BAB 32

Romance Completed 45920

Tok! Tok! Tok!

Ketukan tiba-tiba pada pintu membuatkan tangan yang sedang mengelap rambut terhenti untuk seketika.

" Masuklah. "

Jeritku sedikit lantang. Beberapa saat muncul Kinah di sebalik pintu sambil menatang dulang berisi makanan. Semerbak bau aroma makanan itu di dalam bilikku.

" Rara, jom makan. Aku ada masak nasi ayam ni." Ujar Kinah yang sedang melangkah ke arah aku.

Senyumanku melebar. Sumpah aku rasa terharu sangat. Begini sekali layanan Kinah pada aku.

Kinah terus duduk di birai katil bersama dulang nasi ayam yang diletakkan di atas ribanya.

" Kinah, lain kali kau tak payahlah susah-susah nak bawak makanan ke sini. Kan aku boleh ke pergi ke dapur kejap lagi. " Aku bersuara sambil mengambil tempat di sebelah Kinah.  

Kinah mencebik bersama muka tak puas hatinya.

" Kejap lagi kau tu entah-entah minggu depan. Silap hari bulan sempat basi dulu nasi ayam aku ni. " komen Kinah sambil kepalanya digelengkan beberapa kali.

Aku sengih.

Kinah kalau dah membebel boleh cair taik telinga. Pantas aku mencapai cawan yang berada di atas dulang. Aku hirup sedikit dan aku letakkan di atas meja pada sisi katil.

" Nasi ayam ni special aku buat untuk kau tau. Dari semalam aku google resepinya. Kau pun tahu kan aku mana reti bab masak-masak ni. Tapi sebab mak pesan suruh jaga kau elok-elok so aku rajinkanlah jugak diri aku ni memasak untuk kau." Cerita Kinah penuh sarkastik.

Pipi gebu Kinah ku cubit manja.

" Eeee....tak sia-sia aku ada kawan macam kau. Sayang jugak kau kat aku kan. Thanks Kinah sebab tolong jagakan makan minum aku."

Kata-kataku membawa senyuman di wajah Kinah.

" Terharu tak ada kawan macam aku? sweet gila aku kan? "  soalnya sambil kening kiri dimain-mainkan beberapa kali.

Aku sungging bibir. Perasan betol!

" tak malu. Suka angkut bakul sendiri. "

Kinah tersengih lebar. Nampaknya dia langsung tak terkesan dengan bicaraku.

" Nasi ayam kau memang nampak menyelerakan Kinah tapi aku takde seleralah nak makan. " ujarku kemudian. Rasa serba salah pulak berterus terang macam ni. Tapi memang aku takde selera.

Balik kerja tadi aku terus berkurung dalam bilik. Merehatkan diri setelah begitu penat menghadap kerja di pejabat.

" Ala kau ni. Jamahlah sikit. Ke kau nak aku suapkan kau?" Soal Kinah lantas mengambil pinggan nasi ayam yang berada dalam dulang.

" Ala manja-manja, bucuk bucuk, masam masam intan payung meh buka mulut tu sikit." Sudu berisi nasi ayam disuakan ke mulutku persis Mak Leha menyuapkan aku tempoh hari.

"Ish, kau ni. Ingat aku budak kecik ke? "

Bibirku mula mencebik geram. Mahu tak mahu, aku biarkan juga Kinah menyuap nasi ayam itu ke dalam mulutku.

Hmm..not bad.  

Tersenyum puas Kinah melihat aku menjamah makanan yang dimasaknya. Sepanjang aku makan, Kinah langsung tak bersuara. Tanpa sepatah kata, dia bangun dan keluar dari bilik. Aku pula masih memfokuskan pada nasi ayam yang sudah tinggal suku. Konon, takde selera! Masuk je nasi ayam dalam mulut tak henti aku menyuap. Sesudu demi sesudu selamat masuk ke dalam mulut. Boleh tahan sedap masakan Kinah. Kena dengan tekak aku. Hihihi.

" Kau tak makan ke? " Soalku apabila Kinah kembali semula bersama satu kertas di tangannya.

" Aku dah makan dah tadi." balasnya sambil tersenyum. Dia duduk semula di sebelah aku sambil menyerahkan kertas tadi kepadaku

" Kertas apa ni? "

Pinggan yang sudah kosong ku letak semula atas dulang.

" Dulu kau cakap nak sambung belajar kan? aku rasa mungkin ini masa yang sesuai untuk kau kejar cita-cita kau tu. Sambil-sambil tu bolehlah kau lupakan kisah sedih kau tu. " ujar Kinah sewaktu mata aku sedang tekun membaca maklumat yang tercatit dalam kertas yang ku pegang.

Aku kalih anak mata memandang Kinah. Hati mula dijentik rasa sayu. Tak semena kenangan itu kembali menjentik kotak ingatan.

Meskipun sudah berbulan kami berpisah tapi sehingga kini aku masih belum dapat melupakan Izzt Firhan.

" Mungkin dengan cara ni lagi cepat kau boleh rawat luka di hati kau. Lagipun aku tak boleh la tengok kau duduk sorang-sorang. Aku risau. Aku takut kau tak boleh kawal perasan." tambah Kinah seakan dapat membaca isi fikiranku.

" Kau janganlah risau Kinah. Insyallah aku okay. Perpisahan tu buat aku lebih kenal diri aku sendiri. Buat aku percaya takdir Allah itu tak semuanya indah. " ujarku lalu mengukir satu senyuman. Tapi lain pula dengan reaksi Kinah. Dia memandang aku dengan kerutan di dahi.

" Rara, aku jadi bertambah risau bila tengok keadaan kau tenang macam ni. Betul ke ni kau dah move on? atau kau cuba berlagak tenang depan aku? kau jangan cuba sorokkan apa-apa dari aku Rara. "

Semakin ketara kerisauan di wajah Kinah. Jelas dia terpukul dengan kata-kataku sebentar tadi.

" Aku dah penat Kinah menangis untuk orang yang aku sayang. Berbulan aku menanti tapi bayang dia pun tak ada. Jadi aku dah decide, untuk kehidupan yang lebih bahagia aku mesti berhenti berharap pada sesuatu yang tak pasti. Ujarku dengan sangat tenang.

Muka Kinah sudah berubah keruh. Matanya tiba-tiba saja berkaca. Lantas dia menggenggam erat telapak tanganku.

"Rara.. "

Aku tahu dia kehilangan kata-kata saat ini. Hanya pandangan bahagia sahaja yang mampu dia hadiahkan untuk aku. Perlahan-lahan aku mengoles senyuman buatnya.

" Aku redha Kinah."

Sedikit bergetar suaraku ketika mengungkapkan sepotong ayat itu. Setelah apa yang berlaku, aku cuba ikhlas hati dan belajar untuk redha atas apa yang telah berlaku. Kinah terus memeluk bahuku dengan kemas.

" Aku tahu kau kuat Rara. Walaupun semua orang berpaling dan tinggalkan kau, aku akan sentiasa berada di samping kau." Luah Kinah bersungguh-sungguh.

Hatiku mula dipalu rasa sebak. Sungguh aku terharu dengan ucapan Kinah. Sejak aku dikecewakan gadis inilah yang paling banyak membantu aku. Sentiasa memberi kata-kata nasihat sehinggakan aku rasa tak layak lagi untuk aku menyusahkan dia.

" Terima kasih Kinah sebab sentiasa ada disaat aku susah. Tak terbalas rasanya jasa kau dah family kau pada aku. "

Aku ukir senyum walau senyuman itu penuh dengan duka yang tersirat.

" Eh kau ni. Tak ada apalah. Family aku kan family kau jugak. Kami akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Aku tak nak kau ingat lagi benda yang lepas. Biarkan semua tu berlalu tanpa perlu kau siksa diri kau lagi. Apa yang penting sekarang kau bahagiakan diri kau dulu sebelum kau bahagiakan orang lain. " pesannya.

Aku mengangguk setuju.

" Wow interior design. Macam best je kos ni Kinah " ujarku usai kesedihan tadi beransur pergi.

" Best tak best belakang cerita. Yang penting minat. Kau pun pernah bagitahu aku, yang kau memang minat bidang tu. Sebab tu la aku ambik flyer ni untuk kau. "

Lebar senyumanku pada Kinah. Suatu masa dulu memang aku pernah bercita-cita untuk menceburi bidang ini.

" Nanti aku fikirkan dulu. Aku kalau boleh nak kerja sambil belajar. Sekurang-kurangnya kalau aku kerja duit gaji tu nanti boleh la aku buat tampung belajar. "

" Ala yang tu kau tak payahlah risau. Bos kesayangan kau kan ada. Mintak aje sponser dari dia. " usul Kinah lalu melepaskan ketawanya.

Panjang muncungku memandang Kinah yang sedang galak ketawa. Entah apa yang kelakarnya. Asyik nak kaitkan aku dengan bos aku tu dah kenapa? ingat kelakar sangat ke?

" Kau ingat company aku tu tabung kebajikan ke? sesuka hati nak taja-taja orang belajar ni. " dengusku pada Kinah yang masih memandang aku dengan sisa tawanya.

Nak belajar ni pun aku rasa 50-50 Muzzafar Adli tu nak bagi aku. Bukan senang nak fokus pada 2 perkara dalam satu masa.

" Aku gurau jelah. Saja aku nak buat kau happy. Lagipun dah lama kan kita tak gurau sama-sama macam ni. Berbulan jugak rasanya. " tutur Kinah membawa maksud yang mendalam.

Sebagai sahabat aku tahu dia gembira melihat aku mula menjadi diri aku yang dulu.

Terima kasih untuk segala kenangan dan pengajaran. Moga ia membuatkan diri aku menjadi lebih baik dari sebelumnya.

.
. .

Pagi itu aku bersiap seperti biasa. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat maka aku memilih baju kurung bercorak polka dot untuk digayakan ke pejabat.

“ Amboi, berserinya kawan aku ni! Ni nak ke ofis ke atau nak pergi kenduri? " Sempat lagi Kinah mengenakan aku yang baru menapak keluar dari bilik.

" itula. aku ingatkan nak simpan baju ni untuk kenduri kahwin kau nanti tapi kenduri kau tu lambat sangat. Jadinya aku guna untuk pergi ke ofis jela. " balasku selamba sambil mencapai kopi yang sudah di tuangkan oleh Kinah.

Tersengih kelat Kinah mendengarnya. Lengan aku dicubitnya geram.

“ Buat pengetahuan kau yang terlebih cantik ni, untuk tempoh 1-2 tahun ni aku takde perancangan pun nak kahwin. " tuturnya sambil menghabiskan sisa bihun dalam pinggan.

“ Seriously? Like seriously?”

Aku buat muka tak percaya. Setahu aku tahun ini sudah masuk tahun ke 2 Kinah bercinta dengan Samsul. Eh, takkan diorang masih takde perancangan nak mendirikan rumahtangga.

“ Tak payah nak serius sangatlah. Malas aku nak layan kau ni. ”

Sempat lagi Kinah buat rolling eye sebelum dia bangun menuju ke arah dapur. Aku sambung minum air di dalam cawan. Bihun goreng yang tersedia dalam pinggan ku jamah sedikit. Buat alas perut. Nak makan banyak-banyak takut pulak perut buat hal.

“ Kau tu pun cepat-cepatlah cari penganti. Boleh naik pelamin sekali dengan abang aku nanti. " seloroh Kinah. Dia yang tengah membasuh pinggan sempat lagi mengusik aku.

" Aku open tender. Siapa nak aku boleh terus masuk meminang."

Bicara spontanku buat Kinah segera menapak berdiri di sebelahku. Ish, bukan main kepoh minah ni kan.

" Kau jangan macam-macam Rara. Buatnya yang masuk meminang tu lelaki tua macam mana? sanggup ke kau terima? " tanya Kinah serius. Ada senyuman jengkel di hujung ayatnya membuatkan aku mencebik geram.

" Aku terima seadanya. " acuh tak acuh aku membalas. Lebih kepada gurauan sebenarnya.

Kinah tayang muka tak percaya. Bulat anak matanya memandang aku.

" Dah. Dah. Kau tak payah nak tunjuk muka senget kau tu pagi-pagi hari. Aku dah lewat ni. Aku gerak dulu la. "

Sebaik berkata begitu, aku terus mencapai kasut di muka pintu. Baru selangkah aku berjalan, Kinah bersuara lagi.

" Hati-hati Rara. Kalau ada yang nak berkenalan bagi aje nombor telefon aku. Tahulah aku uruskan. " Kinah ketawa dihujung ayatnya.

Bleukkkkkkkkkk

Aku jelir lidah pada Kinah sebelum berlalu meninggalkannya yang tengah sakan ketawa.

Alhamdulillah mesyuarat pagi itu berjalan dengan lancar. Walaupun ada satu dua perkara berbangkit yang tak disenangi oleh Muzzafar Adli tapi semuanya dapat diatasi hasil gabungan idea dari pekerja MA Advertising.

Hampir jam 1 tengahari baru kami bersurai dari bilik mesyuarat. Membebel Evelyn gara-gara perutnya sudah memulas kelaparan. Tanpa mempelawa aku laju dia menonong keluar dari pejabat. Nasib baiklah ada Jaja, boleh aku mintak dia tolong bungkuskan nasi untuk aku.

Akibat bosan, tangan mula gatal menekan butang log in akaun Fac. Agak lama jugak sebenarnya aku biarkan akaun ini tak berusik. Dulu rajin jugaklah aku update cerita aku dalam ni. Hampir semua aktiviti penting aku akan kongsikan di sini.

Selesai memasukkan kata laluan, tangan mula bergerak menekan itu ini. Benda pertama yang wajib aku lihat adalah di bahagian hujung sekali. Sedikit teruja bila melihat ada sejumlah besar yang request untuk menjadi kawan aku. Mataku mula fokus pada nama-nama tersebut. Aku berhenti sekejap pada satu nama. Agak familiar nama ini. Pantas tangan menekan profil fac lelaki itu.

Sah! Memang terang-terangan tertulis dekat wall profile bahawa lelaki itu adalah pemilik syarikat yang aku sedang bekerja sekarang.

Aduhai..

“ Hai, Rara. Tengah stalker fac I ke?”

Suara garau kedengaran di cuping telingaku. Pantas aku berpaling. Mak aiiii.... hampir berlaga muka kami akibat jarak muka aku dengan dia terlalu dekat.

“ Arggghhhhhhh! ”

Dalam kalut aku nak menjauhkan diri tadi boleh pulak aku terjatuh dari atas kerusi.

“ Rara! Are you okay? ” soalnya cemas " I'm really sorry. Tak sangka you boleh terkejut macam ni.” ujarnya dengan riak serba salah.

Hisyhhhh dia ni! suka sangat buat aku terperanjat. Nasib baik aku tak ada penyakit jantung tau. Kalau tak selamat tinggal dunia.

Melihat aku diam, Muzzafar Adli terus menghulurkan tangannya. Berniat untuk membantu aku untuk bangun tapi aku biarkan saja tangan itu tak bersambut.

“ Sakit ke?” soalnya lembut.

Aku mengetap bibir sambil menggeleng pelahan.

“Sa... sakit sikit je. " ujarku lantas bangun dari lantai.

Kedengaran lelaki itu menghelakan nafas lega.

“ Good then. Tapi kenapa you nampak terkejut sangat ni? you takut kantoi stalk my profile ke? ”

Ah, sudah.

Wajahku terasa membahang. Dahiku berpeluh tiba-tiba.

" Eh mana ada. Saya tak stalk fac bos pun.” dalihku cuba menyembunyikan kebenaran. Mataku berlari sana sini risau menjadi mangsa renungannya.

“ Yeke. Habis tadi tu apa? "

Dia kembali menyoal bersama senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.

“ Err... yang tadi tu...er.. selection. Yes selection. Bukan semua orang sesuai jadi kawan saya kat fac. "

Aku tersenyum nipis. Sedaya upaya cuba menutup ruang keresahan yang mula membedil tangkai hati. Harapnya dia fahamlah dengan ayat lintang pukang aku tu tadi.

Muzzafar Adli menguntum senyuman. Kedua tangannya lantas dimasukkan ke dalam poket seluar. Sepasang anak matanya terus dibiarkan memandang aku yang semakin tak senang duduk.

“ Owh macam tu. So, you dah accept ke my request? " tanya Muzzafar tiba-tiba.

“ Err... "

Lidahku kelu tak terkata. Aku menunduk segan.

" Ok I faham. Mungkin dalam selection lagi agaknya "

Dia ketawa kecil. Tapi jelas kedengaran ketawa itu seperti sengaja dibuat-buat.

Dushhh.. Kepalaku seperti di hempap konkrik berat. Sakit woii... tapi sakit hati lah.

“ Hmm, make sure you accept my request okay. " ujarnya bersama sisa tawa.

Dengan perasaan serba salah, aku mengangguk pelahan.

“ Bos tak keluar pergi makan ke? "

Aku tukar topik perbualan. Rasanya taktik tu lebih selamat buat masa ni.

“ Tak. Sebab you tak teman. " balasnya selamba.

Aduhaiiii...

Tersekat air liurku dicelah kerongkong. Aku tayang muka pelik. Bos aku ni dah kenapa. Demam kepialu ke? kemain ramah mulut tu nak ajak berbual. Haishh..


I gurau jelah. Janganlah ambik serius sangat.” tuturnya bersama senyuman meleret.

“ Rara, boleh tak you tolong buatkan I kopi. Kopi yang you buat tadi tu sedap.” pujinya.

Bangga aku seketika. Hati berbunga bahagia. Tak sangka Muzzafar Adli akan memuji kopi yang aku buat di bilik mesyuarat tadi.

“ Okay bos! ” balasku riang.

“ Thanks, honey. Buat dua tau. Yusry pun ada kat dalam tu. " Serentak itu, Muzzafar Adli terus beredar.

Terkebil-kebil aku dibuatnya. Aku menyoroti langkah Muzzafar Adli sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mata.

Rasanya aku tak salah dengar tadi. Bos panggil aku honey kan? Eh, honey tu kan maksudnya sayang. Takkan bos tu sayangkan aku pulak?

Ish kau ni Rara.. Suka betul syok sendiri. Entah-entah dia panggil kau madu manalah tahu. mulut kau pun selalu bising macam lebah. Ha, sesuai sangat lah tu.

Aku mencebik. Ah, apa-apa jelah. Terus aku bangun menuju ke bilik pantri. Sekilas ruang bilik Muzzafar Adli ku kerling. Kelihatan Yusry aka kawan Muzzafar Adli turut berada di dalam bilik itu. Macam halimunan. Entah bila lelaki tu datang sini pun aku tak tahu.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience