BAB 50

Romance Completed 45920

" Assalamualaikum .. "

Aku yang sedang terpisat-pisat di atas katil, terus membulatkan anak mata saat melihat susuk tubuh lelaki yang sangat aku kenali sedang berdiri tercegat di hadapan pintu wad. Seakan tak percaya lelaki itu akan muncul di hadapan mata aku saat ini. Namun ada keterujaan mula mengisi ruang hati kerana dapat menatap wajah itu.

" Waalaikumusalam. "

Balasku pelahan masih dalam mood terkejut. Masih kurang yakin dengan apa yang terhidang di depan mata aku sekarang.

" Er .. bila bos sampai? "

Ada sedikit getar di hujung ayat yang ku lontarkan. Mataku masih tak berkalih dari memandang lelaki itu.

" Baru je sampai. "

Senyuman mekar dibibirnya.

" Kenapa pandang I macam tu? tak suka I datang ke? " soalnya kemudian sambil memacu langkah mendekati aku.

Kepala segera menggeleng. Bukan itu yang bermain di fikiran aku sekarang.

" Bukan tak suka cuma terkejut je.. Kerja bos kat Perak tu dah settle ke? " Soalan dibalas dengan soalan. Aku memandang dahi Muzzafar Adli yang sedikit berkerut saat aku bertanyakan tentang itu.

" Belum. I tak boleh nak fokus dengan kerja bila teringatkan keadaan you kat sini. " Luahnya sambil merenung keadaan aku yang masih terbaring di atas katil.

Aku mengulum senyuman kelat. Rasa bersalah mula menjalar ke segenap ruang hati.

Jika semalam aku masih mampu menyembunyikan sebahagian luka yang ada di tubuhku tapi sekarang tidak lagi. Muzzafar Adli bebas meneliti setiap luka dan balutan yang terdapat di tubuhku.

Namun, riak bersahaja yang dipamerkan lelaki itu langsung tak memberikan aku sebarang jawapan.

Marahkah dia kerana aku berbohong?

" you should tell me the truth Rara.. semalam you cakap tak serius.. " suaranya kini sudah bertukar dingin.

Terkulat-kulat aku bila ditembak dengan soalan seperti itu.

Otakku mula ligat mencari helah.

" Er.. saya.. "

" Worried about me?

Bagaikan terkena renjetan elektrik, laju kepala aku mengangguk.

" But I dont like it. Please next time dont be like this. Berterus terang tu kan lebih baik. Serius atau tak sebagai your fiance I tetap kena tahu keadaan you. " Mendatar suaranya. Namun ada ketegasan di situ.

Terpegun aku mendengarnya.

Pertama kali ungkapan tunang itu terbentuk di ulas bibirnya.

" Sorryy... "

Apa lagi yang mampu katakan selain melafaskan sepatah ayat itu. Dah salah diri sendiri mengaku jelah.

" So how your day? felling better? "

Aku lihat ada secalit senyuman dibibirnya. Mungkin permasaalahan tadi tidak ingin lagi diperbesarkan mahupun dibahaskan.

Kepala ku angguk bersama rasa bersalah yang masih belum surut. Namun melihat dia yang bersahaja buat hati aku menjadi sedikit tenang dan lapang. Bijak benar lelaki itu mengawal perasaan.

" Okay sikit berbanding semalam. Cuma kaki ni je rasa susah sikit nak bergerak. "

" Kaki tu memang makan masa sikit nak sembuh. Lagipun tadi I dah tanya doktor, dia cakap kaki you cuma terseliuh. Tak ada tisu yang koyak so tak perlu nak buat operation. "

" Bos pergi jumpa doktor?! "

Anggukan kecilnya buatkan aku mengulum bibir sendiri. Hurmm.. patutlah dia tahu aku berbohong.

" Nanti lepas semuanya dah selesai kita balik kampung. I pun dah mintak ibu carikan tukang urut untuk kaki you. " ujarnya membuatkan aku terus menggeleng tidak setuju.

" Tak payahlah bos. "

" Kenapa? "

" Saya tak nak susahkan Ibu. Lagipun saya tak nak ... "

" Ibu dah tahu you warded. " pintasnya seakan tahu apa yang menganggu fikiran aku.

Tak tahu nak balas apa, aku bertindak mendiamkan diri. Sepi seketika ruang bilik itu sebelum dia kembali bersuara.

" dan lagi satu ... "

Aduh, apa lagi agaknya. Rasa gemuruh terus mengetuk pintu hati.

" Muka tu janganlah serius sangat. I cuma nak inform hari ni you dah boleh balik dah. "

" iya ke? betul ke ni saya dah boleh balik? " soalku teruja.

Bibir terus mengukir senyuman bahagia. Sememangnya berita itulah yang aku tunggu sejak dari awal pagi tadi. Sehingga terlena aku gara-gara bosan menunggu.

" Betul. tapi kalu you nak extend lagi 1 hari pun boleh..." usik lelaki itu sambil menayang barisan giginya yang tersusun cantik.

" Alaaa janganlah.. saya tak nak duduk sini. saya nak balik rumah. " rengekku manja. Spontan lengan Muzzafar Adli ku goyang-goyang pelahan.

" you look so happy? why? tak best ke duduk dekat sini? "

Aku terus menggeleng seraya menarik muncung panjang. Tawa kecilnya mengiringi jawapan.

" Kenapa bos ketawa? " soalku sambil mengecilkan anak mata.

" You tu lah. Macam teruk sangat je duduk kat sini. " balasnya bersama tawa yang bersisa.

" Memang teruk pun! Nurse tu suka paksa saya makan ubat."

Aku menekup mulut bila sedar yang aku sudah membuka rahsia sendiri. Kulit muka terasa panas tiba-tiba.

" you face look so cute, dear. "

Bertambah bahang rasanya kulit muka. Muzzafar Adli tersenyum ceria. Suka agaknya dapat mengenakan aku.

" Kinah mana eh? Bos ada nampak dia tak? tadi dia ada kat sini. "

Dari tadi aku tak nampak Kinah. Padahal sebelum aku terlelap tadi, Kinah ada bersama aku. Semalaman dia menemani aku berborak. Kemarahannya pada aku juga sudah hilang sebaik dia datang semula ke hospital malam tadi.

" I dah suruh dia balik. "

" Hah? kenapa bos suruh dia balik? Habis tu siapa nak hantar saya balik nanti? " soalku mula cemas. Takkan nak biarkan aku mereput sehari lagi dekat wad ni. Oh, tak rela aku!

" I kan ada. Nanti I hantarkan you balik. Lagipun tadi I nampak dia macam penat sangat. Sebab tu I suruh dia balik dulu. "

Aku memandang Muzzafar Adli yang sedang bersandar tenang di sebelah aku dengan rasa bahagia. Jujur aku katakan, meskipun belum ada rasa cinta aku buat lelaki itu, namun rasa bahagia itu selalu hadir tatkala kami bersama.

" you rehatlah dulu. I nak turun ke bawah sekejap. Nak breakfast. You nak kirim apa-apa tak? " soalnya sudah bangun dari duduk.

" No. thanks. "

Senyuman meniti di bibirnya. Sesaat, dia mula membuka langkah menuju ke arah pintu. Anak mataku hanya berkalih setelah tubuh tegap itu benar-benar hilang dari pandangan.

Sungguh, kehadiran lelaki itu pagi ini seakan menutup fikiran aku untuk berfikir tentang kejadian duka semalam.

.
. .

Mata meliar ke kawasan sekitar. Selesa betul lobi hospital ini. Rekaannya pun agak mewah. Maklumlah, orang yang datang ke sini bukan sekadar untuk berubat malah mereka juga membayar untuk keselesaan, kemewahan dan kemudahan yang disediakan.

Jam besar di dinding lobi ku kerling pantas, Sudah lebih 10 minit berlalu. Aku masih belum nampak kelibat Muzzafar Adli di sini. Masih sibuk di kaunter pembayaran agaknya.

Baru saja aku mahu mencapai telefon yang terdampar di atas riba, tiba-tiba aku di datangi oleh seseorang.

" Tunggu suami ke? "

" Eh, taklah. Saya tunggu tunang saya."

Senyuman lebar terlakar di bibir wanita awal 40-an itu.

" Oh tunang. Akak ingatkan suami. Bertuah adik dapat lelaki baik macam tu. Sampai ke pagi akak nampak dia tunggu adik. "

Aku yang mendengarnya sudah berubah wajah. Garisan panjang sudah terlakar di atas dahi. Walaupun kami saling tak kenal tapi ungkapan dari wanita itu tetap menimbulkan tanda tanya padaku.

" Tunggu saya? Err.. saya rasa akak dah salah orang ni. " ujarku tanpa sebarang keraguan.

" Eh. taklah. Adik kan yang duduk bilik 271 tu? "

" Aah, betol. "

Bertambah pelik aku dengan pertanyaannya.

" Mungkin adik tak perasaan. Anak akak duduk bilik 272. Sebelah je dengan bilik adik. "

Aku mengangguk kecil. Hati semakin dipalu rasa ingin tahu.

" Semalam waktu akak keluar dari bilik, akak nampak tunang adik kat luar bilik. Itu maksud akak cakap macam tu. " jelasnya seketika kemudian.

Aku bagai hilang kata-kata. Tak mungkin Muzzafar Adli yang menunggu aku, sedangkan lelaki itu baru saja sampai pagi tadi. Mengingatkan kenyataan itu, terus merinding bulu romaku.

Tak sangka hospital mewah macam ni pun ada kisah yang menyeramkan.

Sedang aku leka bermain dengan perasaan sendiri, tiba-tiba mataku menangkap susuk tubuh tegap milik Muzzafar Adli sedang melangkah kemas ke arah aku.

Dan ketika aku menoleh semula ke sisi, wanita tadi sudah pun melangkah meninggalkan aku.

Hampa dan terkilan.

Belum habis penasaran aku tentang lelaki misteri yang diperkatakan tadi.

" Dah settle. Jom balik. "

Sepanjang perjalanan pulang tidak banyak yang kami borakkan. Tumpuannya lebih banyak ke arah jalan raya. Sesekali aku mendengar bibirnya mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan di corong radio. Ada bakat terpendam rupanya lelaki itu.

" Lepas I hantar you balik nanti, I nak kena pergi ke Perak semula. Dah settle kerja kat sana I datang jemput you, kita balik kampung sama-sama. " ujarnya dengan mata yang masih lagi tertumpu pada jalan raya yang sesak.

" Emm.. pasal balik kampung tu rasanya tak payahlah bos. Saya ingat nak cari tukang urut kat sini je. " tolakku lembut masih cuba untuk mengelak dari di bantu oleh lelaki itu.

Sekilas wajahku menjadi mangsa renungannya.

" No argument Rara.. Lagipun I dah janji dengan Ibu. Dia pun nak sangat jumpa dengan you. "

Tertelan liur aku bila dia memberikan kata putus seperti itu. Seakan langsung tak nak memberi aku ruang untuk menolak.

" Okayyyy... "

Pandangan terus ku lontar ke arah luar tingkap. Memerhati langit yang semakin ingin melabuhkan tirai senja.

Ingatan aku tiba-tiba berkisar kembali pada kejadian di hospital tadi. Ingin sekali aku bertanya kepada Muzzafar Adli, adakah benar dia orang yang dimaksudkan oleh wanita tadi. Namun baru saja aku ingin membuka mulut, Muzzafar Adli terlebih dahulu meragut peluang itu.

" Kenapa ni.. diam je? you marah I ke? " suara lelaki itu teralun lembut.

Aku lantas menggeleng. Menafikan kebenaran, walaupun jelas tadi aku sedikit kecewa dengan keputusannya.

" Sayangggg.. "

Lembut dia memanggil.

" Hurmm... "

Aku membalas sekadarnya. Tubuh masih lagi terletak di posisi yang sama.

" I'm sorry. "

Kekura tanganku terasa disentuh.

" I'm sorry if i've make you feel uncomfortable tapi I tak ada banyak masa Rara.. Lepas ni for sure I akan bertambah sibuk dan semakin susah untuk kita keluar berdua macam ni lagi. Jadi sementara ada waktu ni bagilah I peluang untuk jaga you. "

Raut masam si tunang benar-benar buat Muzzafar Adli dihurung rasa bersalah.

Tak semena bibirku teroles sedikit senyuman. Ayat lembut yang barusan saja meniti dari bibirnya buat aku terasa seperti ada ribuan kupu-kupu sedang berterbangan di dalam perut.

Ketika aku menoleh kepada Muzzafar Adli, lelaki itu juga sedang merenung aku dengan mata redupnya. Tiba-tiba dadaku terasa sebu. Entah kenapa aku jadi segan pula. Tentu saja lelaki itu menganggap aku seperti anak kecil yang manja.

" Bukan salah bos. Saya yang terlebih touching. " balasku hampir saja tak terkeluar suara.

Malu!

“ Kalau macam tu, senyumlah sikit.. " usiknya nakal.

Aku menurut. Terus saja bibir ini menghadiahkan senyuman lebar buatnya.

" That my girl. "

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience