Perbincangan itu akhirnya telah mencapai kata sepakat. Seperti yang di maklumkan dari awal, majlis perkahwinan itu akan berlangsung dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Meskipun masih terkejut dengan semuanya namun aku tetap akur memandangkan Muzzafar Adli lebih bijak menyakinkan seluruh keluarga yang dia boleh menguruskan segala persiapan itu dengan baik.
Selesai berbincang, abah memperlawa kedua orang tua Muzzafar Adli untuk makan tengahari bersama. Aku pula terus berlalu ke singki, berpura-pura sibuk di situ padahal semua itu hanya helah aku untuk menenangkan diri sendiri.
" Boleh I bercakap dengan you sekejap? " pinta lelaki itu yang tiba-tiba muncul di tepi aku.
Aku toleh ke arah belakang.
Eh, bukan tadi dia dekat meja makan ke?
" Er.. saya.. "
" Pergilah Rara. Pinggan mangkuk tu biarkan aje dekat situ. Nanti-nanti pun boleh sambung lagi. "
Belum pun sempat aku bersuara, abah terlebih dahulu memberi izin dari arah meja makan. Di situ terlihat Mak Leha, Mak Cik Zurina serta Pak Cik Yusoff yang sedang berborak santai selepas semuanya selesai menikmati makan tengahari.
Akur dengan arahan itu, aku lantas mengekori langkah lelaki itu menuju ke arah pangkin yang terletak di halaman rumah.
" You kenapa diam je dari tadi? " tegur Muzzafar Adli yang telah pun mengambil tempat duduknya disebelah aku.
Nafas ku hela lembut. Sambil menyulam jari jemari, aku membuang pandang ke arah jalan yang lengang. Suasana di kampung begitulah, kenderaan yang lalu lalang tidak sesibuk di bandar.
" Saya rasa 1 bulan tu terlalu cepat untuk kita. " luahku terus terang.
Lelaki itu hanya tenang mempamerkan senyuman manisnya. Terlihat dia begitu segak sekali dengan baju kurta hitam slim fit dipadankan dengan seluar slack berwarna kelabu.
" Cepat untuk you, tidak untuk I, sayang. " ucap lelaki itu tenang dan selamba.
" tapi ... "
" Kenapa? you rasa terbeban ke dengan semua ni? atau hati you masih tak yakin dengan cinta I? "
Laju lelaki itu menyekat suara aku dari berkata-kata. Sekaligus membawa pandangan aku tepat ke wajahnya.Â
Bibir ku ketap. Rasa bersalah pula bila lelaki itu meluahkan kata sebegitu. Dari ayatnya aku tahu dia terasa hati dengan aku. Tapi aku sekadar menzahirkan apa yang aku rasa.
Â
" Bukan macam tu. Saya tahu bos serius dengan semua ni. Dan saya juga tahu bos ikhlas nak memperisterikan saya. Tapi.. semuanya macam rushing sangat. Macam terkejar-kejar. Padahal soal nikah kahwin ni kan perlukan masa. Nak kena pergi krusus kahwin lagi, pulak tu saya tak ada wali jadi semua proses tu perlukan masa. " aku luahkan juga apa yang sedang berlegar dibenakku.
Sudahlah aku tak ada mak ayah, adik beradik pun tak ada, jadinya proses permohonan untuk dapatkan kebenaran dari hakim tu memang memakan masa. Paling lama tiga minggu, kalau rezeki baik dapatlah awal. Itu bab wali saja. Bab majlis pulak? tak ke semuanya memakan masa yang panjang.
" Insyallah sempat. Bab majlis tu you tak perlu risau, I akan uruskan semuanya. Soal kursus kahwin, esok kita pergi daftar sama-sama."
Mendengarkan bicaranya buat hati yang gundah menjadi sedikit lega. Namun kelegaan itu seakan tersekat oleh satu rasa yang aku sendiri tidak tahu apa. Â
" Boleh saya tanya sesuatu? "
" Tanyalah. Apa dia? "
" Kenapa bos percepatkan tarikh pernikahan kita? adakah sebab ... er.. sebab bos takut Izzt ganggu hubungan kita? " pelahan saja aku menutur ayat itu padanya. Menangih jawapan yang sejak semalam terus mengasak fikiranku.
Dia tidak terus menjawab. Dia diam buat beberapa ketika. Mungkin sedang menyusun ayat untuk membalas soalanku tadi.
" I percaya pada takdir. Soal jodoh itu semua urusan Allah. Andai diciptakan you untuk I, datanglah sebanyak mana pun dugaan, you tetap akan jadi milik I. Namun jika sebaliknya, I hanya mampu berserah. "
Bibir lelaki itu koyak dengan senyuman tipis yang tawar.
" soal Izzt pula.. I sebenarnya bukan jenis orang suka bergaduh. Nak-nak lagi dengan orang yang pernah jadi kawan I tapi.. ada perkara walaupun kita dah cuba nak elak tapi tetap tak berjaya. Macam I dengan dia. I dah cuba untuk pulihkan keadaan tapi dia tetap anggap I sebagai musuh. So macam mana I nak pulihkan keadaan kalau dia sendiri tak nak bagi I peluang. "
Akhirnya terjawab juga segala persoalan tentang sekeping gambar yang aku jumpa di biliknya dulu. Jadi benarlah tekaan aku bahawa mereka bertiga adalah sahabat baik. Tapi kenapa mereka bergaduh?
" Bos sebenarnya bergaduh dengan dia sebab apa? " soalku ingin tahu.
Mendengarkan soalan itu laju lelaki itu menoleh. Memandang aku bersama gelengan kepalanya.
" yang tu you tak perlu tahu. I sendiri pun dah malas nak kenang lagi perkara yang dah lepas. "
Dah ku jangka, dia akan mengelak dari menjawab soalan itu. Kalau tidak dari awal lagi dia sudah memberitahu aku.
" tapi bos tak simpan dendam pada dia kan? "
Spontan pula ayat itu melepasi hujung bibirku. Aku dengar dia menarik nafas panjang, dihembus perlahan sebelum tunaknya singgah kembali di wajahku.
" Hidup ni tak lama. Sekejap sangat. Esok lusa kita tak tahu siapa dulu yang akan pergi. Jadi masa yang ada ni I nak gunakan sebaik mungkin. I tak nak berdendam dengan sesiapa termasuklah dengan Izzt. Dia pernah jadi kawan baik I. Kawan yang pernah ada mengisi memori zaman remaja I bersama Taufik. Jadi segala salah silap dia dah pun I maafkan. Cuma buat masa ni, I rasa biarlah masing-masing calm down dulu. Sampai waktunya, I yakin semuanya akan kembali pulih. "
Aku kerdipkan mata sekali. Syukur sangat dengan jawapan yang dia berikan. Nampak jelas sisi kematangan dalam setiap baik ucapannya. Sesuatu yang terjadi itu memang sukar untuk dilupakan tapi menyimpan dendam pada kisah luka itu bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik.
"Â Jadi, you dah bersedia ke? "
" Bersedia? "Â tanya aku kurang jelas.
" Untuk jadi isteri I? "
Aku koyak satu senyuman. Manis. Cukup buat dia tak menoleh ke arah lain.
" Kalau yang tu.. rasanya saya dah lama dah bersedia kot. Tapi tu lah.. harap-harap bos pun bersedialah jugak nak layan karenah saya yang banyak ragam ni. "
Dia tertawa kecil. Senang dengan sikap terus terang aku agaknya.
" yang tu I okay je, sayang. Lagi banyak ragam you, lagi I suka. Nak-nak lagi kalau kita dah kahwin, pandailah I nak jinakkan you nanti. "
Ewah-ewah..
Selamba dia aje kan kata macam tu. Apa dia ingat aku ni anak kucing ke yang perlu dijinak-jinakkan.
" Jangan menyesal pulak nanti. " sengaja aku berujar begitu.
Kening lelaki itu terjongket sedikit. Matanya memaku sambil menantikan jawapan aku yang seterusnya.
" Dapat teman hidup yang banyak ragam macam saya. Sebab saya ada 1001 sebab yang boleh buat mood saya boleh berubah dengan tiba-tiba. " ujarku kemudian, sengaja menakutkan dia dengan berkata begitu.
" Tak. Sekalipun I tak pernah rasa menyesal. Malah I rasa bertuah sangat sebab akhirnya I bakal miliki orang yang I sayang. Dan I juga ada 1001 cara untuk pulihkan kembali mood you tu, sayang. " sahut lelaki itu penuh makna.
Aku tersenyum senang. Hati bertambah yakin bahawasanya dia adalah jodoh yang aku nanti-nanti selama ini.
Perbualan itu jadi terganggu saat sebuah kereta berhenti di bahu jalan di hadapan perkarangan rumah. Sedetik berlalu Kinah keluar dari kenderaan tersebut.
Tak berganjak tunak mataku dari memandang ke arahnya. Siling berganti dengan kenderaan yang di naikinya sebenar tadi.
Wah.. tak boleh jadi ni.
Diam-diam je kan.
.
.
.
" Tahniah Rara. Aku tumpang gembira untuk kau. Nampaknya tak lama lagi kau bakal jadi isteri kepada bos sendiri. " ucap Kinah diiringi tawa halus. Ceria betul air mukanya. Macam dia pulak yang nak kahwin.
" Itu je? " pendek aku menyoal.
" Habis tu kau nak apa? kalau nak hadiah tunggu kau kahwin nantilah. Aku bagi hadiah special untuk kau. Pakej honeymoon ke tanah besar China. Ok tak? " Kinah sambung semula tawanya. Mengecil anak matanya gara-gara sakan ketawakan aku.
Kecik besar je aku pandang Kinah ni. Pura-pura tak bersalah pulak. Padahal aku tahu Kinah saja nak mengelak.
" Kata nak bagi hadiah special. Alang-alang sponser lah tiket aku pergi swiss. "
" Hamboii.. tak beragak kau kan. Aku kerja kerani kampung je kot. Mana mampu sponser kau pergi jauh-jauh. Tapi kalau kau nak honeymoon dekat hotel swiss aku mampu. On the spot aku boleh bookingkan. "Â
Aku mencebik.
" Kau memang tak mampu. Tapi Zidan mampu. " Sengaja aku tekankan nama lelaki itu, membuatkan mata Kinah tiba-tiba membulat memandangku.
" Eh, kenapa tiba-tiba kaitkan nama dia pulak. " Ayat kinah mula berbata-bata. Tergagap-gagap sambil cuba melarikan anak matanya.
" Dah. Tak payah nak pura-pura sangat dengan aku. Sejak bila kau dengan dia ni? patutlah sejak aku balik ke sini bukan main payah aku nak jumpa dengan kau. Nak melekat kat rumah punyalah susah. Rupanya tengah syok bercinta dengan jiran sebelah rumah eh? " tembak aku tanpa selindung.
Kinah lempar senyuman kelat. Kepalanya yang tak bersarung digaru serba tak kena. Bila di tembak tepat begitu, nak elak pun dah tak boleh.
" Hisyh kau ni.. cakap tu pelahan-lahan la sikit. Dengar dek orang nanti, malu aku. " ujar Kinah dengan mata meliar ke arah ruang tamu rumah. Risau sangat orang lain dengar. Padahal mana ada orang pun dekat rumah ni. Lepas Muzzafar Adli dan keluarganya balik tadi, mak dan abah terus keluar pergi kebun. Abang Taufik dan isterinya macam biasalah, jam-jam begini masih belum balik lagi.
" Rumah kau ni siapa ajelah yang ada Kinah oiii... selain aku dan kau yang ada tu haaa... ayam dengan itik. Itu pun duduk dekat dalam reban. "
Kinah tersengih malu. Gelabah punya pasal sampai dia lupa semua itu.
" Aku dengan Zidan tu.. kami... baru kawan-kawan je.. " lambat-lambat Kinah menerangkan hubungan mereka.
" Tapi tadi aku tanya Zidan dia cakap kau dengan dia bercinta. "
Ternyata serkap jarangku berhasil bila Kinah tiba-tiba menayang muncung panjang berjela-jela.
" Zidan ni kan.. jenis tak reti simpan rahsia betul! Aku dah pesan dah, jangan bagitahu sesiapa. Ni boleh pulak dia bercerita dekat kau. " desis Kinah dengan muka masam mencuka.
Aku lantas hamburkan tawa. Lucu melihat tingkah tak senang duduk Kinah bila rahsianya terbongkar.
" Senang je rupanya nak kantoikan kau ni.. " ujarku lalu ketawa besar.
" Rara! "
Kinah jengilkan biji matanya. Bahu aku lantas ditolak manja. Geram agaknya aku kenakan dia.
" Sejak bila kau dengan Zidan ni? bukan selama ni kau tak sukakan dia ke? "
Kinah tarik sengih. Mukanya mula berubah warna.
" emm, yang sebenarnya.. aku rapat dengan Zidan lepas kes dia tolong aku dari Sam dulu. Kerja yang aku dapat sekarang ni pun dia jugaklah yang tolong aku. " terang Kinah malu-malu.
" Ohh.. patutlah beriya sangat nak tinggalkan aku dekat KL tu. Rupa-rupanya nak dekat dengan kekasih hati rupanya. " usik aku.
" Alaa kau ni. Janganlah cakap macam tu. Kau sendiri pun tahukan, aku pindah ke sini sebab nak elak dari Sam. " ujar Kinah lantas meraih lenganku. Risau agaknya aku terasa hati padahal sikitpun aku tak terasa. Malah aku gembira dengan perkembangan terbaru Kinah.
" Tak adalah. Aku gurau je. Aku sokong kau dengan Zidan. Selain korang nampak serasi bersama, belanja kahwin nanti confirm jimat. Tak payah nak buat kenduri dua belah pihak, pasang je khemah kat tengah-tengah. Pangkin depan tu jadikan pelamin, wah betul-betul jimat duit belanja korang. "
Ketawa kami bergabung. Kinah ku lihat bukan main seronok dengan cadangan aku, ni kalau mak tahu mahu dikahwinkan Kinah bulan depan juga.
" tapi Abang Fik.. agak-agak dia setuju tak aku dengan Zidan? "
" Mestilah setuju! Sebab abang memang dah lama tahu yang Zidan tu minatkan Kinah. "
Serentak mata kami berdua mendarat ke muka pintu. Berderau darah aku bila Taufik tiba-tiba muncul di situ. Kinah apatah lagi, dah macam orang nampak zombi. Melompong saja mulutnya. Dibelakang Taufik ada Kak Jannah yang sudah tersengih-sengih ke arah kami berdua.
" Cuma Kinah tu aje yang sombong. Kalau tidak dah lama Zidan tu datang hantar rombongan meminang kat rumah ni. " sambung Taufik lalu melabuhkan duduknya di hadapan kami.
" Abang ni kan... "
Kinah gigit bibirnya. Malu bila Taufik yang di sangka tidak tahu apa-apa rupanya lebih awal mengetahui perasaan Zidan terhadapnya.
bersambung ....
jemput baca :)
Share this novel