BAB 64

Romance Completed 45920

Wajah Muzzafar Adli serius memandangku. Tajam anak matanya memanah tepat padaku yang sedang tercegat di depannya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya pada kenderaan Izzt Firhan yang mulai beransur pergi meninggalkan perkarangan rumah itu.

" Dia bawak you pergi mana? Kenapa lewat macam ni baru nak balik?"

Matanya bergerak menjelajahi ke seluruh tubuhku. Dari atas sampai ke bawah, setiap inci tubuhku diperhatikannya. Ada kerisauan yang mula bertamu di wajah putih bersih itu.

" Bos janganlah risau. Saya okay. Izzt tak ada buat apa-apa pun dekat saya. " jelas aku sekaligus memberikan gambaran keadaan diri aku.

Aku mendengar dia menarik nafas lega.

" you buat I risau tahu tak! Dahlah tak bawak telefon. Kalau jadi apa-apa tadi dekat mana I nak cari you? " senafas dia menyoal.

" Cari saya kat hati bos. "

" i'm not joking, sayang. I'm serious! " tegasnya.

Aku mengetap bibir. Serius wajahnya saat ini buat aku jadi tak keruan. Ingatkan bila buat lawak, bolehlah hilangkan risau kat hati dia tu, alih-alih kena marah pulak. Haish...

" Okay, okay. Saya salah. Saya minta maaf sebab buat bos risau. Tapi saya serius, Izzt tak ada buat apa-apa pun dekat saya. "

Aku masih cuba untuk menyakinkan dia tentang keadaanku. Aku tak nak dia bersangka yang tidak elok tentang kelewatan aku pulang ke rumah.

" Betul ni dia tak ada sentuh you? you jangan nak sorokkan apa-apa dari I. Kalau ada baik you bagitahu I sekarang. Tahulah I nak ajar dia nanti! " Keras nadanya menyoal aku. Seinci senyuman pun tak kelihatan.

Tanpa suara aku hanya menggelengkan kepala. Mata terus ku larikan ke arah anjung rumah. Terlihat mak dan abah sedang berborak di situ. Sesekali aku nampak mata keduanya menjeling ke arah kami. Pasti keduanya sedang risaukan aku. Sudahlah ketika Izzt Firhan menarik aku masuk kereta tadi, mereka berdua ada di rumah. Sudah tentu mereka berdua jugalah yang memberitahu Muzzafar Adli tentang kejadian yang berlaku.

" Er.. bos tak nak masuk ke dalam dulu ke? boleh saya buatkan air untuk bos. " pelawaku cuba memecahkan kesunyian setelah dia tiba-tiba menyepikan dirinya dari bercakap denganku.

" No need. You pergi masuk dalam, kemas beg pakaian. Malam ni you tidur dekat rumah I. "

Aku menggeleng laju. Tak setuju dengan arahannya.

" Eh, tak payahlah. Saya okay je duduk sini. "

Spontan riak mukanya berubah warna. Tak puas hati.

" You jangan degil sangat boleh tak? sini tak selamat untuk you! dan I tak nak apa yang berlaku hari ni berulang lagi pada you. Faham?! " Nadanya sudah naik seoktaf.

Terkejut.

Buat pertama kalinya dia meninggikan suaranya begitu pada aku.

" Er.. saya bukannya degil.. tapi bos tu... tak payahlah nak risaukan saya sangat. Lagipun dekat rumah tu semua orang ada. Insyallah tak adanya Izzt tu nak apa-apa kan saya. "

Perlahan aku membalas, takut-takut. Namun aku tetap perlu menyakinkan dia bahawasanya Izzt Firhan itu bukanlah sejahat yang dia sangkakan.

" Kenapa I rasa you macam dah lain lepas keluar dengan dia ha? jangan-jangan you dengan dia .... "

Picing biji matanya memandang aku. Namun pandangan itu sungguh lain dari kebiasaan. Ya. Pandangan yang penuh dengan rasa curiga.

" Saya dengan dia apa?! kembali bercinta? itu yang bos nak cakap kan? " pintas aku laju. Mata menatap geram ke arahnya. Deruan nafas juga kian beralun ganas dan tak sekata.

" Anything can be happend, right? "

" Jadi betullah bos dah tak percayakan saya? okay, kalau itu yang bos fikir, terpulanglah! saya penat. Saya masuk dulu. "

Laju aku menuntun langkah meninggalkannya tanpa menoleh biarpun dia menyeru nama aku berulang kali.

.
. .

Malam itu aku tidak dapat lelapkan mata.  Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku merasakan kepalaku cukup berserabut.  Masalah yang pada peringkat awalnya aku anggap langsung tidak menjadi masalah, kini tiba-tiba sahaja membelenggu diriku.  Aku benci berada di dalam situasi sebegini.  Aku jadi lemas. Entah kenapa rasa marah dan sakit hati itu semakin menjerut tangkai hatiku setiap kali mengingatkan apa yang lelaki itu ucapkan.

' Anything can be happend, right? '

Sebaris ayat itu kembali berkumandang di cupingku. Bibir lantas mencebik sinis.

Macam mana kita nak berkahwin kalau awak masih ragu-ragu dengan saya, Ady?

Perasaanku yang semakin tidak keruan, menyebabkan aku terus bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.  Ada baiknya aku menunaikan solat sunat.  Memohon pada ilahi agar diberikan petunjuk tentang apa yang harus aku lakukan.  Di samping memohon agar Allah mempemudahkan segala urusan aku.

“ Ya Allah ya tuhanku, kau jadikanlah aku orang yang kuat. Orang yang tabah ketika diuji. Sememangnya aku hambamu yang lemah. Namun aku percaya setiap ujian itu tanda engkau sayang. Maka kau rahmatilah hidupku. Dan andai dia adalah jodoh yang terbaik untukku, maka aku terima dengan hati yang redha Ya Allah.." aku merintih dalam doaku.  Aku memanjatkan doa dengan sesungguh hati agar segala kekusutan ini akan segera berlalu.

Terasa jiwaku tiba-tiba sahaja menjadi tenang sebaik selesai berdoa.  Mungkin dengan hati yang ikhlas dan penuh tawadduk, aku dapat merasakan kesannya dalam solatku tadi.  Sesungguhnya Allah itu maha mendengar. Di saat hati ini tidak keruan, aku dapat merasa ketenangan dariNya.

Usai bersolat, aku terus merebahkan diri atas katil. Ketika mata baru ingin terpejam, telefon di tepi aku bergetar, menandakan ada mesej baru yang masuk. Tak tunggu lama, aku terus membuka mesej tersebut.

' You dah tidur ke?  Boleh I call? '

Mesej dari Muzzafar Adli rupa-rupanya.  Ingatkan dah tak nak cari aku dah.

' saya nak tidur. '

' I nak call you, sekejap je. '

Belum habis mesej itu aku baca, telefon aku sudah pun berdering. Aku mendengus. Geram kerana dia tak memahami.

" Assalamualaikum. "

Lembut lelaki itu memberikan salam.

" Hmm.. Waalaikumsalam. "

Tak balas salam kang berdosa pulak.

" You dah tidur ke? " soal lelaki itu masih dalam nada lembut. Memujuk.

" Kalau dah tidur, siapa pulak yang sedang bercakap sekarang ni, takkan hantu pulak kan? " balasku selamba. Mood masih tak okay, jadi aku malas nak cakap baik-baik dengannya.

Serentak itu telinga aku menangkap bunyi ketawa yang dihamburkan lelaki itu. Tengoklah tu, dah sakitkan hati aku pun masih lagi nak ketawa sakan kan. Hishh...

" Sejak bila sayang I ni pandai buat lawak? " soalnya dalam tawa yang bersisa.

" Bila masa pulak saya melawak! "

Mulut dah termuncung ke depan. Ni kalau dia tengok, sah dia takut nak gelakkan aku lagi.

" Janganlah serius sangat, sayang. I gurau je lah. Dan I tahu you masih marahkan I. I mintak maaf okay. "

Mataku terpejam sesaat. Menahan emosi lantas bawah bibir ku kemam rapat-rapat. Membiarkan si dia bercakap sorang-sorang.

" Rara ...you dengar tak ni? "

Aku berdehem kecil. Membasahkan tekak yang mulai kekeringan.

" Hmm... "

" Dah lewat ni kenapa you tak tidur lagi? "

Makin aku tak layan. Makin banyak pulak soalan yang di ajukan pada aku.

" Nak tidurlah ni tapi dah bos call, terpaksalah angkat. Kalau tak jawab nanti cakap yang bukan-bukan pulak! " aku merungut sebal.

Dia menyepi buat beberapa ketika sebelum kembali bersuara.

" I tahu I salah. I tak patut fikir yang bukan-bukan pasal you. Tapi .... "

" Saya tak suka lelaki yang kuat cemburu! apatah lagi yang suka menuduh saya yang bukan-bukan. "

Bukan main beraninya aku bersuara. Cukup tegas. Langsung hilang rasa gentar yang selama ni selalu menyelit dalam diri.

" I tak tuduh you sayang. I cuma ... "

" Saya bukannya bodoh sampai tak reti nak menilai! dan saya cukup pantang orang tuduh benda yang saya tak buat." ujarku geram.

Bertambah geram bila dia seakan cuba menegakkan kebenaran padahal dah sah-sah aku tak buat benda yang dia fikirkan tu. Sekalipun dia menganggap Izzt Firhan itu adalah persaingnya tapi jangan sewenangnya menuduh perkara yang aku tak buat.

" Okay. I'm really sorry okay. I mengaku I salah. I lost my control bila dapat tahu you keluar berduaan dengan dia. I jadi takut. I risau kalau you berubah hati. Dan dalam masa yang sama I can’t imagine my life without you. " dia berujar dalam nada yang cukup lembut. Malah terdengar bicara itu sungguh ikhlas lahir dari hatinya.

" Sebab tu I tak boleh nak tidur. Dari tadi I asyik teringatkan you. " sambungnya lagi.

Hmm, dan-dan teringatkan aku. Mengada-ngada jugak dia ni.

" Kalau rasa tak boleh nak tidur, pergilah ambil wuduk buat solat sunat. " usulku spontan.

Mentang-mentanglah aku baru lepas solat sunat, boleh pulak aku bidas orang sesuka hati macam ni.

Tapi, at least aku ajak dia buat benda baik kan. Tak salah rasanya.

" Ya, sayang. I baru lepas buat solat sunat. Hmm, you nak tahu tak I solat sunat apa? "

Hishh!!  Saja nak tarik perhatian aku kan. Kalau nak bercerita tu cerita ajela. Tak payahlah nak suruh aku teka-teka bagai!  Letih.

" Sunat taubat. "

Jawapan aku buat dia diam seketika. Terdengar deruan nafasnya kuat menyapa cupingku.

" I buat solat sunat istikharah. I nak mintak petunjuk untuk jodoh kita. "

Jawapan mendatar lelaki itu buat aku terdiam seketika.

" Kenapa tiba-tiba buat solat tu? bos rasa saya ni bukan jodoh yang sesuai ke? "

Bila dia menyebut tentang solat sunat istikharah, hanya itu yang berlegar di kotak fikiranku.

" Nope. Bukan macam tu, sayang. I tahu you adalah jodoh yang paling sesuai untuk I. Pemilik tulang rusuk kiri I yang hilang selama ni. I terlalu sayangkan you. I nak kita bersama hingga hujung nyawa I. "

Sungguh mendayu-dayu suaranya saat melafaskan kata itu. Jantung tak semena berdengup kencang. Ini kalau dia cakap depan-depan aku ni mahu pitam aku kat situ jugak.

" Sayang ... "

Namaku kembali di seru.

Aku betulkan tubuh dari terlentang kepada mengereng sebelum bersuara.

" Ada apa lagi? " acuh tak acuh aku menyoal. Ketika ini hati sudah sedikit tenang. Malah rasa marahku pada lelaki ini juga sudah berkurangan.

" Boleh tak kalau esok I nak suruh parent I datang ke sana? "

" Kenapa pulak tak boleh? Datang jelah. Tak ada siapa pun melarang. " balasku.

" Betul ke ni? kalau macam tu you bagitahu Pakcik dan Makcik esok tengahari parent I datang ke sana. " nadanya tiba-tiba berubah ceria. Langsung tak macam tadi, cakap dah serupa orang dalam tahanan polis je.

" Iyalah. Nanti saya bagitahu. Ada apa-apa lagi tak? saya dah mengantuk ni. "

Jam dinding aku kerling. Dah lewat malam. Risau pulak terlambat bangun. Dahlah tadi aku janji nak tolong mak memasak esok.

" Tak ada apa dah. You pergilah tidur. "

Aku angguk kepala.

Eh, macamlah dia ada kat depan aku.

" tapi esok you bersiap cantik-cantik tau. Pakai baju kurung. Makeup tak payahlah tebal-tebal sangat. Makeup nipis je cukup. Sebab I lebih suka tengok muka you yang natural, lebih cantik. "

Mendengarkan itu hati mula diserang rasa penasaran. Dengan kening saling bertaut sesama sendiri. Aku terus bersuara.

" request macam-macam ni dah kenapa? dah macam orang nak pergi kenduri aje. " aku menyoal pelik. Dengupan jantung tiba-tiba berubah rentak. Nak-nak lagi bila dia melepaskan tawa kecil yang jelas sengaja dibuat-buat.

" I memang nak ajak you pergi kenduri pun. "

" Hah! kenduri hari Isnin? buang tebiat ke apa. Tak pernah dibuat orang pun. " gumamku.

" Tak apa, orang tak buat biar kita yang buat. Esok I nak suruh parent kita berbincang. I nak segerakan wedding kita. Next month ok kan? "

" Hah????????"

Kuat aku menjerit dengan mata terbelalak.

Eh, dia ni biar betul. Haish....

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience