BAB 2

Romance Completed 45920

Pagi itu seperti biasa aku akan menjadi orang pertama dan terawal yang akan sampai ke ofis.

Eh! jangan salah faham. Ni bukan nak puji angkat bakul sendiri tau tapi nak citer kenapa aku selalu sampai ofis awal sebab aku tak suka nak hadap jem.

Selalu orang cakap duduk KL tak sah kalau tak tempuh jem. Betul lah tu. Sebab tu aku sanggup bangun awal pagi dari habiskan masa berjam atas jalan raya.

Selesai breakfast di pantry aku kembali semula ke meja kerjaku.

" Tiara Nur Wilda "

Aku menoleh bila nama ku di seru dari arah tepi. Pagi-pagi begini dah ada yang menganggu. Siapa lah agaknya tu?

Oh Jaja. Officemate aku.

" Alah kau ni.. jangan lah pandang aku macam tu. Gerun pulak aku rasa " ujar Jaja sambil menayangkan barisan giginya pada aku. Mug putih terpegang kemas di tangannya.

Aku sungging bibir.

" Tahu pun gerun. Habis tu yang kau menjerit nama penuh aku ni dah kenapa? Hilang akal eh? " aku kembali mengemas meja kerjaku yang tergendala sebentar tadi.

" Pagi-pagi dah emo. Tak cukup rest ke semalam? "

Of course tak cukup pun. Aku ingatkan cuti sehari semalam dapatlah aku rehatkan diri alih-alih kena temankan Kinah bershopping pulak.

" Kalau cuti seminggu baru cukup. " Jawabku ikhlas dan jujur.

Jaja ketawa. Mukanya dibawa dekat ke telingaku.

" alamatnya makan hati berulam jantung lah bos kita tu "

Laju aku cubit lengan Jaja. Kenapa lah Jaja dengan Kinah ni spesis otak yang sama. Tak habis-habis nak kenakan aku dengan si Muzzafar Adli tu. Padahal kitaorang bukan ada apa-apa pun.

" Sakit lah... kau ni kan pagi-pagi lagi dah jadi mak ketam. "

" Bagus lah kalau dah tahu " Balasku selamba.

Jaja mencebik. Muncungnya ditarik panjang sedepa.

" Nak gurau sikit pun tak boleh. By the way aku suka nama kau. International sangat. "

Aku jeling Jaja yang masih menyibuk di meja kerja aku. International erk? Ermm... thank you pada arwah mama papa sebab bagi nama sedap ni pada aku. Selalu nama aku dapat pujian.

Tiara Nur Wirda binti Saifuddin... itu nama yang tercatat dalam surat beranak aku.

Tapi aku lagi suka orang panggil aku Rara. Simple. Mudah nak ingat. Tak perlu berbelit lidah nak ingat nama panjang aku tu.

" Oh ya, sebelum aku lupa, jam 11 nanti bos nak jumpa kau. Dia cakap nak bincang pasal design projek kat Cyberjaya tu. "

Aku panggung kepala. Laju otak aku cuba mengingatkan projek yang di maksudkan.

" Eh bukan job tu dah approve ke? nak bincang apa lagi? "

Mahunya aku tak ingat kerana job tu tidur aku terganggu. Selama 3 hari aku pulun nak kejar dateline yang di awalkan secara tiba-tiba. Dan sekarang apa? takkan nak kena buat semula.

Soalan aku hanya di balas dengan jongketan bahu dari Jaja.

Kau ni pun satu Rara yang kau pergi tanya si Jaja ni buat apa. Dia kan PA Muzzafar Adli tu je. Bukan semua hal dia patut ambil tahu. Haish...

" Okay lah. Nanti aku jumpa dia. Thanks. "

.
. .

" Kena reject? "

Laju aku bertanya. Mahu terkejut segala urat otak aku saat Muzzafar Adli ni bagitahu aku design iklan yang aku submit tempoh hari kena buat semula.

Sebelum aku lupa. Aku Graphic Designer. Kerja aku buat design iklan komersial. Dah berkhidmat di sini selama 3 tahun. Kepuasan aku adalah bila hasil kerja aku terpampam besar di atas lebuhraya dan televisyen utama negara.

Muzzafar Adli ketawa halus. Riak muka pekerjanya dipandang.

Bos aku yang masih bujang ni boleh tahan segaknya. Senyumannya saja boleh bikin tulang rusuk wanita seperti aku bergetar.

" Achually bukan kena reject. Dia orang mintak kita ubah konsep. Tapi you jangan risau semua sketches dah ada. Mungkin sedikit sebanyak dapat bantu you nanti. " terangnya lagi.

Aku lepas nafas. Lega sikit mendengar. Aku bukan apa kalau kena mula dari awal terpaksa lah aku batalkan cuti aku untuk balik ke kampung Kinah. Nak bercuti tapi hati tak tenang tak guna jugak.

" Rara, are'u okay? "

Aku angkat muka. Satu senyuman aku hadiahkan pada Muzzafar Adli.

" Okay bos. So bila dateline? "

Itu soalan wajib yang perlu aku tahu. Dalam skop bidang aku, dah selalu sangat aku jumpa dengan customer macam ni. Suka hati diaorang je nak ubah itu ini. Apa dia orang ingat idea tu macam air paip ke? Sentiasa mengalir.

" In two week but don't worry you boleh mintak tolong Raqib untuk assist you. "

Raqib, designer lelaki sama jugak macam aku. Kerja dengan mamat ni agak cerewek sikit. Banyak kena follow idea dia berbanding idea orang lain. Tapi tak apa lah sekurang-kurang Raqib jenis cepat buat kerja.

" You ada apply cuti kan? "

Aku mengangguk laju.

" Ada bos. Saya nak balik kampung. "

Muzzafar Adli senyum segaris. Sebagai majikan sudah tentu dia cakna perihal pekerjanya.

" It's okay Rara. Cuti you I dah approve. Nanti you siapkan apa yang patut. Kalau tak sempat sambung lepas cuti nanti pun okay. " lembut biaca Muzzafar Adli pada aku.

Aku koyak senyum.

Sebagai pekerja aku suka cara majikanku. Muzzafar Adli di lihat seorang yang sentiasa memahami keperluan orang lain. Tak macam sesetengah majikan langsung tak peduli life sosial pekerjanya.

" Ini sketches yang dia orang emailkan pada I "

Aku sambut huluran yang diberikan. Banyak jugak yang nak kena ubah ni nanti tapi tak apa harap-harap masa bercuti nanti idea tu akan datang.

" Rara, it's okay for you? "

Kepala aku angguk sekali lagi. Keramahan Muzzafar Adli buat aku rasa canggung seketika. Kenapa aku rasakan pandangan mata Muzzafar Adli tak sama seperti pandangannya sebelum ini.

Atau ini yang di maksudkan jeng jeng Kinah tu ?

" I try my best. So ada apa-apa lagi tak? kalau tak ada saya nak keluar dulu. " aku bertanya setelah yakin sudah habis perbincangan pendek kami sebentar tadi.

" Lunch dengan I hari ni. "

Ah sudah.

Apa ni bos..

.
. .

" Ya Allah.. ni berapa bulan tak makan ni? tak boleh makan pelahan sikit ke? "

Sedang asyik menguyah kuih ketayap aku ditegur oleh Umi. Segera anak mata memandang Umi yang sedang menuangkan air nescafe dalam cawan depanku.

" Sedap sangat kuih ni "

Aku sengih. Sedar sifat gelojoh seperti ini tak perlu aku tayangkan di hadapan wanita yang aku panggil Umi.

Umi adalah manusia yang paling aku sanjung. Pengorbanan dia membesarkan aku sejak dari aku kecil membuatkan aku tak pernah lupakan jasa dia.

Macam mana aku boleh kenal Umi?

Semuanya bermula selepas kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapaku. Aku telah di serahkan di bawah jabatan kebajikan. Di situ lah aku mula mengenali Umi yang kebetulan adalah pengasas sebuah rumah anak yatim. Biarpun tiada pertalian antara kami namun kasih sayang yang diberikan buat aku jiwa aku tak pernah rasa
kosong.

" Kalau sedap Rara balik lah ke sini selalu " lembut suara itu seakan memujuk.

" Memang nak balik Umi.. tapi tu lah Rara sibuk sikit sekarang. Banyak kerja nak kena siapkan. Umi sihat tak ni? "

Dah kenyang baru nak tanya khabar Umi.. Hihi.. kadang tak senonoh jugak aku ni. Tapi Umi memang dah masak sangat dengan perangai tak sopan aku ni.

" Alhamdulillah.. Umi sihat. Rara tu sihat ke tak? Umi tengok badan makin kurus je " tanya Umi penuh dengan rasa kasih sayang. Sifat inilah yang membuatkan aku tak pernah rasa kekurangan.

" ish mana ada kuruslah Umi. Makin sihat adalah. " balasku sambil mengusap perut sendiri.

Aku faham sangat maksud di sebalik perkataan sihat Umi tadi. Sebenarnya bukanlah kesihatan fizikal aku yang Umi risaukan sebaliknya kesihatan mental aku yang cuba diselidikinya.

" Maafkan Umi kalau Umi masih belum mampu bahagiakan Rara. Niat Umi cuma .... "

" Dah lah Umi. Bukan salah Umi pun. " cepat aku pintas kata-kata Umi. Aku tahu rasa bersalah itu masih wujud dalam lubuk hati Umi biarpun aku sendiri tak pernah menyalahkan Umi.

Sebab aku percaya tak ada seorang ibu yang nak lihat anaknya menderita. Sama macam umi. Apa yang Umi buat semata-mata nak lihat aku bahagia.

" Jangan pernah berhenti mencari bahagia. Umi sentiasa doakan kebahagiaan untuk Rara "

Aku jatuhkan kepalaku ke bahu Umi.

Terima kasih Umi. Moga kebahagiaan tu akan datang suatu hari nanti.

Aku menghabiskan masa di rumah Umi sehingga tiba waktu maghrib. Kadang kasihan aku tengok Umi. Selepas arwah suaminya meninggal Umi tinggal seorang di rumah. Masa Umi banyak dihabiskan di rumah anak yatim sementelah anak tunggalnya juga sudah berumahtangga. Hanya sesekali balik menjenguk orang tua mereka.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience