BAB 60

Romance Completed 45920

Kedua tangan bersilang atas dahi. Mata ku dibiarkan terpejam rapat namun suasana di luar bilik masih sayup kedengaran di celahan cupingku. Sejak tadi aku melayan fikiran yang terganggu dek kejadian yang berlaku di hospital lewat petang semalam. Semakin ingin dilupakan, makin kuat pulak ia mengasak fikiran.

Aku benar-benar kebuntuan.

Di satu sudut aku merasakan perlu untuk aku berjumpa lantas menerangkan kepada Muzzafar Adli hubungan sebenar di antara aku dengan Esham. Tambahan pula, aku tidak mahu lelaki itu berfikir yang bukan-bukan tentang aku. Namun tatkala memikirkan hubungan kami yang sudah hilang hala tujunya buat hatiku mula berbolak balik.

Arghhhhhhhh!

Kenapa aku mesti fikirkan perasaan dia lagi? Kenapa tidak aku nyahkan saja rasa itu. Bukankah telah terang lagi nyata aku tak pernah ada di hatinya? jadi untuk apa aku harus rasa bersalah seperti ini?

Bisikan halus itu kembali menghantui mindaku. Spontan mata yang tertutup kembali terbuka. Aku tarik nafas yang semakin hilang rentak.

' Paling tidak pun biarlah dia tahu Esham tu anak Umi. '

Lantas mug yang sudah siap ku isikan dengan kopi, ku bawa menghampiri bilik kerjanya. Hanya dengan sekali ketuk, pintu biliknya aku tolak dari luar.

" Yes, ada apa? "

Tanpa memandang aku, posisinya masih kekal seperti tadi. Menunduk sambil melakar sesuatu di atas lembaran kertas yang sedang terbentang di atas meja kerjanya.

" Er... tak.. tak ada apa. saya... saya cuma nak hantar kopi ni je. "

Entah apa yang sedang merasuk fikiran aku sehingga segalanya jadi caca merba. Kekuatan tadi seakan hilang sehingga sukar untuk meluahkan apa yang bersangkar dalam fikiran.

" Kopi? "

Pandangan peliknya terarah pada aku.

" agaknya you dah lupa kot, baru setengah jam yang lepas you dah hantar kopi untuk I. "

Oh yeke..

Aku mengaru pelipis bagi menghilangkan rasa canggung. Kopi yang baru sesaat aku letakkan dihadapannya aku gapai semula.

" Er, sorry. Mungkin saya salah dengar. "

Aku terus berpaling. Ingin segera beredar dari situ Namun terhenti tatkala namaku diseru.

" Kenapa ambik semula kopi tu? I tak kata pun tak nak. Lagi pun orang tua kata dah bagi tak boleh ambil semula. Nanti buruk siku. " ujarnya bersama kening yang sengaja dimain-mainkan.

" Er.. tapi tadi kan bos kata... "

" its okay. You boleh letak kopi tu dekat situ. Nanti I habiskan. " arahnya. " By the way, ada hal apa you datang jumpa I? "

Nafas ku hela dalam. Mukanya aku jamah seketika.

" yang sebenarnya saya ... saya nak jelaskan tentang hal semalam. "

" Hal semalam? hal yang mana satu? "

Aku picingkan anak mata. Rasa geram mulai membelit tangkai hati. Berhadapan dengan Muzzafar Adli memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku tahu lelaki itu sengaja berpura-pura tidak tahu. Padahal takkanlah semudah itu je dia boleh lupakan tentang hal semalam.

" Kejadian di hospital semalam. Lelaki yang bersama saya tu namanya Esham. " Kepala automatik terdongak ke atas. Sekaligus melawan renungannya yang bersahaja.

" Oh, Esham. "

Fuhhhh!

Aku tarik nafas sedalamnya. Tenangnya dia! Takkanlah sikitpun dia tak nak soal aku tentang Esham. Paling tidak pun tanyalah Esham tu siapa? dah lama ke aku kenal dia? Ini tidak macam orang tak ada perasaan je. Hurm, nampak sangat aku ni tak pernah penting untuk dia.

" Bos tak nak tahu siapa Esham? "

Aku memberanikan diri untuk bertanya. Namun sekali lagi hati ini remuk. Malah bertambah sakit bila melihat Muzzafar Adli tanpa rasa bersalah hanya mengelengkan saja kepalanya.

" Kalau macam tu tak apalah. Saya keluar dulu. Mungkin salah saya. Terlalu berlebihan berfikir tentang hal semalam. "

" You tak salah. I tahu apa yang sedang cuba you buktikan. Tapi you jangan risau, I bukanlah lelaki yang suka mengungkit kisah silam seseorang. "

Terkaku.

Wajahnya aku jamah tak berkelip.

" Walaupun you tak nyatakan secara jelas hubungan you dengan Esham tapi I dah boleh agak siapa dia. Dan I sangat appreciate dengan apa yang sedang you buat sekarang. Sekurang-kurangnya I tahu masih ada peluang untuk I tebus kesilapan I yang lepas. "

Aku merenungnya dalam-dalam. Dia membalas tanpa ragu. Melihat tindakannya itu, hati ini mula dibedil rasa aneh. Liur terasa pahit. Telapak tangan terasa berpeluh. Berpura di sebalik wajah tenang aku kemudiannya membalas.

" Peluang? peluang apa lagi yang bos nak dari saya?! "

Dia lantas berdiri, langkahnya dibawa mendekati aku.

" Peluang untuk I jaga you. "

Tawaku terlepas halus. Untuk apa, aku tidak tahu. Mentertawakan diri sendiri atau sebaliknya. Yang jelas aku tak mahu ditipu oleh hakikat sebenar.

" Rasanya tak perlu kot. Saya boleh jaga diri saya sendiri. " Yakin sekali aku membalas.

" I tahu tak semudah itu untuk you percayakan I tapi percayalah andai waktu boleh diputarkan kembali, I takkan buat apa yang pernah I buat sebelum ni. Sebab I nak you tahu satu perkara, melukai dan mengecewakan perasaan you tak pernah ada dalam kamus hidup I. "

Tenggelam timbul nafasku tika ini. Sukar untuk aku bernafas saat kata-kata itu dilafaskan. Apatah lagi, ianya dituturkan dengan lembut dan sangat bersahaja.

Benarkah itu ucapan dari seseorang yang di katakan tidak pernah mencintaiku?

" Rara... "

Suaranya kedengaran sayup-sayup memanggil.

" Rara... "

Seruannya kedengaran lebih kuat berbanding tadi. Lambat-lambat fokus aku kembali terarah padanya.

Renungan mata reduhnya seakan mengalirkan satu rasa yang pernah aku rasakan sebelum ini. Indah. Bahagia. Namun rasa itu tidak lama. Kejadian lepas mengajar aku untuk tidak berharap pada benda yang tak pasti. Kini segala-galanya menjadi kosong. Sunyi dan sepi tanpa sebarang rasa

" Bos tipu! " gumamku antara dengar tak dengar.

“ Tak! Sumpah sayang! I tak pernah tipu you. " balasnya bersama gelengan kepala.

" Habis tu bos nak cakap Abang Hakimi tu pulak yang menipu? mereka cerita yang bukan-bukan tentang bos? macam tu ke? "

Dadaku mula beralun ganas. Kulit muka terasa mengeras dek rasa berang yang membakar jiwa. Bercampur pula dengan kesedihan, kekecewaan dan entah apa lagi yang patut aku rasa sekarang.

" Tak! Bukan macam tu. Abang Hakimi cuma salah faham. Dia tak tahu cerita sebenar. Dia ingat I bertunang dengan you kerana desakan Taufik, tapi sebenarnya tak. Memang I yang menginginkan pertunangan kita terjadi. Percayalah! "

Dia menghentikan bicara. Merenung aku dengan reaksi yang sukar sekali aku tafsirkan.

" ... I cintakan you, Rara. I sayangkan you sejak kali pertama kita bertemu. Tapi malangnya, waktu tu I tak punya kekuatan. I takut untuk berterus terang. Bila I dah bersedia, you pula dah jadi milik orang. Bertahun I pendam perasaan ni, sehinggalah satu hari I dapat tahu yang you bukan lagi milik sesiapa. I beranikan diri untuk hantar pinangan pada you dan alhamdulillah I gembira bila dapat tahu yang you sudi terima pinangan I. " Terluah jua akhirnya kalimat yang sudah lama hinggap dan terpendam di jiwanya.

Helaan nafasku terlepas sendiri. Terasa bahu longlai tanpa daya. Aku jadi lemah tiba-tiba. Dapat aku rasakan tembok kebencian yang aku bina selama ini bagai retak menanti belah saat kebenaran sedang terhidang di depan mata.

Takkan aku pulak yang bersalah?

Degilnya hati kerana masih enggan menyalahkan diri sendiri. Masih mahu berteka teki mencari sendirian jawapan, sedangkan dia dihadapanku sudah mengayam senyuman penuh kebahagiaan.

" I ikhlas, Rara. Tolong bagi I peluang kedua. I janji I takkan sakiti hati you lagi. "

Jeda.

Dunia sekelilingku tiba-tiba terasa hening. Bahkan terasa berhenti bergerak, lalu meninggalkan aku terkontang kanting dijerut satu rasa yang begitu mencengkam relung hati. Pedih dan perit rasanya.

" Sayang, please .... "

" Ke ... kenapa ... "

Bicaraku tersekat celah kerongkong. Dengan rahang yang terketap-ketap, aku kemudiannya menyambung.

" Kenapa baru sekarang bos nak bagitahu semua ni? "

Aku benar-benar ingin tahu. Kenapa baru sekarang dia berani berterus terang begini. Kenapa tidak dari awal lagi. Waktu aku mula berprasangka yang bukan-bukan tentang dia.

" Sebab I baru tersedar yang I tak boleh hidup tanpa you. "

Kata-kata itu menyapa lembut telingaku, menyusup ke dalam hati sekaligus membenamkan segala rasa kebencian yang tertanam selama ini.

Tanpa dapat ditahan lagi setitis mutiara laju membasahi pipiku. Hati mula dibedil rasa bersalah yang teramat. Umpama pita rakaman satu persatu perbuatan aku padanya kini terlayar diingatan.

Ya Allah, berdosanya aku.

.
. .

Tangisanku masih belum reda. Masih lagi pipiku dibasahi dengan air mata. Aku tidak tahu untuk berapa lama lagi harus aku berkeadaan begitu. Namun sesal yang mendalam menjadikan aku seperti ini. Si dia hanya akur membiarkan aku melayani perasaan. Hanya sesekali dia cuba memujuk, menenangkan aku sambil cuba menyakinkan apa yang terjadi bukanlah salah aku sepenuhnya.

" Sayang, dah lah tu.. " Suaranya kembali memujuk. Cukup lembut dan berhati-hati.

Sama seperti tadi, aku hanya mengangguk. Namun air mata tetap bersisa di pipi.

" you menangis pun nampak comel.. Tapi you tahu kan, kita sekarang dekat ofis. I tak nak orang lain nampak you berkeadaan macam ni. Nanti apa pulak dia orang cakap. Kang tak pasal-pasal orang ingat I dera you. "

Pelahan-lahan aku mengesat tubir mata. Melontar pandangan ke ruangan luar melalui cermin kaca biliknya. Aku dan dia kini berada di sofa yang terletak di satu penjuru bilik. Kami duduk sebelah-menyebelah. Sedikit terlindung dari pandangan orang.

" Dah saya sedih, saya menangislah. Takkan bos nak suruh saya bersorak pulak. " jawab aku acuh tak acuh. Automatik bibir termuncung ke depan.

" Mulut ni.. pantang di bagi peluang bercakap asyik nak menjawab je kerjanya. "

Hidung aku lantas dicuitnya dengan hujung jari. Sisa air mata terakhir ditubirku dikesat dengan penuh kelembutan.

Aku hanya membiarkan. Selesa diperlakukan sebegitu. Namun hati ini masih terselit rasa ralat. Rasa menyesal tak sudah atas perbuatan sendiri. Sungguh aku insan biasa, yang banyak cacat celanya. Setelah apa yang aku lakukan terhadapnya, bibir itu masih lagi sudi menghadiahkan aku dengan senyuman. Nada tutur bicaranya masih lembut menyapa halwa telinga hingga buat aku tertanya-tanya. Tak punya perasaankah dia? masih boleh beriak tenang sedangkan sudah berbakul kata sinis telah aku lemparkan padanya.

Tumpuan aku jadi terganggu saat dia berdiri sebelum mengorak langkah mendekati sebuah almari berlaci yang terdapat di dalam bilik itu. Setelah mengambil sesuatu di situ, dia kembali mendekati aku. Sebelah tangan kanannya di bawa ke belakang seolah sedang menyembunyikan sesuatu.

" Apa tu? " soalku sambil menjuihkan bibir ke tangan kanannya.

Dia tidak membalas, sebaliknya sebuah kotak baldu bersaiz sederhana diserahkan pada aku. Dengan dahi berkerut aku menyambut kotak yang dihulurkannya.

" untuk saya ke? "

Pandanganku terarah padanya. Silih berganti antara kotak itu dengan dirinya.

" ya sayang. "

Merekah bibirku dengan senyuman. Hati jadi teruja tiba-tiba. Setelah berendam air mata, rasa berbaloi pulak bila dapat hadiah macam ni. Ah, poyo.

" Apa dalam ni? " soalku sambil mengoncang kuat kotak tersebut. Namun goncangan kuat itu langsung tidak menghasilkan sebarang bunyi.

" This is a gift that I bought for you when I holiday in Paris 3 years ago. "

Tanpa menunggu lagi, rangkus aku membuka sampul kotak itu. Sebaik melihat isi dalam kotak tersebut, tergamam aku buat seketika.

" Rantai? "

" I harap you suka dengan rantai ni, sebab I pun sebenarnya bukan tahu sangat memilih. Tapi pertama kali I nampak rantai ni, I terus terbayangkan you. "

Rantai itu kemudiannya dipakaikan ke leher jinjangku. Rantai yang mempunyai loket berbentuk hati itu terlihat sangat cantik dan ekslusif. Menepati citarasaku dan aku benar-benar menyukainya.

" Cantik rantai ni. Harganya pun tentu mahal kan? " aku berujar pelahan. Anak mata kubiarkan meneroka ke serata wajahnya. Entah kenapa senyumannya tika ini nampak begitu memukau sekali sehingga aku terpaksa mengalihkan pandanganku ke arah lain.

" Tak adalah mahal sangat. Rasanya cinta you lagi mahal dari rantai ni. "

Geram diusik, aku lantas mencubit pahanya. Orang serius dia main-main pulak.

" Laa betul la apa yang I cakap, sayang. Nak dapatkan rantai ni I swap kad kredit je, dah settle! Tapi cinta you bertahun tau I nak dapatkan. Itu pun jenuh I nak kena tunggu. Nasib baiklah I ni sejenis lelaki yang tak mudah give up. Selagi I tak dapat you, selagi tu la I takkan duduk diam. Biarlah you lari ke hujung dunia sekalipun, I tetap akan kejar you. "

Bicara indahnya buat kulit pipiku merona merah. Malu sungguh jadinya bila ungkapan cinta itu dilafaskan secara depan-depan begini.

" tak rasa buang masa ke? terkejar-kejar macam orang tak waras. " ringan pula mulut ini menyoal.

" Masuk hospital sakit jiwa pun I sanggup, sayang. Berbaloi rasanya. Tapi dengan syarat, you pun kena ada sekali dekat dalam tu. "

Aku menyungging bibir. Seronok benar dia mengusik aku. Tersengih-sengih nak ajak aku masuk hospital sakit jiwa eh..

" Alaaa, nak usik sikit pun tak boleh. "

" Memang tak boleh pun. "

" Okay. Cuba you bagitahu. Apa yang boleh I buat untuk pulihkan mood you tu? " bersama itu satu senyuman manis terbentuk di wajahnya.

" Wowww... Sure ni bos nak tolong pulihkan mood saya? " Galak aku menyoal. Rasa tetarik pula dengan tawarannya.

" Of course! Demi you sayang I sanggup berkorban apa saja. " bersinar bebola matanya saat mengungkapkan ayat itu.

" oh, sekarang baru saya tahu kenapa bos baik hati sangat nak bagi saya scholarship, rupanya kes nak beli jiwa saya la ni eh? "

Tak semena-mena tawanya meletus. Terbahak-bahak Muzzafar Adli ketawa.

" tu bukan beli jiwa sayang... tu hadiah untuk bakal isteri sebab rajin berkerja. " ujarnya dengan sisa tawa.

Aku senyum senget. Tetiba terlintas idea nakalku untuk mengusik.

" Bakal isteri? eh, saya tak ada cakap pun saya nak jadi isteri bos. " aku buat mimik muka serius.

" You jangan macam-macam sayang.. I dah janji dengan Umi tau nak kahwin dengan you hujung tahun ni.. "

Hujung tahun?

Wah, dah plan awal-awal rupanya.

" Sayanggg... "

Serunya beserta riak cemas. Aku pura-pura tenang, hanya menjongket sebelah kening ke atas.

" You janganlah main-main. You betul ke ni tak nak jadi isteri I? " Serius dia menyoal. Tunaknya memandang aku tanpa secalit senyuman.

Aku menahan diri dari ketawa. Sekali sekala menyakat lelaki ini seronok juga.

" Nantilah saya fikirkan. "

Aku lantas berdiri. Membetulkan rambut yang terlihat sedikit kusut tanpa mempedulikan pandangan tak puas hatinya.

" Sayang ..."

" Saya lapar. Jom belanja saya makan. " pintas aku laju. Tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu aku terus berlalu dari situ, meninggalkan dia yang terkocoh-kocoh membuntuti langkahku dengan bebelan yang aku sendiri tak pasti.

Nah, rasakan.

Tadi nak sangat kan jadi orang tak waras. Baru kena usik sikit dah mengelabah tak tentu hala.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience