BAB 36

Romance Completed 45920

Bunyi ayam berkokok mengejutkan aku dari tidur yang lena. Terpisat-pisat aku atas katil sambil mengosok kedua kelopak mata. Saat anak mata sudah terbuka aku kerling ke arah luar jendela. Cahaya matahari dah mula memancar terang. Cepat - cepat aku bangun lalu menuju ke bilik air.

" Cik adik manis kita ni baru bangun ke? " teguran Nur Jannah membuatkan kulit mukaku berubah warna.

Aku tersengih malu.

" Itulah. Terlajak pulak pagi ni. " Balasku sambil duduk di atas kerusi dan memerhati Nur Jannah yang sedang mengoreng keropok. Untung Abang Fik dapat bini rajin.

" Mana pergi semua orang kak? Diam je. " tuturku sambil mencari kelibat yang lain.

" Mak abah keluar sekejap . Kinah ada tu dalam bilik dia. Abang Fik pulak ada dekat ruang tamu. " ujarnya seraya memasukkan keropok lekor yang sudah siap dimasak ke dalam piring.

Aku angguk berserta senyuman. Ingatkan aku orang last keluar bilik. Rupanya best friend aku tu pun 2 kali 5 je. Sah, membuta lagi si Kinah tu.

" Rara tolong bawakkan keropok lekor ni ke depan boleh? Abang Fik ada tetamu tu. "

Tanpa banyak soal aku terus mengangguk setuju. Setakat hantar keropok apa lah sangat kan. Kerja mudah.

Saat kaki menapak di ruang tamu, kelibat Muzzafar Adli di sisi Taufik buat aku sedikit tergamam. Automatik, kaki mengundur sedikit ke belakang. Mahu menjauh. Namun terhenti saat suara nyaring Taufik memanggilku.

Ah, kantoi pulak.

Mahu atau tak terpaksa juga aku tebalkan muka pergi ke arah mereka yang sedang sakan berborak.

" Hah, sampai pun keropok lekor. Keropok ni kalau makan panas-panas perghh sedap giler "

Terdengar ngomelan Taufik saat piring putih berisi keropok itu aku letakkan atas meja di hadapan kedua lelaki itu.

Aku cuba berlagak tenang. Sekilas muka Muzzafar Adli yang sedang ketawa mendengar celoteh Taufik ku pandang.

" Kau ni memang tak pernah berubah kan. Hantu keropok betul. Dari zaman belajar tak habis-habis dengan keropok. "

Giliran Muzzafar Adli pula membalas. Taufik ketawa mengekek. Keropok lekor yang masih panas tadi disumbat laju ke dalam mulutnya. Gelojoh!

" Rara, mehlah duduk kat sini kejap. Boleh kita borak-borak dulu. "

Termati langkah aku. Aku berpaling memandang Taufik dengan muka serba salah.

" Err.. Rara nak pergi tolong Kak Jannah kat dapur. " Aku beralasan. Sengaja nak mengelak dari bertemu mata dengan Muzzafar Adli. Kekok.

" Ala, Kejap je. Duduklah dulu. " Ajak Taufik seraya menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya. Serba salah aku jadinya. Malu-malu aku labuhkan juga punggungku duduk di sebelah Taufik.

" Kenapa tak bagitahu abang yang Rara kerja dekat company Ady? "

Aku sudah.

Soalan pertama dari Taufik sudah buat lidahku terkehel nak menjawab.

" Emm .. Abang Fik tak pernah tanya pun. Lagipun mana lah Rara tahu Abang Fik kenal dengan bos Rara ni " Balasku bersama rasa gugup.

Jujurnya, aku sendiri tak sangka si Muzzafar Adli ni ada pertalian dengan keluarga Kinah. Kalau lah aku tahu memang aku suruh Kinah je yang hantarkan Mak Cik Zurina tu semalam.

Untung sabut boleh lah Mak Leha berbesan dengan Mak cik Zurina pulak lepas ni.

" Lebih pada kenal. Kalau Rara nak tahu Ady ni dari sekolah rendah sampai menengah sama sekolah dengan abang. " cerita Taufik penuh ceria. Seakan meminta aku untuk terus berada lebih lama di situ.

Tak sangka Muzzafar Adli yang dulunya tak pernah aku ketahui latar belakangnya rupanya ada hubungan rapat dengan Taufik.

" Oh yeke. Sekolah kat simpang masuk kampung ni kan? " acuh tak acuh aku bertanya. Padahal memang itu jela sekolah rendah dan menengah yang ada kat kampung ni.

Taufik mengiakan tekaan aku.

Muzzafar Adli dihadapannya masih berkeadaan seperti tadi. Riak di wajahnya nampak tenang saja.

" Lepas habis SPM, masing-masing dapat sambung belajar kat tempat berbeza. Sorang kat utara, sorang lagi dekat selatan. Nak berjumpa pun bukan main susah time tu.. " tambah Taufik tanpa aku pinta. Taufik biasalah. Ramahnya lain macam. Benda orang tak tanya pun dia akan cerita. Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya aku tak perlu kerah otak aku untuk bina soalan.

" Kalau bukan sebab abang kahwin tak adanya dia nak datang ke rumah ni. Tadi pun bukan main banyak alasan dia nak mengelak. "

Aku nampak Muzzafar Adli dah tayang muka sebal. Mungkin risau Taufik akan bukak cerita remaja mereka depan aku. Tapi aku lagi suka. Sikit sebanyak aku jadi tetarik jugak nak dengar cerita Taufik tentang Muzzafar Adli.

" Aku bukannya nak mengelak tapi ... "

" Kau malu nak jumpa Rara kan! " Teka Taufik tanpa usul periksa.

Aku ketap gigi. Terus menghunus pandangan tak selesa pada lelaki itu. Kalau pun Taufik nak berborak janganlah petik nama aku macam tu. Malu lah aku dengan bos aku ni.

" Hisyhh, mana ada. Aku dengan Rara okay je. Betul tak Rara? "

Laju aku mengangguk. Agak terkejut bila namaku diseru oleh Muzzafar Adli.

" Ala, gurau sikit pun tak boleh. Relex la. " Taufik menyengih. Sengaja dia ingin menguji. Nampaknya Muzzafar Adli bijak menangkis serangannya.

Muzzafar Adli tersenyum sinis. Matanya memandang tajam pada Taufik. Dia tahu Taufik sengaja mengenakan dia. Jaga kau Fik!

" Kat ofis Ady ni ada buli Rara tak? kalau ada Rara bagitahu abang tau. Tahu lah abang nak ajar dia nanti "

Aku mencebik geram. Aishh, apa kenalah dengan Taufik ni. Nak tanya soalan tu biarlah soalan senonoh sikit. Ni tidak soalan entah apa-apa je yang ditanyakan. Yang malu aku jugak. Ishh...

" Don't worry Fik. Aku bos yang baik untuk pekerja aku. "

Aku koyak senyuman. Betul lah tu setakat harini belum pernah lagi lelaki itu bertindak kasar pada pekerjanya.

" Kalau macam tu bolehlah aku harapkan kau untuk tengok-tengokkan adik aku. "

Aku tayang muka ceria. Habislah kau Kinah. Abang kau dah pasang spy untuk kau.

" Boleh je. Takde masalah. Next time kalau nak balik kampung sekali dengan aku pun boleh. " pelawa Muzzafar Adli ramah.

Makin melebar senyumanku. Hati berbunga riang. Untunglah Kinah dah ada driver lepas ni. Tak perlu nak membebel tepi telinga aku lagi.

" Mesti mak suka kalau Kinah selalu balik kampung. " terpacul laju ayat itu keluar dari mulutku. Seketika kemudian aku menyengih malu.

" Kinah? eh, abang suruh Ady ni jagakan Rara bukan Kinah. Kinah tu bukan suka orang jaga dia. " Taufik ketawa dihujung ayat. Matanya memandang aku dengan selamba.

Aduh, pedih telinga aku mendengarnya. Asal aku pulak yang kena jadi tawanan ni. Ish, tak adil betol!

" Kau jaga Rara ni elok-elok Ady. Sampai masa nanti aku bagi kau upah. "

Taufik menyengih. Muzzafar Adli turut membalas senyuman Taufik. Aku disebelahnya dah mendongkol geram. Pantas lengan Taufik ku cubit geram. Suka hati dia je memperdagangkan aku pada orang luar.

" Dahlah. Malas Rara nak layan Abang Fik ni. " aku bangun. Baru setapak aku melangkah, Taufik kembali bersuara.

" Rara tolong panggilkan Kinah. Semalam dia cakap nak hadiah kan. "

Wah, untunglah kau Kinah... bangun lewat pun ada yang sayang. Pagi-pagi lagi dah dapat hadiah. Ni yang buat aku jeles ni...

.
. .

" Kurang asam punya abang. Bagi hadiah entah apa-apa. Menyesal aku mintak hadiah pada dia. "

Rungut Kinah sambil mencuci kawah dengan air bersih. Aku yang tak mintak hadiah apa-apa ni terpaksa jugak membantu Kinah gara-gara tak tahan dengar Kinah membebel seorang diri.

" Dahlah tu Kinah. Redha jelah. " Pujukku sambil tayang muka pasrah. Sekilas pandanganku melekat pada Muzzafar Adli. Banyak pulak masa bos aku tu nak melayan Taufik.

Sudah lebih sejam mereka berdua ditugaskan untuk mencuci periuk dan kawah yang telah digunakan pada majlis Taufik semalam. Sampai naik tegang urat belakang aku ni.

" Mana boleh macam tu Rara. Ni kes dera dah namanya ni. Kau tengoklah tu bukan main bahagia dia bergelak ketawa dengan bos kau. Yang kita ni pulak dipaksa basuh kawah. Kalau satu je tak apalah. Ni sambil 4 biji kawah. Mahu kembang peranakan aku macam ni. " dengus Kinah sambil menjeling tajam ke arah Taufik dan Muzzafar Adli yang sedang bersantai atas pangkin.

Aku ketawa lucu. Muka Kinah yang masam mencuka ku jeling sekilas sambil menyental kawah yang berkeledak dengan dawai besi.

" Kalau peranakan kau kembang, peranakan aku ni dah nak tercabut dah Kinah oii.. dari tadi kau duk merungut pasal abang kau tapi yang duk menyental kawah ni aku jugak. " tempelek aku. Nak sangat hadiah kan. Sekarang rasakan. Bukan hadiah yang diterima. Penat yang kita dapat.

Kinah menyengih.

" tu sebab aku ajak kau lari pergi ke pekan tadi. Biar abang aku dengan bos kau tu aje yang bersihkan semua kawah ni. Biar padan dengan muka dia dia orang. "

" Nah, ambik span ni. Giliran kau pulak yang gosok. " ujarku sekaligus mengabaikan idea nakal yang disuakan oleh Kinah.

Panjang muncung Kinah. Aku senyum senget kemudian berdiri untuk membetulkan urat pinggang yang mula terasa tegang.

" Wow hebat korang! boleh bersihkan 3 kawah dalam masa 1jam. " sorak Taufik yang tiba-tiba muncul di tengah kami berdua. Tersenyum puas lelaki itu melihat hasil kerja kami.

" Sampai hati abang buli kita orang kan. " rintih Kinah berjauh hati.

Aku mencemik. Sarkastik sangat Kinah ni.

" Alaaa, sekali seumur hidup je. "

Makin galak Taufik mengusik adiknya. Muzzafar Adli suadah tiada di situ. Barangkali sudah balik agaknya.

" Jaga abang. Mak abah balik nanti Kinah adu pada dia orang. " balas Kinah merajuk.

Taufik ketawa. Aksi Kinah menyental kawah dengan muncung itik mencuit hatinya. Telefon dikeluarkan. Lantas aksi Kinah itu di rakam.

" Nah. Ni pinggan mangkuk lauk pengantin semalam. Kinah dan Rara tolong basuhkan jugak ya. Enjoy! " ujar Taufik lalu meletakkan semua pinggan mangkuk itu ke dalam periuk yang masih belum di basuh.

Kinah jadi geram. Dia bangun lantas membaling span pinggan yang penuh dengan kotoran ke arah Taufik namun lelaki itu berjaya mengelak. Mengekek Taufik ketawa. Membuatkan Kinah bertambah geram dan sakit hati.

Aku yang melihatnya hanya mampu tersenyum. 'Hadiah' dari Taufik mungkin nampak kasar tapi di situlah terselit memori indah Kinah bersama lelaki itu. Esok lusa belum tentu kami dapat bersama seperti ini lagi.

" Penatlah macam ni. Tadi kawah ni pinggan pulak. Bilanya nak habis kalau macam ni. Abang tolonglah kitaorang bersihkan jugak. " marah Kinah. Mencerlung matanya ke arah Taufik yang masih belum reda dengan ketawa.

" Wah meriahnya. Ada buat pesta ke kat sini? ” tegur seseorang.

Aku panggung kepala. Tersengih aku pada Zidan sebelum anak mata ku larikan pada Kinah.

“ Ada. Pesta bersihkan kawah. " jawab Taufik berloya buruk.

Semakin mencuka muka Kinah. Dahlah Kinah tak ngam dengan Zidan. Boleh berperang jap lg nih.

" Patutlah meriah. Ada apa-apa yang boleh aku tolong ke Fik? " tambah Zidan. Tersengih-sengih dia pada Taufik.

" Ada! " Laju Kinah membalas.

" Tolong apa? " teruja Zidan bertanya.

" Tolong bersihkan semua ni! aku dengan Rara nak pergi rehat pulak. " selamba Kinah mengarah.

" Boleh-boleh. Korang pergilah rehat. Biar aku yang settlekan semua ni. " Tanpa banyak soal Zidan mula mengambil alih tugas kami tadi.

Kinah tersenyum lebar. Satu jelingan kemenangam diberikan pada Taufik. Kalau Taufik tak nak tolong, Zidan kan ada. Lelaki poyo dan lurus bendul macam Zidan tu pantang mintak tolong laju saja dia bersetuju.

" Apalah kau ni Idan.. Bukan selalu aku dapat kenakan Kinah. Kalau macam ni untunglah dia. Tak payah buat kerja. " rungut Taufik. Sedikit tak puas hati bila Zidan tetiba datang dan hulurkan bantuan pada adiknya. Padahal dah lama dia plan nak kenakan Kinah. Selama hari ni Kinah selalu sangat mengelak.

" Tak apalah. Dia pun dah penat tu. Biarlah dia rehat. " tenang Zidan membalas.

Taufik datang mendekat.

" Kau buat semua ni sebab kau syok dekat adik aku kan? " usik Taufik. Soalan Taufik buat Zidan tersengih kelat.

.
. .

“ Lega hati mak bila Abang Fik kau dah selamat dah menikah. yang kamu ni bila lagi Kinah? umur kamu tu bukannya muda lagi. ”

Mak Leha sudah memulakan sesi ceramahnya sebaik aku dan Kinah masuk ke dalam rumah. Aku menghela nafas perlahan. Inilah dilema anak dara sekarang. Lagi-lagi yang sudah stabil dari segi ekonominya. Asyik diasak dengan soalan kahwin saja. Dengan bilangan lelaki berkualiti semakin kurang, ingat senang ke nak mencari yang sepadan.

“ Tak ada jodoh lagilah mak. Dulu masa belajar mak tak bagi bercinta. Sudahnya payah orang nak kat anak mak ni. " sempat lagi Kinah mengusik Mak Leha yang sudah menayang wajah tegangnya.

Aku menggeleng lucu. Berani pulak si Kinah ni menjawab cakap Mak Leha. Kang kena pelangkong dengan besen kat tangan Mak Leha tu baru tahu.

“ Memanglah mak tak bagi. Mak hantar kamu ke sekolah suruh belajar rajin-rajin bukannnya suruh menggatal. Kalau nak bercinta biar lepas sekolah, senang mak boleh terus buat kenduri. ” dalam serius ada juga terselit lucu dalam ayat Mak Leha. Aku kemam bibir. Nak menyampuk risau pulak aku yang kena bahan. Penyudahnya aku ulang-ulang minum air sirap limau yang sudah terhidang atas meja.

“ Yela mak, Kinah faham. Tapi dah tak ada jodoh lagi nak buat macam mana. " balas Kinah sambil menyiku lengan aku. Sakit hati agaknya tengok hidup aku tenang tanpa ada yang membebel.

" Hisyh, mana boleh kamu cakap macam tu Kinah. Jodoh tu kenalah kita cari. Bukannya dia boleh datang bergolek tepi kaki kamu. " semakin rancak Mak Leha membebel pada Kinah. Tapi aku sokong jugak cakap Mak Leha tu. Jodoh memang perlu di cari.

" Ala mak ni, kot ya pun janganlah bebelkan Kinah je. Ni ha Rara pun sama. Dia pun tak ada calon lagi tau sama macam Kinah. " kata Kinah selamba.

Menjeling tajam aku pada Kinah yang tayang muka tak bersalah. Kalau Mak Leha tak nak pelangkong kepala anak dia ni, meh bagi besen tu biar aku ketuk sikit kepala Kinah ni bagi elok suis dalam otak dia tu.

Ceh! Tak ada calon konon. Habis tu Samsul tu siapa? takkan nak jadi sparepart seumur hidup. Kadang pelik jugak aku dengan Kinah ni takkan takde impian nak menikah dengan lelaki kesayangan dia tu. Lain lah aku ni memang tak berpunya. Hak milik diri sendiri sepenuhnya.

" Rara tu sibuk. Mak tak naklah kacau dia. lagipun
sekarang kan dia tengah sambung belajar. "

Bagaikan irama merdu suara Mak Leha ketika itu. Tersenyum lebar aku pada wanita itu kerana memahami is hatiku.

Kinah di sebelahku sudah tayang muka sebal. Bengkak hatinya bila mak kandung sendiri backup orang luar. Hukhuk...

“ Mak ni kan.. Tak sporting betul lah. " dengus Kinah mula merajuk. Anak bongsu gitulah gayanya. Asyik nak merajuk je kerjanya.

" Nak sporting apa bendanya lagi Kinah oii.. mak tak kira kalau kamu tak bawak calon menantu mak balik ke sini biar mak aje yang tolong kamu carikan. Kat kampung ni ramai lagi anak muda bujang yang bagus-bagus. " ugut Mak Leha serius.

Aku menelan kesat air liur. Alahai Mak Leha ni. Kasihan si Kinah ni. Dahlah masalah dia dengan Samsul tak settle-settle lagi. Boleh pulak Mak Leha bagi kata dua macam ni pada Kinah.

" Malaslah nak cakap soal ni lagi. " balas Kinah mula berjauh hati. Wajahnya semakin masam mencuka. Tanpa suara dia lantas bangun meninggalkan aku dan Mak Leha berduaan di situ.

" Tengoklah tu. Bukan boleh ditegur. Cakap sikit dah nak merajuk. Rara tolonglah mak pujukkan si Kinah tu. Mak bukannya apa, mak risaukan dia. Semalam mak dengar dia menjerit kuat dalam bilik. Bila mak intai rupanya dia tengah bercakap dalam telefon. Dia bergaduh dengan siapa? dengan teman lelaki dia ke? " bagaikan mengadu saja nada suara Mak Leha. Wajahnya resah bagai ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya sekarang.

Bahu Mak Leha ku sentuh pelahan.

" Mak janganlah risau. Nanti Rara cuba nasihatkan Kinah ya. Mungkin dia tengah ada masalah tu."

Tak tahu sama ada tindakan aku ini betul atau tidak. Aku tidak menyokong. Juga tidak melarang. Bagi aku Kinah sudah cukup dewasa. Dia sudah boleh membezakan yang mana baik dan buruk.

“ Jauh termenung? teringatkan siapa? ” Aku menegur Kinah yang sedang duduk di atas kerusi depan beranda rumah.

“ Tak ada siapa. " balas Kinah perlahan. Tak ada mood sangat gayanya.

Mata masih ralit memerhatikan suasana kampung pada waktu petang. Sesekali terdengar suara gelak tawa kanak-kanak yang bermain daripada arah jalan.

“ Tentu kau tengah fikir pasal apa yang mak cakap tadi kan? " soal aku lembut. Dari sisi tepi aku nampak muka Kinah kian keruh.

“ Entahlah Rara. Aku serabut. Macam-macam pulak masalah aku nak kena hadap. Dengan mak yang macam dah tak sabar nak suruh aku menikah. Padahal kanopi kahwin abang aku pun belum cabut lagi tau. " luah Kinah. Terjuih-juih muncungnya menghala ke arah kanopi yang masih elok terpasang di laman rumah.

Aku tahan tawa. Kinah ni lawak macam mak dia jugak. Nak marah tu marah jela. Tapi tak payahlah muncung tu panjang sangat.

" Orang tua biasalah. Janganlah kau ambil hati sangat. Bukan semua benda diaorang reti pendam dalam hati. Ada masanya diaorang nak meluah. Kita layankan jela. " pujukkan aku membuatkan Kinah di sebelah menghela nafas berat.

" Nak layan pun kena tengok mood jugak. Penat bersihkan kawah tadi pun tak hilang lagi. Ni dah kena fikir soal jodoh pulak dah. Stress la macam ni. " semakin mencuka muka Kinah.

Aku memandang Kinah dengan sedikit rasa simpati. Aku tahu Kinah mula rasa tertekan bila Mak Leha bertanya dia soal jodoh.

" Mak kau tak sabar nak bercucu agaknya. " sengaja aku mengusik.

" Kalau macam tu tunggulah lagi 9 bulan. Confirm, Abang Fik bagi mak cucu sulung. " Kinah senyum senget. Air mukanya berubah sedikit teruja.

Uish, yakinnya kau Kinah.

" Kalau takde macam mana? " seakan bermain teka teki, aku bertanya lagi.

" Tunggu anak kau jela. "

Jatuh rahangku. Kecik anak mataku memandang Kinah.

" Suami pun tak ada, celah mana pulak nak datang anak aku tu? " gerutu aku pada Kinah.

Kinah senyum meleret.

" Suami boleh cari. Anak boleh buat. Apa yang nak dipeningkan. " seloroh Kinah tak bertapis.

Aku ketawa mendengarnya. Macam pantun 2 kerat pulak ayat Kinah tadi. Tapi bab suami tu aku nak explain sikit pada si Kinah ni, apa dia ingat suami tu boleh di beli kat kedai runcit ke. Kalau ada dah lama aku beli Kinah oiii..

" Aku doakan semoga segala urusan kau dipermudahkan. Moga kau dapat jodoh yang baik Kinah." ujarku ikhlas.

Pandanganku kembali dihalakan ke jalanraya. Kemeriahan kanak-kanak tadi bermain mengundang senyuman tipis di bibirku. Alangkah bahagianya hidup seperti kanak-kanak itu. Bermain sewenangnya tanpa perlu berfikir tentang masalah.

bersambung ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience