BAB 48

Romance Completed 45920

" Apa yang kau buat ni salah Izzt. Sampai bila kau nak siksa perasaan dia? atau kau nak tengok dia mati dulu baru kau puas hati? "

Tempik Najmi meluahkan segala isi hatinya. Penat otaknya nak hadam apa yang sebenarnya ada dalam fikiran Izzt Firhan sekarang.

" Macam aku cakap dulu. Aku tak mampu nak bahagiakan dia. "

Balasan tak bernada Izzt Firhan buat Najmi mendengus geram. Sebal hatinya bila acapkali di perdengarkan dengan ayat yang sama. Jenuh dia menasihatkan Izzt Firhan yang sekarang jauh berbeza dengan yang dulu. Hatinya terlalu ampuh sehingga merelakan semua yang dia miliki hilang tanpa sebarang pertaruhan.

" Habis tu kau rela biarkan orang yang kau sayang terus merana. Cuba bukak mata kau tu luas-luas, bahagia yang kau maksudkan tu berubah jadi kejam bila kau bertindak tinggalkan Rara macam tu je. Kau perlukan dia dan aku juga yakin dia masih perlukan kau. "

Izzt Firhan lantas mencebik. Kepalanya di geleng berkali.

" Aku kejam? habis tu kau nak suruh aku buat apa? bersama dengan dia semula dan musnahkan masa depan yang dia ada? macam tu ke? "

Wajahnya diraut sebal.

Serabut otaknya melayan permintaan Najmi yang langsung tak ada logiknya.

Entah di mana lagi dia harus mencari kekuatan. Melepaskan orang yang paling dia cintai bukanlah semudah yang di sangka. Berbulan dia cuba memujuk hati. Melawan rasa rindu yang mencengkam jiwa. Tapi apa daya yang dia ada. Cinta itu memerlukan pengorbanan. Dan itulah yang sedang dia lakukan sekarang.

" ... keadaan aku sendiri pun tak ubah seperti mayat hidup. "

Tengoklah keadaan dia sekarang. Selepas di paksa Najmi menjalani rawatan kimoterapi, rambutnya mulai gugur, kaki yang dahulunya gagah berdiri ada masanya kejang sehingga menyukarkan dia untuk bergerak. Belum lagi ambil kira tenaga yang semakin hari semakin lemah. Itu tak cukup lagi ke mengambarkan bertapa dia tak mampu membahagiakan orang yang dia sayang.

Jika mereka bersama sekalipun sudah tentu dia akan lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan gadis itu. Jadi dia nekad, untuk tidak mengheret Tiara ke kancah derita.

" Dulu pun ayat yang sama kau berikan pada aku tapi ternyata tuhan tu masih sayangkan kau. Umur kau masih panjang Izzt.. tapi sayangnya kau sia-siakan masa yang kau ada " sinis Najmi.

Sepajang Izzt Firhan sakit, dia yang paling banyak berada di sisi lelaki itu. Kesal sungguh dia melihat si teman yang sanggup menanti ajal tanpa berbuat apa-apa.

Tapi syukurlah sudah sebulan Izzt Firhan mahu menjalani rawatan. Itupun setelah didesak dan dipaksa saban hari. Kadang Najmi sendiri tak faham apa yang buatkan Izzt Firhan jadi selemah ini. Adakah semangat Izzt Firhan yang kuat itu sudah hilang? sudah habiskah sisa tenaganya untuk melawan penyakitnya?

Najmi tahu Izzt Firhan tak pernah melupakan Tiara. Meskipun mulut menyatakan benci tapi hati belum tentu. Peristiwa dia terjumpa Tiara dia cafenya beberapa minggu lepas sangat menarik minat Izzt Firhan. Berkali-kali lelaki itu bertanyakan keadaan Tiara. Dan hari ini dia sangat yakin cinta Izzt Firhan masih utuh buat Tiara. Buktinya tadi Izzt Firhan sanggup pertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan gadis itu.

" Kau tak boleh tuduh aku macam tu. Kau tak rasa apa yang aku rasa. "

Pelahan bicara itu menitir di bibir lzzt Firhan. Ikutkan rasa hati mahu saja dia mendakap tubuh Tiara saat mereka dipertemukan tadi. Namun dia tak nak bagi harapan. Dia tak nak Tiara kembali mengejar cintanya sedangkan bila-bila masa saja jasadnya akan di timbus dalam perut bumi.

Setinggi mana pun egonya, Izzt Firhan harus akui saat melihat insan yang disayangi mengalirkan air mata hatinya sakit seperti di cucuk serpihan kaca tajam berulang kali.

Najmi terdiam. Bungkam.

Raut wajah Izzt Firhan dikerling sejenak. Dia sedar kata-katanya tadi sudah menguris hati si teman.

" Aku tahu kau terlalu sayangkan Rara. Dan sebagai sahabat aku cuma nak lihat kau bahagia, Izzt. " ujar Najmi tidak selantang tadi. Ada kelembutan dalam bicaranya kali ini.

Izzt Firhan menunduk.

Tak fahamkah Najmi apa yang dia lakukan demi kebaikan Tiara? Dia lebih rela begini dari terus terusan menghantar kesedihan pada gadis yang dicintainya.

" Aku tak nak kisah cinta kami jadi mimpi buruk pada dia. Sedang dia impikan sebuah istana bahagia, aku pula sedang menempah batu nisan untuk diri sendiri. Kau rasa adil ke untuk dia? "

Setiap kematian itu menjadi rahsia Allah. Tak di ketahui tarikh dan masanya. Tapi asbab kematian untuk dia sudah ada. Tak sanggup dia biarkan Tiara mengharungi semuanya.

Dia bukanlah manusia kejam, yang tak ada hati dan perasaan. Jika Tiara mampu mendapatkan pasangan yang lebih baik kenapa dia harus menjadi penghalang.

" Kau berfikir terlalu jauh Izzt, tu sebab kau jadi macam ni. "

Menasihatkan Izzt Firhan tidaklah semudah yang disangka. Egonya tinggi melangit. Keras hatinya, seperti tembok konkrik yang sukar untuk dileburkan.

" Aku tak nak ambil risiko. "

" Kau bukan takut pada risiko tapi kau takut pada bayang-bayang kau sendiri " luah Najmi ke sekian kalinya.

Izzt Firhan terpempan.

Tak tahu apa yang perlu dia jawab.

Fikirannya kosong. Melayang-layang tanpa arah tujuan.

.
. .

Saat mata terbuka, wajah Kinah menghiasi pandanganku. Kinah yang sedang duduk di kerusi sebelah kananku segera menghulurkan segelas air tatkala melihat aku mengoles lembut bibirku yang kekeringan.

" Kau rehatlah dulu. Badan kau masih lemah lagi ni. " bicara Kinah pelahan menampar cupingku.

Aku diam tak membalas. Liar mataku memandang keliling sebelum kembali menatap wajah Kinah.

" Izzt mana? "

Soalan pertama dariku di sambut cebikkan panjang dari Kinah. Aku tahu dia tak suka. Tapi aku tak peduli. Kinah tentu tak faham apa yang sedang berlaku sekarang.

" Kinah, mana Izzt? dia okay tak? " soalku tanpa mempedulikan mimik muka yang ditayangkan oleh Kinah.

Kinah mendengus. Mencerlung dia memandang aku.

" Tak serik lagi ke kau ni Rara! Tak cukup lagi ke apa yang dia dah buat pada kau selama ni. Tolonglah sedar sikit. Kau tu tunang orang. Tak payahlah nak terhegeh-hegeh sibuk pasal dia lagi. "

Marah Kinah sambil berpeluk tubuh memandangku. Tegang air mukanya. Seperti nak ditelan aku hidup-hidup.

" ... kalau bukan sebab dia kepala kau ni tak bertampal, kaki kau tak berbalut, tangan kau ni tak ada luka-luka tahu tak ... " meledak marah Kinah persis lava gunung berapi.

Aku kemam bibir. Robek hatiku dengar bebelan Kinah.

" Kau janganlah cakap macam tu Kinah. Aku jadi macam ni bukan salah dia. Salah aku. Aku yang cuai. "

Aku tak berniat nak membela Izzt Firhan. Tapi apa yang jadi memang sebab kecuaian aku. Aku yang terlalu ikutkan perasaan.

Sejenak aku pandang kaki kananku yang berbalut kain putih. Nasib saja kaki aku hanya terseliuh. Kalau ingatkan kesakitan tadi, aku ingatkan kaki aku dah kena lenyek dengan tayar kereta.

" Iyalah tu. Kalau hati dah sayang semuanya nampak betul kan? Dah tak ingat dah apa yang dia dah buat pada kau selama ni. " gumam Kinah bersama keluhan yang panjang.

Aku menarik senyuman nipis.

Terasa? sudah pasti. Tapi cepat-cepat aku campak rasa itu sebab aku tahu apa yang sedang Kinah lakukan sekarang disebabkan sayangnya dia pada aku.

Tapi tak salah rasanya kalau aku nak tahu keadaan Izzt Firhan. Aku tahu lelaki itu turut cedera selepas membantu aku tadi.

" Tolonglah Kinah.. Bagitahulah aku. Mana Izzt? kalau dia ada di sini, kau tolong panggilkan dia untuk aku. "

Desak aku tanpa menghiraukan kemarahan Kinah. Sebab aku kenal sangat dengan Kinah. Marah dia selalunya tak lama. Takkan berpanjangan.

" Apa kenanya dengan kau ni Rara?! Kau sedar ke tidak ni? "

Laju aku mengangguk.

" Habis tu kau dah lupa status kau sekarang? atau kau nak aku ingatkan yang kau tu T.U.N.A.N.G orang. "

Sengaja Kinah menyebut satu-satu perkataan tunang itu pada temannya. Biar otak Tiara berfungsi. Biar dia tahu yang dia sekarang kepunyaan Muzzafar Adli. Bukan milik Izzt Firhan lagi.

" Iya... Aku tahu. "

Pelahan aku membalas.

Tak semena ingatan aku singgah pada Muzzafar Adli yang sedang berada di Perak. Baru pagi tadi lelaki itu meninggalkan aku untuk ke sana dan sekarang semuanya dah berantakan seperti ini.

" tapi tak salahkan kalau aku nak berjumpa dengan dia sekejap. "

Kalau Kinah tak nak tolong aku. Tak apalah. Biar aku sendiri saja yang mencari Izzt Firhan.

Aku terus mengesot pelahan tubuhku ke tepi katil. Namun Kinah cepat menghalang tindakan aku. Bahuku dipegang kuat.

" Aduh kau ni.. Kau nak pergi ke mana pulak ni. Duduk diam-diam sudahlah. Kau kan sakit. Kaki kau tu mana boleh berjalan banyak sangat . " ngomel Kinah sambil membetulkan tubuhku kembali ke duduk asal. Panjang muncungnya dengan muka masam mencuka.

" Aku nak pergi cari Izzt. "

Kinah menghembus nafas kasar. Semakin panjang muncungnya memandang aku.

" Untuk apa? "

" Aku cuma nak .... "

Aku terdiam. Lidahku jadi kelu untuk meneruskan bicara.

" Untuk ucap terima kasih sebab dia dah selamatkan kau? atau kau masih belum puas lagi nak beramah mesra dengan dia? "

Aku terpampam.

" ... kau sekarang dah jadi tunang orang Rara. Hubungan kau dengan Ady baru nak terbina. Aku tak nak disebabkan kemunculan Izzt yang tiba-tiba ni buat hubungan korang jadi masalah." Kinah gengam tangan aku. "yang lepas tu biarlah lepas. Fokus pada hubungan kau dengan Ady, itu lebih penting." nasihat Kinah.

Aku ketap bibir.

Hati aku tiba-tiba diserbu rasa kecewa. Entah kenapa aku perlu merasakan itu semua. Aku tak tahu. Tapi rasa kecewa itu hadir tatkala mengingatkan dihadapanku kini sudah ada tembok yang menghalangi aku untuk bergerak bebas.

" tapi Kinah ... "

Belum sempat aku menghabiskan bicara, telefon di sebelah katil sudah berbunyi nyaring.

Kinah ambil lalu menghulurkannya pada aku. Namun saat aku melihat nama yang terpapar di skrin telefon, buat jantungku berdenyut kencang.

Sekilas aku menoleh ke arah Kinah. Dia tersengih sebelum mengambil langkah laju menuju ke arah pintu.

Kinah!!!! Ni mesti kerja kau kan.

Kinah sungging bibir. Nasib baik dia cepat meloloskan diri. Dia tahu Tiara takkan benarkan dia memberitahu Muzzafar Adli tentang kejadian tadi. Tapi biarlah. Kinah rela kena marah asalkan Tiara tahu dia sekarang kepunyaan siapa.

Sebaik kaki melangkah, nun jauh di hujung sana Kinah nampak susuk tubuh Izzt Firhan dan Najmi sedang berborak dengan raut tegang di wajah masing-masing. Kaki di pacu mendekati.

" Korang buat apa lagi kat sini? Baliklah! Rara tak nak jumpa sesiapa! " ujar Kinah tanpa riak mesra. Memang dia tak berminat nak bermesra dengan lelaki seperti Izzt Firhan. Sejenis lelaki pentingkan diri sendiri.

" Dia okay tak? "

Kinah lantas mencemik.

" Dah tentulah tak ok! lepas jumpa korang macam-macam pulak jadi kat dia. Nasib baik dia tak cedera teruk kalau tak aku takkan lepas korang! " bidas Kinah lantang.

Hilang sudah rasa hormatnya pada Izzt Firhan apatah lagi setiap kali mengenangkan perbuatan lelaki itu terhadap teman baiknya. Apa yang dia tahu keduanya tak perlu muncul lagi dalam hidup Tiara.

Keluhan Izzt Firhan terhembus. Matanya kembali melorot ke bawah. Menjatuhkan anak matanya pada telapak tangan yang penuh dengan kesan luka.

Ya, dialah orang yang telah menyelamatkan Tiara tadi.

Tapi apalah sangat dengan luka itu. Dua tiga hari sudah tentu akan baik. Jauh lebih mudah di ubati berbanding luka yang sudah dia tinggalkan pada Tiara.

" Kita orang pun tak sangka benda macam ni nak jadi. " balas Najmi cuba membetulkan kenyataan Kinah.

Sekalipun Kinah sedang marah, tak adil rasanya untuk dia meletakkan seluruh kesalahan itu di bahu Izzt Firhan seorang.

" Tak sangka? hurmm.. dulu pun aku tak sangka jugak lelaki ni akan tinggalkan kawan aku macam kucing kurap. But its okay, now she get much better than past. "

Tertelan liur Najmi mendengarnya. Pedih kata Kinah buat dia segera menoleh ke sisi.

Semakin menunduk temannya menekur lantai. Tentu berat untuk Izzt Firhan menerima kata sindiran teman baik Tiara itu. Tapi biasalah perempuan bila dah marah. Segala benda mahu di ungkit. Dia saja yang betul.

" ...dan kau pun sama. Tolong jangan muncul lagi depan kawan aku. Faham! "

Usai berkata, Kinah terus berlalu dari situ. Malas dia nak hadap kedua manusia itu lagi. Buang masa.

Najmi tarik muka.

Spesis pelik!

Orang lain yang salah, orang lain yang kena marah. Apahal?

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience