Makan malam yang suram.
Kepala ku tunduk sehabis mungkin. Tak sanggup rasanya aku angkat muka dihadapan semua orang ketika ini.
Aku malu.
Serasa mahu sorok muka dalam lubang jamban je.
Ni semua sebab mamat poyo ni lah. Sesuka hati masuk bilik aku lepas tu sesedap rasa tuduh aku menceroboh bilik dia.
Eii... perasan betol!
Habis semua orang datang ke bilik kami tadi. Dah macam orang kena tangkap basah pulak.
Kinah pun ada tadi. Kebetulan dia dan Mak Leha baru sampai rumah. Apa lagi kaw-kaw Kinah gelakkan aku. Kurang asam punya member! langsung tak backup aku.
" Nampak gayanya kita kena buat bilik lebih kat rumah ni Leha. Anak-anak awak kalau berebut bilik habis bergegar satu rumah "
Suara Abah mematikan lamunan aku. Aku angkat muka sedikit. Mak dan Abah dah tersengih-sengih ke arah aku.
Ya Allah.. ada mask tak? tolong cover muka aku please...
Kinah? dah jadi langsuir sebelah Taufik. Seronok sangat gelakkan aku. Sampai berair matanya. Nanti kau Kinah!
Mata aku beralih pada Taufik. Pun sama. Dah kembung pipinya cuba menahan tawa. Seronoknya korang bahan aku yer ..
Semakin aku sedar diri aku sedang dijadikan topik utama malam ini. Redha je lah Rara.
Selepas itu aku menunduk kembali. Memang tak lah aku nak pandang muka mamat poyo tu. Cukuplah tadi dia buat onar pada aku.
Jangan korang tak tahu lepas aku menjerit tadi mamat tu pergi terkup mulut aku. Aku pun tak faham kenapa dia bertindak bodoh macam tu. Kalau aku ni ada sesak nafas confirm petang tadi last aku hidup kat dunia ni.
" Kinah pun satu. Tinggalkan Rara kat rumah ni seorang diri dah kenapa? apa salahnya Kinah bawak je Rara sekali pergi jemput mak tadi "
Yes! Abang Fik.. go go marah Kinah lagi. Dia punca semua ni jadi. Hati aku muka ketawa riang.
" Eh! asal salah Kinah pulak? Rara yang setuju Kinah tinggalkan dia "
Alamak! Kinah ni banyak pulak menjawab. Mengaku je lah kau ambil kesempatan masa aku tengah mamai. Otak tengah blur. Aku mengangguk jelah.
" Dah dah.. jangan duk nak salah menyalah. Izzt dan Rara tak pernah berjumpa. Memang patut pun masing-masing terkejut tadi "
Mak Leha yang tadinya diam mula bersuara. Aku suka cara Mak Leha. Walaupun kadangkala mulutnya bising tapi hatinya baik. Sanggup anggap aku seperti anak sendiri. Tak pernah aku rasa asing di kalangan mereka.
" Sikitnya Rara makan. Tak sedap ke mak masak? "
Aku menggeleng laju. Bukan tak sedap mak tapi mamat depan Rara ni asyik pandang Rara je. Tolong cungkil mata dia mak. Hatiku bersuara geram.
" Sedap mak. " ringkas jawapanku. Sebetulnya aku masih malu dengan semua orang.
Patin masak tempoyak. Ini menu wajib yang mak akan masak setiap kali aku balik kampung. Dan sekarang disebabkan kejadian siang tadi tekak aku langsung tak boleh nak telan masakan ni.
Ahh.. ruginya..
" Izzt nanti kau tidur bilik aku jelah. Bilik tetamu tu memang Rara yang selalu guna. "
Aah.. Betul sangat tu!
Bagitahu dia kuat sikit Abang Fik..Takut telinga dia tersumbat dengan taik telinga. Sesuka hati je tuduh aku menceroboh. Puiii...
" Eh! tak payah. Biar Rara tidur dengan Kinah. Bahaya Rara tidur sorang-sorang "
Pulak? apa Kinah merepek ni?
" Kau nak cakap aku makan orang ke Kinah? "
Laju aku mencari arah suara itu.
Akhirnya.. mamat poyo tu bersuara jugak. Aku ingatkan dia dah jadi patung cendana kat situ.
" Aku tak sebut nama kau pun. Perasan! "
Kinah ketawa mengejek. Aku nampak Kinah membalas dengan jelingan. Ada bad story ke antara Kinah dengan mamat poyo ni?
" Korang berdua ni memang tak boleh berjumpa kan. Asyik nak bertekak je. Dari kecik sampai ke besar. Mengalahkan Tom and Jerry.
" Hah betul sangat tu bang... "
Laju mak menyokong kata Abah. Aku ketawa. Ketawa sebab aku rasakan statement Abah tu kelakar. Abah yang berusia tu pun tahu cerita Tom and Jerry.
Abah follow ke citer tu bah? caya lah...
" Dah jangan nak ketawa sangat. Makan cepat. Kejap lagi boleh solat maghrib berjemaah "
Mendengarkan amaran Abah laju aku menyuapkan nasi ke dalam mulut.
Eh, sedap la pulak lauk mak masak ni. Boleh habis sepinggan ni.
.
.
.
Angin malam membelai lembut rambut aku. Bunyi cengkerit membuatkan hatiku terbuai dengan suasana alam yang jarang-jarang sekali dapat aku nikmati.
Sungguh.. aku jatuh cinta dengan suasana sebegini.
Nun di hujung sana, di bawah pokok mempelam aku nampak Taufik dan Izzt Firhan sedang rancak berborak. Sesekali gelak ketawa mereka bersatu di situ. Memecahkan hening malam yang semakin suram.
Tiba-tiba aku jadi teringat cerita Mak Leha padaku. Rupanya Izzt Firhan itu merupakan anak asuhan Mak Leha ketika keluarga lelaki itu menetap di sini. Izzt Firhan dijaga Mak Leha sehingga lelaki itu berusia 16 tahun sebelum keluarganya berhijrah ke ibu kota. Jadi tak pelik lah kenapa Izzt Firhan begitu rapat dengan keluarga ini.
" Rara ! meh lah sini "
Laungan itu menyedarkan aku. Aku pandang Taufik yang sedang melambaikan tangannya kepadaku.
Ah sudah.
" Tak naklah "
Aku menolak sambil menggelengkan kepala.
" Ala.. sinilah kejap. Boleh borak - borak. "
Borak -borak? dengan mamat poyo tu? ah memang tak naklah aku.
Kali ni aku dah tak boleh mengelak lagi bila Taufik tiba-tiba datang menghampiriku. Tanpa kata terus tanganku di tarik dan di bawa ke arah Izzt Firhan. Aku yang tak bersedia paksa diri mengikut langkah Taufik.
Seperti mana aku rapat dengan Kinah begitu juga aku rapat dengan Taufik. Taufik ni kepala sama macam Kinah. Kaki lawak juga laki ni. Opss sebelum aku lupa. Taufik ni dah ada tunang. Nur Jannah namanya.
" Kenapa Rara tak tidur lagi ? " soalan pertama dari Taufik.
Aku yang sedikit menunduk panggung kepala. Senyuman ikhlas cuba ku ukir biarpun nampak jelek.
" Tak mengantuk lagi. "
Clishe. Tapi memang aku memang belum mengantuk lagi. Hari ini aku rasakan terlalu banyak aku tido. Mengingatkan kejadian aku bersama mamat poyo di sebelah Taufik juga penyebab kenapa mata aku masih segar membulat sehingga kini.
" atau dah PUAS tidur siang tadi "
Aku dengar Taufik ketawa kecil.
Lantas mataku menjeling sakit hati dengan suara yang sengaja menekankan perkataan puas tadi.
Aku mendengus pelahan. Boleh tahan menyibuk mamat ni.
" Tapi Kinah lagi teruk Izzt. Kau ingat tak kes Abah ajak dia pergi kenduri naik moto dulu ? Satu rumah kita mencari dia. Alih-alih kita jumpa dia tidur dalam kereta. Memang hantu tidur lah adik aku tu "
" Mesti lah aku ingat. Pasal kes tu lah dia aim aku sampai sekarang. Pantang nampak muka aku asyik nak cari pasal je. "
Bergabung ketawa Taufik dan Izzt Firhan. Aku yang mendengar turut tergelak sama. Maknanya tabiat kuat tidur Kinah ni sejak dari kecik la eh?
" Kinah kat KL macam mana Rara? Okay tak dia? "
" Macam yang Abang Fik nampak lah. Sihat di bawah jagaan Rara. "
Aku membalas selamba. Sebentar kemudian aku gigit bibir bawahku. Sedar tak sepatutnya aku membalas begitu. Aku lupa, ada orang asing di antara kami.
" Kalau Rara nampak dia buat benda tak senonoh Rara report pada Abang Fik tau. Dia tu kadang bukan boleh percaya sangat. "
Taufik tahu dia boleh harapkan Tiara. Kinah meskipun usianya sudah menginjak dewasa tapi kematangan Tiara jauh lebih baik berbanding adiknya.
" Insyallah so far Kinah okay je "
Aku menjawab apa yang patut saja. Hal peribadi Kinah aku tak nak sentuh. Aku tahu hubungan Kinah dengan Samsul masih belum diketahui oleh Taufik. Kalau lah Taufik tahu mesti teruk Kinah kena. Dah tentunya berhubungan dengan suami orang perkara wajib yang perlu di elakkan.
" Rara pula macam mana? Dah ada ke... "
Kring... Kring..
Pertanyaan Taufik mati di situ. Telefon yang berbunyi lantas di ambil. Senyumannya melebar. Pasti si tunang kesayangan.
" Korang borak lah dulu. Aku jawab telefon kejap "
Aku lepas nafas selega-leganya. Memang aku sangat lega. Aku tahu soalan Taufik pastinya menjurus kepada perihal kehidupan aku selepas di kecewakan.
Oh No. Tolong lah Abang Fik jangan selak helaian hidup Rara depan lelaki yang Rara sendiri tak kenal. Lagipun Rara dah move on. Dah tak nak ingat kisah lalu.
Aku diam. Izzt Firhan juga turut diam.
Aku buat-buat pandang sebelah kiriku. Mungkin lebih baik dari pandangan aku menghala ke arah Izz Firhan. Aku perasan sesekali mata Izzt Firhan mencuri pandang ke arahku. Gatal!
" Apa pandang-pandang. Saya ada hutang awak ke? " Soalku mula sakit hati.
" What? "
" Saya ada hutang awak ke? "
Aku ulang ayatku sekali lagi. Lebih kuat dari tadi.
" Hah? "
Izzt Firhan bertanya binggung.
" Boleh tak awak jaga mata awak tu, jangan sibuk nak pandang arah sini. Saya tak suka lah ! " Aku lepaskan rasa geramku. Lantak lah Izz Firhan nak terasa ke apa. Aku memang tak suka berdepan lelaki mata gatal seperti ini.
" Eii... Perasannya awak ni! "
Izzt Firhan ketawa mengejek.
Hatiku terus membengkak. Aku bukan perasan lah gila! Aku nampak mata kau pandang aku!
" Mestilah saya perasan. Saya tak suka lelaki gatal macam awak ni curi-curi pandang arah saya " aku bertanya lagi.
" Saya pandang bintang "
Aku buntangkan mata ke atas. Memang sah mamat poyo ni gatal. Celah mana datangnya bintang ? petang tadi kan hujan. Sekarang pun langit masih lagi gelap.
" Masa sekolah dulu tak suka subjek sains ke ? "
" Suka. SPM dapat A+ "
Izzt Firhan membalas dengan senyuman. Meskipun Tiara tengah marah, tunak matanya masih tak berganjak dari memerhati gadis itu.
" Habis tu nyanyuk? dah lupa bintang takkan muncul lepas hujan? "
Aku sungging bibir. Puas dapat kenakan Izzt Firhan yang tepat memandang ke arahku.
" Saya tak maksudkan bintang kat langit. "
" Habis tu? "
Kali ni Izzt Firhan pula sungging bibir ke arahku.
" Bintang kat kepala awak ni senget. Lain kali jangan nak perasan lebih sangat. " ujarnya seraya membetulkan kepit rambut berbentuk bintang di kepalaku.
Aku?
Jangan di tanya perasaan aku sekarang. Dah tentunya kulit aku sudah merah seperti disalai. Macam mana aku boleh tak faham maksud Izzt Firhan tadi.
Makkkkkk!!!! pinjam pasu bunga boleh tak. Rara nak buat cover muka Rara.
bersambung ...
Share this novel