Gamat suasana ofis aku harini.
Sambutan hari lahir Muzaffar Adli diadakan secara meriah. Memang menjadi rutin tahunan, bila tiba bulan Jun semuanya akan sibuk bawa portluck masing-masing.
Tahun ni aku bawak muffin coklat. Itu je yang mampu aku sediakan dengan keadaan mood aku yang masih tak berapa nak elok.
Muffin tu pun bukan aku yang buat. Aku beli kat gerai tepi jalan simpang rumah aku.
" Sedap. Tak manis sangat. Sesuai la untuk aku yang tengah on diet ni "
Bebelan Evelyn aku balas dengan senyuman. Malas nak ambik pusing. Lagipun aku dah sedia maklum Evelyn memang tak berapa suka dengan kuih melayu. Manis sangat katanya.
" Kau ni aku tengok sejak masuk ofis masam je. Kau dah kenapa Rara? kau masih tak sihat lagi ke? " tanya Jaja yang baru muncul di situ. Pinggan yang berisi makanan di letakkan atas meja di bilik pantri.
Aku senyum sedikit.
Tak ada apa yang perlu aku ceritakan. Mood aku memang tak berapa baik sejak kes di rumah Izzt Firhan tempoh hari.
Senang citer aku serabut. Banyak benda bermain dalam fikiran aku sekarang.
" Aku okay. Tak ada apa pun "
Jaja kecikkan anak matanya. Memandang aku dengan pandangan tak puas hati.
" Kau gaduh dengan boyfriend ke? " celah Evelyn yang masih tak berganjak duduk di sebelah aku.
Membulat anak mata Jaja. Kerusi yang di dudukinya tadi ditarik sedikit dekat dengan aku.
" What? Rara ada boyfriend? Eh, sejak bila pulak kau ada boyfriend ni Rara? Bukan status kau single and available ke? "
Adoi. Aku tepuk dahi.
Jaja dan Evelyn ni kalau bab korek rahsia orang bukan main lagi kan. Dahla pakai speaker surau. Langsung tak cover. Ni kalau dengar dek staff lain buat malu aku je.
" Dari korang sibuk hal aku apa kata korang makan cepat-cepat lepas tu tolong aku kemas meja kat luar tu. Kejap lagi nak habis waktu lunch dah. Kang bising big bos. " ujarku sengaja mengalih topik perbualan.
Sememangnya semua orang di sini tahu status aku masih single. Lepas putus cinta dengan Esham memang aku tak pernah bercinta lagi. Aku lebih suka begini. Rasa bebas.
Serentak Evelyn dan Jaja mencebik.
Hilang angan mereka nak korek rahsia aku. Memang aku sejenis orang yang tak suka jaja cerita sendiri kat orang lain.
Malas nak melayan keduanya aku berlalu keluar dari bilik pantry. Ada baiknya aku kemas sendirian meja yang penuh dengan makanan ni.
Sedang aku sibuk mengemas aku nampak kelibat Muzzafar Adli keluar dari bilik ofisnya. Langkahnya diatur mendekati aku.
" Banyak lagi makanan ni. Semua orang dah makan ke? "
" Dah " aku membalas ringkas.
Aku perhatikan tingkahnya. Satu persatu hidangan di atas meja di ambil lalu diletakkan dalam pinggan.
" Bos nak makan semua ni ke? " aku menyoal bila hampir penuh pinggan itu berisi dengan makanan.
Dia mengangguk. Mengiakan tekaan aku.
" Jom temankan I makan. "
Kecik anak mataku memandang dia. Sebetulnya ungkapan kata dari Muzzafar Adli tadi kurang jelas dipendengaran aku.
" Kenapa? tak sudi ke temankan I makan? "
Oh, dia ajak aku makan.
Aku senyum sambil kepala ku geleng pelahan.
" Maaf bos. Saya dah kenyang dah. " tolakku lembut.
" Tak baik tolak permintaan birthday boy " balasnya sebelum mengatur langkah meninggalkan aku.
Bibir ku ketap sedikit kuat.
Sedikit tak puas hati bila Muzzafar Adli mengunakan alasan itu. Seakan memaksa. Tapi apakan daya. Birthday boy la katakan.
Aku masuk ke bilik Muzzafar Adli bersama dua biji mug. Tapi kelibat dia tiada di situ.
Melilau mata aku mencari.
Hanya pinggan yang berisi makanan yang dibawanya tadi saja yang terletak elok di atas meja.
Lantas mug berisi air itu juga aku letakkan di atas meja. Anak mata pula ku biarkan bebas menjelajah ke seluruh isi bilik.
Berselerak.
Di atas meja ada beberapa fail dan kepingan kertas yang dibiarkan tak bersusun. Bakul sampah dipenuhi kertas malah ada yang sudah melimpah keluar bertaburan di atas lantai.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala.
Faham sangat dengan situasi yang berlaku. Bukan setiap masa kita di anugerahkan idea untuk berkarya. Ada masanya tepu juga otak untuk berfikir.
Pintu ditolak dari luar.
Segera aku menoleh.
" Sorry. Ada emergency call tadi "
Satu senyuman penyejuk hati dilayangkan. Kemudian Muzzafar Adli mengambil tempat duduk di hadapan aku.
" I tak makan apa pun lagi hari ni. Lapar betul I rasa. " luahnya tanpa aku pinta.
Sepotong pizza di ambil. Dikunyah laju sebelum sekeping lagi pizza menapak masuk ke dalam mulut.
Aku diam memerhati.
Memberi ruang pada lelaki dihadapanku ini mengisi perut yang nampak benar seperti orang sedang kelaparan.
" Pagi tadi bos tak makan kat rumah ke? " ringan pulak mulut aku bertanya.
Dia menggeleng dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.
" Duduk rumah bujang macam ni lah. Makan tak menentu. Selalunya I breakfast kat luar je. " terangnya.
Aku angguk seakan mengerti.
Lupa pulak bos aku ni tak berbini. Sah-sahlah makan kat luar. Rumah tu syarat untuk balik tidur je. Sama macam aku.
Keadaan sunyi seketika.
Aku habis idea untuk berborak. Selama ni kami hanya berbincang soal kerja. Bila duduk berdua macam ni rasa janggal pulak.
" Cantik baju tu "
Ikhlas aku memuji. Baju yang elok tergantung di tepi dinding berdekatan dengan tempat kami duduk menarik perhatianku.
Dia mendongak. Mengalihkan pandangan ke arah yang sama.
" Baju wedding. "
" Hah, bos dah nak kahwin ke? " laju aku menyoal. Teruja bercampur sedikit rasa tak percaya.
Yelah, selalunya kalau berita hangat macam ni cepat je tersebar dalam ofis. Nak-nak lagi si Jaja, rajin dia bercerita perihal bos kami ni.
Muzzafar Adli senyum.
" Terkejut? ” ujarnya bersama senyum manis
yang menguntum.
Air muka cuba ku kawal sebaik mungkin. Tak nak nampak terlalu over. Kang di cop menyibuk pulak. Padahal memang aku menyibuk pun nak tahu. Hihi.
" Terkejut lah jugak. Saya ingatkan bos ... "
" Eh, takdelah. Kalau I kahwin semua staff I akan jemput. Tapi tu bukan baju I. Baju adik I. Dia nak kahwin hujung minggu ni " cantasnya tanpa sempat aku habiskan bicara.
Kepala ku angguk tanda faham. Nafas yang sedikit deras tadi kembali berubah normal.
Entah kenapa penjelasannya seakan memberi sedikit ketenangan pada aku. Padahal sebelum ke sini tadi normal je.
" Pasangan pun tak ada. Macam mana nak kahwin. " Dia menyambung bicara. Seakan mengajak aku untuk lebih lama berada di situ. Mungkin dia nak teman bercerita barangkali.
" Bercinta lepas kahwin kan boleh " balasku sekaligus menghulurkan idea yang bernas.
Ketawa halus meletus dicelahan bibirnya.
Tunak matanya merenung tepat ke anak mataku sehingga aku terpaksa menundukkan kepala kerana malu.
" Wujud lagi ke cinta selepas kahwin? "
Mug putih yang terletak elok dihadapannya dicapai sebelum dibawa rapat ke bibir. Air coklat yang masih belum disentuh itu disisip perlahan.
" Cinta selepas kahwin tu kan lebih indah. Lebih baik dari menghabiskan masa untuk cinta yang sia-sia. " lancar aku mengeluarkan hujah.
Seketika aku mula tersedar. Tak sepatutnya aku berbicara soal ini dengannya. Sudahlah status kami berdua sama. Masing-masing belum berpunya.
Ibarat mengata diri sendiri pula.
Pipi terasa membahang tiba-tiba.
Aku kawal dengan berpura-pura mengambil makanan dalam pinggan.
Dari ekor mata aku nampak dia sedang memerhatikan aku. Perbuatannya itu semakin buat aku tak senang duduk.
" you nampak lebih comel bila malu-malu macam ni. "
Muzzafar Adli silang kaki. Dia duduk bersandar sambil mengesat tangannya dengan tisu. Dia sedar ayatnya tadi pasti akan menambahkan lagi rasa kurang senang Tiara padanya tapi dia perlu jujur pada diri sendiri. Tiara memang nampak comel.
Aku kemam bibir.
Kulit pipi seakan dipanggang hidup-hidup. Rasanya aku perlu keluar dari bilik ini sekarang juga. Lagi lama. Lagi banyak benda memalukan akan terjadi.
" I gurau jelah. Dah makan cepat. Nanti habis pulak waktu lunch. " tutur Muzzafar Adli seraya menghirup minuman yang masih berbaki.
Aku lepas nafas lega.
Sekilas muka lelaki itu ku pandang. Kenapalah harini aku nampak bos aku ni lain macam.
Nampak lebih ...
ah, perasaan aku je gamaknya.
to be continue...
Share this novel