Aku menebarkan seluruh pandanganku pada baju - baju pengantin yang mempunyai pelbagai warna dan rekaan yang bergantungan pada rak baju. Sehelai demi sehelai baju itu aku belek. Semuanya nampak cantik dan menawan. Benar-benar buat aku rambang mata untuk memilih yang mana satu.
" Cantiknya!!!! "
Tidak semena aku jadi teruja tatkala mata menatap sehelai baju songket moden berwarna biru gelap yang tergantung pada patung mannequin. Dengan taburan permata swarovski di bahagian dada, benar-benar menaikkan seri baju itu. Di bahagian pergelangan tangan baju itu pula turut dihiasi taburan manik berwarna silver-white membuatkan baju itu kelihatan sangat cantik di mata aku.
" Saya berkenanlah dengan yang ni, cantik kan? "
Aku ajukan soalan itu pada Muzzafar Adli yang sedang berdiri di sebelah aku. Dia yang barusan bercakap dengan Yusry di telefon pantas panggung kepala.
" Gelap sangat la warnanya. Cuba you cari yang warna cerah sikit. " komennya seketika kemudian. Untuk majlis mereka nanti, dia lebih sukakan warna yang lebih terang.
" Eh, mana ada gelap. Cantiklah. Cuba tengok ni, warna biru ni sesuai dengan warna kulit saya. " sangkal aku pulak. Baju itu aku belek-belek lagi dengan hati berbunga riang. Malah aku mula membayangkan bertapa cantiknya baju ini jika aku menggayakannya ketika majlis kami nanti. Namun melihat dia diam, tunak mataku kembali terarah padanya.
" Kenapa? " soalku sepatah.
Dengan dahi berkerut, lama Muzzafar Adli merenung baju itu sebelum akhirnya kepalanya pula yang digelengkan.
" Tak cantiklah sayang... I lebih suka warna cerah. Lagi pun nak pakai songket ni, you tak rasa rimas ke? "
Giliran aku pula yang berkerut dahi.
" Rimas? Apa yang nak dirimaskan. Baju ni okay apa. Kain pun bukan jenis meleret sampai ke tanah. "
" Bukan tu maksud I, maksud I material songket ni. You tak rasa rimas ke nak pakai nanti? " serius pula riaknya kali ini.
Laju aku menggeleng. Bila hati dah berkenan. Setakat rimas sikit tu biasalah. Lagipun sekali seumur hidup je aku nak pakai baju macam ni.
" Cuba you tengok yang lain. Mana tahu ada yang lebih cantik. " pujuknya dengan suara yang sengaja dilunakkan.
Bibirku ku ketap rapat. Spoil mood bila si bakal suami tak punya citarasa yang sama.
" Hah, yang warna putih tu cantik. I suka design baju tu. Simple. "
Langkahnya dibawa mendekati satu lagi patung mannequin yang terletak tidak jauh dari kami. Menyeringai mukanya dengan senyuman.
" Sayang, sinilah! "
Lambat-lambat aku hampiri jejak lelaki itu.
" Dah tak payah nak buat muka macam tu lagi. Sekarang ni you pergi cuba baju ni. Kita tengok sesuai ke tidak. " arahnya tenang. Seolah tak terkesan dengan ragam aku yang barusan.
Belum pun sempat aku bersuara, tangannya sudah melambai memanggil pekerja di butik tersebut. Dengan langkah sebal, aku menuju ke masuk ke bilik persalinan.
Saat selesai aku menyarungkan baju ke tubuh, telefon di dalam poket seluarku tiba-tiba saja berbunyi nyaring. Melihat nombor yang tertera di skrin buat dahiku berkerut lebat. Mahu apakah dia?
Tidak mahu terus diganggu, segera panggilan itu aku matikan. Saat-saat begini aku tak mahu diganggu. Aku tak mahu rasa keliru itu terus menganggu aku lantas membuatkan hati yang ikhlas menyintai ini kembali berbelah bahagi.
" Sayang.. Dah siap ke belum? " Ketukan di muka pintu bilik persalinan itu memeranjatkan aku yang sedang leka melayan perasaan.
" Dah, dah. Kejap, saya keluar. " laungku dalam keadaan kalut. Setelah keadaan diri sudah kembali asal, aku lantas menapak keluar sebelum menghampirinya.
" Wow! you look so gorgeous. " puji lelaki itu tulus tanpa sedikipun mengalihkan tatapannya dari aku. Malah bibir itu terus terusan menguntum senyum bahagia, seolah berpuas hati saat melihat aku sudi menyarungkan baju yang dipintanya sebentar tadi.
Aku apalagi, bukan main seronok bila kena puji. Hilang mood rajuk aku sebentar tadi. Malah jika difikirkan kembali apa lah sangat yang nak dirajukkan dengan baju ni. Sedangkan selepas ini masih banyak perkara lagi yang perlu aku fikir dan selesaikan.
" Baju ni yang cantik atau saya yang cantik? " sengaja aku menambah perisa dalam gurauannya tadi.
" Tentulah kesayangan I ni yang paling cantik. You pakai apa pun semua cantik, sayang. " ucapnya lembut seraya mencuit hujung hidungku.
Makin kembang senyuman aku. Suka bila si dia dah semakin bijak mengambil hati aku. Padahal dia yang aku kenal dulu bukanlah jenis lelaki berperangai begini.
" Kalau macam tu kita ambil baju yang biru tu aje lah. Cantik jugak kan.. " ucapku dengan senyuman panjang.
" Nope. I lebih prefer yang ni. " Kepalanya ikut turut sama menggeleng.
" Hmm, confirm ke nak pilih baju putih ni? tapi kenapa saya rasa baju songket tu lebih cantik? " lembut pula aku bertanya, sekali pakej mimik muka comel. Mana tahu boleh buat dia berubah fikiran.
Lelaki itu hanya senyum, langkahnya di bawa setapak lebih dekat. Melihat matanya yang sedang merenung galak ke arahku buat hati jadi berdebar tiba-tiba.
" Sayang, you jangan cuba-cuba nak goda I tau. Jangan sampai I percepatkan lagi tarikh nikah kita. " ucapnya lembut sebelum melepaskan tawa halus.
Laju aku tayang muka cemberut.
" Jangan nak buat kerja gila. Sebulan ni pun dah buat hidup saya huru hara. " bebelku seraya menolak sedikit tubuhnya menjauh. Tanpa mempedulikan pandangan tak puas hatiya, aku lantas bergerak ke arah cermin yang terdapat tiga langkah dari kedudukan kami. Penampilan aku yang sedang mengenakan baju pengantin putih itu aku amatinya sepuasnya.
Hmm, not bad. Cantik juga baju pilihan dia ni.
Tapi asal putih? warna macam orang nak meninggal je. Ngomelku sebelum dia datang mendekat.
" you tahu kan, I sayangkan you? "Â
"Â Tahu. "
Polos saja jawapan aku berikan pada dia yang sudah pun berdiri di belakang aku. Dari pantulan cermin, aku nampak hujung bibirnya merekah dengan senyuman bahagia.
" So kita pilih baju putih ni okay. Putih tu kan suci. Sesuci cinta I pada you. "
Alololo.. sweetnya...
Terus aku tebar senyuman bergula buat dia yang sedang galak memandang aku.
.
.
.
Selesai urusan di butik, dia terus menghantar aku pulang ke rumah. Ketika itu jam sudah menginjak ke angka 6 petang. Tubuh yang mula kepenatan aku sandarkan pada permukaan kerusi kereta. Si dia di sebelah masih tenang memandu. Sesekali bibir itu bergerak mengikut alunan muzik yang sedang berkumandang di corong radio.
" Cincin kahwin kita belum beli lagi. Esok jam 8 pagi, I datang ambil you dekat rumah, okay? " ujar Muzzafar Adli dengan pandangan masih tertumpu ke arah jalan raya.
" Ala ... esok ke? "
" Kenapa? esok you ada plan lain ke? " Dia mengerling aku sekilas.
" Saya ingat esok nak berehat dekat rumah je. Penatlah. Hari ni seharian kita keluar. " aku berdesis perlahan dengan tubuh masih tersandar kepenatan.
Setelah seharian kami bersama, menyelesaikan beberapa perkara berkaitan majlis, esok memang aku mahu rehat sepuas-puasnya.
" Berehat? Janganlah sayang. You pun tahu kan majlis penting kita ni tak lama lagi. Kalau you nak berehat I boleh bagi. Tapi tunggu lepas majlis kita selesai. Lepas pada tu I akan bagi you rehat sepuas-puasnya. Like princess. " tawa halus kedengaran dihujung ayat.
Aku tayang muka geram. Faham sangat dengan rehat like princess yang sedang dia maksudkan.
" Kalau macam tu, kita pergi lusa aje lah. " usulku sambil merenung sisi kirinya.
" Tak boleh. Lusa I dah sibuk. I nak kena pergi jumpa client dekat Putrajaya. "
Aku tepuk dahi. Terlupa tentang itu. Padahal dia dah ada maklumkan aku tentang urusannya ke sana.
" Kalau susah-susah sangat, biar saya pergi sendiri je. Tak pun saya pergi weekend ni. Liana cuti, nanti saya ajak dia temankan saya. " cadangku kemudian. Setakat beli cincin apalah sangat kalau dia tak ada. Nak ukur pun pakai jari aku jugak nanti.
" tapi I lebih suka kalau you pergi dengan I. Nanti bolehlah I pilihkan cincin yang cantik-cantik untuk you. " pelahan saja nadanya.
Dia pandang aku dengan wajah penuh mengharap. Buat aku jadi serba salah pulak nak menolak.
" Cantik dan mahal tau! "
" Boleh. Janji you sudi kawin dengan I "
Aku ketawa. Lucu mendengarnya. Kalau tak sudi, tak adanya aku asyik berkepit dengan dia macam sekarang.
" Okay. Kira proceed bos! " usikku.
" Hah, ni lagi satu! bila you nak ubah panggilan nama I tu? Asyik panggil I bos je. Tak ada panggilan mesra sikit ke? Nanti kalau dah kahwin takkan nak panggil I dengan nama bos jugak. " tegurnya tiba-tiba.
Terdiam aku dibuatnya. Petak hujung lidah nak membalas kata-katanya.
" Kalau macam tu, saya ganti dengan panggilan nama je boleh? " ujarku setelah agak lama mengambil waktu untuk bersuara.
" Tak naklah. Carilah panggilan yang nampak sweet sikit. " balasnya laju.
Dahi berkeriut. Makin pelik pulak aku dengan laki ni. Sejak bila pulaklah dia pandai nak bersweet-sweet bagai ni.
" Abang Ady? okay tak? "
" Apa yang sweetnya? dah macam you panggil nama Taufik pulak. Kan lebih baik you buang panggilan nama di belakang tu. Kekalkan panggilan yang awal tu je. Kan sweet. " Terangnya panjang lebar seolah sedang mengajar anak kecik.
" Abang? "
" Haah. Kan sweet macam tu. "
Sweet celah mananya? aku nak beli air tepi jalan pun aku panggil penjual tu dengan nama abang jugak. Haish dia ni..
" Esok jangan lupa tau. Jam 8 pagi abang datang. Kita sarapan dulu. Lepas tu baru kita pergi beli cincin. "
Menyeringai bibirnya dengan senyuman manis tatkala butiran ayat itu dilafaskannya. Memang sweet ke guna panggilan abang tu?
" Okay. " sepatah ayat dariku. Tak boleh nak balas lebih-lebih saat hati tengah berdentum dentam dengan pelbagai rasa indah.
" Sayang, boleh abang tanya satu soalan? "
" Tanyalah. " izinku sambil membuang pandang ke jalan raya yang sesak.
" Sayang cintakan abang tak? " soalnya tiba-tiba.
Terus tunakku kembali ke wajahnya. Hilang rasa indah yang bertamu, di gantikan pula dengan satu rasa yang cukup membebankan dadaku. Hingga aku rasa sukar untuk bernafas.
" Abang nak jawapan yang jujur. "
Tertelan liurku. Nak jujur celah mana? nak bukak mulut pun terasa payah.
" Sayang.. "
Ya. Sabar-sabar. Aku bukan tak mengerti soalan mudah macam tu. Tapi.. jap bagi aku tenang dulu.
" Er…tak cukup lagi ke apa yang saya buat ni untuk meyakinkan aa.. abang? " aku pulangkan semula soalan padanya dengan suara yang bergetar. Gugup nak bagi jawapan satu hal, gugup nak panggil nama abang tu pun satu hal. Haish...
" Abang perlukan jawapan sayang, bukannya soalan. "
Aku garu pelipis. Makin bergelora rasa hati bila dia membalas dengan suara serius begitu.
" Emm.. "
" Apa yang emm, sayang.. "
Sengaja pula dia cuba mengusik aku dengan lenggok suara yang sengaja dibuat-buat manja.
" Ya. Cinta. "
Fuuuhhh..
Bagai melepaskan satu beban berat pulak gayanya. Padahal permintaan dia tu bukan susah sangat pun nak ditunaikan.
" I love you too, sayang. "
Aisehmen..
Rasa macam aku pulak yang tak sabar nak kahwin dengan dia ni.
Sewaktu kami tiba di depan rumah, dia dengan gentleman nya tolong membukakan pintu kereta untukku. Dapat aku rasakan layanannya pada aku berlainan sungguh malam ini.
" Thanks untuk hari ni. Abang tahu sayang penat. Nanti malam tidur awal sikit. Lepas Isyak terus masuk tidur. Tapi kalau sayang tak boleh nak tidur, sayang call abang. Nanti tahu lah abang nak tidurkan sayang macam mana. " selamba sahaja lelaki itu berkata begitu.
Padahal awal ayatnya tadi kedengaran macam serius tapi di hujung-hujungnya buat aku rasa nak lari ke alam bunian pulak. Bikin malu jer.
Semakin dekat nak menikah semakin mengada-ngada pulak perangai laki ni kan.
" Tak adanya saya nak call. Kalau dah penat macam ni memang katil dengan tilam je lah yang saya nampak. "
" yeke? kiranya tak adalah sesi rindu merindui lah ni? " guraunya masih belum puas mengusik.
" Nak rindu apanya... dah berjam-jam kan kita keluar bersama, takkan nak rindu lagi. " balasku sengaja hendak menafikan kata-katanya padahal sebelum tidur memang wajib untuk aku ingatkan dia. Kadang sampai sanggup tidur lewat semata-mata nak stall fb dia. Macam orang gila bayang pulak rasanya.
" Kalau tak ada tak apalah. Abang bukannya apa, kalau betul sayang rindukan abang, abang nak tidur je dalam kereta ni. Esok pagi-pagi boleh kita terus pergi pejabat kadi. Kita nikah dulu. Majlis kita buat kemudian. " semakin galak lelaki itu mengusikku. Aku mencebik geram. Mentang-mentang dah pergi krusus kahwin, gelojoh pulak dia kan.
" Dah lewat ni, saya rasa baik abang balik dulu. Senja-senja macam ni waktu setan tengah berkeliaran. " laju ayat itu meluncur keluar. Sekaligus mematikan senyuman lelaki dihadapanku.
" Tak apa. Abang kan kuat. Abang tak takut pun dengan setan tu semua. "
Aku senyum mengejek.
" Eleh, jangan cakap besar sangat. Kang kalau dah kena rasuk tak cukup tanah abang nak lari. " sahutku enggan mengaku kalah.
Dengan lagak tenang, dia mendekatkan mulutnya ke peluput telingaku sebelum bersuara.
" Paling jauh pun abang lari ke hati sayang je. "
Tak semena jantungku berdengup keras. Aku jadi menggelabah tiba-tiba. Sepantas kilat, aku melarikan pandanganku ke tempat lain. Tak sanggup rasanya wajah kemerahanku dijamah oleh pandangan mata galaknya. Tanpa menunggu lebih lama, aku terus meminta izin lantas berlalu masuk ke dalam rumah.
bersambung ...
Share this novel