" Betul ke ni kau nak jaga dia? "
Najmi masih bertanyakan soalan yang sama. Rasa tak yakin pula meninggalkan anak perempuan orang di rumah lelaki itu sekarang.
" Ish kau ni. Makan jugak penumbuk aku ni kang "
Izzt Firhan merengus. Kasar bunyinya.
Penumbuk kanan di halakan ke muka Najmi. Tersengih saja lelaki itu memandang.
" Aku bukan apa bro.. kau dengan dia bukan muhrim. Apa-apa jadi kang, tak pasal aku kena makan nasi minyak korang "
Meledak ketawa Najmi. Suka sangat agaknya menaikkan marah kawan sendiri.
Izzt Firhan pun satu. Kot ya pun risaukan bakal makwe dia tu takkan nak bagi perempuan seperti Tiara tu tinggal serumah dengan dia.
Adoiii...
Masalah jugak member aku ni. Macam orang dah kemaruk sangat je gayanya.
Tapi yang lebih merungsingkan Najmi bukan ke hubungan mereka berdua tengah ada masalah sekarang? jadi meletakkan keduanya di bawah satu bumbung bukanlah keputusan yang tepat buat masa ini.
" Aaaauuuuuuu !! "
Najmi menyeringai kesakitan. Bahu kanannya di pegang. Tak sangka Izzt Firhan akan melepaskan tumbukan di bahunya.
Izzt Firhan tersenyum sinis. Padan muka. Sejenis mulut tak ada insuran gamaknya.
Apa dia ingat aku ni buta undang-undang sangat ke?
" Lain kali mulut tu jaga sikit. Kau ingat aku nak tinggal berdua je ke dengan dia kat sini. Otak aku masih waras lagi lah "
Geram jugak dia dengan Najmi ni. Berkawan sikit punya lama tapi perangai aku pun dia tak habis khatam lagi.
Sejahat-jahat aku belum pernah lagi aku tebuk anak dara orang. Dengusnya.
" Cakap sikit pun nak sentap. Emo lebih la kau ni. Mengalahkan perempuan datang bulan. " Bebel Najmi bila melihat muka Izzt Firhan yang masih tegang.
Sensitif lain macam. Dia yakin ada sesuatu di hati lelaki itu.
Mungkin betul tekaannya.
Hati kanda dah di miliki. Hihihi..
" Emo tak emo. Yang kau tu cakap main hembus je apahal? aku dah panggil Mak Iti lah datang ke sini. Apa kau ingat aku jahil sangat! " terangnya.
Baru sekejap tadi dia menelefon Mak Iti agar membantunya menguruskan Tiara. Selalunya Mak Iti hanya akan dipanggil membersihkan rumahnya setiap kali hujung minggu saja.
Najmi menyengih.
" Cakap lah awal-awal. Tak pasal-pasal bahu aku kena hempuk. Sakit tau. "
Izzt Firhan mencebik. Dramatik sangat.
" Itu baru sikit. Ikutkan hati aku yang panas ni nak je aku bagi kau makan pakai straw "
" Eh, janganlah gitu. "
Najmi angkat kedua tangannya. Tanda mengalah. Kenal sangat dia dengan perangai Izzt Firhan yang ada kalanya tak boleh dibuat gurau.
" tapi aku pelik lah. "
" pelik apa? "
" Iyelah, kan elok kalau kita biarkan je Rara ni di rawat kat hospital. Sana ada nurse yang boleh jagakan dia. Kau pun tak perlu lah nak susah-susah panggil Mak Iti datang ke sini. "
Sebenarnya dari awal lagi Najmi nak bantah keputusan Izzt Firhan bawak Tiara ke rumahnya tapi melihat Izzt Firhan yang panik sejak dia memberitahu keadaan Tiara buat dia lupa ingin bertanya.
" Aku sibuk. Tak ada masa nak melawat dia selalu. Kalau dia duduk sini sekurang-kurangnya aku tak risau sangat. "
Najmi koyak senyum.
Ayat ' tak risau sangat ' yang dilontarkan Izzt Firhan buat dia yakin memang Izzt Firhan dah jatuh cinta pada Tiara.
" Kau memang serius ke sukakan dia ni? " laju soalan itu meluncur keluar dari mulut Najmi. Tak boleh nak tahan lagi dah. Hati membuak nak tahu.
Izzt Firhan ketap bibir. Rahangnya digosok lembut. Senyuman Najmi buat dia rasa terperangkap. Rasanya dia tak boleh nak corner lipat lagi dah.
" Kau doakan jelah yang baik-baik "
Merah juga muka Izzt Firhan nak lontarkan sebaris ayat itu.
Terbahak ketawa Najmi. Apa susah sangat si Izzt Firhan ni nak mengaku. Dengan member sendiri pun nak malu.
" Iyeeee.... aku sukakan dia. Puas hati kau? "
Laju Najmi mengangguk. Senyuman masih tak lekang dicelahan bibirnya.
" Tahniah bro. Akhirnya.... pecah jugak tembok hati kau tu. "
Najmi sambung ketawa.
" Kau kalau nak ketawa jangan over sangat boleh tak! Menyampah aku tengok. " jerkah Izzt Firhan sakit hati. Mahu tak sakit hati sampai terangkat kaki Najmi ketawakan dia.
Perggghhhh... pedih siot.
Pelahan-lahan ketawa Najmi mati. Risau juga dia kalau kena hempuk buat kali kedua. Mahu makan bersuap dia nanti.
" Hah lagi satu. Kau dah bagitahu Kinah belum pasal hal ni? kang tak pasal dia buat polis report kata kawan dia hilang "
Najmi menyoal lagi usai ketawanya hilang. Kinah dan Tiara kan ibarat belangkas. Sudah pasti Kinah perlu tahu apa yang berlaku pada Tiara.
Tapi melihat Izzt Firhan yang menggelengkan kepalanya buat Najmi termagu seketika. Dia langsung tak boleh nak agak yang ada di kepala lelaki itu sekarang.
lzz Firhan mengetap bibirnya. Kali ini dia sudah nekad. Kinah tak perlu tahu apa yang berlaku. Lagipun masih ada perkara yang perlu di selesaikan antara dia dan Tiara.
Senyuman Izzt Firhan mekar tiba-tiba. Setelah lama dia berusaha mencari Tiara akhirnya mereka dipertemukan jua.
Inikah yang di namakan jodoh? kata pujangga larilah ke hujung dunia sekalipun jika ada jodoh pasti akan bertemu jua.
" Izzt.. "
" Hmmm.... "
" Aku ada benda nak bagitahu kau ni "
Izzt Firhan alihkan anak matanya. Muka serius Najmi dipandang. Macam ada hal penting je.
" Aku dapat info Dalina dah balik ke sini. "
Tersentak Izzt Firhan.
Mati terus senyumannya yang mekar. Duduknya diperbetulkan dengan mata di talakan tepat kearah Najmi.
" Kau biar betul "
" 100% betul. "
" Bila? "
Rasa ingin tahu semakin membuak-buak. Tak senang duduk Izzt Firhan di buatnya. Setelah sekian lama menghilang akhirnya dia kembali jua. Untuk apa?
" Awal bulan hari tu. Dengar cerita dia nak terus menetap kat sini. Kau jaga-jaga sikit Izzt... "
Peringatan Najmi itu buat Izzt Firhan diam membatu. Ada banyak perkara yang berlegar di fikirannya sekarang.
Dalina ??
Nama itu ....
Ahhh ....
Kisah mereka terlalu panjang untuk di ceritakan.
.
.
.
Cahaya lampu yang memancar terang membuatkan tidurku terganggu. Kelopak mataku yang sudah terasa perit pelahan-lahan cuba dibuka.
Saat mata sudah terbuka aku di serang rasa panik. Terus saja tubuhku tegak berdiri. Suasana di bilik itu terlalu asing buat aku.
Aku di mana?
Hospital?
Eh tak mungkin. Tak mungkin!
Kepala digelengkan berkali-kali.
Kipas dan hiasan lampu cantik macam ni mana ada kat hospital.
Aku toleh pula ke sebelah kiri.
Di luar cuaca sudah gelap. Hanya samaran lampu memancar masuk ke ruang bilik.
Aku turun dari katil. Baru kaki melangkah setapak pintu bilik sudah di tolak dari luar.
Aku menoleh.
Seorang wanita sedang menghampiriku sambil menatang sebuah dulang berisi makanan.
Dahi sudah berkerut. Otak mula dihimpit oleh seribu satu persoalan. Siapa perempuan ni?
" Rara mesti lapar kan? tadi Mak Iti nak kejutkan tapi rasa tak sampai hati pulak. Lena sangat Rara tidur. " Ujar wanita itu sebaik meletakkan dulang tadi di meja.
Aku diam membisu.
Rasa was-was pulak dengan kewujudan wanita itu di sini. Dahlah aku tak kenal dia. Tengok muka dia pun tak pernah. Boleh pulak dia boleh tahu nama aku.
Hisyh, musykil.
" Siapa bawak saya ke sini ? " soalku tanpa mempedulikan pelawaannya untuk makan. Perut aku memang lapar tapi aku kena tahu jugak siapa yang bawak aku datang ke sini.
Entah-entah aku di culik?
Di jadikan tebusan..
Lepas diaorang dah dapat duit, diorang bunuh aku.
Otak dah mula fikir yang bukan-bukan. Namun terhenti saat wanita itu mara lebih dekat.
" Jangan risau. Rara selamat kat sini. "
Selamat?
Dengan orang yang aku tak kenal?
" Tuan Izzt yang bawak Rara ke sini "
Seperti tahu apa yang sedang menganggu fikiran aku, Mak Iti bersuara lagi.
Aku diam berfikir. Dahi dah berkerut macam mengkudu muda. Namun sesaat aku tersedar.
" Tuan Izzt? "
Mak Iti mengangguk laju.
" Siapa dia tu? maksud saya siapa nama penuh dia? dia kenal saya ke? "
Kali ini Mak Iti senyum pula. Agaknya dia pelik dengan soalan aku yang bertalu.
" Izzt Firhan. Dia yang bawak Rara datang ke sini. Dia bagitahu Mak Iti yang Rara ni kawan dia. "
Hahhhh????
Izzt Firhan!!!
Tergamam aku dibuatnya. Dengan mulut separuh terbuka dah serupa orang terkejut nampak anak ponti.
Mak Iti hanya senyum. Dia hanya melakukan apa yang di suruh. Selebihnya dia tak nak masuk campur. Lagipun dia bukan tahu apa-apa.
" Mak Iti tolong saya. Tolong panggilkan dia ke sini. Saya nak jumpa dengan dia sekarang! " Kataku seakan mendesak.
Walaupun ada ketulusan di wajah itu tapi aku tak boleh telan bulat-bulat katanya. Jika benar Izzt Firhan yang membawa aku ke sini jadi aku perlu berjumpa dengan lelaki itu. Sekurang-kurangnya aku yakin aku sekarang berada di zon yang selamat.
Selamat?
Ya. Walaupun cerita kami sebelum ni masih belum lagi selesai.
" Tuan Izzt keluar. Tak ada pula dia bagitahu Mak Iti nak ke mana. Cuma dia pesan, kalau Rara dah bangun, jangan lupa makan bubur yang dia dah masakkan ni "
Aku pandang bubur yang masih berada atas dulang. Kemudian aku pandang pula wajah Mak Iti. Silih berganti.
Izzt Firhan yang masak? boleh percaya ke?
Akhirnya aku mengalah.
Sedang otak tak mampu lagi berfikir, mangkuk bubur itu ku ambil jua. Kenapa lah aku kufur nikmat sangat.
Sepatutnya aku bersyukur. Sekurang-kurangnya aku tak di biarkan kebulur oleh Tuan Izzt si 'penculik' misteri tu.
Emmmm. Boleh tahan sedap!
bersambung ...
Share this novel