Hari ini, aku masuk ke ofis seperti biasa. Pagi tadi Kinah yang menghantar aku ke ofis sementelah kereta aku masih berada di basement.
Izzt Firhan?
Entah lah. Aku sendiri tak tahu di mana keberadaan lelaki itu sekarang. Sejak malam tadi aku menunggu panggilan dan mesej darinya namun hampa. Dapat aku rasakan dia perlukan masa untuk bersendirian. Dan buat pertama kalinya aku terasa sepi tanpa seorang kekasih.
" Rara, nanti lunch you ikut I keluar ya "
" Keluar? kita nak ke mana bos? "
Anak mataku sudah terpasak pada batang tubuh Muzzafar Adli yang berdiri di tepi meja kerjaku. Aku pandang sekilas penampilannya yang sentiasa segak bergaya. Sedap anak mataku memandang. Kalau bukan sebab title aku yang dah berpunya boleh tergoda aku dibuatnya. Hahaha..Gatal!
" Teman I pergi jmpa klien. Lagipun Jaja cuti sekarang. So you tolong I take over his work for a few day. Boleh? "
Take over kerja Jaja? Biar betul bos ni. Aku designer je kot. Bukannya PA macam Jaja.
" Boleh tak? "
Fikir punya fikir. Akhirnya aku mengangguk setuju meskipun ketika itu jiwa aku masih berbelah bahagi. Aku tak nak tapi pandangan matanya yang tajam buat aku terpaksa akur. Lagipun dia kan bos. Takkan aku nak cakap tak boleh pulak kan.
" Okay good. So nanti lunch you tunggu I dekat lobi. "
Aku mengangguk lagi. Sesudah itu Muzzafar Adli terus masuk ke dalam biliknya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Elok lah dia tak menoleh. Kalau dia toleh kang aku pulak yang tak senang duduk.
Kerja PA bukanlah semudah yang aku sangka. Sebab aku ni spesis manusia yang malas nak menulis. Nak catit itu ini aku tak suka. Aku lebih rela lakukan kerja hakiki aku dari take over kerja si Jaja ni.
Habis saja metting bersama klien, Muzzafar Adli mengajak aku menemaninya ke mall yang berdekatan. Katanya ada barang yang mahu di beli di sana nanti. Aku menurut. Kebetulan aku pun malas nak balik awal harini.
" Rara, you okay tak ni? " soalnya yang sudah memaku langkah memandang tepat ke arah aku.
Aku menggeleng seraya melepaskan nafas lelah. Langkah Muzzafar Adli yang deras buat aku termengah keletihan. Naik kejang betis aku mengejar langkahnya yang berjalan persis orang dikejar hantu.
" Bos jalan laju sangat. Penat saya nak kejar. " luahku terus terang.
Ketawanya terburai.
Aku jongket kening. Seakan faham dia bersuara lagi.
" Saya ingatkan awak dah biasa dengan cara saya. " dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih.
Cara dia? berjalan laju pun nak kena follow dia ke? apa dia ingat kaki aku panjang macam dia. Desisku sekadar meluahkannya dalam hati.
" Rara, I nak pergi ke kedai tu kejap. Nanti I datang ke sini semula. "
Aku menyeringai sambil tayang muka redha. Untungnya jadi bos ni. Suka hati dia je arahkan aku itu ini.
Sementara menunggu Muzzafar Adli, aku masuk ke sebuah kedai cendermata yang kebetulan ada di situ. Saja nak cuci mata. Lagipun dah lama aku tak beli sesuatu untuk diri sendiri.
Wow... besarnya teddybear ni!
Ini kalau buat bantal peluk mesti syok.
Aku senyum sendirian. Anak patung yang sizenya hampir sama besar dengan badan aku, buat aku terpaku di situ.
" Cik berminat ke? ni last stok yang kita ada. " ujar jurujual yang sejak tadi mengekori langkahku dari belakang.
Aku menggeleng bersama satu senyuman.
Tak nak aku buat kerja gila. Nak usung patung ni satu hal. Kang tak pasal kena gelak dek orang.
" Rugi kalau cik tak beli. Lagipun hari ni kedai kami ada buat potongan 40%. Promosi sehingga hujung bulan ni saja. " ujar jurujual tadi masih cuba memujuk. Patung beruang besar itu di ambil lantas dihulurkan pula pada aku.
Aku tayang muka serba salah.
" Cuba cik rasa ni. Material bulu dia sangat berkualiti tinggi. Lembut dan tak kasar. Saya berani jamin cik takkan menyesal kalau beli."
Aku dah garu kepala sendiri. Serba salah pulak aku dibuatnya. Aku bukan minat sangat dengan teddybear besar macam ni. Lagipun harga dia. Ya ampun. Buang duit je kalau aku beli.
" Maaf dik. Sebenarnya akak .. "
" you like it? "
Aku menoleh laju. Sedikit terkejut dengan kemunculan Muzzafar Adli yang sudah berdiri di belakang aku. Aku menggeleng sambil tersengih malu. Laki ni macam chipsmore pulak. Kejap ada. Kejap tak ada.
" you suka ke teddybear tu? Kalau suka I boleh belikan untuk you. " ujarnya dengan riak selamba tapi mesra.
" Eh, tak payahlah bos. Tadi tu saya saja je tengok-tengok. Lagipun saya tak suka teddybear besar macam ni."
Tergagap aku memberi alasan. Kalaupun aku suka, aku boleh beli sendiri. Buat apa aku nak suruh Muzzafar Adli yang belikan. Macam tak kena pulak dengan relationship kami.
Jurujual tadi masih setia di situ. Memandang kami dengan senyuman mesra.
" Its okay Rara. Anggap je ni hadiah tanda terima kasih I sebab you teman I hari ni. " jelasnya sekaligus memberi kata setuju pada jurujual tadi. Jurujual wanita itu kemudiannya berlalu ke kaunter pembayaran.
Aku dah tergamam. Semudah tu je bos aku ni bagi hadiah mahal macam ni pada aku. Tak sayang duit agaknya. Ke duit dia banyak sangat?
" Bos, tak payahlah belikan saya patung tu. Tak berbaloi dengan harga. " aku cuba mempengaruhi keputusannya. Paling tidak pun kalau dia tak jadi beli duit tu nanti kami boleh buat pergi makan. Lagi berbaloi.
" Tak apa Rara. Sekali sekala. Lagipun I ikhlas nak belikan untuk you . " ujarnya lembut sambil tersenyum manis kearahku.
Aku hilang kata-kata. Apa lagi aku nak mampu aku cakap kalau dia dah beriya macam ni. Terima jelah.
.
.
.
Hari minggu yang membosankan.
Awal pagi lagi aku dah keluar berjogging di taman berdekatan. Balik saja dari taman aku sambung semula aktiviti bermalas-malasan atas katil.
Semalaman tidur aku tak lena. Semuanya gara-gara memikirkan kejadian antara aku dan Muzzafar Adli di mall semalam.
' Don't worry. I'll help you. '
Aku masih tak percaya lelaki berstatus majikan aku tu sanggup bawakkan patung besar gedabak tu sepanjang kami berada dari mall.
Sweet sangat pulak aku rasa si Muzzafar Adli ni. Padahal sebelum ni aku tak nampak pulak sisi 'gentleman' dia tu.
Hisyhh...
Kepala ku geleng berkali-kali.
Apa benda lah yang aku merepek ni. Takkan boss tu nak tayang semua sisi baik dia pada aku. Aku bukan girlfriend dia. Pekerja kesayangan dia pun tak. Kang kalau dia tayang lebih-lebih aku cop dia mengatal pulak.
Betul tak?
Tapi...
Yang semalam tu apa? hatiku berdesis lagi.
Laaa, macam yang dia cakap lah. Dia yang beli, biar dia yang tolong bawak.
Aku senyum sendirian.
' Dengan rasminya kau tinggal dengan aku sekarang ni. Ingat. Jangan nakal-nakal tau '
Sempat lagi aku berikan pesanan khidmat masyarakat pada patung beruang yang sudah terbaring kaku di sebelahku. Lagak kau baring mengalahkan bakal laki aku pulak eh..
Apa nama sesuai yang aku patut kau eh?
pinky? eeiiii... gegirl sangat bunyinya.
Haa.. apa kata nama kau.....
" Rara! "
Astagfirullah al azim..
Aku urut dada. Terjengil biji mataku memandang Kinah di muka pintu.
Perempuan ni memang spesis tak reti ketuk pintu agaknya.
" Rara, jom keluar. Aku bosanlah. Kita tengok wayang nak tak ? " ajak Kinah tanpa rasa bersalah. Senyuman bertebaran dicelahan bibirnya.
Aku tayang muka cemberut.
" Tak nak lah. Aku penat. "
Aku membalas sambil memicit betis yang terasa lenguh. Inilah jadinya bila setahun sekali baru nak bersenam. Habis satu badan rasa sakit.
" Ala, jom lah. Kita dah lama tak keluar sama-sama. " pujuk Kinah sambil tayang muka kesian.
" Ermm, tak kot. Aku nak rest kat rumah je. Kau pergilah ajak Sam " saran aku yang sememangnya pelik sejak aku balik tadi Kinah masih berada di rumah. Selalunya waktu-waktu begini Kinah pasti akan keluar berpacaran dengan kekasih hatinya.
Muka Kinah mencuka. Dia mara lantas duduk di sebelah aku di atas katil.
" Dia tak ada. Bawak bini balik kampung "
Pulak dah?
Patut lah beriya ajak aku. Kesian kau Kinah. Haritu bersungguh kau cakap Samsul tu nak bercerai dengan bini dia. Ini siap bawak balik kampung lagi apa kes. Entah-entah diaorang tak jadi bercerai.
Untung betol kau Samsul. Sana bini, kat sini girlfriend. Hurmmm...
" Jom la Rara. Kau tak bosan ke asyik terperuk je dalam bilik ni. Lagipun aku dah belikan tiket ni ha.. "
Kinah menyengih. 2 tiket wayang dilayangkan di hadapan muka aku.
Aku mencebik.
Sah. Kalau dah sampai tahap beli tiket ni confirm aku kena ikut.
Adududu....
" Nah! aku orderkan special untuk kau "
Waffer berperisa peanut coklat itu kemudiannya bertukar tangan. Tak sampai sesaat wajah yang mencuka tadi terus bersinar dengan senyuman manis bak gula tumpah.
Kinah senyum mengejek.
Tak susah mana pun nak pujuk. Kalau kena cara cepat betul mood Tiara berubah. Tengoklah tu menyengih sampai ke telinga.
Langkah kembali di atur. Seiring kami berdua turun dari escalator. Sebaik sampai di tingkat tiga aku terkedu. Susuk tubuh itu aku pandang sekejap sebelum pandanganku jatuh semula pada Kinah.
Kinah !!! ini mesti kerja kau kan.
" tak habis lagi ke scene merajuk kau tu? " Kinah menyoal sambil menyiku lembut bahu aku.
Aku yang tengah syok menikmati waffer sekadar menjongketkan bahu. Malas nak kisah sangat dengan omongan Kinah yang tak kena pada masa.
Sesekali aku menjeling ke arah belakang. Rasa rimas bila sejak tadi ada sepasang mata terus galak memerhatikan aku.
" Alamak Rara! Aku tertinggal barang dalam kereta. "
Aku berhenti menguyah. Muka Kinah ku pandang. Hati mula rasa tak sedap.
" Barang apa? " aku menyoal pelik.
Kinah garu kepalanya. Muka tak keruan Kinah aku amati.
" Er.. adalah. Nanti kalau dah settle aku call kau eh "
" Tapi Kinah.... "
Belum pun sempat aku bersuara Kinah dah terkocoh-kocoh berlari meninggalkan aku. Ketika itu kami sudah berada di depan pintu masuk panggung wayang.
Aku mendengus pelahan.
Rasa nak cubit-cubit je budak Kinah ni. Tadi bukan main dia pujuk rayu aku temankan dia tengok wayang. Sekarang apa. Boleh pulak dia tinggalkan aku sesuka hati dia kat sini.
" It's okay. Nanti saya hantarkan awak balik. "
Gluppp
Air liur ku telan pahit. Aku diam membatu. Mata masih ralit memerhati tubuh Kinah yang dah pun jauh meninggalkan aku.
Jaga kau Kinah. Aku ganyang kau balik nanti. Ggggrrrrr...
" Sayang... "
Sekali lagi suara itu menyapa lembut telingaku. Menyedarkan aku yang sedang jauh mengelamun. Aku kerling sekilas wajah itu sebelum aku mengorak langkah meninggalkannya.
Malas nak layan.
" Pleaseee Rara.. Janganlah merajuk macam ni.. " pujuk Izzt Firhan sambil memandang wajah aku yang kaku tanpa riak. Aku mendengus halus. Menonong saja aku berjalan tanpa sedikit pun pedulikan dia.
" Saya tahu saya salah. Saya minta maaf eh. "
Aku mencebik.
Rayuan Izzt Firhan aku buat endah tak endah saja. Malah sempat aku hadiahkan jelingan maut padanya yang mula tayang muka kesian.
" Pergilah balik. Sibuk je datang sini! "
Selepas tiga hari menghilangkan diri baru reti nak cari aku. Apa dia ingat aku ni tak ada perasaan ke?
Kalau bukan sebab Kinah yang pujuk aku datang ke sini, mungkin aku tak akan jumpa dengan lelaki ni. Aku syak ni semua plan Kinah nak bagi aku berbaik semula dengan Izzt Firhan.
Tapi tah lah. Dalam menyampah ada jugak terselit rasa rindu.
Ahhh... benci pulak aku dengan hati ni. Langsung tak boleh krompromi.
" Smpai hati awak halau saya. Awak tak rindu kat saya ke? "
Izzt Firhan masih cuba memujuk. Suaranya cuba dilunakkan bagi menawan semula hati Tiara. Tapi melihat muka cemberut Tiara buat dia sedikit kecewa bila usahanya memujuk langsung tak dihiraukan. Nampak sangat Tiara masih berkeras dan enggan maafkan dia.
Ya. Dia bersalah sebab terlalu ikutkan hati.
" Takkkkkkk... "
Laju aku menjawab.
Padahal kata hati tak sama dengan mulut. Sejujurnya aku rindu kat dia. Tapi aku jadi sakit hati bila dia langsung tak hubungi aku sejak balik kampung hari tu. Tapi takkan aku nak cakap rindu pulak kan? aku pun ada ego jugak.
Izzt Firhan ketap bibir.
Biar betul Tiara tak rindukan dia. Sedangkan dia separuh mati menahan rasa rindu.
Aduhai...
boleh tahan keras hati Tiara ni. Tapi nak marah pun tak guna. Dia yang salah. Dia silap percaturan. Dia ingatkan bila dia merajuk Tiara akan datang cari dan pujuk dia. Tapi haremmm. Langsung tak di pujuk. Akhirnya sampai ke sini dia mencari kekasih hatinya.
" Er.. awak dah makan ke? "
" Dah! "
Tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya aku menjawab dingin. Biar dia rasakan.
Pulak tu boleh pulak dia buat drama muka kesian kat sini. Menjeling jugak aku ke sekeliling. Risau kalau-kalau ada mata yang memerhati drama sebabak kami.
" tapi saya lapar. Jom, temankan saya makan boleh tak "
Aku buat rolling eye. Lapar konon. Macamlah aku tak tahu apa peranan Mak Iti kat rumah dia. Sepanjang masa dilayannya Izzt Firhan ibarat anak raja.
" Tak boleh! Saya ada banyak kerja nak buat "
Aku cuba cipta alasan. Sedangkan hari minggu begini apa sangatlah kerja yang aku ada. Sememangnya hari cuti begini adalah masa untuk aku berehat.
" Ala.. kejap je. Pleasseee.... "
Rayuan manja itu buat aku menoleh ke sisi. Tatkala anak mata kami bertemu hatiku jadi semakin tak keruan. Jantung pula sudah laju mengepam darah. Hati yang tadinya keras terus mencair seperti ais tatkala melihat senyuman mengoda Izzt Firhan.
Ahh... Lemahnya aku bila tengok lesung pipit tu...
Tak sanggup bertentang mata aku lantas menundukkan pandanganku.
" Sayang... boleh tak temankan saya? "
Izzt Firhan kulum senyum. Semakin teruja dia menyoal. Sikit saja lagi usahanya pasti akan berhasil.
Aku lepas keluh. Semakin tak selesa aku dengan perasaan sendiri yang mula berbolak balik.
Baru saja aku nak bersuara terasa jemariku sudah diragut lantas digenggamnya erat.
Aku terpinga.
" I love you sayang.. "
Benarlah kata orang,
Hati wanita seperti kerak nasi. Dipujuk, dirayu maka yang keras boleh jadi lembut.
.
.
.
Dari makan tengahari berganjak ke makan malam. Lama betul rasanya aku meluangkan masa bersama lzzt Firhan. Semua rasa rindu aku terubat bila lelaki itu dengan rela hati melayan saja karenah ku.
Sehinggakan permintaan aku untuk makan strawberry fresh di Cameron Highland pun dia layankan.
Maka hati yang sakit sebelum ni sudah terubat sepenuhnya. Haha..
" Janji eh. Ini kali terakhir awak merajuk dengan saya " Ujar Izzt Firhan yang tenang memandu. Ketika itu mereka dalam perjalanan untuk balik ke KL
" Kalau awak sakitkan hati saya lagi, saya merajuk lah. "
Bersahaja aku menjawab. Seketika kemudian mataku kembali memandang skrin telefon. Melayan mesej Kinah yang entah apa-apa.
" Alaa.. Jangan lah macam tu. Saya ni bukannya reti nak memujuk. "
Jemarinya naik menyentuh jemari Tiara yang dari tadi tak sudah bermain di skrin telefon. Sesekali ada senyuman terukir di bibir itu. Entah dengan siapa Tiara berbalas mesej. Tidak pula dia nak menyoal. Nanti di katakan mengongkong pulak.
" Try your best Bie.. Lagipun awak yang cari pasal kan. Nak merajuk tak kena tempat. "
Telefon ku simpan semula dalam handbag.
" Aik? bunyi macam marah lagi je tu? "
Aku sengih. Tapi Izzt Firhan tak nampak pun. Dalam kereta. Gelap.
" Mana ada marah. Saya kan sayang awak."
" Tahuuuu.... "
Alamak!
Aku ketap rapat bibirku.
Izzt Firhan lepas ketawa. Di cuit pipi aku yang mula kemerahan.
Hati mula diulit rasa bahagia. Benarlah, bahagia itu bukan bila kita miliki segalanya tapi bila kita hargai apa yang jadi milik kita.
" Saya nak tanya sikit boleh? "
" Boleh sayang. "
Aku senyum senang hati.
" Hari tu awak bergaduh pasal apa dengan Abang Fik? "
Mati senyuman manis yang terukir indah di bibirnya. Izzt Firhan ingatkan, Tiara tak dengar perbualannya bersama Taufik tempoh hari.
" Gaduh? eh, mana ada kita orang gaduh. "
Dia pura-pura menyoal. Matanya masih melekat pada jalan raya yang semakin sepi dengan kenderaan.
" Jangan nak tipu. Saya dengarlah. Kawan awak tu buat apa dekat awak? kenapa awak susah sangat nak maafkan dia? " soalku sambil tayang muka tak bersalah sebab menyibuk hal orang.
Izzt Firhan senyum nipis. Jemari kanan Tiara di usapnya pelahan. Kelu lidahnya untuk membuka bicara. Mengungkit kisah lama bukanlah sesuatu yang membahagiakan.
" Korang gaduh sebab berebut awek ke? "
" Hissyyhhh.. mengarut lah! tak ada maknanya saya nak gaduh sebab tu. "
Aku menyengih. Sedar salah diri sendiri.
" Habis tu? kenapa susah sangat awak nak cerita? "
" past is past. saya tak nak ingat lagi benda yang dah lepas. Apa yang penting pada saya sekarang adalah awak. Dan awak tu jangan nak menyibuk sangat fikir hal lain. Baik awak fokus pada bakal suami awak yang hensem ni. " ujar Izzt Firhan sambil mengenyit anak matanya.
Aku yang mendengarnya dah tayang muka nak termuntah. Angkat bakul betul laki ni.
Terasa lama pula perjalanan kami menuju ke KL. Sesekali aku menguap kecil. Jam di sisi di kerling. Patut lah sudah pukul 10 rupanya. Anak mata yang semakin layu akhirnya terpejam rapat. Mata kembali terbuka saat kereta yang di pandu sudah berhenti di bahu jalan.
" Kenapa dengan awak ni? "
Aku pandang muka Izzt Firhan yang berubah pucat. Mataku singgah pula pada kedua tangannya yang sedang memegang perut.
Lantas telapak tangan aku naik menyentuh dahinya.
Berpeluh. Apa dah jadi ni?
Aku mula panik. Kerutan bergaris di dahi lelaki itu buat aku yakin ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki tu.
" Arggghhhh.... perut saya.... "
" Kenapa dengan perut awak? " aku bertanya pelik.
" Sakittttt.... "
Suara itu menyeringai lagi. Tersekat-sekat suaranya saat menuturkan kata.
Semakin mengelabah aku dibuatnya. Tanpa menyoal lagi segera aku keluar dari kereta lalu mengambil alih tugas memandu.
to be continue....
Share this novel