BAB 63

Romance Completed 45920

" Sakit? "

Pelahan aku menyoal. Tuala kecil yang aku gunakan untuk membersihkan luka di muka lelaki itu, aku letakkan kembali ke dalam bekas di atas meja penghujung sofa. Kini makin terserlah kesan luka dan lebam di muka lelaki itu.

" Sakit tak?” aku menyoal kembali.

" Tak. ”

"Jangan main-main boleh tak? Bos ingat kulit bos tu tebal macam kulit buaya ke? tak rasa sakit bila dah kena macam ni? " marahku separuh geram. Orang tanya betul-betul. Boleh pulak dia jawab acuh tak acuh macam tu. Pulak tu muka selamba je dari tadi.

" Sakitlah jugak.”

Muzzafar Adli membawa telunjuknya meraba-raba hujung bibir yang terasa pedih. Berdesis dia saat telunjuk itu menyentuh tepat ke arah luka.

" Kalau macam tu jom saya bawak bos pergi klinik. Kita rawat luka tu. Kalau tak nanti, risau pulak luka tu lambat sembuh. " Sedikit cemas suara aku melihat keadaannya begitu. Beradun dengan rasa bersalah yang semakin mengasak dalam dada.

" Tak payahlah. Sikit aje ni. Nanti baiklah. " masih berkeras lelaki itu menolak.

Perlahan aku mendengus. Mula geram dengan kedegilannya yang bagaikan langsung tak boleh dipujuk.

" Dah luka teruk macam ni pun masih takut lagi nak pergi klinik? "

" Siapa takut? I bukannya takut. I tak nak menyusahkan you aje. " Berterusan dia memberikan alasan kepada aku. Berusaha benar menolak ajakan aku untuk pergi ke klinik. Entah apa yang ditakutkan gamaknya.

" Tak nak menyusahkan saya? bila dah jadi macam ni automatik bos dah menyusahkan saya tau. Susahkan hati dan perasaan saya! " nadaku naik seoktaf. Sejak tadi hati aku tak tenteram melihat keadaannya begini. Lagi cakap tak nak menyusahkan aku.

" Sorry. I tak ada niat pun nak menyusahkan you. I cuma nak pertahankan hak I. " ujarnya bersama emosi yang tertahan. Entah apa yang sedang ada dalam fikirannya. Marah? sedih? atau kecewa, tak dapat aku nak meneka.

" Sayang ... "

Bicaranya terhenti. Dia diam sambil merenung tepat ke arah aku.

" Ada apa? " soalku. Melihat dia hanya diam. Buat aku kembali bertanya." Kenapa pandang saya macam tu? ada apa-apa yang pelik ke dekat muka saya ni? " tangan terus naik menari-nari di wajah sendiri. Rasanya tak ada apa yang pelik.

Muzzafar Adli menggeleng. Muka aku direnung.

" I nak tahu, you betul-betul ke maksudkan apa yang you cakap tadi? "

" yang mana satu? "

" Berkaitan siapa pilihan you. Betul ke you pilih I? atau you sekadar nak meredakan keadaan? " dia menyoal serius. Senyuman tadi turut mati bersama.

Aku diam seketika. Mencuri nafas. Sebelum kembali bersuara.

" Bos rasa? "

Sengaja aku memulangkan soalan itu padanya.

" I tak tahu. Otak I tak mampu nak berfikir sekarang. " Pelahan saja dia berujar. Matanya masih lagi bermain di sekitar wajah aku.

" Tapi I rasa hati you sedang berbelah bahagi. You sedang keliru dengan apa yang berlaku. Dia hadir semula selepas kita punya ikatan. Tapi andainya you mahu memilih dia, I bersedia untuk undur diri. "

Jeda.

Luahan itu buat lidahku jadi kelu. Perlahan-lahan dia menundukkan kepalanya. Bibirnya diketap perlahan. Dapat aku dengar hembusan nafasnya mula berlagu resah.

" Kenapa tiba-tiba nak berubah fikiran? bos dah tak nak pertahankan hak bos ke? atau bos lagi suka kalau saya kembali semula pada Izzt? " soalku mula penasaran dengan tindakannya. Berlainan benar dengan apa yang dia ucapkan pada Izzt Firhan ketika bergaduh tadi.

Sekali lagi dia menggelengkan kepala. Mukanya diraup sebelum tunak mata kami bersatu.

" No. Bukan tu maksud I. You pun tahu kan, I sayangkan you. I kalau boleh nak you sentiasa ada dengan I. Tapi ... I nak you bahagia. I nak you rasa happy dengan apa yang you buat. I tak nak disebabkan kita dah bertunang maka you terpaksa memilih I. Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. "

Luahannya buat aku hela nafas panjang. Wajahnya terlihat tenang tapi dada itu kian berombak.  Nafasnya juga kian kasar dan lelah. Aku tahu bicara itu tidak sama dengan apa yang sedang ada dalam hatinya.

" Kenapa bos cakap macam tu? bos rasa saya buat keputusan ni dalam keadaan tak happy ke? "

" I'dont know, sayang. Fikiran I tengah serabut. Perkara yang selama ni I takutkan dah pun berlaku. Jadi I tak tahu apa yang perlu I rasa. " ujarnya lalu menyandarkan kembali badan pada permukaan kerusi. Matanya dipejamkan buat seketika. Aku tahu banyak benda yang sedang menganggu fikirannya.

" Kalau macam tu bos berehatlah dulu. Saya pun nak kena balik dah ni. Risau mak dan abah tertunggu pulak nanti. "

Sekilas aku melirik jam dipergelangan tangan. Hampir menginjak ke angka 7 malam.

" Tak payahlah balik. You tidur je dekat sini. Lagi pun aircond dekat bilik tetamu tu dah elok. "

Dia lontar senyum nipis. Peristiwa beberapa bulan lepas kembali menjengah di fikiran. Pertama kali aku terpaksa bermalam dirumahnya dan kerana aircond di bilik itu rosak maka aku terpaksa bermalam dalam bilik tidurnya.

" Tak apalah kot. Saya pun memang nak kena balik juga ni. Pakaian saya semua kan ada dekat rumah sana. " aku mula mencipta alasan. Nak bermalam di rumah ini? ish, memang aku tak selesa.

" Kalau macam tu biar I hantarkan you balik. "

" Eh, tak payahlah susah-susah. Saya boleh suruh Kinah datang ambil saya. " ujarku lalu pantas mengeluarkan telefon. Baru aku nak menelefon, dia kembali bersuara.

" Kenapa nak kena susahkan Kinah pulak. I kan ada. I masih larat lagi nak hantar you balik. " Dia tekan sedikit suaranya bila aku bagaikan hendak melawan. 

" Er.. tapi kan bos tak sihat. Bos rehat je lah. " Intonasi suara berubah rendah. Seperti memujuk. Yang sebenarnya aku mula rasa bersalah dengan apa yang terjadi.

" Okay kalau dah itu kata you, I ikutkan. Tapi ambil kunci kereta ni. I nak you balik naik kereta I. "

Kunci keretanya lantas diserahkan pada aku. Tak ingin dia berfikir yang bukan-bukan maka terpaksa jugalah aku mengambil kunci kereta tersebut.

" Thanks. Nanti saya pulangkan. "

Aku senyum namun senyum itu berbunga sendu. Jujurnya aku terharu dengan sikap ambil beratnya. Dalam keadaan sakit begini dia masih memikirkan pasal aku.

" Sure. But no rushing. Selasa baru kita balik KL. "

Laju aku anggukkan kepala. Senyuman kian lebar meniti di bibir.

" Seronok ke dapat cuti? "

Tiba-tiba dia menyoal. Pelik. Namun aku tetap anggukkan kepala. Mengiakan tekaannya.

" Kalau you nak cuti lagi lama pun I boleh bagi. Tapi dengan satu syarat. You jadi isteri I. " usai berkata lelaki itu lantas mengenyitkan sebelah matanya.

Serta merta wajahku merona merah, tak mahu terus  menjadi bahan usikannya aku lantas berdiri, ingin segera beredar dari situ.

" Malu tapi mahu kan? "

Masih terdengar usikannya disulami tawa halus tatkala kaki sudah melangkah mendekati pintu. Nafas ku hela tenang. Bibir teroles sedikit senyuman. Mendengarkan tawa itu, bagaikan sebuah muzik indah yang menyapa telinga.

Tak semena, hati ini mula diburu rasa sesal. Dari segenap ceruk, sesal itu datang bertandang. Mengapa terlalu lama aku mengambil waktu untuk mentafsirkan erti cinta darinya? sedangkan semuanya sudah terbentang luas di hadapan mata.

.
. .

Izzt Firhan menolak kuat pintu utama rumah itu. Marahnya masih bersisa biarpun kejadian itu telah pun sehari berlalu. Tatkala matanya menangkap susuk tubuh yang sedang berehat di ruang tamu itu, dia segera menapak menghampiri. Tanpa sebarang kata, dia terus mencengkam kuat pergelangan tangan gadis itu lalu ditariknya keluar dari rumah.

Jeritan si gadis hanya di biarkan. Malah makin dieratkan genggaman tangannya tatkala gadis itu mula meronta-ronta minta dilepaskan.

Sebaik pintu keretanya dibuka, tubuh kecik itu langsung dihumban masuk ke dalam sebelum pintu keretanya itu dikunci.

" Awak nak bawa saya ke mana ni?! ” soalku menahan nafas yang semakin hilang rentak. Melihat keretanya yang dipandu laju keluar dari perkarangan rumah menambahkan lagi sesak di dalam dada.

“Izzt! awak dah pekak ke?! Saya tanya ni. Awak nak bawa saya ke mana?” Dengan nada kuat, aku mengulangi semula pertanyaanku tadi.

Untuk kesekian kalinya pertanyaan aku itu dibiarkan sepi. Langsung tak berkutik tubuh itu. Menoleh apatah lagi. Hanya memandu tanpa arah yang aku sendiri tidak pasti. Geram dengan kebisuannya, aku lantas memukul kuat lengan lelaki itu berkali-kali.

" Stop, Rara! tindakan awak hanya akan membahayakan nyawa kita." dia menjerkah tiba-tiba.

Terus aku menghentikan perbuatanku. Bibir mencebir geram.. Huh, Ingatkan pekak tadi.

" Habis tu tindakan awak ni nak kira macam mana pulak? kalau saya buat report ni, awak boleh disabitkan kesalahan menculik dengan niat jahat tau. " tegas sekali aku melontarkan kata. Malah aku serius dengan ucapanku sebentar tadi.

" Bila masa pulak saya nak culik awak? "

" Ni yang awak paksa-paksa saya naik kereta awak ni bukan niat nak menculik ke? " selarku geram. Tak serik lagi agaknya kena pukul.

Izzt Firhan senyum senget. Dia tayang muka jengkel.

" Kalau saya nak culik awak dah lama dah saya buat, Rara. Tak payah tunggu hari ni. Masa kita tengah hangat bercinta dulu lagi saya boleh buat. " sinis dan penuh bersahaja dia mengucapkan itu. Langsung tak hiraukan pandangan mata helang aku.

" Awak jangan nak mengarut boleh tak! Turunkan saya sekarang. Saya nak balik! " untuk kesekian kalinya aku membentak. Mendengar kata-katanya tadi benar-benar buat telinga aku jadi berasap.

" Saya akan hantar awak balik. Tapi bukan sekarang. Hanya selepas kita selesai berbincang. "

Aku menarik nafas panjang. Mencari secebis kekuatan sebelum pandangan ku kembali melekat pada mukanya yang masih bengkak dengan kesan lebam.

" Nak bincang pasal apa lagi? Hubungan kita dah tamat. Dah tak ada apa lagi yang perlu dibincangkan. Saya nak awak terima hakikat yang saya bukan lagi milik awak! " tegasku.

Berharap benar agar dia faham dan mengerti bahawasanya aku bukan lagi kepunyaan dia. Sisa cinta yang ada takkan dapat menyatukan kembali hubungan kami yang sudah terlerai.

" Semudah tu je Rara awak buang kisah cinta kita? bukan sebelum ni awak kata tak sanggup hidup tanpa saya ke? " soalnya kemudian.

" Siapa yang buang siapa? saya ataupun awak? yang tak nak teruskan hubungan kita dulu tu awak! konon takut tak dapat bahagiakan saya. Padahal jenis takut pada bayang-bayang sendiri! "

Aku pantas membuang pandang ke arah luar tingkap. Hembusan nafas mula kedengaran kasar. Melayan karenah Izzt Firhan memang buat termometer kesabaran aku naik mencanak. Malah sudah hampir ke tahap maksimum.

Berang dengan kata-kataku, Izzt Firhan telah memberhentikan keretanya secara tiba-tiba. Menyebabkan kepala aku hampir terhantuk pada dashboard. Nasib baik aku sempat tahan dengan tangan.

" Awak ni dah kenapa? Dah buang tebiat ke apa? Kalau nak sangat mati, mati sorang aje, jangan nak ajak saya sekali, saya masih nak hidup! " Aku menjerkah kuat. Geram dengan tindakan kurang bijaknya yang membahayakan nyawa. Kalau tersalah brek tadi, mahu ke hospital la gamaknya kami berdua.

" Amboiiiii... bukan main garang awak sekarang kan. Pantang tercuit sikit, bukan main awak melenting. Ni mesti terikut perangai baran si Ady tu kan. Tak pun Ady tu kurang bagi kasih sayang kat awak. Itulah, saya dah cakap lelaki macam dia tu tak sesuai untuk awak. "

Ewah-ewah...

Lebih-lebih pulak dia ni nak mengutuk aku kan.

" Habis tu siapa yang sesuai untuk saya? awak?! " gumamku geram.

" Of course lah. "

Aku buat muka meloya. Nak termuntah bila dia dengan selamba membawa jari telunjuk ke nuka sendiri. Bajet bagus.

" Sekurang-kurangnya Ady tu ikhlas terima saya. Bukannya macam awak. Pentingkan diri. Susah sikit dah lari entah ke mana. "

Sengaja aku mengingatkan dia tentang hal lalu. Biar dia tahu tindakannya dulu benar-benar buat diri aku merana.

" Ya. Saya tahu saya salah. Saya dah kecewakan awak. Malah saya dah lukakan hati orang yang betul-betul ikhlas sayangkan saya. Tapi percayalah, niat saya baik. Saya pergi sebab tak nak buat awak terus kecewa. " tuturnya lirih bersama riak wajah bersalah.

" Walau apa pun niat awak, tindakan awak tetap salah. Dan terima kasih atas rasa kecewa yang telah awak tinggalkan. Sekarang saya bahagia dengan apa yang saya ada. Seperti mana saya berjaya melupakan awak, saya pun nak awak buat perkara yang sama. Tolong lupakan saya. "

Deruan nafas ku alun perlahan. Mencari rentak yang semakin hilang punca setelah di amuk dengan pelbagai rasa di relung hati. Aku tak mahu dia mengungkit lagi kisah lama itu. Cukuplah. Aku tak mahu kenangkan semua itu lagi.

 " Tak semudah tu, Rara. Disebabkan awak saya berjuang untuk pulih. Saya berusaha untuk sihat kerana ingin mengapai apa yang pernah saya impikan bersama dengan awak. Jadi jangan pernah minta saya untuk melupakan awak. Saya memang tak mampu nak lakukan. "

Aku terkedu. Setiap baris kata darinya mula merentap ketenangan hatiku.

" Setelah apa yang berlaku, saya tahu tak mudah untuk saya dapatkan awak semula tapi saya percaya awak tak pernah buang terus saya dari hidup awak. Di hati awak masih ada sisa cinta kita yang belum terhakis. Andainya awak sudi bagi saya peluang kedua, saya bersumpah yang saya akan bahagiakan awak hingga hujung nyawa saya. "

Tergamam.

Tatkala ini ingin saja aku meraung, menempik dan menengking marahkan lelaki ini. Kenapa berani benar dia mengungkapkan kata seperti ini. Tak sedarkah dia siapa aku yang sebenarnya? Bakal menjadi isteri kepada lelaki ini.

Ah, kusutnya.

Ternyata kata-katanya tadi telah membawa aku untuk kembali mengingati kenangan lalu.

Ya allah. Dugaan apakah ini?

Kenapa mesti dia muncul di saat kebahagiaan sudah hampir menjadi milik aku. Kenapa kau letakkan aku dalam situasi dilema seperti ini.

" Jom. Saya nak bawak awak pergi ke satu tempat. Saya yakin awak pasti sukakannya. " Dia berujar tiba-tiba.

" Ke mana?"

Mata kembali terkalih padanya. Melihat dia yang sudah mengerakkan kereta buat hati aku jadi semakin penasaran. Takkan dia nak bawak aku lari kot..

" Rahsia. "

Aku mendengus geram. Tangan terus naik menyilang ke tubuh. Jawapan yang dia berikan buat hati aku jadi panas. Ingin saja aku menghalang dia dari membawa aku sesuka hati seperti ini namun sayangnya, aku bagaikan hilang kudrat. Mulut ini bagai tak berdaya untuk bersuara sementelah kenangan lalu terus berlegar memutarkan kembali cebisan memori indah aku bersama dengannya..

bersambung ...

Susahnya nak buat pilihan. Kesian Rara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience