' Selamat tinggal sayang
Ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti '
Tak pernah jemu lagu diputarkan. Setiap baris lirik lagu ini benar-benar menjerut tangkai hatinya. Terasa baru semalam peristiwa itu terjadi dalam hidupnya.
Setia namun akhirnya derita.
" Woi.. volume lagu kau tu boleh pelahan sikit tak! pagi-pagi lagi dah memekak. Aku nak tidur pun tak senang lah " jerkah satu suara di muka pintu.
Aku segera berpaling. Tersembul muka Kinah house mate aku di situ. Dengan rambut serabai dan muka monyoknya sebijik dah macam anak mak lampir.
Aku sengih.
" Tidur apa bendanya. 9 pagi dah ni mak cik oii.. Kau tak nak pergi kerja ke? " ni satu perangai buruk perempuan bernama Kinah ni. Hantu tidur. Memanjang buat taik mata. Naiya kalau dapat bini macam ni.
Kinah atau nama sebenarnya Sakinah hanya mencebik. Dah lali agaknya telinga dia dengar aku ni duk pot pet pot pet. Kami berkawan pun dah lama, bukan baru sehari dua.
" Bos aku outstation lah. Masuk lewat sikit pun tak pe " balas Kinah sambil menguap. Besar mulutnya menganga. Sebijik macam lion in the jungle.
" Untung lah. " balas aku sinis. Mahu tak untung masuk lewat pun gaji bulan-bulan tetap dapat full.
Aku hanya biarkan Kinah mengambil tempat di sebelah aku yang sedang berbaring di atas katil.
" Eleh cakap orang. Kau tu pun apa kurangnya. Pekerja kesayangan bos aka Abang Muzaffar Adli "
" Hah Abang? Jadahnya.. kau jangan nak mulakan eh. Aku dengan bos aku tu tak ada apa-apa hubungan okay. "
Kinah ketawa. Suka hati agaknya dapat mengenakan aku.
" Itu bagi kau. Bagi dia? jeng jeng jeng... "
Aku tampar paha Kinah. Geram. Mulut celupar. Haa.. lagi satu Kinah ni dengan aku cakap memang main lepas je. Tak ada tapis-tapis punya ayat. Aku pun dah masak dengan lenggok bahasa perempuan rambut keriting ni.
Lagu Haqiem Rusli tadi kembali aku putarkan. Tapi kali ni volume aku pelahankan sedikit berbanding tadi. Kang tak pasal jiran sebelah rumah pulak yang datang ketuk pintu. Cari masalah namanya.
" Dah-dah lah tu wei.. move on je lah. Makin kau pikir makin rabak hati kau nanti. Jantan bukan sekor kat dunia ni. "
Jantan? Ya. Gelaran itu yang paling layak digunakan dan aku sangat faham maksud Kinah itu.
Sememangnya sudah acapkali ayat itu dilayarkan kepada aku. Cakap memang senang tapi nak move on tu bukannya mudah. Aku bukan luka jatuh basikal yang boleh hilang bila tiba waktunya. Tapi luka aku lebih teruk dari tu. Ahh... nak ingat pun sakit hati.
" Jangan cakap aku je. Kau tu.. jangan berani sangat bermain dengan api. Nanti terbakar retung kau. " aku cuba mengingatkan Kinah. Bukan nak menyibuk tapi aku sayang Kinah. Hanya dia sahabat dan saudara yang aku ada.
Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Bila yatim piatu faham-faham je lah mana ada keluarga. Aku hanya ada Umi. Seorang wanita berhati mulia yang sudi membesarkan aku di rumah anak yatim asuhannya.
" Bukan aku tak cuba tapi susah lah.. Aku sayangkan Sam dan aku tahu Sam pun sayangkan aku. " pelahan suara Kinah menyapa telinga aku.
Aku menggeleng pelahan. Aku sendiri tak faham apa yang buat Kinah ni kemaruk sangat pada si Samsul tu. Nak kata hensem ? tak jugak. Nak kata poket tebal ? mungkin ya. Pengurus restoren. Tapi bukan tu masalahnya. Masalahnya adalah...Sam tu laki orang Kinah oii...
" Sayang tak bererti kau boleh ambil hak orang. Cuba kalau orang ambik hak kau ? Kau marah tak ? " aku cuba serkap jarang. Nak cakap lebih-lebih dah penat. Tak makan saman si Kinah ni. Mabuk cinta sangat.
Lama Kinah diam sebelum kembali memandang aku.
" Mestilah aku marah tapi Sam dalam proses penceraian dengan bini dia "
" Sebab kau ? " Laju aku menyoal.
" Eh kau ni. Bukan sebab aku lah ! Diaorang memang dah lama ada masalah. Sebelum Sam jumpa dengan aku lagi. " Kinah membela dirinya. Memang bukan dia penyebab bapa kepada dua orang anak itu beralih cinta.
Aku mencebik. Taktik laki. Habis madu sepah di buang.
" Boleh percaya ke? " aku pandang Kinah yang sedang bergolek tepi aku.
" Hisyhh kau ni. Macam polis pencen pulak. Takkan Sam nak tipu aku pulak. " ujar Kinah. Dia tak suka bila orang luar mula mempersoalkan keyakinan cinta dia terhadap Samsul. Dia sangat yakin Samsul jujur menyintai dia.
Aku diam. Malas nak berdebat lagi. Apa yang aku nampak Sam tu lelaki bermulut manis.
" Jadi tak kau balik kampung hujung minggu ni ? " sengaja aku lencongkan soalan lain pulak. Nak berdebat soal kekasih orang ni takkan habis. Cinta tu kan buta.
" Mestilah jadi. Kau tu jangan tak jadi pulak. Mak aku tu memanjang asyik tanya pasal kau je. Rimas aku nak menjawab "
Kinah mencebik.
Jelas lagi bersuluh Kinah tengah cemburukan aku. Maklumlah mak Kinah tu mak angkat aku. Pantang aku balik kampung memang di layan aku ni persis anak emas. Mahu tak bengkak hati si Kinah ni. Hahaha..
" Ya.. Aku tahu lah. "
Kinah berdiri. Bantal busuk yang dibawa tadi dipeluk erat. Takkan nak membuntang lagi.
" Aku nak tidur kejap. Lagi 10 minit kau kejutkan aku tau " Ujar Kinah sebelum melangkah keluar.
Apa lagi yang mampu aku cakap Kinah. Hmm, lantak kau lah.
Bripp.. Bripp..
Segera telefon aku ambil. Ada mesej baru masuk.
' Kenapa I mesej you tak reply. you marah I ke ? atau I ada buat salah kat you ? ' - Zackry
Satu persatu mesej dari lelaki mualaf itu aku baca. Aku tahu kehilangan aku untuk beberapa hari ini pastinya menjadi tanda tanya lelaki itu. Tapi rasanya Zackry lebih tahu sebab mengapa aku bertindak sebegini.
.
.
.
" Kau rasa baju ni cantik tak? " Aku yang tengah membelek sehelai blause pantas menoleh. Aku pandang baju yang di halakan Kinah pada aku. Dress berwarna merah itu aku amati. Cantik memang cantik tapi...
" Macam baju penari tiang je aku tengok. Baju lain tak ada ke? "
Kinah mencebik. Kenyataan jujur aku nyata dah spoilkan mood dia nak bershopping. Aku sendiri pun tak faham dengan Kinah ni. Setiap kali nak beli baju mesti nak mintak pendapat aku. Padahal cara pemakaian aku dengan Kinah jauh beza. Kinah lebih pandai bergaya berbanding aku. Tengok cara penampilan aku sekarang. Pergi mall pun hanya pakai skinny jeans dan tshirt je. Simple but nice. Giteww...
Tapi,
Uollss jangan salah faham. Aku pun bukan lah baik sangat. Iman aku pun senipis kulit bawang. Kepala aku sendiri pun tak bertutup tapi bab pakaian memang aku jaga. Aku bukan jenis yang suka tonjolkan segala aset aku pada orang luar. Aku sayang maruah aku.
" Aku sebenarnya nak cari baju dinner. Esok malam Sam ajak aku keluar "
Aku angguk kepala.. patut lah beriya sangat Kinah ajak aku ke sini.
" Setakat keluar dinner dengan Sam tu kau pakai je lah baju dalam almari kau tu. Bukan main banyak aku tengok, takkan tak ada yang sesuai? " mula dah mulut ni nak memebel pada Kinah.
Aku tahu stok baju dalam almari Kinah banyak mana. Sebab aku orang yang selalu dipaksa temankan dia bershopping.
" tak ada yang sesuai. Esok dinner special sikit. Itu aku kena cari baju ni. "
" Special? "
Berkerut dahi aku. Special apa yang dimaksudkan Kinah.Keluar dinner dengan kekasih pun di kira special jugak kan?
Lebar senyuman Kinah pada aku. Aku tunggu jawapan Kinah penuh sabar.
" Sam nak sambut birthday aku. Last week kan dia ke Singapore. "
Oh... panjang muncungku mengeluarkan bunyi O. Tentang Sam ke Singapore tu memang aku tahu sebab malam tu Kinah menangis teruk. Gara-gara Sam cancel sambut birthday dia. Poyo jugak kadang-kadang minah ni.
" Kalau yang ni okay? "
Lamunan aku terhenti. Aku pandang semula ke arah Kinah sedangkan ketika itu aku sudah sedikit ke depan meninggalkan Kinah.
" Lebih kurang patern baju kau beli hari tu je? "
" Memang lah tapi color tak sama. Kau cuba rasa ni kain dia sejuk. Nampak mahal walaupun harga tak sampai seratus. "
Tak sampai seratus? untuk sehelai baju? Ermm... Sudahnya aku anggukkan saja kepala.
Kalau aku memang takkan bazirkan sduit sebanyak tu untuk sehelai baju. Aku lebih selesa pakai apa yang ada. Hanya sesekali duit gaji aku gunakan untuk reward diri sendiri. Erti kata membazir memang bukan amalan aku.
" Kita orang perempuan ni kena lah pandai bergaya baru cik abang sayang " omelan Kinah melekat tepat ke telinga aku.
Aku terdiam. Mungkin ada betulnya. Kisah aku sebelum ni pun ada kaitan dengan apa yang disampaikan oleh Kinah tadi.
" Nak tahu sebab apa? sebab Rara dengan dia ibarat langit dengan bumi. Dia ada segalanya. Dia pandai bergaya. Dia pandai ambil hati abang tapi Rara..... "
Kata-kata itu kembali menerjah kotak ingatanku. Hinanya aku rasakan saat itu.
Setia aku membunuh diri aku sendiri..
" Woww.. cantiknya gaun ni. Wei! ni kalau aku pakai ni confirm meletopp. Silap hari bulan orang ingat aku ni Che Ta " Kinah ketawa kecil. Teruja.
Mendengarkan itu laju bahu Kinah aku siggung. Ada pulak samakan diri dengan artis.
" Statement kau tak beragak eh. Che Ta konon! Kalau Mak Leha nampak ni confirm dia tak mengaku anak " bidas aku pada Kinah yang sedang menayangkan sehelai gaun berwarna hitam yang menampakkan bahagian lurah.
" Hisyhh kau ni. Spoil mood aku. By the way.. Bergaya tu kan mahkota utama wanita.. "
Mahkota utama? eh bukan tuttt.... ke mahkota utama wanita?
Aku hanya membalas dengan jelingan. Sementara Kinah ke kaunter pembayaran aku jalan-jalan sekitar butik itu. Lagipun niat aku datang ke sini pun sekadar nak cuci mata so lebih baik aku gunakan peluang ini sebaik mungkin.
" Orang kalau dah cantik pakai apa pun tetap nampak cantik. "
" Seriously you look so gorgoeus "
Langkah aku terhenti bila dua kata pujian itu singgah di corong telingaku. Sifat menyibuk mula menjelma. Aku intai dari celahan baju-baju yang tergantung. Di situ aku dapat lihat seorang wanita sedang berpusing-pusing di hadapan seorang lelaki. Testing baju je pun tapi lagak dah macam model pentas.
Tapi malangnya suara lelaki yang memuji tadi aku tak nampak dengan jelas sebab lelaki tu duduk membelakangkan aku.
Mesti minah tu happy gila bila kena puji macam tu. Kembang semangkuk mak oii..
Eh eh ni bukan jeles la. Aku perempuan aku tahu lah perasaan bila kena puji macam mana. Tak apa lah.. aku doakan korang bahagia hendaknya..
" Woi! Kau intai apa tu? "
Kus semangat. Aku pegang dadaku yang berombak laju.
Kinah ni kan. Buat aku terkejut je.
" Tak ada apa lah. Jom lah balik. "
Malas nak bersoal jawab laju kaki ku bawa meninggalkan Kinah.
bersambung ...
Share this novel