Langkahku menjadi semakin pelahan tatkala melihat kelibat Umi yang sedang menunggu aku di depan pintu rumahnya. Riak wajah Umi yang mendung jelas mengambarkan ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya.
" Masuk lah Rara " pelawa Umi setelah aku selesai bersalam dengannya.
Aku menurut biarpun hati ini semakin dihimpit pelbagai persoalan.
" Ada perkara penting apa yang Umi nak cakap dengan Rara? " soalku tak tertahan lagi.
Aku pandang muka Umi tapi Umi hanya mendiamkan diri. Sepatah kata pun tak keluar dari mulut Umi. Sebaliknya Umi tarik tangan aku sehingga ke ruang tamu. Di ruang tamu aku nampak Maya sedang menekur lantai. Tak lama telinga aku menangkap pula bunyi esakan kecil dari gadis itu. Semakin penasaran aku jadinya.
" Bukan Umi tapi Maya. Dia yang nak jumpa sangat dengan Rara. "
Aku yang baru nak duduk terus bangun berdiri. Aku menggeleng ke arah Umi. Memberi isyarat aku tak setuju dengan pertemuan ini. Tak sanggup rasanya aku nak dengar kata makian dari menantu Umi tu lagi.
Cukup-cukuplah apa yang berlaku dulu. Aku tak nak ada kaitan lagi dalam hubungan mereka. Aku serik dituduh perempuan perampas.
" Tunggu Rara "
Halang Maya dengan suara yang sudah serak kerana menangis.
Aku hela nafas. Muka Umi aku pandang sekejap sebelum beralih semula ke muka Maya. Muka kemerahan Maya aku pandang dengan sedikit rasa simpati.
" Kau nak tuduh aku apa lagi Maya? Sumpah! aku memang tak ada apa-apa hubungan dengan suami kau. " terangku tegas.
Saat melihat Maya menggelengkan kepalanya buat aku jadi bertambah pelik. Air mata yang masih berbaki di tubirnya di seka pelahan. Dia datang mendekati aku yang masih berdiri kaku di sebelah Umi.
" Dengar dulu Rara. Bukan tu tujuan aku minta Umi panggil kau datang ke sini "
Dahi aku berkerut halus.
" Habis tu sebab apa? kita nak cakap pasal apa sebenarnya ni? " bertambah pelik aku jadinya. Sesaat kemudian Maya datang mengenggam kedua jemariku. Dia tunduk menekur lantai. Persis seorang persalah, air matanya mengalir lagi.
" Maafkan aku Rara. "
Aku tergamam mendengar bait kata itu.
" Setelah apa yang berlaku aku tahu tak mudah untuk kau maafkan aku. Dah macam-macam aku tuduh kau. Aku jahat sebab hina kau dulu. Sekarang baru aku sedar kenapa semua orang sayangkan kau. Sebab kau baik Rara. Aku menyesal sangat dengan perbuatan aku. "
Air mata Maya semakin laju merembes keluar. Aku terkesima dengan bait katanya yang nampak jujur dan ikhlas.
Jika selama ni aku hanya menyaksikan kemarahan bertalu daripada Maya tapi hari ini Maya nampak sangat berbeza.
" Tolong maafkan aku Rara. "
Tangisan Maya semakin kuat kedengaran. Mengogoi dia menangis tanpa ada rasa malu di hadapan aku.
Terjeda.
Nafas terhembus pelahan. Cuba mencari secebis kekuatan yang hampir hilang dalam diri. Lantas segala rasa ego itu aku campak jauh ke tepi kerana aku percaya setiap kejahatan itu tidak harus dibalas dengan kejahatan.
" Aku maafkan kau Maya. Kita pun bukan orang lain. Kita sama-sama membesar dekat sini. Aku pun dah anggap kau macam adik beradik aku sendiri. "
Berpelukkan kami buat seketika. Tersedu sedan Maya menangis dalam pelukkan aku. Aku turut senang dengan perubahan Maya. Jika ini penamatnya aku bersyukur Ya Allah.
" Aku nak minta tolong kau, itupun kalau kau sudi " pintanya saat pelukan sudah dileraikan. Diseka air mata yang masih berbaki.
Sekilas aku memandang Umi yang turut sebak melihat 'drama sebabak' kami tadi. Sudah tentu Umi senang hati melihat aku dan Maya tidak lagi bercakaran.
" tolong apa? "
Maya gigit bibirnya. Mukanya nampak serba salah. Semakin buat hatiku diburu rasa ingin tahu.
" tolong aku pujuk Esham balik ke sini " pelahan saja suara itu menyapa telingaku.
" Apa kau cakap tadi? "
Muka Maya dan Umi aku pandang silih berganti. Aku keliru. Aku langsung tak dapat nak agak apa yang dah berlaku sebenarnya. Setahu aku Esham memang tinggal bersama mereka di rumah Umi. Jadi apa maksud kata-katanya tadi?
" Aku tahu aku tak patut libatkan kau dalam masalah aku. Tapi tolong... aku merayu pada kau, tolong pujukkan Esham untuk aku " kedua kalinya dia mengulangi ayat yang sama.
Aku lantas menggeleng.
" Sorry Maya. Aku tak nak. Dia suami kau. Kenapa aku pulak yang kena pujuk dia. Aku ni kalau boleh memang tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi. " lancang ucapanku.
Lepas apa yang berlaku, aku memang tak nak masuk campur lagi hal laki bini ni. Kalau Maya nak aku maafkan Esham aku boleh buat tapi bab pujuk Esham memang aku tak boleh terima.
Umi tiba-tiba datang mendekat. Dia duduk di sebelah aku. Tangan aku disentuh dan diusap lembut bersama satu senyuman nipis.
" Dengar dulu Rara. Umi tahu Rara masih marahkan Esham. Tapi Umi dah tak tahu nak mintak tolong siapa lagi. "
Dengan air muka yang semakin keruh Umi menyambung kembali bicaranya.
" ... Umi dah buntu. Umi tak tahu macam mana cara lagi nak pujuk dia balik ke sini. Seminggu dia menghilang. Maya telefon langsung tak di layan." luah Umi sebak. Mutiara jernih mula bergenang di kelopak matanya.
" tapi Umi.. Rara tak nak jumpa dia. "
Aku menggeleng beberapa kali. Aku harap sangat Umi faham perasaan aku. Apa yang berlaku selama ni sudah cukup buat aku menderita. Jangan di tambah lagi rasa derita itu kerna sakitnya terlalu payah untuk aku ubati.
" Kali ini je Rara... Umi janji lepas ni Umi takkan susahkan Rara lagi. Rara tolong Umi yer ... " pujuk Umi berserta air mata yang mula mengalir di pipinya.
Terasa semakin berat dadaku untuk bernafas. Kenapa mesti Umi berkelakuan seperti ini. Umi sendiri tahukan selama ini aku tidak pernah menolak permintaannya. Malah sudah tentu kali ini aku juga terpaksa menunaikannya atas dasar kasih seorang anak kepada ibunya.
" Insyallah Rara cuba tolong. Tapi boleh Rara tahu Esham marah Umi sebab apa? "
Umi angkat muka. Senyuman kelat terhias di bibir tuanya. Aku pasti sesuatu telah terjadi.
Tapi apa?
.
.
.
" Tadi termenung, sekarang termenung. Apa lagi yang kau fikirkan ni? ”
Dari skrin tv, pandangan aku beralih pada Kinah yang sudah menapak duduk di hadapan aku.
“ Mana ada aku termenung. Kan aku tengah tengok tv ni. "
Kinah ketawa mengejek. Tersungging tinggi bibirnya. Mata saja di kaca TV, fikiran temannya itu entah merayau ke mana.
" Jangan nak menipulah Rara.. Aku kenal kau bukan sehari dua. Aku tahu ada benda yang sedang menganggu fikiran kau. "
Jawapan tepat dari Kinah buat lidahku semakin kelu untuk bersuara.
" So, kau tak nak share dengan aku ke masalah kau tu? "
Aku menghela nafas sedalam mungkin. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Rasanya aku memang perlu mencari teman untuk bercerita. Makin lama dipendam, semakin bengkak urat otakku berfikir.
" Tadi aku ada pergi rumah Umi.. "
" Kenapa kau pergi ke sana? Umi sakit ke? " Laju Kinah menyoal.
" Taklah. Umi sihat je. Tapi Maya yang suruh Umi panggil aku ke sana. Dia nak mintak tolong aku. "
Kinah lantas beralih tempat. Dia duduk di sebelah aku. Teruja barangkali dengan cerita yang ingin aku sampaikan.
Tak berlengah, kejadian di rumah Umi tadi aku ceritakan kepadanya. Sesaat berlalu, dahi Kinah mula berkerut-kerut. Aku tahu sukar untuknya menghadam cerita yang barusan aku sampaikan.
" Kalau aku jadi kau, aku takkan buat apa yang umi kau suruh tu. Biarlah orang nak cakap apa sekalipun. Yang penting hati aku tak sakit. Kepala aku tak pening. " tegang saja air muka Kinah ketika itu. Sedikit beremosi dia meluahkan pemdapat.
" Susahlah Kinah.. Aku dah tolak dah... tapi Umi tu ..."
Aku mati kata. Tak sanggup nak teruskan bicara bila teringatkan riak sedih yang terpamer di muka umi.
" Aku pun peliklah dengan Umi tu. Esham tu dah ada bini dah kot. Pergilah suruh Maya tu pujuk laki dia. Yang sibuk sangat nak kaitkan kau dalam masalah rumahtangga laki bini tu dah kenapa. " tutur Kinah tak puas hati.
Aku mengangguk setuju. Apa yang diluahkan oleh Kinah memang ada benarnya. Memang tak patut Umi libatkan aku dalam permasalahan mereka anak beranak. Sudahnya aku pulak yang rasa terbeban dengan masalah orang. Padahal aku sendiri pun ada masalah lain.
" ... yang paling aku pelik, Maya tu boleh pulak dia bagi idea pada Umi suruh kau pujuk laki dia. Eh, bukan dia tu jenis kuat cemburu ke? "
Dahi Kinah sudah berkerut memandang aku. Aku menjungkit bahu tanda tak tahu.
" Mungkin sekarang dia dah tak cemburu kot. "
Acuh tak acuh aku membalas. Sebenarnya aku sendiri pun tak berapa yakin dengan jawapan yang aku berikan.
" Rara, apa kau ingat penyakit cemburu ni macam sakit kepala ke? boleh hilang sejam dua. Aku ni bukannya apa, aku tak nak orang lain mempergunakan kebaikan kau demi kepentingan sendiri. Lagipun Esham tu kan masih ada hati pada kau. Kang tak pasal lain pulak jadinya. " Luah Kinah sekaligus meluahkan kerisauan dihatinya.
Aku menghela nafas panjang kemudian melepaskannya pelahan-lahan. Semakin berselirat urat otak aku jadinya.
" Aku pun kalau boleh tak nak jumpa dengan Esham. Tapi kau sendiri pun tahu kan. Aku mana pernah tolak permintaan Umi. Nak-nak lagi tadi Umi merayu sambil menangis depan aku. Lagi buat aku rasa serba salah nak menolak. " keluhku
sambil meraup kedua muka dengan telapak tangan.
" Habis tu kau nak pergilah ni? " soal Kinah dengan muka serius.
Aku diam tak bersuara. Tak tahu nak jawab apa. Hatiku sedang berbelah bahagi. Ibarat aku sedang berdiri di dua persimpangan. Tak tahu arah mana yang harus aku tujui.
" Kau rasa? "
Soalan aku buat kening Kinah bertaut.
" Kenapa tanya aku pulak. Yang nak pergi tu kau bukannya aku. "
Aku sengih tayang gigi.
" Otak kau kan macam poket doremon. Mana tahu kot ada idea yang boleh aku guna. "
Kinah senyum sumbing. Dia lantas gosok bawah dagunya. Acah seperti orang sedang berfikir.
" Kalau kau tanya aku, jawapan aku tetap sama. Aku takkan pergi jumpa dengan orang yang pernah sakitkan hati aku. "
Aku tersenyum tawar. Tiba-tiba hatiku menjadi sedikit sayu tatkala mengenangkan nasib yang sedang menimpa diri. Kalaulah masa boleh diundur kembali, aku takkan sesekali menerima Esham dalam hidup aku. Tapi semuanya telah berlaku dan tak mungkin masa itu dapat diundur kembali.
" Nak kena mandi bunga agaknya aku ni. Banyak sangat masalah aku lately ni. " luahan tanpa sengaja itu membuatkan Kinah memandang pelik ke arahku.
" Lain macam je bunyinya. Ada apa-apa lagi ke yang kau rahsiakan dari aku? "
Aku lantas menceritakan kejadian lelaki yang telah melanggar bahuku tempoh hari kepada Kinah.
Kinah nampak sedikit terkejut sebelum kepalanya digeleng berkali-kali.
" Tak mungkinlah! pelanduk 2 serupa agaknya. " ujar Kinah menolak kemungkinan yang aku ada terjumpa dengan Izzt Firhan berberapa hari lepas.
" Aku tak rasa macam tu. Aku yakin apa yang aku lihat tu betol. "
Aku lantas senyum. Entah apa yang ada dalam fikiran aku sekarang pun aku tak tahu.
“ Rara, kau tak boleh terus mengharap. Kau kena terima kenyataan yang Izzt dah pun tinggalkan kau. " pujuk Kinah.
Mati terus senyuman di bibir aku. Dengan tenang aku membalas.
“ Kau jangan risau, Kinah. Aku dah move on dah pun. Aku dah redha atas apa yang berlaku. " tuturku sengaja tak nak biarkan Kinah berfikir yang bukan-bukan. Riak di wajah Kinah tiba-tiba bertukar sugul.
" ... dan aku juga doakan kau akan jadi lebih kuat berbanding aku yang dulu. " sambungku sambil menepuk belakang telapak tangannya.
Kinah tersenyum kelat. Lekas saja dia mengalihkan pandangannya ke arah lain sebaik anak mata hitamnya ku tenung dalam. Aku tahu dia sedang berduka sekarang. Sekalipun dia cuba menyembunyikan segala rasa itu dari aku tapi aku tahu hatinya sedang menangis. Baru semalam dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Samsul. Satu keputusan yang ku kira sangat tepat dan berbaloi.
bersambung ....
Share this novel