" Selamat pagi kak. "
" Ya ana. Selamat pagi. " balasku sambil menjinjit handbag dan beg laptop keluar dari bilik. Hari ini aku ada kelas. Dari pagi sampai ke petang.
" Wah, banyaknya sarapan. Ana beli kat mana semua ni? " soalku saat melihat ada banyak makanan di atas meja.
" Eh, bukan Ana yang beli. Tapi tunang akak yang bagi. " gadis itu senyum sambil menyusun beberapa jenis kuih di atas piring.
" Haaa? tunang akak? Abang Ady ada datang ke sini ke? " soalku seperti berteriak. Terkejut.
Melihat Liana mengangguk buat darahku berderau laju.
" Malam tadi pun dia ada datang. Dia nak jumpa dengan akak tapi Ana ketuk-ketuk bilik, akak tak jawab. Ana bagitahu dia yang akak dah tidur, terus dia balik. Pagi ni dia datang bawakkan sarapan ni pulak. " terang Liana yang langsung tak nampak curiga dengan keadaan yang berlaku.
Aku yang mendengarnya dah ketap bibir. Menahan rasa di hati. Malam tadi memang aku tidur awal. Kebetulan aku tak boleh solat, makanya lepas maghrib aku terus masuk tidur.
" Pukul berapa dia datang tadi? "
" Baru lagi. Abang Ady pun tak balik lagi tu. Dia ada tunggu akak dekat luar. Dia kata nak hantar akak pergi kelas. "
Laju kaki melangkah ke arah tingkap. Mengintai lelaki itu melalui celahan cermin.
Yes.
Aku nampak Muzzafar Adli sedang bersandar pada kereta putihnya yang sedang terparking elok di hadapan pintu pagar rumah aku.
Aduhai, dia ni kan.
Pagi-pagi lagi dah buat aku hilang mood.
" Eh, akak tak nak makan dulu ke? " tanya Liana sekaligus menghentikan pergerakkan aku ke muka pintu.
" Tak kot. Tak sempatlah Ana. Lagipun kelas akak mula awal hari ni. "
Sebaik melihat kelibat aku, Muzzafar Adli terus membetulkan kedudukan tubuhnya. Telefon di tangan langsung di masukkan ke dalam pokek seluar.
" Bos buat apa dekat sini? "
Sebenarnya aku pelik macam mana dia boleh ada dekat sini. Bukan ke sepatutnya hari ni dia pergi ke Perak, seperti apa yang dia beritahu dalam bilik meeting semalam.
" I tunggu you. "
Bersahaja dan cukup tenang dia membalas. Anak mata redupnya menikam tepat ke dalam anak mataku. Tak selesa dengan keadaan itu, terus aku berpaling ke arah lain. Nasib baiklah Kinah tak ada, kalau ada ni mahu dia tahu aku dengan Muzzafar Adli ada krisis. Bersama sedikit keberanian aku mendekati lelaki itu.
" kan semalam saya dah cakap, saya tak dapat breakfast dengan bos " Aku cuba mengingatkan dia tentang itu. Rasanya dah cukup jelas jawapan yang aku berikan pada dia.
" Ya. I tahu you tak sudi nak keluar breakfast dengan I. Sebab tu lah I tapaukan je breakfast untuk you. " Dia tersenyum kelat. Nampak kecewa dengan reaksi dingin yang aku berikan.
Haaaa... faham pun.
Habis tu yang tercegat lagi dekat sini buat apa?
" Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh tak tolong alihkan kereta bos tu? saya dah lewat nak ke kelas ni. " arahku.
Ikutkan akal jahat mahu saja aku menghalau tetamu tak diundang ini. Namun akal waras segera menghalang, lantas mengingatkan aku bahawa lelaki ini masih perlu dihormat sebagai majikan.
" Biar I hantar you pergi kelas. "
" Eh, tak apa. Tak perlu susah payah untuk saya. Saya boleh pergi sendiri. " Walaupun rasa marah itu masih belum hilang, namun aku tetap berusaha menjaga pertuturanku. Cukuplah bahasa tubuhku saja mengambarkan apa yang aku rasa ketika ini.
" Pleasee... bagi I hantar you. "
" Saya tak nak! "
" Why? "
Kini anak matanya berlari ke serata wajahku. Entah apa yang di tilik. Nak kata aku terlebih letak foundation, rasanya tadi elok saja.
Enggan terus dijamah mata tajamnya, aku lantas menundukkan wajah. Cuba memujuk hati dan dalam masa yang sama aku turut mencari secebis kesabaran yang semakin menipis.
" Saya tak boleh berpura-pura seperti tak ada apa yang berlaku antara kita. Padahal hati saya sakit. Saya rasa dipermainkan. " Akhirnya aku meluahkan juga apa yang bersarang dalam fikiran. Aku harap dia jelas kenapa aku berubah jadi begini.
" Sayanggg... "
" Stop calling me sayang! Bos bukannya sayang saya pun, cinta jauh sekali. Dahlah. Saya penat. Tolonglah jangan mainkan perasaan saya lagi. " suaraku sudah berubah nada. Tone suara juga sudah berubah rentak. Bibir ku ketap rapat-rapat menahan rasa hati yang mula berdentum sana sini.
Aku cuba kuat walaupun hakikatnya aku tak sekuat yang di sangka. Cukuplah kecewa sebelum ini telah menjadikan aku seperti mayat hidup. Untuk kali ini, aku tak nak jadi seperti itu lagi.
" Okay fine! Kita tak payah cakap pasal hal ni lagi. Bila hati you dah reda nanti, baru kita discuss okay. " pujuknya lembut. Ada bias kecewa terlihat di wajahnya. Mungkin dia tidak menyangka yang aku akan bertindak sedrastik ini.
" Dahlah! Bos pergilah balik! Saya dah lewat ni. " pinta aku semakin berani melontarkan kata sinis padanya.
" Pleaseee.. bagi I hantar you. I janji I takkan buat you marah lagi. Kalau you tak nak cakap dengan I pun tak apa. I akan diam je dalam kereta nanti. " pujuknya bersungguh-sungguh.
Semerta tangan kanannya tiba-tiba di angkat separas bahu. Seakan berikrar lagaknya. Aku yang memandang dah mula rasa tak selesa. Risau jika ada jiran yang memerhati.
" Tunggulah dekat sini. Saya pergi ambil beg kejap. " putusku dalam terpaksa.
Suasana sepi di dalam kereta. Baik dia mahupun aku masing-masing hanya menyepikan diri. Dia seakan mengotakan janjinya untuk tidak lagi membangkitkan kemarahan aku. Walaupun dia terlihat tenang memandu, dari ekor mataku aku perasan anak matanya tak lepas dari mengerling ke arah aku. Namun tidak pula dia berani menegur.
Sehingga kereta memasuki perkarangan kampus, keadaan masih lagi sama seperti tadi. Sebaik keretanya berhenti betul-betul di hadapan bangunan fakulti, kaki terus ku bawa turun dari kereta.
" Kelas you habis pukul berapa? "
Aku menoleh ke sisi. Kaki yang sudah berpijak di atas jalan ku bawa masuk semula ke dalam kereta.
" Lewat! Tak payahlah tunggu saya. Saya balik sendiri je nanti. "
" Soalan I, kelas you habis pukul berapa? " Dia menyoal dengan mata sedikit mencerun memandangku.
" 4 petang. "
" Okay then. at 4 pm i pick up you here! " arahnya tegas. Langsung tak memberi aku ruang untuk menolak.
Tak sebarang kata, kaki ku bawa keluar dari kereta. Sebelum pintu tertutup rapat, sempat aku mendengar suara itu melontarkan kata maaf. Cukup lembut. Cukup ikhlas dipendengaran telinga aku.
.
.
.
Jam di tangan ku kerling sekilas, masih awal. Masih berbaki lagi 2 jam sebelum menginjak ke jam 4 petang. Tatkala ini rasa menyesal mula terbentuk di kawah hati. Menyesal kerana terima perlawaan Muzzafar Adli pagi tadi. Kalaulah aku menaiki kenderaan sendiri, pasti aku tak perlu menunggu lama seperti ini.
' pensyarah pun satu hal. Kalau nak batal kelas pun bagitahulah awal-awal. Tak adalah aku jadi tukun tak bergaji dekat sini. '
Bosan menunggu di cafe, aku pergi ke library. Kebetulan, ada buku yang aku perlukan sebagai rujukan untuk menyiapkan assignment yang baru diterima oleh pensyarah pagi tadi. Nampak sahaja buku yang diperlukan ada depan mata, laju tangan aku mengeluarkannya dari barisan buku yang tersusun cantik di atas rak.
Sedang aku leka membelek buku itu, kelibat Zackry pula muncul di depan mata.
“ Err... Zack..”
Zackry yang berdiri sedikit jauh tadi terus menghampiri aku. Dengan kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, dia berdiri tegak merenung aku dengan senyuman mesra.
" Hai Rara. You buat apa dekat sini? ” Perlahan dia menyoal. Almaklumlah, dalam library mana boleh cakap kuat-kuat. Kang tak pasal kena halau.
Aku angkat kening. Soalan apakah ini?
" Pinjam bukulah. Takkan main masak-masak pulak dalam ni. "
Meletuskan tawa kecil dibibirnya.
" You tetap sama macam dulu Rara.. " ulas Zackry. Riaknya tenang saja. Biasalah pensyarah, kenalah jaga tingkah laku.
“ Awalnya you datang ke sini? kelas you dah habis ke? " Lambat-lambat dia menyoal. Masih lagi mempamerkan sikap ambik berat.
" Ada kelas pagi je. Kelas petang batal. Encik Lokman ada hal. " terangku lalu menghulurkan buku tadi pada gadis yang berada di kaunter. Selesai itu, Zackry masih lagi membontoti langkah aku. Entah apa mahunya.
" Wife you apa khabar? dia sihat ke? " sekadar menghilangkan rasa kekok berjalan dengan pensyarah, aku ajukan soalan itu kepada Zackry.
" She fine. Baru dapat kerja kat Damansara, sebagai pembantu setiausaha di syarikat lawyer di sana. " muka Zackry bertukar ceria tatkala bercerita perihal isterinya. Jelas perkahwinan yang baru di bina sedang meniti tangga kebahagiaan. Syukurlah. Aku tumpang gembira.
" Okay lah Zack. I nak turun ke bawah dulu. Urusan I dekat sini pun dah selesai. "
" Kalau macam tu, kita turun sekalilah. "
Tak perlu berfikir lama, aku terus mengangguk setuju. Setakat nak berjalan sekali, apa salahnya. Bukannya dia nak mengorat aku pun.
" so how your life? dah ada teman istimewa ke? atau masih menunggu yang sesuai? ” Senyuman manis sekali lagi terukir di bibirnya. Soalan itu buat aku menoleh memandang. Nampaknya Zackry masih belum puas berbual dengan aku.
“ Dah. ”
" Siapa lelaki bertuah tu?” Cepat-cepat Zackry menyoal. Perasaan ingin tahu semakin membuak di jiwa.
" Insyallah, ada kesempatan nanti I kenalkan dia dengan you. " Aku menjawab juga akhirnya. Itu pun sebab kesian tengok muka penuh mengharap Zackry.
" For sure. I pun nak berkenalan dengan dia. Mesti dia lelaki yang hebat sebab tu dia berjaya miliki hati you. " selamba Zackry merumus.
Terhenyak aku seketika. Hakikatnya nampak indah, sedangkan kebenarannya tiada siapa yang tahu. Hanya senyuman nipis menghiasi bibirku.
" Okaylah Zack. I balik dulu. "
Zackry sekadar mengangguk.
" Take care, Rara. " ucapnya.
Zackry melambai kecil. Sempat dia tersenyum manis sebelum aku berlalu meninggalkannya dan mengatur langkah ke arah kereta putih milik Muzzafar Adli.
" who's that guy? "
Baru aku menghenyak duduk, dia sudah pun melayangkan soalan berbaur cemburu itu pada aku.
Aku tersenyum sumbing. Mengambil beberapa detik waktu sebelum membalas soalan itu dengan tenang.
" Zackry. "
" Nampak macam rapat je. Dah lama ke you kenal dia? "
Soalannya aku balas dengan anggukan. Mata ku biarkan bebas memandang ke arah sisi kiri.
" Sebelum you kenal I? "
Aku angguk lagi. Memang benar aku berkenalan dengan Zackry sebelum aku bekerja di MA Advertising. Tapi hubungan kami tidaklah serapat mana dan menjadi semakin jauh bila aku dapat tahu perasaan Zackry terhadap aku.
" tadi I tengok elok je mood you dengan laki tu, tapi bila dengan I mood you tiba-tiba berubah. Why? "
Terkalih pandanganku memandangnya. Aku mendengus perlahan. Rasanya soalan itu tak perlu di tanya banyak kali. Takkan dia tak tahu kenapa aku jadi begini.
" Ok fine! I tahu you masih marahkan I tapi kalau you terus bersikap dingin macam ni, sampai bila-bila pun masalah kita takkan selesai. "
Ha, eloklah.
Biarlah.
Apa nak jadi pun jadilah. Aku dah tak kisah. Aku dah malas nak kusutkan kepala fikir pasal hubungan ni.
" Saya nak balik. Tolong hantarkan saya balik sekarang! " arahku sambil menyandar tubuh yang keletihan. Seharian keringat aku dikerah. Dan sekarang lelaki ini mengerahkan otak aku untuk berfikir tentang masalah yang dia sendiri timbulkan. Ish, memang tak lah. Aku terlalu penat untuk semua itu.
" Sayang, I tak nak kita bergaduh ... "
" Kita dah pun bergaduh! Dan sekarang saya tak nak fikir apa-apa lagi. Kalau bos tak boleh nak hantar saya balik tak apa. Saya boleh balik sendiri. " bentakku tiba-tiba. Aku keluarkan telefon. Aplikasi grab aku buka. Namun tindakan dia yang memberhentikan kereta secara mengejut mematikan setiap pergerakan aku.
" Gila ke berhentikan kereta macam ni? "
Marahku meruap. Mata helangku memandang tajam muka Muzzafar Adli. Turun naik nafas aku dek kerana rasa marah.
" Yes. Memang I dah gila. Gila sebab you! "
" Eh, apasal saya pulak? bos yang buat hal, jangan nak salahkan orang lain pulak eh. " selarku geram. Tahu lah dia tu bos. Tapi janganlah over sangat. Kalau dah buat salah tu mengaku ajelah. Tak perlu nak palitkan kesalahan tu pada orang lain pulak.
" you terlalu cepat menghukum, padahal you sendiri pun tak tahu hakikat yang sebenar. Adil ke untuk I, Rara? " ucapnya tegas. Menampakkan yang dia sedang serius dengan setiap ucapannya.
Dengan berani, aku bertentang mata dengan lelaki itu.
" Habis tu macam mana pula dengan saya? adil ke saya dijadikan alat untuk kepentingan orang lain? "
Kali ini suara percakapan aku sudah kembali normal. Tidak lagi sinis seperti tadi sebaliknya hinggap pula rasa sebak di dada.
" I tak pergunakan you, Rara! apa yang terjadi tak seperti yang you sangkakan. Kalau you nak, I boleh terangkan semuanya pada you. "
Tersungging aku saat mendengar tawaran itu.
" Selepas 5 bulan kita bertunang baru bos nak jelaskan semua tu? kenapa bukan sebelum ni? kenapa tidak sebelum kita bertunang? agaknya kalau bos tak kantoi malam tu mesti bos akan terus tipu saya kan? "
" No sayang! I tak tipu you. I berani sumpah! " kepalanya menggeleng laju. Bersungguh benar dia cuba menyangkal kenyataan aku sebentar tadi.
Aku mencebik. Langsung tak termakan dengan akur sumpahnya. Bagi aku bila manusia itu terdesak, mereka boleh buat apa saja.
" Rara... "
" Hantar saya balik. Sekarang! " arahku serius.
Muzzafar Adli ketandusan kata. Untuk terus memujuk dia yakin pujukannya tidak akan lagi dilayan. Kekerasan hati Tiara buat dia tiada pilihan lain selain menurut saja kemahuan gadis itu.
bersambung ...
Share this novel