Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 2 jam bertambah ke satu jam lagi apabila sepanjang perjalanan itu kami ditemani hujan yang lebat. Aku yang duduk di sebelah pemandu sesekali tersengguk menahan mata yang mengantuk. Hujan plus aircond satu combinasi yang sangat cocok bagi aku.
" Kalau kau mengantuk tidur lah. Aku okay je drive sesorang " terdengar sayup suara Kinah disebelah. Bebola mata yang kuyu kembali ku buka.
" Tak apa. Aku temankan kau "
" Tak payahlah. Aku tengok kau pun dah macam orang mabuk ketum je. Better kau tidur je lah Rara. "
Aku tersengih.
Ingatkan Kinah tak perasan keadaan aku rupanya sempat lagi minah ni skodeng aku. Tak tunggu lama terus aku pejamkan mata.
Mata aku kembali terbuka tatkala kereta yang dipandu Kinah sudah membelok masuk ke halaman rumahnya.
Jam aku kerling. Masih awal rupanya. Waktu zohor pun belum masuk lagi. Cuaca di sini panas berbeza dengan perjalanan yang kami tempuh tadi.
" Rara kau masuk dulu lah, aku nak pergi jemput mak kat rumah Mak Biah. Tadi pagi mak tolong orang kenduri kat sana. "
Aku mengangguk saja. Lagipun bukan aku tak biasa dengan persekitaran rumah keluarga Kinah ni. Dah macam rumah kedua bagi aku.
Kunci rumah yang diberikan Kinah ku sambut. Lantas pintu kereta ku tolak dan terus laju langkahku mengarah ke pintu utama rumah.
Sebenarnya seronok juga kalau Kinah tak ada boleh la aku sambung tidur. Mengantuk pun masih belum hilang lagi ni.
Sebaik kaki menapak masuk, aku terus menuju ke bilik. Badan yang masih sengal ku hempas pelahan atas katil. Kipas ku pasang.
Ah.. nyaman.
Mata aku semakin mengecil. Dan aku tak sedar bila aku terlena di situ.
.
.
.
Punggung dihenyak atas kerusi. Baju yang sudah berbau segera dipisahkan dari tubuh. Rintik peluh di dahi diseka dengan belakang telapak tangan. Penatnya Izzt Firhan rasakan hari ini. Sekali sekala buat kerja kampung memang memenatkan.
" Baru buat kerja kampung sikit dah lelah. Abah dulu umur macam kau ni gagah perkasa lagi tau "
Izzt Firhan ketawa.
Dia yang tak bersedia apa-apa terus saja ditembak sinis oleh lelaki pertengahan 50-an yang baru melangkah naik ke beranda.
Dia akui dia tak sehebat zaman muda Abah. Dia anak bandar yang lebih rela makan gaji berbanding membanting tulang empat keras.
" Sekurang-kurangnya pokok rambutan tadi Izz lulus panjat bah.. "
Izzt Firhan bersuara. Tak nak mengaku kalah dengan mudah.
" Lulus pun bersebab. Kalau bukan aku yang tolak buntut kau ke atas jangan mimpi lah nak lepas panjat. "
Izzt Firhan segera menoleh. Kelibat Taufik di situ dijeling geram. Kacau daun betul mamat ni.
Meletus ketawa Hashim. Baru dia nak biarkan Izzt Firhan bangga sekejap. Alih-alih Taufik dah bocorkan rahsia lelaki itu. Padahal kalau Taufik tak cakap pun Hashim memang nampak gelagat dua lelaki itu di kebun tadi.
" Ala kira lulus lah jugak tu. Kau ingat senang ke nak naik pokok rambutan tadi. Dah lah tinggi, semut kerengga merata atas pokok. " Izzt Firhan sudah membebel.
Kalau bukan sebab pesanan Mak Leha memang dia tak rela korbankan badannya yang sasa ni untuk panjat pokok rambutan.
" Sekali sekala belajarlah jadi orang kampung pulak. Baru kau tahu susah kami ni macam mana "
Izzt Firhan menjeling geram. Tak habis-habis Taufik mengenakan dia. Macam lah dia ni tak pernah hadap kerja kampung ni semua. Meskipun asal usulnya dari bandar tapi dia juga pernah membesar sekali dengan Taufik di sini.
Takkan Taufik lupa semua tu.
" Kali ni berapa lama pulak Izzt balik ke sini? " Hashim bertanya lanjut. Senyum tak lekang dibibir melihat telatah keduanya.
" Izzt kat kampung ni 3 hari je Bah.. tapi insyallah lepas ni Izzt akan kerap balik. Izzt pun dah pindah semula kerja kat KL. "
Izzt Firhan perhatikan saja Hashim yang sedang mengasingkan buat rambutan yang mereka petik tadi. Masih banyak semut hitam.
Mana Taufiq tadi?
Nampak tak dalam kau duk kutuk aku, hasil yang aku dapat boleh buat niaga pasar malam tau. Siapa cakap aku tak pandai buat kerja kampung.
Taufik mencebik.
Dia nampak anak mata galak Izzt Firhan sedang menghala ke arahnya. Poyo!
" Bagus lah kalau macam tu. Keluarga Izzt pun semua ada kat sini, tak payah lah nak kerja jauh-jauh sangat. "
Hashim tersenyum puas. Suka hati tuanya. Agak lama dia mengharapkan berita seperti ini. Bekerja di luar negara memang lah banyak kelebihannya tapi berkerja di negara sendiri kan lebih baik.
" Wei! serius ke kau pindah terus ke sini? kau pindah sebab awek tu ke? " tak tunggu lama laju Taufik menayakan soalan itu tepat ke muka Izzt Firhan.
Izzt Firhan ketap bibir. Taufik ni kadang perangai macam mak cik bawang jugak. Bab aku laju dia nak ambik tahu.
" Nanti lah aku cerita. " ujar Izzt Firhan mengelak. Takkan hal-hal begini nak cerita depan Abah. Kang tak pasal sampai ke telinga Mak Leha. Masakk!
" Kedekut! "
Izzt Firhan sengih. Hal aku suka hati aku lah. haha
" Fik cuba call Kinah. Dekat mana dah dia sekarang. Selalunya masa-masa macam ni dia dah sampai "
Taufik mengangguk. Segera telefon dalam poket di ambil.
Izzt Firhan senyum meleret.
Kinah! Lama betol dia tak jumpa minah kepala senget tu. Masih marah ke dia pada aku?
" Izzt masuk dulu lah bah.. Nak mandi. "
Baju yang tersidai tepi kerusi di ambil sebelum Izzt Firhan melangkah masuk.
Pancuran air paip kembali menyegarkan tubuh Izzt Firhan. Sesekali air kolah di jirus padu ke badannya. Fuhhh...nikmatnya. Hilang segala melekit di badan. Lagi best kalau dapat terjun masuk kolah. Perghh.... ni yang buat dia rasa tak nak balik KL ni.
Selesai mandi Izzt Firhan masuk semula ke dalam bilik. Beg baju yang tersandar di tepi almari di ambil dan di buka. Sehelai kain pelekat di capai. Alang-alang dah mandi boleh terus solat Zohor.
Saat kain tuala mahu di lucutkan mata Izzt Firhan tertacap sesuatu di atas katil. Lama bebola mata hitamnya berhenti di situ sebelum pelahan kaki di bawa mendekat.
Jantung Izzt Firhan berdengup kencang. Lemas dia diasak persoalan. Dihadapannya sekarang ada seorang gadis sedang lena tidur di atas katil.
Izzt Firhan garu dahinya. Kepala di telengkan mengikut posisi tidur gadis itu. Setiap inci muka gadis itu di amatinya.
Cantik. Lawa.
Tapi dia ni siapa? Macam mana dia boleh masuk ke sini? otaknya mula ligat berfikir.
Uiishh.. Izzt Firhan pegang tualanya. Syukur Allah masih selamatkan maruah aku. Nasib baik tadi aku tak sempat tanggal tuala. Kalau tak habisss. Satu-satu mahkota berharga aku dilihat orang. Jatuh saham aku weii...
Izzt Firhan beranikan diri. Pelahan punggungnya dijatuhkan atas katil berhadapan dengan gadis yang masih lena tidurnya. Kali ini dia betul-betul nak pastikan siapakah identiti sebenar gadis itu sebelum serangan di buat.
Dah lah menceroboh masuk. Tidur pulak dah macam ular sawa kekenyangan. Syok agaknya buat kerja haram macam ni.
Gigi di ketap. Kepala di tarik sedikit ke belakang saat melihat ada gerakan halus di tubuh kecil itu.
Izzt Firhan senyum senget. Pakej serba tip top tapi spoil sebab tidur berdengkur. Kuat pulak tu.
Penat sangat agaknya menceroboh masuk rumah orang.
" Argghhhhh... "
Izzt Firhan terkesima.
Jeritan kuat itu menampar tepat ke corong telinganya. Pantas Izzt Firhan bangun dari birai katil. Kain tuala yang hampir terlucut digenggam erat. Tak senang duduk Izzt Firhan bila melihat gadis itu sudah cuak ketakutan. Mukanya merah seakan cuba menahan tangis.
Izzt Firhan blur.
bersambung ....
Share this novel