Leka aku menyiapkan rekaan yang sudah berada diperingkat akhir. Hanya berbaki sikit saja lagi rekaan ini akan ku serahkan pada klien. Dari ekor mata, aku nampak Jaja sedang menjeling-jeling ke arah aku. Sengaja aku buat-buat tak faham dan berpura-pura sibuk.
Malas aku nak ulas bila dia bertanya mengenai cincin di jariku saat kami bersarapan di pantri tadi. Lagipun buat masa ini, aku tak bercadang untuk memberitahu sesiapa mengenai status aku. Nak-nak lagi selepas Raqib menuduh aku tempoh hari. Tanpa sedar senyuman terbentuk di ulas bibirku.
“ Kau buat apa tu? sibuk sangat gayanya. "
Jaja menyengih. Kerusi kosong di sebelah aku ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya di situ.
Aku mengerlingnya sekilas. Banyak betul masa si Jaja ni nak melepak dekat sini. Mentang-mentanglah Muzzafar Adli belum masuk ofis, boleh pulak dia jadikan meja aku ni tempat nak bergosip.
“ Tengah siapkan job klien lah. Dateline lagi 2 hari. ” balasku tanpa menoleh. Mata masih melekat di skrin komputer.
“ Sambil tersenyum? Ada muka sesiapa ke dekat skrin komputer tu? ”
Hah?
Muka Jaja ku pandang. Tersenyum nakal dia ke arahku dengan kedua keningnya sudah berlaga sesama sendiri.
" Hisyh, mengarut je kau ni. Kan aku tengah buat kerja ni... " gumamku.
“ Hurmm... baru 2 hari kau tak masuk kerja tup tup dah ada cincin kat jari manis. Lepas tu buat kerja sambil senyum seorang-sorang. Ada apa-apa yang aku tertinggal ke? ” soal Jaja sambil mengetuk pelahan permukaan meja. Acah sedang berfikir kononnya. Matanya masih tak berganjak dari memandangku.
" Kau salah tengok tu.. Mana ada aku senyum " selamba aku menjawab. Riak di wajah cuba ku kawal sebaik mungkin. Biar tak timbul rasa curiga di hati Jaja.
Jaja ketawa mengejek.
" Jarak meja kau dengan aku tak sampai dua meter tau. Takkanlah mata aku yang sihat ni tiba-tiba sakit pulak. " ujarnya dalam sisa tawa yang sengaja dibuat-buat.
Aku jungkit bahu.
" Better kau pergi check. Mana tahu mata kau ada masalah ke... Sebab dari tadi aku kusyuk buat kerja, alih-alih kau cakap aku senyum pulak. "
Senget terus mulut Jaja. Lengan aku lantas ditampar geram.
“ Kau jangan nak menipu aku eh... aku bukan budak kecik yang semudah abc nak terima alasan kau tu. Aku tahu ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku kan? "
“ Taklah! mana ada. " Laju aku membalas. Kepala menggeleng buat beberapa ketika. Semakin laju jantungku bergendang bila di asak begini.
“ Really? ”
Aku mengangguk lagi. Pandangan tajam Jaja buat dudukku semakin tak selesa. Rasa tak selamat pulak aku berada di sini.
“ Come on lah Rara... Takkan dengan aku pun kau nak berahsia. Cincin yang kau pakai ni buat aku rasa curiga betul. Nak kata ini cincin lama, aku tak pernah nampak pun kau pakai cincin ni. Nak kata baru beli, setahu aku kau tak suka membazir duit beli benda-benda macam ni. Hurmm... jangan-jangan kau .... ” mata hitam Jaja sudah bersinar memandang aku. Aku telan liur. Sepertinya Jaja sudah dapat mengagak sesuatu.
“ Ya Allah, aku terlupalah nak bagitahu kau. Tadi Mr. Kenny telefon. Dia tanya pasal quotation yang dia mintak tu. Kau dah hantar belum pada dia. " soalku sambil menepuk dahi dengan wajah serius.
Jaja bingkas bangun sebelum tergesa-gesa meninggalkan aku dan kembali semula ke meja kerjanya.
Aku menghela nafas lega. Ketawa senang melihat telatah Jaja yang kelam kabut. Sekurang-kurangnya aku telah berjaya mengelak dari di soal bertubi-tubi.
" Hari ni kau terlepas Rara. Esok belum tentu tau. "
Sayup-sayup aku mendengar suara amaran dari Jaja. Mati terus senyuman di bibir.
.
.
.
" Yes. Akhirnya siap jugak. "
Bersorak gembira aku tatkala berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Ku kerling jam di pergelangan tangan, sudah menunjukkan ke angka 1.55 petang.
' ermm, dah nak habis waktu lunch rupanya... ' hatiku berdesis.
Sambil memicit batang tengkuk yang lenguh aku mengeluarkan sebungkus biskut dari dalam laci. Buat alas perut yang lapar. Tapi memang aku lapar pun. Last aku makan nasi petang semalam.
Sedang leka mengunyah, pintu utama ofis tiba-tiba ditolak dari luar. Aku memanjangkan leher menjenguk. Terhenti kunyahan aku saat ternampak kelibat Muzzafar Adli yang baru melangkah masuk. Cepat-cepat aku mencapai sehelai kertas dan berpura-pura sibuk.
“ Rara, bos ajak meeting. "
Terlorot pen di tangan sebaik suara Evelyn menembusi cuping telingaku. Dia yang sudah berdiri di tepi meja bersama buku di tangan ku pandang bersama riak terkejut.
“ Err ... sekarang ke? "
" Aah, sekarang. Cepatlah. Bos dah tunggu tu. "
" ok.. ok... "
Tergagap-gagap aku membalas sebelum Evelyn berlalu meninggalkan aku.
Ketika kaki melangkah masuk ke bilik meeting, semua orang sudah mengambil tempat masing-masing. Aku duduk di sebelah Evelyn, kebetulan hanya kerusi di sebelahnya yang kosong.
Perbincangan kali ini banyak menjurus kepada cawangan baru yang akan di buka di Ipoh, Perak nanti.
Aku mengutuk diri sendiri. Kenapa baru sekarang aku tahu MA Advertising akan bukak cawangan baru di sana. Nampak sangat aku tak cakna perihal syarikat.
Mata aku terus fokus melihat cara Muzzafar Adli menerajui perbincangan petang ini. Entah kenapa caranya bercakap seolah menarik minat aku untuk terus menerokai setiap inci wajahnya. Hati terus dibuai rasa indah. Aku perhatikan setiap gerak gerinya. Cara dia menghayunkan tangan ke kiri dan ke kanan seolah-olah wayang gambar yang diputar perlahan si hadapan mata aku. Aku mula hilang fokus, suara perbincangan sudah tidak lagi kedengaran di telinga sehinggalah lenganku disiku oleh Evelyn.
" Kenapa? "
Aku mendengus pelahan.
Evelyn menghantar isyarat kepada aku. Muncung panjangnya dihalakan ke depan. Pantas aku menoleh ke arah yang di maksudkan.
" so ... ada apa-apa yang you tak jelas ke? "
Hah?
" Dahi you berkerut. Ada apa-apa yang you tak faham ke? " Dia menyoal dengan keningnya sudah terangkat tinggi.
Aduh malunya.
Terasa bahang kulit muka. Tapi bila masa pulak dahi aku berkerut ni. Eh, bukan tadi aku tengah dibuai perasaan indah ke.
" Err.. faham. Semua saya faham. "
Ish, rasa nak tampar je mulut sendiri. Boleh pulak aku jawab macam tu. Padahal satu benda pun aku tak faham. Mana nak faham kalau aku langsung tak fokus.
" Okay good. Kalau macam tu nanti you tanya Jaja apa yang patut you buat sepanjang di Ipoh nanti. "
Hah?
Jatuh rahang aku bila Muzzafar Adli berkata begitu. Apa kes pulak ni sampai aku kena pergi Ipoh?
" Jaja, untuk jawatan assistant marketing dan designer tu tolong uruskan secepat mungkin. Kalau boleh kemasukan awal bulan depan ya. " soalannya beralih pula pada Jaja.
Aku nampak Jaja tersenyum kemudian mengangguk faham.
" Kalau buat interview tu dalam minggu ni, boleh tak bos? "
Wah, cepat betol dia nak cari penganti tempat aku.
" Rabu dan Khamis I free. Dah set appointment nanti, let me know. "
Sekali lagi Jaja mengangguk. Tangannya masih tekun menulis sesuatu di atas buku nota berkulit hitam yang selalu di bawanya.
" .. and you Raqib, sementara nak tunggu designer baru masuk, you tolong check job yang masih pending. I mean job yang dah dapat approved dari client tapi masih on going. I tak nak ada apa-apa masalah lagi. Please check ok.. " tegas suaranya.
Spontan aku mengangkat muka, tanpa sengaja anak mataku bertemu dengan anak mata milik Raqib. Bukan main tajam Raqib menjeling aku.
Ah, lantaklah.
Malas aku nak ambil pusing. Kalau dia nak terus bermusuh dengan aku, apa aku boleh buat. Tak luak pun gaji aku.
" Ok. That all. Thank you. "
Terpingga-pingga aku bila mukadimah terakhir itu keluar dari mulut Muzzafar Adli. Sesaat kemudian lelaki itu berlalu semula ke biliknya.
Aku hela nafas panjang. Rasa cepat pulak meeting kali ni. Atau aku sorang je yang rasa macam tu.
" Kau ni dah kenapa Rara? kau ada masalah ke? "
Aku mati langkah. Terbantut niat aku nak keluar bila di sapa begitu oleh Jaja.
" Aah. Aku pun nak tanya benda yang sama. Kau pandang muka bos tu lama-lama kenapa Rara? sampai tak berkelip-kelip anak mata kau pandang dia. Lepas tu boleh pulak kau buat derk je bila di panggil kau. "
Erk,
Kenyataan Evelyn tiba-tiba buat air liur aku terasa kelat dan payau.
Kenapa aku boleh tak perasan semua tu. Dalam aku memerhatikan Muzzafar Adli, rupa-rupanya minah dua orang ni sedang merakam perilaku salah aku.
Aduhai.
" Laa, nama pun meeting kan. Mestilah aku pandang muka dia. Kalau aku pandang korang lagi haru biru aku kena smash. " goreng selagi boleh. Janji aku tak kantoi. Malu besar kalau diaorang tahu kenyataan sebenar.
Keduanya mencebik serentak. Kenyataan aku langsung tak menyakinkan mereka berdua agaknya.
Malas nak biarkan isu itu berlarutan, aku lantas berlalu ke bilik pantri.
Sambil mengacau nescafe 3in1, aku memandang cincin di jari manis. Sudah 4 hari cincin itu aku pakai dan tadi buat pertama kalinya aku mengadap muka Muzzafar Adli yang telah sah menjadi tunang aku. Riaknya yang tenang dan bersahaja langsung tak menimbulkan rasa curiga pekerja bawahannya. Seolah hubungan yang terjalin di antara kami sekadar majikan dan pekerja saja.
Adakah dia juga sama seperti aku? cuba menyembunyikan ikatan ini dari pengetahuan orang lain?
" Kenapa tak keluar lunch tadi? ”
Terlepas sudu dari tangan. Aku lantas menoleh. Muzzafar Adli yang sedang tersenyum di muka pintu pantri ku kerling sekilas.
Aku menyambung mengacau air di dalam mug dan menunjukkan paket biskut sugar cracker di tangan. Lapar punya pasal, aku kebas lagi satu biskut kat pantri.
“ Biskut je? kenyang ke? ”
Dia mencapai mug dan menadah air dari mesin dispenser.
“ Kalau hari-hari makan ni je, makin bertambah kuruslah you nanti. ” Dia menyambung kata.
Aku simpan senyum. Dia tengah puji aku kan tu. Kiranya diet aku selama sebulan ni berjaya lah kan..
" Janganlah kurus sangat nanti semua orang ingat I dera you pulak. ”
Aku menelan air liur. Ke situ pulak otak dia berfikir. Padahal kurus tu kan bagus. Penyakit pun takut nak dekat.
“ Nah. Air untuk bos. ”
Muzzafar Adli terkebil-kebil memandang aku. Mungkin tak jangka aku akan bagi air nescafe yang aku kacau tadi pada dia. Mug yang ingin dibawa ke mulutnya tadi tak jadi diminum.
" Kenapa bagi air ni? "
Walaupun pelahan, aku masih boleh dengar apa yang dia cakap.
" Sebab bos puji saya kurus. ”
Aku terus keluar bersama paket biskut sugar cracker. Bukan aku sengaja tinggalkan dia sorang-sorang macam tu tapi bahaya kalau aku lama-lama dengan dia macam tadi. Aku risau kalau orang lain nampak. Lagi parah kalau Jaja tahu cincin aku tu datangnya dari Muzzafar Adli.
Dan, aku tak nak semua tu berlaku.
Langkah dipercepatkan ke meja kerja. Aku tahu Muzzafar Adli hanya mampu mengekori langkah aku dengan ekor mata. Dari tingkah lakunya, aku tahu dia seperti aku, masih belum berani confrence pada semua orang yang kami sudah bertunang.
Tepat jangkaan aku bila lelaki itu terus melangkah masuk ke dalam biliknya.
“ Aku nampaklah Rara! " Jaja menegur sebaik punggungku mencecah kerusi. Aku berpusing 90 darjah mencari anak matanya yang bundar.
“ Hah? Apa yang kau nampak? ” biskut yang sudah berada di tangan ku sua masuk ke dalam mulut. Masa lapar macam ni, biskut gula ni pun boleh buat aku terasa nikmat.
Jaja menyengih.
" Kau dengan bos. Aku nampak korang berdua kat pantry tadi. " Senyuman Jaja makin lebar.
Tersekat biskut yang baru masuk ke dalam kerongkong. Terbatuk aku mendengar kenyataan Jaja. Tak sangka mata Jaja begitu tajam memerhatikan tingkah kami. Spesis mata helang gamaknya.
Air mineral ku ambik dan meneguk rangkus.
“ Observation kau salah lah Jaja. Mana ada dia mengorat aku. Bos ke pantry sebab nak buat air. Kebetulan aku ada kat sana. Takkanlah aku nak buat muka ketat pulak dekat dia. Nanti apa pulak dia cakap kan. "
Aku senyum paksa. Ku teguk lagi air mineral yang berbaki. Asal panas sangat cuaca hari ni atau soalan Jaja yang buat aku jadi panas.
Jaja sengih sesaat sebelum kembali memandang skrin komputer.
" Betul jugak apa yang kau cakap tu. Daripada dia mengorat kau, baik dia ngorat Cik Wawa seberang jalan tu. Ada jugak untungnya. Hari-hari dia boleh bawak kita makan free kat cafe tu. "
Erk,
Kelu terus lidah aku nak membalas.
bersambung ...
Share this novel