" Sudahlah tu kak. Kalau dengar dek orang kan tak manis. Kalau dah ini pilihan dia, saya tak boleh nak kata apa lagi dah. "
Air teh yang sudah siap dibancuh itu lantas dituang ke dalam gelas wanita yang awal-awal pagi lagi sudah menjadi tetamu di rumahnya.
" Aku kenal budak tu bukannya sehari dua. Dari kecik lagi. Aku tahulah perangai dia macam mana. Apa saja kata kau semuanya dia akan menurut. " bidasnya bernada sinis. Panas hatinya bila alasan yang sama digunapakai. Dia bukannya anak kecil yang mudah diperbodohkan.
" tapi ni soal masa depan dia kak. Kalau apa-apa jadi saya tak nak dipersalahkan nanti. "
Muka tegang kakaknya dikerling sekilas. Hatinya mula diracuni rasa geram. Entah sampai bila kakaknya itu mahu meletakkan seluruh kesalahan itu di bahu mereka sekeluarga. Padahal dah jelas apa yang berlaku ada sebab yang munasabah.
" Habis tu masa depan Aqish tu ada kau fikir? Aqish tu sampai ke hari ni nak keluar rumah pun dia malu. Risau kalau orang kampung mengata pasal dia. Kalau tempoh hari kamu sekeluarga tak tergesa-gesa dah tentu semua ni takkan jadi. " balasnya semakin keras. Sungguh hatinya sakit dengan keputusan yang langsung tak ada timbang rasa.
Sekali lagi dia mengeluh berat. Semakin sulit jalan untuk mereka berdamai. Semakin diterangkan semakin dia pula yang dipersalahkan. Entah apa lagi yang harus dia lakukan untuk memadamkan kemarahan kakaknya.
" Maafkan saya kak. Saya pun tak nak semua ni berlaku. Tapi akak sendiri pun tahukan, mereka berdua tu tak serasi untuk bersama. Sekarang Ady pun dah buat keputusan dia sendiri. Saya sebagai orang tua hanya mengikut saja kak. "
Kini pinggan berisi kuih keria pula disuakan kepada si kakak meskipun air tadi langsung tak di berganjak dari tempat asal.
" Janganlah di sebabkan hal ini, kita adik beradik bermasam muka. Kita bukannya ada sesiapa lagi dah. " pujuknya lembut lantas mengambil tempat di sisi wanita yang hanya beza 2 tahun saja darinya.
Si kakak terus menjuihkan bibirnya. Menyampah mendengar bait kata adiknya sebentar tadi. Konon tak nak bermasam muka, habis siapa yang mulakan dahulu? siapa punya angkara sampai hatinya terasa sakit begini. Sudahlah dimalukan, diejek pula oleh orang kampung.
" Hurmm...iyalah.. Kau pun bukan main suka dapat menantu dari bandar tu kan.. sebab tu boleh cakap macam ni dekat aku. " sindiran halus dari si kakak hanya mampu di balas dengan gelenggan panjang.
Aku menelan liur yang terasa semakin payau. Perbualan yang sejak tadi menyapa halwa telinga sedikit sebanyak mewujudkan rasa prajudis aku pada perbualan mereka.
Apa sebenarnya yang dah berlaku?
Menantu bandar? aku ke yang yang mereka maksudkan?
Saat otak sedang ku kerah untuk mencari jawapan, tiba-tiba aku terasa ada satu lembaga sedang berdiri di belakang aku. Dan ketika aku berpaling.
" Eh, mak kau terbalik. " latah aku terkejut dengan kehadiran Muzzafar Adli yang berdiri hanya jarak satu inci dari aku. Mahu tak gugur jantung aku dibuatnya.
" What? you cakap apa tadi? "
" Er.. er.. sorry.. sorry.. terlatah pulak. " balas aku sambil tersengih-sengih.
Senyuman kecil singgah di hujung bibirnya. Namun matanya masih tajam memandang aku.
" tak baik tau you mengata mak mertua you macam tu.. " bisiknya pelahan.
" Eh, mana ada saya mengata Ibu! " sangkal aku cuba menutup ruang yang lompong.
Sengihannya makin melebar. Aku buat-buat tak nampak. Rasanya lebih baik kot.
" So you buat apa berdiri dekat sini? tunggu marka ke? "
Hah? marka? menantang apa tu?
Bebola mata aku sudah memandang kiri dan kanan, mencari alasan untuk diberikan pada lelaki itu.
" ok! I dah tahu. You mesti tengah tunggu I kan.. Lain kali mesej lah bagitahu. I ingatkan you masih tidur lagi tadi. " balasnya penuh rasa bangga.
Tanpa menunggu jawapan aku, lelaki itu terus bergerak masuk ke ruang dapur. Aku dibelakangnya dah tayang muka cemberut.
" Mak Long pun ada. Dah lama ke Mak Long sampai? "
Jemari wanita di sebelah Mak Cik Zurina itu lantas di raih Muzzafar Adli. Aku juga berbuat perkara yang sama meskipun aku perasan raut wajah wanita itu berubah tatkala menyambut huluran salam dari aku.
" Lama dah! Nak balik dah pun. " balasnya dingin. Langsung tak mesra.
" Tak nak sarapan dulu ke Mak Long? "
Mendengarkan soalan itu, bebola mataku terus bergerak ke arah hidangan di atas meja. Ternyata kedudukannya masih sama seperti tadi. Langsung tak sentuh oleh si tetamu yang sedang menjeling ke arah aku.
" Tak payahlah! Lain kali jelah. "
Muzzafar Adli sekadar mengangguk. Kerusi kosong disebelahnya ditarik lantas aku di suruh untuk duduk di situ.
" Kenapa dengan kaki tu? "
Aku yang baru meletak punggung terus mengalihkan anak mata memandang ke arah si empunya suara.
" Terseliuh. Terjatuh hari tu. "
Tersangatlah sukar untuk aku mengeluarkan butiran ayat itu tatkala renungan mata wanita itu masih tak berganjak dari mukaku. Entah apa salah laku aku pada dia agaknya.
" Hurm.. entah apalah nasib kamu Ady.. Belum apa-apa lagi dah macam-macam hal jadi kat tunang kamu ni. "
Terkatup rapat mulutku. Sakit telinga aku mendengar tawa yang meletus di hujung ayat wanita itu. Kedengaran sangat sinis dan menyakitkan telinga aku yang mendengarnya.
" Tak apa Mak Long. Allah uji tu kan tanda dia sayang ... "
Jawapan bersahaja Muzzafar Adli mengundang senyuman kecil di bibir Mak Cik Zurina. Aku juga tumpang ketawa di dalam hati. Terubat rasa sakit aku sebentar tadi.
" Jangan separuh jalan sudahlah! "
Sindiran itu hanya dibalas dengan senyuman. Sikap dingin wanita itu sedikit pun tidak mengores hatinya bahkan sejak beberapa bulan lalu dia sudah mengajar dirinya supaya mengabaikan segala bentuk provokasi dari wanita itu.
" Aku nak balik dululah Ina.. lama-lama kat rumah kau ni banyak pulak kerja aku yang tergendala nanti. "
Mak Cik Zurina hanya mengangguk. Tidak melarang sama sekali jika kakaknya itu mahu pulang. Malah dia terlebih bersyukur, kerana dia merasakan keadaan akan lebih tegang jika kakaknya itu terus berada di sini.
" Rara jangan ambil hati ya. Mak Long memang macam tu dengan orang yang dia tak kenal. Tapi hatinya baik. " penjelasan tak semena dari Mak Cik Zurina aku balas dengan anggukan saja. Aku tahu ada sesuatu sedang berlaku di antara mereka tapi biarlah, tak manis untuk aku ambik tahu tentang mereka.
" Kenapa di tengok je makanan atas meja tu. Tak sedap ke masakan Ibu kamu masak? "
Serentak mata kami mengarah pada Pak Cik Yusoff yang berada muka pintu dapur. Lihat dari pakaiannya aku rasa dia baru balik dari kebun.
" Eh, masakan Ibu mana pernah tak sedap ayah. Bau je dah sedap. Makan apatah lagi. " seloroh Muzzafar Adli mengundang tawa kecil di bibir ayahnya. Seketika kemudian, tubuh itu hilang di sebalik pintu bilik air.
" Kalau macam tu rajin-rajin Angah balik ke sini. Boleh makan sedap selalu. " sampuk Mak Cik Zurina. Suka dia dapat mengenakan anak bujang yang sudah jarang balik kampung.
" Nak balik selalu tu tak boleh lah Ibu.. Kerja Angah banyak sekarang. Ni staff Angah sorang ni dah MC makin bertambahlah kerja Angah kat ofis tu nanti " sempat lagi dia mengerling ke arah aku sekilas. Sengaja je kan. Tahulah dia tengah bercakap pasal aku.
" Habis tu takkan Angah nak paksa Rara ni masuk kerja jugak? " tanya Mak Cik Zurina dengan nada serius.
Muzzafar Adli menyengih. Melihat air muka ibunya buat dia segera menggelengkan kepala.
Ibu ni.. nak gurau sikit pun tak boleh...
" Ayah, mehlah makan sekali. Makan ramai-ramai baru seronok. " ajak Muzzafar Adli sebaik kelibat ayahnya muncul semula di situ.
" Laa, Angah tunggu ayah ke? ayah ingatkan Ibu je yang tunggu ayah ... "
Berderai tawa dua beranak itu bila muncung Mak Cik Zurina sudah panjang sedepa.
Aku yang mendengarnya dah mengulum lidah sendiri. Boleh tahan jugak family ni bergurau.
.
.
.
" Dah-dahlah tu pandang. Tak lari ke mana pun tunang kesayangan kau tu. "
Terpukul Muzzafar Adli dengan kata-kata usikan dari Taufik. Anak matanya segera di larikan dari mendekati wajah ceria yang sedang bergelak ketawa di atas pangkin.
" Eh, kau ni ... "
Bahu Taufik lantas di tolak geram.
Taufik senyum mengejek. Cis, malu-malu kucing konon.
" Tak sia-sia aku restu hubungan korang. Aku nampak dia semakin ceria sekarang. "
" Harap-harap macam tu lah. "
Terkalih pandangan Taufik. Jawapan selamba temannya mengundang kerutan di atas dahi.
" Lain macam je ayat kau ni. Kenapa? kau ada masalah dengan Rara ke? "
Muzzafar Adli melorek senyum. Matanya kembali pada gadis yang sedang berborak dengan isteri Taufik. Sebelum kepalanya digeleng pelahan.
" Aku dengan dia okay je. Tak ada apa masalah. Cuma... aku syak dia ada cuba sembunyikan sesuatu dari aku. "
Akhirnya terungkap juga apa yang bermain di fikirannya sejak beberapa hari ini.
" Maksud kau? "
" Aku baru dapat tahu Rara kemalangan dekat kawasan hospital. Aku pun tak tahulah apa yang dia buat dekat situ. Dia pun langsung tak ada buka mulut bercerita pada aku. Tapi aku rasa ada something happend yang berlaku sebelum kemalangan tu. "
Terhembus pelahan keluhan di bibir Muzzafar Adli. Benar, dia sedar tak seharusnya dia mempersoalkan tentang semua itu. Seolah-olah dia sedang mencurigai kejujuran tunangnya sendiri. Tapi alasan yang diberikan gadis itu tempoh hari memang sukar diterima akal.
" Kalau dia tak bercerita, kenapa tak kau je yang bertanya? setidak-tidaknya kau tak perlu berteka teki macam ni. " saran Taufik sekaligus menyuakan idea pada si teman yang nampak semakin keruh air mukanya.
" Aku bukannya tak nak tanya tapi hubungan kami masih baru, Fik. Aku tak nak dia salah anggap pulak nanti. Aku risau kalau dia fikir aku ni jenis lelaki yang kuat mengongkong. " terangnya agar Taufik tahu apa yang sedang mengawal dirinya dari terus bertindak.
" Kalau macam tu kau tanya je lah pada Kinah. Mesti dia tahu apa yang berlaku.. "
Laju Muzzafar Adli menggeleng. Melihat keakraban dua sahabat itu buat dia risau untuk bertanya lebih-lebih. Dia takut pertanyaannya nanti di salahertikan.
" atau jangan-jangan kau nak cakap yang dia masih belum move on lagi? "
Muzzafar Adli bungkam. Lidahnya kelu tiba-tiba. Tekaan Taufik terlalu sukar untuk dibahaskan.
" Kalau itu yang menjadi kerisauan kau, aku harap kau boleh hentikannya sekarang. Sebab Rara yang aku kenal, bukan jenis perempuan macam tu. Sekali dia dah buang dia takkan kutip benda tu semula. "
Nasihat Taufik memberi sedikit kelegaan di hati Muzzafar Adli yang gundah gulana. Namun baru saja dia mahu menarik nafas lega, perasaan ragu itu kembali bertamu.
" Kita bercakap soal hati Fik.. segala kemungkinan boleh berlaku. "
Dia risau jika apa yang terpapar di hadapan matanya tidak seperti apa yang diharapkan.
" Aku rasa ada satu je jalan keluar untuk masalah kau ni.. " ujar Taufik dengan air muka ceria.
" Apa dia? "
" Kahwin. "
Perubahan air muka Muzzafar Adli buat hati Taufik dijentik rasa lucu.
" Laa, kau ni.. tadi bukan main takut orang kebas tunang kau tu.. Jadi tunggu apa lagi. Cepat-cepatlah kahwin dengan dia. Mana tahu anak kita boleh sebaya nanti.. " ujar Taufik terus menghamburkan tawanya.
Muzzafar Adli merelakan saja dirinya diketawakan. Otaknya kini sedang ligat berfikir perihal yang diperkatakan oleh Taufik sebentar tadi. Berkerut-kerut dahinya seakan terlalu payah idea itu untuk dilaksanakan.
Ketawa kuat Taufik mengundang perhatian aku untuk melihat. Pelik! sorang ketawa. Sorang tarik muka ketat. Apahal?
" Apa kena dengan Abang Fik tu? buang tebiat ke apa? tetiba ketawa mengilai macam tu. Nasib baik siang hari, kalau malam hari mahu di cop hantu ponti. " selamba saja aku mengata Taufik. Padahal isteri Taufik ada dekat sebelah aku ni ha..
" Dia memang macam tu.. sejak kebelakangan ni suka sangat mengusik orang. Tengok tu dia sorang aje yang ketawa beriya, entah apa yang dia kenakan pada tunang Rara tu. " bebel Nur Jannah sambil mengunyah mempelam muda yang dipetik Taufik tadi. Meskipun kandungannya sudah mencecah 5 bulan seleranya untuk makan benda-benda masam masih belum lagi berakhir.
" Seronok agaknya nak jadi ayah. "
" Memang pun. Hampir setiap hari ada je barang yang di beli. Sampai dah penuh dalam bilik tu dengan barang baby. " Bersinar berbola mata Nur Jannah saat menceritakan tentang hal itu. Penangan anak pertama, terujanya tak boleh bawak bincang.
" Kaki Rara macam mana? dah okay ke lepas urut tadi? "
Automatik mata terus meluru jatuh pada kaki kiri.
" Okay tu memanglah okay tapi hampir nak terkucil Rara kena urut tadi kak. Sakit ya amattt.. " tergeleng aku tatkala mengingatkan detik kaki aku di urut oleh Mak Cik Odah, jaguh kampung yang diperkatakan oleh Mak Cik Zurina.
Macam manalah Mak Odah tu boleh dapat gelaran tukang urut hebat. Sekali dia picit rasa nak terberanak aku. Cukuplah! Aku tak nak memalukan diri menjerit macam tadi lagi dah. Sampai Muzzafar Adli dan Mak Cik Zurina datang pujuk aku. Ah, sumpah. Malu siot.
" iya ke? sakit sangat ke Rara? "
Laju aku mengiakan.
Berkerut dahi Nur Jannah. Seram juga dia mendengarnya.
" Kalau macam tu tak jadilah akak berurut dengan dia. Akak ingatkan dalam pantang nanti nak panggil dia untuk mengurut. "
" Kalau akak jenis tahan sakit apa salahnya. Tapi kena hati-hati jugak kak, kang tak pasal bentan akak dibuatnya. " selamba saja aku berkata begitu.
Nur Jannah segera menggelengkan kepalanya. Bentan sewaktu berpantang? ish, cari nahas namanya tu.
bersambung ...
Share this novel