Kereta yang dipandu Muzzafar Adli menyusur pelahan keluar dari perkarangan kampus tempat aku belajar. Hari sabtu begini memang inilah tugasan wajib bagi aku. Datang ke sini menghabiskan sisa pembelajaran aku yang tinggal hanya beberapa semester saja lagi.
Aku kerling wajah lelaki yang sedang memandu disebelahku. Sudah lima minit berlalu, namun sepatah kata tiada terungkap dari ulas bibir lelaki kacak itu. Wajahnya keruh dan dingin saja sejak aku menapak masuk ke dalam keretanya.
" Kenapa ni? Diam je dari tadi? "
" Boleh I tanya sesuatu? "
Pertanyaan aku tidak dibalas. Sebalik dia pula yang melayangkan soalan. Pelahan-lahan kepala tetap ku angguk tanda setuju.
" you memang tak ada kawan lain ke selain lecturer tu? " tanya lelaki itu tegas. Langsung tak ada senyuman di raut wajahnya.
" Ada. "
" Habis tu kenapa tak balik dengan dia orang je? kenapa mesti dengan lecturer tu? I tak suka lah lecturer tu asyik berkepit dengan you. Siap melambai tangan bagai. Berbulu tau mata I ni tengok. "
Aku menyimpul senyum dalam hati. Cemburu buta rupanya. Patutlah muka tak ada senyum hari ni.
" Ala, takkan itu pun nak cemburu. Saya dengan Zackry tu kawan je lah. Dia pun dah kahwin. Dah ada anak dah pun. " Aku bersuara memujuk. Namun bibirku tetap melebar dengan senyuman. Geli hati melayan cemburu buta tunangan sendiri.
" Of course lah I cemburu. Takkan I nak happy pulak bila nampak ada lelaki lain menempel tepi kesayangan I. "
Dia mencebik nipis. Masih jelas kelihatan rasa tak puas hatinya melalui bicara itu.
" Mana ada menempel. Kebetulan ja tadi. Masa saya nak turun tangga, dia nampak saya. Jadi kami bertegur sapa lah. Kang saya buat tak tahu, orang cop saya sombong pulak. " Berhati-hati aku menyusun ayat. Nanti tersalah cakap, bergaduh pulak. Penatlah nak gaduh-gaduh lagi.
" Okay. "
Sepatah dia membalas. Tunakku laju mencari wajahnya. Ingin melihat sejauh mana erti kata 'okay' yang dia maksudkan.
Okay apanya kalau muka kelat macam mengkudu muda. Haish.
" Okay bos tu macam tak okay je. "
" Hurm... "
Hanya itu yang dibalas. Matanya sengaja dikeraskan pada jalan raya yang sesak.
" Ala bos ni.. tak nak lah merajuk-merajuk macam ni. Okaylah, cuba bos bagitahu saya, bos nak saya buat apa? cakaplah. "
Aku cuba memancing semula moodnya. Tak tahu berjaya ke tidak. Cuba je lah dulu.
Tatkala dia menoleh, buat seketika pandangan redup aku berlaga dengan pandangan nakalnya.
" Sayang, jom kita kahwin. "
Serius nadanya. Bersama itu satu senyuman manis terbentuk di wajahnya.
Aku menghela nafas pelahan. Terasa liur tersekat di celah kerongkong. Naik pening kepala bila dia tak habis-habis mahu berbicara tentang hal yang sama.
" Cakap jelah yang sebenarnya bos tak percayakan saya kan? "
Soalan itu spontan meniti di bibirku. Menyebabkan senyumannya mati serta merta dan sekali lagi tunak matanya galak merenung aku dalam-dalam.
" You mengarut apa ni, sayang?! "
" Saya tak mengarut. Bos tu.. tak habis-habis nak cakap soal kahwin. " Kedua-dua tangan naik menyilang dada. Tanda protes.
" Dari semalam lagi, I tunggu you bagi jawapan. Tapi you asyik nak mengelak je. You tahu tak, betapa siksanya jiwa i ni digantung tak bertali. " dia berujar serius. Mimik mukanya tegang disusuli helaan nafas kasar.
Bibir mengukir senyum. Hati bagai digeletek rasa lucu saat mendengar ayat gantung tak bertali yang digunakan. Nampak jelas jiwanya sedang tersiksa kini.
Namun andainya lelaki itu tahu, perasaan dan jiwanya yang turut menginginkan perkara yang sama, pasti wajah itu tidak akan sekeruh ini. Aku sekadar ingin menguji cintanya. Menguji kasih sayangnya biarpun jawapannya sudah semakin jelas kelihatan.
" Saya bukan gantung bos tak bertali. Saya cuma gantung jawapan saya je. " aku betulkan pengunaan ayatnya.
" Sama la tu. Dua-dua buat jiwa I tersiksa. "
Aku mengepam angin dalam mulut. Ingin melepaskan tawa tapi terasa kejam pulak.
" you jangan sampai I bawak you lari nikah dekat Siam! "
" Siam? "
Kedua keningku sudah bercantum sesama sendiri. Memberi reaksi yang aku kurang jelas dengan bicaranya.
Kepalanya di angguk. Sengihan sinis tersungging di hujung bibir.
" macam kes yang viral tu. "
Viral?
Eh, dia ni..
Ahli kelab mak cik bawang jugak ke?
" ish, bos ni! Tak nak lah saya. Ingat saya ni tak ada impian ke? saya ni kalau boleh nak jugak nikah ada pelamin. Ada tetamu yang meraikan majlis nikah tu nanti. Kalau setakat tok kadi, saksi 2 orang tu baik saya nikah dekat pejabat agama je. " ujar aku dengan hujah yang panjang.
Muzzafar Adli tersenyum kelat. Niatnya ingin pura-pura mengusik nampaknya sudah menimbulkan salah faham gadis itu.
" Ha, tahu pun tak nak. I pun tak adalah kejam sangat nak ajak you nikah koboi macam tu. " Keindahan majlis perkahwinan mereka berdua mula terbayang di mindanya. Ah, tak sabar sungguh rasanya nak tunggu saat itu.
" Bos memanglah tak kejam. Tapi ... sedikit memaksa."
" Wah! beraninya you kutuk I. Depan-depan pulak tu. "
Automatik ketawa aku terhambur. Kuat. Langsung tak peduli dengan pandangan mata helangnya.
" Rara, dahlah tu! " Suaranya ditekan keras.
" Okay.. okay.. sorry! "
" You know what.. " dia berhenti berbicara. Muka aku didekati. " I tak pernah serahkan hati I pada sesiapa pun. You adalah wanita pertama yang berjaya menambat hati I. Tapi selagi kita tak punya ikatan yang sah, selagi itulah I rasa hubungan kita tak selamat. I takut kehilangan you. I takut you berubah hati. Sebab I tahu di luar sana masih ramai lelaki yang hebat dan lebih baik daripada I. " lembut bicaranya menampar cupingku. Namun masih terselit ketegasan pada setiap ayat yang dituturkan.
" Bos terlalu paranoid. Saya bukannya perempuan macam tu. " tukas aku enggan disamakan dengan perempuan curang yang lain.
" I tahu you baik. Dan I tahu you seorang yang setia. Tapi lelaki di luar sana? you boleh bagi jaminan yang mereka takkan rampas you dari I? "
Semakin pelik aku dengan bicaranya. Dia buat otak aku mula berfikir yang bukan-bukan.
" Bos nak cakap apa sebenarnya ni? Apa yang bos takutkan sangat? "
Aku nampak bibirnya bergerak pelahan, seakan ada sesuatu yang dia cuba ingin sampaikan. Namun deringan telefon menyebabkan tumpuan aku jadi terganggu.
Aku menekan butang hijau sebaik melihat nama yang tertera di skrin telefon.
" Assalamualaikum. Ya mak. Ada apa? " aku bertanya sebaik suara Mak Leha kedengaran di telinga.
" Ada kelas tapi terpaksa batal sebab lecturer Rara ada hal. " Aku tersenyum senang. Rasa teruja bila Mak Leha yang jarang menelefon tiba-tiba menghubungi aku begini.
" Hah??? balik?? " suaraku meninggi. Sebelah kening turut ternaik bersama.
" Hurm.. tapi kenapa tiba-tiba? Rara baru ingat nak balik hujung bulan ni. "
Ya, memang aku ada memasang niat untuk pulang ke kampung. Selain merindui keluarga angkatku di sana, Muzzafar Adli juga ada menyampaikan hajat Mak Cik Zurina yang kepingan bertemu dengan aku.
" Hari ni? tapi mak.. isnin Rara kerja. "
Serentak itu pandangan aku beralih pada Muzzafar Adli. Kepalanya di angguk. Memberikan isyarat supaya aku turuti permintaan wanita di corong telefon itu.
" Insyallah mak. Ya mak, Rara ada dengan Ady ni. Okay mak. " Panggilan itu aku tamatkan dengan dahi yang berkerut sejuta.
" Kenapa? "
Pelahan wajah ku angkat lantas melekat pada pandangan galak lelaki itu.
" Rara, Mak Leha cakap apa dekat you? " soalnya lagi. Sedikit mendesak.
" Mak suruh kita balik. Ada hal penting katanya. " lirih aku membalas.
Muzzafar Adli angguk pelahan. Keluhannya terlepas. Ingatannya kembali menerawang pada mesej yang diterimanya dari Taufik awal pagi tadi.
.
.
.
Beberapa helai pakaian aku sumbat masuk ke dalam beg. Tingkahku agak tergesa-gesa memandangkan Muzzafar Adli sedang menunggu aku di luar. Berkali juga aku cuba menolak perlawaan untuk menghantar aku pulang ke kampung. Namun sikit pun tidak diendahkan. Malah makin panjang pula bebelannya berkaitan keselamatan jika aku memandu dalam keadaan penat begini.
" Dah siap kemas? "
Sebaik melihat aku lelaki itu bangkit dari duduk. Dia yang sejak tadi menanti di kerusi di halaman rumah membawa langkahnya mendekati aku. Beg pakaian aku lantas di jinjit.
" Dah."
" Kita terus geraklah. Risau pulak kita sampai lewat nanti. " ujarnya seraya meletakkan beg pakaianku atas kerusi penumpang di bahagian belakang.
" Eh, bos tak nak singgah dulu ambil baju ke? "
Aku cuba mengingatkan dia. Manalah tahu dalam keadaan kalut macam ni dia terlupa keperluan sendiri.
" Tak payahlah. Nanti lewat. Lagipun dekat bonet belakang I memang ada standby baju sepasang. Cukuplah tu. Kalau tak cukup nanti I pinjam baju you boleh?" usiknya.
Aku menggelengkan kepala. Senyuman jengkel ku hadiahkan padanya.
" Kedekut. " dia berdesis pelahan.
" .... atau you sebenarnya geli nak berkongsi baju dengan I? "
" Dua - dua bukan. Bos tu mengarut tak bertempat. Tak sedar badan tu lebih gemuk dari saya. Ada hati nak pinjam-pinjam baju orang. " selamba aku membalas.
" Gemuk? ish, you ni... gemuk dengan sado pun tak tahu beza. Badan I yang ketul-ketul ni hasil I pergi gym tau. Seminggu 2 kali wajib I pergi ke sana. " riak bangga terlakar di wajahnya. Lelaki mana tak bangga ada badan berketul sana sini. Antara pakej jadi rebutan gegadis.
Aku mencebik nipis.
Aku tahulah. Ingat aku ni kuno sangat ke.
" Selalunya orang badan sado macam ni lepas kawin perut boroi." sengaja aku menyakitkan hatinya dengan berkata begitu.
Ketawanya meletus kuat. Bergema suaranya memenuhi ruang dalam kereta yang kami naiki.
" Itu orang lain sayang.. Hubby you ni pandai jaga badan. Tak adanya lepas kahwin perut boroi macam lelaki-lelaki lain tu. " Dia tersenyum bangga. Menyungging senyum sinis tepat ke arah aku.
" Kita tengok jelah nanti. Abang Fik dulu pun macam ni jugak. Bukan main bangga dengan badannya. Tapi sekarang tengoklah... Perut dah sama naik dengan perut isteri yang pregnant. " tak mahu kalah, aku gunakan teman baiknya sebagai contoh. Biar dia tahu perut ketul-ketul yang dibanggakan sangat tu akan hilang sikit demi sikit apabila berkahwin kelak.
" Sampai hati you ejek kawan baik I. Tapi kalau perut I boroi you tetap sayang I jugakkan? "
Sebaris pertanyaan lembut itu melebarkan senyuman sinisku.
" Perasan! "
" Ala, nak manja sikit pun tak boleh. " mulutnya mencemik manja.
Aku di sisi hanya mampu geleng kepala. Entah sejak bila lelaki ini berperangai seperti ini. Mengada tak bertempat.
" Sayang, I ada satu soalan untuk you. " Suara itu kembali memecahkan kesunyian antara kami.
" Hurm, apa dia? "
" Dalam banyak-banyak pencuri, pencuri apa yang paling kejam? "
Aku menarik nafas panjang. Wajah bersahaja Muzzafar Adli aku jamah dengan kening yang hampir bercantum.
" Mesti you tak tahu apa jawapannya kan? "
Setelah beberapa saat berlalu dia kembali bersuara.
" Pencuri yang berulang kali mencuri? "
" Hampir tepat. Tapi jawapan yang lagi tepat adalah pencuri seperti you. "
" Hah? pencuri macam saya? eh, jangan main-main tuduh tau. Saya tak pernahlah nak buat kerja jahat macam tu. " Aku tarik muka masam. Bibir terjuih panjang ke depan. Sakit pulak hati bila dituduh dengan perbuatan yang tak pernah aku lakukan.
" I tak tuduh. I ada bukti. "
" Mana buktinya? tunjuk dekat saya sekarang! " balasku geram lalu mengacip gigi kuat.
" Buktinya di sini. You dah mencuri hati I. " Telunjuknya di panah tepat atas dada. Menyeringai bibirnya dengan satu senyuman manis.
Menyedari diri dipermainkan aku lantas mencubit lengannya. Kuat.
" Bencilah! Suka main-mainkan orang. " bentakku tak tertahan.
Dia ketawa senang hati. Langsung tak dipedulikan cubitan yang baru singgah dilengannya.
" Benci tapi sayang kan? so it's okay, sayang. Teruskan dengan perasaan tu. Sebab I tahu you sayangkan I tapi malu nak mengaku kan? "makin galak dia mengusik. Tak dihiraukan pandangan jengkel yang aku berikan.Â
" Malas saya layan. Tidur lagi bagus. " aku membentak dengan pura-pura merajuk.
" Ala, janganlah tidur dulu. Temankanlah I. Sunyilah I kalau you tak ada. " pujuknya lembut dengan suara manja yang mendayu-dayu.
" Jangan nak mengada-ngada sangatlah! "
Aku betulkan dudukku agar lebih selesa. Posisi badan ku bawa mengiring ke sisi kiri. Namun saat mata baru ingin terpejam fikiran aku tiba-tiba kembali teringatkan Mak Leha.
" Saya tak tahulah kenapa tiba-tiba saya rasa tak sedap hati pulak. Rasa macam ada sesuatu yang berlaku. " aku mencari wajahnya. " Suara mak tadi serak, saya rasa dia baru lepas menangis. " Terluah juga persoalan yang sejak tadi menganggu fikiran. Saat itu juga bayangan Mak Leha kembali menerjah kotak fikiran.
" Tak ada apa-apalah. Perasaan you je tu.. "
" Mungkin lah kot. " Serentak itu aku paksa mata untuk pejam. Rehatkan otak dari terus berfikir yang bukan-bukan.
Aku terjaga dari tidur saat terasa ada goncangan pelahan di bahuku. Terpisat-pisat aku cuba membuka mata sebelum pandanganku terpasak pada si dia yang sedang merenung aku dengan senyuman manisnya.
" Kita dah sampai ni. Bangunlah. " bisiknya lembut di cupingku.
Aku betulkan posisi badan. Tubuh yang sedikit mengiring ku tolak menegak lantas memfokuskan pandanganku pada segenap ruang di halaman rumah keluarga angkatku.
" Dia orang ada tetamu agaknya. "
Ujaran pelahannya aku sambut dengan anggukan sambil mengosok kelopak mata yang masih bersisa dengan rasa mengantuk.
" Jomlah keluar sekali. Mak dengan abah mesti tengah tunggu kita tu. "
Aku rapikan rambut yang kusut. Tas tangan lantas ku silangkan ke badan. Usai itu aku dan dia serentak melangkah keluar dari kereta. Beg pakaianku dijinjit tanpa perlu aku pinta.
Sampai saja di tangga, Mak Leha tiba-tiba meluru ke arah kami. Tingkah mak yang pelik buat aku dan Muzzafar Adli saling berbalas pandangan. Belum pun sempat aku mencium tangan tuanya, satu batang tubuh tegap muncul dari arah belakangnya.
" Bangsat!!! "
Serentak itu satu tumbukan padu dilayangkan ke arah muka Muzzafar Adli. Kerana tidak bersedia tubuh lelaki itu terdorong ke belakang sebelum akhirnya rebah ke tanah.
bersambung ...
Share this novel