" Tahniah Izzt. Aku tumpang gembira untuk kau "
Paha Izzt Firhan ditepuknya pelahan. Usai makan petang itu mereka berdua terus mengambil angin di sini. Di atas pangkin yang dibina berhampiran halaman kiri rumah.
Izzt Firhan senyum nipis. Vape yang baru nak melekat di celahan bibirnya di letakkan kembali ke bawah. Muka Taufik dipandang sekilas.
" Thanks Fik. Kau pun apa kurangnya. Dah jadi tunang orang sekarang. Lepas ni boleh lah aku terbang ke Sabah pulak. " usik Izzt Firhan nakal.
Jauh pandangannya di arahkan ke depan. Menikmati suasana kampung yang tak mungkin akan dapat di nikmati di bandar.
Taufik balas dengan senyuman. Kaki di bawa naik atas pangkin kemudian di silangkan. Lebih selesa duduk begitu.
" Tapi kau dengan Rara tu.. ahh serius bro. Aku masih tak percaya lagi nih.. Sejak bila korang bercinta ni eh? yang aku pelik sebanyak-banyak lelaki boleh pulak dia pilih kau? " tempelek Taufik selamba.
Kemudian dia menghambur ketawa. Kepalanya digelengkan beberapa saat. Jelas terlihat dia masih lagi tak boleh telan berita yang baru diterimanya. Tak sangka jodoh temannya itu dengan kawan baik adiknya sendiri.
" Aikk... bunyi macam aku ni tak layak je. Wei, aku ni handsome apa. Jejaka hot zaman sekolah dulu tau. Sekali petik berderet yang datang. "
Izzt Firhan ketawa kecil. Teringat pulak kes pagi tadi. Gara-gara layanan mesra si janda muda Tiara tarik muncung panjang sedepa. Padahal bukan salah dia pun. Orang dah mesra kita layankan aje. Tak gituuu..
Tapi itulah, Tiara tetap salahkan dia. Hurmm ...
" Berderet eh? tu.. kau tak nampak singa atas beranda tu? kau nak aku jerit panggil dia ke ? " gertak Taufik pula. Sengaja dia mengenakan si teman yang sakan angkat bakul sendiri.
Izzt Firhan sengih. Mati senyumannya. Taufik ni kan, memang saja nak spoilkan mood ceria dia. Sudah lah mood Tiara baru okay, tak sanggup rasanya nak hadap muncung sedepa Tiara buat kali kedua.
Aku sayang awek aku Fik ...
" Tahu takut "
Mengekek Taufik ketawa. Muka romeo tapi takut gadis rupanya. Pirahhh..
" Aku bukan takut. Tapi aku ni penyayang orangnya. "
Puiii
Taufik buat muka loya. Poyo je mamat sebelah dia ni.
" Untunglah kau. Awek sentiasa ada depan mata. Bukan macam aku ni hah...sorang kat semenanjung, sorang lagi nun jauh kat Sabah sana "
Taufik senyum segaris. Wajahnya berubah mendung. Terbayang muka Nur Jannah, si tunang yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Ini lah bahana cinta jarak jauh. Sentiasa merindu bak pungguk rindukan bulan.
Izzt Firhan angguk saja kepalanya. Dia tahu sehingga kini Taufik masih berat hati melepaskan si tunang berkhidmat jauh beribu batu meninggalkannya tapi demi menjadi pendidik anak bangsa semua perasaan itu terpaksa di ketepikan.
Benarlah, cinta itu memerlukan pengorbanan.
" Kalau aku jadi kau Fik, dah lama aku mintak tukar ke sana. Best apa duduk Sabah. Dahlah banyak tempat lawa-lawa, makanan pun banyak yang sedap. " ujar Izzt Firhan teruja.
Kenangan ketika bercuti di Pulau Sipadan kembali menerjah kotak ingatannya. Tidak hanya kaya dengan pulau-pulau cantik. Sabah juga terkenal dengan syurga makanan laut.
Taufik tersenyum kelat. Kalau lah semudah itu tak perlu dia nak serabut kepala. Tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dalam keluarga memaksa dia untuk terus berada di sini. Orang tuanya sudah berusia, kebajikan mereka harus menjadi keutamaan.
" Dah. Kau tak payah nak pikir sangat pasal aku. Kau tu ingat, jaga Rara tu elok-elok. Jangan buat benda bukan-bukan dekat dia. Kalau aku tahu kau sakitkan hati dia. Siap kau aku kerjakan " ugut Taufik dengan kata berbaur amaran.
Meskipun Rara tak ada apa hubungan darah dengannya tapi Taufik dah anggap Tiara seperti adiknya sendiri. Sayang dia pada Tiara tak ubah macam dia sayangkan adiknya Sakinah.
Izzt Firhan senyum dan mengangguk. Dia sayangkan Tiara. Tak mungkin dia akan sia-siakan Tiara, jauh sekali menyakiti hati wanita itu.
" Bertahun aku cari dia Fik. Aku tak akan sia-siakan dia "
Pelahan ucapannya namun masih jelas di telinga si teman.
Taufik menoleh. Berkerut dahinya. Dia dengar apa yang Izzt Firhan utarkan tapi dia tak faham maksud sebenar ucapan itu. Apa maksud di sebalik kata- kata Izzt Firhan?
Izzt Firhan meraup mukanya. Taufik di sebelah dikerling sekilas. Seperti faham pandangan Taufik, dia bersuara lagi.
" Kau masih ingat lagi tak, aku pernah cerita kat kau pasal budak perempuan yang menangis sampai pengsan dekat hospital dulu? "
Taufik diam sejenak. Soalan Izzt Firhan buat otaknya ligat berfikir.
" yang parent dia meninggal kena langgar dengan ayah kau tu ke? " soal Taufik ragu-ragu.
Tapi rasanya dia tak salah meneka. Sepanjang mereka berkawan hanya sekali itu saja Izzt Firhan bercerita mengenai ayahnya, Tengku Ismadi. Lagipun Taufik memang sedia maklum permasalahan di antara mereka anak beranak.
Izzt Firhan mengangguk. Mengiakan tekaan Taufik yang sudah bertahun menjadi sahabatnya. Ternyata ingatan Taufik masih kuat dan utuh.
" Jadi apa kaitannya ... ? "
Ini yang buat Taufik pening. Tetiba Izzt Firhan ungkit kisah berbelas tahun dulu dah kenapa? sedangkan mereka sekarang tengah bercakap soal Tiara.
" Kalau kau nak tahu, budak perempuan tu adalah Rara " tenang saja Izzt Firhan bersuara.
Kali ini anak matanya terus di fokuskan pada susuk tubuh Tiara yang masih berada di beranda rumah. Dari tadi tak habis-habis dengan telefon. Entah apa yang penting sangat sampai sanggup abaikan dia di sini. Hukhukk..
Taufik tersentak.
Laju anak mata Izzt Firhan di cari. Dia cuba mencari kebenaran di sebalik muka tenang itu. Ya. Dia jumpa.
Tapi..
" Kau biar betul Izzt. Kau salah orang agaknya. "
Izz Firhan menggeleng. Dia senyum sedikit.
" Tak Fik. Aku memang tak salah orang. Kau ingat lagi tak malam tu kau ada cerita pada aku pasal asal usul Rara. Kau ada cerita dia dibesarkan kat rumah anak yatim kan? "
Laju Taufik menggangguk sebelum Izzt bersuara lagi.
" Kalau kau nak tahu balik je dari KL aku terus pergi ke rumah anak yatim yang kau cakapkan tu. Aku tanya sendiri pada pengasas rumah anak yatim tu siapa mak ayah Rara dan dia ceritakan semuanya pada aku. "
Taufik ketap rapat bibirnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Susah untuk dia percaya gadis yang selama ini di cari Izzt Firhan adalah Tiara.
Oh Tuhan.
" Kalau gadis tu adalah Rara.. maksudnya ayah kau .. "
Taufik tak sampai hati meneruskan katanya. Dia tunduk sekejap. Mengambil nafas sebelum kembali memandang Izzt Firhan yang sedang melepaskan kepulan - kepulan asap ke udara.
Izzt Firhan raut wajahnya. Pelahan kepalanya di angguk.
Kenangan beberapa bulan lepas singgah semula di benaknya.
' Umi jaga Rara lepas mak dan ayah dia meninggal akibat kemalangan jalan raya. Kata polis, ada pemandu mabuk rempuh kereta mereka dari arah belakang. Disebabkan tak sempat nak mengelak mereka terbabas sebelum langgar pembahagi jalan dan meninggal kat situ jugak '
" Ayah aku yang langgar kereta tu. Ayah aku yang menyebabkan Rara jadi yatim piatu. "
Matanya di pejam rapat. Pahit kenyataan itu. Tapi harus juga di telan.
Kalau lah Tiara tahu ..
" Habis tu kau terima dia sebab ayah kau ke? " Taufik bertanya lagi. Suaranya kedengaran serius. Tapi riaknya masih cuba di kawal sebaiknya.
" Tak. Tak. Yang tu kau jangan salah faham Fik. Aku terima dia sebab aku memang sayangkan dia. "
Bukan Taufik tak tahu dia bukan lelaki hidung belang yang suka mainkan hati wanita. Sekali dia dah sayang bermakna dia akan sayang sampai bila-bila.
" Kau jangan macam-macam Izzt .. " Taufik masih menduga.
" Takkan kau tak percayakan aku. Aku sanggup berkorban apa saja untuk dia Fik. Kalau aku nak buat tak elok kat dia dah lama dah. Kau pun tahu kan, hari tu dia bermalam kat rumah aku "
Taufik lepas keluhan. Kasar bunyinya. Mukanya diraut dengan telapak tangan. Memang Izzt Firhan ada hubungi dia pasal kejadian dirumahnya tempoh hari. Dia salah sebab prangsangka pada kawan sendiri.
Bahu Izzt Firhan dipegang.
" Aku bukan apa Izzt. Aku nak dia bahagia. Kau pun mesti tahu kan kisah dia dengan Esham. Aku tak nak sejarah lama berulang kembali."
Izzt Firhan mengangguk. Bukan setakat tahu, malah dia juga kenal siapa bekas tunang Tiara. Sehingga hari ini dia tahu Esham masih menagih cinta dari Tiara.
" Pasal hal ni, aku rasa kau tak perlu lah nak cerita pada Rara. Aku bukannya apa. Aku risau nanti hubungan korang ada masalah "
Sudah lah perhubungan mereka masih baru. Silap hari bulan boleh berantakan jika hal ini diketahui. Benda dah lepas tak perlu nak di kenang lagi. Masing-masing dah pun ada kehidupan sendiri.
" Tapi Fik .. "
" Dahlah Izzt. Benda dah lepas pun. Kalau kau cerita sekalipun takkan mampu ubah apa-apa. Yang pergi tetap pergi. Ada baiknya kau fokus dan pandang ke depan. "
Taufik tepuk pelahan bahu Izzt Firhan. Mengalirkan kata semangat agar Izzt Firhan faham ada masanya berdiam itu lebih baik dari berkata-kata. Cukup lah cerita ini habis di sini saja. Tak perlu di panjangkan hingga menjejaskan masjid yang bakal di bina.
.
.
.
" Sayang "
Aku menoleh. Sekuntum senyuman aku hadiahkan pada Izzt Firhan.
Entah bila masa pulak laki ni ada kat sini. Bukan tadi dia ada kat pangkin tu ke ? Berborak sakan dengan Taufik. Entah- entah mengumpat pasal aku.
Eh.. eh.. kau ni Rara. Negetif bebenor otak tu...
" Awak mesej siapa tu? Dari tadi menaip. Tak terkehel ke jari tu? "
Aku sengih. Perli aku lah tu.
" Ni ha.. saya tengah mesej dengan bos saya ni. Semalam sebelum balik saya ada letak pendrive atas meja dia. Tapi dia cakap tak jumpa pulak pendrive tu. "
Izzt Firhan angguk kepalanya.
Cemburu? Ada lah sikit.
" Tak hantar kat email dia ke? "
" Itu lah masalahnya. Saya dah email. Tapi boleh pulak dia cakap saya salah hantar design. Dahlah Isnin nanti klien nak datang ambik. " aku tayang muka murung. Hilang terus mood aku nak bersuka ria kat sini.
Izzt Firhan senyum lantas mengusap lembut bahu aku. Satu perkara wajib yang dia akan buat setiap kali aku stress.
" Dah awak jangan stress-stress. Masih ada masa lagi untuk awak betulkan design yang salah tu. Nanti hari Ahad kita balik awal sikit ke KL. " pujuknya lembut, cukup buat hatiku kembali tenang.
" Salah saya jugak, kalut sangat semalam. " luahku mula kecewa dengan diri sendiri.
Semalam memang aku kalut sangat. Dengan Izzt Firhan tiba-tiba datang ke ofis. Tak sempat otak aku nak ingat semua benda. Senang cerita aku tak boleh kalut. Nanti aku cuai.
" Awak kalut pun sebab saya kan? "
Aku sengih. Dah gaharu cendana pula dah tau buat-buat tanya kau eh.
" Tak adalah. Saya yang cuai. "
Ayat cover line. Ayat jaga hati.
Poyo je kan kau ni Rara.
Izzt Firhan senyum. Terserlah lesung pipit kirinya. Buat hati aku cair seperti air batu. Rasa geram jer nak cubit.
" Petang nanti saya nak pergi mancing dengan Taufik. Boleh? "
Aku jongket kening. Muka kacak Izzt Firhan aku pandang. Macam tak percaya pulak laki ni tengah minta izin dengan aku. Penangan merajuk aku tadi lah gamaknya.
" Kalau saya kata tak boleh? "
" Saya tak pergi. Saya duduk sini teman awak "
Alololo...sweetnya..
" Pergi lah. Mancing je pun. Jangan mancing kat kedai janda muda tu sudah lah " sempat lagi aku bagi pesanan penaja. Geram jadinya bila aku teringat senyuman janda tu pada Izzt Firhan.
Cisss...Boyfriend aku pun dia nak try...
Izzt Firhan ketawa lepas.
Apa-apa jelah Rara ni. Dengan janda tu pun nak cemburu ke. Citarasa dia anak dara okay.
" Okay. Kalau sayang tak nak Abang mancing kat kedai janda tu, apa kata sayang pergi buatkan Abang nescafe O satu. Abang haus la... "
Eh eh dia ni. Tetiba berabang bagai.
Aku mencebik. Masa aku tengah sibuk ni lah dia nak itu ini. Siap ugut aku pulak tu.
" Yelahhhh... "
Dalam terpaksa aku layankan jugak hajat Izzt Firhan. Kang dia mengeteh kedai janda tu aku pulak yang haru biru. Cemburu aku pun boleh tahan jugak tau...
" Kurang manis tau "
Aku yang dah mula melangkah, menoleh semula ke belakang.
" Diet ke? "
Confius.
Bertambah confius bila dia menggeleng.
" Tak. Sayang dah cukup manis untuk Abang. Terlebih manis kang, kena potong kaki pulak. "
Cia cia cia....
Pick up line yang buat muka aku merona merah seperti udang bakar. Laju aku melangkah, meninggalkan Izzt Firhan yang masih mengekek ketawa.
Suka malukan aku kan !!!
to be continue....
Share this novel