BAB 59

Romance Completed 45920

MA Advertising.

Pintu kaca pejabat itu ku tolak pelahan. Deruan nafas yang semakin hilang rentak cuba ku kawal lalu menghayun langkah pelahan menuju ke arah meja kerjaku.

Sumpah.

Ini semua kerja gila.

Tak sepatutnya aku berada di sini lagi setelah aku menyerahkan surat perletakkan jawatan. Namun apakan daya, mesej dari Jaja lewat petang semalam telah membawa diri aku untuk kembali semula ke sini.

Bersama keluhan, kotak hitam bersaiz sederhana yang ku bawa bersama tadi, ku letakkan di tepi sudut meja kerjaku. Beberapa peralatan yang berada dalam kotak itu aku keluarkan pelahan-lahan mengikut rentak hati yang masih dibaluti rasa sebal.

Sedang leka aku melayan perasaan, susuk tubuh Jaja tiba-tiba datang mendekat.

" Rara, ni senarai kerja yang perlu kau buat. Aku dah tulis siap-siap dalam buku ni. Yang ni pulak, dokumen penting. Kau mesti siapkan selewatnya-lewatnya hari Rabu. Kalau dah siap nanti, kau bagi dekat bos, minta dia cek dan tandatangan dekat bahagian ni ya. " terang Jaja pada aku yang masih tayang muka blur. Lambat-lambat aku angguk kepala meskipun satu benda pun aku tak faham.

" Hah, lagi satu. "

Hampir terperanjat aku dibuatnya. Aku dongakkan sedikit kepala. Memandang Jaja yang kembali semula ke arah aku setelah setapak dia melangkah.

" Ni buku penting yang mesti kau bawak setiap kali bos panggil kau. Semua benda penting, kau mesti tulis dan catat dalam ni. Alert pada tarikh-tarikh penting termasuklah meeting bos dengan klien. "

Tertelan juga liurku mendengarnya. Tugasan yang nampak ringan bagi orang lain tapi amat berat buat aku. Buku yang dihulurkan Jaja aku capai. Baru sesaat meneliti isi dalamnya dah buat aku garu pelipis.

" Ini buku ke dairi ni? " omelku sambil menyelak lagi helaian buku di tangan.

" Dua-dua pun boleh. " usik Jaja diiringi tawa halus.

" Haish, macam manalah aku nak hadap dengan kerja ni semua. " Keluhanku terzahir. Macam manalah agaknya aku nak handle kerja yang bukan bidang aku? mampu ke tak? aku sendiri pun tak tahu.

" Ala, kau tak payah nak stress sangat. Mula-mula memanglah nampak susah. Lama-lama nanti mesti kau enjoy dengan kerja ni semua. "

Bertambah kelat muka aku jadinya.

" Ni bukan bidang aku, Jaja. Of course, aku takkan enjoy. Dan yang paling aku tak faham sekarang ni, kenapa nak berhenti kena bagi notis 3 bulan pulak? sejak bila ada peraturan macam tu? sebelum ni ada je yang berhenti bagi notis 24jam, boleh pulak bos tu terima. Tiba time aku macam-macam pulak ragam dia. "

Jaja hanya tertawa mendengar celotehku. Saat itu barulah aku tersedar yang aku sudah terlancang berkata-kata perihal hubungan aku dengan tunang sendiri.

" Kau kenalah banyak sikit bersabar. Aku dulu pun sebelum berkahwin macam kau jugak, selalu merajuk dengan suami aku. Dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara semua nak digaduhkan. Tapi mak aku selalu pesan, nak bahagia kena banyak bersabar, kena banyak bertolak ansur sebab pelangi tu datang selepas hujan bukan sebelum hujan. " titip Jaja penuh bermakna.

Setengah hari yang begitu memenatkan.

Fizikal dan mental aku bagaikan terdera dengan tugasan baru yang diberikan. Aku gagal melaksanakan tugas dengan baik biarpun sudah berkali-kali Jaja menerangkannya pada aku.

“ Rara! Jom. Lunch hour dah ni..”

Teriakkan Hazim separa menjerit itu buat aku berpaling memandangnya. Tersengih saja lelaki itu sambil mengusap perut memberi isyarat lapar kepadaku.

Cis, macamlah dia sorang je yang kelaparan. Aku ni pun laparlah. Dahlah pagi tadi aku tak makan apa.

" Sekejap lagi boleh? Aku nak siapkan kerja ni kejap. "

" Ala, kerja tu kau sambung ajelah lepas lunch nanti. Perut aku dah lapar sangat ni. Jomlah. Lagipun bos tak masuk ofis hari ni. Kan Jaja? " soal Hazim pada Jaja yang tiba-tiba muncul di situ.

" Eh, kau ni. Aku cakap kemungkinan dia tak masuk. Tapi tak tahulah kalau tiba-tiba dia masuk pulak. "

" Bos kan sibuk. Confirm dia tak masuk. "

Hisyh, confidentnya si Hazim ni. Macam lah dia tak kenal perangai Muzzafar Adli tu macam mana. Sejenis cipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Bila-bila masa dia boleh muncul jika dia nak.

" Hari ni aku nak join korang lunch boleh? suami aku ada hal. " Jaja sengih tayang gigi. Malu agaknya. Iyalah kan, sejak berkahwin ni dah jarang dia join budak ofis keluar lunch.

" Boleh je. Lagi ramai lagi meriah. Hazim, kau nak ajak pergi makan dekat mana ni? kalau boleh dekat- dekat sini je dah la. Malas aku nak pergi jauh-jauh. " usulku pada Hazim yang sudah bersidai depan meja kerjaku.

“ Laa.. kau ni.. aku baru nak ajak kau makan jauh sikit. Kebetulan tadi aku ada tengok satu kedai makan ni, makanan kat situ nampak sedap-sedap pulak, tu aku ingat nak ajak kau makan dekat sana. "

Melihatkan kesungguhan Hazim, hati ini mula berbelah bagi. Sejenak aku berfikir sebelum memberikan persetujuan. Sedangkan Jaja di sebelah bukan main ceria siap pakej angguk tanda setuju dengan cadangan Hazim.

" Janji lepas makan terus balik tau. Jangan nak melencong ke tempat lain pulak. "

Gerun aku bila mengingatkan tugasan yang Jaja berikan awal pagi tadi belum lagi aku siapkan. Nasib baik juga bos belum masuk ofis. Bolehlah aku nak tenangkan otak aku yang sedang berserabut ni.

" Kalau macam tu korang tunggu aku dekat bawah. Aku nak pergi toilet kejap. "

" Okay. Lambat tinggal. " usik aku.

Setelah itu, aku dah Hazim beriringan perlahan keluar dari ofis. Telefon aku keluarkan dari tas tangan.

" Rara.."

Fokus aku sedikit terganggu bila Hazim tiba-tiba menyeru pelahan nama aku.

" Kau okay ke? " Soalnya dengan wajah yang sangat prihatin.

"Ha? Okay je. Kenapa? " Soalku pula dengan sedikit pelik. Berkerut dahi aku jadinya.

" Iyalah. Aku nampak kau macam tak okay je. Sejak masuk ofis pagi tadi muka kau tu bukan main ketat. Kenapa? stress dengan kerja atau dengan bos?"

" Dua-dua. "

Spontan Hazim ketawa lepas. Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling. Padahal masih ada orang lain di sini.

" Dia sayangkan kau. Percayalah. "

" Sayang? emmm..... "

" Kalau dia tak sayang kau, tak adalah dia paksa kau untuk kerja semula. "

Senyuman nipis pengganti jawapan untuk soalan Hazim. Agak-agak betul ke dia sayangkan aku? Rasanya tak. Kalau sayang dia takkan bagi syarat untuk aku berhenti kerja.

" Rara... "

Sekali lagi namaku diseru. Tapi kali ini bukan dari Hazim sebaliknya dari manusia yang baru saja keluar dari perut lif. Dalam keadaan terkejut, mata sempat melirik pada Hazim di sisi.

Itu lah lain kali jangan yakin sangat. Tengok sekarang, siapa ada depan kita ni.

" Nak pergi ke mana ni? "

" Lunch. Bos nak join? Jaja pun ada ikut sekali. "

Entah kenapa Hazim harus menjawab begitu. Rasanya tak perlulah kot. Tapi aku agak dia risau Muzzafar Adli salah faham. Bila mana mata lelaki itu sejak tadi silih berganti memandang kami.

" No thanks. Tapi I ada hal sikit nak bincang dengan Rara. Boleh I pinjam dia untuk tengahari ni? " tutur lelaki itu lirih.

" Bos tak perlu minta izin dekat saya. Rara is yours. "

Bulat terus mata aku. Tajam aku menikam wajah Hazim. Rasa nak hempuk je laki ni. Boleh pulak dia balas selamba macam tu.

" Thanks. Jom, sayang. " ajaknya seraya menekan butang lif. Sempat aku menjeling tajam pada Hazim. Memberi isyarat penumbuk padanya. Balik nanti jaga kau.

.
. .

Aku berteleku di meja makan di restoren agak mewah itu sambil menebar pandangan silih berganti pada kedua manusia yang masih lagi leka membincangkan sesuatu yang sikit pun aku tak tahu hujung pangkalnya.

Sejak tadi aku cuba mengerahkan otak, mencerna jawapan yang sesuai untuk situasi yang sedang berlaku sekarang. Malangnya aku tak temui jawapan yang sesuai. Kewajaran Muzaffar Adli mengajak Yusry datang ke sini Sedangkan tadi bukan main dia cakap ada perkara yang nak dibincangkan dengan aku.

So now?

Jadikan aku patung cendana pulak dekat sini.

Hampir 10 minit diabaikan tanpa sikit pun dia mempedulikan aku, akhirnya sabar aku sudah tiba kemuncaknya. Disebabkan rasa geram, aku pijak kaki Muzzafar Adli. Sengaja aku berbuat begitu. Sebagai tanda protes dan balas dendam. Biar dia sedar aku di sini bukan untuk dijadikan hiasan.

“ You nak makan apa? "

Hilang kerutan sakit di muka, lelaki itu terus bertanyakan soalan itu pada aku.

Aku nak makan kau!

Eh, nak je aku jawab soalan dia macam tu. Biar hilang sikit rasa sakit kat hati aku ni. Namun terpandangkan Yusry yang turut melontarkan pandangannya pada aku, buat aku terpaksa berpura-pura baik persis gadis idaman malaya.

" Bagi saya set ni. Air jus tembikai. " Bagitahu aku pada pelayan lelaki yang baru tiba di situ. Selesai mengambil pesanan kami pelayan itu terus berlalu.

Pandangan aku kembali terarah pada keduanya. Kelihatan Yusry yang sudah mengeluarkan file biru dan hitam dan beberapa helai kertas dari dalam briefcase yang dibawanya tadi langsung menghulurkan kertas itu pada Muzzafar Adli.

Aku? Apa aku nak buat?

Nak menjerit?

Eh, rasa tak relevan pulak aku jadi hantu kak limah dekat sini. Sudahnya aku keluarkan telefon, tengok tiktok. Lagi bagus.

“ Nak tulis nama siapa dekat sini?”

Yusry tiba-tiba bersuara. Serentak itu pandangan Muzzafar Adli terarah pada aku. Kemudian dia berpaling semula pada Yusry.

“ She. "

Aku tayang muka pelik. Siapa 'she' yang dimaksudkan. Namun lain pula dengan Yusry, lelaki itu yang seakan faham maksud Muzzafar Adli lantas menulis sesuatu dalam file hitam yang dipegangnya.

" Sign dekat sini. "

File hitam itu kemudiannya diletakkan di hadapan aku. Kening aku sudah terangkat tinggi. Teragak-agak aku untuk menurut. Namun terpandangkan muka tanpa riak Muzzafar Adli buat aku akur. Hanya sesaat selepas itu baru aku terasa ingin bertanya.

" Dokumen apa ni? "

Mata aku kembali terarah pada kertas di hadapan aku. Baru aku nak menyelak helain di belakang, suara Muzzafar Adli menampar halus cupingku.

" Scholarship untuk you. "

" What?! "

Muzzaffar Adli angguk, mengiakan maksud katanya sebentar tadi.

" Tapi saya tak pernah mohon pun. Macam mana tiba-tiba ... "

" Company dapat rezeki lebih, banyak projek besar kita dapat tahun ni, jadi ini salah satu penghargaan I untuk staff. "

Tertelan liurku. Tak jadi nak teruskan kata bila Muzaffar Adli mendahului bicaraku sebentar tadi.

Makanan yang kami pesan sampai selepas itu, aku yang masih diulit rasa pelik lantas membiarkan soalan tadi. Nanti saja aku fikirkan mahu terima ataupun tidak. Masih valid lagikah agaknya untuk aku tolak?

Di dalam kereta, ketika dalam perjalanan pulang, kereta yang di pandu Muzzafar Adli tiba-tiba membelok masuk ke perkarangan hospital.

" Kita singgah sini kejap. "

Hanya itu saja mukadimahnya bagi menjawab segala asakan soalan di mindaku. Tanpa suara aku menuruti langkahnya. Dia keluar kereta, aku pun ikut keluar. Beriringan kami melangkah ke lobi hospital berkenaan.

" Siapa yang sakit? "

Aku ringankan juga mulut untuk bertanya.

" Tak ada siapa. "

" Habis tu kita buat apa dekat sini? "

" Jumpa Along. "

" Hah? Along sakit ke? " aku beriak cemas.

" Taklah. Along kerja dekat sini. "

Ohhh...

" Bilik Along dekat hujung sana. I nak ke bilik Along sekejap. Selesai nanti I datang semula dekat sini. "

Aku sekadar mengangguk. Menghantar langkah lelaki itu pergi sebelum punggung ku henyak atas kerusi yang terdapat di ruang menunggu.

Sedang aku ralit memandang orang lalu lalang tiba-tiba aku di tegur oleh orang yang sangat aku kenali. Dari jauh tangan itu melambai-lambai ke arahku. Nasib baik dia tak jerit, kalau tak buat malu aku je.

" Rara buat apa dekat sini? "

Aku tak berminat untuk melayan soalan itu. Jadinya aku abaikan saja muka tembok Esham yang sesuka hati duduk di sebelah aku. Rasanya itu lebih baik kot. Dari aku beramah mesra dengan lelaki berstatus suami sepertinya.

" Okay tak apa. Abang faham. Orang macam abang ni memang tak layak di layan baik-baik. Tapi abang dah berubah, Rara. Abang dah tak macam dulu lagi. Abang jumpa Rara ni pun sebab abang nak minta maaf. Abang tahu susah untuk Rara maafkan abang tapi untuk hidup yang lebih baik, abang perlukan kemaafan dari orang yang pernah abang sakiti. "

Riak mendung Esham ku pandang seakan tak percaya. Lelaki yang pernah menyakiti hati aku sedang membuat perhitungan dosanya kepada aku. Benarkah dia sudah berubah?

" Lepas kejadian tempoh hari abang mulai sedar, kerana sikap pentingkan diri abang banyak hati yang telah terluka. Terutama sekali Umi. Dia syurga abang. Sepatutnya abang jaga dia seperti mana amanat arwah abah tapi abang leka. Sanggup abang lukakan hati Umi yang saban hari menangis kerana sikap abang. Abang betul-betul menyesal Rara... Kalaulah abang boleh undurkan waktu, sumpah abang takkkan buat orang yang abang sayang terluka. "

Sunggul sekali wajah itu meluahkan rasa. Dapat aku lihat keikhlasan di sebalik kata-katanya. Namun hati ini masih dibelit rasa sangsi dan curiga.

" Abang merayu, andai masih ada secebis belas untuk diri abang, tolong maafkan semua salah silap abang. "

Redup pandangannya menjamah ruangan mataku. Beningnya yang nampak berkaca-kaca begitu meruntun jiwa aku yang melihat. Masih keras lagikah hati aku untuk membina tembok kebencian di antara kami?

" Abang faham. Rara mungkin perlukan waktu untuk semua ni. "

Mukanya diraup sesaat. Akur dengan kedinginan aku, Esham kembali berdiri. Berkira-kira untuk pergi namun entah kuasa apa yang sedang menjalar di tubuhku sehingga aku nekad untuk menghalang.

" Umi apa khabar? sihat? "

" Umi sihat. Alhamdulillah. "

Lebar senyumannya menjawab soalan aku. Walaupun aku tak nyatakan secara jelas kemaafan aku, tapi rasanya dia dah boleh agak.

" Maya? "

" Alhamdulillah. Semakin pulih. "

" Maya sakit? "

Senyuman Esham mati. Kepalanya menunduk menekur lantai. Dapat aku dengar satu keluhan penuh kesal dilepaskan.

" Selepas anak kami meninggal, Maya depression. Dia tak boleh terima hakikat yang anak kami dah tak ada. Berkali-kali dia menyalahkan dirinya dan menganggap dia punca semua ni berlaku. Padahal dia tak salah apa pun. Anak kami meninggal disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Tapi syukurlah, sejak abang bawa dia datang ke sini, keadaannya dah semakin pulih. Walaupun emosinya masih belum stabil tapi sekurang-kurangnya dia dah boleh terima yang anak kami dah tak ada. "

Luahan itu begitu memeranjatkan aku. Tak sangka sebegitu hebat ujian yang sedang dihadapi oleh mereka. Jauh lebih berat dari dugaan yang sedang aku tanggung.

" Nanti sampaikan salam saya pada Maya. Pada Umi juga. Insyallah ada kelapangan nanti saya datang melawat mereka. "

" Datanglah. Rumah Umi sentiasa terbuka untuk Rara. Jika Rara tak selesa abang ada, Rara boleh datang waktu abang tak ada. " tuturnya bersama satu senyuman yang cukup ikhlas.

Kepala ku angguk pelahan. Jika benar Esham sudah berubah maka tiada halangan lagi untuk aku ke rumah Umi selepas ini.

" Okaylah Rara, abang minta diri dulu. Maya pun tentu dah lama tunggu abang dekat kereta. Tadi pun Maya yang nampak Rara. Dia yang suruh abang datang ke sini. Lagi sekali abang mohon maaf dari Rara. Biarpun kita mungkin takkan jadi macam dulu tapi abang tetap anggap Rara macam adik abang dunia akhirat. "

Kaget seketika. Kelu lidah untuk membalas. Kata-kata Esham tadi begitu mendalam maksudnya.

Dan ketika itulah baru aku tersedar, sepasang mata milik Muzzafar Adli sedang merenung galak ke arah aku.

bersambung .....

harap masih ada lg yg sudi baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience