" Apa keputusan awak? "
Anak mata itu terpaku lagi memandangku. Untuk kesian kalinya jantung hatiku terus berdegup kencang.
Sejak peristiwa aku dilamar tempoh hari, ini kali pertama aku mengizinkan lelaki itu untuk bertemu denganku.
Jika Izzt Firhan berfikiran aku sengaja mengelak dari bertemu dengan dia. Ya, memang betul tekaannya.
Aku perlukan masa. Aku perlukan ruang untuk berfikir. Segala baik dan buruk mengenai segala keputusan yang bakal aku ambil nanti harus aku fikir sedalamnya.
Dan hari ini aku datang berbekalkan jawapan yang dia mahukan.
" Kalau saya tolak lamaran awak, awak nak lagi tak berkawan dengan saya? " soalku.
Saat anak mata kami berlaga. Sekali lagi jantungku berdengup kencang namun kali ini aku beranikan diri juga merenung tepat ke arah anak mata hitamnya. Aku mencari sesuatu. Ya, aku jumpa. Ada kasih sayang yang terbias di mata itu.
" Kita tetap akan berkawan tapi mungkin kita takkan jadi macam dulu lagi. "
Aku mengerutkan dahi. Aku tak faham. Apa yang ingin dia sampaikan?
Apa beza dulu dan sekarang?
Seperti memahami pandanganku. Dia menyambung semula ayatnya.
" Saya takut hati saya tak kuat untuk melupakan awak. "
Adehhh
Wajah redup itu aku terokai. Berkulit putih dan berkumis nipis. Memiliki susuk tubuh yang tegap dan sedikit sasa menjadikan lelaki berlesung pipi kiri ini nampak sangat handsome. Tapi bukan itu syarat utama nak jadi imamku.
" Kalau saya terima? "
Semakin seronok pulak aku mainkan perasaan lelaki ni. Lagipun kalau aku straight to the point kang macam tak best pulak story aku ni kan.
" Saya janji saya akan jaga awak sehingga nafas saya yang terakhir. "
Waduhhhh
Kembang kuncup hidungku menahan rasa. Sebaris ayat itu sudah cukup buat hatiku berbunga gembira. Semakin aku dapat rasakan aura keikhlasan dalam ayat yang dilafaskan.
Aku mula rasa terharu. Rasa dihargai. Semua rasa itu bersatu dalam satu rasa yang sukar untuk aku terjemahkan.
Tak ku sangka, detik perkenalan singkat ini rupanya membawa satu makna besar dalam hidupku.
Adakah dia jodoh terbaik kiriman tuhan buat aku?
" Jadi apa keputusan awak? Awak terima saya atau tak? Apa saja keputusan awak insyallah saya akan terima dengan hati terbuka "
Lebur segala lamunan singkatku.
Nafas ku hembus pelahan. Semakin sekata mengikut temponya.
Pandangan aku beralih pada anak mata hitamnya. Saat mata kami bersabung seluruh kasih sayangnya seakan ikut menjalar ke tangkai hatiku.
Tanpa rasa ragu, kepala ku angguk tanda setuju.
Terus tegak tubuh Izzt Firhan yang menyandar. Tersenyum lebar di memandangku. Kedua belah tanganku di sambar lalu digenggamnya erat.
Senyuman Izzt Firhan semakin melebar. Tak tahu nak digambarkan perasaannya sekarang. Saat hatinya sudah pasrah berita seperti ini mampu buat dia kembali tersenyum bahagia.
' Perempuan kalau dia setuju time tu jugak dia akan terima kau bro ! Ni tak.. dah dua minggu dia diam je. Confirm. Kau kena reject ni '
Kata-kata Najmi tempoh hari langsung tak boleh diterima pakai. Buktinya hari ni Tiara dah pun terima dia.
" Betul ke ni awak terima saya? Awak tak main-mainkan saya kan? " masih ragu barangkali dia dengan jawapanku.
Aku angguk buat kali keduanya.
Reaksinya kali ini lebih teruja berbanding tadi. Dia seakan mahu bersorak memberitahu semua orang atas kemenangannya menakluki cinta aku.
" Terima kasih Rara sebab sudi bagi peluang dekat saya. Saya ingatkan awak dah reject saya tadi. "
Dia ketawa halus. Aku balas dengan senyuman menguntum. Walaupun cinta kami masih belum mekar tapi aku yakin hari demi hari rasa itu pasti akan bercambah.
" Tapi saya ada syarat .. "
Gluppp
Pelahan-lahan senyuman lebar tadi menguncup. Izzt Firhan tahan debar di dada.
" Cakaplah apa dia. Kalau saya mampu, saya akan tunaikan " lembut suara itu menyapa.
Aku senyum segaris.
Tapi itu sudah cukup manis di mata Izzt Firhan. Dia rindukan Tiara. Selama mereka tak berjumpa puas hatinya menahan rasa. Saat Tiara menelefonnya pagi tadi, sehingga ke saat ini matanya tak lari dari memandang gadis itu.
ish, hebat betul penangan cinta.
" Saya nak buat majlis simple je. Hanya akad nikah dan kenduri kesyukuran. Saya tak nak majlis besar-besar. "
Aku usulkan syaratku. Memang aku tak pernah menginginkan majlis perkahwinan yang besar-besar. Hanya keberkatan dalam majlis itu yang aku perlukan. Lagipun aku anak yatim. Aku tak ada saudara. Sebuah majlis yang kecil saja sudah cukup memadai bagi aku.
" Boleh. Saya akan tunaikan. "
Anak mataku jatuh pada jemariku yang masih ada dalam genggamannya. Dalam istikarah tangan seperti ini lah yang datang kepadaku sambil menyarungkan sebentuk cincin. Jauh di sudut hati aku sangat berharap agar keputusanku hari ini adalah keputusan yang paling tepat.
Takkan selamanya aku ingin hidup sendirian.
" Saya ada lagi satu permintaan dan saya harap awak juga mampu tunaikan... "
Aku angkat kepala. Sekali lagi anak mata kami beradu di satu aras yang sama.
" Saya nak tahu pasal Dalina. Kenapa awak tak terima cinta dia. Selebihnya saya nak tahu pasal awak. Rasanya sepanjang tempoh kita berkawan ni tak banyak tentang awak yang saya tahu "
Izzt Firhan mengangguk setuju. Permintaan Tiara tidak lah berat untuk di tunaikan.
Maka bermula lah cerita tentang hubungannya dan Dalina.
Sesekali aku mengangguk faham. Aku mula faham kenapa dia dengan Dalina tak jadi kahwin.
Dan aku juga baru tahu Dalina itu adalah adik tirinya. Anak kepada Jurina. Jurina telah berkahwin dengan ayahnya Tengku Ismadi yang ketika itu seorang duda beranak satu.
Arwah ibu Izzt Firhan seorang anak hartawan. Meninggalkan banyak harta. Tapi sayang banyak hartanya telah di salahgunakan oleh Tengku Ismadi. Malah keputusan untuk mengahwinkan Izzt Firhan dengan Dalina juga ada kaitannya dengan harta.
" Kalau awak tak cintakan Dalina, kenapa awak bertunang dengan dia? "
Eh.. eh kau ni...
Cakap orang pulak. Kau tu pun sama lah. Kau nak kahwin dengan Izzt ni, kau cinta dia tak?
Ahhh, aku lain. Aku nak cinta lepas kahwin.
Hahaha..Poyo je kau ni. Entah-entah kau suka dia dalam diam..
Ahhh... diamlah kau !!
Cepat-cepat bisikan suara halus itu cuba di usir.
" Macam saya cakap tadi. Saya terpaksa penuhi permintaan mama. Kalau tidak satu sen harta arwah mummy saya tak dapat. "
" Awak lebih pentingkan harta dari kebahagiaan awak sendiri? "
Lancang pula mulut ini bertanya. Saat tersedar aku ketap rapat bibirku.
Izzt Firhan menggeleng. Bukan harta jadi keutamaannya.
" Bukan macam tu Rara.. satu-satunya kenangan saya dengan parent saya ada dalam rumah tu. Saya perlukan rumah tu sebagai kenangan. Kalau saya tak ikut kemahuan mama nanti segala harta arwah akan dijual sebab pada mama rumah tu tak lebih dari sebuah aset yang menguntungkan. "
Ohh...
Sedih jugak kisah dia ni. Aku ingatkan hidup aku je yang sedih rupanya lakaran nasib kami hampir serupa.
" Rara .. "
Aku mendongak. Izzt Firhan pamer senyuman mengoda.
" nanti dah kahwin saya nak anak ramai tau "
Usai berkata Izzt Firhan kenyit matanya. Darah merah terus menyerbu naik ke muka.
Izzt Firhan ketawa dalam hati. Suka benar dia melihat muka kemerahan Tiara. Dah macam kepak ayam madu pulak rasanya.
Hatinya berbunga riang. Terasa semakin mekar cintanya buat si gadis pujaan.
" Rara, I Love U "
Ucapnya penuh romantis. Jemari Tiara kemudiannya di bawa ke bibir. Di kucup sebelum sebelah tangan naik mengusap manja pipi Tiara.
Aku?
Dah macam duduk atas bara api. Dah tak reti duduk diam. Cara Izzt ni memang boleh buat aku tergolek jatuh longkang.
Ahh.. tak suka. tak suka.
Kenapa dia romantik sangat nihh !!
.
.
.
" Dah settle masalah kau ? "
Kinah menyoal sebaik kelibat aku muncul di ruang tamu. Seperti sedia maklum, Kinah tahu aku baru balik dari bertemu dengan Izzt Firhan. Malah dia jugalah yang hari-hari push aku untuk selesaikan masalah kami secepat mungkin.
Aku mengangguk lantas mengambil tempat duduk di sebelah Kinah.
Ya. Semuanya sudah selesai. Dua minggu aku mengadu nasib pada Kinah. Segala apa yang berlaku di rumah lelaki itu hingga saat aku di lamar semuanya di ketahui Kinah. Nama pun Bff. Tak ada satu pun aku sorok dari pengetahuannya.
" Aku dah terima lamarannya. "
Kinah senyum segaris. Lapang hatinya mendengar khabar berita itu. Bermakna hati Tiara sudah terbuka untuk menerima cinta lain selepas di kecewakan Esham. Sesuatu yang patut diraikan.
" Tahniah Rara. Nampak gayanya kau dulu lah yang naik pelamin nanti. "
Aturan Allah itu indah. Dia yang berkenalan dah lama dengan Samsul pun masih tak nampak hala tuju. Tup tup Tiara yang baru kenal Izzt Firhan pula yang bakal mendahuluinya.
" Insyallah. Kau doakan yang baik-baik untuk aku ya "
" Aamiin. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau Rara." Jemari kami bersatu. Untungnya aku ada kawan seperti Kinah.
" Aku macam tak percaya je Kinah. Lelaki yang aku kenal kat kampung kau dulu tu rupa-rupanya syok kat aku. Kira hot jugak lah aku ni kan. "
Aku ketawa lucu. Sengaja menceriakan hatiku yang dah berhari kelabu asap. Kalau sebelum ni makan aku tak lalu, tidur aku tak berapa lena. Nampak gayanya lepas ni boleh la aku hidup macam orang normal.
" Aah..betul lah tu. Poyo je mamat tu. Aku ingatkan kau ni nak dijadikan musuh sampai bila-bila. Rupanya nak di jadikan bini. "
Ketawa kami bergabung.
Terimbau kembali kenangan di kampung dulu. Masa pertama kali berjumpa Izzt Firhan. Paling tak dapat di lupakan masa aku berebut bilik dengan lelaki tu.
Ahhh... serius kalau di ingatkan semula memang kelakar dan mampu buat aku tergelak seorang.
" Itulah yang di namakan cinta. Cinta pandang pertama la katakan. " usik Kinah sambil tergelak. Dia tahu Tiara sedang berbahagia sekarang. Dia juga tumpang gembira untuk teman baiknya.
" Kinah. Aku sebenarnya ada benda nak cakap kat kau. "
Aku bertanya saat ketawa Kinah masih bersisa.
" Cakap jelah. Pasal apa? " tanya Kinah seakan tak sabar.
" Aku plan nak buat majlis aku dengan Izzt tu nanti kat rumah mak abah kau. Boleh ke? "
Takut juga untuk aku menyuarakan hasrat itu pada Kinah tapi tatkala melihat senyuman lebar Kinah buat aku menarik nafas lega. Kepalanya diangguk berkali.
" Mestilah boleh. Kau bagitahu je bila tarikh. Confirm mak dengan abah suka. Lagipun kau dengan Izzt kan dah macam anak diaorang. "
Aku senyum. Bicara positif Kinah buat hatiku terasa lapang.
" Pasal tarikh tu kami belum bincang lagi. Lagipun banyak benda lagi yang kena kami settlekan. "
" Tak apa. Aku faham. Kalau ada apa-apa pertolongan yang kau perlukan. Bagitahu je aku. Dengan rela hati aku akan tolong kau "
Terharu aku mendengarnya.
" Tapi Kinah.. Aku sebenarnya risau jugak kalau lepas ni Esham still kacau aku lagi. Aku risau kalau Izzt tak boleh terima. "
" Dah dah.. kau jangan nak bukak cerita lama kau dengan laki tak guna tu lagi. Kalau dia nak kacau kau lantak dialah. Tapi aku yakin Izzt akan jaga kau dengan baik. Ingat Rara. Kau pun berhak bahagia sama macam orang lain "
Erkk...
Mudahnya Kinah ni bercakap tapi yang nak mengadapnya aku. Macam mana kalau Izzt tak sanggup hadapi semuanya?
Mungkinkah angan aku untuk hidup bahagia bersama lelaki yang aku sayang akan musnah sekali lagi?
to be continue....
Share this novel