2 pagi
Hati ini semakin tak keruan.
Entah posisi macam mana lagi harus aku lakukan agar mata ini terpejam lena. Ku pusingkan badan kiri dan kanan. Aku gelisah tanpa arah dalam bilik yang hanya ditemani lampu malap di tepi sisi kiri. Sudah berkali-kali aku cuba memujuk hati ini namun jantung terus laju mengepam darah.
'Kalau hati tak tenang, itu petanda ada sesuatu akan terjadi.'
Teringat pulak bicara ustazah disekolah menengahku dahulu. Air liur ku telan terasa sangat pahit.
Ketika hati masih berkelana, pintu bilik diketuk bertalu. Apa lagi. Semakin laju denyut jantungku bergerak.
Saat pintu di buka tersembul wajah tua Mak Iti. Tanpa senyuman wanita itu meminta aku supaya turun ke bawah. Belum pun sempat aku bertanya apakah tujuannya Mak Iti sudah berlalu meninggalkan aku.
Dup dap... dup dap....
Jantungku terus menari rentak dangdut. Entah berapa persaat ia berdegup ketika ini. Dengan hembusan nafas berat pelahan-lahan aku menuruni anak tangga.
Ketika kaki sudah berada di tangga terakhir, cupingku mula mendengar suara pekikan seseorang di ruang
tamu.
Dahiku berkerut. Semakin hati di serang sawan kegelisahan.
Aku yakin ada sesuatu telah berlaku.
Saat ini sudah pastinya aku memujuk hati agar berfikir yang positif saja biarpun suara menjerit itu semakin jelas kedengaran. Jauh di sudut hati aku mendoakan segalanya akan baik-baik saja.
" Hah!! perempuan ni lah Mama. Kan betul apa yang Dell cakap. Dell tak tipu. Memang Izzt ada simpan perempuan dalam rumah ni! "
Anak mataku melingas pada empunya suara. Kornea mataku membulat.
Itu kan ...
Dalina. Eh, dia buat apa kat sini.
" Apa semua ni Izzt? siapa perempuan ni? kenapa dia mesti ada dalam rumah ni? " Suara seorang wanita separuh abad yang duduk di sebelah Dalina pula menyoal pada lzzt Firhan. Suaranya juga tegang tapi tidak memekik seperti Dalina.
Aku dipandang atas bawah. Berombak tak sekata dada Jurina ketika ini. Meskipun awalnya dia cuba menafikan kata Dalina tapi sekarang bukti sudah ada di depan mata. Kedua matanya menjadi saksi wanita asing ini memang berada di dalam rumah Izzt Firhan.
Izzt Firhan mengeluh berat. Semakin berserabut otaknya.
Kehadiran mengejut dua manusia itu buat otak dia gagal untuk berfikir.
" Kenapa diam? atau Izzt masih nak menegakkan benang yang basah! " wanita itu bertanya lantang.
Aku diam membatu. Tak tahu drama apa yang sedang ditayangkan sekarang.
Dan yang lebih parah kenapa aku harus terlibat sama dalam masalah mereka bertiga.
" Semua ni hanya salah faham. Izzt dengan Rara ... "
" Come on Izzt. Takkan you masih nak tipu kami lagi. Bukti dah ada depan mata kot. Patutlah selama ni you tak bagi I datang ke sini. Rupanya you takut kalau-kalau I tahu you ada simpan perempuan dalam rumah ni kan? " belum pun sempat Izzt Firhan menghabiskan ayatnya Dalina terlebih dahulu bersuara.
Sedaya upaya dia cuba menjadi minyak yang dapat membakar hati Jurina yang sedang marak dengan api kemarahan.
Rasakan.
Dia sangat yakin selepas ni Izzt Firhan akan kembali semula padanya.
" Kalau you tak tahu apa-apa better you diam lah Dell. You jangan ingat semua orang perangai sama macam you! " Jerkah Izzt Firhan. Dari posisi duduk dia kembali tegak berdiri.
Hatinya mula rasa sakit. Ikutkan rasa marah mahu saja telapak tangannya melayang ke muka Dalina. Entah kerja gila apa lagi yang sedang dirancang oleh Dalina.
Tak habis-habis menyusahkan orang.
Dalina tayang muka tak bersalah. Dia langsung tak rasa terancam dengan jerkahan Izzt Firhan. Lagi pun dia ada backup besar. Lelaki itu tentu tak berani nak apa-apakan dia di hadapan Jurina
Pandangan Dalina beralih pula pada Tiara yang hanya diam menikus. Dalina ketawa dalam hati. Dia tahu sejauh mana hubungan mereka berdua tapi peluang yang ada takkan datang selalu. Tiara dijadikan umpan. Dia harus meracun fikiran Jurina agar membenci Tiara agar peluangnya untuk menakluki semula hati Izzt Firhan menjadi lebih mudah.
Aku mula cuak.
Melihat perwatakan Dalina malam ini, aku yakin dia takkan melayan aku selembut tempoh hari. Wajahnya saja dah cukup mengambarkan hatinya yang bergelodak dengan amarah.
Namun sedikit demi sedikit aku mula dapat mengagak kehadiran dua wanita ini sudah tentunya mahu menuduh aku yang bukan-bukan.
" Muka je cantik tapi sayang ... "
Hatiku semakin cuak bila Dalina mula mengorak langkahnya mendekati aku.
" Suka rampas hak orang! "
Whatttt !!!
Darah merah mula menyerbu ke muka. Aku nak bersuara tapi mulutku seakan terkunci. Sudahnya aku diam seakan mengiakan tekaaan Dalina tadi.
Ketika ini aku sangat berharap Izzt Firhan dapat menjelaskan semuanya namun kebisuan lelaki itu buat aku jadi hampa. Tindakannya mendiamkan diri seolah merelakan dua manusia itu berfikir buruk tentang aku.
Sedang hatiku mendidih menahan marah. Wanita yang digelar mama itu pula datang menyerangku.
" Dasar perempuan tak tahu malu. Ni kalau mak bapak kau tengok ni mesti dia menyesal ada anak macam kau! jual diri semata nak hidup senang. "
Pergghhh.
Main nama mak bapak pulak dah.
Serius taik telinga aku mula mencair dek rasa bahang tatkala di hina sebegitu.
Wanita tua yang dipanggil mama itu terus merenung aku atas bawah. Entah apa yang bermain di fikiran tuanya. Agaknya macam ni lah lagak orang kaya, bercakap langsung tak ada adab. Pandang orang lain sebelah mata.
Lamunanku terbang melayang tatkala menyedari Dalina sudah berdiri tegak di hadapanku. Senyumannya penuh dengan rasa benci menyebabkan aku sedikit gugup.
Aku telan liur. Entah apa lagi kata hinaan yang bakal diberikan padaku sekejap lagi.
" Aku ingatkan lepas aku jumpa dengan kau haritu, kau betul-betul kotakan janji kau. Rupanya perempuan macam kau ni tak ada beza dengan yang lain. Dasar munafik. "
Dushhh !!
Berdengung telinga aku mendengar ayat munafik yang ditempik kuat ke telinga aku. Hari-hari kena pekik macam ni mahu pekak aku jadinya.
Ini ke perwatakan sebenar Dalina.
Habis tu yang pujuk rayu supaya aku tak ganggu Izzt Firhan tu cuma lakonan dia jelah?
" Kau bagitahu aku berapa banyak Izzt bayar kau untuk jadi pemuas nafsu dia?! " sambungnya.
Bayar???
Aku kerut dahi.
Air liur ku telan berkali-kali. Rasa geram mula membedil tangkai hatiku.
" Cakap tu jangan main lepas je Cik kak. Jangan sampai aku saman kau sebab menuduh aku yang bukan - bukan. "
Geram punya pasal aku dah tak pandang manusia ni dengan rasa hormat. Dadaku turun naik menahan rasa. Sesedap mulut je nak mengata aku.
Wei Izzt !!
Asal kau diam je. Tolong lah backup aku ni.
" Hebat sangat ke kau sampai nak saman anak aku. Entah-entah duit nak makan pun bercatu sebab tu sanggup jual diri kat sini! "
Masih belum habis kemarahan Jurina. Dia geram, lepas satu-satu tindakan Izzt Firhan yang menyakitkan hati tuanya.
Aku beristifar dalam hati.
Berdesing telinga aku mendengarnya.
Semakin aku tak faham apa sebenar tujuan keduanya datang ke mari. Tapi kemunculan mereka sangat menyakitkan hati aku.
" Stop it mama. Please go! Makin lama mama kat sini makin kusut kepala Izzt. Semua tuduhan mama tu langsung tak berasas. Rara tak seburuk yang mama sangka "
Naik seoktaf suara Izzt Firhan. Dia pandang muka menyinga Jurina. Dia tak sangka Jurina akan menghina Tiara seperti ini.
Muka Tiara yang berubah dipandang sekali lalu.
Kesian Tiara. Kalau tak kerana dia mungkin semua ni takkan berlaku.
Dengan hati yang masih membahang, kaki di bawa mendekati Dalina.
" I'm so pity for you Dell.. 2 tahun masih tak cukup buat you terima hakikat yang kita dah pun tak ada apa-apa lagi. For the last time, I repeat again, cinta I hanya untuk orang yang betul-betul layak. Bukan cinta sebab harta! "
Selesai mengucapkan itu. Izzt Firhan mendekati Tiara pula. Bahu gadis itu dipegang. Senyuman hambar diberikan.
" Mak Iti! " laungnya tiba-tiba.
" Ya Tuan. " sambut wanita itu sebaik tiba di sisi majikannya.
" Suruh tetamu tak diundang ni keluar dari sini. Kalau diorang tak nak keluar jugak, Mak Iti telefon polis! Saya tak nak ada orang buat kacau kat sini "
Lengan Tiara di tarik. Terkoncoh-koncoh Tiara yang masih kepingaan membuntuti langkah laju Izzt Firhan.
.
.
.
" Apa lagi yang awak tak puas hati ni? "
Izzt Firhan berhenti menyuap. Sudu dan garpu diletakkan kembali ke dalam pinggan. Sepasang anak matanya terus di pasakkan ke arah Tiara yang masih lagi menayangkan wajah cemberutnya.
Sempat lagi wajah itu di terokainya. Muncung panjang macam itik pun Tiara tetap nampak comel.
Ececehhh...
Aku menjeling geram.
Dia boleh tanya apa yang aku tak puas hati? Takkan dia dah lupa apa yang dia buat pada aku semalam.
" Cakap lah. Apa lagi salah saya kat awak? "
Nadanya seakan memujuk. Seleranya seakan hilang untuk menikmati sarapan pagi bila Tiara terus-terusan memboikotnya.
" Banyak. Terlalu banyak salah awak pada saya "
Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal. Laju aku menjawab. Rasanya tak cukup kertas a4 kalau aku nak senaraikan satu-satu.
" contohnya? "
Izzt Firhan tayang pula wajah redupnya. Satu senyuman manis di hadiahkan kepada Tiara yang sedang mencerlung memandangnya. Kemarahan Tiara bukanlah satu ketakutan padanya.
" Awak ni betul-betul psyco lah! "
Aku mendengus.
Mimpi indah agaknya mamat ni. Dari tadi senyum jek. Padahal aku ni hah sampai sekarang rasa tak tentu arah. Rasa terancam. Rasa tak aman. Rasa resah. Eh macam-macam lagilah rasa yang singgah sejak malam tadi.
" Laa.. saya tanya pun salah ke? "
Lembut suaranya bertanya tapi bukan itu yang aku nak. Aku nakkan penjelasan!
" Otak awak ni dah tak betul agaknya. Awak dah lupa ke semalam saya kena maki dengan Dalina. Tu hah.. perempuan tua semalam tu dia tu siapa? Kenapa mulut dia busuk sangat. Dah macam loji sisa kumbahan "
Puas? Yes. Of course aku puas bila segala yang bersarang dalam hatiku dapat aku lepaskan.
Sememangnya Izzt Firhan patut tahu kenapa aku jadi begini pagi ni. Semalaman aku hidup dalam ketakutan. Aku risau kalau dua manusia tu buat report pada pihak berkuasa. Tak pasal-pasal satu malaya kenal muka aku.
Tergelak Izzt Firhan mendengarnya. Boleh pulak Jurina dapat gelaran loji kumbahan. Ish, boleh tahan mulut budak comel ni.
" Ok ok. Pasal hal semalam tu saya betul-betul minta maaf kat awak. Saya pun tak sangka Dalina akan bawak mak dia datang ke sini. Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya dah bawak awak lari dari sini " ujarnya lembut seakan cuba memujuk aku.
Termagu aku seketika.
Mati-mati aku ingatkan perempuan tua semalam tu mak Izzt Firhan. Lagak dia dah macam mak kandung.
" Dan lagi satu. Kenapa awak tak bagitahu saya Dalina tu bekas tunang awak? saya ingatkan.... "
" Itulah. Lain kali bertindak melulu lagi. " pintas Izzt Firhan. Dia tahu Tiara terkejut dengan kenyataannya semalam.
Aku sengih. Tahu aku silap. Kalau aku tahu status mereka sudah berpisah tak adalah aku nak susahkan diri lari dari Izzt Firhan.
" Lepas ni awak jangan nak mengada jumpa dengan Dalina tu lagi. Dia tu pandai pelakon! Dia akan reka cerita sampai dia dapat apa yang dia nak "
Wah sesuka hati dia je cakap aku mengada? padahal yang mengada tu si Dalina.
" Tapi... "
" Trust me. Awak akan selamat kalau awak dengar cakap saya. "
Kepala ku angguk pelahan. Aku setuju bukan sebab nasihat Izzt Firhan tapi sebab aku pun tak hingin nak jumpa Dalina lagi. Cukup lah aku kena malam tadi. Taik telinga pun masih cair lagi ni.
" Ada apa-apa lagi tak nak tanya? Kalau tak da saya nak sambung makan boleh? "
" Eh nanti lah. Ada banyak benda lagi ni saya nak tanya. "
Laju aku menghalang. Banyak lagi soalan aku nak tanya dengan laki ni.
Izzt Firhan koyak senyum. Pantang ada peluang, asyik nak bercakap je kerjanya. Tapi kira okaylah tu dari tayang muncung sedepa. Ya dak..
" Makan lah dulu. Kita ada banyak masa lagi nak berborak. "
" Berborak? tak ada. tak ada. Hari ni awak hantar saya balik rumah. Saya tak nak lagi kena ambush macam semalam. "
Cukup lah semalam aku tidur tak lena.
Macam-macam perasaan melekat dalam kepala aku sampai nak pejam mata pun rasa susah.
Ketawa Izzt Firhan kedengaran kuat. Perkataan ambush yang digunakan Tiara sangat lucu pada pendengarannya.
" Nanti saya hantarkan. Tapi ada syarat..."
Adoi.. main syarat-syarat pulak dah..
" Apa dia? ".
" Be my wife. "
Terjeda seketika.
Anak mata lelaki itu ku tatap lama. Buat pertama kalinya aku melihat bebola mata hitamnya seakan bersinar-sinar memandang ke arahku.
Tapi...
" Eh.. awak ni dah kenapa? Awak bergurau ke? atau demam saya dah melarat pada awak? " Aku bertanya pelik.
Mahu aku tak tanya macam tu. Lelaki yang aku anggap sebagai kawan tetiba melamar aku jadi isteri dia.
Ada kaitan dengan kes semalam ke?
" Kalau saya sakit tak ada lah saya nak propose awak Rara.. "
Izzt Firhan senyum meleret. Dia tahu Tiara tentu tak percaya dengan ucapannya.
Tapi kehilangan gadis itu sebelum ini sangat menduga hatinya. Dia tak sanggup lagi kehilangan Tiara. Kalau boleh dia nak Tiara sentiasa ada dekat dengannya. Seperti sekarang. Dia rasa bahagia bila berdua.
Tak tertelan air liur rasanya. Aku tak ubah seperti cacing kepanasan. Semakin tak tentu arah aku di buatnya. Aku tak tahu apa yang ada dalam hatiku sekarang. Yang aku tahu perut aku yang kosong tadi sudah terasa kenyang tiba-tiba.
" Er.. perut saya sakitlah. Saya ke tandas dulu.. " helahku seraya berlari anak meninggalkan Izzt Firhan keseorangan di situ.
" Eh tunggulah dulu. Saya tak habis cakap lag ni "
panggil Izzt Firhan cuba menahan.
" Nanti-nanti jelah. Tak tahan sangat dah ni. " jeritku sebelum menutup rapat pintu bilik. "
Di dalam bilik aku mundar mandir tak tentu arah. Lain yang aku harapkan lain pula yang aku dapat. Rasa nak pecah pembuluh darah bila Izzt Firhan melamar aku tadi.
Hisyhh, agak-agak dia serius ke tak ha? ke dia saja je nak kenakan aku?
Kinah. Tolong aku Kinah.
bersambung..
Share this novel