BAB 13

Romance Completed 45920

3 bulan kemudian

Hari ke hari perhubungan antara aku dengan Izzt Firhan semakin akrab. Aku selesa berkawan dengan lelaki itu yang aku anggap matang dalam setiap tindakannya. Ucapannya yang tenang dan layanannya yang baik terhadap aku membuatkan kami serasi bersama.

Sehinggakan aku lupa langit itu tak selalunya cerah. Ombak yang tenang juga punya cerita di sebaliknya.

Semuanya berubah saat aku menerima satu pesanan ringkas dari seseorang yang mahu berjumpa dengan aku.

Siapa?

Aku sendiri pun tak tahu. Aku tak kenal siapakah gerangan 'orang misteri ' yang mahu berjumpa dengan aku itu.

Tapi..

Aku penuhi juga kemahuannya untuk berjumpa dengan aku meskipun dada aku semakin sesak dengan tanda tanya.

" Cik Rara kan? "

Aku mengangguk sekali. Bertambah musykil bila gadis yang sedang berdiri di hadapanku itu seolah - olah telah mengenali diri aku. Sedangkan aku langsung tak kenal siapa perempuan ni.

Aku amati penampilannya.

Cantik dan bergaya. Ada ciri - ciri model pentas
peragaan.

Siapa dia sebenarnya?

" Duduk lah dulu Cik Rara "

Aku tersedar. Mati terus khayalan aku saat suara itu sekali lagi menusuk ke gegendang telinga. Malu pun ya. Kenapa lah saat ini aku tak mampu kawal perasaan. Aishh...

" Just call me Rara. By the way, you kenal I ke? "

Laju aku bertanya. Aku jadi semakin terdesak ingin tahu tatkala anak mata gadis itu juga dari tadi tak berganjak dari memandang ke arah aku.

Apa agaknya yang sedang bermain di benaknya?

" Sebelum tu you nak oder apa-apa tak? minum atau you makan ke ? "

Gadis itu lebarkan senyumannya. Manis sekali. Terpegun aku melihatnya.

" No thanks. I pun tak boleh lama kat sini. "

Memandangkan sekarang adalah waktu lunch jadi aku memang tak boleh berlama-lama di sini. Aku kena balik semula ke ofis sebaik selesai perjumpaan ini nanti.

" I Dalina. Maybe you baru first time jumpa I but not me. I selalu nampak you keluar dengan Izzt. "

Glupp...

Air liur ku telan kesat. Semakin bercelaru rasa hatiku. Kenapa nama Izzt Firhan di sebut. Bermakna gadis ini juga turut mengenali Izzt Firhan? Jadi apa hubungan mereka?

Bertalu-talu soalan di fikiranku.

" Kenapa you stalker I? "

Gadis itu senyum lagi. Riaknya yang tenang langsung tak menunjukkan rasa terkejut dengan soalan aku.

Sedangkan aku mula rasa tak senang duduk. Ya lah. Orang stalker kita kot. Apa tujuan dia buat macam tu? apa salah aku pada dia?

" Sorry Rara." balasnya dengan suara sedikit kendur.

" But why ? " pintasku laju.

Berubah mendung riak muka Dalina tatkala aku bertanya tentang tujuannya. Aku cuba bertenang sebaiknya biarpun jantungku sudah berlari ke sana sini.

" I just want to know dengan siapa Izzt berkawan sekarang. That all "

Aku pandang tepat muka Dalina. Semakin aku tak faham apa yang sedang cuba gadis ini sampaikan. Berbelit-belit.

" I memang selalu keluar dengan Izzt. Tapi rasanya kami tak buat apa-apa perkara yang salah pun. "

Dalina mengangguk. Air minuman yang masih bersisa di sedut pelahan.

" Ya i tahu Rara.. memang you tak patut dipersalahkan.. sebab...you pun tak tahu apa-apa "

Dalina bersuara pelahan tapi bicaranya masih mampu aku dengar. Peliknya luahan Dalina itu. Seolah - olah dia sedang cuba meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Tapi kenapa aku?

Argghhhh...

Semakin pening kepala aku dibuatnya. Semakin banyak tanda tanya bermain di kepala aku sekarang.

" Sebenarnya apa tujuan you ajak I jumpa ni? "

Kan lebih mudah jika Dalina terus terang saja. Tak perlu lah aku sakitkan kepala memikirkan itu ini. Kalau pun Dalina adalah kekasih Izzt Firhan aku terima kerana antara aku Izzt Firhan tak pernah ada perasaan lebih dari seorang sahabat.

" You tahu status Izzt Firhan? "

Aku mengangguk laju.

" Single "Jawabku ringkas.

Memang aku pernah tanya perkara ini pada Izzt Firhan. Memang dia mengaku status dia sama macam aku. Rasanya kalau Izzt Firhan dah berpunya sudah pasti lelaki tu takkan ada masa keluar dengan aku.

Tunak mataku terus memerhatikan gadis itu. Aku lihat bibir mungilnya digigit lembut. Barangkali dia sedang menyusun kata untuk bicara yang seterusnya.

" Ada apa - apa yang I tak tahu ke? " aku bertanya lanjut. Entah kenapa diamnya Dalina buatkan hatiku semakin rasa tak tenteram.

" He's already engaged "

Hahhhh?

Apa dia cakap tadi. Engaged?? aku salah dengar ke atau dia yang tersalah cakap ?

Aku betulkan dudukku. Fokus aku masih lagi tak berganjak dari memandang ke arah Dalina. Hatiku jadi resah tiba-tiba. Jantungku berdengup kencang bak pelari maraton 400meter.

" I'm his fiance "

Whatttt....!!!

Saat ini tubuhku bagai terjelupuk jatuh ke lantai. Aku hilang kata-kata. Aku cuba sembunyikan perasaan resahku namun gagal. Aku cuba kawal sebaiknya namun tetap jelas kelihatan.

Argghhhh....

Apa dah jadi dengan aku ni.

.
. .

Tangan ku letak atas dahi. Kipas syiling yang ligat berpusing ku renung tak berkelip.

Kisah siang tadi terus bermain di minda. Sejak pulang ke rumah tadi fikiran aku asyik teringatkan tentang hal itu. Segala yang aku lakukan semuanya jadi serba tak kena.

Malam semakin melabuhkan tirainya. Namun sehingga kini mata aku masih lagi belum mahu terpejam. Setiap kata-kata Dalina masih jelas diperdengaran.

Kecewa.

Dah tentu aku kecewa kerana aku merasakan Izzt Firhan menipu aku. Aku kecewa kerana dia tak berterus terang tentang statusnya yang sebenar.

Izzt Firhan tunang orang!

Satu kenyataan yang amat berat untuk aku terima. Jika selama ini aku berusaha menjauhkan diri dari Esham jadi sekarang apa? Izzt Firhan juga milik orang. Ya. Aku juga perlu jauhkan diri dari dia.

Arrgghhh....

Ibarat keluar dari mulut buaya masuk pula ke mulut singa.

" I merayu pada you Rara.. Please jauhkan diri you dari Izzt. I tak nak you jadi perosak hubungan kami. "

Sumpah. Aku tak suka keadaan seperti ini. Aku tak mahu menjadi punca kesedihan Dalina lagi. Aku jatuh kasihan melihat muka hening itu terus menerus merayu meminta aku menjauhkan diri dari tunangnya. Dan aku juga tak mahu dikenali masyarakat sebagai perosak kebahagiaan kaum aku sendiri.

Dalina,

Yes, kau berhak dapat kasih sayang dari Izzt Firhan.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience