" Rara bos nak jumpa kau! "
Glupp!!
Berita yang baru disampaikan oleh Jaja begitu merentap jiwaku. Tak semena jantungku tiba- tiba berlari laju.
" Nak jumpa aku? dia ada cakap-apa tak?”
Dahiku sudah berkerut seribu. Wajah Jaja ku pandang tak berkelip.
“ Entah. Tak ada pulak dia bagitahu. Dahlah, pergi cepat! Dia tengah tunggu kau tu. " Balas Jaja membuatkan aku bertambah cuak. Dengan berat hati aku mengatur langkah pelahan ke bilik Muzzafar Adli dengan perasaan yang semakin berkecamuk.
Pintu biliknya ku ketuk beberapa kali. Aku berdiri tegak di hadapan pintu bilik Muzzafar Adli yang bersize sederhana. Seminit, dua minit masih diam tanpa ada sebarang jawapan dari dalam.
Aku mengeluh sebelum kembali mengetuk daun pintu bilik lelaki itu. Kali ini agak kuat sedikit berbanding tadi.
“ Masuk! "
Tegang saja bunyinya. Air liur sudah tersekat dicelah kerongkong. Hati sudah berdebar tak tentu arah. Dalam hati tidak putus-putus aku berdoa, cuba menenangkan diri namun aku tetap gagal mengawal rasa hati. Masih terngiang-ngiang di telinga ini herdikan Raqib semalam.
Sakit hatiku mengingatkan semua itu. Tapi apakan daya, nasi sudsh menjadi bubur.
Adakah hari ini aku perlu melaluinya sekali lagi?
“ Assalamualaikum.. "
Ayat pertama yang keluar dari mulutku saat pintu ku tolak dari luar. Entah kenapa ucapan salam pula yang aku berikan padahal selama ini aku tak pernah berbuat begitu.
“ Waalaikummussalam. Masuk. ” Jawabnya tanpa sedikitpun mengangkat mukanya daripada meja. Dia tampak begitu khusyuk, menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Aku segera masuk dan berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu.
Lama aku berdiri di situ dan Muzzafar Adli masih lagi khusyuk dengan kerjanya tanpa menoleh sedikitpun pada aku.
' Aik, Jaja ni biar betul. Dia salah dengar kot. Entah-entah bos tak panggil aku pun. ’ aku sudah membebel dalam hati.
“
Ehemm.. "
Aku berdehem sedikit. Sekaligus buatkan Muzzafar Adli mengangkat kepalanya lalu memandang aku buat beberapa ketika.
“ Duduklah! I tak suruh you berdiri pun. " Sinis saja bunyinya. Laju aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan lelaki itu.
Wajah Muzzafar Adli ku jeling sekilas. Lelaki itu nampak seperti biasa saja hari ini namun suaranya yang sedikit tegas buat hatiku jadi tak keruan. Untuk sesaat, mata kami bertemu dan tatapannya menyakinkan aku ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran lelaki bertshirt kolar berwarna hitam itu.
" Jaja cakap bos nak jumpa saya. ” ujarku tidak betah lagi dengan situasi yang melemaskan seperti sekarang.
Muzzafar Adli nampak tenang dan langsung tidak terkejut dengan pertanyaanku. Pen yang berada di tangannya lantas diletakkan atas meja sebelum sepenuh perhatiannya diberikan pada aku.
“ Rasanya you tentu tahu kenapa I panggil you masuk ke sini. " tuturnya dengan nada yang sukar untuk aku tafsirkan.
Kepala ku angguk pelahan. Aku tahu. Malah aku cukup yakin dia akan bercakap soal isu yang sama dengan Raqib semalam.
" Pasal job yang klien cancel tu saya betul-betul mintak maaf. Saya mengaku tu semua salah saya. Saya sepatutnya follow up job tu dengan klien tapi saya terlupa. Kalau bos nak saya bayar ganti rugi, saya rela. " tenang aku melafaskan setiap baris ayat itu pada Muzzafar Adli. Semalaman aku berfikir alasan yang harus aku berikan pada lelaki itu tapi rasanya lebih aku mengaku salah dari memanjangkan isu yang sememangnya takkan berpihak pada aku.
" Betul ke you sanggup bayar ganti rugi? "
Dia nampak teruja dengan tawaran aku.
" Betul tapi saya tak mampu nak bayar sekaligus. Kalau bos nak, bos boleh tolak gaji saya tiap-tiap bulan. " Cadangku bersungguh.
Lagipun ini saja cara yang aku fikirkan relevan. Dengan duit simpanan yang tak seberapa belum tentu cukup untuk aku membayar segala kerugian yang ditanggung syarikat.
" Kalau I tawarkan bayarannya bukan berbentuk wang ringgit macam mana? "
Aku tayang muka pelik. Kedua belah kening sudah bertaut sesama sendiri.
" ... atau bos nak kereta saya sebagai cagarannya? " soalku tanpa berfikir panjang. Dah itu je harta yang aku ada. Nasib baik jugak kereta aku tu dah habis bayar. Hurmm.. nampak gayanya kena naik grab la aku lepas ni.
Terburai tawa dari bibir Muzzafar Adli. Hairan pulak aku melihat lelaki itu ketawa senang hati sedangkan tadi bukan main serius air mukanya.
" I tak sekejam tu Rara. Lagipun masih ada cara yang
you boleh buat untuk langsaikan semua hutang tu. "
Berlapis dahiku cuba memahami maksud disebalik katanya.
Kalau bukan duit dan kereta sebagai cagarannya jadi apa yang dia mahukan sebagai ganti rugi?
" Eh, tak naklah! Takkan bos nak saya ... "
Aku hilang kata. Kelu lidahku bila otak dah berfikir yang bukan-bukan. Aku pandang lelaki yang sedang tersenyum menampakkan barisan giginya yang teratur.
" Esok you ada kelas tak? "
" Ada. "
Aku menjawab biarpun hati semakin dipenuhi tanda tanya.
" Sampai jam berapa? "
Dia menyoal lagi. Selamba dan tenang riaknya.
" 12 tengahari. Lepas tu saya free. "
Lebar pula dia mengukir senyuman.
" Esok kita jumpa. Nanti I hantar location pada you. "
Aku pandang Muzzafar Adli yang sedang menantikan jawapan dariku. Beberapa detik berlalu barulah kepala ku angguk tanda setuju.
Entah apalah tujuan lelaki itu mengajak aku berjumpa hari esok. Takkan nak belanja aku makan pulak.
Ish, musykil betol.
.
.
.
“ Dah lama ke sampai? ”
Aku bertanya sejurus sahaja menghampiri Muzzafar Adli yang sedang duduk di atas kerusi batu di ruang luar Alamanda Putrajaya.
“ Dah hampir 2 jam I tunggu you kat sini.”
“ Betul ke? Ala bos.. sorrylah. Tadi kelas saya habis lewat. Grab pulak sampai lewat. Lepas tu jalan nak ke sini jem bertingkat-tingkat. Itu yang lambat sampai tu. ” kelam kabut aku menyusun ayat agar nampak aku tak bersalah sangat dalam hal ni. 2 jam tu bukannya sekejap. Aduh, mesti kematu dah bos aku ni tunggu aku kat sini.
Muzzafar Adli tergelak kecil. Bebola matanya masih terarah ke muka aku.
“ Ish, tak adalah. I gurau je. I pun baru je sampai sini. Adalah dalam 10 minit macam tu.” Dia senyum tatkala melihat aku menarik nafas lega.
" Bos ni kan. Main-main pulak. " gerutu aku.
Aku buang pandang ke arah sekeliling kami. Orang ramai semakin ramai berpusu-pusu ke arah pintu masuk. Maklumlah hujung minggu begini, semua ambil kesempatan untuk keluar bersama keluarga masing-masing.
" Hidup ni kalau serius sangat pun tak syok jugak Rara. Sekali sekala tu kenalah bergurau jugak. "
Aku akui kebenaran katanya. Pepatah ada mengatakan hidup ini ibarat warna pelangi. Penuh warna warni. Tak mungkin kita mampu mencorakkan hidup ini hanya dengan warna hitam putih saja. Ada kalanya mengabungkan warna-warna lain akan menjadikan hidup kita lebih bahagia.
" so dah faham ke cara nak bayar 'hutang' you tu? "
Aku mengangguk laju sambil tayang muka ceria. Tak sangka rupanya ini maksud kata-kata Muzzafar Adli semalam. Setakat tolong beli barang dapur. Tak ada hal lah. Janji hutang aku dengan dia selesai.
" Mana kertas senarai tu. Boleh saya tengok. "
Satu kertas dikeluarkan lantas diserahkan pada aku. Aku menelitinya untuk seketika.
Boleh tahan banyaknya. Dah macam orang nak buat kenduri pulak. Ada makan besar ke kat rumah bos aku ni. Sempat lagi otak aku menyibuk.
" Dah. Jom. Kita mulakan misi kita sekarang. " Dia lantas berdiri. Senyuman masih mekar di bibirnya. Beriringan kami melangkah masuk ke dalam.
" Rara.. "
Aku jungkit kening. Gemersik suara Muzzafar Adli buat langkahku menjadi sedikit pelahan.
“ Terima kasih sebab you sudi temankan I hari ini. Kalau you tak ada entah mana I nak sorok muka kacak I ni dari Ibu .”
Aku yang baru nak rasa terharu lantas mencebik bila Muzzafar Adli memuji diri sendiri.
Yes. Memanglah dia kacak tapi tak perlu kot nak mention macam tu depan aku.
" Dah tahu kacak kenapa tak cepat-cepat cari jodoh. Nanti tak adalah bos pening kepala nak beli barang dapur semua ni. ” usikku spontan.
" Kalau ada jual kat dalam tu nanti kita beli eh. I pun tak sangguplah nak dengar Ibu membebel selalu. Sakit telinga. " balas Muzzafar Adli sambil tersenyum nakal.
Cis.
Aku tayang muka sebal.
" Tak kelakar pun. " gumamku.
Dia ketawa bila melihat muncung aku sudah panjang sedepa. Aku mengerling ke wajah itu. Dia ni ada masalah personality disorder ke? Dekat ofis semalam perwatakannya lain. Dekat sini bukan main selambanya. Tergelak sana sini. Macam happy sangat je hidup dia ni.
" Kenapa pandang I macam tu? "
Lamunan aku terhenti. Kulit muka sudah bertukar warna. Tak ku jangka perilaku aku tadi berjaya ditangkap oleh lelaki itu. Dengan muka kemerahan, aku terus melangkah sedikit laju ke hadapan.
" Kita beli barang basah dulu lah. " ujar Muzzafar Adli yang sudah berdiri di sebelah aku.
Aku menurut. Beberapa barang yang telah disenaraikan dalam kertas tadi ku ambil lantas ku masukkan ke dalam troli. Cepat dan pantas sekali. Maklumlah antara tugasan wajib yang perlu aku lakukan setiap bulan adalah membeli barang dapur.
" Nasib baik saya tak salah pilih. "
Aku kalih mata memandangnya.
" Apa yang tak salah pilih? "
Aku mengerling pada barang yang berada dalam troli. Ku belek satu persatu sebelum kembali memandang muka Muzzafar Adli. Tak ada yang salah rasanya.
" Tak salah pilih 'pembantu'. Cepat you buat kerja. Hampir semua barang yang I nak dah ada dalam troli ni. " ujarnya tersengih-sengih ke arahku.
Bibir aku terjungkit. Geram pulak rasanya. Sudah dua kali lelaki itu mengenakan aku.
" Buat malu je jadi orang perempuan kalau tak tahu beli barang dapur. " balasku sambil mencapai halia dan lengkuas lalu ku serahkan pada lelaki itu.
" Setuju. "
Mata mengerling sekilas ke arahnya. Otak mula menjana idea nakal.
" yang dekat tangan bos tu apa? "
Herot mulutnya memandang aku.
" ish, you ni Rara. Kot ya pun nak uji minda I janganlah bagi soalan senang sangat. Takkanlah halia dan lengkuas ni I tak kenal. "
Aku mengulum senyuman.
" Kalau yang ni pulak mana satu daun ketumbar? yang panjang ni ke ataupun yang pendek ni? " soalku sambil menjungkit kening. Rasanya bukan semua orang tahu perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar. Daunnya hampir sama tapi ada bezanya.
Terdiam Muzzafar Adli seketika. Ada kerutan di atas dahi lelaki itu. Makin lebar senyumanku. Confirm. bos aku ni tak tahu jawapan.
" Kalau teka betul dapat hadiah ke? " soalnya tiba-tiba.
" Saya belanja lunch. " laju aku menabur janji sebab aku tahu tentu lelaki itu akan salah meneka. Tengok dahi pun dah boleh agak Muzzafar Adli tak tahu jawapan.
" yang pendek ni daun ketumbar. yang panjang tu daun sup. Betul tak? "
Aku kemam bibir.
Kelu pulak lidah nak jawab betul ke tak.
" Mesti betul kan. So jangan lupa belanja I makan lunch nanti eh. " ceria dia tatkala menuturkan ayat itu sebelum bergerak meninggalkan aku yang dah tayang muka cemberut.
Selesai membuat bayaran, telefon dalam poket seluarku tiba-tiba saja berbunyi.
Sedikit bertaut keningku bila melihat nama umi yang tertera di skrin telefon bimbitku. Tak membuang masa aku terus menekan butang hijau.
Aku bercakap buat beberapa ketika dengan Umi. Muzzafar Adli di sebelah sudah menolak troli yang sudah dipenuhi dengan barang yang kami beli tadi.
" Got a problem? " soalnya sebaik aku menamatkan perbualan telefon dengan umi.
" Nampaknya macam tu lah. Umi suruh saya balik sekarang. Ada perkara penting nak bincang katanya. " ujarku sedikit terkilan bila tak dapat menunaikan janjiku untuk makan bersama. Padahal aku dah niat nak belanja lelaki itu makan tanda mintak maaf atas kecuaian aku semalam.
" Kalau macam tu, jom I hantarkan you balik. " ajak Muzzafar Adli tiba-tiba.
Kepala ku geleng pelahan.
" Tak payah susah-susah bos. Saya boleh balik sendiri. " lembut aku menolak. Aku hadiahkan satu senyuman pada lelaki itu. Rumah Umi pun tak jauh mana. Aku boleh je naik grab untuk ke sana.
" Mana ada susah. Lagi susah I nak menjawab dengan Taufik kalau ada apa-apa berlaku pada you. "
Pulak dah.
Tersengih aku pada Muzzafar Adli. Tak sangka bos ni serius dengan permintaan Taufik tempoh hari. Padahal aku rasa Taufik tak serius pun. Taufik kan memang suka bergurau.
" Jomlah. Lagipun lambat kalau you nak tunggu grab sampai. "
Aku kemam bibir. Masih cuba mencari helah untuk menolak pelawaannya.
" ... atau you nak I call Taufik untuk mintak izin? " Semakin merekah bibirnya dengan senyuman.
Aku tarik muka. Sejak bila pulak bos aku ni pandai bergurau. Lambat-lambat aku mengangguk setuju. Itu pun bila teringatkan pesanan Umi yang meminta aku agar segera datang ke rumahnya.
" Pakai seatbelt Rara... Kang tak pasal makin banyak 'hutang' you pada I " guraunya sewaktu kereta mula menyusuri ke jalan utama.
Aku mencemik. Tali pinggang segera ku pakai.
Hutang bertambah konon. Bukan segala hutang piutang semalam dah selesai ke bila aku sanggup temankan dia datang ke sini.
" By the way, siapa umi tu? " soalnya sekilas memandangku.
" Mak angkat saya kat rumah asuhan. Dia lah yang jaga saya dari saya kecil. " terangku pada Muzzafar Adli. Lelaki itu mengangguk pelahan. Entah faham, entah tidak bos aku tu. Maklumlah selama ni aku jarang bercerita hal peribadiku pada orang luar.
" sebelum I terlupa, mak angkat you kat kampung kirim salam kat you. "
" Waalaikumusalam. Ingat jugak mak bos dekat saya " ujarku sedikit teruja. Muka Mak Cik Zurina mula terlayar di ingatan.
Muzzafar Adli senyum sebelum menyambung kata.
" Kalau you nak tahu, setiap kali dia telefon I mesti dia akan tanya pasal you. "
" Hah? tanya pasal saya? habis tu bos cakap apa? " laju aku menyoal dengan muka berkerut.
" I cakap apa yang I nampaklah. " acuh tak acuh dia membalas. Macam sengaja nak buat jantung aku melompat sana sini.
" Janganlah risau sangat. I cerita benda yang baik-baik je. I cakap you sihat. Semakin cantik. Semakin ceria. Semakin ... "
" Ish, bos ni. Kalau nak puji tu janganlah lebih-lebih. Buat malu saya je. " pintasku sambil menyembunyikan rasa hati. Konon pura-pura marah padahal dalam hati dah kembang semangkuk. Siapa tak suka kena puji kan.
Muzzafar Adli ketawa senang. Seketika wajahku menjadi sasaran anak matanya.
" Mana ada I puji lebih-lebih. I cakap apa yang betul. Lagipun I suka tengok you yang sekarang. You nampak lebih happy. Lebih bersemangat. Tak macam dulu. Monyok je. Nak ajak bersembang macam ni pun payah. "
Erk.
Aku tersenyum kelat. Malu bila mengenangkan sikap aku beberapa bulan lepas. Waktu itu aku terlalu ikutkan perasaan. Hati penuh dengan rasa hampa dan kecewa. Sehingga aku mengabaikan pandangan dunia sekelilingku.
" Rara, are you okay? "
" Er.. oo.. okay. saya okay bos. " Ada getar dihujung ayat. Mata sudah tidak berani lagi memandang ke arah lelaki itu.
" Habis tu kenapa diam? "
" Tiba-tiba teringatkan assigment. Ada banyak lagi yang belum siap. " entah macam mana boleh terpacul helah sebegitu dari mulutku. Padahal mulut cakap lain, hati pulak rasa lain. Haish..
bersambung ...
Share this novel