BAB 33

Romance Completed 45920

Rutin aku berjalan seperti biasa. Sampai saja di ofis, aku terus letak beg tangan atas meja. Meja yang sedikit berselerak aku kemas serapinya. Inilah bahananya jika buat kerja last minit. Semuanya jadi berantakan. Dengan jadual kelas aku yang padat. Serius mahu meraung aku tepi bucu katil.

Kini sudah 6 bulan aku ambik keputusan untuk sambung belajar. Sengaja aku menyibukkan diri dengan alasan mahu melupakan semua masalah. Alhamdulillah. Aku berjaya walaupun kenangan itu masih melekat di pelupuk ingatan aku.

Sikit masa lagi pasti aku akan jadi Tiara Nur Wilda yang dulu.

Jam besar di dinding menunjukkan angka 8.45 pagi. Masih berbaki 15minit sebelum waktu kerja bermula. Kesempatan ini aku ambil dengan membawa diri ke pantri untuk bersarapan.

Aku menikmati nasi lemak dan nescafe tarik yang sempat aku beli sebelum datang kerja tadi. Agak berat menu sarapan aku pagi ni. Mahu mengantuk aku kejap lagi. Tapi nasib baik harini bos aku tak masuk kerja. Outstation dua hari.

Keluar saja dari pantri, seorang demi seorang pekerja MA Advertising sampai. Melebar senyuman Jaja pagi itu. Maklumlah, pengantin baru katakan. Baru seminggu dapat gelaran isteri orang.

“ Morning, Cik adik manis ”

Teguran Jaja aku balas dengan sebuah senyuman manis.

" Gembira sakan kau kan. Tahu lah malam tadi malam jumaat. " seloroh Evelyn yang tiba-tiba muncul dari arah tepi kami.

Aku sengih. Bab membahan orang serah je kat Evelyn. Confirm sakit telinga kita yang mendengar.

" Syyyyhhhhhhh.... "

Panjang muncung Jaja sambil memberi isyarat jari telunjuk di atas bibir.

Berdekah aku ketawa dengan telatah Jaja. Sejak kahwin ni selalu sangat dia kena bahan dengan kawan baik sendiri.

" Suka betul kau kan. Tunggulah sikit masa lagi. Bila kau dah jadi bini orang aku pulak yang akan ketawakan kau. " gerutu Jaja. Menjeling tajam dia pada aku.

Aku menyengih. Takkan ketawa pun salah.

" Eh Jaja. Hari ni bos kita outstation lagi ke? " soal Evelyn yang masih menepek di meja kerjaku.

" Aah. Dia masih dekat Perak lagi. Selewatnya esok kot baru dia masuk ofis. Tu pon kalau semua kerja kat sana dah settle. "

Aku yang sudah sedia maklum hanya dengar berita itu sekali lalu. Tak kisahlah Muzzafar Adli tu outstation ke tak yang aku tengah risaukan sekarang dia dah luluskan ke belum cuti aku hujung minggu ni.

Masak aku kalau dia tak luluskan. Mana aku nak sumbat telinga aku dengar bebelan Mak Leha.

" Jaja, cuti aku bos dah approve ke belum? " alang-alang Jaja dah ada kat sini baik aku tanya dia terus.

" Belum lagi. Masa kau bagi surat tu kan dia tengah sibuk prepair barang nak di bawa ke Perak. " balas Jaja.

Satu keluhan terlepas dari hujung bibir.

Salah diri sendiri. Sibuk dengan study sampai aku lupa Taufik nak kahwin hujung minggu ni.

" Ala, apa susah. Kau telefon jelah bos tu. Bagitahu dia kau nak mintak cuti. Confirm cuti kau lulus serta merta. Bukan kau tak tahu bos kita tu dengan kau dia tak suka berkira. " ujar Evelyn sambil ketawa.

" Betol-betol " tokok Jaja dengan senyuman penuh makna.

Herot mulut aku memandang keduanya. Bukan main sakan diaorang kenakan aku dengan Muzzafar Adli.

Eh apa dia ingat aku ni tak laku sangat ke? errggggghhhhhh..

" Pasal cuti tu nantilah aku fikirkan. Tapi harini aku nak balik awal sikit boleh? "

" Kenapa? "

Hampir serentak keduanya bertanya.

" Aku nak siapkan assigment. Minggu depan aku nak final exam dah. "

Aku tersengih malu.

Sejak aku sambung belajar kehidupan aku sudah tidak seperti dulu lagi. Aku terpaksa menghabiskan banyak masa demi memenuhi impianku. Ada ketikanya sampai lewat malam aku berada di pejabat. Setelah semua urusanku di sini selesai baru akan balik ke rumah. Aku tak nak gara-gara aku sambung belajar prestasi kerja aku merosot. Aku tak nak hilang kepercayaan dari orang sekelilingku. Walaupun kehidupanku sekarang agak kucar kacir tapi aku bersyukur disebabkan kesibukan inilah, aku sudah berjaya melupakan kesedihan lalu.

" Kalau pasal study aku okey je. Macam tak biasa, pulak kau kan, kalau kerja kau dah settle kau balik jelah. Lagipun bos kan dah bagi green light. " ujar Jaja sambil mengacau nescafe 3in1.

Tersenyum senang aku mendengarnya. Itu satu perkara yang paling membahagiakan aku. Teringat masa mula-mula aku bagitahu Muzzafar Adli yang aku nak sambung belajar. Aku ingatkan lelaki itu akan bantah. Yelah, kerja aku kan tak tentu masa. Ada masanya aku kena stayback sampai malam. Tapi syukur alhamdulillah dia seorang bos yang memahami. Malah sejak aku sambung belajar dia banyak bertolak ansur dengan aku.

Tanpa sedar aku mengukir senyuman lebar bila teringatkan tentang hal itu.

" Dah kenapa kau senyum sorang-sorang ni? kau sihat ke tak? " soal Jaja sambil menampar bahu aku.

Mati terus lamunan aku.

Nak cover line punya pasal cepat-cepat aku on suis komputer. Biar Evelyn dan Jaja tak fikir yang bukan-bukan.

Nasib baik lakonan aku berjaya. Lepas seminit berlalu ku lihat keduanya berlalu ke meja masing-masing.

Fuhhh...

Aku lepas nafas lega. Nasib baik tak kantoi tadi.

.
. .

" Kau tu jangan lupa pulak balik ke kampung. Mak dah telefon aku banyak kali dah tu. Pening aku nak menjawabnya. "

Bebelan Kinah aku sambut dengan anggukan berkali-kali. Kek lotus biscoff yang sudah siap dipotong ku bawa masuk ke dalam mulut.

Pergghhh.. sedap yakmat.

Boleh naik berat badan aku kalau hari-hari hadap benda manis macam ni. Sepotong tak cukup. Mesti makan berpotong-potong. Dah la perut aku tengah kelaparan.

" Rara! kau dengar ke tak ni? "

Cemberut muka Kinah memandang aku.

" Ya mak cik. Aku dengar. Kau ni kan, makin lama makin serupa perangai mak. Asal jumpa aku je mesti pesan benda yang sama. Boring lah " sinisku selamba. Air teh O yang sudah suam ku hirup pelahan. Nikmat.

Kinah ketawa mengekek. Bahu aku di tolaknya lembut. Ada pulak samakan dia dengan mak yang berstatus warga emas tu.

" Kalau aku tak bebel nanti kau lupa daratan. Tengok macam sekarang, sejak kau sambung belajar ni bukan main susah lagi kau nak jenguk mak abah kat kampung. Entah-entah jalan balik kampung aku pun kau dah lupa agaknya " Kinah sambung membebel.

Aku menjeling geram.

Itu je la modal Kinah nak kenakan aku. Zaman dah moden Kinah oii. Kalau aku lupa sekalipun, google map kan ada. Nanti pandai aku nak mencari jalan balik.

" Kau tu macam baru hidup dengan aku pulak. Aku kan sibuk sikit semester ni. Insyallah Abang Fik nikah hujung minggu ni aku balik kampung "

Kinah tayang muka sebal.

Sebenarnya dia sengaja membebel panjang pada Tiara. Semata - mata nak lawan rasa cemburu bila mak abah asyik bertanyakan pasal Tiara. Padahal anak dia ni pun dah lama tak balik kampung. Tak ada pulak mak tu nak tanya lebih-lebih. Sedihhhh !

" Nikah Abang Fik kau memang wajib balik! kalau tak habislah, merajuk abang tunggal aku tu. Ni pon mak abah baru lepas telefon aku. Diaorang suruh ingatkan kau pasal majlis tu. Kau jangan tak balik pulak. Kang tak pasal mak dan abah tak mengaku kau anak dia. " gertak Kinah sengaja nak menyakitkan hati aku. Dia ketawa senang.

Aku mencebik geram. Kasar pulak permainan Kinah kali ni.

" Kau ni janganlah risau sangat. Aku dah mohon cuti lah. Andai kata bos aku tak bagi cuti aku sanggup berhenti kerja demi majlis Abang Fik tau. " bersungguh aku menyakinkan Kinah.

" Eleh, ye sangatlah tu. Habistu kalau kau tak kerja siapa nak sara hidup kau? takkan aku pulak. Aku sendiri pun dah pokai ni. Belum lagi tengah bulan dah terpaksa korek duit tabung tau "

Kinah menyengih. Akibat kuat berbelanja, awal bulan lagi duitnya sudah berbaki sedikit.

" Jual je baju-baju dalam almari kau tu. Boleh jugak buat tambah duit belanja. " saranku.

Terjengil terus biji mata Kinah. Tajam pandangannya pada aku.

" Kot ya pun bagila idea bernas sikit. Baju aku tu semua mahal-mahal kot. Mana sesuai nak jadi baju bundle. " gumam Kinah. Panjang muncungnya memandang aku.

" Oh yeke. Er sorrylah. Itu je idea bernas yang aku
ada. Lagipun otak aku dah tepu nak jawab exam esok. " ujarku mengalah.

Kinah ketawa kecil.

" Oh exam kau dah nak mula ye. so macam mana? dah prepair " tanya Kinah usai ketawanya reda.

Aku menggeleng kecil.

" Entah lah. Kali ini aku rasa tak confident pulak "

Pulak dah.

" Aik sejak bila jawapan kau ada entah ni? bukan kau memang minat ke interior design ke? "

" Memanglah. Tapi dah lama sangat aku tinggalkan zaman belajar. Kerja pulak bukan bahagian interior, mahu tak berkarat otak aku ni "

Memang betul pun. Kadang tak tidur malam aku semata-mata nak study dan siapkan assignment. sudah lah bidang yang aku ambil sekarang agak berbeza dengan kos aku ketika Ijazah dulu. Makan masa jugak untuk aku hadam semuanya.

" Kalau dah berkarat letak lah clorox. Confirm lepas tu putih bersih otak kau. "

" Itu bukan otak aku je putih. Dengan aku-aku sekali kena ikat dengan kain putih "

Meletus kuat tawa kami. Bukan main sakan Kinah ketawa. Tapi Kinah bersyukur sekurang-kurangnya temannya sudah mampu menjalani hidupnya seperti biasa.

Mungkin dia sudah berjaya melupakan Izzt Firhan agaknya. Teka Kinah sendirian.

.
. .

Habis saja kelas tengahari itu bergegas aku menuju ke cafe. Perut yang sejak dari pagi tak berisi terus menyanyi rentak irama pop rock.

Selesai membayar aku terus mencari tempat duduk. Nun jauh di hujung cafe ada sebuah meja yang belum berpenghuni. Rezeki aku lah tu gamaknya.

" Sorang je ke? "

Kus semangat. Terkejut aku. Nasi yang baru masuk ke mulut ku telan rangkus.

" You ada nampak orang lain ke kat sini? " sinisku.

Zackry senyum. Tanpa izin dia terus saja duduk berhadapan dengan aku. Sejak dua menjak ni selalu sangat lelaki ni kacau privacy aku. Entah apa yang dia mahukan dari aku agaknya.

" Susah jugak nak berkawan dengan orang cantik macam you ni kan? dari dulu sampai sekarang asyik nak mengelak je "

Aku panggung kepala. Tak lama. Sekejap je sebelum aku kembali menatap nasi berlauk kari ayam yang terhidang dalam pinggan. Itu lebih baik rasanya

" Ala you ni janganlah emo sangat. Takkan I nak tegur you pun tak boleh? "

Erkkk....

Aku senyum paksa.

" Bukan tak boleh tapi tak kena masa. you pun nampak kan I tengah makan. "

Nasi yang baru terusik sedikit, ku tolak-tolak geram. Dah la perut tengah lapar. Kena kacau macam ni, boleh baran di buatnya.

" Laa tak apalah. You makan lah. I bukan kacau you pun "

Aduhai...

Sejak bila mamat ni jadi annoying hah. Dia tak sedar atau dia sengaja buat-buat tak sedar. Kan aku tengah makan ni. Pergilah main jauh-jauh.

" Zack, you tak segan ke student you jeling-jeling, pandang-pandang arah sini. I tak nak nanti semua orang ingat I ada affair dengan you "

Kali ni suara aku sudah naik seoktaf. Entah macam mana Zackry ni boleh tersesat jadi lecturer kat tempat aku belajar pulak. Padahal bukan dulu dia sama position macam aku ke?

" Sejak bila pulak you kisah sangat dengan pandangan orang ni? Dia orang ada mata biarkan jelah. Lagipun kita bukan buat perkara tak senonoh pun kat sini. "

Adoi, menjawab pulak mamat ni!

Memanglah apa yang dia cakap tu betul tapi Zack ni kenalah professional. Aku ni student, dia pulak lecturer. Aku tak nak jadi bahan gosip orang.

" Ikut you la Zack. Ni you tak ada kelas ke? free pulak you nak temankan I makan? "

Aku mengalah. Selama kami kenal memang Zackry tak ada apa salah dengan aku cuma aku je tak suka dengan Zackry yang selalu mendekati aku. Aku tak nak dia berharap kasih pada aku. Dan jujurnya aku lebih selesa kalau tak ada orang kenal aku kat sini.

" Ada kelas pagi tadi je. Sebelah petang I free. "

Aku angguk kepala. Nasib baik lelaki tu bukan lecturer untuk kos aku. Kalau tak berkudis muka aku kalau selalu kena tenung macam ni.

" Lepas ni you nak pergi mana? "

" Balik rumah. "

Ringkas jawapan aku berikan. Mungkin Zackry pun tahu kot aku bukannya jenis kaki melepak. Nak-nak sejak aku sambung belajar ni. Nak rehat pun tak cukup masa.

" Nak I hantarkan you balik? "

" Eh, tak payah. I boleh drive sendiri "

Zack balas dengan senyuman. Kedinginan Tiara langsung tak buat dia berkecil hati. Antara dia dan Tiara sudah lama mengenali. Malah dia sendiri tak sangka di sini takdir menemukan dia kembali bersama Tiara.

Benar, dulu dia memang mengharapkan kasih dari gadis dihadapannya ini tapi bila dia terus terusan di tolak dia mula sedar tak seharusnya dia mengejar cinta pada orang yang tak sudi memberi.

" Abang! "

Aku mengangkat kepala mencari pemilik suara tadi. Seorang wanita muda datang menghampiri kami. Sopan. Berbaju kurung dan bertudung litup.

" Kat sini rupanya abang. Ina ingatkan abang ada kelas. Ina call abang tak angkat. "

Kelam kabut Zackry mengeluarkan telefon dari pokek seluarnya.

" Ala, sorry. Phone abang habis bateri. " Ujar Zackry sambil menayangkan telefon ditangannya.

Aku jadi pemerhati. Cuba memahami apa yang sedang berlaku di hadapan aku.

" Its okay. Ina datang ni pun sebab nak ajak abang pergi fitting baju "

Zackry menepuk dahi. Dia berganjak sedikit ke tepi sebelum wanita itu mengambil tempat duduk disebelahnya.

" Eh, date fitting baju tu bukan esok ke? "

Zackry membalas pelahan. Suaranya antara dengar dan tidak saja. Sekilas matanya menoleh ke arah aku yang sejak tadi hanya memerhatikan lagak mereka berdua. Spontan riak wajahnya berubah. Mungkin dia segan dengan aku agaknya.

" Bukan esoklah. Ni mesti abang lupakan. Temujanji kita dengan butik tu hari ni laa... " balas wanita itu lembut dengan lenggok suara manja.

" oh yeker.. sorrylah, abang terlupa. " jawab Zackry sambil menjeling sekilas ke arahku.

Mata aku masih memandang keduanya. Tafsiran awal aku mengenai Zackry terus buat hatiku rasa bersalah. Kenapa lah aku boleh berfikir Zackry masih punya hati pada aku. Sedangkan bukti dah ada depan mata. Lelaki itu dah miliki cintanya.

" Sorry Rara, lupa I nak kenalkan. Ini Azlina, tunang I. Dia pun belajar kat sini jugak. Ina inilah Rara. Kawan abang masa kerja lama dulu. "

Aku koyak senyum. Tangan ku hulur tanda salam perkenalan kami. Gadis itu menyambutnya dengan senyuman.

" Rara student kat sini jugak ke ? "

" Aah. Tapi baru semester dua "

" Oo. patut lah Ina tak pernah jumpa. Ina dah tahun akhir kat sini. Insyallah hujung tahun ni habis lah " ceritanya ramah penuh ceria.

Kami berborak untuk beberapa ketika sebelum keduanya meminta diri.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience