BAB 31

Romance Completed 45920

Kadangkala kita perlu bersedih supaya kita tahu dunia ini bukan hanya untuk bergembira.

Tapi...

Kita juga perlu gembira supaya kita tahu dunia ni bukan hanya untuk bersedih.

Sebulan berlalu masih tak cukup untuk aku ubati luka ini. Hatiku bagai ditoreh dengan pisau tajam dan sakitnya terlalu dalam untuk di ubati. Jika dahulu aku pernah kecewa tapi sakitnya tak sesakit ini.

Tangisan demi tangisan menjadi saksi bertapa aku terluka ditinggalkan. Di kala sunyi, kenangan itu tak henti menyapa diri. Mengogoi aku meratapi perpisahan yang aku sendiri tak redhai.

Tergamaknya Izzt Firhan biarkan aku derita seperti ini.

Mana janjinya untuk setia bersamaku?
Mana janjinya untuk bahagiakan aku?
Mana janjinya untuk seiring mengharungi segalanya?

Aku sangkakan kasih sayang aku selama ini cukup dan mampu membuatkan dia tersenyum bahagia.

Tapi aku silap!

Aku menjadi korban dalam keegoan ciptaannya.

Sungguh. Perpisahan ini buat seluruh jiwaku hancur berderai.

Pagi ini aku bangun awal sedikit dari kebiasaan. Meskipun kepala terasa berat tapi aku gagahi juga untuk bangun. Selesai mandi aku bersiap sekadarnya. Dengan berseluar jeans dan tshirt aku keluar dari rumah.

Destinasi aku adalah tasik yang terletak tidak jauh dari kediamanku. Sejak dikecewakan inilah rutin hari mingguku. Aku tidak betah berlama-lama di rumah, masaku lebih banyak di habiskan di sini. Pemandangan tasik ini buat hatiku yang galau menjadi sedikit tenang.

Aku menghela nafas panjang.

Beberapa batu kecil dihujung kaki ku ambil lantas ku lontarkan ke tengah air tasik. Aku tersenyum nipis saat air yang tenang tadi berkocak sedikit.

Puas melayani perasaan aku bangun dan menghayun langkah untuk pulang.

" Rara! Kau pergi ke mana tadi? kau tahu tak aku risaukan kau! ” Kinah terus menerpa ke arahku sebaik aku menutup daun pintu.

Aku biarkan soalan Kinah tak berjawab. Dengan tenang aku mengorak langkah ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Di hadapan aku ada Taufik yang sedang merenung aku tanpa lepas.

" Tolonglah Rara. Kan aku dah pesan banyak kali, kalau kau nak keluar ke mana-mana kau bagitahulah aku dulu! "

Kinah terus berceloteh. Dia bukan mahu menghalang kebebasan Tiara tapi peristiwa Tiara pengsan 4 hari lepas buat dia lebih berhati-hati. Malah saat menyedari kehilangan Tiara tadi buat dia segera menghubungi Taufik untuk datang ke situ.

Sekujur tubuh di hadapannya di pandang sayu. Entah cara apa lagi yang mampu dia lakukan setelah segala usahanya memujuk seperti sia-sia.

Tak sanggup lagi rasanya dia melihat keadaan Tiara seperti ini. Hampir saban hari dia mengharapkan keadaan Tiara akan pulih tapi nampaknya dia seperti bermimpi di siang hari.

Sekilas muka Kinah ku pandang sepi. Tatkala itu aku langsung tak berniat untuk membalas bicaranya. Lagipun ini bukanlah kali pertama aku dibebel sedemikian rupa. Sudah acapkali. Tapi aku tahu Kinah lakukan semua ini sebab dia terlalu risaukan aku. Tapi percayalah Kinah, aku sudah berusaha untuk menutup semua rasa sedih ini dari pandangan orang sekeliling tapi ternyata aku tak mampu. Aku tak kuat. Rasa sedih itu terlalu kuat merantai hatiku.

" Tadi kau pergi ke mana? ke rumah Izzt lagi? " soal Kinah tiba-tiba.

Aku yang terkejut pantas menggelengkan kepala. Tak ada gunanya untuk aku ke sana lagi. Bukannya aku dapat cari Izzt Firhan pun.

Selepas peristiwa di rumahnya dulu, Izzt Firhan terus menghilangkan diri. Aku langsung tidak dapat jejaki dia setelah semua panggilan dan mesej aku disekatnya. Aku tahu Izzt Firhan sengaja bertindak sedemikian. Dia mahu aku berputus asa lantas menerima ketentuan bahawa sudah tidak ada jodoh di antara kami. Tindakan nekadnya benar-benar buat aku jadi manusia hilang arah. Kasih sayang yang aku berikan, derita yang aku dapat.

" Janganlah terus menyiksa diri macam ni Rara. Walau apa pun yang terjadi Rara kena kuat. Jangan terlalu ikutkan perasaan. "

Kali ini Taufik pula mencuba. Dia yang awalnya tak nak masuk campur terpaksa juga libatkan diri bila melihat keadaan Tiara yang semakin tak terurus.

Kasihan? sudah tentu Taufik kasihan. Tapi dia sendiri dah tawar hati untuk memujuk Izzt Firhan. Lelaki itu tetap berkeras mahu batalkan perkahwinannya dengan Tiara. Bahkan Izzt Firhan juga berdegil tidak mahu meneruskan rawatan penyakitnya.

Taufik memandang muka Tiara yang tak beriak. Dia menggeleng lemah. Apa lagi yang mampu dia lakukan selain memberi kata nasihat.

" Betul kata Abang Fik tu Rara. Sampai bila kau nak jadi macam ni. Kau move on jela! Tak ada gunanya kau nak ingat pada orang yang tak pernah hargai kau! " tempelek Kinah mula hilang sabar.

Kusut kepalanya dengan perangai Izzt Firhan yang tak reti nak menghargai. Sejenis manusia yang pentingkan diri sendiri sampai sanggup ketepikan perasaan orang lain. yang Rara pun satu hal, kumbang bukannya sekor. Kat luar sana ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari Izzt Firhan. Haish..

" Aku dah cuba Kinah tapi aku tak mampu. "

Aku biarkan mutiara jernih yang mula mengalir di pipi. Tiada lagi daya aku untuk menghalanginya. Mereka berhak berkata apa saja tapi yang sedang merasai sakit itu adalah aku. Selama ini orang hanya melihat aku gembira tapi adakah mereka tahu di sebalik senyuman aku ini ada sesuatu yang tidak mungkin pernah aku ucapkan, hanya tersirat di sebalik kata-kata yang membisu.

" Apa salah aku pada dia Kinah? kenapa dia sanggup tinggalkan aku macam ni. Orang macam aku ni tak layak untuk bahagia ke Kinah? " luahku sebak.

Mengingatkan itu semua sudah cukup buat hatiku semakin sakit. Tak sangka secepat ini hubungan aku dan Izzt Firhan akan berakhir.

" Rara jangan cakap macam tu. Semua orang berhak untuk bahagia. Tapi mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk Rara dan Izzt bersama. Rara bagi Izzt sikit masa. Abang yakin setelah keadaan kembali pulih dia akan cari Rara semula. Rara banyakkan bersabar ya.. "

Aku menggeleng laju. Taufik yang berada di sebelah Kinah aku pandang sayu.

" Perlukan masa? untuk berapa lama lagi Abang Fik? sebulan masih tak cukup lagi ke? kenapa dia tak kotakan janji dia? Kenapa dia tak percayakan Rara. Rara sanggup hidup dengan dia walau apa sekalipun keadaan dia. "

Air mata tumpah lagi. Sungguh. Aku rasa terbeban dengan tindakan Izzt Firhan yang putuskan hubungan kami dengan tiba-tiba.

Jiwa aku kosong. Aku rasa macam nak lari dari semua masalah ini tapi aku tak mampu lenyapkan kenangan kami bersama. Cinta aku masih lagi menggunung untuk lelaki itu.

Aku berusaha untuk tabah tapi aku gagal. Malah ada adakalanya jasad ini tidak mampu untuk terus berdiri teguh dalam ruang yang penuh kekecewaan.

Taufik diam. Kinah juga diam. Tiara terlalu bijak mencantas kata-kata mereka. Sehinggakan mereka berdua tak mampu menidakkan kata-kata Tiara.

Izzt Firhan memang bersalah tapi Izzt Firhan juga tak patut dipersalahkan.

Entahlah. Mereka sendiri buntu.

Bagi Kinah keputusan Izzt Firhan benar-benar memberi tamparan hebat pada Tiara. Selama ini dia sendiri melihat kesetiaan Tiara pada Izzt Firhan. Namun tindakan melulu Izzt Firhan yang putuskan hubungan mereka tak sepatutnya di lakukan saat keduanya saling memerlukan.

Taufik juga begitu. Kalau pun Izzt Firhan tertekan dengan keadaannya sekurang-kurangnya dia perlu fikirkan Tiara, gadis yang setia menyintainya.

" Kalau betol Rara sayangkan Izzt, Rara kena kuat. Rara tak boleh lemah macam ni. Izzt perlukan Rara. Dia perlukan kita untuk sama-sama bantu dia. " kata Taufik masih dalam mood memujuk.

Pesakit kanser seperti Izzt Firhan sememangnya perlukan sokongan moral dari orang terdekat. Sokongan moral itu ibarat ubat kepada kesakitan yang mereka hadapi.

" Hari tu kau ada call Najmi kan? so dia cakap apa? takkan dia tak tahu Izzt pergi ke mana. " tanya Kinah sebelum mengosok lembut bahu Tiara. Tumpah rasa kasihannya melihat keadaan si teman.

Aku menggeleng lemah.

Memang aku ada hubungi Najmi bertanyakan hal ini tapi lelaki itu sendiri tak tahu di mana keberadaan Izzt Firhan sekarang. Malah Najmi sendiri terkejut saat aku memberitahu Izzt Firhan telah membatalkan perkahwinan kami.

" Agaknya dia memang tak nak kita semua cari dia. Nombor telefon dia pun dah tak aktif. " luahku dengan hati yang semakin remuk.

Taufik pandang aku dengan rasa simpati.

" This is not the end of your life.  Teruskan hidup Rara dengan tabah dan sabar.  Allah sayangkan hamba-Nya yang ikhlas, redha dan tabah dalam menempuhi ujian. Kami tahu memang susah untuk Rara lupakan Izzt tapi percayalah jodoh itu rahsia ALLAH.  Yakinlah yang ALLAH dah janjikan lelaki yang lebih baik untuk Rara.  Lelaki yang selayaknya.”

Terasa kekuatan menjalar halus ke dalam tubuhku saat mendengar bait kata dari Taufik. Haruskah aku percaya dan berpegang teguh pada kata itu?

.
. .

Sudah dua hari aku duduk terperuk di dalam bilik.  Aku langsung tak keluar dari bilik.  Aku hanya menghabiskan masa aku dengan duduk di atas katil tanpa melakukan apa-apa.  Solatku juga sudah terabai.  Kadang-kadang aku duduk berselubung di bawah selimut.  

Pintu bilik awal-awal lagi sudah siap ku kunci rapat. Aku tak mahu diganggu. Panggilan bertalu dari Kinah langsung aku tak endahkan. Aku bingit di paksa melupakan sesuatu yang aku sendiri tak redha untuk lakukan.

Hidup aku kini terasa kosong, kelam dan sunyi. Dunia seakan berhenti berputar.  Aku hilang arah tuju. Aku hilang pedoman hidup.  Bernyawa tapi seperti mayat hidup.

Aku tahu apa yang aku lakukan sekarang membuatkan orang di sekelilingku rasa tak bahagia tapi aku tak berdaya untuk menipu perasaanku sendiri.  Untuk berasa ceria dan gembira aku rasa ini bukanlah masa yang sesuai.

" Rara, makanlah.  Mak suapkan ya. "

Terpaksa juga aku membuka pintu bila berkali-kali Mak Leha mengetuknya dari luar. Sudu di tangannya disuakan ke mulutku.

" Makanlah, sikit pun jadilah.  Dah banyak hari Rara tak makan. Mak risau. ”  Mak Leha masih belum berputus asa, sekali lagi sudu itu di bawa dekat ke mulutku.

Aku menggeleng lemah.

Muka Mak Leha ku pandang dengan perasaan bercampur baur. Kalau lah tekak ni boleh telan semua makanan ni, dah tentu aku takkan menyusahkan wanita ini. Sanggup dia datang dari kampung semata-mata kerana risaukan aku.

" Kalau macam tu Rara makan roti ni. Tak elok biarkan perut kosong. Nanti masuk angin."  Pujukan lembut Mak Leha sedikitpun tak meninggalkan kesan pada aku. 

“ Mak letak je pinggan tu atas meja, kalau lapar nanti Rara makan.”

Mak Leha angguk.

Tanganku digenggam tiba-tiba. Dia senyum memandang aku.

" Mak faham tak mudah untuk Rara buang semua rasa sedih tu. Tapi Rara kena bersyukur masih ada ramai lagi yang sayangkan Rara. Mak tak nak disebabkan seorang lelaki Rara jadi lemah macam ni. Rara kena kuat. Kena lawan perasan sedih tu " sangat mendalam ucapan Mak Leha pada aku. Kemudian dia menyambung lagi katanya.

" Rara kena ikhlaskan hati dan terima semua ini dengan hati yang terbuka.  Mak tahu hati Rara sedang terluka dan tak mudah untuk Rara merawat luka tu tapi percayalah Allah takkan membebani hambanya di luar kemampuan dirinya sendiri. Mak akan sentiasa doakan kebahagiaan Rara. "

Air mata mula membasahi pipiku. Kata semangat dan kata nasihat yang cuba Mak Leha salurkan pada aku ibarat anak panah tajam yang menusuk terus ke jantung hatiku. Kata-katanya mula menyedarkan aku. Tak seharusnya aku membiarkan derita itu terus memakan diri aku.

" Terima kasih mak. "

Wanita itu mengangguk dengan senyuman. Seketika bunyi tapak kaki Mak Leha keluar dari bilikku.  Tubuh ku rebahkan semula atas katil. Aku baring mengiring mengadap tingkap.  Air mata yang sarat terus jatuh berderai di pipi.  Biarlah air mata ini menjadi air mata terakhir yang akan menemaniku. Hari esok aku perlu kembali menjadi diri aku yang dulu.

.
. .

Hari ini aku masuk kerja seperti biasa. Tidak seperti kebiasaan awal pagi lagi aku dah dikerumuni oleh rakan sekerja yang lain. Masing-masing sibuk bertanyakan sebab aku mengambil cuti yang panjang baru-baru ini.

Ahh, kalau lah mereka tahu aku bercuti disebabkan kecewa putus cinta pasti mereka akan ketawakan aku.

" Jauh termenung "

Aku mendongak ke arah kananku. Senyuman Muzzafar Adli memenuhi layar pandanganku.

" Tak keluar lunch ke? "

" Tak "

Ringkas jawapan ku berikan. Sebetulnya memang aku sengaja mengelak dari keluar lunch bersama officemate yang lain. Sebab aku nak sendirian. Rasanya tempoh sebulan itu masih belum cukup untuk aku rawat luka di hati ini.

" Badan dah kurus macam ni takkan diet lagi? "

Hah? aku menggeleng laju.

Mengarut apalah bos aku ni. Apa dia ingat kalau orang tak keluar lunch ni memang sebab diet je ke?

" Habis tu? kenapa duduk kat pantry ni sorang-sorang. "

" Saja. Nak ambil angin kat sini. "

Muzzafar Adli ketawa kecil. Dengan kerutan di dahi aku memandangnya pelik. Apa yang lucunya?

" Kenapa bos? ada yang pelik ke dengan jawapan saya tadi. "

Aku nampak senyuman kecil terukir di bibirnya. Dengan posisi tangan disilangkan atas dada, menyerlahkan lagi ciri-ciri seorang majikan yang berkarisma.

" Agak pelik jugak lah. Selalunya orang ambil angin kat taman, pantai, pulau tapi you kat pantry je. Apa yang best sangat kat sini? "

Mendengarkan itu aku terus menundukkan kepala. Malu dengan jawapan sendiri. Mesti Muzzafar Adli ni boleh agak aku cakap pakai hentam je. Tapi memang aku hentam pun. Dah otak tengah berserabut. Cakap apa yang terlintas kat otak je lah.

" Sebab boleh minum kopi FREE "

Aku menyengih. Jawapan kali ni memang aku sengaja nak bagi Muzzafar Adli ketawa. Seronok jugak bila dapat dengar orang lain ketawa.

Moga hilang segala derita aku.

" Rara.. rara.. Kelakar jugak you ni kan. Setakat nak minum kopi free tu hari-hari pun I boleh belanja. "

" Yeke. Bestlah macam tu. Jimat duit kopi saya. "

Muzzafar Adli mengangguk.

Lebar senyumannya. Aku bertambah malu bila lelaki itu terus melabuhkan punggungnya di hadapan aku. Mug kosong di atas meja di ambil lantas teko berisi kopi yang telah ku siap bancuh awal tadi di ambil lalu di tuangkan ke dalam mugnya.

Aku hanya memerhati. Nak halau memang tak mungkin lah. Dia bos aku kot. Kang tak pasal kena pencen awal. Haha...

" Sedap. "

" Apa yang sedap? "

" Kopi you buat ni lah. Sedap.. "

Mug putih tadi kembali meniti di bibirnya. Di hirus pelahan kopi yang masih panas.

Aku senyum segaris. Pertama kalinya bos sendiri puji air tangan aku. Selama bekerja di sini hanya Jaja yang akan menyediakan minuman untuk lelaki itu. Sebab dia kan PA.

" Kalau you masih tak sihat, you boleh ambil cuti. Isi form nanti i approve kan "

" Eh tak apa bos. Saya dah sihat dah pun. "

Aku menolak lembut padahal hati dah dilanda seribu satu persoalan.

Cara Muzzafar Adli bercakap seolah dia memahami kesulitan aku saat ini. Dia tahu ke masalah aku?

" Achually I nampak you banyak kali termenung. Kalau you ada apa-apa masalah you kena luahkan pada seseorang. Tak elok kalau you pendam perasaan tu lama-lama. " ujar Muzzafar Adli membuatkan aku segera mendongak kembali memandang mukanya.

Malu? Semestinya aku malu. Tak sangka rupanya tindak tanduk aku diperhatikan. Rasanya aku dah cover sebaik mungkin. Macam mana aku boleh tak perasaan mamat ni perhatikan aku eh ?

" Kalau saya ada abaikan kerja saya, saya mintak maaf bos "

Muzzafar Adli letak mug di meja. Senyuman diberikan. Muka Tiara dipandang tak lepas.

" Its okay Rara.. Jangan letakkan guide line antara kita. Ada masanya kita berdua pun boleh jadi kawan. "

Aku senyum kelat. Mula timbul rasa kesal di hati sebab aku tak ikut officemate lain keluar lunch.

Tak apa lah Rara. Sekurang-kurangnya kau ada teman berborak..

Cehhh..

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience