BAB 45

Romance Completed 45920

'Dear, miss you.'

Aku menyimpul senyum.

Walaupun ayat Muzzafar Adli tidaklah romantik seperti orang lain, namun perkataan rindu itu sahaja sudah cukup buat aku tersenyum sampai ke telinga.

Kalau semalam dia buat aku merajuk, hari ni dia buat aku rasa bahagia.

'Cover sikit senyum tu. Nanti jiran sebelah perasan.'

Nak ketawa aku baca mesej yang baru dikirimkan oleh Muzzafar Adli. Macam ahli nujum. Tahu-tahu jer dia yang aku tengah senyum sekarang.

' Bos pun sama. Jangan asyik main mesej je. Nanti kerja tak siap.'

Alamak. Dah tekan butang send, baru aku perasan ayat tu macam tak sesuai pulak.

Sesaat skrin telefon aku bercahaya, menandakan ada mesej baru masuk. Aku baca dan tak semena dahiku berkerut sedikit.

" Come in. "

Aku panjang leher. Menoleh sebentar ke arah bilik Muzzafar Adli. Walaupun bilik itu terletak agak jauh dari meja kerjaku tapi aku masih boleh melihat bayang-bayang lelaki itu dari sini.

Aku kerling Jaja disebelah. Sedang sibuk dengan tugas hakikinya. Menulis sesuatu di kertas sampai tak menoleh langsung ke arah aku.

Pelahan-lahan aku menolak kerusi ke belakang. Berkira-kira untuk bangun dan pergi ke bilik Muzzafar Adli.

" Eh Rara, kejap. kejap. Kau nak pergi ke mana ni? " tegur Jaja tiba-tiba.

Aku yang sudah melepasi mejanya setapak, memejam mata sesaat sebelum menoleh pelahan ke arah Jaja yang sudah memfokuskan anak matanya memandang aku.

" Aku nak ke bilik bos kejap. Dia suruh aku buatkan dia air. " spontan aku cipta alasan yang ku kira agak bernas.

Dahi Jaja berkerut sedikit.

" Peliknya... Kenapa pulak dia suruh kau eh? Bukan sebelum ni dia buat sendiri ke? " soal Jaja mengerling sekilas ke arah bilik Muzzafar Adli.

Aku angkat bahu. Berpura-pura tenang, seperti tiada apa yang berlaku.

" Entah. Mungkin dia sibuk sangat kot. Kau pun tahu kan bos kita tu kalau kerja macam mana. Selagi tak settle kerja, selagi tulah dia takkan pergi ke mana-mana. "

Mendengarkan itu, muka berkerut Jaja berubah kembali jadi normal. Kepalanya diangguk seakan mengiakan kataku.

" Betul lah apa yang kau cakap tu. Sepatutnya bos kita tu hire sorang tea lady kat ofis ni. Senang nak tolong buatkan air untuk dia. Tak adalah dia nak menyusahkan kita yang banyak kerja ni. " ngomel Jaja dengan nada pelahan. Risau agaknya orang lain dengar.

" Its okaylah Jaja.. Benda simple. Lagipun bukan selalu dia mintak aku buatkan dia air. Kebetulan aku pun tengah free sekarang. "

Aku tayang sengih. Tak sangka Jaja ambik serius bila aku cakap macam tu.

" Kalau macam tu kau buatkan nescafe satu untuk aku. "

Erk,

Tak ku jangka permintaan itu akan keluar dari mulut Jaja. Betul-betul jadi tea lady aku nampak gayanya.

Namun dengan tenang aku membalas jugak dengan anggukan.

" Nanti aku buatkan. " aku senyum segaris " Oklah, aku pergi buatkan bos air dulu. Kang marah pulak dia sebab tunggu lama "

Usai berkata, aku terus memacu langkah menuju ke bilik pantri.

Selesai membuat air, aku bergerak pula ke bilik Muzzafar Adli yang terletak hanya 10 langkah dari bilik pantry.

" Hai dear.. "

Muzzafar Adli bersuara sebaik aku melangkah masuk ke dalam bilik. Ceria mukanya, seakan meraikan betul kedatangan aku ke situ.

Tak semena jantungku berdegup deras. Namun, pandanganku tetap jatuh ke wajah Muzzafar Adli yang sedang santai bersandar pada permukaan kerusi. Dengan langkah ringan, aku mendekatinya.

" Wow, macam tahu-tahu je I tengah haus. " Dia melirik sekilas pada mug di tangan aku.

Aku senyum nipis. Mug berisi air tadi lantas aku letakkan atas meja kerjanya. Tanpa dipelawa, aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengannya.

Sedar mata Muzzafar Adli sedang merenungku buat aku tertunduk malu. Bagaikan mahu berlaga saja dagu dan dada.

" Sedap air ni. "

Pujian itu berjaya buat aku mengangkat kepala. Spontan bibirku mengukir senyuman bangga.

" Nak-nak lagi tunang I yang buatkan. Rasa macam tak nak minum kat kedai dah lepas ni. " pujinya seraya meletakkan mug tadi kembali atas meja. Matanya masih lagi melekat pada wajahku.

" Bos puji saya lebih-lebih ni ada apa-apa ke? " soalku mula tak selesa dengan pandangan nakal Muzzafar Adli.

Lelaki itu melepas tawa halus. Tangannya menongkat dagu di atas meja, sebelum kembali bersuara.

" you memang tak nak ubah panggilan nama I tu ke? "

Hah?

Aku tarik muka kelat. Dah kenapa pulak dengan panggilan tu.

" Bos kan majikan saya. "

" tapi I jugak tunang you "

Aku mati kata. Tepu otak nak bagi alasan apa. Jujurnya lidah aku ni memang suka panggil dia bos. Dah terbiasa gamaknya.

" Dah terbiasa? " soalnya seakan dapat membaca isi hatiku.

Kepala mengangguk bersama senyuman kelat.

" I nak you slow-slow ubah panggilan tu. Maybe you can call me abang or sayang or hubby.. tapi I suka you panggil I abang. "

Hukhuk..

Terus aku terbatuk tanpa sempat ditahan. Nasib baik aku sempat tutup mulut. Kalau tak bersepai air liur aku atas meja dia.

" .. takkan lepas kahwin nanti you nak panggil I bos jugak. " dia menyambung kata lantas mengenyit matanya ke arahku.

Aku tersipu malu. Kulit muka rasa membahang tiba-tiba. Rasa nak keluar dari bilik itu sekarang juga. Panas. Macam aircond kat ofis ni tak berfungsi pulak.

" ada apa panggil saya datang ke sini? " soalku cuba mematikan perbualan yang memalukan aku tadi.

Dia menyulam senyuman manis. Handsome.

“ Tak ada apa. Cuma nak ajak you keluar makan. "

Aku tersenyum kelat. Cakap tak ada apa. tu yang ajak keluar makan tu apa.

“ Boleh tak keluar makan dengan I hari ni? "

Sekali lagi dia bertanya. Jarinya diketuk-ketuk pada permukaan meja sambil menantikan jawapan dari aku. Anak matanya dibiarkan bebas merenung ke arah aku. Suka benar dia membuat aku tak tentu arah di situ.

“ Hari ni tak boleh, saya ada hal. "

" Hal apa? pasal study ke? " Laju dia menyoal. Berubah sedikit air mukanya yang ceria.

Aku menggelengkan. Menidakkan tekaan lelaki itu. Sebetulnya hari ini aku ingin berjumpa dengan Liana, gadis yang telah ku anggap seperti adik sendiri.

“ why? got a problem? "

Aku menghela nafas panjang, aku memberanikan diri bertentang mata dengan Muzzafar Adli.

" Err... achually hari ni saya dah janji nak keluar dengan kawan. " Berlari anak mataku dari menjadi mangsa renungannya.

" Nak I temankan? "

" Eh, tak payah. Saya pergi pun tak lama. Habis je jumpa nanti saya terus balik rumah. " terangku serba salah. Besar harapku agar dia tak tanya lebih-lebih. Boleh mati akal aku nak proses alasan yang bernas nanti.

" tapi esok I dah nak pergi outstation. So ingatkan hari ni nak spend time dengan you. " meleret saja suaranya memujuk aku.

Aku mengukir senyuman tawar. Semakin serba salah jadinya.

" Boleh ya? "

Terkalih anak mataku memandang Muzzafar Adli yang sedang mengorak senyum mesra. Buat aku semakin rasa serba salah. Kalau di halang pun rasanya tak guna, lalu aku mengangguk saja tanda setuju.

.
. .

Senyuman menghiasi bibirku saat kereta Muzzafar Adli sudah memasuki perkarangan Rumah Anak Yatim Annur Raudhah.

Sebaik enjin kereta dimatikan, aku terus keluar dari perut kereta. Perasaan teruja dan gembira bercampur menjadi satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan.

“ Lepas mama dan papa meninggal, dekat sinilah saya dibesarkan. Dari umur 9 tahun sampai saya masuk sekolah asrama. ” ceritaku pada Muzzafar Adli yang sudah berdiri di sisi.

Aku nampak dia turut menfokuskan pandangannya pada rumah yang tersergam di hadapan kami.

Keletah anak-anak yatim yang sedang ralit bermain, berkejaran ke sana sini berjaya menarik aku kembali ke masa lalu. Sungguh. Aku rindukan saat itu. Zaman kanak-kanak yang penuh warna warni. Zaman di mana anak kecil tak perlu merasai tekanan hidup seperti orang dewasa.

" tentu banyak kenangan you kat sini kan? "

Aku angguk dan senyum.

Tahun pertama yang penuh dengan air mata. Sukar untuk anak kecil seperti aku menerima takdir illahi. Namun aku bersyukur, disinilah permulaan kehidupan aku yang sebenar. Aku belajar banyak benda, aku tahu banyak perkara dan di sinilah jugalah aku belajar bahawa takdir itu bukan untuk ditangisi sebaliknya bersyukur kerna ujian itu tanda kasih sayang maha pencipta.

" Banyak sangat. Sampai penuh memori otak. "

" Please, sediakan sikit ruang untuk I. "

Tanpa suara, anggukan aku mewakili jawapan untuk pertanyaannya. Sekalipun Muzzafar Adli tak mintak memang aku perlu sediakan satu ruang untuk dia.

" Jom kita duduk sana. "

Perlahan-lahan aku mengorak langkah menuju ke arah taman mini yang terletak bersebelah dengan pejabat pengurusan. Muzzafar Adli hanya menurut langkah aku dari belakang.

" Kak Rara! " panggil seseorang dari arah tepi kanan. Selang seminit kelihatan dua orang gadis sudah berdiri di tepi aku.

" Dah lama ke akak sampai? " Perempuan berbaju hitam itu lantas menyalami tangan aku. Di ikuti gadis berbaju merah.

" Baru aje sampai. Duduk pun belum lagi. " terangku lantas memperkenalkan Muzzafar Adli kepada mereka.

" Ni mesti akak datang nak jumpa Kak Ana kan? " soal Sarah yang memakai baju hitam.

" Ya. Dia ada tak? "

" Mestilah ada. Dari tadi dia tunggu akak datang " terang Wani ceria. Ramah dan mesra keduanya melayan aku. Maklumlah kami saling kenal. Ibarat aku senior, dia orang junior.

" Kalau macam tu tolong bagitahu Kak Ana, akak tunggu dia kat sini. "

Serentak keduanya mengangguk sebelum berlalu meninggalkan kami.

Sebaik punggung mencecah kerusi, aku berpaling ke arah Muzzafar Adli. Kelihatan lelaki itu sedang leka, melontar pandangan ke arah anak kecil yang sedang seronok bermain di hadapan kami. Melihat tingkahnya begitu, aku yakin tentu saja ini kali pertama Muzzafar Adli datang ke tempat seperti ini.

" Bos! "

Dia tersentak. Menoleh sambil menjongket sebelah kening.

" Bos okay ke? "

Soalan aku buat keningnya semakin berkerut.

" Maksud saya bos selesa ke? saya takut bos ... "

" Jangan pandang I sebelah mata. Budak-budak suka lelaki handsome macam I tau. " Dia tersenyum nakal ke arahku.

Aku menjuih bibir.

" tak percaya? nanti I buktikan. " Dia lantas berdiri. Berjalan menuju ke arah sekumpulan anak kecil yang sedang ceria bermain. Aku nampak Muzzafar Adli bercakap sesuatu pada mereka sebelum anak-anak itu melompat kegirangan.

Aku pulak yang berkerut kening. Pelik. Apa yang mereka borakkan?

Bunyi derapan kaki dari arah tepi mengamit perhatian. Aku lantas menoleh. Kehadiran Liana terus mengundang senyuman manis di bibirku.

" Rindunya.... "

Terus bersatu tubuh kami dalam satu pelukan. Hilang terus tumpuan aku pada Muzzafar Adli.

" Dah. Dah. Kang pelik pulak budak-budak tu tengok kita. " selorohku lalu meleraikan pelukan tadi.

Liana ketawa halus. Ceria wajahnya. Aku dan dia duduk di atas bangku berhadapan antara satu sama lain.

" Mana kawan akak tu? " tanya Liana tiba-tiba.

" Kawan? "

Liana mencemik seketika.

" Aah kawan akak. Tadi Sarah dan Wani cakap akak datang dengan abang handsome. Mana abang handsome tu? tak nak kenalkan dia pada Ana ke? " Bebola mata Liana sudah bersinar galak. Teruja gamaknya.

Mulut aku membentuk perkataan O. Maksud dia Muzzafar Adli. Anak mata meliar semula ke arah depan namun kelibat Muzzafar Adli sudah tiada di situ. Mana perginya dia bersama anak-anak asuhan tadi?

" Entah. Tadi ada kat situ. "

Liana turut panjang leher memandang ke arah yang aku maksudkan.

" Rajin dia temankan akak datang ke sini. Tentu akak special pada dia kan? " ujarnya seperti sengaja menekan ayat di hujung.

Aku senyum segaris. Kelu lidah untuk membalas. Sudahnya aku senyum sebagai jawapan.

" Alaa akak ni. Takkanlah dengan Ana pun nak berahsia jugak. "

Erk,

Terus aku pura-pura garu dahi. Tak tahu nak mula ayat macam mana. Risau jugak kalau Liana boikot sebab aku tak maklum berita pertunangan aku tempoh hari. Sudahnya aku biarkan anak mata beralih sekejap dari menatap muka Liana.

" Ana cuti berapa hari? " soalku kemudian.

Liana yang tahu taktikku terus menepuk paha aku. Walaupun pelahan tapi boleh tahan peritnya.

" Dua hari je. Malam ahad dah kena balik. " Mencuka saja mukanya. Sudah tentu Liana juga sama seperti aku dulu, tak suka berjauhan dengan Umi.

Umi? oh ya apa khabar dengan Umi agaknya. Dah lama kami tak bersua muka. Kali terakhir kami berbalas mesej 4 hari lepas. Isu yang sama lagi dibangkitkan oleh Umi. Memujuk aku agar berjumpa dengan Esham.

" Ana ada jumpa dengan Umi tak? "

Ana mengangguk kepalanya.

" Ada. Umi ada datang ke sini pagi tadi. Tapi sekarang Umi dah balik dah. Ada emergency. Anak Abang Sham jatuh sakit. "

Aku terdiam. Berita yang barusan diberitahu oleh Liana ternyata berjaya buat wajah aku berubah riak.

Jauh disudut hati, terbit rasa kasihan aku tatkala mengenangkan masalah yang sedang melanda Umi sekeluarga. Entah sampai bila Esham harus bertindak seperti orang kurang matang. Melempiaskan marah pada orang yang tak sepatutnya.

" terima kasih abang handsome. "

Berbola mataku terus bergerak ke arah bunyi sorakan tadi. Jelas dihadapanku anak-anak kecil tadi melambai-lambai tangannya ke arah Muzzafar Adli yang sedang bergerak menuju ke arah aku.

Tatkala menyedari yang aku sedang memandangnya, sebuah senyuman manis terhias indah di ulas bibirnya.

" Jadi inilah abang handsome yang hantar akak tadi? " bisikan suara Liana kedengaran pelahan di telingaku.

Aku senyum bersama satu anggukan.

" Dari mana datangnya aiskrim tu semua? " soalku memandang pelik ke arah encik tunang. Sekarang baru aku tahu kenapa anak-anak tadi bersorak gembira, rupa-rupanya Muzzafar Adli mengumpan mereka semua dengan ais krim. Pandai dia ambil hati budak-budak ni semua.

" FoodPanda kan ada. "

Dia menyengih sebelum mengambil tempat duduknya di sebelah aku.

" Ana kenalkan ni bos akak ... "

" Merangkap tunang dia jugak. "

Mahu pengsan aku bila Muzzafar Adli menokok bicaraku sebentar tadi. Tak sangka dia berani memperkenalkan dirinya sebagai tunang aku kepada Liana.

Aku nampak wajah Liana sudah berubah riak. Terkebil-kebil dia memandang Muzzafar Adli sebelum kembali semula pada aku.

" Wah, betul ke ni kak? akak dah bertunang dengan abang ni? patutlah tadi nak sorok-sorok dari Ana. Dapat tunang muka helok rupanya. "

Aduh.

Naik pitam aku dibuatnya.

Langsung aku tak jangka mulut Liana akan jadi semurai ini. Sudahlah itu, pakej siap puji muka Muzzafar Adli lagi. Apa Liana ingat muka aku ni macam kulit buaya ke?

Tebal berlapis-lapis.

Sekilas mataku menapak pada muka Muzzafar Adli yang tersenyum senang. Hisyh, encik tunang kita ni bukan main suka orang puji muka di helok ek ...

" So bila akak bertunang? "

" Baru seminggu. "

Nak tak nak aku membalas juga pertanyaan Liana biarpun hampir tak keluar saja suara aku ketika itu.

" tahniah kak. Majlis nanti jangan lupa jemput Ana tau. Kalau boleh Ana nak jadi pengapit akak. Macam yang pernah Ana janji dulu. "

Terkulat-kulat muka aku saat mendengar permintaan Liana. Memang dulu Liana pernah menawarkan diri untuk menjadi pengapit aku sewaktu aku dan Esham berencana untuk mendirikan rumahtangga. Tak sangka pulak aku setelah bertahun berlalu Liana masih ingat akan janji itu.

Sedetik berlalu akhirnya anggukan pelahan ku kirim sebagai jawapan. Satu senyuman nipis terhias dibibirku buat Liana. Jangan Liana bertanya lagi soal pertunangan kami, kerna aku sendiri masih mencari waktu yang sesuai untuk aku membincangkan secara serius tentang hala tuju perhubungan ini.

bersambung ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience