muka ni dalam dashboard.

Aku dapat rasa matanya sedang mengerling ke arah aku tapi aku pura-pura tak nampak.

" you dekat mana masa kita meeting tadi? " dia masih menunjukkan minat untuk tahu.

Aku tersenyum kelat. Mati aku kalau dia tahu sepanjang perbincangan fokus aku hanya pada muka dia. Aku langsung tak fokus pada apa yang dia cakap.

" Tak ke mana-mana pun. Kan saya ada duduk sebelah Evelyn. " Aku cuba mengingatkan lelaki itu. Rasanya aku ni takdelah kecik sangat sampai dia tak perasan kewujudan aku.

" No. I mean your mind. Ada kat mana? you fikirkan siapa tadi? "

Fikirkan you lah..

Hisyh, kalau lah aku boleh jawab macam tu kan senang. Masalahnya dari tadi aku tunggu dia bercerita tentang kami. Tapi langsung tak ada. Cincin tunang ni pun...langsung dia tak ada tanya.

Musykil betol.

Dia ni tahu ke tak aku ni tunang dia atau dia sengaja pura-pura lupa.

" I tahulah I ni handsome tapi tak payahlah curi-curi pandang macam tu. Pandang depan-depan macam ni kan senang " ujar Muzzafar Adli menoleh dengan senyuman ke arah aku.

Aku terus kemam bibir.

Kulit muka dah bertukar merah macam tomato.

" Eeeeiiiiii perasannya... " selarku sekadar cuba menutup resah di dada. Masuk kali ni sudah 2 kali dia memuji diri sendiri depan aku.

Memang perwatakan dia macam ni ke. Sukar di duga. Sekejap beku macam ais. Sekejap ramah macam promoter. Sampai aku rasa tak ada yang special pulak di antara kami.

" tadi bos kata nak makan kan. Jomlah makan. Tetiba pulak perut saya rasa lapar. "

Akhirnya... tanpa rasa malu aku melepaskan jugak apa yang terbuku dalam hati.

.
. .

" Bos kita nak makan kat mana ni? "

Aku tayang muka cemberut. Dah jauh perjalanan kami, namun keretanya masih bergerak di atas jalan raya. Tiada tanda-tanda kereta itu akan berhenti di mana-mana destinasi kedai makan. Semakin kelaparan aku jadinya.

" Kat kedai makanlah. Takkan kat kedai tayar pulak. ” Dia menjawab tanpa berpaling.

tu diaaaa ....

Aku menahan hati. Sebal. Sejak bila entah bos aku ni boleh jadi annoying macam ni.

 " Ok. Dah sampai. ” 

Aku menoleh laju. Kereta Muzzafar Adli sudah pun berhenti di hadapan sebuah restoren yang tertera nama BellaYour taste. Dahi aku berkerut berlapis-lapis. Pelik jadinya. Setakat nak isi perut tak perlu susah-susah bawak aku ke restoren besar macam ni.

Saat kaki melangkah masuk, mata terus memandang sekeliling. Muzzafar Adli sudahpun menarik kerusi untuk duduk di salah satu meja yang tersedia.

Chandelier yang tergantung mewah di tengah-tengah restoran membuatkan mata aku membulat. Perlahan-lahan aku menarik kerusi di hadapannya. Satu benda aje yang melekat di kepala aku sekarang. Beautiful.

" Cantik? "

Aku terus mengangguk. Mengiakan dengan wajah ceria.

Dia senyum kemudian mengangkat tangan memanggil pelayan.

Aku memandang pelik. Buku menu pun dia tak tengok, dah nak order?  Tentu ini kedai makan favourite dia.

Seorang pelayan beruniform warna merah melangkah menghampiri kami. Ditangannya sudah tersedia sebiji tab yang tentunya mahu digunakan untuk mencatit menu yang bakal kami order nanti.

" Set A, untuk 2 orang makan. " Terangkat muka aku dari buku menu.

Dia ni kan. Main order je. Tanyalah aku dulu. Kot makanan yang dia pesan tu aku tak suka macam mana? Buat rugi je.

" Air? "

Dia melirik ke arah aku. Keningnya terjongket seinci.

" Barli ais. " balasku ringkas.

" Fresh oren. " tambah Muzzafar Adli.

Pelayan itu mengangguk. Menulis sesuatu di dalam tab sebelum berlalu dari situ.

" Bos selalu ke datang makan kat sini? " tak tahu nak borak apa aku tanya ayat klishe. Bedal jelah. Janji tak sunyi.

" Jarang. " sepatah dia membalas sebelum mengeluarkan telefon dari dalam poket. " tempat macam ni lebih sesuai datang berdua." dia menyambung kata sebelum matanya turun pada skrin telefon.

Aku mengukir senyum. Rasa bahagia tiba-tiba. Tentu saja aku orang pertama yang dia bawak datang ke sini.

Nafas ku hela pelahan. Sedang otak merangka ayat yang sesuai untuk diborakkan, telefon Muzzafar Adli tiba-tiba berbunyi.

Aku bersandar bosan bila tumpuan Muzzafar Adli kini beralih pada panggilan itu.

5 minit berlalu, pelayan tadi kembali datang membawa 2 gelas minuman.

" Eh, tak boleh. Lewat sangat tu. "

Aku menjeling sekilas. Entah apa yang diborakkan. Tentu saja berkaitan kerja gamaknya.

Minuman tadi ku sedut pelahan. Muzzafar Adli yang sedang duduk menyandar dengan selesa di kerusinya masih lagi berborak di telefon.

" Kalau macam tu kita jumpa. Malam ni pun tak apa. Janji benda tu settle cepat. "

Aku merengus. Mula bosan dengan suasana seperti ini. Bagi aku waktu makan adalah masa yang perlu di manfaatkan sebaik mungkin. Buat apa ajak aku makan kalau masih sibuk dengan telefon.

Tapi entahlah, mungkin masih terlalu awal untuk aku membahaskan itu semua.

Sedang leka aku bermain dengan bisikan hati, pelayan tadi kembali sekali lagi. Kali ini beberapa jenis makanan di hidangkan atas meja.

Semakin berkeroncong perut tatkala melihat menu di depan mata. Semua menu itu nampak begitu menyelerakan. Tapi melihat Muzzafar Adli yang masih leka dengan telefonnya buatkan mood aku semakin ke laut biru.

" Ok. kalau macam tu kita jumpa kat tempat biasa. "

Itu ayat terakhirnya sebelum dia menamatkan panggilan dan meletakkan telefonnya diatas meja.

" Sorry. Yusry telefon. Nak bincang pasal kerja. " terangnya tanpa aku pinta. Mungkin reaksi muka aku buat dia terpaksa bercerita.

Senyuman tawar terukir di bibir.

Pelahan-lahan aku menarik sudu dan garfu yang digulung elok dalam kertas tisu. Tanpa menghiraukan pandangannya aku terus menyuap sedikit nasi masuk ke dalam mulut.

Dalam hati dah buat percaturan, selesai saja makan nanti aku akan terus mengajak dia balik. Akan aku ceritakan pada Kinah nanti, date pertama aku bersama encik tunang gagal dan membosankan.

" Dear, what wrong? "

Aku menggeleng malas. Soalannya aku biarkan tak berjawab. Panggilan mesra yang dia gunakan langsung tak menjentik hati aku yang sedang dibelit rasa terkilan. Dari hujung mata, aku perasan anak matanya sedang menikam tepat ke arah aku.

" I ada buat salah ke? atau you tak selesa keluar dengan I? " Dia menyoal lembut. Sudu dan garfu aku di ambil dan diletakkan di tepi pinggan. Aku tak membantah sebab aku tahu dia nak aku fokus pada soalannya.

" Bukan macam tu ... "

Sengaja aku biarkan ayat itu tak berpenghujung. Berat untuk aku melontarkan apa yang ada di dalam hati. Kalau ikutkan memanglah isu dia bercakap di telefon tadi tak sebesar mana. Tapi dia perlu ingat, aku ni tunang dia. Bila ada peluang berjumpa begini, sepatutnya dia bagi tumpuan sepenuhnya dekat aku. Bukannya masih sibuk dengan urusan kerja.

" Habis tu? "

" Nothing. "

Helaan nafasnya terhembus sedikit kasar.

" Okay. I mintak maaf. Mungkin cara I layan you tak seperti yang you mahukan. Mungkin jugak I tak sweet macam orang lain. Tak seromantik jejaka kat luar sana tu tapi believe me I always try to make you happy. " usai berkata, dia menyentuh dan mengusap lenganku sekejap.

Aku mencari anak matanya. Bertemu dan belaga mata kami buat seketika. Hati yang keras tiba-tiba bertukar jadi agar-agar. Bibir yang beku akhirnya mencipta satu senyuman manis.

" so you dah tak merajuk la kan? " dia bertanya dalam nada serba salah.

Automatik kepala menggeleng laju.

" Bila masa pulak saya merajuk. " sangkalku lantas mencapai kembali sudu dan garfu.

Aku dengar Muzzafar Adli melontar tawa. Seolah-olah pernyataan aku tadi tersangatlah kelakar. Tapi memang aku tak merajuk pun kan..

Bila aku menjengilkan biji mata tahu pulak dia takut. Terus ketawanya tadi bertukar jadi senyuman kelat.

Ketika dia sedang leka makan, aku mencuri-curi pandang ke arahnya. Suka aku melihat cara dia makan. Penuh sopan dan tertib.

Mata Muzzafar Adli menangkap perbuatan aku. Terus dia merenung muka aku yang gelisah. Keningnya dimain-main. Seperti memberi laluan untuk aku bersuara.

“ Kenapa saya? "

" What? " dahinya berkerut sedikit.

" Kenapa bos pilih saya? rasanya tak ada apa-apa pun yang menarik pasal saya ni. ”

Aku memberanikan diri untuk bertanya. Memang aku nak sangat tahu. Kenapa aku jadi pilihannya. Sedangkan kat luar sana tu ada ramai lagi gadis yang layak untuk dia. Dan tentunya yang lebih hebat dan cantik berbanding aku.

 “ Tak perlu tanya. ” pendek jawapannya.

Aku mengeluh hampa. Punyalah susah aku karang ayat, sepatah je dia jawab. Hurmm...

“ I tak ada jawapan untuk soalan tu.” dia menyambung lagi. “So, don’t ask.”

Aku akur. Kalau dah itu jawapannya, apa boleh aku buat. Mungkin dia juga sama seperti aku, masih mencari keserasian dalam perhubungan ini.

Everything happens for a reason tapi tak semua benda perlukan sebab. Betul tak?

bersambung ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience