Aku duduk atas batu sambil rendam kaki dalam air sungai yang cetek. Sejuk betul air sungai pagi-pagi macam ni. Anak ikan yang bermain di sekitar kaki, aku pandang geram. Segeram hati aku pada Kinah. Mestilah aku geram sebab Kinah batalkan plan kami nak makan cendol hari ni.
Entah apa yang merasuk Kinah agaknya. Pagi hari lagi dah moody. Padahal malam tadi bukan main bahagia bergayut telefon dengan Samsul.
Bosan memikirkan hal Kinah, Aku lantas keluarkan telefon. Beberapa keping gambar selfie aku ambil. Sekadar buat kenangan. Lagipun entah bila pulak aku dapat balik ke sini lagi.
Tiba-tiba aku perasan ada orang asing dalam gambar yang aku ambil tadi. Aku menoleh. Terkejut. Laju tangan mengurut dada sendiri.
" Macam halimunan! " aku mengerutu sakit hati.
Izzt Firhan sengih. Dia duduk tanpa aku pelawa.
" Pelik la orang perempuan ni. Tepi batu pun nak selfie. "
Hah? dia tengah kutuk aku ke tu? Aku buat endah tak endah saja. Malas nak layan. Orang lelaki macam Izzt Firhan ni confirm tak tahu apa itu kenangan. Kenangan hari ini takkan sama dengan hari esok.
" Tengok gambar yang awak ambil tadi? muka saya hensem tak? "
Mata aku terus membuntang. Aku buat muka nak termuntah. Sejenis yang suka angkat bakul sendiri. Kutukku.
" Tengok lah. "
Dia memujuk lembut. Aku lontar pandangan pelik. Penting ke untuk dia duduk kat sini. Lepas tu ajak aku borak mesra. Haish..
Anak matanya terus menghala ke muka aku. Rimas diperhatikan, aku lantas serahkan telefon aku padanya.
" Nah "
Malas aku nak tengok muka penuh harapan Izzt Firhan, telefon kesayanganku beralih tangan. Nak tengok sangat muka sendiri kan? tengoklah. Hensem celah mana tah.
Lama telefon aku ada dalam genggamannya. Tak tahu apa benda yang dia pandang. Sesekali aku nampak jarinya bermain di skrin telefon aku.
Ah, sudah.
Apa dia buat tu? dia godek apa dalam telefon aku.
" Saya tak buat apa pun lah. Risau sangat! " ujarnya seakan faham isi hatiku.
Aku senyum senget sambil laju membelek telefon yang sudah diserahkan padaku. Setelah yakin tiada apa yang pelik aku terus simpan telefon dalam poket seluar.
" Bukan tadi awak keluar dengan Abah ke? yang menyibuk kat sini kenapa "
Tak tahu nak borak apa, aku tanya soalan clishe.
Senyuman meleret terhias di celahan bibir lelaki berkulit putih itu.
" Saja. Nak kutip hutang dengan awak. "
" Hutang apa pulak? bila masa saya hutang dengan awak?" aku bertanya pelik. tak faham apa benda yang lelaki ni tengah merepek.
" Pasal semalam. Kalau bukan sebab saya awak tak dapat lari dari Taufik tau "
Oo... pasal kes Kinah semalam. Poyo jerlah mamat ni...tu pun nak berkira. Ingatkan tolong ikhlas.
" Habis tu awak nak apa? " acuh tak acuh aku bertanya.
" Temankan saya pergi pekan. "
Eiii..... aku buat muka.
" Teruk sangat ke permintaan saya tu. Sampai awak buat muka macam tu. "
Aku betulkan dudukku. Aku pandang muka Izzt Firhan dengan perasaan geram bila dia sengaja main-mainkan keningnya. Ingat lawa sangat ke.
" Takdelah teruk tapi pelik. Tetiba ajak saya ke sana. Buatnya awak .... "
" Tak ada maknanya. Awak ingat saya ni bapak ayam ke? Tak adanya saya nak jual awak tu. "
Aku senyum sumbing. Keterlaluan sangat otak aku ni berfikir. Tapi tak salah rasanya aku fikir yang bukan-bukan. Lagipun aku bukan kenal sangat dengan anak angkat Mak Leha ni. Entah apa kerjanya. Tetiba muncul dalam hidup aku.
" Boleh ke tak? "
Aku berhenti mengelamun. Tunak mata masih menghala ke mukanya.
" Sekarang ke? "
" Takkan tahun depan pulak. "
Ah, loya buruk.
Aku bangun. Ketika kaki nak melangkah tiba-tiba kakiku tersandung sesuatu. Disebabkan tak dapat kawal imbangan tubuhku terhumban masuk ke dalam air.
Serius, sakit sangat.
Aku nampak Izzt Firhan dah tergelak macam orang gila. Seronok sangat ketawakan aku yang dah basah kuyup. Sampai berair matanya.
Bila aku jengilkan biji mata baru dia terkocoh-kocoh hulurkan tangan memberi bantuan kepadaku.
Aku sungging bibir memandang tangannya. Geram diketawakan. Aku jana idea gila.
Saat tangan kami bersatu, laju aku menarik tangannya. Apa lagi habis basah kuyuh tubuh sasa Izzt Firhan. Kini giliran aku pula yang menghamburkan ketawa. Sakan aku gelakkan dia yang jatuh macam nangka busuk.
" Rara!!! Habis basah baju saya! "
Dia menjerit kuat. Kedengaran kuat Izzt Firhan mendesah geram. Rambutnya yang kusut dibetulkan kasar. Mukanya merah menahan marah.
Ah, sudah.
Aku menikus. Sedar sepatutnya aku tak perlu buat kerja gila macam ni. Kan dah kena marah.
Dia bukan Kinah yang boleh layan otak gila aku. Dia juga bukan Abang Fik yang tak pernah marah bila aku buat salah.
" Sorry " sepatah ucapan ikhlas dariku.
Izzt Firhan tak membalas. Dia lantas naik ke darat. Dibiarkan aku seorang diri dalam air dengan perasaan bersalah.
Aku menunduk. Kaku memandang keadaan diri sendiri yang dah basah kuyup. Tak sanggup rasanya nak redah balik ke rumah nanti.
Keluhan ku lepaskan. Pelahan kaki ku bawa naik ke tebing.
Arghh, sendiri cari masalah. Sendiri tanggunglah.
" Nah, pakai ni "
Aku mendongak.
Izzt Firhan yang sedang tegak berdiri sambil menghulurkan jaket kulit berwarna hitam aku pandang tak berkelip.
Aku ingatkan dia dah balik tinggalkan aku tadi.
" Tak payahlah. "
Aku tolak tawarannya. Konon nak jual mahal. Yelah, tadikan dia marah aku. Jerit macam singa jadian. Sekarang aku nak dia pujuk aku dulu, baru aku ambik jaket tu. Hihihi...
" Betul ni awak tak nak? "
Aku diam. Masih mood jual mahal.
" Cepatlah Rara. " Dia memujuk lembut.
Aku diam membatu.
" Kalau awak tak nak tak apalah. Tapi baju dalam awak tu menyerlah sangat warnanya. Tak takut ke kena kejar dengan budak kampung nanti. "
Senyuman mengejeknya menghala ke arahku.
Air liur ku telan pahit. Segera aku menyilang kedua tanganku agar menutup bahagian dada yang seksi.
Bibir ku ketap kuat. Geram bila Izzt Firhan gertak aku dengan cara macam tu.
Baju yang masih basah aku pandang dengan hati penuh rasa sebal. Aku fikir, kalau aku tunggu sekejap lagi mungkin air kat baju ni akan kering sedikit. Tak adalah malu sangat kalau aku nak redah balik nanti.
" Awak nak ambik jaket ni atau awak nak saya cempung awak bawak balik rumah. "
Aku telan liur. Helang anak mataku memandangnya. Air mukanya yang serius buat aku terpaksa menurut. Risau jika Izzt Firhan benar-benar maksudkan apa yang dia cakap tadi.
Dengan muncung panjang sedepa, aku ambik jaket hitam miliknya lantas menyarung ke tubuhku yang sudah mengigil kesejukan.
.
.
.
" Ingat pesan mak kalau mengantuk berhenti rehat. Kereta tu jangan bawak laju-laju sangat. Dah sampai rumah jangan lupa telefon mak "
Aku nampak Kinah hanya mengangguk mendengar pesanan ibunya. Aku yang sedang duduk melepaskan lelah di pangkin sesekali memicit pelahan dahiku. Entah apa kenanya dengan aku ni, sejak balik dari sungai pagi tadi kepalaku terasa berdenyut-denyut.
" Rara okay ke tak ni? Kalau tak okay ajak Kinah singgah pekan beli ubat dulu. "
Aku panggung kepala. Muka Abah ku pandang dengan senyuman.
" Tak ada apa lah Bah.. Pening sikit je ni. Nanti dalam kereta Rara rehat lah " aku menolak lembut. Aku tahu Abah risaukan aku. Nasib Abah tak tahu apa yang berlaku di sungai tadi.
" Rasanya Rara ni salah makan ni. Banyak sangat makan sayur nangka semalam. Itu yang angin naik ke kepala " Mak Leha datang mendekat. Telapak tangannya melekap pada dahiku. Aku tahu mak nak cek suhu badan aku. Aku hanya biarkan. Suka diperlakukan manja seperti ini.
" Makan tak beringat. Itu jadinya. " bebel Kinah. Aku cemberut. Sempat lagi minah ni kenakan aku. Cisss..
" Jangan nak cakap orang sangat. Kinah tu pun sama. Pagi ni je dah 2 kali Kinah mengulang ke jamban kan? ingat mak tak nampak "
Aku ketawa lepas. Kantoi! Mak walaupun tak pernah duduk diam tapi semua aktiviti orang dalam rumah ni dia tahu. Hebat tak?
Kinah mencebik. Geram lah tu..
" Rara balik dulu ya mak. Nanti mak kirim salam kat Abang Fik. Tak sempat dah nak tunggu dia. Takut lewat pulak sampai ke KL nanti " aku capai tangan Mak Leha. Kedua pipi orang tua itu aku cium penuh kasih sayang. Dia lah tempat aku menumpang kasih seorang ibu selain Umi.
Aku dekati Abah pula. Sama seperti mak aku cium tangan Abah.
" Rara balik dulu Abah. Ni ada sikit untuk buat belanja. "
Aku tepuk pelahan tangan Abah yang sudah berisi beberapa note kertas lima puluh. Kerana kasih sayang mereka yang tak mengira siapa aku jadi aku juga tak berkira dengan mereka.
Aku koyakkan senyuman tatkala mendengar ucapan terima kasih dari Abah. Sayu rasanya hati ini meninggalkan dua manusia yang sudah ku anggap seperti ibu bapa kandung sendiri.
Saat kaki melangkah menuju ke kereta. Aku menoleh sekilas ke arah pintu utama rumah.
Betul. Aku cari Izzt Firhan.
Mana laki tu eh? Sejak balik dari sungai pagi tadi aku tak nampak kelibat dia. Dia tidur ke? ishh..takkan lah..
Tentang kejadian semalam dan pagi tadi masih menjadi rahsia antara aku dan Izzt Firhan. Kami dah bersetuju untuk merahsiakan perkara itu. Lagipun tak ada sebab pun untuk aku bercerita pada orang lain terutama pada Kinah. Kang tak pasal kena gelak.
Kerana katak aku dikendong?? kerana tersadung aku masuk sungai??
Eii.. memalukan.
Tapi.. Mana mamat tu pergi? aduhai hati.. asal tetiba jadi emo macam ni ek? Lantak pi la dia nak ke mana pun..bukan boyfriend hang pun..
Alah.. sekurang-kurangnya say goodbye lah pada aku. Aku nak balik dah ni...
Tiara Nur Wilda yang kau mengedik sangat teringatkan dia dah kenapa? Baru kenal dua tiga hari dah mengelitis. Dah lupa kenangan silam kau sebelum ni? Haish...
Pepatah melayu ada mengatakan. Setiap pertemuan itu ada perpisahan. Mungkin kau kenal dia kat sini dan cerita kau dengan dia pun habis kat sini jugak.
Why not??
bersambung ...
Share this novel