Semakin aku cuba menepis kenangan lalu semakin hatiku dihimpit rasa pilu. Jiwa yang dahulunya terisi kini kosong kembali. Aku mula sedar keputusan aku menjauhkan diri dari Izzt Firhan membuatkan aku mula rasa kehilangan.
Peritnya bila sesuatu yang dahulunya berada dalam genggamanku kini terpaksa aku lepaskan ia pergi.
Aku bingkas bangun tatkala tidurku disergah. Lelah aku dalam mencari jawapan yang aku sendiri tak pasti.
" Izzt ada call aku tadi. Dia tanya aku kenapa dia call kau tak angkat. Dia mesej pun kau tak balas. Kau ada masalah ke dengan dia? "
Aku membisu.
Aku dah agak pasti Izzt Firhan akan mencari Kinah untuk bertanyakan tentang hal ini. Jujurnya, memang aku sengaja bertindak sedemikian. Aku tak mahu lzzt Firhan dekati aku lagi. Dan aku sendiri sudah nekad untuk menjauhkan diri sepertimana janjiku pada Dalina tempoh hari.
" Kau ni dah kenapa Rara? kau bergaduh dengan Izzt ke? " soal Kinah bertalu. Dia langsung duduk di sebelah Tiara yang masih berbaring. Riak muka Tiara cuba dibaca. Ada sesuatu yang sedang berlaku tapi dia sendiri tak tahu apa.
Aku pandang Kinah sekilas sebelum pelahan aku menggeleng pelahan. Aku sendiri tak pasti sama ada Kinah sengaja atau tidak menyembunyikan hal penting seperti ini daripada pengetahuan aku.
" Tak ada apa lah Kinah "
Jawabku seraya mencapai telefon di sisi kiri.
10 miss call ! 87 message !
" Kalau tak ada apa-apa kenapa kau jadi macam ni? kenapa kau biarkan Izzt tercari - cari kau. Cuba kau terus terang dengan aku. Apa masalah kau sebenarnya Rara? " desak Kinah masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Tiara.
" Kau boleh tolong aku tak Kinah. Kalau dia tanya pasal aku lagi kau cakap aku dah pindah dari sini. Aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia. " serius ucapanku.
" Tapi kenapa? apa dia dah buat pada kau? " Kinah mula cuak. Riaknya juga sudah berubah tegang.
Daripada baring aku bangun lantas duduk berhadapan dengan Kinah. Hatiku mula rasa membuak.
" sebab Izzt tu tunang orang. Kenapa kau tak bagitahu pada aku semua ni? " soalku dalam nada kesal.
Kalau dari awal aku tahu tentang ini pastinya aku takkan sesekali dekati Izzt Firhan. Sekarang bila dah jadi macam ni bukan mudah untuk aku laluinya.
" Si.. siapa bagitahu kau? " tanya Kinah yang masih nampak terkejut dengan penjelasan aku tadi.
" Itu tak penting Kinah. Yang aku terkilan sekarang kenapa kau biarkan aku berkawan dengan tunang orang sedangkan hakikatnya kau tahu status dia " naik seoktaf suara aku saat ini. Setiap kali mengingatkan siapa Izzt Firhan yang sebenar buat hati aku bertambah sakit.
" Aku minta maaf Rara. Aku ingatkan dia dah bagitahu kau pasal ni. " Ucap Kinah serba salah.
Sekarang dia dah tahu kenapa Tiara cuba mengelak dari Izzt Firhan. Dia memang tahu prinsip Tiara yang tak suka mengambil hak orang lain. Layanan Tiara terhadap Esham sekarang sudah cukup membuktikan bahawa gadis itu memang menjaga setiap pergaulannya. Tapi pasal Izzt Firhan sungguh dia ingatkan lelaki itu sudah berterus terang. Lagipun Izzt Firhan dengan Dalina kan.....
" Aku rasa diperbodohkan. Aku rasa di khianati. Aku ikhlas berkawan dengan dia tapi dia... "
Aku mula merintih. Aku sedih bila diperlakukan seperti ini. Macam orang tak ada harga diri.
" Rara... aku.. "
Aku menggeleng.
" Kau tak salah Kinah. Aku yang cuai "
Satu senyuman cuba ku ukir biarpun tak ada serinya. Memang ini semua salah aku. Aku tak bertanya masakan lelaki seperti Izzt Firhan mahu bercerita. Sudah tentu dia lebih selesa menyimpan rahsianya dari diketahui orang. Biasa lah nama pun lelaki kan.
Air mata yang mula mahu menitis cepat-cepat ku seka. Entah kenapa perasaan halus seperti ini harus hadir saat ini. Izzt Firhan bukanlah siapa-siapa bagi aku. Dia hanyalah seorang sahabat bagi aku.
Tapi entahlah...rasa sakit itu sama seperti aku di curangi Esham beberapa tahun yang lepas.
Kinah diam tak bersuara. Rasa bersalah mula menjalar disegenap hatinya. Wajah kemerahan Tiara ditatapnya sayu. Dia sangkakan membiarkan Tiara terus berkawan dengan Izzt Firhan akan membuatkan gadis itu bahagia tapi dia silap. Tiara tetap teguh dengan pendiriannya.
Aku pandang ke skrin telefon yang tiba-tiba berbunyi. Di situ aku nampak jelas nama yang tertera di skrin telefon.
Izzt Firhan!
Kau nak apa lagi? Kau kan dah ada tunang. Tolong jangan serabutkan otak aku boleh tak. Dalina lebih berhak ke atas kau.
" Angkat lah. Mungkin kau boleh dengar penjelasan dari dia " ujar Kinah yang turut sama memandang ke arah skrin telefon.
" Aku tak nak jadi perosak hubungan orang "
" Tapi Rara.. Izzt dengan tunang dia....."
" Dia tetap tunang orang Kinah! Seperti mana aku menjauhkan diri aku dari Esham sama jugak aku akan buat pada Izzt. "
Ya. itu nekadku.
Cukup lah aku dipandang hina oleh Maya. Aku tak nak Dalina juga memandang aku seperti itu. Aku ada maruah. Aku juga ada pilihan. Masih ada jalan terbaik yang aku boleh lalui.
.
.
.
Izzt Firhan mengeluh lagi. Telefon ditangannya kembali di letakkan atas meja kaca di hadapannya.
Hari ini saja entah berapa kali dia mendail nombor telefon Tiara. Namun jawapannya tetap sama. Panggilannya langsung di biarkan tak berangkat.
" Dia angkat tak? "
Izzt Firhan menggeleng lemah. Mata yang masih di skrin telefon beralih pelahan ke arah Najmi. Keruh saja air muka Izzt Firhan. Semakin sesak fikirannya saat ini.
Tak ada angin tak ada ribut. Kenapa dan mengapa Tiara melarikan diri seperti ini. Dia sendiri tak tahu apa salahnya.
" Mungkin dia ada masalah kot. Entah-entah telefon dia rosak " duga Najmi. Dia sendiri tak ada idea nak memujuk Izzt Firhan yang sedang bercekeramuk jiwanya.
" Aku tak rasa telefon dia rosak sebab aku call elok je berbunyi. Dia macam sengaja nak jauhkan diri dari aku "
Itulah yang di rasakan Izzt Firhan sekarang. Kalau sekali dua tak berangkat dia boleh fikir positif lagi. Ini dah berpuluh kali, pasti ada sebab lain ni.
" Kau dah tanya kawan serumah dia tu? "
" Dah. " jawabnya lemah. Memang dia kusut memikirkan hal ini. Nasib saja Najmi sudi melayannya hari ini.
" Dia cakap apa? "
Izzt Firhan menggeleng lagi. Memang betul dia ada menghubungi Kinah tapi jawapan yang Kinah berikan juga menghampakan.
Kenapa lah Tiara buat hidupnya tak tenteram seperti ini. Kalaupun dia ada buat salah kenapa Tiara mesti siksa perasaannya seperti ini.
" Kau dengan Rara tu ada apa-apa ke? "
Izzt Firhan mendongak. Senyuman menjengkelkan Najmi buat dia rasa curiga.
" Apa maksud kau? "
" Kau sebenarnya sukakan Rara kan? "
Najmi tersengih. Alang-alang Izzt Firhan dah bagi peluang. Apa salahnya dia bertanya. Lagipun air muka Izzt Firhan resah semacam bila Tiara tak angkat telefonnya.
" Apa benda kau merepek ni. "
Tajam pandangannya menikam anak mata Najmi. Masa-masa seperti ini sempat lagi Najmi mengarut yang bukan-bukan.
" Come on Izzt.. Kau lelaki, aku pun lelaki. Aku tahu kau dah fall in love dengan Rara tu kan? "
Gluppp..
Izzt Firhan berhenti menaip. Terbantut niatnya nak menghantar mesej kepada Kinah.
Apa yang Najmi katakan itu sedikit sebanyak menganggu jiwanya. Benarkah hatinya kini milik Tiara ?
" Suka tak bermakna cinta. Aku hanya selesa berkawan dengan dia. Belum sampai ke tahap yang kau fikirkan tu " Ujarnya mendatar. Hati cuba berdalih namun semakin kuat getar di hatinya.
Najmi melepaskan tawanya. Peliknya apa yang dikatakan lelaki di hadapannya itu. Suka tak 3 cinta konon. Habis tu kenapa lagak dah macam orang hilang bini.
" Kau kalau tak nak tolong aku tak apa Mie.. tapi jangan serabutkan kepala aku dengan ketawa kau tu. Dah macam orang kena demam sawan je " jerkah Izzt Firhan geram. Mendengar ketawa Najmi saja mampu buat hatinya bertambah serabut.
Anak matanya kemudian beralih ke arah luar cafe. Cuaca sudah gelap. Bila - bila masa saja hujan akan turun menyembah bumi.
" Alah kau ni.. Nak gelak sikit pun tak boleh. Meh sini aku ajar. Kalau dia tak nak angkat call kau, mesej kau pon dia tak nak balas apa kata kau redah je pergi ke rumah sewa dia. Paling tidak pun kau boleh terus jumpa dia kat sana nanti. " saran Najmi setelah agak lama membiarkan Izzt Firhan melayan perasaannya.
Nampak sangat si pungguk sedang rindukan si bulan.
" Kalau dia tak ada macam mana? " was-was jugak Izzt Firhan nak guna pakai idea Najmi.
" Belum cuba belum tahu. "
Izzt Firhan terdiam.
Ada benarnya juga idea Najmi itu. Kalau dia pergi ke rumah Tiara kan lebih baik. Di sana nanti dia akan dapat jawapan tentang semuanya.
bersambung ....
Share this novel